Friday, May 10, 2013

Istikharah Cinta VS Destinasi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Subhanallah, lama sangat rasa tak update blog...akhirnya hari ini berkesempatan dan mood sangat okay ketika berkeletak keletuk atas papan kekunci ni...hehe...

Memandangkan sebelum ini komitmen sangatlah menuntut aku supaya komited dengan apa yang aku buat sehari-hari, jadinya memang tak sempatlah nak update blog...ditambah pula dengan mood yang selalu swag! sigh! sigh! sigh!

Ahem,tajuk entri kemain lagi kan...muehehe...
Kalau ada sesiapa yang pernah terbukak blog aku ni mestilah korang tahu sebelum ni aku letak lagu abang Sparta kita tu...siapa lagi kalau bukan Jong Kook Oppa! (haihhhh ape kebenda aku minat sangat dengan dia ni pun aku xtau...ehh tp xde la aku taksub sangat keyh! biase2 je...)

Istikharah Cinta vs Destinasi Cinta , tak lain tak bukan adalah tajuk lagu...
Kedua-dua lagu ni mempunyai lirik yang tersendiri dan aku rasakan sangat istimewa...

Kalau semalam aku letak lagu Istikharah Cinta dalam blog 'kecik' aku ni...
Hari ni aku tukar letak lagu Destinasi Cinta pulak...

Cepat berubah hati betul aku ni, kan? Kan?
Haih kadang-kadang aku rasa entri aku kali ni mengarut...
Ada pulak nak letak lagu dalam blog pun boleh jadi sebuah entri?
Nonsense betul lah kau ni yani!
Hehe...korang jangan lah memarah...
Chill oke...?

Sesambil tu dengar lagu Destinasi Cinta ni...
Oho lagu ni dah lama sebenarnya, cumanya lagu ni adalah salah satu lagu nasyid fevret aku...
Istikharah Cinta pun ya!

Destinasi Cinta ni kumpulan Mestica yang nyanyi...
Lagu Istikharah Cinta pulak kumpulan Sigma yang nyanyi...

Destinasi Cinta adalah sebuah lagu yang dicipta oleh orang Malaysia... (negaraku yang terchenta!)
Manakala Istikharah Cinta pulak adalah lagu dari negara jiran iaitu Indonesia...

Apa-apapun, setiap lirik kedua-dua lagu ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri...
Agak-agak kalau tak pernah dengar lagu Istikharah Cinta, bolehlah google sendiri ye,tak pun bukak je utube tu...gerenti jumpa dan lepas tu boleh jatuh cinta...!

Untuk mencari cinta yang diredhai, bolehlah beristikharah dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan...(bukan semestinya nak bernikah je kena istikharah,dalam apa-apa jua perkara pun kita boleh beristikharah...)
Insya Allah selepas istikharah, anda akan jumpa petunjuk dari Allah... petunjuk yang bagaimana? Hanya Allah yang tahu... selalunya akan diberi melalui kata hati yang yakin dengan apa yang akal kita beritahu...

Selepas jumpa cinta dalam istikharah itu, dapatlah kita ke Destinasi Cinta yang sebenar iaitu menggapai redha dan cinta daripada Allah demi mencari syurga-Nya...

Sememangnya sebelum sampai ke Destinasi Cinta itu sendiri, kita perlu beristikharah...(maksud aku beristikharah supaya kita tak salah membuat keputusan dalam setiap perkara yang mungkin boleh menjatuhkan kita ke jalan yang gelap...) Makanya kita sentiasa memerlukan petunjuk dari Allah...

Doa aku semoga kita umat Islam akan sentiasa mempunyai satu tujuan yang sama hidup di atas muka bumi Allah ini, yang mana kita adalah sebagai Khalifah yang sentiasa mempunyai cita-cita menuju ke Destinasi Cinta yang diredhai Allah...
 Syurga atau Neraka?
Pilihan itu ada pada kita...
Kalau kita memilih menjadikan destinasi terakhir kita adalah syurga, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga, iaitu dengan Amar Makruf Nahi Mungkar...
Dan kalau kita memilih menjadiikan destinasi terakhir kita adalah neraka, maka kita akan terus hanyut dan lalai di atas muka bumi ini...
Destinasi Cinta kita sentiasa ada Allah... ('',)


" Namun ranjaunya tidak akan sunyi...
Selagi denyut nadi belum berhenti...
Durjana syaitan kan cuba menodai...
Segumpal darah yang bernama 'hati'... "

Akhir kata, terima kasih daun keladi sudi baca entri ni...
Segala apa yang aku taipkan ini kalau ada menyinggung mana-mana pihak,aku mohon maaf...
Dan dan dan...

Esok adalah 1 Rejab 1434H...
Selamat menyambut bulan Rejab, dan selepas itu bulan Sya'ban dan seterusnya Ramadhan...

Mohon sesiapa yang ada tinggal puasa pada Ramadhan tahun lepas meng'qada'kan puasa anda dengan kadar segera kerana itu adalah hutang kita kepada Allah...
Kita tak tahu bila kita mati, jadi seharusnya langsaikanlah semua hutang kita kepada Allah sebelum kita mati...

Jaga iman, jaga solat...
Semoga kita semua sentiasa di bawah redha-Nya...
Amin...




Anything About You,
Niyaz Arumi
5.53PM
10 Mei 2013 / 29 JamadilAkhir 1434h
Saranghae...
('',)

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...