Sunday, March 9, 2014

Minum susu pun boleh kurus? Serius?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat hari jumaat. Minggu ni terasa sekejap sangat lah.
(Time flies so fast) Sekejap saja dah nak berjumpa hari sabtu semula.

Aku pun kurang pasti aku nak share pasal apa masa aku tengah menaip entri ni. Blur kejap. Aku tak ingat amenda aku nak cerita tadi. Jap eh. (Eh boleh main kejap-kejap pulak? Sah aku sedikit gelong hari ini.)

Oh ha ni, nak cerita pada korang, silalah minum susu untuk kesejahteraan bersama. Ecewah. Gitu konsepnya.

Pagi tadi aku borak-borak dengan Ain (kawan eh) pasal diet. Aku cerita pada dia, aku dah boleh minum susu (sebab dah masuk fasa 2 Diet Atkins). Rindu nak minum susu. Dan aku tiba-tiba tertanya kat dia, susu yang pernah dia minum dulu.

Sebelum aku berdiet atkins ni,aku kan sakit kaki,doktor kata kurang kalsium,aku makan oats,aku minum susu (sebab tekak tak boleh terima susu kosong yang begitu saja,jadi aku padankan dengan beberapa sudu oats) *sedap sangat!

Tiba-tiba kan,aku kata gini pada Ain:

Aku: Haa dik,akak rasa kan en entah awak kurus sebab minum susu tu kot.

Ain: Merepek je kak Yani. (Dia gelak2)

Aku: Betullah Ain, sebab tengok karbo susu tu tak setinggi susu lain.
*eh sorry lupa nak mention,nama susu tu ialah susu Sunlac (Sunlac Skim Milk Powder)

-mohon google walau sebentar lagi aku akan attach gambar untuk tatapan pembaca tersayang. (ada ke yang baca? ada ada ada. Perasan kbai) heee...oke iklan stop! Sambung cerita, Aku: Oke sebelum kerja sini ada minum susu tu? Ain geleng (tanda memang tak la kan. Hehe)

Aku: Akak jarang sangat nampak awak makan kat sini. (tempat kerja)

Aku: Ain minum susu tu,then Ain rasa kenyang,sebab tu Ain tak makan sangat kat sini. Awak balik rumah baru makan? Kan? (memandangkan harga makanan sekarang agak tinggi,memang kami banyak ikat perut. Serius! Aku bawak bekal hari-hari. Ain bawak susu. (Bancuh kat opis). Shamini pun,selalu berkira-kira nak beli makanan kat cafe Suk ni. Camne?

*lah lagipun kerajaan kan menyarankan sangat supaya kite berjimat cermat di samping kurangkan makan gula.* (oke tapi i buat sebab nak jaga kesihatan yang Allah amanahkan. Buat untuk orang lain buat apa. Kalau nawaitu lillahi taala. Confirm dapat pahala,betui dak?)

Ain: Haa minum susu bila kat sini,kalau kat umah,Ain makan je. (tapi memang jarang ambil nasi)
Benarkah nasi ni punca utama kegemukan?

Jawapan aku bukan nasi. (Ni jawapan aku,jawapan orang yang takde ilmu yang diiktiraf pun,korang jangan salahkan aku pulak kalau jawapan ni salah. Ini hanya pandangan aku k.)
Jawapan aku adalah gula.

Sebab gula boleh buat korang ketagih. Sesikit nak makan benda manis.

Nasi korang ambil ikut keperluan,bukan nafsu tengah lapar. Insya Allah, pasti boleh kenyang.
Dan sejurus selepas perbualan tamat,maka aku dengan muka tak malu telah meminta budak kecik itu sedikit susu Sunlac,lalu aku bancuh dengan air sejuk. Subhanallah,sedap weh. Wallahi tak tipu punya.
(Sebelum ni tak boleh minum begitu saja,entah kenapa hari ini boleh telan begitu saja sehingga (wahh sehingga sangattt) ,sehingga setengah cawan tu aku rasa tak cukup. Heheee.)

Susu ok,kena tengok sugar,karbo dan beberapa nutrisi lain yang penting sebelum minum tu. Cuma hampa janganlah ingat hang minum hari ni esok hang dah kurus. Ain dengan aku,dulu kami merimbun bersama-sama.

Aku dengan atkins,Ain lebih bersahaja. (Minum susu,boleh makan apa saja,tapi terkawal.)
Jadi kesimpulannya aku nak beritahu, SuSu SunLac itu memang sedap!

Aku dah boleh minum susu. Ye yeayy.
Sukanya aku sangat-sangat.

Oke sekian tips untuk korang yang nak turunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan jugak. Itu yang penting. Kalau tak mampu buat Atkins,banyak lagi cara diet yang korang boleh follow. Boleh google untuk keterangan lanjut ye.

Selamat berjaya. Selamat berusaha.

Terima kasih sudi baca entri ni.
Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.
Assalamualaikum.

Norzayani Norhamshah
12.23 PM




27 comments:

  1. kite pon diet atkins...tp asik cheat jek...tak mampu tahan napsu tgk mkanan..kalau minum susu sunlac ni perut kite akn rase knyg ke ? sbb mmg nk kurus sgt..berat slalu statik..bile statik tu yg kite cheat..huwarghhh..sedih.. mohon pencerahan (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh selamat berdiet....
      hurm saya masa first time try diet ni,memang berdisiplin habis...skrg selalu ke laut...

      hurm tak jugak,kalau saya minum susu sunlac ni, kelaparan berganda-ganda. tp kalau kawan saya, dia kenyang.

      tp kalau diet atkins, utk fasa induction, awak belum boleh minum susu, kalau fasa 2 baru boleh, itupun tak boleh banyak.
      saya bukan pakar psl diet atkins ni, cuba awak masuk Kelab Diet Atkins kat fb, Tanya senior2 yang dah lebih Berjaya.
      Awak jgn stress sebab berat tak turun, walau berat tak turun, kalau awak terus berdiet tanpa cheat, awak akan mengalami inch loss.

      :) selamat berusaha untuk kita berdua...hehe~

      Delete
    2. Baru tau minum susu bagus untuk kuruskan badan. Sebab dalam tu ada banyak protein kan, kenyang lebih lama. Dan kena cari susu yang kurang gula, rendah kalori, fernleaf untuk diet sesuai agaknya. Sebab tinggi kalsium dan rendah lemak kan.

      Delete
    3. ye betul kena cari susu yang rendah kalori, kurang gula, tinggi kalsium. Suka untuk saya ingatkan , minum susu adalah salah satu alternatif, tapi saya tak memberi jaminan susu ni boleh kuruskan badan. which is, kalau nak kurus kan badan, kita still kena jaga pemakanan kita plus exercise. =)

      Delete
  2. salam petang, dya followers sini.jemput singgah my blog ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. orait dya. selamat berkenalan ye. ^-^
      terima kasih sudi singgah sini.

      Delete
  3. Kat mn ek nk cri susu ni.. 1st minum kat hospital putrajaya.. dpt waktu breakfast..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu ni memang agk susah nak cari.
      setakat yang saya tahu, ada di jual di 99speedmart. tpi tak semua spedmart ada.
      sebab saya pun susah nak cari susu ni. dlu pesan dengan kawan je.

      Delete
  4. Kak, minum panas or sejuk yg sedap eh? Huhu tgh mencari susu niiiii jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak tanya dekat akk kan Aqilah Azmi, akk prefer susu yang sejuk.. :) pastu shake2.. best2..

      Delete
    2. Kite ad terbaca kat blog tak leh bancuh panas..nk sng bancuh dgn air sejuk..kne shake mmg sedaappppp

      Delete
    3. em ye norsuhaili ali.. kite pun rasa camtu, tak sure, tp btol la tu kalau shake mmg sedap sgt2.. :)

      Delete
  5. boleh saya tahu kat mana nak cari susu tu..?plz help me.. (area kl)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply, hurm yang saya tahu dekat 99 speedmart memang ada jual.. susu ni memang agak payah sikit nak cari...

      Delete
  6. Dekat isetan klcc ada jual

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hurm serius susu ni sudah sikit nak nampak dulu2. tapi sekarang ni lebih senang cari kot.

      Delete
  8. Replies
    1. i see. ohh murahlah kat shopee. em sebab susu ni susah jugak nak cari.

      Delete
  9. datang sini sebab google pasal susu ni la hehe tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga mamanaurah sudi singgah blog picisan saya.
      entry ni dah lama, diharap ada membantu sedikit sebanyak. ^-^

      Delete
  10. salam maaf nak tanya , waktu bila sesuai minum susu ye ? pagi or malam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, maaf ieka saya lambat reply. masa dulu saya suka minum waktu malam. sebab tak nak makan berat. so saya ambil susu. tapi minum waktu pagi pun oke. tak ada waktu spesifik, bila-bila awak nak minum pun boleh. =)

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...