Assalamualaikum w.b.t
Just a quick post sebab lama dah tak up entry baru. Rindu nak tulis entry baru, tapi terdapat beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.
Lepas tu, bila dah ada lappy depan mata, jadi blur tak tau nak type apa.
" Jangan terlalu menyayangi, kelak di akhirnya, manusia yang paling kau sayang itu yang akan membuat kau terduduk kecewa.."
Eh, jangan salah sangka. Bukanlah tak bagi kau sayang pada manusia, cuma, berpada-pada lah untuk menyayangi. Sebab bila kau terlalu sayang pada seseorang, dan jika seseorang yang paling kau sayang tu membuat kau kecewa, perasaan itu dua kali ganda sakitnya.
Cukuplah tu, sayang biar kerana Allah, biar berpada-pada, kerana bila kau kecewa dan terluka, kau tahu, yang Allah sentiasa ada dengan kau. Dan yang paling penting, kau boleh berbahagia dengan perasaan kau, yang punya Allah dalam hati. Masa tu, kalau hati kau hancur dek perbuatan manusia, kau akan terus dan tetap bertahan kerana kasih sayang Allah pada kau, kau akan kuatkan hati kau untuk Allah, kerana Allah tak pernah tinggalkan kau dan akan sentiasa beri kau peluang untuk kembali kepada Dia.
Cumanya, tinggal lagi, kau ambil atau kau tinggalkan peluang itu.
Sudah ya.. Pujuklah hati untuk sentiasa berdamai dengan takdir yang Allah dah tentukan buat kita.
Yang terakhirnya, selamat berusaha untuk berubah walau berkali-kali kau melakukan kesalahan. Kita hidup ini atas aturan Allah, bukan untuk memuaskan hati manusia, kerana jika redha manusia yang kita cari, kita hanya akan menemui kegagalan.
Buat rakan-rakan yang pernah aku sakiti, secara sengaja mahupun tidak, ketahuilah setiap perkara yang aku lakukan itu kadang-kadang bukan atas kemahuanku sendiri, andai kau tidak memahami aku, mengertilah, bahawa aku juga sedang tidak mampu memahami diri sendiri. Kalaulah kau tahu, kalaulah......
Seandainya perkataan 'kalau' itu bukan sesuatu perkara yang dimurkai Allah, sudah pasti aku akan menggunakannya atas alasan tidak mahu itu dan ini, kalaulah aku begitu, kalaulah aku begini. Tetapi kerana apabila yang sudah terjadi itu tidak memungkinkan aku untuk berkata kalau, maka apa yang sedang terjadi inilah yang perlu aku lalui.
Untuk setiap hati yang pernah aku sakiti secara sengaja mahupun tidak, aku dengan rendah hati memohon maaf untuk semuanya. Mungkin hari ini aku masih lagi boleh meminta maaf, tapi untuk hari yang mendatang, aku tidak tahu andai aku masih punya peluang untuk meminta maaf serta memberi maaf.
Kerana aku tidak akan selalunya berada di sini. Kerana di akhirnya aku harus pulang kepada Dia, apabila sudah tiba saatnya.
Pesanku, mohon jangan ada perasaan hasad mahupun dengki terhadap kelebihan aku yang Allah sedang pamerkan di hadapan kau, kerana kau hanya akan tertipu. Kerqna aku tidak pernah punya kelebihan melainkan Allah sedang menjaga aibku.
Tulus,
Norzayani Binti Norhamshah
6.45 PM
14 Oktober 2018
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan~