Showing posts with label #MotivationalEntry. Show all posts
Showing posts with label #MotivationalEntry. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)


Marah?

Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.
But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.

Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.

Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-

i) Adakah seseorang itu akan bersabar? 

ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang

    dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].

iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]

iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita

     yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]


Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)



Fassobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)



Fassobrun jamil (Sabar itu indah, cantik)



Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)




Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')


Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?
Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.

Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?

Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.

Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.

"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?


Jadi bagaimana?

Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~

Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.


Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.
Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.

Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.

Aku pernah marah.
Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.
Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.

Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.
Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.

Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.

Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.

Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.

Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.
Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.
Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.

Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.

Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.

Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.

Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.
Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.


 "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


" Kalau lelaki, pasangannya wanita.

Kalau siang, pasangannya malam.

Kalau bulan, pasangannya bintang.

Kalau bunga, pasangannya kumbang.

Kalau cinta, pasangannya rindu.

Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran.  "


Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!
Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.

Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.

Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.



Niyaz Ayani,
21 Oktober 2013 / 16 Dzulhijjah 1434H
~NA~

Friday, October 11, 2013

10 Wasiat Rasulullah Buat Kaum Hawa

Bismillahi bismillah...

10 Wasiat Rasulullah kepada anaknya


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kabaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan taraf wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikannya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seseorang yang meminyaki rambut anak-anaknya, lalu menyisirnya dan menyuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah jiran yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum dari telaga Kauthar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan tadi adalah redha suami kepada isterinya. Andaikata suamimu tidak redha padamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, malaikat akan memohon ampun baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akanmendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala mengerjakan seribu haji dan umrah, dan seribu malaikat memohon ampun baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah isteri yang melayan suaminya sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan padanya pakaian di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan setiap rambut ditubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberi kepanya pahala seratus kali haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah dirimu wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Sumber dari www.melurhasanah.com

*** Semoga bermanfaat untuk kita. Bersyukurlah wahai wanita. Moga Allah sentiasa memandang kita dengan rahmat kasih sayang-Nya. Semoga kita sentiasa berusaha memenuhi wasiat yang Rasulullah tinggalkan buat seluruh kaum hawa. :)

Friday, June 7, 2013

#Repost, Usaha Lif Kejayaan! [Motivational Entry]


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat semuanya, hari ni aku nak share sesuatu yang aku petik daripada FB adik aku...the one and only lil' brother!

Harap-harapnya apa yang dia kongsikan ini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat buat sesiapa saja yang membacanya...

--- Kejayaan itu takkan datang bergolek tanpa usaha, tapi bukanlah bermakna jika kita belum terpilih untuk berjaya hari ini, maka di masa akan datang kita masih tidak berjaya... 

--- Seharusnya yang penting, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, sejauh mana awak berusaha, tak lama lagi kejayaan pasti akan awak gapai...

--- Walau awak belum merasai nikmat kejayaan di dunia ini, mungkin Allah sengaja mahu simpankan kejayaan awak itu di akhirat kelak... wallahu'alam...

--- Sentiasalah bersangka baik dengan Allah setelah awak berusaha sedaya upaya demi merangkul sebuah kejayaan... paling penting ikhlaskan semua nawaitu itu hanya kerana ingin dapat redha daripada-Nya...



Jemput baca ya,



4 Flat Matrikulasi/Asasi dan First Class Degree [Motivational Entry]Kejayaan Duniawi dan Akhirawi.


Ramai yang bertanya, apa rahsia kejayaan Syuk?
Sungguh, tiada niat untuk Riak atau Takbur. 
Hanya ingin berkongsi apa yang Syuk alami.
Biar Allah sahaja menilai niat Syuk. 
Kita manusia tiada apa-apa keistimewaan dalam menilai seseorang, sungguh! :')





Syuk pernah dan dulu selalu merasakan "Kegagalan"..
Result Syuk, UPSR 1A, PMR 3A, SPM 3A..
Kedudukan dalam kelas selalu menjadi yang tercorot..



Allahurabbi, Allah je tahu perasaan kecewakan ibu,ayah,keluarga dan guru Syuk waktu dahulu..

Matrikulasi, Detik untuk Perubahan. Perubahan Perlukan Usaha, Usaha Perlukan Masa.

Seorang hamba Allah menasihati Syuk,
Kalau nak berubah dan berjaya akan sesuatu matlamat kita kena selalu ingat DUIT.
Apa itu DUIT? 



DUIT = Doa + Usaha + Ikthiar + Tawakal


Mesti dah biasa dengar kan? Ada kita pernah cuba praktik secara sungguh-sungguh?
Soal diri kita semula. Doa macam mana lagi yang hendakku pohon? Usaha macam mana lagi yang nak aku buat? Ikhtiar macam mana lagi patut aku cari? Tawakal macam mana lagi perasaan aku yang hendak aku serahkan?



Berdasarkan pengalaman Syuk menjawab :



DOA : Berdoalah secara Istiqamah, sebelum Syuk memasuki fasa perubahan (sebelum daftar matrik) lagi Syuk dah mula berdoa setiap hari "Oh Allah, Kurniakan Aku Keputusan yang Cemerlang dan yang Terbaik Buatku". Non-Stop hingga hari ini, kerana sudah terbiasa lidah. Ganjarannya Alhamdulillah, moga bukan Istidraj (sesuatu pemberian tanpa serta redha Allah).

Jangan pohon 4 Flat pula, adakalanya ia bukan terbaik buat kita. Pohon apa yang terbaik buat kita, Allah tahu akan setiap sesuatu firmanNya.

"...perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..."
Surah Al-Baqarah [2:216]



USAHA : Usaha bukan takat, hari ni buat tutorial (kerja rumah), esok lusa tengok wayang, nyanyi, karaoke dan hiburan lain secara berlebihan. Usaha dalam konteks DUIT ini adalah Usaha yang berterusan, BIAR SIKIT ASAL ISTIQAMAH. InsyaAllah.

Man Jadda Wa Jadda [Sesiapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya]



IKHTIAR : Ikhtiar apa sahaja yang boleh membawa kita hampir dengan satu matlamat itu. Sebagai contoh, kita ingin menjadi seorang yang mempunyai ingatan yang kuat. Kita boleh cari madu, buah zaiton, kismis, kurma atau apa-apa sahaja yang boleh bantu kita untuk tingkatkan ingatan kita. Tak sama erti dengan Usaha, Usaha pabila kita nak mempunyai ingatan yang kuat, kita berlatih menghafal nombor atau abjad sebagai contoh dalam masa beberapa detik atau hafal satu teks dan cuba recall semula. Mudah bukan? 

InsyaAllah, dalam apa jua urusan, selalu letakkan niat kerana Allah, lebih afdhal dan berkat amalan kita itu 

TAWAKAL : Setiap Usaha, Perbuatan dan juga Amalan, Pengakhirannya adalah Tawakal.. Tawakal bermaksud kita serahkan segala usaha dan amalan kita untuk dinilai oleh Allah azza wajalla, adakah layak dan baik bagi kita Allah kurniakan apa yang kita hajati?

Kadang kala bukan Allah tak makbulkan, Allah hanya cuma uji sedikit kerana Dia mahu berikan lebih baik daripada apa yang kita hajati. 

Sebagai contoh berdasarkan pengalaman Syuk. Syuk dulu nak sangat dapat semua A dalam Ujian Pertengahan Semester Matrikulasi 1, Allah tak makbulkan, sebaliknya Allah kurniakan 4 pointer untuk Peperiksaan Akhir Matrikulasi 1 & 2.. Allah, tak tahu berapa kali ntah mahu lafazkan kesyukuran terhadapNya.

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
Surah Ali-Imran [3:159]




#POINT PENTING#



Beristiqamahlah dalam Doa,
Berusahalah selagi mana ada Daya,
Jaga Hubungan dengan Allah, Nescaya Allah akan menjaga segala keperluan kita,
Yakin bahawa Doa kita akan di Makbulkan,

Dekatkan diri dengan Allah, Syuk Pendosa, begitu juga kita Semua. Tapi tak bermakna Allah tidak akan hampir dengan kita buat selama-lamanya.
Usaha mendalami dan dekatkan diri dengan Islam, agamaNya.

Allah tak nilai tinggi mana ilmu agama kita, selagi kita berusaha untuk tingkatkan ilmu agama kita. Allah tidak lihat kecerdikan, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.
Secara jujur, Syuk bukan dikalangan orang yang baik dahulu kala, solat umbang ambing, quran baca merangkak adakala tak berbunyi langsung, ikhtilat lagi tak pernah jaga, campur gaul lelaki perempuan. Tapi Percayalah.

Allah tidak lihat kecerdikan kita sekarang, Allah lihat USAHA dan IKHLAS dalam diri kita.

Layakkah kita masuk SYURGA Allah? Kejayaan Dunia boleh menjamin Akhirat? Tak boleh ke kita berjaya Dunia Akhirat sekali gus? Apa amalan yang kita ada sekarang ni? Amalan harian kita cukup? Sunnah apakah kita turuti? Al-Quran adakah kita praktis secara amali? Allahurabbi, banyak dosa kita ini. Sedar sedar sedar.

Aku tak mahu masuk Syurga dengan markah cukup-cukup makan. Aku nak dekati para sahabat Rasul SAW, Orang Beriman, Orang Syahid, Kekasih-kekasih Allah. Mahu rapaaaat dengan Allah SWT. Allah, Kami Mahu SYURGAMU.

MUHASABAH DIRI . Titiskan Air Mata Kita Kerana Allah.

Nukilan dari Hamba Allah yang daif dan penuh dengan cacat cela. Kurang pengetahuan ilmu dunia akhirat yang cuba untuk sampaikan dakwah dan nasihat dengan cara yang dia termampu. [Syukri Norhamshah] 


Saksi penceritaan dan kisah daku ini adalah benar adalah Allah..
Guru Kaunseling yang tak pernah serik dengan masalahku, Siti Noraniza Hana.
Kaunselor Matrikulasi ku yang melihat raut wajah sedihku, Rashimi Rashid.
Pensyarah Fizik yang selalu beri nasihat kepadaku, Sabariah Mat Razi.
Saksi bagi Resultku dahulu dan sekarang ahli keluargaku sendiri Niyaz Arumi,Norhamshah YaacobAzza Huniey BunieyAngah Akeem dan Rizal Murni.



Mahukan Kejayaan Dunia Akhirat, Selitkan Keikhlasan dan Tautkan Hatimu Pada Tuhan.

Impikan Keluarga Sakinah, Sahabat yang Itsar, Kehidupan yang Barakah, Syurga yang Indah. 


Komen2 dalam fb dia [status motivational entry]


Morniliza Abd Jamil I'm Proud of you..once upon a time was a very 'adik manja'..now you grow up into a gentlemen. Keep up your good work.

 ~ Noor Naimah Syafiqah patut bg kt adik2 baca,, buat motivasi diri  
mabruk ya sodiqi !

Azza Huniey Buniey saksi??hehhe..wahh spe mau tahu kenakalan dan kemalasan Syukri Norhamshah dulu bley ty saya..jgn segan2...hahaha...

Niyaz Arumi Syukri Norhamshah yg mbesar dgn keadaan yg sgt membimbangkan dri aspek 

pelajaran...smpaikan dlu pernah trdetik,"aduilah adik aku ni,ape nak jadilah bila dia besau nanti..." ,sesungguhnya

 ini bukti kekuasaan Allah,tp tak smstinya bila tak berjaya sgt2 dlm pelajaran,kita tak berjaya dlm kehidupan,yg 

paling penting jaga hubungan dengan Allah...jaga hubungan dengan Allah...jaga hubungan dengan 

Allah...bersangka baik dalam setiap apa yang Dia berikan,jgn pernah soal kenapa begini kenapa begitu 

adikku...semakin jauh anda melangkah,semakin banyak cabarannya...igt juga Prof Muhaya pesan,jgn belajar 

amek dip,degree ke master ke phd sbb nak tunjuk2 pd org,tapi setting niat,semua ilmu itu dipelajari sbbnya cuma 

satu,iaitu "Lillahita'ala"...ingat juga adikku,bila berada di tahap ini,cabaran lebih besar akan selalu datang,kuatkan 

semangatmu,jaga iman,jaga solat,jaga akhlak,jaga akidah...em semua pun nak kena jaga baru Allah 

redha...insya Allah...satu pesanku wahai adik,seimbangkan hubungan di antara keluarga dan rakan2mu itu,supaya

 tiada yang terasa di kemudian hari...kalau boleh,berusahalah supaya dapat menyenangkan hati kedua2 belah 

pihak... oke,apa pun u also can share everything with me...mungkin kakak hang ni tak sehebat guru kaunselor 

memberi nasihat dan pendapat,tapi aku boleh jadi pendengar yang baik...insya Allah...keep my word oke...jangan

 riak atau ujub ye adikku sayang!(pesanan tegas untukmu) take care... (kakak dia yang banyak mulut...chot chet 

chot chet)

Syukri Norhamshah yaya : sgt nakal kn. drjh 4 bru tahu membaca lancar. huhu. pemalas sgt. huhu

aisyah : awat nganga? haha

aida : insyaAllah, jadi arkitek yg hebat ye nnt. 

Layla : sure2, panjang2kan peringatan ini. point syuk bukan nk berjaya dunia semata tau 


dayah : boleh2 ahli itexpert ku 




Muhamad Azzam subhanallah, syuk.. hebat2. syukrn sgt atas perkongsian. 

Syukri Norhamshah Ats kerana Allah kurniakan Syuk rakan2 yg selalu mengingatkan Syuk kpd Allah, seperti 

kalianlah yg menjadi batu loncatan untuk Syuk berubah ke arah lebih baik Abg Azzam. Ukhuwah fillah abadan 

abada. :')


# Last but not least, bukanlah niat aku share benda ni untuk riak ke ape2, tujuannya adalah
 untuk beritahu bahawa sekali kegagalan bukan bererti akan gagal selamanya, kadang-kadang ada orang tu kena gagal banyak kali baru dia boleh berjaya. Apa pun yang penting ikhlaskan semua kerana Allah...itu paling penting sekali.

# Erm agak panjang entri kali ni, apa pun semoga bermanfaat ya...dan...


Semoga Berjayalah kita semua di dunia dan akhirat...insya 

Allah.




Our 'big' famili~

classmates UTM dia kot, (cilok dari fb dia) :)

he loves DSLR ,friends and PHOTOGRAPHY~

Dia kat Jepun~

true~

erkkk~



& kalau tanya aku, ape yang paling sedih bile teringat dia,
jawapannya ialah masa awal tahun hari tu, dia ACCIDENT motor, kat highway duta ahem tengok satu badan dia darah keluar,buat aku jadi sangat sebak,chu chu chu, mengalir gaklah air mate 'aku ni, sungguh...adik aku kot,adik aku yang aku selalu anggap dia ni budak2 kecik lagi yang aku suke marah2,bebel2 ekot suke hati aku...mane x nangis,xpenah2 pun jadik gitu,syukur pada Allah,dia selamat, sungguhah xdpt aku bayangkan kalau keadaan dia terlebih parah sebab minggu depannya dia ada final exam...sob sob...whoaaa...adik aku ni bermacam la haih kerenah dia...sebab dulu dia adik manja,manja lah sgt! erk tau lah anak bongsu weh...haha...ape pun i'm proud of u,syuk! and naye sarang high2!

*memandangkan aku seorang kakak yang bernama syukri norhamshah ni,jejadinya kengkawan dia memang ada sebahagiannya yang aku kenal,dan akan aku add dlm fb (maaf la ye adik2 sebab kakak si syuk ni penyebok tak hagak...weee ehee bukan seharusnya ke sbg kakak kena kenal kawan2 adik badik dia? teheee...akakkk gurau saja...(makin banyak aku melalut ni) 



eheeee oke,oke,cukup sampai di sini dulu...


* terima kasih sudi baca entri ni, salah dan silap atau apa jua kekhilafan yang terdapat dalam entri ni,mohon sejuta maaf...


*take care, wassalam...



Ikhlas,

Anything About You_ Niyaz Arumi

1:50 PM

7 June 2013

Saranghae

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...