Showing posts with label #CutiCutiMalaysia. Show all posts
Showing posts with label #CutiCutiMalaysia. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

Pulau Perhentian #ShortVacay

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat pembaca.. ^-^

Eh macam la ada yang baca.. haha, well setiap kali tulis entry baru, kita kena selalu berangan macam ada orang sedang membaca tulisan kita. Haaaa gitu, barulah terasa bersemangat sikit nak share cerita..

Pulau Perhentian...

Hurm sebenarnya ia adalah sebuah percutian yang tak dirancang pun (for myself la), aku pergi pun sebab ganti manusia lain yang tak dapat join percutian ni, bila kak Nor kata je ada tempat kosong, terus bagi nama and on the spot terus transfer duit.. haha.. nampak nau tak menyabar dekat situ.

Disebabkan sebelum ini, aku hanya selalu mendengar seluruh kecantikan yang ada dekat Pulau Perhentian ni, jadi bila dah dapat peluang yang tak selalu ada macam ni, aku terus grab je la.. Alhamdulillah, rezeki.. =)

In fact sebenarnya aku pergi sebab aku nak tenangkan hati dan fikiran selepas melalui fasa-fasa kehidupan yang sangat memenatkan sejak beberapa bulan yang lepas. 
Kalau tengok dari segi fizikal memang nampak sihat wal'afiat, sakinah mawwadah wa rahmah semua ada.. hehehe, tapi dalam hati, dekat emosi, semua dah hancur teruk. =D 

Jadinya, kita menumpang percutian kawad Maulidur Rasul (Suk Selangor) tahun lepas. Kami yang team kawad Kemerdekaan ni dah selamat buat 'lawatan sambil belajar' dekat Langkawi awal tahun lepas. Haha. 

Oke, tentatif program adalah seperti biasa :


26 Julai 2018 (Khamis)

10.00 malam - Berkumpul di Suk (Shah Alam)

10.30 malam - Bergerak ke Jeti, Kuala Besut, Terengganu

(Disebabkan kami banyak persinggahan, kami tiba di Terengganu sekitar jam 5.50 pagi)


27 Julai 2018 (Jumaat)

6.00 pagi - Singgah masjid untuk bersolat Subuh. (masjid tu aku tak sure dekat daerah mana)

8.30 pagi - Bersarapan di gerai berdekatan Jeti Kuala Besut. (masa ni kak Nor dah pesan awal-awal, suruh beli air ke ataupun apa-apa makanan tambahan, sebab kalau nak makan dekat pulau, biasalah, mahal sikit harganya.) * itu biasa, takpe kita faham sebab dekat pulau kan.

9.30 pagi - Naik bot menuju ke Pulau Perhentian Besar. (perjalanan ambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit, kalau tak silap la, tak tengok jam sangat sebenarnya.)

10.10 pagi - Tunggu untuk check in masuk Flora Bay Resort (hahaha nama resort maaflah sekali lagi aku kurang pasti, tapi rasanya betul. hehe)

~ Selepas diberi sedikit briefing oleh kak Nor berkenaan aktiviti dekat sana, tentang makan minum, tentang bilik semua, so kami semua yang memang penat dan belum mandi lagi, memang seharusnya pandang di mana-mana dah nampak bantal dengan tilam je. Penat seyh. 

~ Ahaaa masa kami datang tu kan, line handphone yang ada ialah celcom dan digi je kalau tak silap. Umobile hancur habis. Celcom je boleh guna inernet, digi setakat boleh call and sms sahaja. Gembira percutian kali ini. Haha!

~ Oke, untuk pengetahuan korang, dekat dalam bilik, TAK ADA TELEVISION ye kawan-kawan~

5.30 petang - Aktiviti petang adalah aktiviti bebas, Hang nak p mandi pantai boleh, nak p jalan-jalan boleh, nak tidur boleh, nak berkayak boleh, nak cuci mata pun boleh. Haha. Kami yang power puff girl ni setakat jalan-jalan je dekat tepi pantai sambil menikmati keindahan alam dan panorama (haha), makan ayam gunting dan bermain bola tampar. (Dorang la dorang, aku tak main, aku ambik gambar je) =p

8.00 malam - Dinnah dekat kafe resort, lepas tu jalan-jalan dekat tepi pantai dan tengok pertunjukan api. Haha sadis betul aktiviti hari pertama. ^-^ 

10.00 malam - Balik, tidur. Esok nak snorkeling weh! Kakak tak tahu nak eksaited ke atau takut. Sebab aku penakut dengan air sebenarnya. Malam tu, dah berkira-kira, esok tak nak lah terjun laut. Takut. Wek! haha poyo~


28 Julai 2018 (Sabtu)

8.00 Pagi - Sarapan dan bersiap sedia untuk pergi Snorkeling.

~ lepas sarapan, sambil menunggu kedatangan bot yang lambat lebih kurang 1 jam, kami pun ambil gambar beramai-ramai dekat tepi pantai. 

10.45 Pagi - Proceed for Snorkeling Trip, yeayy! (6 popular points) 

~ (enjoy at Turtle Watching, Turtle Beach, Fisherman Village, Coral Garden, Shark Point, & Lata Air Berani)

~ Lebih kurang jam 3.30 petang jugak baru kami habis ber snorkeling. (tapi weh serius, aku rasa tak puas hati sebab rasa macam kejap sangat snorkelingnya. huaahaha.. nak kena repeat lagi ni ^-^) ~ haha tengok orang penakot berkata-kata, mula-mula takut nak snorkeling, lama-lama jadi suka.. adoi~


5.30 Petang - Aku dengan kak Su pergi berkayak di persisiran pantai then ambil gambar. Kawan-kawan yang lain tak ikut, dorang memasing penat snorkeling, kami je dok jalan-jalan lagi. 

8.00 Malam - Dinnah (BBQ katanya) malam tu kan, hujan lebat, angin pun kuat. Tak jadi aku nak keluar berjimba malam tu. Haha. So balik awal lepas dari makan, masuk bilik kemas barang, sebab esok dah nak balik. =)


29 Julai 2018 (Ahad)

8.00 pagi - Sarapan dan tunggu bot pick up kami berangkat pulang ke jalan yang benar dan lurus. Heee..

8.30 pagi - Bot sampai, and kami menghala pulang.

9.00 pagi - Tiba di jeti Kuala Besut, beli sikit cenderahati, dan meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. ( tak ada lah terus balik, pasai kami singgah Masjid Kristal, Kg.Losong (beli keropok lekor), and Pasar Payang (shopping katanya) hahaha tak ada lah shopping pun, jalan-jalan, solat and makan je.

5.00 petang - Menghala balik selangor. Singgah solat makan semua dalam pukul 7.45 malam dekat RNR Gambang. Lepas tu terus aku tak boleh tidoq sampai balik Suk. Oh so sad~

1.00 pagi - Alhamdulillah, selamat sampai di Suk. (dah p balik sana, esok kerja!) hihi.. betui weh, besoknya aku kerja. Penat tak tipu. 

* Secara teknikalnya, tentatif di atas adalah aktiviti yang aku buat, orang lain aku tak tau, mungkin ada persamaan, tapi berbeza sikit lah kan. haha tapi randomnya macam tu lah aktiviti yang kitorang buat.

~ Oke, kawan-kawan, cerita aku dah panjang. La ni kami nak belanja gambaq ja. Soyyie la banyak bebel-bebel. Heeee..


Yahooo, amek gambaq kenang-kenangan dulu sebelum p Pulau~


Yeeayyheiii dah naik bot. Steady kan pak cik ni bawak bot kami~ haha









































Done upload gambar.
Sorry geng, gambar semua random pick je. Dah la tak susun betul, bersepah-sepah pulak susunannya, ala kira halal je la eh, ada jugak gambar kan, dari tak ada langsung. =)

Ni video pulak.. kredit video and gambar-gambar pada kawan-kawan yang ada share dalam group~ sorry save and upload dekat sini pulak.. ^-^ sorry and thank u oke =)
























Oke, dah cukup lah tu, maaf kualiti video tak seberapa. Itu je yang ada.
And sekali lagi upload secara random.. ^-^


Nak cepat, tak banyak masa nak susun betul-betul sebab kejap lagi nak keluar pergi cari kek untuk Adnin Muadz. Hari ni besday dia.. Selamat besday Adnin, Aciani loves u so much (eh iklannnn)


So, secara kesimpulannya, pulau perhentian ni memang best, tapi tu la, bukan semua tempat kami dapat pergi, agak kalau lama sikit stay sana, lagi banyak tempat boleh pergi. Ehehehe maybe rezeki lain kali kot. :)

Untuk yang kesekian kalinya, terima kasih buat urusetia, Kak Nor and Abg Ja'a, banyak melayan kerenah kitorang dari mula sampai akhir. Terima kasih Wak Kamal and Zul sudi bawak bas bawak kami sampai ke Terengganu. Terima kasih team kawad Maulidur Rasul Suk, bagi kami menyelit ikut percutian korang ni. Terima kasih kawan-kawan semua, kalau nak sebut nama satu-satu banyak sangat. Dan terima kasih buat rakan sebilik, Kak Odah, Kak Su, Kak Ikin and Qila. 
Thank u and i love u all. Korang semua best sangat and sporting!!!

Dan thank u korang yang sudi baca entry picisan yang begini. haha~

Jumpa lagi pada next entry.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Loads of love,
Norzayani Norhamshah

4 Ogos 2018
3.35 PM
Sabtu

Tuesday, June 10, 2014

Eagle Ranch Resort, Port Dickson - Part 2

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t..

Oke, tuan puan sekalian. Dah rehat lepas ikut saya berjalan? Part 1 sila klik sini.
Dah beli jus oren yang sebenar-benarnya untuk hilangkan boring membaca tulisan saya?
Dah? Bagus. Jom, kita nak sambung berjalan lagi ni. Bismillah.


Baik hati chef, bagi ikan breakfast. Masa ni kan, chef tu malu sebab saya ambil gambar. Sorry chef. Haha~

Born to be wild. (Uitm Dentistry) Gambaq atas pentas.

Unggun api tiruan. Tak ada api pun.
Dah turun pentas. Meh cikgu bawak awak pergi tempat kegemaran ramai.
Swimming pool !!! Apa tunggu lagi? Tak nak terjun kah?

Di tepi kolam yang indah. Kakak ipaq saya bersantaiiii.

Anak dengan bapak dorang yang garang macam singa~ Haha.

Bestnya. Tapi saya tak terjun pun. Busy nak ambil gambar untuk awak semua lah katakan...

Ala tak nampak sangat. Tapi bolehlah dari takde. Kat rumah saya pun ada kuda. Hhehe.



Horse Stable. Dalam tu ada jugak kuda yang lain. Tapi saya tak masuk pun. Jalan saja.

Oke, kita dah sampai di Kampung House.
Kampung House ni dekat dengan Horse Stable tadi. Dekat dengan Tepee juga. Dan tak berapa jauh dari Swimming pool. Hehe.

Pintu KH gini ye. Dalam saya tak tahu. Hee...

KH juga. Dulu bawah ni ada air. Tapi kakak saya kata, diorang terpaksa keringkan sebab pernah ada kes denggi.

Well, semua benda tu kena fikir juga. Untuk keselamatan dan keselesaan. Bahaya kes denggi ni. Lebih baik mencegah dari merawat kan?


Jalan menuju ke KH. Ada banyak titi dekat KH ni. Ecey, dah namanya kampung, kengkonon kena banyak titi la gitu.

Macam itulah rupa bentuk Kampung House dari sudut tepi ye.

Bandwagon sudah, Log Cabin sudah. Kampung House sudah. Paddock Dormitories pun dah. Nah, last, Teepee. Ala-ala rumah red indian gitu. Erm tapi kan kakak saya bagitau kat sini banyak nyamuk. Tapi kami stay kat Log Cabin, tak ada pula rasa nyamuk gigit. Elok ja kami tidoq. Hehehee..

Teepee. Pun tak ada gambar di dalam. Kesian korang, tengok kat luar je la eh.

Pintu semua begitu. Ada 'mangga' besau tak hagak semuanya.




Oke dah, bai Teepee. Bai Kampung House. Kita pergi jalan-jalan kat tempat lain lagi. Penat ke?
Takpe, jangan risau. Kita dah nak habis jalan dah ni. Lepas ni dah boleh rehat kat bilik ye. :)
Oke destinasi seterusnya...


Agak-agak korang ada bawak bola. Bolehlah main kat sini. Basketball court~

Lokasi Basketball court ini adalah di sebelah Teepee ye.
Jom kita jalan depan sikit.
Jeng-jeng...
Nahhh...



Ini Rope Course. Lokasinya adalah berdekatan dengan guard house. Katakanlah korang dah sampai. Inilah dia 'pemandangan' pertama yang korang boleh lihat bila masuk Eagle Ranch Resort ni. Hehehe.

Teringat pulak zaman muda masa di Plkn dulu. Tapi ini lagi syiokkk~ 

*Korang, kalau gambar kecik, klik pada gambar ye untuk imej yang lebih besar. (Tapi idoklah besau bebenor.) =D


Oke, depan sikit daripada Rope Course ada tapak permainan untuk korang bermain bola tampar ala-ala di pantai gitu.

Jangan pulak korang bawak anak-anak korang buat istana pasir kat situ. Tak memasal je nanti kena sound dengan pekerja resort. Tapi kalau anak korang nak juga buat istana pasir, cer korang pergi tanya boleh ke idak buat istana pasir kat situ. Kalau tak boleh, memang korang kena pergi tepi pantai jugaklah. Haha.

Yang saya tahu, depan sikit dari Eagle Ranch ni dah boleh jumpa Tiara Beach Resort. Abang ipar saya kata dalam 5km je jaraknya. Depan lagi baru ada pantai.


Lokasi beach volleyball ini adalah di tengah-tengah di antara Main Field dengan Rope Course. Tepi itu ada pokok Sukun. Dapat sukun goreng, sedap tu...

Dengan itu, sudah habislah saya bawak awak semua tawaf di kawasan sekitar resort ini.
Bukanlah semua tempat saya pergi, ada juga tempat yang saya tak ambil gambar. Heee jalan sorang-sorang, kotlah ada apa-apa jadi, mahunya menangis tergolek-golek tepi jalan nanti.

Oke, saya dah penat. Jom kita balik Log Cabin. Rehat-rehat.

Saya nak tunjuk kejutan di dalam Log Cabin itu pada awak semua.


Assalamualaikum. Siapa di dalam, kami di luar ni.
Jemput masuk...
Wa'alaikumussalam.
Eh mengada kan, pagi pun nak pasang lampu.
Lemari, tempat bancuh air.
 * Sorry, saya tak ambil gambar katil. Haha. Tak teringat pun.

Meh saya tunjuk bilik air pulak.



Shower. Kalau sesapa nak mandi air panas. Haih masuk bilik air pun dah panas.
Tak ada kekdahnya awak nak mandi air panas. Mandi air batu lagi bagus.
Inilah air batu. Air yang keluar dari batu. Waterfall sangat tau!

Nampak ke tak nampak awan kat atas nun?
Kalau nampak, bagus. Gambar ni saya tak edit tau. Nampak kilauan cahaya terik mentari tu.
Memang di situ tiada bumbung.
Jangan tanya saya kenapa takde bumbung. Tolong tanya pengurusan hotel. Mereka lebih maklum.
Chehhh design yang begitu, buat saya rasa nak hentak kepala kat batu tu.

Macam mana nak mandi? Tapayah mandi lor... Balik rumah baru mandi. Haha. Bukanlah keseluruhan bilik air ini tidak berbumbung. Sebahagian saja. =)

Okelah, penat dah ni.

Nah saya belanja sikit gambar masa dinner 'kuboi' malam sabtu hari tu. Kakak ipar saya ada menang hadiah untuk cabutan bertuah. TV 19'. Dalam bilik dia kata kalau dapat Stand Mixer pun best jugak.

Gambar di bawah adalah gambar suka-suki sahaja.


hapi hapi. tolongggg

ramai jugak. Segan haih time tu. =p


Mia memang suka buat muka bila saya nak ambil gambar. Stress oke~

Ayah paksa berdiri atas ni.

GO KART~


Kereta kuda da..




See you again. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi...~

Oke, catatan perjalanan di Eagle Ranch Resort dah pun tamat.
Jom lah, kita balik semula ke Selangor semula.
Walau singkat waktu, tapi still happy, sebab boleh luang masa dengan keluarga tersayang.
Kalau ada ibu dengan ayah mesti lagi best. Takpe, tunggu hujung tahun.

Orait, terima kasih sudi baca entry ni.
Kalau ada yang kurang memuaskan hati awak, mintak maaf ye.
Ia sekadar kenangan sezarah yang dapat dikongsikan.

Jaga diri ya semua. Jaga iman, jaga solat, ingat Allah walau di mana awak berada.
Sekian, Assalamualaikum.

With Love,
Norzayani Binti Norhamshah
10 Jun 2014 / 12 Syaaban 1435H

Eagle Ranch Resort,Port Dickson, Malaysia~



CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...