Skip to main content

Skincare oh Skincare #Review (Himalaya Herbals)

Assalamualaikum..

Salam penghulu segala hari..

Pejam celik, sekejap je kita dah nak ke penghujung bulan Januari. Rasa macam baru je hari tu masuk tahun baru.

Heee, oke tak nak cakap banyak, just straight to the point. Aku nak share dengan korang pasal produk skincare yang aku guna sekarang ni. Saja je nak buat review (ada orang baca atau tak belakang cerita, yang penting, posting ni aku memang dah lama nak up, cuma belum ada kesempatan)


Untuk pengetahuan korang, last year kot, aku ada mengalami masalah kulit muka yang memang buat aku sangat stress (in fact, ada lagi kesan-kesannya sekarang ni, still dalam usaha nak baik pulih.)

Biasalah kan, orang perempuan ni, kalau ada jerawat berkampung dekat muka, dia punya stress tu macam boyfriend dia curang lah. Haha.

Serius weh, tahun lepas aku rasa memang teruk gila kulit muka aku, jerawat tu memang tak pernah nak surut la. In fact ramai orang tegur aku, tanya kenapa dengan muka.

Kau rasa aku jawab amende?


Hahaha..


Aku jawab aku kena CHICKEN POX !!!

Hurm aku dah lah stress, jerawat naik tak kira waktu, orang lain pulak dok tanya itu ini.
Habis merundum jatuh keyakinan aku nak jumpa orang lain tau waktu tu.

Tapi kan cerita aku ni macam la teruk sangat. Takdelah teruk bernanah ke atau berlubang muka, cuma sejenis kulit muka aku, aku sentuh ke tak jerawat tu, memang ia akan meninggalkan kesan warna hitam. Itulah yang dinamakan parut jerawat.

Jerawat memang senang nak hilang, tapi kesannya tu.

Sampailah satu hari aku borak dengan kawan aku, then kawan aku cerita, adik dia ada masalah jerawat, dan doctor suggest guna produk Himalaya .

Orait produk ni dah lama sebenarnya, cuma aku baru nak try.
In fact produk Himalaya ni harga nya bukan biasa-biasa. Sengkek jugaklah aku nak beli. Haha.

So aku pun belilah rangkaian produk himalaya jenis Neem.


  • Aku beli ni, Purifying Neem Face Wash



Pencuci ni memang best, harga bergantung pada tempat dan promotion kat tempat yang korang nak beli tu. Masa aku beli ni dekat guardian, harganya dalam RM 27.90 kot. (aku tak sure, tapi lingkungan gitu lah.) Yang ni untuk 150ml. Mahal sikit lah, tapi insya Allah boleh guna dalam 3 ke 4 bulan jugak ni. Sebab last year aku beli 200ml, tahan dalam 5 bulan.

Fungsi dan kesan yang aku dapat rasa lepas guna produk ni, jerawat aku dah semakin kurang. Alhamdulillah. In fact, kita ni orang perempuan, walau macam mana pun memang tak terlepas dari masalah jerawat setiap bulan. Cuma yang aku boleh cakap, jerawat aku dah kurang.



  • Lagi aku beli ni, Purifying Neem Scrub
Scrub ni harganya pun macam Neem Face Wash tadi, lingkungan RM 27-RM30. Aku beli tahun lepas bulan Mei, dan ada lagi, still belum habis. Scrub ni pakai 2 kali seminggu je, kau jangan memandai tenyeh kat muka tetiap hari. Menipis mengering kulit kau nanti. 


  • Lagi aku beli ni pulak Neem Face Pack




Yang ni fuh memang best, warna dia hitam, bau pun tak sedap. Tapi kesannya lepas kau pakai dekat muka, kau dah cuci tu, kau akan rasa segar sangat. Untuk yang ni, HIGHLY RECOMMENDED !!!

Hehehe, kau takkan menyesal lah kalau beli ni. Neem Face Pack ni sejenis mask jugak lah. Pakai 2 kali seminggu jugak. Oh ya, harga masih dalam lingkungan RM 27-RM30. =)



  • Oke, next aku beli ni Peel-Off Mask (Almond & Cucumber)




Haha this one also HIGHLY RECOMMENDED !!!

Sama jugak macam Face Pack, cuma face pack ni sejenis mask yang kau kena cuci bila dah kering. Kalau jenis ni, bila dah kering, kau kena tarik bila dah kering. Nama pun peel-off mask kan. Harga masih lagi lingkungan RM27-RM30 (kalau tengah ada promotion tau), kalau tak, harga normal nya cecah RM32-RM34 jugak.

Jangan risau, benda ni kau takkan beli sebulan sekali, aku rasa lebih dari 6 bulan kau boleh guna. Semuanya bergantung pada kekerapan penggunaannya. 

Oke next ialah Clear Complexion Whitening Day Cream


Oke day cream ni 50ml, dan berharga RM40.00 ++ (mahal sikit, tapi best)
Kulit muka akan terasa lembab dan lembut.


Next, Natural Glow Fairness Cream


Serius kalau cream ni aku sangat suka bau dia, wangi !!!
Pakai sikit je, tak payah banyak-banyak. Kena berjimat jugak.
Harga normal aku tak sure, sebab aku beli ni, masa promotion dekat Guardian.
Beli barang lebih dari RM40, so aku dapat beli krim ni dengan harga RM 16.90 camtu lah. =)
Krim ni antara yang last aku beli lah, haha, niat di hati nak beli Toner la, krim malam la, tapi rasa tak mampu lagi. Hihihi.. =D

So keseluruhan produk Himalaya yang aku ada ialah begini 


Aku syak sebenarnya aku sejenis addicted dengan produk ni. 

Oke, kalau ikutkan ada je lagi produk Himalaya yang lain aku guna. Contonya macam perapi rambut, dengan ubat gigi. 

So kesimpulannya, pada aku, produk Himalaya ni dijamin selamat dan berbaloi kalau korang nak cuba. Cuma effectnya takdelah cepat sangat. Standard lah tu, ambil masa untuk kita baiki kulit muka kita daripada yang bermasalah kepada yang lebih baik.

Oke, satu je aku nak pesan dengan korang.
Walau hebat macam mana pun skincare yang korang guna, korang still kena ambil supplement tambahan. Sebab kadang-kadang, kotor tu dari dalam bukan dari kulit luar. Makan pun kena jaga juga, lepas tu minum air masak secukupnya.

Kalau rajin, buat carrot jus (kosong). Amalkan 2 kali sehari. Hehe aku waktu rajin je amalkan, tapi banyak malas dari rajinnya. Macam aku, supplement yang aku amik ESP Shaklee, Vita C, Vita E, Jus Bidan Dara (byNurKhiriah). Gabungan semua benda ni memang nampak kesannya. Tak banyak, ada lah sikit kesannya. Hehehe.


So, kalau nak kulit nampak bersih dan sihat, sebenarnya memang kena jaga luar dan dalaman badan kita.

After months, aku pakai Himalaya dan bergabung dengan beberapa supplement lain.

Yang boleh aku simpulkan, supplement yang paling penting untuk kita ambil, sebab masalah kita mungkin bukan masalah luaran kulit, tapi masalah dalaman yang mungkin berkaitan dengan hormon.

Alhamdulillah, hampir 90% pulih. Jerawat memang dah kurang sangat-sangat.

So, aku stop kan entry ni.

Terima kasih buat sesiapa yang sudi baca entry ni.

Maafkan aku, doakan aku.



Warm Regards,

Yani Hamshah

Comments

  1. Kita pakai jugak.. Ya ampun sgt2 bagus Himalaya neem. Jerawat kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. untuk kulit muka kita pun best.. dah lebih setahun guna.. nak kata tak ada jerawat langsung tu tipu la kan.. ada la sesikit jugak.. apa pun rutin penjagaan tu yg penting setiap hari.. =)

      Delete
  2. Nk tnye,himalaya ade x yg bole hilangkan parut jerawat?'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em alamak, utk yg hilangkan parut jerawat ni xde pulak.. xabes explore lg produk himalaya yg lain.. sorry dear..

      Delete
  3. cream fairness tu pakai masa mana...lepas guna toner ke atau untuk malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em biasanya pakai lepas pakai toner.. kalau siang, sblm compact powder.. malam tak pakai.. 😅

      Delete
  4. Akak . Nape sy pakai . Muka sy teruk naik bintik ii merah air 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pkai ape dik? Pencuci muka ke? Sorry dik, lupa nak letak, bkn semua skincare sesuai dgn kulit muka semua org.. kalau awk pakai merah2, awk kena terus stop.. mungkin tak sesuai dgn kulit muka awak..

      Delete
  5. Ya himalaya mmg best ! Sy pun dah lama guna . . 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, saya pun dah guna hampir 2 tahun.. best.. tp skrg ni tetiba terasa nak try skincare lain, sbb mcm dah tak suitable on me.. =(

      Delete
  6. sis..kalo muka truk penuh dgn jerawat agk2 ambil mse brpe lmr utk pulih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jerawat yang teruk tu jenis macam mana ye? yang jenis jerawat besar or kecik2? actually berapa lama untuk pulih tu bergantung kepada cara macam mana kita treat jerawat kita tu. fyi, untuk pulihkan jerawat, kita kena pakai ubat jerawat. jerawat kita tak akan berkurang hanya mengguna cleanser..

      Delete
  7. muka kita jd flawless x pkai himalaya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka flawless tu susah jugak nak cakap.. when it comes to skincare, sebenarnya, kita kena kuatkan rutin penjagaan kulit.. basic skincare routine is cleanser-hydrating toner-moisturizer.. =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minum susu pun boleh kurus? Serius?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat hari jumaat. Minggu ni terasa sekejap sangat lah.
(Time flies so fast) Sekejap saja dah nak berjumpa hari sabtu semula.

Aku pun kurang pasti aku nak share pasal apa masa aku tengah menaip entri ni. Blur kejap. Aku tak ingat amenda aku nak cerita tadi. Jap eh. (Eh boleh main kejap-kejap pulak? Sah aku sedikit gelong hari ini.)

Oh ha ni, nak cerita pada korang, silalah minum susu untuk kesejahteraan bersama. Ecewah. Gitu konsepnya.

Pagi tadi aku borak-borak dengan Ain (kawan eh) pasal diet. Aku cerita pada dia, aku dah boleh minum susu (sebab dah masuk fasa 2 Diet Atkins). Rindu nak minum susu. Dan aku tiba-tiba tertanya kat dia, susu yang pernah dia minum dulu.

Sebelum aku berdiet atkins ni,aku kan sakit kaki,doktor kata kurang kalsium,aku makan oats,aku minum susu (sebab tekak tak boleh terima susu kosong yang begitu saja,jadi aku padankan dengan beberapa sudu oats) *sedap sangat!

Tiba-tiba kan,aku kata gini pada Ain:

Aku: Haa dik…

Perodua Axia

Bismillah,

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang diberi nama Perodua Axia.

Comel kereta tu, kecik sikit dari MYVI, besau sikit dari VIVA.
Kira kalau kita wanita-wanita yang guna memang akan jadi double comel lah! Hehe.

Saya dah tengok Axia ni, okelah. Cantiklah. Tapi hampeh kan, sebab nak tunggu Proton Iriz dilancarkan. Baru kita boleh decide apa-apa. (Hee kalau nak decide lah, bukan senang nak beli kereta, amat memerlukan kewangan yang kukuh. Sat ni p beli, kalau duit cukup-cukup untuk bayar bulan-bulan, bai bai lah kereta jadi bahan pameran sebab tak dak duit nak isi minyak. )

Hari Isnin lepas saya dengan ibu dan ayah, excited lah ni, pergi dekat PERODUA YBK SERVICES SDN BHD seksyen 11, Shah Alam untuk melihat sendiri keunggulan kereta comel ni.

Pandangan pertama saya dah jatuh cinta pada warnanya. Haha. Warna Merah Cili. Cantik ok. (Saya je lah jatuh cinta, orang lain tak tahu.)

Then, kami pun pe…