Showing posts with label #Nasyid. Show all posts
Showing posts with label #Nasyid. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Kumpulan Raihan : Rukun Ketiga [Lirik]




Amalan berzakat, punya rahsia tersirat,
Pahala meningkat, bekalan ke akhirat,
Hidup penuh berkat, didoakan malaikat,
Iman pun meningkat, cinta Tuhan terpahat.

Amalan berzakat, punya hikmah tersirat,
Melahirkan sifat murah, redha dan taat,
Sentiasa bertaubat, ibadah bersemangat,
Di setiap saat, hingga sepanjang hayat.

Semua nikmat, milik Allah As-Somad,
Harta yang meningkat, dipinjamkan bersyarat,
Jelas tercatat, hak segolongan umat,
Amalan berzakat, amanah yang tersurat.

Harta meningkat, juga mampu menjerat,
Bisa melarat, hingga iman tergugat,
Awas diperalat, syaitan punya muslihat,
Hingga menyesatkan hidup sepanjang hayat.

Engkar berzakat, bagai engkar bersolat,
Rukun tersurat, amalan ke akhirat,
Adil dan tepat, kadar hitungan zakat,
Allah mensyariat, untuk keberkatan umat.

(Zakat, rukun yang ketiga, ayuh, mari, kita tunaikan...)






Saya tak pasti sama ada lagu ni, lagu baru ke lama.
Al maklumlah, lama dah tak dengar cerita kumpulan raihan ni.

Kali pertama dengar lagu ni ialah masa on the way nak ke tempat kerja dalam radio ikim.
Em yang buat saya suka, liriknya. 
(Cer awak tengok rima akhir dia.)
Melodi pun best, sebab ada bunyi-bunyi kompang gitu.

Terasa macam dekat kenduri kahwin. (Hehe)
Kumpulan nasyid raihan ni dulu pernah menjadi salah sebuah kumpulan fevret masa saya sekolah rendah. Nampak tak, dah lama alam persekolahan ditinggalkan. Sobs.

Lagu gini sebenarnya sesuai kalau nak pasang masa majlis kahwin.
Majlis kahwin kan ramai orang datang. Jadi kita bolehlah menyampaikan ilmu sedikit.
Melalui liriknya, kita mesti akan sedar dan belajar sesuatu.
Kan. Kan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sebenarnya rukun ketiga ini, masih ramai lagi di antara kita yang pandang remeh.
Jadi dengan kehadiran lagu 'ingatan' yang sebegini, diharapkan usaha untuk menyedarkan kita semua tercapai.

Bukan apa, bimbang dengan kelalaian ini, akan menjadi asbab musabab kita tak dapat masuk syurga sebab kita menafikan hak segolongan umat.

Semoga kita semua sentiasa menjadi hamba yang terpilih untuk berubah kepada yang lebih baik.
Insya Allah.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Jaga iman, jaga solat.
Sampai berjumpa lagi.




~ Yani Hamshah ~

Thursday, June 5, 2014

Selalu Bersama - IM Nazrul Feat IM Fakhrul (Unic) #Doa Iman

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Awak, kawan-kawan saya... Alhamdulillah, dah 7 Syaaban kan. Sukanya saya. Sikit lagi dah nak masuk bulan puasa.

Dan apa pula persiapan kita untuk bulan ramadhan tahun ni?
Dah bersediakah? Kalau dah bersedia semuanya, alhamdulillah. Bagus ye anak-anak, adik-adik, kakak-kakak, tuan puan sekalian.
Moga Allah akan terus membantu kita untuk istiqamah walaupun bulan ramadhan dah habis nanti.
Make sure, kita upgrade iman kita tau. Download lah amal ibadah sebanyak mana yang mampu. Simpan dalam memory rapi-rapi.

Hurm pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, adalah dengar satu lagu ni, best.
Sebenarnya dah 3 ke 4 minggu kot saya cari lagu tu, ditakdirkan Allah, hari ini baru direzekikan untuk jumpa. Alhamdulillah... Sukanya sayerrrrr...

Mana tak nya, setiap kali saya dengar lagu tu, mesti dah sampai part ni... (Allahumma ahyina bil 'iman...)

gambar ihsan abg google~

Lepas dah habis sampai lirik "Dan masukkan ke syurgaMu dengan iman...", lagu pun habis.
Jadi saya pun tak dapat nak tahu apa tajuk lagu.

Kalau yang UNIC punya versi memang saya dah sedia maklum. Tapi ini yang lain. Tu yang beria-ia cari.

Pagi tadi pun sebenarnya tak berapa dengar tajuk lagu yang DJ Pian dengan DJ Yati beritahu.
Tapi itulah yang dinamakan rezeki. Ada keyword "imam... imam..." , dengan perkataan itulah akhirnya saya menemukan lagu yang diberi tajuk "Selalu Bersama" yang dinyanyikan oleh IM Nazrul feat IM Fakhrul (UNIC). Dah dapat, asyik ulang dengar je. (^-^)

Awak boleh cari kat youtube lah nanti kalau nak dengar, takpun rajin-rajinlah dengar IKIM.FM sokmo deh.
Dengar radio, untuk hiburan mendidik jiwa. Pilihan utama kami (ayah, ibu, dan saya). *iklan jap eh*

Banyak info di situ. Slot kegemaran saya ialah slot Usrah Nurani, setiap hari jumaat. Best sungguh best. Nanti dah kahwin, kalau suami saya tak pandai dengar radio tu, nak ajar dia dengar radio IKIM je, daripada dengar lagu melalut-lalut ke laut, nanti dengan saya-saya, lemas dalam laut. Huhu takmo.

*Dulu zaman saya memuda dulu, serius dengar tu macam terpaksa, tapi lama-lama, dah biasa. Kadang-kadang sesuatu benda tu kan memang kita rasa kurang suka, tapi Allah kan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Lama-kelamaan, perasaan suka itu datang dengan sendirinya. Dan akhirnya awak boleh lapang dada ucap syukur dengan nikmat yang Dia beri untuk awak... percayalah.*
Subhanallah. 

Ok nah, lirik lagu dalam gambar, gigih tau saya salin untuk tatapan awak semua.
Erm tapi tulisan saya kurang cantik, jadi segala kekurangan diri ini harap dimaafkan eh eh eh...

tulisan kat atas pun terkecik sikit. maaf~
Untuk lebih pencerahan, sila klik pada gambar.

Ok kawan-kawan, selamat mencari dan mendengar lagu ini.

Terima kasih, maaf kalau ada silap salah dan jaga diri baik-baik ye.

Akhir kata,

" Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."

Sekian, assalamualaikum w.b.t.

Love,
Norzayani binti Norhamshah
5 Jun 2014
7 Syaaban 1435H

Thursday, March 6, 2014

Atas Nama Cinta


 
Assalamualaikum.

Selamat pagi hari khamis.
Curi sat masa kerja ni update lirik lagu ini, memandangkan ia hanya copy dan paste, so memang tak ambil masa yang lama.


Minggu lepas, pergi mana entah tak ingat, dalam kereta, terdengar satu lagu dekat radio IKIM, eh macam best je, macam sedap je. Liriknya sangat terkesan dekat jiwa aku la. (Jiwa orang lain aku tak tahu.)

Dan hari ini baru aku teringat, download, sambil buat kerja, sambil dengar lagu ni. Ehem ehem. Best.

Lagu ni dah lama kot, tapi aku je baru sedar kewujudan lagu ni.
Sebab dalam lagu ni, suara Fitri Unic ada lagi, sekarang kan Fitri dah nyanyi solo.
Tapi apa pun, dari aku sekolah, sampai sekarang, Unic adalah salah satu kumpulan nasyid fevret aku.
Selain Hijjaz, Raihan, In-Team, Mestica dan sebagainya lah. =)


So, selamat mendengar (Eh sila download atau cari di YouTube, haha kejam Yani!).

Oke, apapun ia tersangat sesuai buat kaum adam dan hawa yang sentiasa ingin menjaga hati supaya tak terus terleka dengan cinta sebelum bernikah. (Kebiasaannya memang selalu alpa, sebab itu dianjurkan bercinta selepas nikah.)
Sesuai untuk didengar oleh remaja (adik-adikku) masa kini, supaya fokus pada pelajaran, mak ayah awak lebih penting. Awak tak akan kisah kalau orang tak sayang awak, asalkan awak tahu Allah sentiasa dekat dengan awak, dalam hati awak. Awak kesunyian sampai hujung nyawa pun awak akan redha, sebab awak tahu Allah akan beri bahagia untuk awak di akhirat nanti. Put your trust in Allah.

Tapi jangan lah pulak cop orang yang macam ni berlagak bagus pulak. (Husnuzon ye adik-adikku sayang) Bila awak dapat rasa sesuatu yang indah selain dari cinta manusia, awak akan tahu apa yang akak cuba nak sampaikan. Dan awak akan setuju dengan setiap bait lirik yang ada dalam lagu ini. Oke? Oke? Oke?

Nah, silakan menghayati lirik yang sangat bermakna ini :
 
(Atas Nama Cinta)
 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

 

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Sumber : http://liriknasyid.com

*Terima kasih, jaga diri. Ana uhhibukum fillah Abadan abada.~

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...