Thursday, January 29, 2015

Kumpulan Raihan : Rukun Ketiga [Lirik]




Amalan berzakat, punya rahsia tersirat,
Pahala meningkat, bekalan ke akhirat,
Hidup penuh berkat, didoakan malaikat,
Iman pun meningkat, cinta Tuhan terpahat.

Amalan berzakat, punya hikmah tersirat,
Melahirkan sifat murah, redha dan taat,
Sentiasa bertaubat, ibadah bersemangat,
Di setiap saat, hingga sepanjang hayat.

Semua nikmat, milik Allah As-Somad,
Harta yang meningkat, dipinjamkan bersyarat,
Jelas tercatat, hak segolongan umat,
Amalan berzakat, amanah yang tersurat.

Harta meningkat, juga mampu menjerat,
Bisa melarat, hingga iman tergugat,
Awas diperalat, syaitan punya muslihat,
Hingga menyesatkan hidup sepanjang hayat.

Engkar berzakat, bagai engkar bersolat,
Rukun tersurat, amalan ke akhirat,
Adil dan tepat, kadar hitungan zakat,
Allah mensyariat, untuk keberkatan umat.

(Zakat, rukun yang ketiga, ayuh, mari, kita tunaikan...)






Saya tak pasti sama ada lagu ni, lagu baru ke lama.
Al maklumlah, lama dah tak dengar cerita kumpulan raihan ni.

Kali pertama dengar lagu ni ialah masa on the way nak ke tempat kerja dalam radio ikim.
Em yang buat saya suka, liriknya. 
(Cer awak tengok rima akhir dia.)
Melodi pun best, sebab ada bunyi-bunyi kompang gitu.

Terasa macam dekat kenduri kahwin. (Hehe)
Kumpulan nasyid raihan ni dulu pernah menjadi salah sebuah kumpulan fevret masa saya sekolah rendah. Nampak tak, dah lama alam persekolahan ditinggalkan. Sobs.

Lagu gini sebenarnya sesuai kalau nak pasang masa majlis kahwin.
Majlis kahwin kan ramai orang datang. Jadi kita bolehlah menyampaikan ilmu sedikit.
Melalui liriknya, kita mesti akan sedar dan belajar sesuatu.
Kan. Kan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sebenarnya rukun ketiga ini, masih ramai lagi di antara kita yang pandang remeh.
Jadi dengan kehadiran lagu 'ingatan' yang sebegini, diharapkan usaha untuk menyedarkan kita semua tercapai.

Bukan apa, bimbang dengan kelalaian ini, akan menjadi asbab musabab kita tak dapat masuk syurga sebab kita menafikan hak segolongan umat.

Semoga kita semua sentiasa menjadi hamba yang terpilih untuk berubah kepada yang lebih baik.
Insya Allah.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Jaga iman, jaga solat.
Sampai berjumpa lagi.




~ Yani Hamshah ~

2 comments:

  1. teringat masa umur 17 la kum pulan Raihan ni memang popular betul..Lagu2 nya pun sedap..sekarang macam tak menyerlah pulak..tak tahu ada album baru atau tak..tapi dengar2 diaorang aktif kat luar negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu sis, lama tak dengar cerita diorang.
      haah ye betul2, saya pun dengar macam tu, diorang aktif kat luar negara.

      apa pun kita doakan semoga mereka berjaya, dunia sampai akhirat. aamiin..

      Delete