Showing posts with label #Friends. Show all posts
Showing posts with label #Friends. Show all posts

Monday, June 14, 2021

Happy Birthday To You

 Happy Birthday to you, Shamini Selvaraju!!!

I want to wish you all the love and happiness in the world, all of which you deserve...

Happy Birthday my friend.


Sorry saya tak tahu nak wish apa dekat awak.

Sorry kalau awak tak suka saya letak dalam blog saya.

I just wanna thank you for being a very good friend of mine.

Terima kasih sebab selalu ada dengan saya walau awak dengar macam-macam cerita tentang saya.

Terima kasih sebab selalu nak dengar 'penjelasan' dari saya dulu sebelum diri awak membenarkan cerita-cerita yang mungkin tidak sahih yang awak dengar dari orang lain.

Terima kasih sebab selalu nasihatkan saya tentang kehidupan, tentang persahabatan, tentang perkerjaan, tentang attitude.

Terima kasih sebab selalu ada dengan saya, waktu saya dalam tempoh 'sakit' saya, dengar keluh kesah, kesedihan, cerita saya yang tak sudah-sudah.  

Saya mungkin tak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dari buah mulut manusia yang terlalu cepat menghukum dengan sesuatu perkara yang bermula dari salah saya sendiri.

Tapi saya tetap nak berterima kasih, sebab awak selalu nak dengar cerita dari pihak saya, walaupun awak terlebih dahulu dah dengar dari orang lain.

I just don't know why nak kena tulis dalam ni, tapi mungkin ini sebagai salah satu cara untuk awak tahu, saya sangat menghargai awak sebagai kenalan, kawan dan sahabat dalam hidup saya. 

Orang mungkin tak tahu cara saya berkasih sayang apabila berkawan, dan mungkin cara saya seakan menjerat semula diri saya, dan mungkin juga boleh mendatangkan fitnah untuk saya.

Tapi tak apalah, at least orang-orang terdekat saya tahu dan kenal saya macam mana.

Orang-orang yang tak sudi berkawan dengan saya, they may leave and i won't stop. Awak tahu yang saya takkan paksa orang untuk menjadi kawan saya, untuk terus menjadi kawan saya. Kawan saya bebas untuk memiliki kawan yang lain selain dari saya.

Guess what, tengah menaip ni, bila saya teringat balik waktu saya pernah terluka yang teramat sangat, air mata mengalir tak berhenti.

Awak sebagai saksi, tak mudah untuk saya bangkit. Awak juga sebagai saksi bagaimana saya terjatuh teruk. Awak jugalah jadi saksi untuk saya berdiri semula, berjalan dan terus melangkah sehingga sekarang.

Berdendam? Oh tidak, satu yang buat saya rasa terharu sampai sekarang dan sampai akhir nafas saya, terima kasih sebab selalu ingatkan saya supaya solat dan mengaji ketika saya sedih atau marah yang teramat sangat. Saya tahu terkadang saya tak mampu pun nak sorokkan emosi saya. 

Terima kasih sebab selalu nasihat saya untuk jangan terlalu berfikir tentang cerita-cerita orang tentang saya. Yang terkadang saya rasa sukar untuk tak berfikir, sukar untuk memaafkan ketika difitnah, sukar melupakan ketika maruah saya dipijak-pijak oleh orang yang tak pernah kenal rapat dengan saya tapi lebih senang menghukum tanpa bertanya saya terlebih dahulu, tanpa memberi ruang untuk saya pertahankan diri. Sakit, kecewa, perit, ia sangat menuntut kesabaran, untuk bersangka baik, untuk tidak berdendam dan saya harap orang lain tak rasa macam apa yang saya rasa. 

Ketahuilah bahawa untuk memaafkan dan tidak berdendam, ia teramat payah dan sukar. But, alhamdulillah, saya tengah berusaha untuk memaafkan semua tanpa syarat.

Ketika semua orang berkata saya lembik dan tak kuat, ketika itu juga awak banyak nasihat saya, supaya jangan terlalu bersedih. 

Saya tahu, saya bukanlah seorang kawan yang baik dan memahami. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan saya. Dan saya begitu mengharapkan ramai kawan yang ikhlas menjadi kawan saya, yang sanggup terima segala kekurangan, keburukan saya, membantu menjaga aib saya, menasihati untuk mengubah dari yang tak baik kepada baik. Harapan saya apabila menghulurkan salam persahabatan kepada seseorang terlalu tinggi, saya nak sayang kawan saya melebihi mereka sayangkan saya, saya nak jadi kawan yang sentiasa mampu untuk tolong kawan saya waktu mereka sedang dalam kesusahan.

Tapi saya lupa, semua tu ada limitasinya.

Well, i know, i realize tak semua orang suka bila kita buat baik dengan semua orang. Tak semua orang suka bila kita ramah dengan semua orang. Saya selalu dapat belajar dari pengalaman untuk lebih berhati-hati di masa hadapan, untuk menghulurkan salam persahabatan, untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata, mengambil berat, waima memberi sesuatu.

Perkara yang dah lama berlaku, bila kita teringat, tangan kita akan menggeletar, air mata takkan berhenti mengalir, akan menangis, menangis dan terus menangis.

After that, alhamdulillah, i will getting better. I will.

Terima kasih Shamini, sebab tak cuba 'halang' saya dari menangis, sebab awak tahu itu terapi untuk saya menjadi lega dan senyum kembali.

Terima kasih untuk awak dan suami, Yogarajan. Yang selalu nasihat saya supaya jangan sedih-sedih. Terima kasih sebab selalu berusaha menceriakan saya semula.

Maaf sebab selalu bebankan korang dengan masalah saya.

I am really sorry. 

Korang berdua ibarat kakak dan abang pada saya. I really appreciate that.

Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik korang, cuma saya selalu berdoa semoga hidup korang baik-baik sahaja.

Selepas Ina dan Seha, awak salah seorang kawan yang penting dalam hidup saya.

Bukan kawan lain tak penting, tapi korang is the best among the best.

Thank you for reading this.

Stay safe, stay healthy. Take care.


p/s : Kehidupan ini bukan semudah yang kita sangkakan, ia perit dan sakit, tapi jika kesulitan itu mampu lebih mendekatkan diri kita dengan Tuhan, percayalah ia terselit bahagia di masa akan datang.



Salam Sayang,

Norzayani Norhamshah


Saturday, August 4, 2018

Pulau Perhentian #ShortVacay

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat pembaca.. ^-^

Eh macam la ada yang baca.. haha, well setiap kali tulis entry baru, kita kena selalu berangan macam ada orang sedang membaca tulisan kita. Haaaa gitu, barulah terasa bersemangat sikit nak share cerita..

Pulau Perhentian...

Hurm sebenarnya ia adalah sebuah percutian yang tak dirancang pun (for myself la), aku pergi pun sebab ganti manusia lain yang tak dapat join percutian ni, bila kak Nor kata je ada tempat kosong, terus bagi nama and on the spot terus transfer duit.. haha.. nampak nau tak menyabar dekat situ.

Disebabkan sebelum ini, aku hanya selalu mendengar seluruh kecantikan yang ada dekat Pulau Perhentian ni, jadi bila dah dapat peluang yang tak selalu ada macam ni, aku terus grab je la.. Alhamdulillah, rezeki.. =)

In fact sebenarnya aku pergi sebab aku nak tenangkan hati dan fikiran selepas melalui fasa-fasa kehidupan yang sangat memenatkan sejak beberapa bulan yang lepas. 
Kalau tengok dari segi fizikal memang nampak sihat wal'afiat, sakinah mawwadah wa rahmah semua ada.. hehehe, tapi dalam hati, dekat emosi, semua dah hancur teruk. =D 

Jadinya, kita menumpang percutian kawad Maulidur Rasul (Suk Selangor) tahun lepas. Kami yang team kawad Kemerdekaan ni dah selamat buat 'lawatan sambil belajar' dekat Langkawi awal tahun lepas. Haha. 

Oke, tentatif program adalah seperti biasa :


26 Julai 2018 (Khamis)

10.00 malam - Berkumpul di Suk (Shah Alam)

10.30 malam - Bergerak ke Jeti, Kuala Besut, Terengganu

(Disebabkan kami banyak persinggahan, kami tiba di Terengganu sekitar jam 5.50 pagi)


27 Julai 2018 (Jumaat)

6.00 pagi - Singgah masjid untuk bersolat Subuh. (masjid tu aku tak sure dekat daerah mana)

8.30 pagi - Bersarapan di gerai berdekatan Jeti Kuala Besut. (masa ni kak Nor dah pesan awal-awal, suruh beli air ke ataupun apa-apa makanan tambahan, sebab kalau nak makan dekat pulau, biasalah, mahal sikit harganya.) * itu biasa, takpe kita faham sebab dekat pulau kan.

9.30 pagi - Naik bot menuju ke Pulau Perhentian Besar. (perjalanan ambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit, kalau tak silap la, tak tengok jam sangat sebenarnya.)

10.10 pagi - Tunggu untuk check in masuk Flora Bay Resort (hahaha nama resort maaflah sekali lagi aku kurang pasti, tapi rasanya betul. hehe)

~ Selepas diberi sedikit briefing oleh kak Nor berkenaan aktiviti dekat sana, tentang makan minum, tentang bilik semua, so kami semua yang memang penat dan belum mandi lagi, memang seharusnya pandang di mana-mana dah nampak bantal dengan tilam je. Penat seyh. 

~ Ahaaa masa kami datang tu kan, line handphone yang ada ialah celcom dan digi je kalau tak silap. Umobile hancur habis. Celcom je boleh guna inernet, digi setakat boleh call and sms sahaja. Gembira percutian kali ini. Haha!

~ Oke, untuk pengetahuan korang, dekat dalam bilik, TAK ADA TELEVISION ye kawan-kawan~

5.30 petang - Aktiviti petang adalah aktiviti bebas, Hang nak p mandi pantai boleh, nak p jalan-jalan boleh, nak tidur boleh, nak berkayak boleh, nak cuci mata pun boleh. Haha. Kami yang power puff girl ni setakat jalan-jalan je dekat tepi pantai sambil menikmati keindahan alam dan panorama (haha), makan ayam gunting dan bermain bola tampar. (Dorang la dorang, aku tak main, aku ambik gambar je) =p

8.00 malam - Dinnah dekat kafe resort, lepas tu jalan-jalan dekat tepi pantai dan tengok pertunjukan api. Haha sadis betul aktiviti hari pertama. ^-^ 

10.00 malam - Balik, tidur. Esok nak snorkeling weh! Kakak tak tahu nak eksaited ke atau takut. Sebab aku penakut dengan air sebenarnya. Malam tu, dah berkira-kira, esok tak nak lah terjun laut. Takut. Wek! haha poyo~


28 Julai 2018 (Sabtu)

8.00 Pagi - Sarapan dan bersiap sedia untuk pergi Snorkeling.

~ lepas sarapan, sambil menunggu kedatangan bot yang lambat lebih kurang 1 jam, kami pun ambil gambar beramai-ramai dekat tepi pantai. 

10.45 Pagi - Proceed for Snorkeling Trip, yeayy! (6 popular points) 

~ (enjoy at Turtle Watching, Turtle Beach, Fisherman Village, Coral Garden, Shark Point, & Lata Air Berani)

~ Lebih kurang jam 3.30 petang jugak baru kami habis ber snorkeling. (tapi weh serius, aku rasa tak puas hati sebab rasa macam kejap sangat snorkelingnya. huaahaha.. nak kena repeat lagi ni ^-^) ~ haha tengok orang penakot berkata-kata, mula-mula takut nak snorkeling, lama-lama jadi suka.. adoi~


5.30 Petang - Aku dengan kak Su pergi berkayak di persisiran pantai then ambil gambar. Kawan-kawan yang lain tak ikut, dorang memasing penat snorkeling, kami je dok jalan-jalan lagi. 

8.00 Malam - Dinnah (BBQ katanya) malam tu kan, hujan lebat, angin pun kuat. Tak jadi aku nak keluar berjimba malam tu. Haha. So balik awal lepas dari makan, masuk bilik kemas barang, sebab esok dah nak balik. =)


29 Julai 2018 (Ahad)

8.00 pagi - Sarapan dan tunggu bot pick up kami berangkat pulang ke jalan yang benar dan lurus. Heee..

8.30 pagi - Bot sampai, and kami menghala pulang.

9.00 pagi - Tiba di jeti Kuala Besut, beli sikit cenderahati, dan meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. ( tak ada lah terus balik, pasai kami singgah Masjid Kristal, Kg.Losong (beli keropok lekor), and Pasar Payang (shopping katanya) hahaha tak ada lah shopping pun, jalan-jalan, solat and makan je.

5.00 petang - Menghala balik selangor. Singgah solat makan semua dalam pukul 7.45 malam dekat RNR Gambang. Lepas tu terus aku tak boleh tidoq sampai balik Suk. Oh so sad~

1.00 pagi - Alhamdulillah, selamat sampai di Suk. (dah p balik sana, esok kerja!) hihi.. betui weh, besoknya aku kerja. Penat tak tipu. 

* Secara teknikalnya, tentatif di atas adalah aktiviti yang aku buat, orang lain aku tak tau, mungkin ada persamaan, tapi berbeza sikit lah kan. haha tapi randomnya macam tu lah aktiviti yang kitorang buat.

~ Oke, kawan-kawan, cerita aku dah panjang. La ni kami nak belanja gambaq ja. Soyyie la banyak bebel-bebel. Heeee..


Yahooo, amek gambaq kenang-kenangan dulu sebelum p Pulau~


Yeeayyheiii dah naik bot. Steady kan pak cik ni bawak bot kami~ haha









































Done upload gambar.
Sorry geng, gambar semua random pick je. Dah la tak susun betul, bersepah-sepah pulak susunannya, ala kira halal je la eh, ada jugak gambar kan, dari tak ada langsung. =)

Ni video pulak.. kredit video and gambar-gambar pada kawan-kawan yang ada share dalam group~ sorry save and upload dekat sini pulak.. ^-^ sorry and thank u oke =)
























Oke, dah cukup lah tu, maaf kualiti video tak seberapa. Itu je yang ada.
And sekali lagi upload secara random.. ^-^


Nak cepat, tak banyak masa nak susun betul-betul sebab kejap lagi nak keluar pergi cari kek untuk Adnin Muadz. Hari ni besday dia.. Selamat besday Adnin, Aciani loves u so much (eh iklannnn)


So, secara kesimpulannya, pulau perhentian ni memang best, tapi tu la, bukan semua tempat kami dapat pergi, agak kalau lama sikit stay sana, lagi banyak tempat boleh pergi. Ehehehe maybe rezeki lain kali kot. :)

Untuk yang kesekian kalinya, terima kasih buat urusetia, Kak Nor and Abg Ja'a, banyak melayan kerenah kitorang dari mula sampai akhir. Terima kasih Wak Kamal and Zul sudi bawak bas bawak kami sampai ke Terengganu. Terima kasih team kawad Maulidur Rasul Suk, bagi kami menyelit ikut percutian korang ni. Terima kasih kawan-kawan semua, kalau nak sebut nama satu-satu banyak sangat. Dan terima kasih buat rakan sebilik, Kak Odah, Kak Su, Kak Ikin and Qila. 
Thank u and i love u all. Korang semua best sangat and sporting!!!

Dan thank u korang yang sudi baca entry picisan yang begini. haha~

Jumpa lagi pada next entry.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Loads of love,
Norzayani Norhamshah

4 Ogos 2018
3.35 PM
Sabtu

Saturday, January 21, 2017

Throwback 2016 [Part 1]

Assalamualaikum..

Oh haiii.. harapnya masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun 2017 dekat semua.. ( haha, bajet ramai baca la blog ni.. adoii.. takpe, berangan tak kena bayar kan..)

Sesungguhnya tahun 2016 adalah tahun yang paling pasif aku tulis blog.. eh entahlah, tak tahu nak cakap, sama ada malas, atau takde idea, atau memang takde mood nak taip.. aku syak lah, sejak ada instagram ni, semua benda aku malas nak tengok, dari whatsapp, facebook, dan blog.. asyik insta je, bias betul.. 

Dan lagi, hurm pada aku tahun 2016 sangat mencabar.. emosi selalu terkoyak, hati calar balar.. sangat roller coaster tahun 2016.. tapi apa pun, kita terima semua dengan lapang dada.. marilah kita berdamai dengan takdir.. ^-^ 

Ahee, tapi tahun 2016 pun banyak jugak bagi kenangan manis.. deep deep melekat dalam hati.. ^-^

Ok, permulaan tahun 2016, sebenarnya dimulai dengan hati yang berhuhu..
Tapi, masuk bulan kedua, Allah bagi kita, hadiah manis sweet sweet.. alhamdulillah, hikmah di sebalik ujian, Dia hadiahkan peluang berjalan di negara orang..

Ke mana?

Ke sini.. Ke tempat Tuan Ihsan bawak Seroja jalan-jalan..

Dubai, U.A.E.. So, kita share sikit je gambar.. Mengimbau kembali kegembiraan bercuti di sana..

Melompat-lompat hati kegembiraan.. haha.. ^-^

jom jalan wehhh.. (",)

ni kat al-mamzar..

kat sharjah..

kat ferrari world, abu dhabi..

kat dubai ni, building dorang semua tinggi-tinggi.. cantik la.. 


 Oke dah, stop cerita Dubai..

Lepas balik Dubai, kita berjalan lagi.. haha, tapi jalan pergi Langkawi je..

Punyalah lama tak pergi Langkawi, so perasaan tu memang sejenis best sikit lah, sebab pergi dengan famili.. Makna kata, adik beradik, ipar duai, anak-anak buah semua ikutlah..








Alamak, gambar dekat Langkawi tak banyak lah.. adui.. apa adanya aje ni.. ^-^

Oke next.. 

Jalan pergi Singapore pulak, time ni aku ikut Yaya (kakak aku) dengan husband dia.. saja nak menyibuk.. haha.. =D







Hehehe, pun tak banyak gambar.. takpe, kita ringkas-ringkaskan aje cerita.. Yang pentingnya, kenangan, pengalaman tu yang kita simpan kuat-kuat dalam hati.. hahaha ayat berbunga nau.. adehhh..

Apa lagi eh yang best sepanjang 2016 selain vacay ni? 

Oh haaaa.. iya iya, ada lagi salah satu yang best dan tak akan dilupakan lah.. eceycey..

Haaaa, jeng jeng jeng.. (ehh kau dah kenapa yani? nak ber jeng bagai..)












Hahaha, inilah kegilaan semasa 22 Julai hari tu.. pagi celebrate birthday dekat ofis, malam, dengan family pulak.. adik aku kata dia stress dengan aku hari tu.. hahaha.. lantak kau la cuki, yang penting, aku suka.. lalala.. sejenis sengal sangat perangai masa tu.. hahaha..


Oke, untuk throwback yang pertama, cukuplah setakat ini dahulu..
Ini pun dah lama simpan, baru dapat nak publish..
Bulan Januari ni pun dah nak habis..

So, apa jua perkara yang berlaku dalam 2016 ni, kita ingat yang manis-manis je, yang tak berapa nak manis tu kita letak dalam recycle bin.. haha..

Dan untuk 2017, PLEASE BE NICE TO ME.. ^-^

Orait, untuk readers sekalian, semoga tahun 2017 ini melakarkan kenangan yang manis-manis sahaja buat korang semua.. kalau tak manis tu, di harap kita semua dapat bersabar dan lapang dada.. Just chill and smile always.. Allah sentiasa saja ada dengan kita..

Terima kasih sudi baca..


 

Tuesday, October 6, 2015

'Percutian Berjerebu' 3 Hari 2 Malam [ Begin & End With Smile SukSelangor ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...


Aduhai, sesungguhnya sangat lama tak mengarang entri baru.
Entah kenapa, tahun ni rasanya memang malas gegilas nak update blog.
Ish...ishhh.. (Eehhhh, panjang pulak title entri nihh... mihmihmih...)

Tapi tak apa kot kan, memandangkan blog ini sekadar sesuka hati bukan sebab ada ramai yang nak tunggu entri baru ke apa kan dari saya... (heeee mood perasan telah di aktifkan, haha!)

Adui, tepu otak nak mulakan ayat pertama.

Memandangkan sekarang ini keadaan udara dan persekitaran agak membimbangkan, jadi, sudilah kiranya anda-anda, menjaga kesihatan masing-masing.
Kita mohon supaya Allah lindungi semua sekali. Apa-apa yang kita dapat ni, semua pun ada hikmah.
Jadilah seorang yang berfikiran positif, sangka baik dengan Allah.
Insya Allah, everything will be okay.


Walaupun jerebu melanda, kami tidak dikecualikan untuk mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Pihak Suk Selangor. Kursus Khidmat Pelanggan Berprestasi 
[ Begin & End With Smile ] 

Haaa, sesungguhnya kami semua dari wakil pejabat Suk Selangor, dan beberapa wakil dari Pejabat Daerah, dengan mesra dan sukacitanya menyertai kursus ini. Heeee... (Sukaaaaaa sangat, heeehhh, padahal rindu rumah gilelessssss....)

Program bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan sampailah Ahad. (Phewwww, bila dah hari ahad itulah, lega selega-leganya... kuikuikui...)

Bukanlah kursus tak best, tapi nak buat macam mana, hati semua pun tisu saja, rindu rumah dan keluarga, berjauhan lama-lama tu macam rasa nak nangis-nangis tepi bucu almari! Haha..


Okebai, dah nak gerak pergi Hotel Concorde Inn, Klia ~
Nampak tak eksited? Transport belum sampai, saya dah seret beg. Haha~


Otw nak masuk bilik. Sempat lagi snap pic, klik! kluk! klak! srettt!

Kami sampai ke destinasi pada jam 3.10 minit petang. Daftar, check in, urusetia bagitau, slot petang dibatalkan kerana ramai peserta belum hadir. Oke, gelak jaat dekat sini sebab dalam hati dah menjerit-jerit, 'wehhh orang-orang kampung, makcik boleh rehat dalam bilik sampaiiii malammm..ish ish ish....'


Oke, makcik dah sampai bilik, nombor bilik amende tah, 536 kot. Best, cantik, selesa. (Toksah nak cerewet sangat, asal ada tempat berteduh, semua pun boleh, best!)

Best kan, lepas tu, malam tu kami semua berkumpul di dewan (eh amende nama dewan? tak ingat dah, huhu. sorry, saya ada masalah peringatan). Kumpul pada jam 8.30 malam. Wahhh, teruja i, sebab ramai orang yang i tak kenal.

Tentatif program untuk hari pertama, kedua, dan ketiga.

Sesungguhnya, semua aktiviti yang dilakukan itu, terasa seperti, huaaaaaa... Ada certain yang menyentapkan ulu hati, ada yang bahagia gembira ceria meletop pom pom!

Stress? Oh ada juga sikit, tapi tak apa, kita positifkan saja semua perkara. Dan smile.

Ini antara aktiviti jumaat malam sabtu. 

Khusyuk nau, kami tengok Dr. Saiful ni buat lawak. Haha best lah beliau, ceria, penuh aksi dan tidak membosankan.

Dah namanya kursus Khidmat Pelanggan, mestilah berkait-kaitan dengan perkhidmatan kita kakitangan gomen ni.. Huuu, tau. ramai di antara orang awam yang selalunya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi. Tapi, ketahuilah bahawa orang-orang awam sekalian, bukanlah semua kakitangan gomen ini begitu, cuma kalau awak nak jumpa yang betul-betul komited, nisbahnya kurang sedikit.

Maaf seribu kali maaf, untuk di pihak saya, saya sendiri sedang cuba melakukan yang terbaik, it just because, dekat akhirat nanti, banyak yang kena saya jawab kalau saya tak laksanakan sebaik-baiknya. (Huuu, nak nangis pulak rasa, kalau kau bagi duit gaji kat mak ayah, tetiba duit gaji tak berkat, phewww... sakit lagi rasa itu dari putus cinta!)


Ok, kami semua ada 4 kumpulan. (eyhh standard je kan, bila pergi kursus, ada kumpulan bagai...)

Meh saya kenalkan dengan kumpulan-kumpulan tersebut.

Kumpulan pertama ialahhhhh....

*** (andai kata, rajuk di hatiii, jangan sampaiii merosak cinta.... lalalala) <~ ni background music namanya...masa kursus hari tu, semua benda pun ada background music, dengan saya sekali dah gelong menaip dalam entri ni, cisssskek sungguh...



Kumpulannnnn Gegak Gempitaaaa... Clap ur hands! klik! klik! klik!


Kumpulan yang keduaaaa, jeng jeng jenggggg...

*** beribu bintang di langit kini menghilanggg, lalala... (dahhh toksah panjang sangat lirik lagu tuu)


 Kumpulannnnn Naga Berapiiiiii... Phewww phewwwwww shewwwwwww!!!
(kehkehkeh, haruslah berapi)


Kumpulan yang ketigaaaaa, singggg shinggggg shingggggg....


***  Upinn dan ipinn inilahhh dia, kembar seiras itu biasaaaa... (heeee lagu takdak kena mengena ni, acane....)


Kumpulannnn Mencari Mimpiiii... (kumpulan coklat M & M, hehehe... cak! cak!)



Dan kumpulan yang keempat dan yang terakhirrrrr, ialahhhhh... sreetttttt shretttttt sreeettt...

*** Andainya engkau, ku miliki, terdahalu, sebelumnyaaaa... (ehhhh jiwang pulak? cis...cisss, tak dak idea dah nak boh lagu apa...)




Kumpulannnnn Cempedakkkk... (buah cempedak diluar pagar, ambil galah, tolong jolokkan, nama kumpulan mereka rare sikit kan...)



Oke, cukuplah tu. Kesimpulan untuk Kursus kali ini, ialah memang....

Begin & End With Smile...

+

Ohsemmm !!!


Berjuta-juta lemon terima kasih kepada pihak urusetia, Puan Ain, Encik Faridzul Adzli, cc Mahadi ( Bahagian Sumber Manusia, Suk Selangor ).

Berjuta bilion oren arigatou kepada pihak konsultan, penceramah, penambah riang hati kami di hari minggu, Encik Mohd Faisol, Dr. Saiful Amin, dan Encik Farid Ramli. ( Magic Team Resources, Richbucks Energy).

Berjuta ratus honeydew syukran kepada semua sesiapa sahaja yang terlibat dalam kursus yang deabak ni... Deabak lah sampai segan aku asyik nak masuk dewan je terasa ibarat diri ini Dato' Siti Nurhaliza, clap clap our hand plus plus smile smile kambing malu. Ohhh! Faymous sangat ghasaaa)

Oke dah, last but not least. Kursus ini tidaklah menjadikan kami semua stress walaupun di hujung minggu, kerana semua gambar ini membuktikan yang kitorang semua tak berapa nak sedih sambil menangis tepi bucu katil ataupun meraung di sudut almari kayu bersebelahan peti ais. 







**** Lai chi kang semangkok 2 kupang...
Lai chi kang semangkong 2 kupang...
Lai chi kang, semangkok 2 kupang... 
Makan satu tak kenyang...
Semangkok 2 kupang...

(Lagu ini ialah iklan ye kawan-kawan... melodinya? belasah je lah... heeee)











Oke, sekian untuk cerita di petang hari yang dingin sejuk sesejuk sejuknya ibarat duduk di dalam peti ais.
Terima kasih sudi baca, sudi layan kegelongan penulisan untuk kali ini.


Take care korang, jaga diri, jaga kesihatan.
Jaga iman, jaga solat.

Assalamualaikum...

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...