Showing posts with label #Copy. Show all posts
Showing posts with label #Copy. Show all posts

Monday, September 23, 2019

People

Some people can't bear to see you having a good life and being blessed.

They will want to spoil things for you.

Beware such people.

They won't hesitate to stab you in your back as well.

Learn to be unconditionally happy for those the Almighty has blessed.

Your turn will come.

~ Mufti Ismail Menk ~



Tuesday, June 14, 2016

Wajah Baru

Wordless Tuesday..


Bismillah..

Assalamualaikum..

Sudah ku tukar 'wajah' blog ini..


Santai? Feminin? Oh, entah, belasah je..

Tak boleh handle, tetap pink. (erkk aku tak minat pink, tapi ... emm entahlah.. ^-^)



Salam 9 Ramadhan..

Moga setiap amal ibadah kita diterima Allah.

Aamiin..

Wednesday, December 10, 2014

Kembara Mencari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...





Heee tengok tajuk, kemain bergegar kepala, akal dan fikiran...
Jodoh dan cinta adalah satu perkara 'famous' untuk anak-anak muda sekarang.

Kalau orang yang dah berumur belum jumpa jodoh, lagi bertimpa-timpa fofularnya.
Al maklumlah, sikap segelintir pihak yang sangat 'menjaga' kebajikan orang sekeliling ini ramai jumlahnya. Tak terkira banyaknya.

Sangat mengambil berat sehingga kadang-kadang soalan yang ditembak, menembusi jantung si mangsa.

Sekali lagi, jodoh itu misteri.
Tapi misterinya jodoh itu, bukan sekadar duduk menunggu. Tanpa usaha.
Mesti kena berusaha.

Di dalam Al-Quran, Allah sudah menggariskan tatacara untuk cari calon pasangan yang sesuai.
Saya akui, di zaman canggih serba moden ini, untuk mencari seorang calon pasangan yang baik itu teramatlah susah.
Kalau ditakdirkan sudah jumpa, tiba-tiba dapat berita, si dia kepunyaan orang.
Amaran keras! Jangan sesekali ganggu hubungan orang lain.


Misteri jodoh lagi, tidak semestinya kita hanya menunggu dan berdoa.
Jodoh itu perlu ada usaha dan doa yang seiring sejalan. (Haa ayat dah macam lagu)

Pada amatan dan pengalaman saya sendiri, bila orang bertanya berkenaan jodoh, saya hanya mampu berkata, 'belum sampai masa lagi.'

Kalau ada yang komen lebih-lebih, saya sekadar menghadiahkan senyuman. Tak perlu nak jawab panjang lebar.


Dah, nak cakap apa lagi kan?
Memang saya tak cari calon lagi, saya belum usaha cari.
** (Itu dulu la.. Sekarang ni sudah dan sedang memulakan misi. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Kalau jumpa, adalah nanti, kalau tiada, mungkin Allah nak temukan jodoh kita itu di akhirat. Wallahu'alam..)

Heee dan takkanlah saya nak bagi jawapan semata-mata nak puaskan hati orang. Ye tak?

Mana ada manusia yang tak mahu ada pasangan hidup.
Semua manusia, Allah kurniakan perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Hidup berpasangan itu sudah tentu lumrah.

Tapi jangan pernah putus asa dalam usaha mencari jodoh yang baik.

Jodoh itu bukan sekadar, awak cintakan saya, saya cintakan awak. (Ayat lejen, semua pasangan)

Bukan sekadar, awak jadi imam saya, saya jadi makmum awak. (Ayat famous anak muda zaman sekarang, tapi usaha ke arah menjadi imam dan makmum itu tiada. Sadis.)

Dalam kembara mencari jodoh, awak mesti kena berusaha. Kena belajar. Apa itu rumahtangga.
Rumah tangga bukan sekadar ada rumah yang mempunyai tangga ye.
Dalam rumah tangga, ada banyak sangat perkara yang sebenarnya awak boleh belajar dalam keluarga awak sendiri.

Amanah, tanggungjawab, tolak ansur. Bukan untuk sesiapa pun.
Ia untuk diri kita sendiri.
Untuk pasangan,
Untuk bakal khalifah-khalifah kecil tu nanti.
Jodoh bukan sekadar perasaan cinta.

Sekarang ini, dah banyak sangat buku yang boleh awak baca untuk dijadikan rujukan sebelum menuju gerbang perkahwinan.
Nikah kahwin ni, bukan hanya cinta semata-mata.

Kehidupan berumah tangga pula terlalu banyak cabaran dan dugaannya.
Maka, aspek fizikal, mental dan rohani perlu disediakan secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapinya di masa hadapan bersama pasangan.
Kehidupan berumah tangga bukanlah sentiasa manis.
Ada kala, kalian pasti akan diuji.
Sebab itu kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Baiki kekurangan diri.

Jangan nanti bila dah kahwin, asyik menyalahkan pasangan, kenapa tidak mahu berubah. Kenapa susah sangat nak faham. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati yang akan timbul.
Pentingnya dekat sini, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga itu perlu dicari.

Bila sudah berumah tangga, diaplikasikan.
Mahu hidup yang harmoni, jangan asyik sentiasa cari salah orang, sentiasa kata diri sendiri saja yang betul. Kalau mahu hidup sepakat, kena sentiasa belajar bertolak ansur. Jangan mudah kecil hati. Lapang dada terima nasihat dan teguran.

Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Baik suami, baik isteri. Masing-masing mesti sentiasa belajar, berusaha menjadi pasangan yang terbaik.
Itu kita namakan 'win-win situation'.

Kita ni, mana boleh ubah orang.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah orang lain mengikut acuan yang kita kehendaki.

Kita ini hanya boleh menasihati orang dan mengubah diri sendiri.
Kalau kita asyik stress fikir kenapa orang tak nak berubah, alamatnya boleh jadi gila tau.

Hidup ini, terlalu pendek untuk kita rasa tertekan dengan perkara kecil begitu.
Ye, saya tahu ada orang menganggap perkara macam tu besar.
Besar ke kecil dugaan yang kita rasa bergantung kepada cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sangka baik dengan Allah, insya Allah, dia akan lapangkan dada kita untuk sabar dan tabah terima dugaan tanpa mengeluh kepada orang lain, melainkan mengadu hanya kepada Dia.
Indah tau, hidup bersyariat ni.
Kesimpulannya, dalam jodoh dan perkahwinan, mesti sentiasa berusaha.
Berusaha baiki kekurangan dan kelemahan diri.
Sempurna itu takkan mampu dicapai. Tapi kita boleh sentiasa berusaha memberi yang terbaik.


Ok, sekian dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Assalamualaikum.


-Zayani-
Dis 2014


P/S : Jangan terlalu khuatir dan bimbang berkenaan jodoh, sehingga melupakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Matlamat utama kita hidup dalam dunia bukan sekadar mengembara mencari jodoh, bahkah ia adalah sebuah kembara yang panjang mencari redha Ilahi. Kita ini khalifah. Kita ada tanggungjawab. Renung-renungkan. ^-^

Tuesday, November 25, 2014

Siapa lagi cantik?

Merah ? Kuning ?

Siapa lagi cantik, menarik, tertarik ?


Huuuu...



Dia ni si Kuning lagi santek ke atau ?




Atau beliau ni si Merah?


Haaaa, kalau boleh campur merah kuning macam bendera negeri Selangor kan bagus.

Heeee, semangat waja cintakan negeri gegayanya !




Sebenarnya dedua pun ada 'cantik'nya yang tersendiri kan.

Tepuk dada, tanya hati, apa warna yang berkenaan di hati ?
Kan, tak susah pun cari jawapan.


*Merah cantik lagi sebenaunya. Hehehe. ^-^



*** entry suka hati boring-boring... Comey r Axia ni. Comey sangat weh !!!

PENAKLUK KONSTANTINOPEL...

" Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. "
( Nabi Muhammad SAW )

" Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, " Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel. "

" .... kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya! "
( Napoleon Bonapart )

" Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)
( Syeikh Syamsuddin Al-Wali)

��Sebuah novel sejarah islam yang sangat dialu-alukan untuk anda dan saya sendiri untuk dibaca.

��Insya Allah, best dan tak boring. Mengantuk adalah perkara biasa, kerana syaitan tak suka bila kita baca buku macam ni. Kalau novel cinta ke komik, kompem kau tak mengantuk!

��Ambillah tahu bagaimana sejarah Islam itu. Dalam era masa kini, pahit untuk diakui, kita ini terlalu bersikap bermudah-mudah dan suka mengambil kesempatan.

��Semoga ia menjadi sebab dan asbab kebaikan yang akan kita tonjolkan.

��Last but not least, anda pasti akan kagum kerana seawal usia 19 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh ini sudah bertanggungjawab menjadi seorang pemimpin. Subhanallah.

Tuesday, November 18, 2014

Pinjaman & Hutang

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Pergi ke laut menangkap ikan,
Ikan ditangkap dibawa belayar,
Kalau anda bijak menawan,
Apakah pinjaman yang liat dibayar?

Oke meh saya jawab. Amenda tah pantun gitu. Nampak sangat tak pandai kan yani. Haha. Oke shoot!


Bulan dan bintang cantik berseri,
Semua itu Allah kurniakan,
Mari saya jawab dengan senang hati,
Pinjaman paling liat dibayar, pinjaman pelajaran.

Heee pun tak pandai nak balas pantun.
Ok, dah. Ini kita bukan nak cerita pasal pantun.

Seperti yang memang semua dah sedia maklum wahai pembaca-pembaca yang budiman, jika kita berhutang, kita wajib bayar.
Tak kiralah hutang apa pun.

Hatta, awak berhutang 50 sen sebab nak beli pensel pun awak wajib bayar.



Tahukah awak, di dalam al quran, dalam surah al baqarah, ada satu ayat yang paling panjang yang Allah ingatkan kita tentang sesuatu perkara.
Apakah itu?

Semua mesti dah tahu kan?
Ianya ialah ayat ke 282 yang bermaksud :


" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."





Dan itulah keterangan ayat 282 yang kadang-kadang kita sering terlupa.
Bukan awak saja, tapi saya juga.


Sebagaimana anda, saya juga menghadapi kesulitan atau bahasa tak moleknya, 

'Malas'
'Tak nak'
'Liat'

nak bayar hutang atau pinjaman pelajaran. Terutama di sekian-sekian organisasi/institusi.
Mungkin adalah kerana kadar faedah yang dikenakan membuatkan kita beranggapan seperti kita seolah-olah hanya membayar faedah tersebut, bukan hutang kita.

Saya akui, walau kita hidup di dalam negara Islam, tapi masih banyak pinjaman kita dijalankan secara konvensional. Hal ini saya tak dapat nak komen lebih lanjut. Macam mana pun saya tetap rasa sedih, yelah, kita duk dalam negara Islam, tapi urusan yang kita lakukan, kita ketepikan undang-undang dan hukum Allah.

Tapi walau macam mana kita ber'rasa-rasa' mengenai hutang itu, kita masih wajib untuk membayar.

Tapi kita ni pelik bin ajaib juga,
dalam bebanyak hutang, apa kehai nya lah pulak hutang pelajaran yang susah kita nak bayar.
Serius, ini saya tak paham.

Bukan awak je yang tak paham.
Saya ni lagilah tak paham dengan diri sendiri.

Tapi itulah dia, nak tunggu kesedaran dan kepahaman tu datang, ada dekat 3 tahun jugaklah.
Hurm takpelah, pelan-pelan kayuh bayar hutang PTPTN.

Saya akui, saya ambil masa yang agak lama untuk membayar semula.
Ini kerana, gaji yang diperolehi tidak berapa cun untuk bayar banyak-banyak. (Oke, jangan percaya, ini semua alasan saya je, memang liat nak bayar!)

Memandangkan kerja yang saya buat sekarang ini adalah lebih kepada mengambil tugas 'along' (haha along ye, tak nak la along, nak jadi kak long je), tugas kak long ialah call setiap adik-adik, saudara saudari yang membuat pinjaman pelajaran dengan kerajaan negeri Selangor.

Ye, kak long akui, pada era pemerintahan 2014 ini, persaingan dalam mencari kerja adalah sangat sengit. Tapi kak long percaya, kalau awak memang dah ada niat yang tinggi nak bayar hutang, insya Allah, pasti Allah tolong.

Alasan fofular yang sering kak long terima,

"Kak, saya belum dapat kerja."

"Kak, gaji saya sikit lah."

"Kak, nak mintak tangguh boleh. Saya belum ada kerja tetap."


Kadang kita memang sedih dengar. Kak long ni terlebih faham dik, dengan alasan macam tu, sebab kak long awak ni pun pernah mengalami situasi yang macam tu.

Tapi itulah, pada kak long awak yang tak berapa pandai, belajar pun takat diploma, takde degree ke master macam awak semua, tapi kak long percaya, awak boleh berusaha mencapai mampu untuk bayar hutang yang awak dah pinjam. Janganlah awak tak berusaha langsung.
Memang kak long kejar awak dengan monopod korang tu nanti.

Tak dapat bayar banyak, lagi baik bayar sikit dari tak bayar langsung. Asalkan awak bayar.


Wahai adik-adik peminjam (Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor), awak ni beruntung berganda-ganda tau, sebab awak hanya bayar apa yang awak pinjam. Takde faedah kot. Tak payah nak apply ujrah bagai.
Dan lagi, sebelum awak sign agreement tu, awak patut dah tahu teknik-teknik untuk 'tak nak' bayar balik pinjaman.
Caranya mudah saja, dengan syarat awak belajar sungguh-sungguh. Pointer mesti 4flat lah.
Lagipun kalau result korang lebih dari 3.2cgpa pun korang dah boleh minta pengurangan dari jumlah yang korang pinjam.
Subhanallah. Untung sangat korang ni.

Tapi korang memang kena belajar sungguh-sungguh lah.
Kalau kat Uni korang sibuk sangat nak main, nak bercinta, tak fokus.
Akak pun tak dapat tolong.
Akak boleh tolong telefon ingatkan korang bayar hutang tetiap bulan, agak-agak tak dapat bayar, dapatlah surat peringatan, lepas tu surat lawyer. Dan seterusnya nama boleh disenaraihitamkan.

Dalam hal berkaitan hutang/pinjaman pelajaran ini, kita terpaksa bertegas.
Suka atau tidak, awak kena bayar. Oke tak?
Peaceee~

Dan jujur diakui, sistem kami masih perlu dipertingkatkan kerana ada segelintir peminjam ni,
dia tak suka kita nak tepon dia banyak kali. Yang ni akak mintak maaf ye.
Macam mana pun, kita akan berusaha untuk meningkatkan produktiviti kerja kita. Ecewah.
Insya Allah. Hehe...


So, adik-adik, yang berhutang pelajaran dengan mana-mana institusi, bayarlah walau sedikit.
Tak kiralah, awak pinjam bank mana sekalipun, atau awak pinjam PTPTN ke, MARA ke atau Kerajaan Negeri Selangor ke.
Hutang tu hutang. Yang awak kena bayar, sama ada suka ataupun tidak. Peace. =)


Bayarlah,kerana daripada kita tak bayar, kita akan berasa berganda-ganda kesusahannya.
Awak mesti percaya pada Allah, Dia yang beri kita segala rezeki.
Jadi percayalah, walaupun awak bayar hutang, waima RM100 setiap bulan, Allah pasti akan tolong awak permudahkan segala urusan awak.


Akak tahu kos sara hidup tinggi sekarang, minyak naik, harga barang semua pun nak naik.
Soal duit ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak.
Tapi cukup sekadar awak tahu, jika awak berhutang, awak mesti kena bayar balik.


Jangan jadi macam kak long awak ni ha, lepas 3 tahun baru nak start bayar.
Kak long harap, kalau satu hari nanti, kak long dah takde dalam dunia ni, roh kak long boleh tenang, sebab bukan kak long tak mahu bayar, tapi kalau dah ajal kak long sampai dulu sebelum kak long sempat habis bayar, kak long pun tak dapat buat apa.

Al maklumlah, di antara perancangan kak long dengan perancangan Allah, sudah pasti perancangan Allah adalah yang terbaik.



Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Jaga iman, jaga solat.


~ Norzayani binti Norhamshah~

Thursday, September 18, 2014

Perodua Axia

Bismillah,

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang diberi nama Perodua Axia.

Comel kereta tu, kecik sikit dari MYVI, besau sikit dari VIVA.
Kira kalau kita wanita-wanita yang guna memang akan jadi double comel lah! Hehe.

Saya dah tengok Axia ni, okelah. Cantiklah. Tapi hampeh kan, sebab nak tunggu Proton Iriz dilancarkan. Baru kita boleh decide apa-apa. (Hee kalau nak decide lah, bukan senang nak beli kereta, amat memerlukan kewangan yang kukuh. Sat ni p beli, kalau duit cukup-cukup untuk bayar bulan-bulan, bai bai lah kereta jadi bahan pameran sebab tak dak duit nak isi minyak. )

Hari Isnin lepas saya dengan ibu dan ayah, excited lah ni, pergi dekat PERODUA YBK SERVICES SDN BHD seksyen 11, Shah Alam untuk melihat sendiri keunggulan kereta comel ni.

Pandangan pertama saya dah jatuh cinta pada warnanya. Haha. Warna Merah Cili. Cantik ok. (Saya je lah jatuh cinta, orang lain tak tahu.)

Then, kami pun pergi melawat kawasan sekitar. Melawat kawasan bak kata along. Luar dalam. Kehulur kehilir, sampai sales advisor tu pun ikut je lah kitorang. Yelah, nak cari pelanggan lah katakan. Layankan saja.




Untuk pengetahuan awak semua, Perodua Axia ada beberapa jenis (eh betoi ka?) :

Axia 1.0 Standard E (M) - Price RM 25,000.00

Axia 1.0 Standard G (M) - Price RM 30,200.00

Axia 1.0 Standard G (A) - Price RM 33,200.00

Axia 1.0 SE (M) - Price RM 37,200.00

Axia 1.0 SE (A) - Price RM 40,200.00

Axia 1.0 Advance (A) - Price RM 42,530.00


Hehe itu harga sekali lalu yang saya tahu lah melalui kertas yang encik tu bagi. Kot ke ada orang lain, lain harganya, wallahu'alam.

Pada saya kereta ni, bolehlah jugak untuk dibeli buat sesiapa yang baru mula-mula kerja, gaji tak berapa mencukupi, dah sesuai. Insya Allah.

Mungkin nanti bila nak dibandingkan dengan Proton Iriz tu banyak jugak perbezaannya.
Namun, setiap apa dalam dunia ni, memang ada kelebihan dan kekurangan.
Kita syukuri kelebihan, kita raikan perbezaan, kita baiki kekurangan.

Well, honestly speaking, kalau awak nak beli kereta, beli ikut kesesuaian dengan yang awak mampu, bukan kesukaan yang membebankan.

What for beli kereta yang harga mencanak tinggi semata-mata tak nak orang pandang rendah dekat kita? Please oke, niat nak beli kereta pun kena betul awalannya. Bukan nak beli kereta sebab nak menunjuk kat jiran sebelah, or nak bagitau "makk mentuaa, saya ada kereta besau niiii..", or nak cakap dekat kawan tempat kerja, "hello, i pun guna hon** k."

Ehh hello, kalau ada niat yang macam tu, tolong tolak tepi. Kebiasaannya orang beli kereta ni sebab nak memudahkan pergerakan. Contohnya nak ke tempat kerja. Nak elak hujan panas. Nak lebih selamat. Sebab kalau pakai motor ni risiko tinggi sikit.

Tapi kalau awak mampu nak beli lebih dari Axia ni, dipersilakan.
Kalau untuk student ke, yang baru lepas habis belajar ke, pada saya harga yang ditawarkan oleh pihak Perodua, dikira berpatutan.

As simple as that, kalau tak berminat, tak perlu nak kondem yang boleh menjatuhkan. Kalau beri pendapat dan kritikan yang membina, itu tak apa. Supaya apa-apa kekurangan, boleh dibaiki untuk faedah bersama.

Heyy dah macam mak nenek dah saya bagi syarahan. Weee...

Oke, katalah awak mampu sikit, awak teruslah ambil Axia Advance. Sebab memang advance dari yang standard. Apa yang advance nya? Ini lah kelebihannya :

1) Multimedia System with Navigation

2) Semi-bucket Leather Seats

3) In compliance with JPJ Regulations, the DVD function on the touchscreen panel operats when the vehicle is stationary with the parking brake engaged.

4) Leather-wrapped Steering Wheel with Audio Controls.


Kalau yang Standard E (manual transmission only) hang nak radio, beli sendiri ok. Tapi yang ni Eco-drive Mode la.

Standard G, up sikit dari E. Kalau SE, mestilah lagi up dari E dan G. Dan kalau advance, advance lah lagi. Heee saya tak reti lah nak buat review pasal kereta ni. Ni pun buat rujukan dari risalah-risalah yang saya baca. Ecewahh risalah sangat ye Yani...

Untuk kesimpulan, dan memudahkan kerja saya di dalam entry ini, saya upload gambar je lah senang. Tapi kalau nak lagi senang, bolehlah tengok sendiri bagaimana keadaan Perodua Axia ni. =)

Nah, saya belanja gambar kat awak semua. Yang ini kategori Advance saja yang saya ambil gambar. Maybe sebab masa tu memang dah jatuh cinta bertubi-tubi dengan Axia Advance ni kot. Gambar SE dengan Standard tak banyak. Silalah tengok ye.














Oke ni gambar lain-lain berkenaan Axia ni. Random je tau. Sebabnya saya memang tak tahu nak ulas amenda. Memang hampeh kan saya tak pandai tulis blog. T.T















Okelah, memandangkan saya sudah kehilangan idea apa yang saya nak cerita pasal Perodua Axia ni, jadi untuk keterangan lanjut, awak bolehlah hubungi encik Sales Advisor ni. (Orang Selangor je tau, kalau awak duduk nun jauh di Penang sana, takkanlah awak nak contact encik Irfan ni pulak kan. Hehe)


Di bawah ialah kad beliau yang ada tertera nombor telefon, kalau nak beli kereta, bolehlah hubungi dia, nak telefon boleh, sms boleh, whatsapp boleh, wechat pun boleh. Kalau awak yang berminat nak beli kereta Axia ke, or apa-apa kereta Perodua yang lain boleh hubungi Encik Irfan. Insya Allah, beliau sedia membantu sedaya upaya. Harga boleh runding. Semua pun boleh runding.


*erkk eh sorry encik, terpromosi pulak kad encik dekat blog saya, heee kaedah saya nak beritahu kenalan lain, pakai blog, pakai entry. Takpe tak payah komisen. Iklan ini free saja.*






* amaran tegas : Mohon jangan salah gunakan nombor Encik Irfan yang saya beri ye. Kalau betul ada urusan, tak apa, kalau takde, mohon hormati privacy orang lain ye wahai pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah. Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan. Biiznilah. (Dengan izin Allah)


Oke, sekian saja untuk entry kali ini.
Saya betul-betul minta maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan dalam entry ini.
Mudah-mudahan ada info yang membantu awak semua.

Terima kasih sudi baca entry ini.
Assalamualaikum.


~ Norzayani binti Norhamshah ~

Monday, September 15, 2014

Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah. #BookReview

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan izinNya, saya dapat meng'hadir'kan satu lagi entry baru.

Apa khabar kawan-kawan?
Harapnya sihat alhamdulillah ye.

Hee aduhai macam skema pulak saya hari ni.

Oke tak nak meleret sangat.

Kita terus kepada review mengenai buku yang berjudul "Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah" hasil garapan saudara Asadullah al- Faruq

Buku ini adalah terbitan Kemilau Publika.

Yang berharga RM 19.00.



Buku ini khas ditujukan secara tulus buat :

1) Muda mudi yang berazam untuk bernikah tapi masih berasa berat memulakannya dan semangat pun hanya sekadar angan-angan.

2) Juga buat muda mudi yang memilih cara Islam untuk mewujudkan pernikahan yang Islamik.

3) Buat muda mudi yang memilih untuk segera bernikah agar dirinya lebih terjaga daripada fitnah.

4) Untuk muda mudi yang baru membentuk sebuah keluarga baharu, semoga Allah redha dan mengurniakan keluarga yang tenteram dan dirahmati.

Secara jujurnya, buku ini adalah satu naskah yang saya kira mesti dimiliki buat muda mudi diluar sana yang sedang ingin menuju ke gerbang pernikahan yang diredhai Allah.

Tapi, janganlah anda merasakan bila anda belum mahu berkahwin, anda tidak boleh membaca buku ini. Jangan begitu, kerana ilmu tentang rumah tangga ni, awak kena belajar juga. Walaupun awak belum mahu bernikah. Sekurang-kurangnya anda boleh lebih bersedia apabila sudah tiba masanya.

Namun, buku ini suka untuk saya sarankan buat muda-mudi yang bakal bertunang atau bakal berumah tangga dalam masa terdekat ini.
Untuk idea yang lebih kreatif, saya sarankan, bolehlah dihadiahkan buat bakal tunang atau bakal pasangan awak.



Dan lagi, buku ini sangat disarankan buat adik-adik saya yang masih muda atau remaja, yang berkeinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik untuk mengetahui dengan lanjut apa hukum berikhtilat, apa hukum couple, bagaimana nak elak dari menjadi mangsa godaan syaitan, bagaimana untuk membina hubungan cinta yang diredhai Allah.

Buku ini sesuai untuk semua golongan umur, bukan hanya yang hendak berkahwin, malah yang sudah berkahwin juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan dalam membina keluarga sakinah (bahagia), mawaddah (yakni, cinta), rahmah (yakni, kasih sayang). Ada tips bagaimana mahu menjadi suami dan isteri pilihan. Ada tips untuk rumah tangga bahagia. Dan ada tips bagaimana mahu mendidik zuriat-zuriat kalian menjadi soleh dan solehah.

Penulis banyak memberi tips serta dipaparkan sekali hadis dan ayat al-quran yang membenarkan lagi isi kandungan yang tertulis. Juga diberi panduan menganjurkan walimah bersandarkan syariat Islam.

Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, ada saranan untuk awak ikuti supaya tidak terlalu bebas walaupun awak sudah bertunang!
Ingat, bertunang bukan tiket untuk awak saling bergaul bebas.
Bukan apa, kerana awak masih belum ada ikatan yang sah, bimbang akan terjerumus dengan godaan syaitan.
Hadkan keperluan untuk berjumpa demi menjaga batas pergaulan dan hubungan.

Sabar. Dah sampai masanya, segala perlakuan awak itu dikira sebagai pahala.
"Puasa" dulu sebelum bernikah, bukankah indah apabila saat 'berbuka' nanti?

Pendek kata, buku ini mesti dimiliki oleh semua golongan. Muda dan tak berapa muda. Hehe.
Isi kandungannya sangat bermanfaat. Insya Allah.

Wahai pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah, semoga hati kalian tertarik untuk memiliki buku ini dan mengamalkan perkara yang maaruf dan meninggalkan perkara yang mungkar demi menuju ke sebuah hubungan yang diredhai Allah.

Saya tahu buku-buku begini amat menarik perhatian jiwa muda.
Dan tak salah pun kalau yang belum nak berkahwin tu nak baca, janganlah korang salah anggap pula dekat budak-budak yang nak baca buku macam ni.
Buku macam ni adalah ilmu yang dijilidkan. Jadi, jangan mudah berprasangka buruk. 
Mereka membaca kerana minat. Insya Allah, akan sampai waktunya negara kita akan dikelilingi dengan generasi yang diredhai Allah.

Ahem buat ibu dan bapa sekalian, andai awak semua mengharapkan zuriat yang soleh-solehah, awak kena bantu diri sendiri dulu untuk men'soleh' dan men'solehah' kan diri kalian.
Bagaimana mahu mengharapkan anak yang baik kalau kita tidak menunjukkan contoh yang baik?

Bukankah seperti ketam yang sedang mengajar anaknya berjalan?

Dan lagi, buku ni boleh jadi rujukan yang sangat bermanfaat buat muda mudi yang ingin berkahwin dengan berlandaskan syariat Islam.

Saudara penulis ini ada menyediakan bagaimana untuk lebih faham mengenai sesi bertaaruf (perkenalan), kemudian ke peringkat nazhar (melihat calon), dan seterusnya kepada proses khitbah (peminangan). Haaa, menarik kan? Dan buku ini,

[ Highly recommended !!! ]


Cukuplah sekadar itu yang saya dapat kongsikan melalui entry kali ini.
Semoga ada manfaatnya.
Izinkan saya kongsi satu ayat al-quran untuk akhiri entry kali ini,

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " ( Ar-Rum : 21 )

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca entry ini.
Salah dan silap mohon dimaafkan.
Jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi di lain entry.

Assalamualaikum.

~ Norzayani binti Norhamshah ~

p/s : Syafakillah buat mak lang saya yang ditahan di wad. Semoga Allah akan sentiasa memberi beliau kesihatan yang baik. Allahumma aamiin.

Thursday, September 11, 2014

Jom Korban !

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Kehadapan rakan-rakan pembaca yang saya sayangi. Erk alamak macam nak tulis surat pulak. Hee..

Oke, straight to the point je lah kan.

Memandangkan hari ini sudah 16 Zulkaedah, ini bermakna kurang lebih 23 hari dari tarikh hari ini, kita akan menyambut hari raya Aidiladha.

Terasa macam cepat tahun ni berlalu kan?

Memandangkan hari raya korban dah tak lama je lagi, apa kata dapat gaji nanti, kita 'ketepikan' sedikit wang demi membuat korban. Ala, tak rugi pun, sebab ini semua demi mendapat keredhaan daripada Allah. Untuk kehidupan kita di sana jugak nanti kan? Untuk kesenangan kita juga kan?

So, jangan sayangkan sangat duit awak. (Bagi yang berkemampuan) Jangan berkira. Jangan kedekut.

Raya korban ni setahun sekali je. Bukan boleh nak qada' buat korban.
Sampai waktunya kita kena buat, takde siaran ulangan ye wahai sahabat-sahabat pembaca yang saya sayangi. Sayang kalau kita lepaskan peluang keemasan ini.

Saya ingat lagi, last year, saya ada up satu status dekat FB, heee tak ingat sangatlah saya tulis apa, tapi saya ada 'menyeru' kawan-kawan saya supaya mula simpan duit sikit-sikit, supaya tahun berikutnya boleh kita buat korban.

Tapi yang hampehnya, saya pun tak menyimpan. Sob. Sob.
Tapi awak janganlah ikut perangai hampeh saya ni ye kawan-kawan.
(Erk bukan tak ada nak menyimpan, tapi ada beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan)

Tapi kan, letakkan saja kepercayaan awak pada Allah. Jika memang awak dah ada niat untuk melakukan sesuatu yang Allah suka, mesti Dia akan tolong juga satu hari nanti.

Jadi kalau awak memang dah berniat untuk buat korban, mesti akan ada juga rezekinya.

Saya faham, sekarang ni, kalau nak buat korban memang bajet yang diperlukan agak tinggi.
Macam saya yang kurang berkemampuan ni, saya join buat korban di sini Ezqurban .

Kerana harga sebahagian lembu atau seekor lembu, atau seekor kambing diletakkan pada harga mampu 'milik' buat orang-orang yang tak berapa nak mampu macam saya.

Tapi kalau awak ada duit lebih, awak joinlah buat korban dekat masjid atau surau atau di tempat kerja atau di mana-mana saja di dalam Malaysia ini.

Kalau sesiapa yang pernah buat korban menggunakan khidmat ezqurban ini, kebiasaannya mereka akan melakukan korban di Kemboja, Bangladesh atau di mana-mana negara yang tidak berkemampuan.


Oke nah, sedikit info mengenai harga korban di Ezqurban :

1 Bahagian Lembu - RM 280.00

1 Ekor Kambing - RM 550.00



1 Ekor Lembu - RM 1960.00


Dan tarikh tutup penyertaan ialah Hari Raya ke 2 ( 6 Oktober 2014)

*** untuk pertanyaan lanjut, awak boleh hubungi 03-6186 1911 ataupun awak semua boleh layari laman web www.ezqurban.org/ . 




Amacam??

Berpatutan kan ?

Oke lah, boleh lah, kalau yang macam ni pun awak masih nak berkira, saya pun tak tahulah nak cakap apa.
Semoga duit atau harta awak, Allah 'tak ambil' dengan cara lain.

Kadang-kadang kita selalu lupa tau, duit rezeki yang kita dapat ni, bukan kepunyaan kita seorang, mesti akan diagih-agihkan juga. Paling penting, duit tu bukan kita punya pun.
Kita ni, cuma alat je, untuk menguruskan segala apa yang Allah punya.

Jadi kawan-kawan semua, tak ada sebab untuk awak nak jadi kedekut.

Jangan takut, malah duit itu akan 'beranak-anak' dekat sana nanti.
Itu janji Allah.

Jadi jom ! Kita buat korban tahun ni !

SAYA TENGAH BERKEMPEN DENGAN AWAK SEMUA NI...

Jom Korban !

Jom Korban !!!

Jom lah kita ber Korban !!!!



Ini saja cara yang kita boleh buat (kerana Allah) jika kita belum dijemput Allah untuk mengerjakan haji di Mekah.

Jom, kita contohi Nabi Ibrahim yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta Allah.




Ayuhlah kita menanamkan hasrat untuk mengumpul pahala sebanyak mana yang boleh.
Semoga Allah redha setiap usaha yang kita lakukan.

Sekian saja untuk entry kali ini.

Saya mohon maaf andai ada salah dan silap.

Semoga entry kali ini bermanfaat.

Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa di entry yang baru.

Jaga iman, jaga solat, jaga diri ya kawan-kawan.

Sekian, wassalam.



Yang sebenarnya,

Norzayani binti Norhamshah.

Friday, June 6, 2014

Eagle Ranch. Tunggu, Saya Datang!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Sesungguhnya hari ini saya berasa sangat 'lemau', tak pasti kenapa.
Banyak fikir sangat kot.

Oke, takpe, bukan nak ceghita kenapa saya 'lemau'. Hee...

Siapa pernah pergi Eagle Ranch Resort di PD sana, tutup mata! (Sambil bayangkan balik percutian korang di sana ye.)

Hehe, suka hati je kan.

Erm saja saya tanya, (eceh macam ada yang menjawab pulak kan...huu) sebab nak ke sana.
Ikut "Hari Keluarga" hopis kakak ipaq saya. (Wahh hari keluarga sangat, oke family day)

Best ke kat sana?
Menurut jangkauan, imbasan, dapatan, carian di google, ia sebuah tempat yang saya memang terasanak pergi. Adakah kerana binaan-binaan atau nama-nama tempat penginapan itu yang buat saya teruja hagaknya. (Alahai amenda ayat sayer ni...dah macam haihhh...)

Jap, saya belanja gambar yang saya ambil dari google ye.
Korang tengoklah dengan rasa teruja, walau korang tak teruja.
Sebab saya memang teruja. Tapi belum sampai tahap gila la. Hehe...


Ye, saya tahu kecik. Takmo la marah, klik eh untuk besarkan gambar. Nah lagi.

log cabin. (kite dok kat sini nanti)
lagi...

tepee...(bukan tempe ye adik-adik!)
tak nampak sangat ye gambar? Nah lagi satu. Tepee.

alala...menarik, kreatif tau~
tapi kan, sebenarnya, masa tau kewujudan Eagle Ranch Resort ni, paling saya tertarik adalah dengan ini....
tadaaaa...

inilah dia, band wagon~

suka kan?
takpe, tak suka pun, cakap je suka. Hehe.

Lagi sesiapa yang rasa nak duduk kampung tu, bolehlah duduk kat Kampung House.
Aiseh alamak, cara saya cerita macamlah dah pernah pergi. Padahal sampai pun tak lagi. Hehe...
Nah belanja awak semua lagi satu gambar.

sumber ihsan abang google lagi~
Banyak aktiviti outdoor yang awak semua boleh buat kat situ.
Nah. Pakej rates. Tapi tak tahu tahun bila punya harga. Hehe. Tapi rasa baru punya kot, ampun ampun kalau tersalah ye. Gambar ini diberi kerana saya nak tunjuk apa aje aktiviti yang ada. Hehe..


Oke lah, cukup setakat itu entry ini. Sebab saya belum sampai lagi tempatnya. Esok dah sampai, saya ambil gambar banyak-banyak ye.

Eh rasa-rasanya tahun ni, ini kali pertama kot pergi holiday. Tapi ini pun bukanlah holiday, lebih kepada menyibukkan diri.

Saya pun bukan selalu pergi holiday pun. Kalau pergi pun setakat dalam negara. Sabah Sarawak pun tak pernah sampai lagi. Heheee. Jadi peluang untuk bercuti di luar negara, tak pernah terfikir lagi.
Kadang-kadang bila baca blog orang lain, baca cerita pengalaman orang lain, rasa teringin juga nak pergi. Tapi keinginan itu tak adalah membuak-buak sangat.

Nak cari keindahan ciptaan Allah, menghayatinya, dalam negara kita pun ada. Dekat sini pun boleh mengkagumi ciptaan Allah yang Maha Cantik. Tapi kalau awak memang berkemampuan, awak ada lebih masa, lebih duit, pergilah melancong ke luar negara. Kalau dah itu hobi awak, kesukaan awak. Kita raikan.

Cari ciptaan Allah yang cantik-cantik itu, kongsi pengalaman, awak cerita pengalaman itu pun dah boleh buat orang lain yang membaca itu rasa kagum dengan ciptaan dan kebesaran Allah. Dapat pahala jugak kat situ bila buat orang lain kagum dengan ciptaan yang Allah berikan. Suka tak? Suka kan.

Tapi kalau awak kurang mampu, baik awak kumpul duit, pergi buat umrah dan haji. (Biiznilah, semua pun kena mintak Allah rezekikan. Kalau Dia tak izinkan, awak banyak duit, banyak masa macam mana pun, tetap tak dapat. Niat itu penting.) 

Sekurang-kurangnya awak ada niat nak pergi. Nanti kalau Allah tanya, awak ada jawapan. Awak dah cuba, tapi tak mampu. Kalau awak tak mampu, tapi awak sanggup nak kumpul duit untuk pergi melancong, nanti kalau Allah tanya kenapa sanggup kumpul duit nak pergi melancong kalau tak mampu, tapi tak sanggup nak kumpul duit nak buat haji atau umrah. Macam mana nak jawab tu? (Kat dunia ni yelah kita ada jawapan, kat sana nanti, memang tak mampu... T.T)

Dan oklah, panjang pulak entry ni, cadang nak buat pendek je. Terima kasih sudi baca entry ni. Doakan saya selamat sampai ke destinasi nanti.
Panjang umur jumpa lagi. Salah silap, mintak maaf tau kawan-kawan...

Jaga diri, hidup baik-baik.

Sekian, assalamualaikum w.b.t.

Love,
Norzayani Binti Norhamshah
8 Syaaban 1435H
6 Jun 2014

btw hari ni birhtday abang saya, Happy Birthday Angah! May Allah bless u.

Thursday, June 5, 2014

Selalu Bersama - IM Nazrul Feat IM Fakhrul (Unic) #Doa Iman

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Awak, kawan-kawan saya... Alhamdulillah, dah 7 Syaaban kan. Sukanya saya. Sikit lagi dah nak masuk bulan puasa.

Dan apa pula persiapan kita untuk bulan ramadhan tahun ni?
Dah bersediakah? Kalau dah bersedia semuanya, alhamdulillah. Bagus ye anak-anak, adik-adik, kakak-kakak, tuan puan sekalian.
Moga Allah akan terus membantu kita untuk istiqamah walaupun bulan ramadhan dah habis nanti.
Make sure, kita upgrade iman kita tau. Download lah amal ibadah sebanyak mana yang mampu. Simpan dalam memory rapi-rapi.

Hurm pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, adalah dengar satu lagu ni, best.
Sebenarnya dah 3 ke 4 minggu kot saya cari lagu tu, ditakdirkan Allah, hari ini baru direzekikan untuk jumpa. Alhamdulillah... Sukanya sayerrrrr...

Mana tak nya, setiap kali saya dengar lagu tu, mesti dah sampai part ni... (Allahumma ahyina bil 'iman...)

gambar ihsan abg google~

Lepas dah habis sampai lirik "Dan masukkan ke syurgaMu dengan iman...", lagu pun habis.
Jadi saya pun tak dapat nak tahu apa tajuk lagu.

Kalau yang UNIC punya versi memang saya dah sedia maklum. Tapi ini yang lain. Tu yang beria-ia cari.

Pagi tadi pun sebenarnya tak berapa dengar tajuk lagu yang DJ Pian dengan DJ Yati beritahu.
Tapi itulah yang dinamakan rezeki. Ada keyword "imam... imam..." , dengan perkataan itulah akhirnya saya menemukan lagu yang diberi tajuk "Selalu Bersama" yang dinyanyikan oleh IM Nazrul feat IM Fakhrul (UNIC). Dah dapat, asyik ulang dengar je. (^-^)

Awak boleh cari kat youtube lah nanti kalau nak dengar, takpun rajin-rajinlah dengar IKIM.FM sokmo deh.
Dengar radio, untuk hiburan mendidik jiwa. Pilihan utama kami (ayah, ibu, dan saya). *iklan jap eh*

Banyak info di situ. Slot kegemaran saya ialah slot Usrah Nurani, setiap hari jumaat. Best sungguh best. Nanti dah kahwin, kalau suami saya tak pandai dengar radio tu, nak ajar dia dengar radio IKIM je, daripada dengar lagu melalut-lalut ke laut, nanti dengan saya-saya, lemas dalam laut. Huhu takmo.

*Dulu zaman saya memuda dulu, serius dengar tu macam terpaksa, tapi lama-lama, dah biasa. Kadang-kadang sesuatu benda tu kan memang kita rasa kurang suka, tapi Allah kan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Lama-kelamaan, perasaan suka itu datang dengan sendirinya. Dan akhirnya awak boleh lapang dada ucap syukur dengan nikmat yang Dia beri untuk awak... percayalah.*
Subhanallah. 

Ok nah, lirik lagu dalam gambar, gigih tau saya salin untuk tatapan awak semua.
Erm tapi tulisan saya kurang cantik, jadi segala kekurangan diri ini harap dimaafkan eh eh eh...

tulisan kat atas pun terkecik sikit. maaf~
Untuk lebih pencerahan, sila klik pada gambar.

Ok kawan-kawan, selamat mencari dan mendengar lagu ini.

Terima kasih, maaf kalau ada silap salah dan jaga diri baik-baik ye.

Akhir kata,

" Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."

Sekian, assalamualaikum w.b.t.

Love,
Norzayani binti Norhamshah
5 Jun 2014
7 Syaaban 1435H

Tuesday, May 20, 2014

Boikot Yang Bermusimkah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini maybe cara penulisan aku tak macam selalu...
(Yang gila-gila...ye waktu gila boleh gila, tapi jangan lebih-lebih, waktu serius, kita kena betul-betul serius. Sebab bukan semua benda boleh buat gila-gila. Setuju?)

Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog aku ni, mesti ingat dengan entri ini, sejarah hari nakbah .
Sudah faham apa itu hari nakbah?
Paling penting, selepas membacanya, ada atau tidak rasa terkesan di dalam hati, berfikir bagaimana nak bantu saudara-saudara kita di sana?

Ada sesetengah pendapat mengatakan, tak perlu nak ambil tahu pun. Bukan saudara kandung pun, saudara Islam saja. Lagi pun mereka jauh. Buat apa nak ambil tahu. Atau mungkin, lebih parah lagi, ada yang berfikir, tak payah nak masuk campur sangat, nanti Israel serang negara kita, baru padan muka kita.
Allah, Allah... Allah.. Malanglah kita kalau kita ada terdetik begitu di dalam hati.

Walau mereka (saudara Islam kita) itu nun jauh di sana, tak dekat pun dengan negara kita ini, namun, kalau dibaca balik pendapat yang dikeluarkan, tidakkah anda merasakan anda juga kejam seperti tentera Zionis.

Kita ni, terkadang, sudahlah tidak mahu untuk menghulurkan bantuan, nak menghulurkan doa juga kita masih kedekut. Apa masalah kita sebenarnya ini? Harus aku akui, kita ini bila Allah beri kesusahan, baru nak ingat pada Dia. Masa kita senang, mana kita? Apa yang aku tulis ini juga sekadar mengingatkan diri sendiri juga. Aku tak ada suka-suka nak hentam orang ke apa. Itu adalah kelemahan.
Dan untuk mengelakkan kelemahan yang sebegitu, adalah sangat wajar jika kita berkawan dengan teman-teman yang sentiasa boleh ingatkan kita supaya tidak lalai, dekat dengan agama.

Kerana terbiasa, kita ini, bila Israel ke US ke nak serang Palestin, masa itu baru kita sibuk-sibuk nak boikot barang keluaran mereka.
Habis musim menyerang, kita pun berhenti menjadi mujahid di laman sosial. Sepi, tiada siapa yang sudi ingatkan supaya kita boleh terus memboikot barangan keluaran Israel dan negara-negara yang bersangkut paut dengannya.

Sebab itu entri ini diwujudkan. Supaya kita semua mampu mengingatkan diri sendiri, janganlah hanya bermusim kalau nak memboikot barangan keluaran mereka.
Dalam pada kekecohan dalam usaha memboikot itu, terbit pula isu kita digesa untuk hentikan pem'boikot'an bagi mengelakkan tempias pada ekonomi negara. Aku tak faham sungguh kenapa isu ini boleh berbangkit.
Bagi terlalu mengikut telunjuk barat, telunjuk 'syaitan' yang menyuruh kita bersuka-ria di atas muka bumi ini selagi boleh, tak hairan bahawa satu hari nanti, bila Allah sudah murka, maka mungkin kita akan jadi lebih teruk nun di Palestin sana.



Ada setiap daripada kita, sedar. Tapi tak tahu atau dalam dilema, bimbang akan terjadi sesuatu pada negara jika kita bertindak untuk memboikot. Ya aku faham kerisauan itu, tapi kita ini, sebagai seorang Islam, janganlah kita hanya menjadi Islam hanya atas nama dan kad pengenalan. Buktikan kita benar-benar seorang Islam. Orang Islam yang sejati, dia tak mungkin gentar dengan ujian yang Allah beri. Kerana tempat pergantungan dia hanyalah kepada Allah. Walau apa pun jadi, dia yakin Allah akan lindungi, bantu dia.

Kita ini, kadang-kadang selalu begini, "Aku dah doa, tapi Allah tak tolong pun..." Allahurobbi, sayang, adik-adikku sekalian, jangan sampai begitu mempersoalkan kenapa Allah tak bantu. Kita ini siapa? Dia itu Maha Berkuasa. Bila pertolongan belum sampai, itu tandanya belum masa yang sesuai, atau mungkin awak kena berfikir begini, Allah masih belum mahu tolong kerana Dia nak uji keimanan, kesabaran kita. Atau awak boleh berfikir begini, mungkin Dia masih belum mahu menolong atas kerana kafarah dosa yang pernah kita lakukan. Tapi ingat satu ni saja, Allah itu Maha Penyayang. Bersangka baik lah dengan Pencipta awak ye adik-adik sayang.

Aku juga akui, bukan semua yang kita dapat nak boikot. Contohnya bila melibatkan teknologi, sedang aku taip ini juga menggunakan hardware dan software keluaran negara terbabit. Mungkin korang akan cakap, haih macik ni, cakap tak serupa bikin!!! Ok, aku hargai kalau korang nak marah ke apa, sekurang-kurangnya ia boleh mengingatkan aku supaya gunakan teknologi yang ada sebagai keperluan sahaja dan bukan kehendak. Sekurang-kurang awak dah berniat, awak tak suka tapi awak terpaksa. Selainnya, biar Allah yang menilainya.

Sebagai contoh menggunakan teknologi sebagai keperluan dan bukan kehendak, karanglah entri-entri yang dapat membantu menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik, yang diredhai Allah. Sekurang-kurangnya, bila kita dah mati satu hari nanti, kalau ada entri baik, ia boleh jadi rujukan dan panduan buat orang lain yang masih tinggal di dunia ini. Kalau ilmu yang kita kongsikan itu bermanfaat, bonus untuk kita tau. Ilmu yang bermanfaat, pahala itu berterusan sampai kita di alam barzakh ye adik-adik. Tahu kan? Faham kan?
Bagus, faham.
Akak ni pun dik, bukan suci dari dosa, in fact, tiap-tiap hari pun akak ni berdosa.
Tapi kita boleh usaha sama-sama nak tambahkan pahala pula kan?
Kalau ada yang terleka, terlalai, dialu-alukan untuk menegur perbuatan akak ye. (",)

Jadi, dah bersedia nak bermujahadah?



Tak apa, kita mula kecil-kecil dulu. Doakan kesejahteraan saudara kita di sana, usaha boikot bukan bermusim ya. Bukan bila dah tak ada isu Palestin di serang, kita hentikan boikot kita. Usaha ini mesti berterusan sebab Israel dah rampas tanah umat Islam di Palestin. Isu ini bukan kecik. Isu ini besar. Israel sedang membina negara di tanah yang bukan milik mereka. Israel sedang merampas nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Kekejaman mereka tidak dapat disangkal lagi. Jadi kenapa memilih untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi negara mereka wahai umat Islam?

Aku tahu sebenarnya kalau entri-entri yang begini, bukan boleh menimbulkan minat pun pada sesetengah orang, tapi tak apa lah, mudah-mudahan suatu hari nanti, akan ada yang tersedar.
Kita ni, bercita-cita besar, nak ke syurga Allah bersama yang tersayang. Tapi cuba semak betul-betul, adakah jalan yang kita pilih itu, benar-benar jalan menuju syurga? Mudah-mudahan jalan itu tidak tersasar ke landasan kereta api menuju ke neraka. Naudzubillah.



Sebenarnya boleh saja kita hidup tanpa perlu makan MC DONALD'S, tanpa perlu minum MILO jenama Nestle, tanpa perlu ber COCA COLA, tanpa perlu bershopping di TESCO. Boleh, boleh sangat kita teruskan hidup. Bumi Allah ini luas. Banyak lagi makanan sunnah Nabi yang kita boleh ikut dan amalkan.
Suci, halal dan tidak diragui tau.

Kalau awak baca Al-Quran, di dalam surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud , "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman." Dari ayat ini awak pasti boleh lihat, betapa makanan yang halal lagi baik itu pasti akan dapat keberkatan dari Allah. Benda ini semua nampak kecil je, tapi impaknya sangat besar pada hati, akal dan fikiran kita. 

Contoh begini lah, cuba korang tinggalkan makan MCD, korang mesti boleh faham apa hikmah yang korang akan dapat. Kita ni kadang-kadang je orang tengok kita seperti tak ada masalah, tapi bila kita seorang diri, sebenarnya kita ada perasaan sunyi yang korang je tau. Salah satu penyebab hati kita tak tenteram adalah kerana kita salah memilih makanan dan minuman. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Jadi pemakanan kita haruslah yang mempunyai berkah. Makanan kita biarlah sesuatu dari sumber yang halal dan berkat. Supaya kita boleh rasa cergas untuk melakukan ibadah.

Ok, lagi satu contoh ayat dari Surah Al-Maidah, iaitu ayat 113 yang bermaksud, "Mereka berkata : "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat),dan supaya tenang tenteram hati kami,dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri."

Surah Al-Maidah yang juga bermaksud hidangan, terdapat banyak perkara yang Allah sampaikan pada kita.Tentang haji, tentang makanan, tentang wasiat dan macam-macam lagi.
Teruja tak? Hebat kan Al-Quran, di dalam satu surah itu, macam-macam perkara yang Allah sampaikan.
Sebab itu, Al-Quran ini adalah Surat Cinta dari Allah.

Aku bukanlah pakar mengenai agama dan Al-quran, tapi bila baca Al-Quran itu, kita bukan sekadar baca kan? Kita kena fahamkan dan amalkan. Al-Quran ini Allah turunkan menggunakan bahasa yang indah, jadi kita memang kita rujuk kepada yang pakar mengenai tafsiran Al-Quran.

Jadi, nampak tak kat sini, apa saja yang kita makan atau minum itu sebenarnya memberi impak dalam diri kita, baik dari segi mental mahupun fizikal, baik dari segi jasmani mahupun rohani.

Temanya kat sini, entri ini dikarang sekali lagi diterangkan, bukan untuk aku bermegah-megah mengatakan diri ini terlalu bagus ke apa. Tak. Bukan. Aku cuma mahu mengingatkan jika ada di antara kita yang terlupa. Kalau nak boikot Israel ia bukan bermusim. Kalau ingin menderma, juga ia bukan bermusim. Kalau ingin mendoakan, kekalkan berdoa kerana doa juga bukan hanya di musimnya.

masih tiada kudrat? bermujahadahlah! moga Allah bantu...


Sekurang-kurangnya, bila kita tak mampu nak bermujahadah sampai ke sana, kita mampu melakukan sesuatu perkara yang tidak menyokong perbuatan orang yahudi.

Bila sudah ada nawaitu, pasti kita akan bercita-cita nak melaksanakan, bila nawaitu dan perbuatan itu seiring, pasti redha dan kasih sayang Allah ada untuk kita, di dunia dan di akhirat.

Dan sekian untuk entri kali ini,
semoga setiap apa yang aku kongsikan, dapat kita tunai dan laksanakan bersama-sama.
Kalau aku terlupa, kalian boleh ingatkan aku semula. Tolonglah ingatkan aku jika aku terlupa.

Moga Allah bantu kita, meredhai kita di dunia sampai akhirat.

Terima kasih jika ada yang sudi luangkan sedikit masa membaca entri ini.
Apa jua kekhilafan pada setiap patah perkataan, mohon dimaafkan.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam...


Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
1.31 PM

Thursday, May 15, 2014

Sejarah Hari Nakbah. Kita ambil peduli atau tidak?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur ke hadrat ilahi, dengan izin-Nya, kita masih dikurniakan anugerah nyawa untuk hari ni...
Hari ini bertarikh 15 Mei 2014...
Genap 66 Tahun Peristiwa Hari Nakbah.
Apa itu hari Nakbah?



Kalau tidak tahu, anda, wahai umat Islam di dunia ini, disarankan untuk membaca entri ini.
Kenalilah sejarah tentang Hari Nakbah ini.
Baca perlahan-lahan, anda akan turut merasa setiap derita yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin sana... Mereka saudara kita! Jika kita tak mampu memberi bantuan dari bentuk kewangan, janganlah pula kita kedekut untuk mendoakan mereka di sana.
Doakan supaya Allah sentiasa melindungi mereka.
Sampai bila kita nak hidup tanpa memikirkan nasib saudara seislam kita di sana?
Hidup ini hanya persinggahan, manusia yang bijak, dia sedar, satu hari nanti dia akan kembali ke 'negara' asal. 
Adakah dengan berdoa untuk mereka, kita akan kehilangan wang kita? Pangkat? Harta?

Allahurobbi... Kalau hilanglah segalanya itu, mengapa kita perlu takut dan bersedih, sedang kita tahu, semua itu milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil semula.
Bukan mudah mahu mengajak orang untuk berjihad demi Islam kerana Allah, jalan itu penuh liku dan duri. Tapi jalan yang berliku itu Allah akan balas dengan bahagia yang tidak berpenghujung di akhirat kelak.
Subhanallah.


Apakah itu Sejarah Hari Nakbah?

Nakbah bermaksud “malapetaka” dalam bahasa Arab. Palestin merujuk sejarah hari Nakbah “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun sejarah hari Nakbah yang ke 65. Sejarah Hari Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun sejarah hari Nakbah ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Lebih 500 perkampungan dan pekan Palestin dimusnah dan diduduki secara haram oleh orang Yahudi dan diberi nama baru. Lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Kumpulan pertama 726,000 pelarian Palestin disusuli pula lebih 200,000 lain yang terpaksa meninggalkan kediaman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 1967 selepas Israel menyerang Jordan dan Mesir dengan menakluk kawasan itu serta Baitul Maqdis Timur.

Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Akibatnya, lebih empat juta pelarian Palestin hidup merana dan merempat bertaburan di seluruh dunia – dari Mesir, Jordan, Syria, Eropah dan Amerika Syarikat.



Sepuluh Fakta tentang Hari Nakbah


1. Peristiwa Hari Nakbah adalah punca masalah Israel / Palestin.
Sejarah hari Nakbah berlaku pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin
Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat “pemindahan” sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel
Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.
‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata “Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee).”

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah
Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati
Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.
Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel
Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.
Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun “dipindahkan”, dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.
15 Mei 1948

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia
Pada taun 2012, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah
Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada “tanah asal mereka”.

10. Hari Nakbah mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika
Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa “persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat.” Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa “isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

***
Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!
“Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir.” [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBAH, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL !



sumber petikan ini : http://wanfauzi.com 

Lagi artikel mengenai sejarah Peristiwa Hari Nakbah yang menarik untuk dibaca : 


Terima kasih, kalau ada yang sudi baca.
Mudah-mudahan Allah akan sentiasa redhai hidup kalian, bukan hanya di dunia, malah di akhirat kelak.

Walau kita tak merasai secara fizikal tentang kesengsaraan yang dialami saudara kita di sana, tapi andai dibaca dengan hati yang ikhlas, anda akan merasai di dalam hati dengan apa yang saudara kita tanggung di sana.

Awak pasti akan mengalirkan air mata jika awak membayangkan diri awak di tempat mereka.
Demi membantu mereka, dan kalau bukan dengan wang ringgit, kita pasti boleh menolong dengan memboikot apa saja barangan dari Israel. 
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya nanti?
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya kenapa kita tidak membantu saudara kita itu?
Apa kita nak buat kalau ada di antara saudara kita di sana nanti menuntut sesuatu di sana nanti?

Ya, terdapat banyak kekangan. Terkadang memang kita tak mampu.
Tapi, sekurang-kurangnya kita berdoa untuk mereka.
Bantu apa yang terdaya. (doa, kewangan, pakaian atau apa sahaja)

Paling penting, jangan pandang rendah pada kuasa doa.
Doalah bersungguh-sungguh kepada Allah.
Dia pasti beri... Dia akan beri...
Dan sesungguhnya... 
Tiada apa yang dapat melindungi kita semua melainkan Allah.
Hanya Allah tempat kita bergantung.
Hanya Allah yang dapat lindungi kita.
Buatlah sesuatu yang boleh membuatkan Allah cinta pada kita...
Anggaplah sisa-sisa hidup yang ada sekarang ini umpama bonus yang Allah berikan untuk kita lebih mencintai-Nya.

Terima kasih sekali lagi buat yang sudi baca entri ini.
Sekarang awak dah tahu sejarah hari Nakbah, nanti awak boleh ceritakan juga kepada zuriat-zuriat anda, supaya mereka punya hati untuk berjihad ke jalan Allah. Biiznillah...
Buat saudara-saudaraku, walau anda diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat,

La Tahzan... yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih. Jangan bersedih.
Kerana Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.
Allah pasti akan bantu kita...yakinlah dengan pertolongannya.
Semoga kita semua akan berjumpa di syurga-Nya, satu hari nanti...
Moga Allah meredhai kita semua...
Aamiin...

Maaf ye, kalau ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan awak-awak semua...

Jaga diri, jaga solat...
Sekian, wassalam...

Norzayani Binti Norhamshah
4.37 PM
15 Mei 2014 / 15 Rejab 1435H

p/s : mohon kalian, jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara kita terutamanya yang berada di Palestin, Syria, Mesir. (juga untuk umat Islam di seluruh dunia.)

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...