![]() |
| tengah best baca, tetiba ada m/s yg koyak. koyak sikitlah hati saya. heee. |
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Thursday, February 5, 2015
Asam Pedas Untuk Dia...
Tuesday, May 6, 2014
Cukup Derita Itu...
![]() |
| :) |
![]() |
| aku belanja sinopsisnya secoet~ |
(Hurm tapi sebenarnya, hidup kita ni memang kurang berseri kalau tiada dugaan. Percayalah, dugaan itu membuatkan awak menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang, asalkan awak bergantung kepada Allah. Awak akan tenang je walau awak diuji...)
![]() |
| mengade nak edit gini...hehehe~ |
![]() |
| dah habis. finish... :) happy kan? |
Assalamualaikum w.b.t...
Saturday, June 1, 2013
Kalaulah Aku Tahu
Assalamualaikum...
Sedar tak sedar bulan mei sudah melabuhkan tirainya...
Bulan jun pulak ambil alih...setengah tahun dah ni...
Dan sepanjang 5 bulan yang lepas, aku kira terlalu banyak benda yang berlaku yang lebih mengajar aku supaya jadik lebih kuat,tabah,gembira,bahagia dan mcm2 lagi...yang suka dan duka... (:
Awal tahun ni, ALLAH menguji aku dengan pemergian seorang makcik yang teramat aku sayangi...rasa macam susah nak percaya arwah acik Zila dah pergi tinggalkan kami...dan ohhh bukan untuk menidakkan takdir,cumanya dalam hati ni aku masih terasa dengan kehadirannya...sangat dekat dalam hati...al-fatihah...
Bulan mac lepas, dengan izin Allah,dapat lagi seorang anak buah baru,dia sangat comel! Heha semua baby pun comel kan?
Izz Zhufira Aisyah binti Azarul Nizam sedang membesar menjadi seorang baby yang sangat peramah...aiyooo suka gila dia bila dapat berborak...hihihi...mulut tak berenti nak borak...mak bapak dia selalu bahan aku cakap aku punye mulut tak reti diam...eleyh choiii...
Oke kite tutup crita aku...
Sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain...melalut betul mukadimah aku ni...sorry la eh sesape yang ada baca entri ni eh...
Seperti biasa lah,tajuk entri tu adalah tajuk sebuah novel...novel kak AYU EMELDA...which is novel beliau sebelum ni adalah Lagu Rindu,Cinta Kepala Batu,Benci Benci Benci, dan adalah beberapa lagi yang aku kurang pasti tajuknya...takut nanti tersalah tulis...
Oryte. KALAULAH AKU TAHU ialah novel terbaru kak Ayu...aku beli hari Khamis hari tu dekat Shah Alam Convention Centre...kenapa di sana? Kerana di sana sedang ada Pesta Buku Selangor...silah pergi ye korang...last day hari Isnin ni... (:
Semalam aku dah habis menelaah novel ni...aduiduiiii...bijak sungguh kak Ayu memanipulasikan watak dan perasaan aku masa baca cerita tu...
Oke sebelum ini sudah semestinya kita di sogokkan dengan hero atau heroin yang sangat sangat baik...
Tapi dalam cerita ni,gila aku geram dengan heroinnya...pada aku sememangnya watak Keyra ni adalah seorang yang sangat pentingkan diri...emo gila masa aku baca cerita ni semalam...geram dengan Keyra,sakit hati dengan Hardy, dan lah kesian dengan Imran...dududu...
Pada aku Keyra ni walaupun umur dah banyak,tapi jelas pemikirannya belum matang...sungguhlah ALLAH itu maha Mengetahui, dalam cerita ni aku kira jelas membuktikan sungguhlah amat adil apabila Allah memberikan kuasa talak itu pada kaum Adam...sebab memang kaum Hawa suka membuat keputusan terburu-buru dan seringkali bertindak mengikut emosi di susuli dengan kata hati...kerana kaum hawa terlalu percaya dengan kata hati mereka...tapi terkadang bukan semua kata hati itu benar dan tepat...
Kalau aku jadi mak bapak Keyra,mesti aku dah marah gila dengan anak aku ni...ye betullah bukan Keyra yang mintak untuk hilang ingatan,tapi patutnya Keyra kena fikir mana baik mana buruk...tahu hati mencintai,tapi aku tak suka bila dia dah pegang status isteri dan masih mengejar bekas suaminya...siap boleh berdating! Apeni,kesian kut kat Imran...
Eh emo sangat aku ni...oke kalau korang nak tau,sinopsis cerita ni adalah begini,
Keyra ni baru lepas accident,koma dalam setahun lebih...bila dah sedar,dia hilang ingatan...maknanya ingatan dia setakat 6 tahun sebelumnya...dia tak ingat yang dia pernah kahwin dengan Hardy,semua tentang suami dia,dia lupa habis...satu pun tak tinggal kenangan tu...
Then,dalam masa yang sama, Imran,kawan kepada along Keyra rajin datang jenguk Keyra,ambil berat pasal Keyra,tolong Keyra macam2 la...memang kiranya Keyra ni dah tak mampu nak cintakan semula Hardy...
Akhirnya mak saudara yang membela si Hardy ni dari kecik,mintak supaya Keyra lepaskan Hardy...kiranya yakinkan Keyra suruh bercerai dengan Hardy la..memula Hardy memang tak setuju,at last kata putus Hardy dengan Keyra ialah diorang akan ambil sedikit waktu untuk beri peluang pada Keyra jatuh cinta sekali lagi pada Hardy...ohhh tapi tak berjaya...diorang pun berpisah jugakkk...
Masa dah baca part diorang bercerai gak akhirnya tu,aku da rasa something la...buat andaian sendiri...mungkin diorang akan rujuk semula...
Aku baca,sambung baca lagi...
Imran yang sememangnya dari dulu sukakan Keyra buat keputusan melamar...huaaaaa...spekulasi aku dah ke laut da...sebab aku rasa memang Imran tu baik gila...tapi tak sangka pulak yang dia akan melamar Keyra...satu family Keyra setuju...setuju habis! Sebab masing-masing memang berkenan dengan Imran...dan kalau korang nak tau,masa Keyra nak kahwin dengan Hardy dulu,ayah Keyra kurang setuju...tapi dah anak suka...di turutkan saja kehendak anak itu...
Dan Keyra setuju nak menikah dengan Imran...yang paling sedih masa lepas nikah dengan Imran,Keyra pengsan...bila dah sedar, eh eh Keyra dah ingat siapa Hardy dalam hidup dia...Keyra ni tersangat2lah cintakan Hardy...
Ohhh kecewa Imran tak terkata...keluarga apatah lagi...kesian Imran...Keyra pulak boleh carik balik bekas laki dia,kata dia dah ingat semula...
Aku rasa nak nangis je bagi pihak Imran...sedih tau...Dia sayang,tapi isteri yang baru dikahwini pulak masih cintakan bekas suami...eh tapi Keyra ni agak tamak gak la,sebab dalam masa yang sama,dia cintakan Imran jugak...hagak2 la Keyra woiii...aku 'baraahhh' niii...
Tapikan lepas dah tahu yang Keyra ni cari Hardy balik,alongnya kemain marah lagi,siap merajuk lagi dengan Keyra...yelah Imran dah la kawan baik dia,adik buat gitu...tragis sungguh!
Lama-lama baca aku makin sakit jiwa,tambah berat bila tahu Hardy dah kahwin dengan sepupu dia,Natrah...tapi si Hardy ni bijak,katanya terpaksa kahwin dengan Natrah,dan tak pernah sentuh Natrah langsung! Kbaiii,lelaki tak sentuh langsung isteri walaupun dah kahwin...baik gilerrr Hardy!
Keyra memula dapat tahu Hardy dah kahwin,dia marah...tapi terpujuk balik...pergi balik kat Hardy...kesian Imran...isterinya macam main tarik tali pulak...kalau aku kawan si Keyra ni,memang aku dah ketuk kepala dia...geram!
Ahem,tapi tak lama pun Hardy ni baik dengan Keyra,sebab Keyra dah start rasa bersalah yang amat dengan Imran,kena pulak dengan Memey,kawan baik dia,yang terang2 tak puas hati dengan Keyra...
Tak lama pastu,si Natrah pulak serang Keyra,cakap jangan ganggu suami dia lagi dah...lepas tu rahsia demi rahsia terkeluar...begini dan begitu...tak sangka...Keyra tergamam bila Natrah kata dia tengah pregnant! Yeayyy Hardy,kau baik sangat sebab tak sentuh Natrah...uhhh toksah menipu boleh tak Hardy! Aku barahhh ni... Haha emo lebeyyyy!
Oke pendek kata,jalan cerita novel ni best...rahsia apekah itu? Mohon korang support lah novel kak Ayu ni...beli eh...
Rahsia tu pun memang buat aku geram...rasa nak tumbuk je Hardy dengan Natrah tu sampai masuk Hospital Sg.Buloh...hihihi...
Eh tapi korang jangan risau...novel ni happy ending...hahaha...giler kalau novel tak happy ending...aku jual blk novel tu kat orang lain...
Tapi nak ke happy ending tu,agak susah gak la...sebab nanti Imran akan tinggalkan Keyra...sob sob...sedihhh...time tu baru Keyra sedar yang dia amat memerlukan Imran...dan dia sangat rindukan Imran...cewahhhh ayat aku petang2 ni agak kejiwangan...eeeiii...haha...
Ouh oryte la korang...sila dapatkan novel ni eh...aku promote ni...aku promote...yeayyy...
Erk tapi dalam bebanyak karya kak Ayu Emelda ni,aku paling suka Mahar Setulus Hati...hihihi...Jangan Merajuk Sayang (eh salah,tajuknya Sayangku Merajuk) pun best gak...hehe banyak la kau merepek yani...eh versi edit ni,terlupa lagi satu novel kak AE yang paling tak jemu aku baca ialah Kasih Dania...dok la ulang2...(edit semula -16:57PM) --- banyak makan semut kot aku sampai lupa tajuk novel tu...hukhuk...)
Eh ok la...aku nak g menolong ayah aku mengecat rumah ni...ohoiiii baiknya aku...haha...ye,takde sape kat rumah ni...ada aku ibu ngan ayah je...takkan nak bagi ayah buat sensorang ataupun mintak ibu tolong...ye dak...sahih ibu memang tahu aku suka mengecat...
Terima kasih daun keladi baca entri ni,
Eesok ada entri baru bacalah lagi...
Maaf kalau ada silap dan salah sepanjang aku taip entri ni...
Maaf kalau buang masa korang...
Take care eh korang...
Jaga Iman,jaga solat...
Wasalam...
Anything about you_Niyaz Arumi
1 June 2013
14.53 PM
Saranghae...
Friday, May 24, 2013
Playboy Itu Suami Aku
Chayok chayok!
Oke korang,terima kasih baca entri ni...
Salah silap dalam tulisan aku di entri ni,aku mintak maaf k...
May Allah bless us...take care... Wassalam...selamat cuti semua!
Love,
Anything About You_Niyaz Arumi
24Mei2013 / 14Rejab1434H
8.34AM
Saranghae...
Saturday, May 18, 2013
Risalah Hati Raja Sehari
~ Dimulakan dengan Bismillah...disudahi dengan Alhamdulillah...
Dugaan di pagi hari betul bila ada sedikit problem nak attach gambar untuk entri ni...haiyooo sabar yani eh!
Beberapa minit kemudian baru boleh...eceh yani,skemanya ayat kau... Hehe...memang sengaja...tiadalah salahnya jika menggunakan ayat yang begini...tak gitu adik2? (:
Sungguhlah mengambil masa nak membuat entri baru ni...satu je lah sikap buruk aku ni,suka sangat tangguh nak buat sesuatu benda...[eh tapi bukanlah semua perkara...sebahagian sahaja...]
Oke,stop celoteh meloteh mengkarut di pagi hari yang menawan ni...
Tajuk entri akak suka sangat!
Oke kalau korang nak tau, buku ini akak tangkap semasa akak pergi berjalan-jalan di PBAKL'13 hari tu...
Dan ini dia.....dalam banyak2 buku yang akakk beli, inilah dia buku pertama yang akak baca (ops,tapi terberhenti sekejap) dan semalam baru akak habiskan baca...
Ia adalah Novel Fiqh Kontemporari karya Ustazah Fatimah Syarha yang sangat aku hormati dan sayangi...
Novel ini bukanlah seperti novel-novel cinta kat luar sana itu... Ini adalah satu novel yang terlalu banyak manfaat untuk di kongsi bersama...
Ceritanya adalah berkisah tentang perjalanan persiapan urusan penikahan dan majlis walimah Qani'ah Syumaila dengan Dr. As Solihul Muslih.
Sarat dengan hadis yang berkait rapat dengan kisah wanita dan perkahwinan. Aku rasa setiap muslim dalam Malaysia ini mesti ada satu novel ini. [Kerana apa aku 'mesti' kan? Kerana info di dalamnya menjadikan novel ini 'high class'! Dan ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk kita semua, tak kiralah awak lelaki ke,awak wanita ke,awak seorang ibu waima seorang ayah sekalipun.Dan tak kira tua atau muda,anda digalakkan membacan novel ini,juga tak kira harta dan pangkat. Dijemput beramai-ramai membaca ya?]
Permulaan penceritaan garapan novel ini berkisahkan bagaimana Qani'ah menghadapi pelbagai ujian kecil sebelum majlis pernikahannya.
Tentang bagaimana lembut dan tenangnya apabila Qani'ah menghadapi dan berjaya menangani beberapa soalan daripada masyarakat sekeliling tentang hukum hakam sebelum majlis pernikahannya. Tenang,lembut dan bersahaja apabila menghadapi sinisnya Tok Siak yang mempertikaikan suara kawan baik Qani'ah, Syifa ketika memberi ucapan.
Bagaimana tenangnya Qani'ah menyatakan pendapat mengenai Tabarruj apabila Zahira mempersoalkan tentang baju pernikahannya. Apabila dengan tenangnya Qani'ah mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan hadis yang dipelajarinya terhadap permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh wanita yang sedang uzur untuk masuk ke dalam masjid.
"Berbeza pandangan? Biasalah tu... Dunia Fiqih memang macam ni. Ada banyak pendapat."
"Tak boleh ke fatwa Fiqih dalam dunia ni disatukan menjadi satu pendapat sahaja? Baru kita lebih bersatu."
"Sampai kiamat pun ia takkan berlaku. Lumrah manusia yang akalnya berbeza, cara pandangnya juga tak akan sama. Syukuri persamaan, usah mengutuk perbezaan. Semuanya insya Allah dalam daerah pahala."
Itu adalah beberapa dialog di antara Qani'ah dengan sahabatnya Zahira. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang aku kira menarik. Sangat tertarik!
Dan aku kira lebih baik kalau korang dapatkannya sebagai koleksi buku kesayangan korang. Novelnya nipis saja,hanya ada 154 halaman dengan harga yang berpatutan iaitu RM 17. Aku dapat murah sikit sebab beli kat PBAKL hari tu...Hehehe jadi memang sangat istimewa. Aku sayang buku ini kuat2!!!
Dan kepada adik-adik,kakak-kakak,para remaja atau dewasa semua,bolehlah mendapatkan novel terbaru karya Ustazah comel kita ni eh... Tak rugi pun beli. Ahem dan tak sabar pulak akak nak tunggu sambungan Novel Fiqh ni. :)
Aha dan satu lagi daya penarik novel fiqh ini adalah muka di atas setiap helaiannya,serius comel ok! Serius akakk tak tipu korang semua. Ehe,cakap banyak pun tak guna kan, ni akakk dah ambil gambaq sebagai bukti comel novel ni untuk tatapan adik-adik akakk yang tersayang ni. Jemput tengok eh, eh, eh? [ye,akak tau dik,susunan gambar ni agak berterabur...hehe tapi layan je la eh kan]
Oryte buat semua yang sudi membaca entri ini, terima kasih. Semoga Allah akan senantiasa merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat.
Akhir kata, mohon persiapkan dirimu menghadapi Ramadhan yang kurang dari 60hari dari sekarang. (akak taip ini pun sekadar mengingatkan diri akakk juga...bukanlah akak nak berlagas bagus. Mohon husnuzon ye adik-adik kak Ton eh... Hehe...
Dan, jaga iman jaga solat.Semoga bermanfaat entri kali ini... ('',)
Ikhlas,
Anything About You_Niyaz Arumi
11.41 a.m
18 Mei 2013 / 8 Rejab 1434H
Saranghae
Monday, April 8, 2013
Superbike Itu Cinta
Ehehe entri di malam hari....(eh malam ke pagi ni? gasak r,ape2 pun boleh...)
Ahem,teruja nak taip entri baru...
Dengan titlenye pula...haih3...
Memang unik sangat ni...
Kalau korang nak tau,title ni adalah tajuk novel semata-mata...
Takdak kena mengkena dengan aku yang terjatuh cinta dengan pemilik superbike ataupun yang sewaktu dengannya...
Hehe...best la tajuk novel...
Ini gara2 kak Bikash Nur Idris la ni...
Beliau post dalam fb novel ni...
Aku tengok tajuk da teruja...
Nak dijadikan cerita lepas balik dari kenduri kawin kat crocodile river,kami singgah tesco rawang...
Bhaiiiiii,apehal ada kedai buku ni?
Serius aku sangat pantang...pantang tengok kedai buku...Kedai buku Smart eh namenye adik-adik...
Al kisahnya memanglah tiada niat langsung nak membeli novel...
Tetapi jumpa pulak novel Superbike Itu Cinta...
Aku pun belek la sinopsis...
Best best best...
Haha hakikatnya aku belun baca lagi...
Jejadinya tak tau lagi best tahap berapa bintang...
Oke nama penulis ialah Nia Qurratu'aini...(Maaf eh penulis,kalau sy salah eje)
Entri sesaja nak promote sebab cover novel ni chantekkk...
Dirimu buatku tertarikkkk...ewahhh...
Di sebabkan aku kekangan masa utk membaca,nanti la tetakut korang nak tunggu review novel ni (ohoiii yani,bebajet ade orang bace blog ni ke wei?)
Hehe oke tak tak...pada yang baca sepenuhnya lah kan...
Tengok gmbar cover novel and novel je la eh...
G pun bateri fon aku da nak abes ni...
Selamat mencari masa nak membaca untuk aku...
Selamat membaca untuk korang...(yang dah ada)
Selamat mencari untuk korang...(yang tak ada lagi)
Oke korang take care...
Terima kasih baca entri ni...
Wasalam...
A lot of love,
Niyaz Arumi_Anything About You
1.21AM
8 April 2013
Monday, April 1, 2013
Bila April - Welcome Sayang!
Ehe korang,tak sangka dah masuk bulan April kan...
The one of bulan yang memang aku suka tunggu dalam setiap tahun...
Kategori bulan fevrito de licious la ni...
Mana lah tak nya,ehhh alamak tiba-tiba hilang idea pulak...haihhh apa kau merepek ni bhai? cheiiitt!
Hokey,dah dapat balik idea,eh kejap lari kejap datang pulak...ahem mana lah tak nya,kebanyakan april yang selalu aku tempuh ni majoriti adalah sangat best,terutama apabila sudah mengenali si pencinta hati,semangat jiwa yang selalu ada dengan aku since 2003...
Well well well,terus terang,kawan aku memang tak ramai,dan ohhh lupa pulak nak memperkenalkan si pencinta hati...
Ehee seharusnya ialah my lovey dovey novels...
Itulah 'dia' 'kawan' aku yang sangat awesome sejak aku mula kenal since 2003...
Dan aha,first love aku itu ialah novel "Ombak Rindu",kitorang berjumpa (dating kengkonon) kat Summit Usj... Time tu aku baru form 3 bhai...ahaks!
Menggatal gila,kekecik da baca novel...Eh tapi takpe,sebab dengan membaca novel tu la subjek BM masa SPM dolu aku dapat A...(dan yeks paling tak tak nak sangka Sejarah pun...) oho ter *throwback* pula...hihi...
Oke sambung...
Bila april tiba hati mula berkata bertahun lamanya perkenalan kita...
Ku tanya padamu, kenapa teruk sangat penangan dirimu...? Terhadap diriku...
Di april yang ini,ku ajar hatiku,sabarlah menanti,tak kan lama lagi...
Pesta Buku Antarabangsa...
Duitku pun tak sesabarnya nak dermakan diri dekat penerbit feverito...
Ahaaa sudah yani,kau tak usah nak kerepek bagai...
Oke,usually,Pesta Buku Antarabangsa akan diadakan hujung bulan april sampai awal bulan mei...
Seharusnyalah lokasi tak pernah berubah iaitulah di PWTC (kriukk kriukk! bhaii weh perut aku berbunyi pulak tetibe,laparnya...T.T) *out of topic* je selalu...tetibe...
Sorry lah ye adik2 sayang,akak korang ni memang begini,dia dah mengantuk,tapi tak boleh tidur di sebabkan masalah kesihatan...silalah bersabar kerana akak tengah gelong...
Ahem seperti tahun-tahun sebelum ini,asal bulan april je,aku dah list down novel apa yang nak dibeli...kueng kueng kueng...pemantapan bajet sebelum membeli itu wajib,nanti duit keluar seperti air...
April tahun ni yang aku tak sesabar sangat (insya Allah kalau panjang umur) ialah menanti untuk memeluk naskah,baby kak Suri Ryana yang ketiga iaitu PISA...pisa? Apa tu? Eheeehe,penggemar novel mesti tau,pisa itu tajuk novel terbaru karya kak Suri yang teramat saya sayang!
Playboy Itu Suami Aku...
Hihi damn excited!
Heharap sangat tahun ni dapat jumpa kak Suri,selalu borak2 bersayang2 dlm FB ngan Instagram je...
Kalau dapat jumpa f2f lagi mantop bhai!
Kak Suri tu comel gila! Ditambah dengan bakat menulis yang memang aku suka bangat campur darab darab pengolahan cerita yang dia terjemahkan,pergh memang aku takleh tinggal lah beli novel kak Suri ni...
Disamping yang membuatkan aku suka dan sayang gila adalah kerana sifatnya yang sangat baik dengan semua pembaca peminat novel dia...
Yang tu aku tengok dari segi dia layan setiap soalan dan kerenah peminat2 dia kat FB...
Setiap komen korang tu,mesti dia akan mention korang semula...tak ada yang dia tak reply lah...
Ouh kak Suri Ryana,naye sarang high high! (ala tak dapat nak link2 sebab aku tak reti sebab ini entri aku update pakai fon jeh)
Aha oke,actually bukanlah novel kak Suri je yang akan keluar soon,banyak lagi,cecontoh macam novel kak Siti Rosmizah,kak Mimie Afinie, dan sebagainya,alahai tak dapat nak mention,sebab banyak sangat...
Noveli (hachummm! alhamdulillah,eh sorry terbersin plak..huhu...selsema nak nanges ni)
Novelis dalam malaysia ni kebanyakannya berbakat,kalau ada yang tak berbakat tu,kan ke boleh digilap lagi...
Buktinya sekarang penerbit drama dengam filem semua nak buat adaptasi novel...
Serius dah banyak gila!
Kebanyakannya drama adaptasi novel tu aku tak berapa puas hati,jalan cerita terkadang lari langsung dari dalam novel...
Huhu...
Weh eh tak nak la type mype cenggini,aku dah banyak lari dari topik sebenar ni... Hihi...
Hoke2 aku tersangatlah berharap bulan April ni akan sangat 'NICE' pada aku seperti tahun tahun sebelum ni...
Bilaaa bila april aku menantimu...
Aku menantimu,dan bila april,bila april dapatku pastikan,cintaku ini...lalalala...sesaje lah aku nak nyanyi kot2 ke ujan kejap lagi...hihi...
Sebagaimana aku harap April ni NICE untuk aku,aku harap april ni jugak NICE sangat untuk korang semua k...*eh tercabut plak tisu kat hidung,haha hobi bila selsema,letak tisu kat hidung*
Eh korang jaga kesihatan tau,sekarang ni aku rasa musim orang tak sihat kot,batuk ada selsema ada demam ada...
Penyakit ni senang je nak datang,tapi mohon bersabar lah eh,sebab sakit tu semua penghapus dosa2 kecil kita...
Kalau ada yang smoke tu,mohon smoke la berpada2 ye,kena sayang gak organ dalaman yang memang kita tak akan nampak tu...
Dapat berhenti lagi ok kan wahai perokok2 tegar yang handsome kat Malaysia ni...be nice to yourself k...?
Dan kalau ada yang kaki drunk tu pun,mohonlah berenti,bertaubat sebelum terlambat,selagi pintu taubat masih terbuka,ini bukan tentang menyibuk jaga tepi seluar orang or tak 'world'...bukan tentang itu,ini tentang Allah sayang kita,dalam selalu kita lalai,setiap hari bangun dari tidur itu bukan ke satu nikmat yang kita tak nampak?
Jangan sampai bila Dia dah tarik nikmat yang satu tu baru kita nak menyesal...
Time tu malaikat dah assalamualaikum dan hi hi kat kita tunggu dalam kubur...
Hidup ini bukanlah terlalu panjang untuk kita bazirkan...
Dan bukan terlalu pendek sampai kita terlupa...
Hidup ini penuh matlamat yang perlu kita kumpul untuk kehidupan akhirat sana...
Mudah-mudahahan kita akan sentiasa ber istiqamah dengan amal.kebaikan kita...
Jangan pernah putus doa k...
Ahemmm oke lah...
Pukul 3 sudah...
Akak dah tak larat sangat ni...hekon plak kuat,adui...sejuk tapi panas,camne tah rase tu...huhu...
Dan memandangkan ini hari 1 April,korang tak payah nak fool2 kan orang or kawan2...
Aku cukup benci dengan April Fool ni!
Budaya luar yang macam tu tak bagus,nak have fun,joke dengan kawan2 boleh,tapi jangan smpai menipu bagai eh...aih pesanan khidmat masyarakat yang tak berbayar...
Oke korang,ini betul punya last...erkk?
So take care eh,"april,please be nice to us sayang" (i heart u alot!)
Korang take care,aku take care,hehe...
Jaga iman,jaga solat...
Terima kasih baca entri ni...
Wassalam...
Naye sarang high high,
Niyaz Arumi
1 April 2013
3:08 AM
*psttt,happy birthday untuk semua yang menyambut hari ulangtahun kelahiran hari ni ye...may Allah bless...
*picture with my sayang! harap dpat pegi pesta buku dengan dia nanti,sebab kami giler novel dan sebab kami takde pakwe lagi...yeayyy! Jadinya kami boleh sesuka hati nak dating tanpa batasan! Haha... (",)
Thursday, February 28, 2013
Meh,Sandar Pada Aku!
Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Selamat hari khamis...
Amacam hari ni pagi ni?Ada baik kah adik manis?
Kalau tak sihat,moga cepat sehat,kalau moody,lakukanlah sesuatu yang boleh menaikkan tahap kegembiraan korg...haha...(taip gelak,tapi muke serius toye...nympah kau yani!)
Oke short entri untuk hari ni...
Memandangkan hari ni last aku keje,sbelum aku 'bercuti' panjang kerana sesuatu yang tak dapat dielakkan...
Jadinya malam tadi aku tido lambat...sob sob...da banyak hari tak cukup tido...
Ngantok bhai...
Semalam tido lambat sebab 'mengsiapkan' goodies untuk kakak2 kat opis ni...alhamdulillah 3.30pagi tadi dapat jugak aku tido...
Walau kejap,tapi bermakna...tido tu kenapa best eh? (soalan poyo sgt!ngeh3)
Oke oke oke,memandangkan diri tak cukup tidur,jadi aku pergi kerja dengan mood yang sangat goyang...
Oleh kerana moody dan sangat mengantuk,dan menyerlahkan muke asam kelubi (erkkk asam kelubi tu masam tak hagak,takot aku nak makan lagi...bhaha...*eh xde kene mengena!cut!)
Straight to the point la,semalam aku baru beli sebuah novel bertajuk "Meh,Sandar Pada Aku!" karya penulis berbakat Cik Puan Aifa Batrisya...
Cover novel ni aku suka!
Baca sinopsis kat belakang,aku teruja rasa nak melompat cam monyet! (baru rasa ye,belum buat lagi...lalala...)
Kalau sebelum ni korang penah baca novel "Kahwin Ganti" terbitan KaryaSeni,maka novel "Meh,Sandar Pada Aku!" 'baby kedua' penulis Aifa Batrisya...
Tahun lepas nak cari novel "Kahwin Ganti" punyalah payah...asyik habis stok je...
Novel ni pula,alhamdulillah,semalam memang rezeki aku la kan...satu2nya yang tinggal...grab terus! Tak kasik can orang lain sapu...
Ouh terima kasih kedai buku 'BookWorm' (Saujana Utama)...aku ingat kedai buku ni lopek,sekali ada novel,melompat aku semalam depan rak novel tu...*syhhh jangan bgtau orang*
Punyalah pung pang aku becerita keasyikan beli novel ni,muehehe tak sempat baca pun lagi...tapi aku YAKIN cerita ni best...
Aku tak kesah la orang lain nak kutuk novel melayu kata jalan cerita asyik sama je,yang penting aku suka...sebab aku memang suka membaca,jadi tak kisahlah kalau penulis2 novel dalam Malaysia ni nak hidangkan jalan cerita yang sama...
Jalan cerita sama,tak semestinya cara pengolahannya sama...kan kan kan?
Aha,oke da nak tengah hari kot,bz hari ni,menaip bila ada waktu free jap je...muehehe...
Nantilah bila aku dah baca novel ni,aku wat review psl novel ni oke adik2?
Meh,Sandar Pada Aku! wahaiiiiiii tak sesabarnya nak baca...
oke,terima kasih baca entri ni...
Korang jaga diri bebaik k...
Doakan aku berjaya dunia akhirat eh... (eh tetibe plak)
Ikhlas,
Niyaz Arumi
28 Februari 2013
11.54AM
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...
-
Cukup...cukup sudah... Cukup sampai di sini saja... Cecewah Yani, bernyanyi bagai... (Haipp mana ada aku nyanyi, itu cedok lirik l...









