Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru kejap je publish tadi ni ha. Kuikuikui.
Mengada kan?!
Oke straight to the point la. DIET ATKINS - PART 1 , aku lebih bercerita tentang bagaimana permulaan diet aku.
Kita sambung ceghita dari part 1 okeh?
Macam mana aku tahu tentang diet atkins ni adalah dari blogger Cik Puan inaachik.blogspot.com .
Memandangkan aku follow blog "Kakiku Suka Berjalan", satu hari tu aku ada ternampak entri beliau. Tertarik pula nak membaca. So, aku klik entri tu. Baca dan baca. Hurm, timbul minat nak try.
Aku tak kira. Aku nekad. Aku nak cuba diet ni. Selepas aku usha beberapa blog yang menerangkan tentang diet atkins ni. Lagi lah aku bersemangat. Aku ingat lagi. Masa aku baca info tentang diet ni. Aku tengah puasa. Tarikhnya ialah 31 Oktober 2013.
Agak kagum jugaklah tengok pencapaian orang yang mengamalkan diet ni. Tapi aku waktu permulaan dulu agak poyo. Sebab aku sekadar nak cuba-cuba saja. Kononnya macam tak mau percaya lah diet ni memang boleh turunkan berat dengan 'laju'. Niat aku, saja ingin mencuba nasib. Saja nak try. Betoi ke idak diet ni. Macam tak percaya je. Macam susah percaya je. Macam mengada je aku guna ayat ni!
Oke korang tolong klik SINI untuk lebih mengetahui tentang diet atkins ni. Sebab orang itu ialah OTAI ATKINERS! Beliau sangat berdisiplin ketika mengamalkan diet ni. Aku ni agak hampeh. Tapi hampeh-hampeh aku, tak lah aku pernah cheating! Eh yeke tak pernah cheating? Hurmm takpe. Kita fikir lain kali.
Macam mana yang pernah aku beritahu dekat DA Part 1, diet atkins ni ada 4 fasa yang korang kena lalui. Fasa 1 ialah induction. Fasa ini ialah fasa yang terpenting sekali. Macam aku pernah beritahu, untuk amalkan diet ni, korang kena rajin membaca. Google apa saja info tentang diet ni supaya korang boleh berjaya menurunkan berat badan. Please join group INI kalau korang betul-betul nak turunkan berat badan. Dalam group tu ada banyak sangat info dari senior Atkiners. Dan lagi korang MESTI baca file ni sampai habis .
Tolong ye. Supaya korang berdiet, bukanlah zero. Supaya korang mengikuti diet ini dengan ilmu. Tak adalah nanti korang tersalah makan, then terambil makanan yang korang tak boleh makan semasa fasa induction.
Tolong ye. Supaya korang berdiet, bukanlah zero. Supaya korang mengikuti diet ini dengan ilmu. Tak adalah nanti korang tersalah makan, then terambil makanan yang korang tak boleh makan semasa fasa induction.
Sejujurnya aku katakan, fasa induction ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tak kuat, memang selalunya diet korang akan kecundang di tengah jalan. Yang aku belajar melalui diet ni, hati kena BERTABAH!
*** Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Apabila korang dah nekad nak ikut jugak diet ni. Korang kena ikut rules diet ni. Yang mana korang :
Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
- Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
- Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
- Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
- Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
- Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
- Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
- Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
- Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
- Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
- SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
- Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
- Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
- Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
- Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
Dah baca? Agak-agak tabah tak hati tu nak meninggalkan nasi, mee, roti, sos, kicap dan sebagainya?
Tabah? Kuat? Bagus!
Kita tengok pulak apa yang korang boleh makan bila amalkan diet ni.
Boleh Makan:
- Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
- Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
- Ikan, Udang, Ketam - (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
- Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
- Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
- Rumpai laut.
- Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
- Minyak masak, olive oil & sebagainya.
- Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
- Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Orait, ini semua adalah menu yang korang boleh makan. Korang boleh makan semua makanan ni. Kecuali karbohidrat yang tinggi-tinggi sangat tu. Itu pun kalau betul korang nak turunkan berat. Aku tak paksa. Cuma aku beri laluan untuk memudahkan korang dalam urusan berdiet. Dapat?
Ini syarat semasa berinduction. Tolonglah ikut kalau korang serius nak turunkan berat.
Syarat-syarat Induction:
- Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda. (Penting)
- Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
- Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
- Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
- Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
- Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
- Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
- Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
- Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)
Oke ya, ini semua perkara terpenting semasa mengikuti dan mengamalkan diet ni.
Ia adalah sebahagian tentang fasa induction. Korang jangan sempitkan pemikiran, "eh apa ni? semua tak boleh?" "takkan nasi sikit pun tak boleh?" (erkk kalau nak makan nasi bukan waktu induction Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi jangan ikut Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi, boleh ikut diet rendah kalori. Dan korang boleh google untuk dapatkan info tentang itu.)
Korang boleh jadi seorang yang "HAPPY ATKINERS" apabila korang tak terlalu stress untuk menurunkan berat. Korang ikut saja flow. Kalau tak turun berat banyak sangat dalam seminggu, korang boleh ukur lilit badan korang. Mesti ada yang kurang! Bila berdiet ni, bukan ia hanya tertumpu pada penurunan berat korang, tapi apa yang korang rasakan. Sebagai contoh, kalau korang timbang, dan berat korang nampak macam tak turun banyak, tapi dalam masa yang sama korang ada try baju lama korang yang kecik sikit tu, bila sudah try, dan ternyata korang boleh pakai balik baju tu. Itu tandanya diet itu sedang 'berjalan'. Korang jangan risau. Kalau korang stress, berat pun susah nak turun. Serius!
Aku suggest, tolonglah buat "clean diet" kalau korang nak turunkan berat dengan cepat. Jangat nak cheating sangat. Boleh? Mesti boleh! Orang lain boleh, takkan kita tak boleh?
Kena selalu ingat. Diet ni bukan magic. Bila korang amalkan seminggu, then korang terus jadi kurus. Tak! Bukan! Korang akan melalui selama beberapa bulan. Dan setiap hari yang korang lalui itu pasti ada pengalaman yang tersendiri.
Aku start buat diet ni dengan hati yang suka-suka untuk menurunkan berat, sekadar cuba-cuba ialah pada 1 November 2013. Yang mana berat aku yang terakhir kali aku timbang ialah 68kg. Berat kan wehhhh? Baju tak payah cakaplah. Semua saiz L ke XL je. Baju peplum yang pernah aku beli awal tahun tu tak tahu la tahun bila boleh muat! Haha.
Dan untuk pengetahuan korang, aku masih dalam fasa Induction. Untuk melangkah ke fasa ke dua, aku perlu turunkan sehingga 4 kilo sebelum ke berat ideal. Contohnya berat ideal mengikut BMI aku ialah 51kg. Jadinya bila berat aku sudah capai 55kg. Baru aku boleh pergi ke fasa 2. Itu melalui pembacaan aku lah.
Oke, semasa diet atkins ini jugak, korang akan mengalami berat yang statik.
Contohnya berat korang tak naik dan tak turun. Yang ini aku tak berani nak share sebab aku belum masuk fasa ini. Jadi korang boleh google ataupun tanya pada senior dalam group KELAB DIET ATKINS yang ada kat FB korang tu.
Contohnya berat korang tak naik dan tak turun. Yang ini aku tak berani nak share sebab aku belum masuk fasa ini. Jadi korang boleh google ataupun tanya pada senior dalam group KELAB DIET ATKINS yang ada kat FB korang tu.
Perkara paling mencabar semasa aku amalkan diet ini sudah semestinya ialah untuk mengawal nafsu makan. Kau gila ingat mudah aku nak tahan tengok orang makan KFC, DOMINOS, KEK SECRET RECIPE, NASI GORENG, ROTI CANAI, BISKUT, SUSU, SOS, KICAP, POPIA BASAH, BUAH-BUAHAN semua tu. Tak lah korang. Tak mudah untuk aku tahan. Susah. Rasa nak menangis tau! Gila semua makanan kegemaran aku tak boleh nak di makan. Sob. Sob. Susu dengan oats yang aku selalu minum tu pun aku tak boleh minum. Sedih bhaiii!
Tieheee, tapi nak diet punya pasal. Wa buat tak endah je la. Hati kena jadi tabah. Telinga kena jadi telinga kuali, telinga sudip, telinga periuk, telinga besi dan sebagainya. Heehe.
Korang nak tau kenapa? Sebab orang sekeliling korang akan cakap "huyooooo, nak dietttt...huyooo.."," alahhhh makanlah sikit ni, tak jejaskan pun diet awak tu", "alaaa dah lama diet, tak kurus pun, sama jek". Tolong, tolong ,tolonglah tahan dengan ayat-ayat begini.
Perlian sebegini selalunya adalah kerana lumrah masyarakat di Malaysia, perkataan DIET itu hanya untuk di sindir-sindirkan. Bila sudah berjaya, baru mereka diam. Untuk buat mereka diam, kita kena berusaha sampai berjaya walau ambil masa yang agak lama. Kan aku dah kata, diet ni bukan magic. Kau diet minggu ni, minggu depan kau fikir kau dah kurus? TIDAK SAMA SEKALI ya!
Meh aku share lagi.
Minggu pertama aku buat atkins ni berat aku turun dalam 2.8 kg sahaja. Tak banyak pun. Sebab ada orang turun sampai 5 kg tau dalam seminggu. Tapi aku tetap bersyukur. Okelah dari takde. So, bersemangat nak turunkan lagi berat. Chayok Yani! Kau boleh!
Minggu kedua, kalau tak silap turun dalam 2 kg sahaja. Erk tak banyak, tapi okelah, dari tak ada. (Aku selalu cakap dalam hati, okelah dari tak ada langsung kan?) Dalam masa dua minggu aku berjaya turunkan 4.8 kg. Aku kagum dengan usaha aku. Cewahhhh! Padahal ini malas lagi tau. Sebab aku tak exercise.
Minggu pertama aku bersenamlah juga. Minggu kedua?
Hampeh! Sebab aku accident. Kaki bengkak, luka sana sini. Jadi, keadaan tak memungkinkan untuk aku bersenam.
Tapi idaklah aku meninggalkan diet ni. Diet ni tetap aku teruskan. Walau sakit selepas beraccident, tetap aku gagahkan kaki ke dapur untuk memasak makanan diet aku. Korang nampak tak kat sini? Untuk mendapat sesuatu yang korang inginkan, ia bukanlah mudah. It takes pain!
Allah takkan bagi kita sesuatu perkara itu dengan mudah. Bila Allah beri dengan kesusahkan baru kita akan lebih menghargainya.
Ok, minggu ketiga. Jeng jeng jeng. Minggu ini adalah minggu yang tersangat sukar sepanjang aku mengamalkan diet ni. Ia adalah kerana aku telah mengalami sakit kepala yang teruk (migraine sebab terkena hujan masa balik kerja), dan malamnya perut aku tak sedap lalu aku muntah sebanyak 4 ke 5 kali. Esoknya aku pun MC. Tak larat gila nak pergi kerja. Lemah rasa badan.
Adakah kerana diet ini puncanya? Pada aku bukan kerana diet ini. Tapi kerana aku migraine dan tekak aku terasa nak muntah. Korang tau tak, masa itu aku terpaksa ambil sebiji buah kurma untuk melegakan tekak dan perut aku. Sebiji buah kurma mengandungi 5gm karbohidrat! Dan aku tak pasti, adakah aku ter cheating hari itu. Sebab pemahamannya aku, kita tak boleh ambil buah semasa induction. Hurmm.
Dipendekkan cerita, minggu ketiga, aku kurang makan, kurang minum air. Nak tau berat aku turun berapa? 200gram jeh! Ayooyoo. Stress makkk! Rugi tau minggu tu. Aku bajet bila aku tak makan, berat aku turun banyak gila la. Sekali, habuk pun tarak! So, aku baca file kat KDA, aku google, aku dengar info dekat radio.
UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, ANDA TIDAK BOLEH BERLAPAR!
Hambekkk kau Yaniii!!! Rugi seminggu. Kbai. Haha. Namun diet ini tetap ku teruskan.
Korang tolonglah cakap aku ni TABAH. Tolonglah~ Haha. Susah tau cabaran nak turunkan berat ni.
Dan minggu keempat. Sekali lagi aku diuji. Aku telah demam teruk dan sakit kepala kerana minggu tu, semua keluarga aku demam. Ciankan kitorang. Dari ayah, ibu, aku, adik beradik, semua sekalilah. Tapi oleh kerana aku nak juga teruskan diet ni, dan aku sudah belajar dari kesilapan minggu lepas. Aku cukupkan minum air 2.5 - 3 liter sehari. Sarapan tak tinggal. Kuatkan semangat. Sapu pelbagai jenis minyak kat kepala. Alhamdulillah. Demam kebah. Cuma selsema dan batuk tu baru minggu lepas baik. :)
Hasilnya setelah sebulan aku mengikuti diet atkins ni, Adalah dekat 8kg turun. Punyalah suka time tu. Maunya tak suka, aku dapat balik berat aku masa aku masuk Unisel dulu. Hihihi. Erk berapa ye?
Tak kurus pun, aku gemuk je lagi. Berat aku 60.8 kg. Alhamdulillah. Syukur tak terkira.
Baju-baju lama, memang banyak dah boleh pakai balik. Jimat. Tak payah beli baju baru.
Sebagai seorang atkiners, aku juga sangat berdisiplin untuk menurunkan berat. Aku tak kan mudah mengalah dengan kesukaran yang aku alami untuk membuatkan usaha aku tergendala. Eceyyy ayat poyo je selalu keluar ni. Menyampah je aku rasa.
Eh tapi aku ada berita buruk la.
Oleh kerana dua minggu lepas aku ada kursus, maka aku rasa aku telah terlebih mengambil carbs di hotel berkenaan. Aku takdelah ambil nasi semua tu. Cuma, hari-hari aku makan kambing. Huahaha. Jadi berat aku naik 2 kg. Rugi lagi. Hehe. (Selamba badak aku je boleh gelak walaupun berat naik. Ye aku tak risau sangat, sebab bila kita buat clean diet, insya Allah, tak susah nak turunkan 2 kg.)
Minggu lepas yang sepatutnya aku timbang berat, aku belum timbang lagi. Maybe esok baru aku timbang berat aku. Erm lantak lah haih berat tak turun banyak, asalkan baju peplum yang aku beli awal tahun tu dah muat oiiii. Sikit saja lagi untuk di jadikan longgar selesa. Hiihihi. Oke, pakai next year kerana sepupu aku nak kahwin. Tak payah tempah baju. Jimat lagi duit. Subhanallah. Sukanya aku.
Bukanlah niat aku untuk riak sebab berat dah turun atau badan aku dah susut sikit. Tapi aku suka nak share pengalaman supaya kalau ada orang lain nak turunkan berat badan, aku boleh share ilmu sama-sama. Aku boleh tolong beri semangat. Kan? Walau kawan-kawan ofis aku selalu kata tak boleh nak ikut diet aku ni, aku cakap kat diorang, kalau tak boleh ikut atkins ni, kiralah kalori kalau nak turun berat. Insya Allah. Boleh membantu, cuma agak lambat.
Yang pentingnya, diri kita sendiri. Kuat ke tak kuat nak lawan nafsu makan. Mudah ke tak mudah nak tepis segala godaan makanan sedap dalam Malaysia ni. Tepuk dada, tanyalah selera.
Jangan risau, setiap kesusahan dan usaha yang kita lakukan, pasti ada hikmah dan pasti akan berhasil satu ketika nanti. Pentingnya kena sabar jangan terlalu tergesa-gesa.
Ohh lupa nak beritahu. Ibu mengandung tak boleh amalkan atkins.
Ibu yang breastfeeding, kalau tak silap aku, boleh. Tapi anda kena ambil 120gram karbohidrat dalam sehari. Bukan macam kami, kena ambil 20gram sehari waktu induction. Lain fasa, lainlah jumlah karbohidrat yang perlu diambil.
Google lah untuk lebih tahu ye. Aku belajar pun semua sebab cari info kat google dan join Kelab Diet Atkins.
Dan target untuk ke berat ideal aku masih sangat jauh. Doakan aku berjaya ya. Sebab aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.
Senaman aku selalunya ialah lompat bintang je. Haha. Malas kan. Tu pasal berat lambat turun. :'(
Aku rasa entri ni panjang gila lah. Hesh selalu tak menjadi bila nak buat entri yang pendek ringkas dan padat. Huhu.
~ Hari ni. ~ |
** Sila jangan ingat mudah untuk aku lupakan hasrat nak makan kek yang terhidang depan mata aku tu. Sedih tau tak dapat makan. Huhu~
~ Okay, last but not least. Terima kasih sudi baca entri ni. Dua entri sekali aku published malam ni. Selamat membaca. Selamat mencuba (UNTUK JUNIOR ATKINS). Kalau nak buat, buatlah sampai berjaya, supaya orang tak memperlekehkan usaha korang. Oke?
Meh kita sama-sama berusaha.
Segelintir orang, tak perlu diet untuk kurus. Macam aku, aku kena diet baru berat boleh turun. Macam kakak aku, dia makan pun badan dia susut jugak. Yang tu aku jelly, sebab anak dia susu badan. So memang boleh turun berat tanpa terlalu mengawal nafsu makan.
Semat je dalam hati korang macam ni. 'Alahaiii dah berapa lama aku hidup ni, selalu je pun dapat makan nasi, mee, kek semua tu. Apalah salahnya berkorban seketika untuk dapatkan berat ideal dan seterusnya maintain berat tu.' :)
Aku cuba, tapi kalau satu hari aku ditakdirkan gemuk jugak, bukan salah sesiapa, itu adalah salah aku sendiri kerana tak mau kawal nafsu makan. Sekian terima kasih. (selfnote)
Terima kasih sudi baca entri ni.
Salah dan silap mohon dimaafkan ye.
Takde niat nak sindir ke atau apa-apa.
All the best ya untuk korang semua.
May Allah bless us~
** oke entri ni sebenarnya khas untuk kak Niesa Zainul, dari hari tu dia minta aku ajar diet yang aku follow, tapi aku selalu busy mengalahkan menteri. Hari ni baru ada masa nak publish entri baru. Hehe sorry kak Niesa. Ini diet yang Yani ikut, dan itu pengalaman Yani sepanjang ikut diet ni. Selamat mencuba kak Niesa sayang! :)
Sincerely,
Niyaz Ayani _ Norzayani Binti Norhamshah
15 Disember 2013
Wah samalah kite terpikat ngan atkins dari blog Inaachik tu hehe... tp ekcelli kite dah setahun wat so dah dapat berat ideal cuma skang ni menten curang menten curanglah sebab cuma nak turunkan lagi ke angka 4 kekononnnnn!!! Huahua... Jemput Singgah: D.A: Menu Lunch/Dinner 5
ReplyDeleteSalam perkenalan cik farah deeb. Hehehe. Ouh lame dah ye awak buat atkins.
DeleteBolehlah kite tukar2 pengalaman.
Hurm kite ni agak2 pening sikit bila nak mikior masuk ke fasa 2.
Dah baca banyak kali pun macam tak paham. Kalau kite nak tanye ape2 kat awak boleh kan psl atkins ni?
uhukuhukuhukkkkk~~~ patut kite tersedu sedu ni, ade org seru nama kite!
ReplyDeletekite skrg selalu kedaung dan berat mula statik. tapi kite bkn target nk kurus sgt pon, nanti laki x sedap pelok! muahahhaaaa... masih pelan2 kayuh. diet - kedaung - diet lagi - kedaung lagi... :p
alala ciannye dia tersedu2. Hehehe.
DeleteOuh yeke? Dah statik? Ni mesti da banyak turun gak kan.
Sy punye berat ni lambat sikit nak turun, yang naik tu la rase rugi masa.
Hehe,xpe,pelan2 kayuh kan. Yang penting dah tau teknik nak turunkan berat. Ngeh3. :D
nway, HAPPY ATKINS wak! n congratz dah singkir lemak lebih dr sekampit berat 5kg! :)
ReplyDeleteTengkiu2. Ye,semalam timbang,alhamdulillah dah turun lagi 2.2kg. Sukenye kite.
DeleteHehe,tp perjalanan ke berat ideal masih sangat jauh.
Doakan kite berjaya ek? :')
Thanks sebab info yang sangat berguna dan memberi semangat nih.
ReplyDeletewelcome2...chayok2...diet atkins ni mmg akn berkesan kalau kite bersemangat dan sbr... (=
Deletepergh bersemangat ayu baca. :) salam kenal. ayu baru nak mula hrini. huahauahaua.. skrg berat 52 kg. nak balik 42 kg smula..
ReplyDeletesalam kenal ayu...
Deleteyani mase try diet ni dulu saja2 je, sebab ssh nak percaya, tp bila dah buat tu, truskan je smpai skrg...
dah try ke diet ni?
salam perkenalan..waa..saya pun amal kan dier atkins..sebulan dah kurang 4kg..minggu pertama dan kedua ikut rules..minggu 3 & 4 dah tak ikut rules..nasi time weekdays tak mkn..time weekend mkn 2 3 sudu nasik..coz lepak umah abg..camno ni ah..hoho
ReplyDeletesalam perkenalan wany...
Deleteouh kite geng la...geng DA...
layeke? syg la gitu, sebab kalau ekot rules bebetol,xyah lame sgt nk tgu berat trun.
cube kuatkan semangat lagi,walau 2 3 sudu nasi still ganggu proses nak turun berat..
sy da bulan ke 4 buat diet ni...mmg mencabar bila Nampak nasi...heheheeee... :D
salam sis... btw nak tnye nie.. boleh share ta.. biasanya menu yg sis gune tuk routine menu tu... yelaaa... sis masak kan.. macam kite.... kite student.. dduk hostel x boleh masak.. ade pun rice cooker je kalaw2 nak masak.. so then biasanya mmg makan luar aje.. so any suggestion or resipi ta?? hahaha :D
ReplyDeleteSalam. Maaf lambat reply.
DeleteKebiasaannya untuk diet ni, bila sarapan akak ambil telur separuh masak 2 biji. (awak student kan? rasanya kalau buat telur separuh masak tu tak ada masalah.)
Kalau lunch (selalu breakfast dengan lunch akak bawak bekal g ofis), akak akan masak sayur kobis goreng pecah telur. Tapi rasanya kalau awak, akak suggest beli sayur je kat luar. Sebab tak boleh nak masak kan.
Haaa tapi akak rasa boleh je kalau awak nak buat sup sawi ke sup bayam ke masak dalam rice cooker tu.
*contohnya awak dah sediakan bawang, ikan bilis, cili sikit, pastu rebus, then masuk sayur (kobis ke, sawi ke, bayam ke, rumpai laut ke) terpulang pada awak.
*kalau awak lapar, nak kudap makanan, beli timun.
*lagi awak buat clean diet, lagi cepat berat turun. dan lagi cepat untuk awak beralih ke fasa 2. ;)
Salam perkenalan.......tmer ksih bg info brgna ni
ReplyDelete.....akak bru nk bljr diet atkin ni hrp2 brjaya gk mcm adik2 smua
Salam perkenalan k.jaa.
Deleteterima kasih sudi jengah blog ni, sudi baca entri ni.
sy doakan akak berjaya k. Cayok...cayokkk! :D
horee.....syukur ngt yani tau bru 2 mnggu k.ja buat diet ni kn.......dh trun 9 kg.......suker......ngt.........thnks yani.......
Deleteiye k.jaa, tahniahh, masya Allah tabarakallah.
Deletek.jaa usaha, sebab itu Allah beri, yani ni hanya perantara je. hehe...
banyak tu turun, chayok3 k.jaa, semoga lebih bersemangat untuk turunkan berat. :)
salam perkenalan yani..saya baru je berDA..baru masuk hari ke3..saya nak tnya bole x makan tahu?dan lagi satu tekak saya rasa pahit dan terasa nk muntah.normal ke situasi ni?
ReplyDeletesalam perkenalan cik emma, ouhh baru hari ke 3? tengah induction lah ni ye?
Deleteuntuk pengetahuan, tauhu tak boleh semasa induction, apa jua makanan yang berasaskan kacang soya belum boleh lagi... kena tunggu lepas habis induction baru boleh...
ouh impak sewaktu buat DA ni, awak memang akan mengalami perkara yang macam tu, itu adalah proses ketosis...
mula-mula je rasa gitu, lama-lama oke je...
cuma nasihat saya, kalau awak ada gastrik atau sakit-sakit lain, better mintak nasihat doctor...sebab sy takut kalau ada implikasi lain pada badan awk...
risau gak ni, share2 psl diet, takut kalau orang ikut, ada kesan negative pulak...huhu...
Salam pkenalan..baru gugel mengugel pasal DA ni..mmg menarik n xcited sgt tgk org lain cpt drop beratnya..tapi sy tgh gigih ganti puasa sbb bersalin last year, mcmne nk buat DA ni blh ke ye?
ReplyDeleteSalam perkenalan...
DeleteOuh yeke, selamat ganti puasa ye... =)
Boleh je nak buat DA ni, tapi yang saya tahu, kalau bf mommy, lain sikit caranya..
macam kami yang biasa ni, sehari boleh amik 20gram karbo je.. tapi kalau susukan baby, boleh ambil 120gram sehari. (yang ni sebab takut akan kerap lapar), cuma proses penurunan maybe lambat skit la..
contohnya yang saya tahu, kena pandai kira karbo dan tahu menu... (yang ini saya kurang arif la...)
dan pada pengalaman saya sendiri, tak ada masalah kalau tengah buat DA ni, kita nak puasa, permulaan ye agak kurang biasa, lama-lama oke je... =)
selamat mencuba~
Salam pkenalan..baru gugel mengugel pasal DA ni..mmg menarik n xcited sgt tgk org lain cpt drop beratnya..tapi sy tgh gigih ganti puasa sbb bersalin last year, mcmne nk buat DA ni blh ke ye?
ReplyDeleteSalam prkenalan.. saya sue..wat gak diet ni buln jan n feb...berat 82.4kg turun 68kg..pinggang 38 in ke 30inc...stop buln 3&4 sbb slalu dmam,loya...skrg da ok baru nk start diet blk mgu dpn..hope dpt turun ke 60kg ujung buln ni...
ReplyDeletesalam sue, salam perkenalan...
Deletemasya Allah, tabarakallah... tahniah ya sebab berjaya...
insya Allah, semoga sue berjaya nanti. Biiznillah. =')
assalamualaikum.akk baru follow blog awk.all the best untuk diet atkin ni.akk da wat masa tahun 2011 dulu ngn asben.dlm 2 bln akk turun dkt 10 kg.dia dkt 16 kg.tp nth ape sebab kitorg cheat tanpa henti pulak. =( so ni br bercita nk mula balik. smoga kite sume akn hidup sehat adenye... =D
ReplyDeleteWa'alaikumussalam kak bunga ungu.
DeleteTerima kasih sudi follow blog yani.
Salam ukhuwah kak ye.
Terima kasih kak, yani rajin gak cheating sejak bulan mac hari tu. Once bila dah 'cheating', hari-hari pun nak cheat je.
Huhu, tapi sejak dua menjak ni rasa dah berat balik. Yani pun baru mula semula buat DA ni.
Jom kak jom kite diet bersama. Semoga Allah akan rezekikan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aamiin.
bagus2 awak..saya pun baru lepas fasa 1...xsabar nak dapat hasil lepas habis diet...
ReplyDeletenak panduan lengkap semua menu, pantang-larang, tips atkins ni kan boleh tengok sini; http://goo.gl/8boiYQ
salam, maaf lambat reply.
Deletehurm sekarang ni saya selalu main-main je diet.
selalunya bila hari minggu.
sekarang berat saya statik je, susah nak turun, tu yang selalu ke laut.
hehe. apa pun selamat berjaya ye awak. =]
tq sgt2 info awk..sy dlu brat 55kgsblm kawin..ms pegnent naik 33kg..huhu..lepas beranak berat tgal 78kg..diet skit2 hgala anak 1thun lbh berat bru 73kg..mcm2 dh try..ni terbca pasal atkins..sempena nisfu syaaban ni ingat nk mulakn..doakan sy bjaya ye..
ReplyDeleteSalam, maaf saya lambat reply. Hee...
DeleteOuh insya Allah, mesti boleh turun, kalau awak ikut peraturannya.
Yang penting kan, jangan cheating kalau nak dapat hasil yang terbaik.
Lagi best kalau dapat bersenam.
Saya doakan awak berjaya ye. Biiznillah.
Selamat menyambut bulan ramadhan. =]
Salam, semangat betul baca pengalaman diet awak...saya baru start hari ni..kekeke...sebelum ni mmg pernah nak try, tapi kelaut..tak tahan godaan gitew..so, hari ni start semula...huhuhuhu...
ReplyDeleteSalam perkenalan awak...
Deleteterima kasih sudi baca entry ni...
hehe pengalaman diet tahun lepas.
tahun ni banyak ke laut, hari-hari pun ke laut.
bila da start cheating, hari-hari nak cheating...
saya doakan awak berjaya.
sebenarnya boleh je nak amalkan apa-apa diet, nasihat saya,
berhenti makan sebelum kenyang.
makan ikut keperluan, bukan kerana kita digoda dengan kesedapan makanan...
insya Allah, mesti boleh berjaya... =)
Salam..gud sharing =).thanks
ReplyDeleteTpkan Bila ber 1st week berat saya turun..ukur lilit pon turun...tp masuk second week berat statik tp sy start work out pada minggu 2...adakah ini normal?pelik sbb masa sy xworkout berat turun pula
Salam... terima kasih juga sudi baca entri ni.
DeletePada pengalaman saya, bila berat ideal kita dah tak jauh untuk dicapai, memang kita akan mengalami berat yang statik...
Contohnya berat ideal awak ialah 51 kg, dan jika berat awak sekarang ialah 59 ke 60 kg, memang dah agak payah nak turun berat.
Tapi, nasihat saya, awak jangan stress kalau berat tak turun, sebab ukur lilit mesti akan berubah.
Yang penting, air masak mesti ambil dengan secukupnya. =)
salam..bestny baca blog n...sy baru hari k-3 induction..nk tanya..masa indction,x bole amik carb lgsung atau bole ambil tp x lebih 20carb?sbb mas induction n..sy ad mkn setengah kping roti yg jumlh carb cuma 8g..adakh itu dkira cheatg even jumlh carb x lebih 20 sehari?confuse la saya.....harap dapt mmbntu saya yg amatur ni...tq..
ReplyDeletesalam sya, terima kasih sudi baca blog dan entry ni.
Deleteerm ouh baru induction, gini ye yang saya faham dan pernah baca,masa induction,kite mmg xboleh amik nasi,roti,mee dan segala apa yg sy ada tulis kat atas tu.
ye dikira cheating juga, sebab memang tak boleh ambil.
kite boleh ambil karbo, tapi hanya 20gram sehari.
tapi 20gram tu bukan termasuk nasi,mee ke roti tepung ke semua.
oke? selamat berjaya tau.
Saya nak tanya,macam mana nak start DA fasa ke2 pula? saya betul2 tak tahu. apa yang perlu dimakan pada fasa 2 ini? tq
ReplyDeleteErm kalau induction awak hanya boleh ambil karbo 20g, untuk fasa 2, awak dah boleh ambil lebih sikit la dari 20g.
Deletemaknanya kekalkan pemakanan macam masa induction, tapi dah boleh makan kekacang sikit-sikit, dah boleh makan buah strawberry, honey dew. (tapi tak boleh berlebihan)
untuk fasa 2 ni, saya tak berapa pandai la. awak boleh rujuk sini untuk tau lebih details pasal menu ~> http://www.atkins.com/Program/Phase-2/What-You-Can-Eat-in-this-Phase.aspx
semoga berjaya. =)
saya masih fasa 1, mase mnggu first saya tmbang 1kg je turun..:(
ReplyDeletetp still teros kn jugak..
nak tny, kalau 2mnggu first tu kalau mkn sup2 melambatkan x proses nak turun berat nnt?
ada sesetengah orang, kadar penurunan memang sikit.
Deletemakan sup takde masalah, asalkan sup tu takde letak gula atau pak aji..hee..
teruskan usaha, kadang2 kite memang stress sebab tengok berat tak turun, tp still boleh inch loss.
so jangan stress sangat... selamat berjaya...
Salam..nk tanya dlm fasa induction clean diet boleh mkn lauk sambal tumis x?sekadar ingin tahu..sekian
ReplyDeletewasalam...
Deleteouh boleh je sambal tumis, tapi dengan syarat sambal tumis awak buat sendri...
sebab selalu kalau yang beli kat luar, depa ada buh gula...
fyi, cili boleh ambil, tapi tak boleh berlebihan, kalau lebih, still tinggi karbo, berat susah nak turun..
apa pun, selamat berjaya ya...
Tq..saya jd tkut2 pulak nk mkn..harap2 saya pn dpt kurangkn berat yg sdia ada ni..
ReplyDeletewc... takpe, kuatkan smngat, teruskan usaha n jgn putus asa...
Deletesemoga berjaya tau...
Tengah berdiet atkins. Semangat kena kuat. Byk betul godaannya. :)
ReplyDeleteselamat berjaya, teruskan usaha.
Deletesemoga kuat semangat.
insya Allah, satu hari nanti akan nampak hasilnya...
Saya pun buat diet ni. Saya makn je semua lauk kecuali nasi. Ni alhmdullilah berat saya dah turun ke 61kg. Tp pesal statik je 61kg walalupun x mkn nasi semua tu? Adoii mcm dah frust dah, semalam saya mkn je bihun sup. Hahaha. Tertekan kot. Xmkn pun berat x turun. Ada tip x nk bg berat saya tetap menurun. Sebb saya dah senam juga. Berat tetap sama.
ReplyDeleteSaya pun buat diet ni. Saya makn je semua lauk kecuali nasi. Ni alhmdullilah berat saya dah turun ke 61kg. Tp pesal statik je 61kg walalupun x mkn nasi semua tu? Adoii mcm dah frust dah, semalam saya mkn je bihun sup. Hahaha. Tertekan kot. Xmkn pun berat x turun. Ada tip x nk bg berat saya tetap menurun. Sebb saya dah senam juga. Berat tetap sama.
ReplyDeleteouh tahniah ye cik isabella idura.
Deletekebiasaannya kalau berat kita dalam 10kg dah nak capai bmi, memang akan mengalami masalah susah nak turun berat.. kite pun mengalaminya gak, kitenye berat statik 58kg je xmo turun2..
kite pun kurang arif sgt psl diet ni, hehe, sbb kite slalu cheating.
tp kan awak, jgn stress2. tak semestinya berat tak turun, awk tak bley inch loss..
teruskan je diet. dan lagi, boleh try n error kot, tukar pergi fasa 2..kdg2 kalau terlalu lama kat induction mmg berat kita susah turun.. ^-^
Thanks ya.. semangat skit nk diet gak. Saya ada juga baca kita kena stop dah pada fasa 1 kan x mkn byk benda. Bila fasa dua kita boleh ada cheat day. Sekrg saya mkn je tapi kira kalori plak. Harap berat saya menurun. Saya target nak dptkn balik size xs. Hahahaha. Jauh lagi tu kan..adoi. mmg tension la. Sebelum ni seminggu turun 2kg. Mungkin sebb bmi saya dah mencapai normal. Kalau x berat anda berlebihan mesin tu cakp. Tp kalau tengok fizikal mmg x byk beza pun walaupun dh turun byk. Pipi je nmpk x tembam dah, hahahaa.
Deleteoooo yke, kebiasaannya kalau bmi dah capai normal, berat mmg lambat sikit nak turun.
Deletekalau bmi dah normal, rasanya awak dah boleh masuk fasa 2 ataupun terus ke fasa 3.
dalam masa yang sama kira kalori juga. ia akn lebih membantu.
tp kan, sy rasa kalau awak nak buat diet kira kalori pun boleh kot..takde rasa tertekan sgt.
hehehe. selamat berjaya ye awak.
Sy nk sgt2 kurus..sy kerja bwk ank..xsmpat nk masak pg..berat sy 60++.. Xpasti sbb umah xde penimbang..biasa g mall je timbang..haritu ad buat diet atkins..dlm 2mnggu..trun berat..tp kwn ckp bdn xbrubah pn..mcm xde perubahan..nk tya..blh x aja mcmna nk kurus cpt..nk buktikan dkt kwn2 yg ckp diet ni mngarut..pastu blh x bwitau menu yg plu dbeli sbb kerja n blh dmakan dgn ank umo 2thn..so jimat xlah dia lapar sbb mak dia diet..sy xmasak xsmpat..thankss sgt
ReplyDeletemaaf saya lambat reply.
Deleteterima kasih sudi baca entry ini.
diet atkins bukanlah diet magic, bila buat dier atkins, kebiasaannya berat memang cepat turun, tp bukanlah utk jangka masa yang pendek kita boleh Nampak perubahannya puan.
saya buat atkins hampir 3 bulan. lama xlama jugalah.
kesabaran amat dperlukan untuk buat diet ni. no pain, no gain. tak payah dengar sangat kutukan orang lain, kalau dengar juga, memang mengganggu emosi.
sebaiknya masak sendiri adalah yang terbaik, saya tak sarankan beli diluar, sbb kita tak tau kandungannya apa.
kalau nak beli pun, saya rasa sayur or sup2 ok kot.
selamat Berjaya untuk puan.
salam sis..
ReplyDeletesaya baru 3 hari buat DA ni, bole x saya makan sambal sardine? tp sy ambil ikan sardine sahaja.
ada effect x dekat DA sy ni..
risau juga...
salam sis, maaf lambat reply.
Deleteselamat berdiet. semoga Berjaya ye.
erm sambal sardine yg dalam tin tu ke?
saya kurang pasti la ada kesan ke tak pada diet.
tp yg saya tahu, makanan dalam tin, tidak digalakkan semasa proses induction.
saya sarankan lebih baik, beli ikan, then masak sendiri.
sbb kebiasaannya, waktu diet, kalau ambil makanan dalam tin ni, takut berat susah nak turun, walaupun kita makan ikan.
masak sendiri lebih mudah kalau takut ada kesan pada diet.
Asalamualaikum sis.thank q for the info and byk yg dot dipelajari dari diari sis.saya dah berdiet atkin hampir 8 bln.bln pertama laju turun berat badan sampai berkobar- kobar semangat.tapi after 2 month berat slow turun dan langsung tak turun,hampir kecewa hingga sekarang.mgkin saya alami phase plateau.nak tanye sis pernah tak alami sedemikian? Thank q.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam, maaf ye sis, lambat reply.
DeleteAlhamdulillah, tahniah kerana Berjaya turunkan berat badan.
wah lamanya sis buat diet ni. saya paling lama 3 bulan. lepas tu, tak diet, agk rasa berat naik, start atkins semula.
yup, sy pun pernah rasa juga, lepas 2 ke 3 bulan berat mmg agak pyah nak turun.
tapi mesti ada inch loss, kan?
so jgn kecewa, kalau dah usaha, insya Allah, ada hasilnya, walaupun sedikit lambat.
so sis, semoga Berjaya mendapat berat yang diinginkan.
dan selamat bepuasa. :)
seronok baca blog ni
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deleteterima kasih awak, sudi jenjalan kat blog ni.
selamat menyambut bulan Ramadhan. semoga setiap amal ibadah kita diterima Allah. aamiin.
salam perkenalan. . saya azie . . bru je buat atkin. . hari nie hari ketiga. .
ReplyDeleteso far buat diet nie , memg rase nk minum air je. . nasi2 dan seangkatan dengan nye memg xmakn. .
senaman tiap2 hari. . tp 20-30 minit je (kebnyakkan nya mnari jee . .hehe)
sepnjang buat atkin 3 hari dah turun 2kg. . dri 72kg ke 70kg. seronok sgt . !! hehe
hati kena sado sikit lah. .. trget berat 49kg. xtw lah boleh lepas ke x. .
tp mak pesan, jgn timbng hari2 sebb xbest tengok turun 1-2 kilo je, . tunggu 2 mingu sekali, timbng2 mesti bnyak. . wktu bru rasa seronok smpai terlompat2 . . hehe. . btw, seronok bace blog awak niee :)
salam kenal... saya yani...
Deletewah, harap semangat awak terus kuat untuk buat diet ni.
semoga berjaya ye.
terima kasih sudi singgah blog ni... :)
saya pun lambat turun.. dr 50 ke 48kg.. target 45kg ke bwh... tp alhamdulillah turun dr xlangsung kann... hee...
ReplyDeletetakpe kalau lambat, daripada tak turun langsung...
Deletetapi pun pada saya, kalau bmi dah tak jauh, lambat nak turun berat pun takpe...
Ape susah u ols?apa kata korang try JSA?tpi yg ori punya jgan tersalah beli yg fake pulak...
ReplyDeleteApe susah u ols?apa kata korang try JSA?tpi yg ori punya jgan tersalah beli yg fake pulak...
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteJmpe awk punya blog ne bila goggle pasal diet atkins
nk tnya ade tips x utk sembelit
Sjak join ne susah btol nak p toilet n sye rasa badan ne lemah semacam lg2 time nk bgn tdo
wa'alaikumussalam w.b.t
Deletetrime kasih jenjalan kat blog ni..
erm actually masa sy buat diet ni, sy pun alami masalah mcm awk.
slalunya kalau nak elak sembelit, sy ambil teh hijau.. tp kalau awak g dlm group atkins kat fb, kebanyakkannya cakap suruh ambil apple cider...
sy pun tak sure sgt, sbb badan org lain2 kan penerimaannya..
selamat berjaya awk....
ok tq,
Deletesye search lagi pasal apple cider tu,
sama2 awak...
Deleteerm awak, ari tu saya ada terbaca dalam buku, actually apple cider ni mmg dapat membantu untuk kita turunkan berat badan...
salam,
Deletesye xtry lg apple cider tu,
sye p minum kopi or nes, suku cawan jer tros memulas perut...senang
ohh yke... saya masa diet pun tak berapa nk minat minum apple cider tu.. hehe.. ^-^
DeleteFasa Dalam Diet Atkins.
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/fasa-dalam-diet-atkins.html
:)
DeleteSalam perkenalan, tiga tahun lepas saya juga mengamalkan diet atkins. dalam masa 3 bulan pertama sy ambil sarapan segenggam nasi dan tghri serta malam hanya makan sup sayur....berat dari 82 kg turun ke 65 kg. sy teruskan lagi diet atkins selama 3 bulan dan berjaya turun sehingga 56 kg. Sepanjang tempoh diet atkins tu saya juga ada mengalami pening2 dan muntah, bila mengalami mcm tu sy minum segelas kecil air milo pekat (bap bila amalkn diet atkins glukosa dlm bdan boleh brkurang hingga tahap bahaya). So, bila dah rsa pening2 dan mual tu...sila lah bancuh milo pekat @ susu tin segelas kecil. Percayalah, ianya langsung x akan menjejaskan diet atkins anda. buktinya saya berjaya kurangkan 26kg dlm msa 6 bulan. mmg menakjubkan bila kurus mcm tu. oh ya sepanjang diet atkins, anda boleh makan suplemen contoh terbaik ialah spirulina utk kekal cergas. Selamat berdiet atkins.
ReplyDeleteyep, sye amik spirulina ngan b complex,
Deletesbb bile sy buat diet ne plus bersukan pulak, buat badan kite letih sgt....
terima kasih anonymous atas perkongsian.. :)
Deletecik marina asykin mohd nasir, saya dah lama tak buat atkins, cuma kawal makan je sekarang, tapi ada terfikir nak buat balik, sebab berat naik dah ni.. haihh..
DeleteKalau boleh tahu, clean diet tu apa ye?.
ReplyDeleteclean diet dalam atkins tu cecontohnya awak masak sendiri dengan sukatan bahan yang memang hanya dibenarkan dalam atkins.
Deletecontoh waktu induction, awak memang boleh ambil sosej yang rendah karbohidrat, ataupun mayonis kewpie, tapi kalau untuk clean diet, awak maybe just buat sup sayur yang tak ada bahan tambahan yang lain..
ades, tak reti pulak saya nak terangkan macam mana clean diet tu..
senang cerita, clean diet ni, awak masak sendiri tanpa ada kalori dan karbohidrat yang tinggi.. :)
hai, boleh tahu tak, kalau tgh on diet atkins ni mcm dari lunch nk tgu dinner boleh ke mkn mcm seaweed ke telur ke sbb nk tgu dinner takut lapar.
ReplyDeletehi awak...
Deleteklu saya makan je....sbb tgh lapo...buat pe nk tahan
kan diet atkin ne less carbs and eat more in protien
boleh je, diet atkins bukan untuk awak tahan lapar cik nurul wahida..
Deletebila lapaq, kemungkinan awak akan stress, bila stress, berat susah nk turun.. :)
Hello. Sy pun tga wat diet atkins. Just sharing, seminggu wat diet atkins i loss 5kg. Alhamdulillah. Tu pun actually ade cheating. Dipaksa makan kek secret recipe sbb ofismate buat bday party. But 1 slice kecil aje la. X smpai ht nk tolak. Plus gila tempting. Lps dr tu laju laju byk byk minum air masak nk cover manis tu konon. Hik. Now second week. Tga usaha turun lg 5kg aje sbb end of this month nk kawen da. So nk nmpk cntik manis la ats pelamin konon2.
ReplyDeleteTo all atkiners, you can do it. Kena semangat dan disiplin kental aje.
wahhh, tahniah puan wan syazwani...
Deleteinsya Allah, dengan usaha, atas izin Allah, mesti boleh berjaya kan.. :)
Hai awak..saya baru mula DA ni seminggu lepas...Alhamdulillah mula turun berat..dalam 2.5 kg..(adalah jugak dari takde) hehe...dan saye makin semangat nk turunkan berat..tak pernah cheating lagi masa buat diet ni.. surf2 internet berkenaan DA, terjumpa blog awak..so gigih saye baca sampai habis..menambahkan semangat sy untuk kekal buat DA ni..thanks ye wak... =D
Deletehai awak cik Azlee Asmuni, terima kasih sudi singgah blog saya..
Deletemaaf saya lambat reply, sekarang ni jarang bukak blog.. bz sikit..
tahniah sebab dah turun berat, takpe, sikit2 lama2 jadi bukit..
entahnya waktu saya reply komen awak ni, mesti awak dah berjaya..
teruskan berusaha, saya doakan awak berjaya berdiet Atkins.. :)
saya dari 104kg, memang x kena lah dengan ketinggian 171. kaki selalu sakit, badan rasa malas, kerap berpeluh, perot buncit bak hangggg. saya start atkins 3 bulan lepas, memang saya ikut peraturan fasa induction 2 bulan dengan tegas, saya pun dah mengamalkan naik tangga walau 200 anak tangga kena adap, mula2 memang rasa nak pecah otot peha, al maklumlah badan mcm raksasa. sekarang berat saya 79kg, rasa ringan badan, senang bangun pagi, otak cergas. alhamdullilah. atkins ni displin kena kuat.
ReplyDeletesepanjang atkins saya tinggalkan gula, badan saya boleh tahan, kira ok lah, cuma saya perasan, saya mudah lost weight bila cukup tidur.
sekarang saya dah mula ambil nasi, tapi mengikut saiz badan 79kg. portion nasi yg kurang, banyakkan sayur dan makan satu lauk sahaja. minum air suam, berat saya maintance 80-79.
tiap pagi timbang ni, dah seminggu. kawalan kena jaga, kalau berat badan dah turun jgn lah makan mcm berat badan yg lepas2 kan. heheheh..
semoga berjaya semua DA.
terima kasih anieq suhaimi, sudi baca blog dan entry ini..
Deletetahniah, impress saya baca cerita awak..
jenis bangsa badan saya ni, nak naik berat tu kemain senang lagi, nak turun payah, nak maintain ikut mood pulak..
hehehe..
takpe2, sama2 lah kita doakan supaya orang yang sedang berdiet ni berjaya capai target.. :)
Assalamualaikum... wah bestnya baca komen2 korang pasal DA ni... kita pun bru lg... bru start seminggu, alhamdulillah trn 3.5kg.. haha paling x tahan sbb kira mmg spesies x reti masak, tp demi menjayakan DA, terpaksa la mintak bantuan uncle Google utk cari resipi �� ada ter'cheat' jgk sbb buat farewell member ofis dgn celebrate befday kwn, tp still control la since kita nekad nk trnkan berat bdn.. hopefully korg sudi2 la share pengalaman utk newbie ni hehe �� 'to me, being healthy is the prettiest, so don't get sick' ini kiranya favourite dialogue kita forever. �� all the best to all Atkiners ��
ReplyDeletewa'alaikumussalam, alhamdulillah, tahniah sebab dah berjaya turunkan berat badan..
Deletenanti nak raya mesti cun ni.. hehehe..
cuma dugaan masa raya tu besaq sikit la, sebab makanan waktu raya semuanya macam kita nak makan..
untuk pengalaman yang saya lalui, DA ni senang naik senang turun bila kita dah berhenti buat DA (bg yang tak workout), so kat situ kena hati2.. kena pandai kawal pemakanan kita.. :)
kalau tidak, memang haru jugak lah kalau berat naik..
apa pun saya doakan awak selamat berjaya.. :)
Terima kasih atas infonya
ReplyDeleteSaya ambil infonya sahaja.lain lain tiada..
askm..sy nak tmye. berat bdn saya statik, hri ne msok hari ke 3. apa yg sy ptt buat( pemakanan terjaga, air 3 liter sehari & workout skipping 600x...
ReplyDeletesy skrg ne fasa ke 1. bila masa yg sesuai beralih ke fasa ke 2? klau sy stay fasa 1, bleh ke?
1.1.2017 = 77kg
8.2.2017 = 68.4kg
wa'alaikumussalam.. sebenarnya saya bknlah pakar sangat nak jawab soalan awk, biasanya masa yang sesuai utk bertukar fasa tu, bila target berat dah dekat. contoh target berat awak 55, so bila berat awak dah 60 tu dah sesuai utk masuk ke fasa seterusnya.. berat statik tu perkara biasa, teruskan lg usaha.. and jgn susah hati, kalau xturun berat, pasti akan merasai inch loss pada badan kita.. oke, selamat maju jaya.. maaf sy lambat reply komen..
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteSaya ambil perkongsiannya sahaja dari tuan punya blog dan para pengomen semua lain tiada dulu kini dan selamanya.
sama-sama, maaf lambat reply.. boleh je.. ilmu untuk dimanfaatkan bersama-sama.. =)
DeleteYang penting kalau nak buang lemak ni ialah jumlah kalori, bukan jenis diet. Kalau dah diet tapi berat tetap tak turun boleh cuba kurangkan kuantiti makanan harian. Boleh baca pasal buat atkin tp tak susut2 kat sini https://bit.ly/3gLFZw6
ReplyDeletebetul. yang penting kita sendiri kena kuat semangat nak turunkan berat. terima kasih juga buat awak sebab share info. =)
Delete