Bismillah,
Assalamu'alaikum.
Just a quick entry sebelum saya masuk tidur.
Nak taip yang panjang-panjang, mata dah memberat sangat ni.
Tapi nak juga share, nak juga up entry baru.
Perkongsian ini saya ambil dari Telegram Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir, semoga beliau mengizinkan dan menghalalkan setiap nasihat yang beliau kongsikan di laman channel telegram beliau, untuk saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.
Learn to forgive anyone who has caused you pain.
Forgiving is not forgetting, it is remembering without anger and grudge.
Always keep in mind that forgiving is not for them.
Actually, it is for you to heal your soul and mind.
Fogiveness will grow you beyond what you were.
Pada hemat dan pemikiran saya, kata-kata yang dikongsikan, ianya sangat menyentuh ke lubuk hati yang paling dalam buat insan yang sentiasa berperang dengan perasaan sendiri. Harus saya akui, untuk memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyakiti diri kita, sama ada sengaja atau pun tidak, ianya sangat sakit, perit dan sukar. Terutamanya apabila ianya melibatkan soal hati dan perasaan kita yang mudah tercalar.
Namun, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ad-Dien, ianya ternyata jelas bahawa kita memaafkan seseorang bukan kerana mereka meminta maaf, tapi kita memaafkan demi menggapai sekeping hati yang lapang dan minda yang tenang.
Kerana percayalah, jika kita menyimpan dendam di dalam hati, berkeras tidak mahu memaafkan, ianya hanya menyakiti diri kita sendiri, bahkan rohani kita turut sakit dan pedih.
Saya menulis dan berkongsi terhadap apa yang saya pernah lalui dalam kehidupan.
Jangan simpan dendam dan sentiasa memaafkan adalah resepi utama untuk kita jalani kehidupan kita dengan aman dan tenang.
Kita memaafkan kerana Allah, kita memaafkan juga adalah kerana mahu mengikuti akhlak Rasulullah (Rasulullah kan idola kita semua, haruslah kita mencontohi segala akhlak baginda), dan terakhirnya, kita memaafkan kerana kita mahukan hati kita sentiasa tenang.
Ya, faham. Bila dah tersakiti, bukan mudah mahu memaafkan dan melupakan.
Tapi, cuba lah, cuba, berdoalah kepada Allah, supaya hati kita dilembutkan untuk sentiasa bersikap pemaaf. Saya tak paksa untuk melupakan, bahkan, mana boleh kita dapat melupakan. Setiap kenangan, dan memori yang kita pernah lalui, jadikan ia sebagai guru yang sentiasa dapat mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, nawaitu, lillahi taala. =)
Eh, sorry, tadi saya kata just a quick entry, lepas tu, saya dah cerita panjang-panjang.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan yang terdapat pada entry ini, juga entry-entry sebelum ini.
Semoga Allah pelihara kita semua dari sebarang anasir jahat, dan sentiasa memandang wajah kita dengan keredhaanNya. Insya Allah. Aamiin.
Sekian, wasalam.
Sincerely,
Norzayani Norhamshah
niyazabc123.blogspot.com
11.57 PM
23 Februari 2020
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Showing posts with label Best. Show all posts
Showing posts with label Best. Show all posts
Monday, February 24, 2020
Tuesday, December 24, 2019
Cakap tak serupa bikin?
"Cakap tapi tak serupa bikin."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Eh macam formal sangat pulak. Hesh! 😅
Oke, just a quick entry yang I nak share. Moga bermanfaat buat kalian yang sedang membaca entry ni.
Apa yang bermain di fikiran korang bila baca ayat pertama sekali kat atas nun? 🤔
Selalunya kita memang sakit hati, dan meloya lah dengan manusia yang hanya tahu cakap, tapi dia tak buat pun apa yang dia cakap. Contoh hang nasihat kat orang pasal jangan buang sampah merata-rata. Tapi dalam masa yang sama, hang sendiri dok buang plastik gula-gula selit-selit dekat sofa. Eh apasal aku rasa macam pelik je contoh yang aku bagi ni? Adui 🤦🏻♀️
Oke adik-adik, sis bagi contoh mudah dan ringkas lah ye. Macam ni, contoh, kita suruh orang solat, tapi kita sendiri tak solat. Uhu tak ke sedih macam tu. 🥺
Seharusnya setiap kali kita menasihati orang, of course la untuk sesuatu yang baik kan, kita sendiri, terlebih dahulu perlu melakukan itu, ataupun, bila dah nasihat, kenalah kita buat jugak. Bukan cakap tapi tak serupa bikin.
Oke, aku bukan cakap benda ni sesaja. Which is dalam Al-Quran sendiri, Allah ada berfirman tentang perkara ni. Dalam Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga, begitu jelas Allah mengatakan,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 2
"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 3
Oke, dah nampak kan kat sini, orang bukan saja-saja nak marah or nak membebel dengan frasa 'cakap tak serupa bikin' ni. In fact, Allah sendiri sudah tegaskan dalam Al-Quran berkenaan hal ini.
Jadi, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha, supaya kita dijauhkan dari melakukan perkara yang sia-sia, dan semoga Allah sentiasa memimpin kita untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja menasihati, tetapi juga dapat kita aplikasikan kepada diri sendiri. Insya Allah. Aamiin 🤲🏻
Sekian, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan. Jaga diri, jaga iman, jaga solat. 😊😊😊
Sincerely,
Yani Hamshah
9.30 PM
24 Disember 2019
Saturday, March 1, 2014
Aku susah berdiet, Herbalife dapat nama? Huhu...
Ya, aku susah payah berdiet, Herbalife pulak dapat nama. Mana aci?!
Weeee Sabar Yani, S.A.B.A.R.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat morning.
Mana ada marah pun pagi-pagi ni sabetu ni.
Al kisahnya aku teringat perbualan di antara adik aku dengan aku masa kitorang beli Burger Kinggggh semalam tadi. (Semalam tadi? ehheee curi ayat Alisya lah. :p)
Gini aku ringkaskan ceghitanya dan aku buang mana tak perlu :
Aku: Sedapnya aiskrim tu! (Adik aku tengah makan aiskrim 80sen kat Burger King tu)
Syukri: Memanglah sedap, lagi sedap dari MCd.
Aku: Untunglah hang boleh makan aiskrim!
Syukri: Kenapa pulak? Bukannya haram.
(Gitu pulak jawapan dia. Senget sungguh! Aku tercabar lah oi sebab aku dalam fasa TAK BOLEH MAKAN AISKRIM! get it? hehee. )
Aku: Lah, memanglah halal, siapa kata harammm.
Syukri: Minum herbalife eh?
Aku yang tengah blur : Eh siapa?
Syukri: Awak minum Herbalife eh? You? (Huyooo ber you you pulak adik aku ni!)
Aku: Eh mana ada! Aku mana kaya nak minum Herbalife. Mahai tau dak?
Syukri: Yeke mahai? Bukan satu shake RM 5.00 ke?
Aku: Eh yeke? RM 5.00? Biar betul hang? (Serius aku tak tau.)
Syukri: Entah tak tahu.
(Sengallllllllll!!!!)
Sabar sajalah. Gitu lah perbualan kami. Lepas tu aku memang borak panjang, aku kata kat dia, aku diet Atkins. Aku tak berani nak ambil mana-mana product untuk turunkan berat aku ni. So pilihan aku, clean diet~
Aku rasa, korang tau kot aku amalkan diet Atkins. (Perahsan mat labun betol. Tiheee)
Eh korang hari ni dah 1 Mac kan? Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, 4 bulan 1 hari sudah aku berdietttt. Berapa banyak turun? Entah malas nak kira kilo. (Hahaha padahal stress sebab berat dah sangat susah nak turun.) Cuma, syhhh syhhh nak beritahu ni, dah masuk lah angka 5. Cuma berat ideal tu ada banyak lagi kena turunkan.
Nak dijadikan ceghita, permulaan aku diet, tersangatlah pemalas tahan ular sawa kekenyangan.
Kerana apa???
Kerana jarang-jarang sekali aku bersenam.
Alhamdulillah, turun jugak berat. Tapi memang aku jaga karbo, tak ambil lebih.
Part malas ni, please korang jangan sesekali mencontohi aku. Sebab aku takut nanti, berat akan mudah naik bila korang dah pilih untuk berhenti diet ni. (Sebenarnya pengambilan makanan sehari-hari kita, sampai bila-bila pun kita kena tengok kebaikan atau keburukan nya kan?)
Jangan pakai bedal je, sebab badan kita ni pinjaman dari Allah, then you kena pandai jaga amanah yang Allah berikan.
Bila berat aku dah capai saja angka 5, aku memang terasa ringan sikit dari sebelum ini.
Dan apabila badan tak terasa berat, jadinya memang tiap-tiap malam aku akan workout. (Since hang balik kerja sampai rumah dah pukul 7, memang taklah hang nak berjoging bagai kat taman dan sebagainya kan? kan? kan?)
Senaman aku mudah je, aku selalu ambil masa lepas solat isyak. (Utamakan Allah ye anak-anak walau awak nak buat apa. Ajal maut kita tak tahu datang bila, kotlah tengah bersenam tetiba malaikat Izrail datang nak cabut nyawa, tapi awak tak solat lagi. Malaikat mana ada nak tunggu kita. So, masuk waktu, anak-anak ye sila solat.)
Kebiasaannya aku akan ambil masa 20 minit sahaja untuk senaman, takpe walau kejap, asalkan korang buat hari-hari. Yang penting masa bersenam tu, lakukan betul-betul.
Pengalaman aku, sebelum ni, kalau berlari ke, buat jumping jack ke, squat ke, sit up ke, amenda sebagainya ke memang cepat pancit.
Tapi bila dah hari-hari buat, kita akan rasa eh cepatnya dah 20 minit, macam tak cukup je masa. (Benda ni tak kisah, kalau korang nak buat lebih dari 20 minit pun lagi digalakkan.)
Cuma aku lah hanya ambil 20minit, sebab aku selalu bersenam dalam rumah ni sekitar pukul 10 malam. (Huuuu, gila lewat kan? Yes yes, tanggungjawab lain pun ada juga yang kena kita dahulukan. Bila semua dah settle, baru boleh bersenam dengan hati yang gumbira)
So hari-hari, senaman aku adalah begini :
1) Berlari setempat, buat regangan tangan & kaki (Senaman panaskan badan dulu)
2) Lompat bintang (50 Kali) (Peluh time ni, malu-malu lagi nak keluar.Haha.Teruskan!)
| jumping jacks~ senaman fevret ni weh~ |
3) Gerakkan kaki. Ikutlah macam mana cara yang selesa. (Aku jarang berhenti, sebab tak nak rasa penat sangat. Kalau kita terus berhenti, penat tu memang akan terasa sangat-sangat.)
4) Squat (20 kali). Penat serius wa tak tipu. Memang terasa urat otot semua sedang bekerja keras!
| Begini ye Squat~ |
5) Melompat (40 kali) Macam aku cakap, aku tak berhenti. Direct 20 minit punya senaman ni.
6) Berlari setempat sampai aku terasa letih dengan keadaan kaki diangkat tinggi.
(Haaa mesti korang tak faham kan? Aku pun tak reti macam mana nak terangkan. Tapi gini, bila berlari setempat tu aku akan angkat kaki tinggi-tinggi. Elakkan berlari memijak tumit ya, sila berlari menggunakan hujung jari kaki. Kepenatan itu tak akan terasa sangat.)
7) Sumo squat (20 kali). Masa ni peluh korang memang dah akan tak malu nak keluar. Biarkan ye.
8) Lompat bintang lagi (50 Kali) atau bilang sampai berapa banyak yang korang larat.
9) Plank (Bertahan sampai korang rasa puas hati. Cuba tahan untuk seminit dulu.) Yang ini aku cakap lah, serius peluh korang akan keluar banyak gila. Sebab dalam banyak-banyak senaman, inilah yang paling mencabar minda dan otak aku dalam berfikir. Betul! (Sebab biasanya kalau aku fikir tak larat, memang lepas tu aku akan tak larat. Haha so mind set pada situasi ni sangat penting!
| ini contoh kalau korang tak tahu~ |
10) Berlari setempat. Tapi tak payah nak aktif sangat ye. Sebab aku dah nak habis senaman ni. Lepas itu, breath inn breathhh outttt. (3 Kali)
Settle 20 minit aku!!!
Walau apa pun, ingin aku tegaskan di sini, ini hanyalah pengalaman/cara aku. Dan korang boleh buat senaman pelbagai gaya yang korang boleh google sendiri. (Ini berdasarkan apa yang aku buat.) Dan aku baru jugak buat senaman style gini, sebab sebelum ni malas, sekarang ni baru rajin. Semenjak berat susah nak turun.
Tak adalah kurus sangat pun aku ni, sebab aku belum habis diet. Masih menjaga pengambilan karbo setiap hari, di samping minum air masak banyak-banyak dan bersenam hanya 20 minit sehari.
Jadinya tak nampaklah sangat badan dah susut. Plus pipi aku pulak bukan jenis yang mudah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi biarkan sajalah eh.
Oh lupa, hari ni aku dah masuk fasa 2. Sungguh tak sabar aku nak makan kacang badam, gajus, buah strawberry dan juga buah tembikai susu. (Eh bukanlah aku nak makan sederap gitu, masih jaga karbo untuk seminggu ini sebanyak 25gram satu hari. Yeay!)
Badan aku ni dah boring dengan fasa satu, so up to phase two. Ades nak kena study pasal fasa 2 diet ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Aamiin.
Orait korang, apa saja pengalaman aku mengenai sepanjang perjalanan diet aku ni, mana-mana yang tak elok tu, jangan ikut, korang boleh buat lebih baik dari aku. Yang penting korang kena kuat!
Jaga juga pengambilan kalori dalam sehari untuk permudahkan berat korang turun ye.
Sekian dulu untuk entri berkenaan diet atkins ni.
Terima kasih sudi baca entri ini.
Kalau ada yang korang terasa ke apa-apa, minta maaf eh.
Take care, sekian. Wassalam.
Anything about you,
Norzayani Binti Norhamshah
10.49 am
1 Mac 2014.
Eh jap, nak belanja gambar sikit. Gambar before and after lah kengkonon, walau takdelah banyak mana pengurangan. ;)
![]() |
| 2013-2014 |
Friday, October 11, 2013
Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali
| Sabda Rasulullah SAW : Wahai Ali ! 1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya. 2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat. 3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya. 4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian. 5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 6) Wahai Ali ! Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya. Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedeqahnya Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya 7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah. 8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat. 9) Wahai Ali ! Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat, 2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama 3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia 10) Wahai Ali ! Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu : 1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat 2) menanggung kekasaran orang 3) sabar atas segala kesusahan 11) Wahai Ali ! Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu : 1) berkata benar 2) menjauhkan yang haram 3) merendah diri 12) Wahai Ali ! Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu : 1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk 2) menjauhi kawan yang jahat 3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram 13) Wahai Ali ! Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu : 1) sembunyikan ibadah 2) sembunyikan sedeqah 3) sembunyikan musibah 14) Wahai Ali ! Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci kepada nafsunya 2) sentiasa menghisabkan nafsunya 3) memanjangkan berdiri mengadap Allah 15) Wahai Ali ! Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu : 1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh 2) memperbaiki agamanya dengan amal 3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya 16) Wahai Ali ! Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu : 1) makanan yang halal 2) duduk bersama ulama' 3) solat fardhu berjemaah 17) Wahai Ali ! Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) segera dalam taat kepada Allah 2) menjauhkan segala yang haram 3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya 18) Wahai Ali ! Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu : 1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu 2) mengeluarkan zakat 3) suka bersedeqah 19) Wahai Ali ! Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu : 1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan) 2) memberi orang yang menegahnya 3) memaaf orang yang menzaliminya 20) Wahai Ali ! Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu : 1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah 2) sabar menghadapi musibah 3) sabar menerima qadha Allah 21) Wahai Ali ! Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu : 1) menjauhkan yang haram 2) menuntut ilmu 3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya. 22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa. 23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara : 1) solat fardhu berjemaah 2) menghadiri majlis ulama' 3) menziarah orang sakit 4) memberi minuman 5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan 6) memuliakan jiran 7) memuliakan anak yatim Sumber : http://teladan98.tripod.com/teladan152.htm *** Semoga bermanfaat buat kita semua. Amin. |
Saturday, November 24, 2012
Cameron Highlands #Part1
Assalamualaikum...
Hye korg...sehat tak?
First time ni update entry pkai fon...heheee lappy xde lah...asal boley je la...
haihh alamaks siyes xde idea nk taip ape2...otak tengah tepu...
xpelah...biar gambar2 saja yg berbicara dulu erh...
#tengkiu baca entry ni..(kene edit jugak ni nanti...)hehehe
Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
24 November 2012 / 10 Muharram 1434H
16:55PM
Saranghae...
NA
Hye korg...sehat tak?
First time ni update entry pkai fon...heheee lappy xde lah...asal boley je la...
haihh alamaks siyes xde idea nk taip ape2...otak tengah tepu...
xpelah...biar gambar2 saja yg berbicara dulu erh...
#tengkiu baca entry ni..(kene edit jugak ni nanti...)hehehe
Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
24 November 2012 / 10 Muharram 1434H
16:55PM
Saranghae...
NA
Subscribe to:
Posts (Atom)
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...
-
Cukup...cukup sudah... Cukup sampai di sini saja... Cecewah Yani, bernyanyi bagai... (Haipp mana ada aku nyanyi, itu cedok lirik l...
