Posts

Showing posts from February, 2015

Asam Pedas Untuk Dia...

Image
Aduhai, untuk mengarang entry ini, saya rasa asyik ada je ayat yang tak kena.
Ehem permulaaan ayat pula lagilah hampeh.
Hari ini, saya nak buat review sedikit berkenaan cerita ini. Asam Pedas Untuk Dia. Review apakah? Novel kah? Drama kah?
Heee, entahlah, belasah je lah, apa yang akan tertaip di sini nanti. Almaklumlah, saya bukan reti benau tulis menulis ni.  Haha, blog ini sekadar medium saya bercerita. Sila abaikan cara saya mengolah sesebuah entry ye.
Saya bukan penulis blog tegar, makanya memang terlalu banyak kelemahan untuk menarik minat orang membaca blog saya.
Oke stop (amenda kau merepek ni yani! ) termelalut pula.
Untuk pengetahuan anda dan diri saya sendiri, rupa-rupanya novel Asam Pedas Untuk Dia ini sudah wujud sejak dari 2013 hoke.. 




Neehhh, 2015 baru saya terhegeh-hegeh nak cari, nak beli, nak baca. Ketinggalan sangat ye yani! Proses nak mencari novel ini agak penuh kesusahan ye kawan-kawan.
selingan jap : ngkorang toksah tanya hakak la ye, kenapa tiba-tiba akak tersamp…