Showing posts with label #Disember. Show all posts
Showing posts with label #Disember. Show all posts

Friday, December 4, 2020

#RESEPI : Chocolate Mousse Cake

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak dari mula-mula ada blog, aku tak pernah berjaya untuk mulakan ayat pada perenggan pertama. Entah apa-apa kan. Hahaha.

Well bukan senang untuk memulakan sesuatu penceritaan, lagi pulak aku dah lama gila tak buat entry baru. So tak mudah ye kat situ. 

Masih relevan lagi ke blogger ni pada tahun 2020? Yelah, sebab kan dah terlalu banyak medium socmed, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube and so on.

Pada aku, onz je lagi blog ni, sebabnya dari dulu aku anggap blog aku ni ibarat diari maya. Maksudnya aku bebas nak tulis apa je kat sini. Orang nak baca ye orang baca, orang tak nak baca, tak yah lah baca. Gitu kekdahnya. ^-^

Oke, untuk hari ini, aku akan share resepi yang aku dapat daripada facebook.

 *** (korang boleh klik kat resepi atas tu supaya boleh terus tengok videonya)

Lepas dah tertengok video tu, aku jadi macam excited nak buat, sebab bahannya sangat simple!

Plus semua bahan tu aku ada kecuali susu. Memula aku malas nak keluar rumah cari susu, tapi sebab ayah ada pesan suruh beli telur dengan roti, so aku pun tumpang sekaki la. Gitchewww. ^-^

So, this is the recipe.

Chocolate Mousse Cake (No Bake Chocolate Mousse Cake)

Bahan A

Tepung Jagung - 1/2 Cawan

Serbuk Koko - 1/4 Cawan

Susu Segar - 1 Liter

* Kedua-dua bahan ni gaul sekali dalam satu mangkuk, kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu tadi. Gaul rata, kemudian, tapiskan ke dalam periuk.

Bahan B

Gula - 1/2 Cawan (Aku pakai brown sugar, sebab tak nak manis sangat. Haha ada kena mengena ke?)

Whipping Cream - 1/2 Cawan (ingat jangan salah beli, whipping cream, bukan cooking cream.)

Garam - secubit manja haha

** Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A, dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Gaul semua bahan sampai tekstur adunan tadi bertukar menjadi pekat dan likat.

Bahan C

Dark Chocolate - 1/2 Cawan (hat ni ikut suka hati hampa la nak pakai brand apa, aku punya impian lepas ni nak pakai callebaut chocolate.)

Esen Vanilla - 1 Sudu Kecil

*** Selepas Bahan A, Bahan B tadi dah pekat dan likat, kita boleh masukkan dark chocolate. Lepas tu, gaul lagi sampai pekat. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Gaul sebati, sampai korang rasa puas hati dengan tekstur adunan mousse cake korang.

Letak dalam loyang, or korang boleh letak dalam bekas aluminium yang macam aku pakai ni.

Kalau korang letak dalam loyang, nanti korang bolehlah potong-potong dan makan.

Tapi aku tak koser nak potong-potong, jadi aku letak dalam bekas aluminium yang kecik-kecik tu, so boleh lah dapat 3 bekas. Banyak sikit boleh dapat kan. Haha.

So dah siap. Dan lepas tu, korang letak dalam fridge selama 8 jam atau semalaman.

tadaaaa rupa mousse cake aku sebelum bersemayam dalam peti. ^-^


So, lepas dah biar dalam peti sejuk selama beberapa jam lamanya, Mousse Cake korang dah sedia untuk dinikmati. Jangan lupa tabur manja serbuk koko atas Mousse Cake tu, so takdelah nampak togel je Mousse Cake tu nanti. Bahahaha. 

Letak cemni tau serbuk koko nya. 


Oke next.~ Teksturnya.

Ni tekstur dalam, kan dia nampak macam puding cekelat.^-^


So, korang yang tengah baca ni (ahaaa macam laaaa ada yang baca blog kau ni Yani oi! Ahaa hidup kena confident), meh la kita semua try resepi ni. Dulu kan masa aku pernah praktikal, selalu je aku bawak Mousse Cake ni ke hulur hilir setiap kali ada event kat Banquet Intekma Resort sana. Tapi tak pernah makan, tak pernah rasa. So atas kapasiti perasaan yang begitu mendalamlah aku nak try buat jugak resepi ni. Tapi selalunya Mousse Cake ada letak gelatin, tapi sebab resepi ni takde, tu yang buat aku lagi tertarik nak buat. Abegituuu ceritaanya.

Eh oke lah korang, dah panjang sangat kot aku rasa apa yang aku melalut dalam entry kali ni. Padahal patutnya share resepi je kan. Hahahaha.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.




Me, myself and I,

Yani Hamshah
4 Disember 2020
18 Rabiul Akhir 1442H 

Sunday, December 15, 2019

Berdamailah Dengan Takdir

Setiap kisah cinta itu bukan semestinya akan berakhir dengan pengakhiran yang bahagia.

Kerana setiap kisah cinta yang dilalui oleh seseorang itu punya banyak cerita yang tersembunyi.

Seharusnya cinta itu membangkitkan semangat, bukan melemahkan jiwa.

Cinta dalam ikhlas kerana Allah itu, tidak meletakkan ekspektasi harus dia. Sebaliknya jika tidak ditakdirkan untuk bersama, mampu melepaskan juga mendoakan kebahagiaan buat dirinya, dengan harapan, bahagia juga akan menjadi milik kita.

Barangkali apabila kita tidak mampu untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati, menyebabkan kita sering mengalirkan air mata. 

Air mata bukanlah petanda kita lemah, sebaliknya pada setiap titisan air mata itu, Allah selalu memujuk hati dan perasaan kita, bahawa kita tidak patut untuk meletakkan setinggi harapan pada makhlukNya jua. Allah memujuk kita, dengan memberi kelegaan setiap kali selepas kita mampu untuk mengeluarkan tangisan.

Ada manusia yang mudah untuk melupakan, ada manusia yang sukar untuk membuang perasaan.
Ada manusia yang mudah melupakan itu, mungkin akan menghadapi situasi di mana dia akan sukar membuang perasaan cinta, kasih dan sayang.

Ada manusia, dia cuba untuk membuang semua perasaan dengan cara membenci.
Ada manusia, yang memilih untuk melupakan semua perasaan sakit ditinggalkan dengan cara terus menyayangi. Nampak seperti bodoh? Oh tidak, bukan. Itu adalah salah satu terapi untuk kita tidak terus menyakiti hati dan perasaan kita sendiri.

Carilah di mana kekuatan kita. Sama ada melupakan dengan cara membenci, atau melupakan setiap kesakitan perasaan dengan cara terus mendoakan yang terbaik buat dirinya, terus menyayangi dirinya, terus berbuat baik kepada dirinya. Kenali hati, diri dan perasaan kita. Teruskan berdoa dan meminta kepada Allah supaya dipinjamkan sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan, seterusnya berdamai dengan takdir yang bukan tercipta seperti keinginan hati kita.

Entry malam ni mungkin agak emosi, barangkali teringat kisah lama. Kurang pasti pada saat dan ketika ini, andai diingatkan semula, sama ada ia menjadi kenangan pahit ataupun manis.
To be honest, after months, i'm still love him. Masih belum berjaya melupakan. Masih mampu mengalirkan air mata setiap kali terkenang peristiwa yang lama. Ada orang mungkin merasakan 6 bulan bukan jangka masa yang lama untuk kita melupakan seseorang, dan ada orang, mungkin merasakan, mana mungkin sudah bulan ke enam, masih belum melupakan, masih boleh bersedih.

Bersedih itu normal. Berada dalam kesedihan yang berterusan itu yang tak bagus.
Menangis juga normal. Tapi meratapi takdir yang sudah tertulis itu juga tidak bagus.

Mengukir senyuman di wajah setiap kali hati bersedih itu memang payah. Tapi dengan bantuan Allah, kita akan mampu hadiahkan senyuman buat manusia lain di saat hati dan perasaan kita diuji teruk.

Perasaan adalah anugerah dari Tuhan untuk kita sebagai makhlukNya.
Jagalah amanah itu dengan sebaiknya, supaya kita menyayangi dan melakukan sesuatu adalah kerana Allah, kerana ingin mendapat keredhaan dariNya.

Mudah-mudahan satu hari nanti kita juga akan dikurniakan bahagia seperti orang lain juga.
Andai bukan di dunia, barangkali Allah sudah sediakan yang terbaik buat kita di akhirat kelak.

Jangan pernah putus asa dan jangan pernah berhenti berdoa.

P/s : Untuk si dia yang mungkin tidak selesa kerana perasaan saya yang masih belum berubah, beri saya masa untuk melupakan semuanya. Ia tak semudah yang pernah saya tuturkan satu masa dulu. Seperti mana saya pernah beritahu dahulu, 'ajarkan saya bagaimana untuk mencintai kerana Allah, supaya apabila ditinggalkan nanti, saya masih mampu dan ikhlas untuk mendoakan yang terbaik.'
Dan sekarang saya tengah mengajar hati saya 'untuk melepaskan semua kerana Allah, kerana saya percaya Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita berdua di masa depan.'
Bila hati saya dah tak bergetar setiap kali kita berdepan, pada saat itu, saya percaya yang saya sudah melupakan perasaan saya. Tak mudah untuk saya kali ini, kerana di waktu kita berkawan pun saya boleh jatuh cinta hari-hari. Kerana di saat kita mengenali, acap kali saya menyayangi dan melupakan.  Menyayangi kemudian move on. Selepas itu, terjatuh cinta sekali lagi, kemudian berusaha keras untuk melupakan. Alhamdulillah, saya hampir berjaya. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya, kemudian Dia takdirkan semula untuk saya jatuh cinta untuk kali yang ke berapa entah! Lalu saya belajar untuk takdir yang tercipta itu, saya tak boleh paksa diri untuk melupakan, sebaliknya, hargai sahaja apa yang Allah berikan untuk saya. Kalau Dia sedang rencanakan untuk saya menyayangi, saya tak mahu paksa diri untuk terus melupakan, sebaliknya, saya serahkan semua urusan kepada Dia. Saya percaya apa yang Dia beri untuk saya, ada hikmah dan ibrah yang Dia mahu saya belajar di sebalik takdir itu. 


Wednesday, December 10, 2014

Kembara Mencari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...





Heee tengok tajuk, kemain bergegar kepala, akal dan fikiran...
Jodoh dan cinta adalah satu perkara 'famous' untuk anak-anak muda sekarang.

Kalau orang yang dah berumur belum jumpa jodoh, lagi bertimpa-timpa fofularnya.
Al maklumlah, sikap segelintir pihak yang sangat 'menjaga' kebajikan orang sekeliling ini ramai jumlahnya. Tak terkira banyaknya.

Sangat mengambil berat sehingga kadang-kadang soalan yang ditembak, menembusi jantung si mangsa.

Sekali lagi, jodoh itu misteri.
Tapi misterinya jodoh itu, bukan sekadar duduk menunggu. Tanpa usaha.
Mesti kena berusaha.

Di dalam Al-Quran, Allah sudah menggariskan tatacara untuk cari calon pasangan yang sesuai.
Saya akui, di zaman canggih serba moden ini, untuk mencari seorang calon pasangan yang baik itu teramatlah susah.
Kalau ditakdirkan sudah jumpa, tiba-tiba dapat berita, si dia kepunyaan orang.
Amaran keras! Jangan sesekali ganggu hubungan orang lain.


Misteri jodoh lagi, tidak semestinya kita hanya menunggu dan berdoa.
Jodoh itu perlu ada usaha dan doa yang seiring sejalan. (Haa ayat dah macam lagu)

Pada amatan dan pengalaman saya sendiri, bila orang bertanya berkenaan jodoh, saya hanya mampu berkata, 'belum sampai masa lagi.'

Kalau ada yang komen lebih-lebih, saya sekadar menghadiahkan senyuman. Tak perlu nak jawab panjang lebar.


Dah, nak cakap apa lagi kan?
Memang saya tak cari calon lagi, saya belum usaha cari.
** (Itu dulu la.. Sekarang ni sudah dan sedang memulakan misi. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Kalau jumpa, adalah nanti, kalau tiada, mungkin Allah nak temukan jodoh kita itu di akhirat. Wallahu'alam..)

Heee dan takkanlah saya nak bagi jawapan semata-mata nak puaskan hati orang. Ye tak?

Mana ada manusia yang tak mahu ada pasangan hidup.
Semua manusia, Allah kurniakan perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Hidup berpasangan itu sudah tentu lumrah.

Tapi jangan pernah putus asa dalam usaha mencari jodoh yang baik.

Jodoh itu bukan sekadar, awak cintakan saya, saya cintakan awak. (Ayat lejen, semua pasangan)

Bukan sekadar, awak jadi imam saya, saya jadi makmum awak. (Ayat famous anak muda zaman sekarang, tapi usaha ke arah menjadi imam dan makmum itu tiada. Sadis.)

Dalam kembara mencari jodoh, awak mesti kena berusaha. Kena belajar. Apa itu rumahtangga.
Rumah tangga bukan sekadar ada rumah yang mempunyai tangga ye.
Dalam rumah tangga, ada banyak sangat perkara yang sebenarnya awak boleh belajar dalam keluarga awak sendiri.

Amanah, tanggungjawab, tolak ansur. Bukan untuk sesiapa pun.
Ia untuk diri kita sendiri.
Untuk pasangan,
Untuk bakal khalifah-khalifah kecil tu nanti.
Jodoh bukan sekadar perasaan cinta.

Sekarang ini, dah banyak sangat buku yang boleh awak baca untuk dijadikan rujukan sebelum menuju gerbang perkahwinan.
Nikah kahwin ni, bukan hanya cinta semata-mata.

Kehidupan berumah tangga pula terlalu banyak cabaran dan dugaannya.
Maka, aspek fizikal, mental dan rohani perlu disediakan secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapinya di masa hadapan bersama pasangan.
Kehidupan berumah tangga bukanlah sentiasa manis.
Ada kala, kalian pasti akan diuji.
Sebab itu kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Baiki kekurangan diri.

Jangan nanti bila dah kahwin, asyik menyalahkan pasangan, kenapa tidak mahu berubah. Kenapa susah sangat nak faham. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati yang akan timbul.
Pentingnya dekat sini, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga itu perlu dicari.

Bila sudah berumah tangga, diaplikasikan.
Mahu hidup yang harmoni, jangan asyik sentiasa cari salah orang, sentiasa kata diri sendiri saja yang betul. Kalau mahu hidup sepakat, kena sentiasa belajar bertolak ansur. Jangan mudah kecil hati. Lapang dada terima nasihat dan teguran.

Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Baik suami, baik isteri. Masing-masing mesti sentiasa belajar, berusaha menjadi pasangan yang terbaik.
Itu kita namakan 'win-win situation'.

Kita ni, mana boleh ubah orang.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah orang lain mengikut acuan yang kita kehendaki.

Kita ini hanya boleh menasihati orang dan mengubah diri sendiri.
Kalau kita asyik stress fikir kenapa orang tak nak berubah, alamatnya boleh jadi gila tau.

Hidup ini, terlalu pendek untuk kita rasa tertekan dengan perkara kecil begitu.
Ye, saya tahu ada orang menganggap perkara macam tu besar.
Besar ke kecil dugaan yang kita rasa bergantung kepada cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sangka baik dengan Allah, insya Allah, dia akan lapangkan dada kita untuk sabar dan tabah terima dugaan tanpa mengeluh kepada orang lain, melainkan mengadu hanya kepada Dia.
Indah tau, hidup bersyariat ni.
Kesimpulannya, dalam jodoh dan perkahwinan, mesti sentiasa berusaha.
Berusaha baiki kekurangan dan kelemahan diri.
Sempurna itu takkan mampu dicapai. Tapi kita boleh sentiasa berusaha memberi yang terbaik.


Ok, sekian dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Assalamualaikum.


-Zayani-
Dis 2014


P/S : Jangan terlalu khuatir dan bimbang berkenaan jodoh, sehingga melupakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Matlamat utama kita hidup dalam dunia bukan sekadar mengembara mencari jodoh, bahkah ia adalah sebuah kembara yang panjang mencari redha Ilahi. Kita ini khalifah. Kita ada tanggungjawab. Renung-renungkan. ^-^

Wednesday, December 3, 2014

Dunia tak pernah adil ?



"Dunia ini tak pernah adil selagi mana Islam tidak memerintah. Tetapi di negeri Akhirat sana adalah tempat yang seadil-adilnya. Kalau tak puas hati, tuntutlah di akhirat nanti. InsyaAllah." ~ abang Khalid

petikan daripada entry terbaru dari blog Tarbiah Sentap ... 

Hasil nukilan,
Saudara Ahmad Shukery.

~Entri ini sangat bermanfaat. Kerana ia berkisahkan ketidak adilan yang sering berlaku pada diri kita. Point utama, letakkan pergantungan hanya pada Allah. Dia pasti mudahkan urusan. Dan kita pasti boleh 'tersenyum' menerima ujian daripada-Nya.


Fahamkan erti Islam sebenar. 
Ajarkan pada diri supaya pergantungan setiap manusia hanya pada Allah.

Hidup ini tak akan pernah sunyi dari segala ujian dan dugaan.
Dunia bukan tempat untuk bersenang lenang, kerana itu, kita selalu dihujani ujian.
Letakkan pergantungan hanya pada Allah, semoga Dia akan sampaikan pada kita kesabaran, ketenangan juga ketabahan dalam menempuh setiap dugaan.

Yakinlah bahawa hidup tanpa ujian dan dugaan itu pasti sunyi dan gelap.
Sebaliknya, dengan ujian dan dugaan, kita akan lebih matang, lebih punya sikap perhambaan, seterusnya kerana ujian dan dugaan jugalah kita akan lebih positif di kemudian hari.

La tahzan, innallaha ma'ana.  Yakin. Yakin. Yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih.


Hidup tanpa ujian ibarat tanah yang kering tanpa titisan air.
Hidup dengan dugaan seperti manusia yang memerlukan oksigen untuk terus bernafas.

Namun, semua yang berlaku, adalah dengan izin Allah. (Biiznillah)

Semoga satu hari nanti kita mampu senyum dan ucap alhamdulillah setiap kali kita diuji.

Insya Allah.

- Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan -

Sunday, December 15, 2013

Diet Atkins - Part 2

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru kejap je publish tadi ni ha. Kuikuikui.
Mengada kan?!

Oke straight to the point la. DIET ATKINS - PART 1 , aku lebih bercerita tentang bagaimana permulaan diet aku.

Kita sambung ceghita dari part 1 okeh?

Macam mana aku tahu tentang diet atkins ni adalah dari blogger Cik Puan inaachik.blogspot.com .
Memandangkan aku follow blog "Kakiku Suka Berjalan", satu hari tu aku ada ternampak entri beliau. Tertarik pula nak membaca. So, aku klik entri tu. Baca dan baca. Hurm, timbul minat nak try.
Aku tak kira. Aku nekad. Aku nak cuba diet ni. Selepas aku usha beberapa blog yang menerangkan tentang diet atkins ni. Lagi lah aku bersemangat. Aku ingat lagi. Masa aku baca info tentang diet ni. Aku tengah puasa. Tarikhnya ialah 31 Oktober 2013.

Agak kagum jugaklah tengok pencapaian orang yang mengamalkan diet ni. Tapi aku waktu permulaan dulu agak poyo. Sebab aku sekadar nak cuba-cuba saja. Kononnya macam tak mau percaya lah diet ni memang boleh turunkan berat dengan 'laju'. Niat aku, saja ingin mencuba nasib. Saja nak try. Betoi ke idak diet ni. Macam tak percaya je. Macam susah percaya je. Macam mengada je aku guna ayat ni!

Oke korang tolong klik SINI untuk lebih mengetahui tentang diet atkins ni. Sebab orang itu ialah OTAI ATKINERS! Beliau sangat berdisiplin ketika mengamalkan diet ni. Aku ni agak hampeh. Tapi hampeh-hampeh aku, tak lah aku pernah cheating! Eh yeke tak pernah cheating? Hurmm takpe. Kita fikir lain kali.

Macam mana yang pernah aku beritahu dekat DA Part 1, diet atkins ni ada 4 fasa yang korang kena lalui. Fasa 1 ialah induction. Fasa ini ialah fasa yang terpenting sekali. Macam aku pernah beritahu, untuk amalkan diet ni, korang kena rajin membaca. Google apa saja info tentang diet ni supaya korang boleh berjaya menurunkan berat badan. Please join group INI kalau korang betul-betul nak turunkan berat badan. Dalam group tu ada banyak sangat info dari senior Atkiners. Dan lagi korang MESTI baca file ni sampai habis .

Tolong ye. Supaya korang berdiet, bukanlah zero. Supaya korang mengikuti diet ini dengan ilmu. Tak adalah nanti korang tersalah makan, then terambil makanan yang korang tak boleh makan semasa fasa induction.
Sejujurnya aku katakan, fasa induction ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tak kuat, memang selalunya diet korang akan kecundang di tengah jalan. Yang aku belajar melalui diet ni, hati kena BERTABAH!

*** Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Apabila korang dah nekad nak ikut jugak diet ni. Korang kena ikut rules diet ni. Yang mana korang :


Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
Dah baca? Agak-agak tabah tak hati tu nak meninggalkan nasi, mee, roti, sos, kicap dan sebagainya?
Tabah? Kuat? Bagus!
Kita tengok pulak apa yang korang boleh makan bila amalkan diet ni.


Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)



Orait, ini semua adalah menu yang korang boleh makan. Korang boleh makan semua makanan ni. Kecuali karbohidrat yang tinggi-tinggi sangat tu. Itu pun kalau betul korang nak turunkan berat. Aku tak paksa. Cuma aku beri laluan untuk memudahkan korang dalam urusan berdiet. Dapat?
Ini syarat semasa berinduction. Tolonglah ikut kalau korang serius nak turunkan berat.


Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)


Oke ya, ini semua perkara terpenting semasa mengikuti dan mengamalkan diet ni.
Ia adalah sebahagian tentang fasa induction. Korang jangan sempitkan pemikiran, "eh apa ni? semua tak boleh?" "takkan nasi sikit pun tak boleh?" (erkk kalau nak makan nasi bukan waktu induction Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi jangan ikut Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi, boleh ikut diet rendah kalori. Dan korang boleh google untuk dapatkan info tentang itu.)

Korang boleh jadi seorang yang "HAPPY ATKINERS" apabila korang tak terlalu stress untuk menurunkan berat. Korang ikut saja flow. Kalau tak turun berat banyak sangat dalam seminggu, korang boleh ukur lilit badan korang. Mesti ada yang kurang! Bila berdiet ni, bukan ia hanya tertumpu pada penurunan berat korang, tapi apa yang korang rasakan. Sebagai contoh, kalau korang timbang, dan berat korang nampak macam tak turun banyak, tapi dalam masa yang sama korang ada try baju lama korang yang kecik sikit tu, bila sudah try, dan ternyata korang boleh pakai balik baju tu. Itu tandanya diet itu sedang 'berjalan'. Korang jangan risau. Kalau korang stress, berat pun susah nak turun. Serius!

Aku suggest, tolonglah buat "clean diet" kalau korang nak turunkan berat dengan cepat. Jangat nak cheating sangat. Boleh? Mesti boleh! Orang lain boleh, takkan kita tak boleh?
Kena selalu ingat. Diet ni bukan magic. Bila korang amalkan seminggu, then korang terus jadi kurus. Tak! Bukan! Korang akan melalui selama beberapa bulan. Dan setiap hari yang korang lalui itu pasti ada pengalaman yang tersendiri.

Aku start buat diet ni dengan hati yang suka-suka untuk menurunkan berat, sekadar cuba-cuba ialah pada 1 November 2013. Yang mana berat aku yang terakhir kali aku timbang ialah 68kg. Berat kan wehhhh? Baju tak payah cakaplah. Semua saiz L ke XL je. Baju peplum yang pernah aku beli awal tahun tu tak tahu la tahun bila boleh muat! Haha.

Dan untuk pengetahuan korang, aku masih dalam fasa Induction. Untuk melangkah ke fasa ke dua, aku perlu turunkan sehingga 4 kilo sebelum ke berat ideal. Contohnya berat ideal mengikut BMI aku ialah 51kg. Jadinya bila berat aku sudah capai 55kg. Baru aku boleh pergi ke fasa 2. Itu melalui pembacaan aku lah.
Oke, semasa diet atkins ini jugak, korang akan mengalami berat yang statik. 

Contohnya berat korang tak naik dan tak turun. Yang ini aku tak berani nak share sebab aku belum masuk fasa ini. Jadi korang boleh google ataupun tanya pada senior dalam group KELAB DIET ATKINS yang ada kat FB korang tu.

Perkara paling mencabar semasa aku amalkan diet ini sudah semestinya ialah untuk mengawal nafsu makan. Kau gila ingat mudah aku nak tahan tengok orang makan KFC, DOMINOS, KEK SECRET RECIPE, NASI GORENG, ROTI CANAI, BISKUT, SUSU, SOS, KICAP, POPIA BASAH, BUAH-BUAHAN semua tu. Tak lah korang. Tak mudah untuk aku tahan. Susah. Rasa nak menangis tau! Gila semua makanan kegemaran aku tak boleh nak di makan. Sob. Sob. Susu dengan oats yang aku selalu minum tu pun aku tak boleh minum. Sedih bhaiii!

Tieheee, tapi nak diet punya pasal. Wa buat tak endah je la. Hati kena jadi tabah. Telinga kena jadi telinga kuali, telinga sudip, telinga periuk, telinga besi dan sebagainya. Heehe.
Korang nak tau kenapa? Sebab orang sekeliling korang akan cakap "huyooooo, nak dietttt...huyooo.."," alahhhh makanlah sikit ni, tak jejaskan pun diet awak tu", "alaaa dah lama diet, tak kurus pun, sama jek". Tolong, tolong ,tolonglah tahan dengan ayat-ayat begini.


Perlian sebegini selalunya adalah kerana lumrah masyarakat di Malaysia, perkataan DIET itu hanya untuk di sindir-sindirkan. Bila sudah berjaya, baru mereka diam. Untuk buat mereka diam, kita kena berusaha sampai berjaya walau ambil masa yang agak lama. Kan aku dah kata, diet ni bukan magic. Kau diet minggu ni, minggu depan kau fikir kau dah kurus? TIDAK SAMA SEKALI ya!
Meh aku share lagi.

Minggu pertama aku buat atkins ni berat aku turun dalam 2.8 kg sahaja. Tak banyak pun. Sebab ada orang turun sampai 5 kg tau dalam seminggu. Tapi aku tetap bersyukur. Okelah dari takde. So, bersemangat nak turunkan lagi berat. Chayok Yani! Kau boleh!

Minggu kedua, kalau tak silap turun dalam 2 kg sahaja. Erk tak banyak, tapi okelah, dari tak ada.  (Aku selalu cakap dalam hati, okelah dari tak ada langsung kan?) Dalam masa dua minggu aku berjaya turunkan 4.8 kg. Aku kagum dengan usaha aku. Cewahhhh! Padahal ini malas lagi tau. Sebab aku tak exercise.
Minggu pertama aku bersenamlah juga. Minggu kedua?

Hampeh! Sebab aku accident. Kaki bengkak, luka sana sini. Jadi, keadaan tak memungkinkan untuk aku bersenam.

Tapi idaklah aku meninggalkan diet ni. Diet ni tetap aku teruskan. Walau sakit selepas beraccident, tetap aku gagahkan kaki ke dapur untuk memasak makanan diet aku. Korang nampak tak kat sini? Untuk mendapat sesuatu yang korang inginkan, ia bukanlah mudah. It takes pain!

Allah takkan bagi kita sesuatu perkara itu dengan mudah. Bila Allah beri dengan kesusahkan baru kita akan lebih menghargainya.

Ok, minggu ketiga. Jeng jeng jeng. Minggu ini adalah minggu yang tersangat sukar sepanjang aku mengamalkan diet ni. Ia adalah kerana aku telah mengalami sakit kepala yang teruk (migraine sebab terkena hujan masa balik kerja), dan malamnya perut aku tak sedap lalu aku muntah sebanyak 4 ke 5 kali. Esoknya aku pun MC. Tak larat gila nak pergi kerja. Lemah rasa badan.

Adakah kerana diet ini puncanya? Pada aku bukan kerana diet ini. Tapi kerana aku migraine dan tekak aku terasa nak muntah. Korang tau tak, masa itu aku terpaksa ambil sebiji buah kurma untuk melegakan tekak dan perut aku. Sebiji buah kurma mengandungi 5gm karbohidrat! Dan aku tak pasti, adakah aku ter cheating hari itu. Sebab pemahamannya aku, kita tak boleh ambil buah semasa induction. Hurmm.

Dipendekkan cerita, minggu ketiga, aku kurang makan, kurang minum air. Nak tau berat aku turun berapa? 200gram jeh! Ayooyoo. Stress makkk! Rugi tau minggu tu. Aku bajet bila aku tak makan, berat aku turun banyak gila la. Sekali, habuk pun tarak! So, aku baca file kat KDA, aku google, aku dengar info dekat radio.


UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, ANDA TIDAK BOLEH BERLAPAR!


Hambekkk kau Yaniii!!! Rugi seminggu. Kbai. Haha. Namun diet ini tetap ku teruskan.
Korang tolonglah cakap aku ni TABAH. Tolonglah~ Haha. Susah tau cabaran nak turunkan berat ni.
Dan minggu keempat. Sekali lagi aku diuji. Aku telah demam teruk dan sakit kepala kerana minggu tu, semua keluarga aku demam. Ciankan kitorang. Dari ayah, ibu, aku, adik beradik, semua sekalilah. Tapi oleh kerana aku nak juga teruskan diet ni, dan aku sudah belajar dari kesilapan minggu lepas. Aku cukupkan minum air 2.5 - 3 liter sehari. Sarapan tak tinggal. Kuatkan semangat. Sapu pelbagai jenis minyak kat kepala. Alhamdulillah. Demam kebah. Cuma selsema dan batuk tu baru minggu lepas baik. :)

Hasilnya setelah sebulan aku mengikuti diet atkins ni, Adalah dekat 8kg turun. Punyalah suka time tu. Maunya tak suka, aku dapat balik berat aku masa aku masuk Unisel dulu. Hihihi. Erk berapa ye?
Tak kurus pun, aku gemuk je lagi. Berat aku 60.8 kg. Alhamdulillah. Syukur tak terkira.

Baju-baju lama, memang banyak dah boleh pakai balik. Jimat. Tak payah beli baju baru. 

Sebagai seorang atkiners, aku juga sangat berdisiplin untuk menurunkan berat. Aku tak kan mudah mengalah dengan kesukaran yang aku alami untuk membuatkan usaha aku tergendala. Eceyyy ayat poyo je selalu keluar ni. Menyampah je aku rasa.

Eh tapi aku ada berita buruk la.

Oleh kerana dua minggu lepas aku ada kursus, maka aku rasa aku telah terlebih mengambil carbs di hotel berkenaan. Aku takdelah ambil nasi semua tu. Cuma, hari-hari aku makan kambing. Huahaha. Jadi berat aku naik 2 kg. Rugi lagi. Hehe. (Selamba badak aku je boleh gelak walaupun berat naik. Ye aku tak risau sangat, sebab bila kita buat clean diet, insya Allah, tak susah nak turunkan 2 kg.)

 Minggu lepas yang sepatutnya aku timbang berat, aku belum timbang lagi. Maybe esok baru aku timbang berat aku. Erm lantak lah haih berat tak turun banyak, asalkan baju peplum yang aku beli awal tahun tu dah muat oiiii. Sikit saja lagi untuk di jadikan longgar selesa. Hiihihi. Oke, pakai next year kerana sepupu aku nak kahwin. Tak payah tempah baju. Jimat lagi duit. Subhanallah. Sukanya aku.

Bukanlah niat aku untuk riak sebab berat dah turun atau badan aku dah susut sikit. Tapi aku suka nak share pengalaman supaya kalau ada orang lain nak turunkan berat badan, aku boleh share ilmu sama-sama. Aku boleh tolong beri semangat. Kan? Walau kawan-kawan ofis aku selalu kata tak boleh nak ikut diet aku ni, aku cakap kat diorang, kalau tak boleh ikut atkins ni, kiralah kalori kalau nak turun berat. Insya Allah. Boleh membantu, cuma agak lambat.

Yang pentingnya, diri kita sendiri. Kuat ke tak kuat nak lawan nafsu makan. Mudah ke tak mudah nak tepis segala godaan makanan sedap dalam Malaysia ni. Tepuk dada, tanyalah selera.
Jangan risau, setiap kesusahan dan usaha yang kita lakukan, pasti ada hikmah dan pasti akan berhasil satu ketika nanti. Pentingnya kena sabar jangan terlalu tergesa-gesa.
Ohh lupa nak beritahu. Ibu mengandung tak boleh amalkan atkins.

Ibu yang breastfeeding, kalau tak silap aku, boleh. Tapi anda kena ambil 120gram karbohidrat dalam sehari. Bukan macam kami, kena ambil 20gram sehari waktu induction. Lain fasa, lainlah jumlah karbohidrat yang perlu diambil.

Google lah untuk lebih tahu ye. Aku belajar pun semua sebab cari info kat google dan join Kelab Diet Atkins.

Dan target untuk ke berat ideal aku masih sangat jauh. Doakan aku berjaya ya. Sebab aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman aku selalunya ialah lompat bintang je. Haha. Malas kan. Tu pasal berat lambat turun. :'(

 Aku rasa entri ni panjang gila lah. Hesh selalu tak menjadi bila nak buat entri yang pendek ringkas dan padat. Huhu.




~ Hari ni. ~

** Sila jangan ingat mudah untuk aku lupakan hasrat nak makan kek yang terhidang depan mata aku tu. Sedih tau tak dapat makan. Huhu~

Ini gambaq sampingan. Sebenarnya nak habaq, hari ni hari jadi ALIFF MUEEZ YANG KE 3 TAHUN. Nampak tak excited nya muka aku tengok kek tu. Aku ni pencinta kek tau! :D Tapi tak dapat makan. Kuikuikui poyo je lebih!

~ Okay, last but not least. Terima kasih sudi baca entri ni. Dua entri sekali aku published malam ni. Selamat membaca. Selamat mencuba (UNTUK JUNIOR ATKINS). Kalau nak buat, buatlah sampai berjaya, supaya orang tak memperlekehkan usaha korang. Oke?
Meh kita sama-sama berusaha.

Segelintir orang, tak perlu diet untuk kurus. Macam aku, aku kena diet baru berat boleh turun. Macam kakak aku, dia makan pun badan dia susut jugak. Yang tu aku jelly, sebab anak dia susu badan. So memang boleh turun berat tanpa terlalu mengawal nafsu makan.

Semat je dalam hati korang macam ni. 'Alahaiii dah berapa lama aku hidup ni, selalu je pun dapat makan nasi, mee, kek semua tu. Apalah salahnya berkorban seketika untuk dapatkan berat ideal dan seterusnya maintain berat tu.' :)

Aku cuba, tapi kalau satu hari aku ditakdirkan gemuk jugak, bukan salah sesiapa, itu adalah salah aku sendiri kerana tak mau kawal nafsu makan. Sekian terima kasih. (selfnote)


Terima kasih sudi baca entri ni.
Salah dan silap mohon dimaafkan ye.
Takde niat nak sindir ke atau apa-apa.
All the best ya untuk korang semua.
May Allah bless us~


** oke entri ni sebenarnya khas untuk kak Niesa Zainul, dari hari tu dia minta aku ajar diet yang aku follow, tapi aku selalu busy mengalahkan menteri. Hari ni baru ada masa nak publish entri baru. Hehe sorry kak Niesa. Ini diet yang Yani ikut, dan itu pengalaman Yani sepanjang ikut diet ni. Selamat mencuba kak Niesa sayang! :)


Sincerely,
Niyaz Ayani _ Norzayani Binti Norhamshah
15 Disember 2013

Monday, December 31, 2012

Kalender & Diari 2013

Assalamualaikum...

Entri pendek je...

E-Eh dapat diari dari pjabat MB,hoyeh!
X-Extra berganda2 happy dpt diari...
C-Cerita byk pasni dlm diari...haha
I-Itu luahan rasa yg nak conteng sesaje..
T-Tiba2 syg plak nk guna.Cantik k!
E-Ehem jgn jelly k,dpt diari free...;)
D-Diari oh diari...aku sukalah bau kau!

Situasi 1:
Pergi kerja dari blk bercuti lepas kena sengat tebuan hari tu,tau2 atas meja dapat kalender 2013. Wahhhh! Tengkiu2,takyah sesusah nk beli kalender lain...;)
Pastu simpan,tunggu 2013,akan ku dirikan hang cantek2 atas meja aku nanti...esok je kan,today is the last day of 2012...;)

Situasi 2:
Balik dari sesudah membeli makanan di kafe tadi,tetengok atas meja ada satu kotak cantik.Dalam hati berkata,"wah hadiah ke?Eh ada secret admirer ke aku?" bahahaha gurau saja,mana ada aku fikir gini tadi...kekeke...
Tengok atas meja semua orang ada,tp still tak dapat teka apekah kandungan yg berisi dalam kotak.Cantik berwarna coklat tau kotak tu.Sib baek takdak riben,kalau tidak dah ku anggap di dalam itu intan emas permata.
Tanya kak Lia,"akak,ape ni?" , "oh,diari."
"Muehehe oke2..." :)

Situasi 3:
Kemas kemas barang yang ada dalam laci kat meja ni,buang sampah(kertas) yg tak perlu,kotak cantik(diari) dan kalender dok diam atas meja.Sabarkan hati,tunggu masa nj tgk kalender.Ubah posisi telefon,pc,keyboard dan sebagainya.Bahagian yang terakhir,letak kotak cantik depan mata. Bukak elok2,sekali tengok! OK jatuh cinta! Cantik,suka sangat warnanya,coklat...Lembut pulak tu kulit diari tu...:) Pastu design simple but superb! Awesome k!
Dengan bau buku lagilah,bebetul buat diriku teruja meruja!
Nah lihatlah kegilaan selepas mendapat diari itu... ;)
Suka suka suka...

*terima kasih baca entri ni...

Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
15:46 PM
31 Disember 2012
Saranghae,
NA

#Tips [Tangani Patah Hati]


Assalamualaikum...

Sempena hari terakhir dalam bulan Disember untuk tahun 2012 ni, sajalah nak share dengan korang, tips untuk bersemangat lepas putus cinta! *time ni kwn aku baca,dan dia sedang gelakkan aku..."cehhh kau pernah bercinta ka?" ; "ehh pernah la,cuma saya dah lama tak bercinta...sengal lah awak Shamini...haha..."

Aduii pun ,oke perenggan pertama je,mesti orang dah tak akan yakin dengan tips yang aku nak share ni...mmg la diakui, aku tak banyak pun pengalaman bercinta ke, putus cinta ke...heeee cumanya yang memang aku ingat, last couple tahun 2007,(tu pun aku rasa macam aku ni main ikut-ikut orang je,walhal bukan nak bercinta sangat! haihhh)

Memandangkan sekarang sudah tahun 2012,makanya sudah 5 tahun aku single...(ops,entri ini bukan untuk promosi diri...sorry,jgn salah sangka...) maknanya yang aku nak sampaikan, siapa kata tiada boyfriend tiada girlfriend, awak akan sunyi. So far, i am really happy with my life now. Ada family and friends!

Ok, dan agak tipu kalau dalam tempoh 5 tahun tu aku tak ada crush kat siapa-siapa. Aku masih manusia biasa. Cuma tak semestinya bila aku ada suka pada seseorang itu, aku nakkan dia suka balik pada aku, dan yang paling penting, bukan semestinya bila aku suka pada seseorang itu bermakna aku cintakan dia! Perasaan kita ni subjektif, terpulang pada diri kita untuk mentafsirkan apa yang ada dalam hati.

Dan, sangat tipu kalau aku kata dalam tempoh 5 tahun ni, aku takde rapat dengan sesiapa. Yes, memang ada, masa tu tahun 2009, cukuplah sekadar aku sifatkan yang dia sebenarnya mungkin belum bersedia untuk bercinta. Eh tapi kitorang tak couple pun. Kami sekadar teman tapi mesra. *Eh malas nak bukak cerita lama, cuma terima kasih Idin sebab bagi pengalaman yang sangat berharga. Well, yani rasa lebih matang lepas kenal Idin. :)

Ini tips yang aku praktikkan masa patah hati :

1) Marah dia sehabis mungkin.*ok,disebabkan masa itu aku kebudak2an,jadi aku mmg 'marah' dia yg amat!

2) Menangis selama yang boleh.*sampai puas hati,lepas beban sedih dalam jiwa.

3) Fikir positif sampai lembik. *aku jenis tak suka nak sedih lama-lama. Sebab aku rasa tak berbaloi.

4) Isi waktu dengan apa saja aktiviti. *look eh, bukan mudah nak lupa orang yang pernah dapat tempat dalam hati kita, jadi,isilah masa lapang dengan membaca novel. Disebabkan masa tu aku dah nak final exam, so aku memang sibukkan diri dengan buku je.

5) Share dengan kawan. *sharing is caring, untuk pengajaran pada kawan yang lain.

6) Delete apa sahaja berkaitan dia. *bunyi macam kita ni pendendam, tapi bukan. Itu salah satu cara untuk terus jauh dari ingat kenangan yang menyakitkan tentang dia. Buktinya, sekarang ni bila aku teringat kenangan dulu, tersengih-sengih aku senyum. Kelakar pun ada. Nampak sangat aku tak matang lagi!

7) Dan of course! Lebih dekat dengan Allah. *biarlah apa orang nak cakap,"sedih baru nak ingat Allah. Waktu happy pergi mana?" Please jangan hirau dengan tanggapan yang macam ni,sebab sesuatu yang berlaku dan akan berlaku kita tak tau. At least,kita tak lupa terus pada Allah. Betul tak?

~ orait, itu tips masa aku patah hati. Kalau korang nak guna pakai, gunalah. Kalau tak nak just let it be. ;)


Tips tangani patah hati melalui pandangan aku :

Yang Perlu Dilakukan

1) Cinta Allah
~ Seharusnya sewajibnya sewajarnya, kita perlu balik pada yang Satu itu. Dekatkan diri pada Dia. Itu adalah yang terpenting sekali. Tak kira betapa korang sedih betapa korang sakit, hanya Dialah sebaik-baik penolong. Jadi jangan sombong untuk meminta tolong dari Dia. Sesungguhnya bila Dia bagi ujian itu,tanda Dia sayang kita. Adakala dia beri kesakitan dalam bercinta, tapi sebenarnya walhal Dia sudah tetapkan jodoh,kejayaan dan kebahagiaan untuk kita di kemudian hari. Cinta Allah berganda-ganda baiknya. Sebab awak akan peroleh ketenangan yang tidak terbatas. ;)

2) Audit 
~ Erm audit balik diri dan perasaan korang. Kenapa perlu terlalu sedih untuk sesuatu perkara yang tak pasti? Bunyi macam kejam kan? Ok, bukan tak boleh sedih, boleh. Sedihlah kalau nak sedih, tapi sampai bila? Kadang-kadang kena marah gak hati korang, yelah, kadang-kadang kita sedih untuk orang tu, tapi orang tu tengah happy. Ya Allah Ya Rabbi, sesungguhnya sangatlah rugi untuk korang terus meratapi kesedihan korang.

3) Positif
~ Dan ini sangat penting. Positif bukan hanya pada akal fikiran. Tapi juga melalui perbuatan. Bukan mudah bagi seseorang untuk positifkan diri, minda,akal fikiran dan perbuatan. Tapi mana kita nak dapat hasil kalau tiada tanaman kan? Mungkin korang akan cakap, hurm tak kena batang hidung sendiri, memanglah boleh bagi tips gini. Satulah nak beritahu, simple je, kalau belum bersedia nak bercinta, tolong jangan bercinta. Kalau tak nak ikut tak apa, tapi nanti kalau tetengan fefeeling sedih,janganlah keluarkan ayat tak kena batang hidung n so on tu. Boleh? Positif di sini bermakna, positif dalam berfikir. Buatlah apa pun asal tak langgar syariat agama. Fikirlah apa pun jangan sampai lari dari akal fikiran seorang mukmin.

4) Tujuan
~ Agak-agak lepas dah patah hati,apa nak dilakukan? Cari kekasih baru, yeay! Apa sajalah kan, tapi cuba fikir tujuannya. Untuk apa bercinta kalau tak ada hala tuju. Tak memasal patah hati lagi. Untuk apa bercinta tapi tak pernah berfikir nak kahwin? Mungkin jawapan korang, oh kami muda lagi, relax lah dulu. Kahwin-kahwin ni nanti dulu. Tak semestinya kami bercinta kami takkan fikir kahwin. Oh ok, jadi kalau patah hati ke lepas ni, relax-relax lah dulu. Korang kan muda lagi, bagilah peluang korang siat-siat hati korang dulu. Tujuan tu penting, mana mungkin awak nak bazirkan sesuatu yang awak tak tahu. Sayang tak semestinya bercinta.(Untuk yang belum kahwin eh) As simple as that, fikir, betul ke korang ni betul-betul dah bersedia bercinta atau couple ni hanya dijadikan trend semata? Think wisely oke...

5) Senyum single
~ Senyum ok,senyum. Tak perlu nak kusut-kusutkan fikiran untuk fikirkan orang yang tak pernah nak hargai kita. Nak setia pun beragak la cik abang oi, cik adik oi. Korang ada life korang sendiri kot. Perlu ke nak setia pada orang yang bukan lagi milik korang (milik korang ke? semua ni pinjaman, bila-bila masa je Allah boleh nak tarik balik.) Lepas je patah hati,sudah pasti korang menangis kan? Sedih lawannya apa? Happy kan? Riang gembira. Sebab tu la korang kena senyum aje. Senyum ni ada power nya yang tersendiri tau. Korang sebenarnya akan rasa lebih bersemangat. Serius tak tipu. Senyum si single itu menawan wa cakap lu.

6) Hobi
~ Sila lakukan hobi korang yang terbengkalai lepas korang bercinta tu. Contoh kalau korang minat membaca,korang belilah buku banyak-banyak pastu baca sampai lembik. Mana nak tau bila ke kedai buku tu korang terjumpa jodoh korang ke? Ahaaa...

7) Hapus
~ Kaedah hapus ini bukan semua boleh lakukan. Tapi ikut individu la, kalau ada individu yang lembik,dia akan kata, sayanglah nak buang kenangan tu,sayang lah nak buang nombor dia,sayanglah nak buang gambar dia,sayanglah nak buang hadiah dia. Hello, kalau buang pun tak semestinya korang lupakan? Buang melalui zahir supaya tidak terkesan terus pada hati. Contohnya, korang buang nombor, but korang still ingat nombor orang yang korang sayang tu kan? Jadi pendapatnya dekat sini, jangan takut nak buang itu dan ini. Buang je,hapus je. Itu salah satu terapi yang baik untuk diri korang tau. Melainkan korang sempitkan fikiran yang korang akan setia walau macam mana pun yang jadi. Adui, kalau gitu, sebenarnya pada aku, korang memang layak ditinggalkan ataupun korang memang layak patah hati. Sebab apa? Sebab korang sebenarnya tak pernah sayang dengan diri korang pun. Sebab kalau korang sayang diri sendiri, korang takkan berlaku zalim pada hati korang,korang akan beri peluang untuk diri dia dan diri korang sendiri untuk berbahagia. Sebab tu perlu positif.

8) Sayang baby
~  Aha, ini juga salah satu kaedah terbaik untuk terapi korang yang patah hati. Well, well, well.....bagi sesiapa yang ada anak buah reramai tu, cer korang ambil satu hari untuk jaga bebudak tu, tak semestinya baby,ini salah satu cara untuk korang uji tahap kesabaran korang. Yelah,jaga baby or bebudak bukan mudah, sebab diorang sangat banyak kerenah. Tapi bila korang sayang, diorang buatlah apa pun, korang mesti boleh sabar, takkan marah. Yela bila dah sibuk jaga budak, korang mana ada masa nak sedih sangat kan?

9) Masak
~ Tadaaa, tak boleh handle kan. Masak? Yes, masak. Silalah memasak. Bila memasak korang akan rasa seronoknya sangat! Apetah lagi kalau apa yang koran masak tu sedap gila! Ok, yang tak tahu masak tu, boleh belajar masak, tengok resepi, follow je cara. Memasak ni kena penuh dengan kasih sayang tau, baru boleh menjadi. Masaklah apa saja yang menjadi kegemaran korang ataupun kegemaran 'orang tu', pastu bila agak-agak sedap korang mesti akan terasa, "haaa pandai jugak aku masak, rugilah kau tinggalkan aku dulu." haha, jgn riak jgn ujub, just gelak-gelak je dalam hati ckap camtu, dlm hati still kena doa,mudah2an Allah akan beri ganti yang lebih baik dari dia.

10) Rehat
~ Ok, benda ni sangat penting. Lepas patah hati, janganlah busy untuk cari terus pengganti. Bagi peluang hati korang tu rehat dulu. Kesian tau kalau korang tak bagi chance rehat. Hati kita ni macam fizikal kita sendiri. Perlukan rehat sekali sekala, bukan pakai boo je buat semua benda. Just go with the flow, sekurang-kurangnya untuk 3 bulan, rehatkan hati. Tapi lagi lama lagi bagus. Yelah, dalam pada korang mencari calon hubby/wifey (ala-ala James Bond), korang mesti kena persiapkan diri korang dengan asas agama,asas kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik, dari tak matang menjadi matang, dari tak tahu menjadi tahu, dari tak boleh menjadi boleh dan serba boleh. Insya Allah, satu hari bahagia dan tenang ada untuk awak.


Jangan lakukan ini :

1) Meratap,meraung bagai nak rak. Nangis boleh,tapi tolonglah berpada.

2) Terus-terusan berkata 'aku lemah tanpa dia.' Please ok,selama korang jumpa dia korang elok je hidup kuat tanpa dia.

3) Mengamuk, marah tak tentu hala. Kesian orang yang kena tempiasnya,korang janganlah libatkan orang lain. Agak-agak tak boleh nak handle,tak ada mood, bagitau elok-elok takpun perli dengan sihat la. :) *dalam hal ni, orang sekeliling kena banyak bantu,bila dah badmood tu,kita bagi dia masa,bukan untuk menyibuk nak tahu dan tahu dan tahu...

4) Selalu update sesuatu di fb,twitter,blog,instagram tentang 'tak boleh lupa' dia. Nak ingat boleh, tapi jangan sampai orang nampak awak ni jadi hamba pada cinta. Tak boleh hidup tanpa cinta manusia. Be positive! Hidup korang akan ok je walau dia takde.

5) Siksa diri. Oh no, jangan siksa diri buat benda yang bukan-bukan.Tak nak makan lah, carik orang lain pastu patahkan hati orang lain pulak lah and apa-apa jelah yang bad things. Jangan buat. Tolong, benda itu hanya akan menyakitkan korang je lagi.

6) Jangan memandai. Yes, jangan memandai nak buat itu dan ini. Let him be, let her be. Kita teruskan hidup tanpa fikir apa tentang dia lagi. Takut nanti menambahkan kebencian dia pada korang. Ataupun takut korang akan mengharap sesuatu lagi pada dia.

7) Kawan dengan ex. Ok, tak payahlah tunjuk hero yang korang ni kuat sangat untuk terus berkawan walapun dia dah patahkan hati korang. Itu bukan caranya. Ambil masa. Ambil masa. Ambil masa. Hati korang still sakit. Jangan memandai nak kawan dengan dia a.s.a.p lepas korang patah hati. Tunggu waktu yang sesuai. Sampai hati korang betul-betul pulih. Ini bukan masa untuk tunjuk kuat tunjuk hero. Lepaskan peluang untuk terus berkawan dengan dia buat sementara. Untuk kebaikan korang juga. Biasanya jarang dengar orang yang dah putus cinta ni berkawan baik bagai nak rak. Jarang ye, bukan tak ada. Kalau ada pun nisbah dan jumlahnya sikit. :)

Kesannya:

Terpulang pada setiap individu yang mempraktikkan cara/tips. Lain orang lain garapan mempraktikkan cara. Tapi untuk kesan yang lebih power, menangis dan mengadulah pada Allah. Insya Allah, korang akan rasa lega selega-leganya. Sebab apa pun kita buat adalah kerana untuk mencapai redha-Nya.

Ok, chayok chayok! Selamat berjaya. Akhir kata, aku hanya mampu berikan sedikit tips, tapi kalau korang yang degil untuk terus melayan blues, sampai sudah korang akan sedih. Remember, Allah takkan bantu,kalau korang sendiri tak nak bantu diri korang. Dan katakan....


TIDAK PADA SEDIH BLUES BLUES... ;) hidup ni tak lama untuk korang bazirkan dengan kesedihan... :)

Think Properly, Think Wisely!

#terima kasih baca entri ni...maaf ye kalau ada salah silap,lantang menyuarakan pendapat ataupun ada yang menyinggung hati. Wasalam.

Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
31 Disember 2012
12 : 56 PM
Saranghae~
NA

HAppy BornDay Sayang!

Assalamualaikum...

Tajuk entri dah byk yg sama kan?

Haih,berapa banyak 'sayang' aku ni kan...weee maunya xbanyak sayang,anak buah ramai...depa suma tu lah 'sayang' aku...hangpa pun mesti ramai sayang kan...?

Hari ni ulangtahun kelahiran sayang yg bernama Ayuni MUsfirah atau lebih dikenali di kalangan kami sbg YunYun Tigerrr huarghhhhhhh!*garang tak*

Setahun dah yun2,jalan tekedek kedek,gigi da byk gak la...semakin suka menjerit membebel yg buat aku geram sgt dgn dia...!

Yun2 xsuke sgt dok ngan aku,sebab aku suke cubit dye,gigit dia! Aigoo,siyesss geram...*sorry syg,acik yani geram aihhh ngan nuyun..*

Yun2,acik doakan semoga satu hari nanti yun2 boleh jd anak yg solehah k (yg taat pd Allah,dgr kata mama ayah...)

Yun2 si comel acik,xmo la garang sgt,nanti ilang suara tu kalau acik jerit...hehe...

Yun2 dan (*semua anak2 acik yani) semua pun acik syang,semua pun acik da anggap mcm anak acik sendiri,acik harap anak2 acik ni satu hari nanti boleh jadi bukan sekadar ank buah,tp boleh jadi mcm ank2 acik sendiri,malah acik harap kita semua boleh jadi best buddy...*mknanya kita share suke duka sama2*

(insya Allah,i'll try to be the best aunty in the world to all my 'sayangs',jika di izinkan Allah,umur pjg)

Yun2 sayang,sorry acik yani belum beli hadiah awak,acik xtau nak bagi apa,utk ayong dgn abg chik acik da bg,utk awk je belum...kesian awak sayang...!

Yun2 sayang,acik da mengantuk..acik letih sgt...entri untuk nuyun xley nk pjg...*coming soon,Anas and Damia..*

Nuyun comey cam acik *weh perasan yani!* hehe,acik yani lovessssss u!

*Syukran baca entri ni...*xpasti lah ada ke tak yang baca,haha...3S* (",)

*Nuyun,dlm bahagia gembira dan senyum tawa,ade terselit sikit rasa sedih yg xdpt acik nak luahkan pd sesiapa,bila peluk nuyun,acik suka berbicara melalui hati...*tak betul dah acik ni kan...* nuyun doakan utk acik eh sayang...;)

Sekian,take care kwn2,wassalam... ;)

Spread Love,
Niya Unnie
30 Disember 2012
23:51PM
Saranghae,
NA

Tuesday, December 18, 2012

Niyaz, Aiyani, Arumi [Saranghaeyo,Arumi]


Assalamualaikum...

Mari kita bercucuk tanaman,
Senyum juga satu senaman kan?

Hamik kau,nak gak berpantun,tapi meleweh tah ke mana...
Erk sorry,aku memang tak reti pantun2nan ni...

OKE,pendekkan cerita,entri hari ni berkenaan buku yang bertajuk "Saranghaeyo,Arumi!" (Weh Arumi? cam name aku dlm fb...) "Saranghaeyo,Arumi!" adalah hasil nukilan kak Rose Harissa...ter-ba-ekkk!!! sgt...


Tajuk KoRea morea bagai,bagus sangat ke buku ni?
Aihhh gilas kau nak kata tak best,buku ini sangatlah mencuri perhatian aku...
Ini adalah kerana :

1) Cover depan yang cun habis!
2) Tajuk buku yang boleh buat aku berguling-guling atas lantai dekat rumah aje!haha...
3) Warna buku yang sangat Awesome! Pinky2 gitu...da bomb!
4) Serius buku ni comel,isi dalam apetah lagi,comel tahap panda tengah menguap la...!
5) Lagi kerana ada Choi Minho oppa! dan Fatin Liyana Asri yang aegyo!
6) Korang beli lah sendiri,tengok cemane...(kalau tak suka biasa la kan,tiap benda tu bukan semua orang suka...kan...kan...)

Btw cerita ini jalan ceritanya santai,sangat sesuai di baca untuk semua golongan umur yang sangat gemar membaca...cewahhhh...

Macam aku,semua buku aku bedal,novel dewasa ke,novel remaja ke,asal boleh untuk di jadikan bahan bacaan,aku ok saje...heeee... ;)

Walaupun gaya bahasa dalam novel ni seakan terlalu skema (sebab Arumi guna ganti nama 'awak-saya' dengan Danish dan kwn2 laki dia yang lain...kerana kebiasaannya lelaki suka guna ganti nama diri 'aku-kau')

Heheee..jangan marah eh kak Rose Harissa,apapun saya sangat suka jalan ceritanya,gaya bahasa itu memang yang sebenarnya pun yang patut digunakan oleh adik2 yang masih bersekolah ni...

Nanti terlalu santai pun orang tak suka jugak...tak memasal budak2 muda,belia remaja tak tahu bahasa Melayu yang betul...

Harga buku ni pun not bad,tak adalah mahal sangat...buku ni sebenarnya dah lama,tapi cumanya susah nak jumpa,nasib baik hari tu jumpa kat Tesco...haha gembira tanpa kata di situ...muehehe...

Lagi satunya aku rasa buku tu sangat dekat dengan jiwa aku,bayangkan eh,ada nama Arumi,ada nama Niyaz dan ada nama Aiyani! Wehhh haha perasan kejap aku masa baca cerita ni...memang takde kena mengkena tp nama dalam fb aku 'Niyaz Arumi' camane pulak kak Rose Harissa boleh tergerak hati nak gabungkan beberapa nama yang sangat dekat dengan aku dalam buku "Saranghaeyo,Arumi!" ni?

Dengan nama Aiyani pulak,weee nama aku Yani weh,Yani,cuba korang cakap macam mana aku tak berangan...?


Pasai apa gatai guna nama Niyaz Arumi dlm fb? Nama sendiri tak ada?
Sebabnya :

1) ada lah nama aku dalam 'Niyaz Arumi' tu...korang akan jumpa 'Zayani' dlm nama tu...
2) maksud nama tu aku berkenan, Niyaz (Doa,harapan) Arumi (Asal keturunanku) amacam best tak?
3) saja nak santai2 bermood korea morea,tu yg jadik Arumi,asalnya nak letak Niya je...Niya Yani Yani Niya...ngadalah hang nani!

Oke cukup,ini entri bukan tentang nama aku,ini entri tentang buku comel ni...
First tahu kewujudan buku ni,memati aku ingat Arumi tu pompan! Bukan pompan tapi hero weh! Hero korea Choi Minho...Cutenyeee... ;)

Cerita ni best,kisah tentang Arumi yg sangat dingin dengan pompan kat kolej dia,walaupun dingin,sombong belagak,still ramai pompan tergila2...Arumi jumpa Aiyani dlm incident langgar2 bahu masa Aiyani lambat nak g Orientasi,habis jatuh kedebuk Iphone 4S Arumi berselam dalam longkang..

Aiyani ada kawan baik dari kecik nama Niyaz(Niyaz suka Aiyani sbnrnye!) tapi dia rendah diri sebab kaki dia tempang sebelah lepas main bola sepak kut(tak ingatlah hihi..)

Nak dijadikan cerita,Aiyani yang lambat masa hari pertama orientasi kena denda dapatkan sign senior yg bernama Arumi Aisy (Senior paling dingin paling ditakuti)...

Pastu si Niyaz ni lah bawak jumpa Arumi,masa tu Aiyani tak tau orang yang dia langgar pagi tu adalah sunbae Arumi...!

Aiyani tebalkan muka,mintak sign Arumi,tapi free2 je kena perli,pastu Niyaz defend Aiyani,haih Arumi mulut takde insurans,cakap Niyaz ni tempang...Pang!!! Hamek kau kena lempang dengan Aiyani...pastu terus Aiyani feymes satu kolej...!

Pastu cerita ni tak habis kat situ,ada lagi kisah2 lucu,kisah sedih,kisah persahabatan,kisah keluarga,kisah hasad dengki,kisah dendam selit juga kisah cinta Arumi dan Aiyani yang aegyo! Budak muda remaja mesti suka kisah ni...

Tapi diingatkan eh,cerita ini tergantung,akan ada sambungannya yang bertajuk "Mian-heyo Aiyani",tapi tak tau bila terbit,kena tanya kak Rose Harissa la sama ada manuskrip dah siap ke belum...

Yang pasti aku akan beli kesinambungan kisah ni,tak sabar nak tau siapa hantar surat kale hitam tu,siapa yang letak brg terlarang dlm air Arumi sampai dia terhantuk dan hilang ingatan! Tak sabar nak tau cemana kesinambungan kisah Arumi dan Aiyani yang happy baru musim pertama...

Oke,gambar2 ni untuk tatapan korang ye,aku dah edit sikit2,supaya tak dikatakan palagiat hasil karya dan terbitan orang,isi dalamnya cukup da bomb! Bombastik...comel giles...;)

Terima kasih baca entri ni...

#tak rugi pun jadikan buku terbitan PTS ni sebagai koleksi buku comel korang... ;)

#aha lagi satu,ada sebahagian nama dalam buku ni pelik2...haha tapi comel! k korang, take care!


Spread Love,
Niya Unnie
18 Disember 2012
12:50PM
NA Saranghae...








Wednesday, December 12, 2012

Cucu atok yang manja..

Assalamualaikum...

Entri ke 2 untuk hari ni...

Tarikh hari ni agak eksklusif kan,12/12/12...masing2 berebut update kat fb la twitter la dan sbgnya lah...

Hari ni besday alisya a.k.a ayong..besday cucu sulung atok...(tajuk entri nmpk cam berat sebelah kot) heee semua cucu2 atok manja dengan atok,rapat dengan atok...dari diorang kecik sampai sekarang dah besar...

Besday alisya,tapi besday girl ni kurang sehat,dye demam,cirit birit n muntah2 sejak dari hari isnin...
Ragam anak mama bila demam,masing2 nak melekat dengan mama.Semua nak dengan mama..Hari ni mama EL,esok mama kena kerja alisya sayang.

Pujuk2,suruh tidur rumah atok,mula2 tak nak,at last baru nak...

Hari ni ingat nak sambut besday dak kecik ni,tapi badmood plak dia,alahai...dah beli sebijik kek comel,kami pujuk suruh potong kek tak nak,at last atok pujuk baru nak,itu pun bertenggek atas riba atok.

Memang manja,masa aku tulis entri ni pun,atok tengah picit kaki makcik kecik ni.Bila kami demam pun ayah yang selalu picit badan,kepala. :) Jadi bukan cucu aje yang manja,anak pun!Haha...

Oklah,entri tak boleh nak meleret,nak picit pala budak kecik besday gurl ni kejap.
Terima kasih baca entri ni...take care..Wassalam.

Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
12/12/12 : 12 Disember 2012
23:24 PM
NA





Ada Apa Dengan Duit???

Gambar Hiasan~



Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera...

Err title dengan gambar je tu bermaksud apa ya???

Hurm tiba-tiba terus tercetus idea nak buat entri tentang DUIT... Semua orang pun tahu duit pada zaman sekarang ni tersangat-sangatlah penting. Agak ada menimbulkan suasana tegang bila semua bercakap tentang DUIT @ WANG...

Wang ini...Wang itu.... Duit boleh iniiii, duit boleh ituuu... orang putih kata "No Money No Talk"...haihh macam tu sekali persepsi orang tentang duit...

'Agung'nya kuasa duit sampai orang boleh bertikam lidah mengutarakan pendapat masing-masing...

YES! aku SETUJU duit sangat penting sekarang...nak hidup sekarang memang perlu duit...nak online pun kalau duit tak ada nak bayar bil internet,tak merasalah nak online facebook,twitter dan sebagainya...

Tapi aku punya pendapat lain tentang duit. Pada aku,duit ni boleh membunuh jiwa manusia. Mana taknya, korang mesti selalu dengar adik beradik bergaduh sebab berebutkan wasiat, orang mencuri, merompak (yg kita tak tau apa motif dia mencuri) sebab wang, orang sanggup 'tikam belakang' sebab duit, orang 'melacur' sebab duit, orang kena pukul sebab duit, suami isteri bergaduh sebab duit. Manusia hilang etika,hilang pedoman kerana duit. Tapi kenapa sebab duit eh? Erk sebab dalam dunia ni,semua perlukan duit. Even nak masuk tandas awam pun kena bayar,kau takda duit,kau melabur la tempat lain. Kesian kan?

Sebenarnya bukanlah salah duit tu,tapi sebab manusia itu sendiri kan. Aku bukan nak kata duit tu tak penting,tapi jangan sampai menipu demi mendapatkan duit. 

Duit bukan segala-galanya,tapi segala-galanya memerlukan duit.  


Ya,duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Duit, duit di mana kau duit? (haaa siap ada orang buat lagu lagi pasal duit ni. The power of money!) Sigh!

Ayah aku kata "Kau nak buat apa simpan duit banyak-banyak Yani, bukan boleh bawak masuk kubur pun."
*Maksud ayah aku dekat sini, kau kalau ada duit banyak pun, kalau kedekut tak guna jugak. Kalau ada duit banyak pun tak bersedekah tak guna jugak. Kau ada duit banyak pun tapi hati kau tak tenang, no point la duit banyak.*

Aku tak kata semua orang yang banyak duit ni kedekut, tapi ada segelintir, yang kita memang dah jelas, bila bab duit saja, tanya soalan macam apa je. Segelintir jugak, bila duit banyak, akan rasa tak cukup, tak cukup dan tak cukup. Sebab apa? Sebab kehendak diri makin tinggi. Yela, tau dah banyak duit, macam-macam lah kita nak beli. Nak beli itu, nak beli ini, nak buat itu, nak buat ini. Sebab itu, duit yang ada kita rasa macam air mengalir. Bila kita tau duit tak banyak, baru kita akan fikir 80 kali nak beli itu ini, nak buat itu ini. Aku tak kesah dan tak marah pun orang yang berduit tu nak buat itu, nak buat ini. Hak korang, duit korang, suka hatilah korang nak buat apa kan. 

Ini apa yang aku rasa bila aku ada duit: 

1) Aku rasa, nak tukar handphone baru.
2) Aku rasa, nak beli novel banyak-banyak.
3) Aku rasa, nak beli tab la.
4) Aku rasa nak shop tudung banyak2!
5) Aku tak dapat nak senaraikan lagi...

Kehendak diri memang banyak, tapi tak semua yang kita boleh lunaskan. Kita ada tanggungjawab. Once dah ada duit, kita memang nak menyimpan, tapi kenapa tak boleh? Sebab :

1) Nak bayar kereta.
2) Nak bayar motor.
3) Nak bayar rumah.
4) Nak bayar minyak/ tol.
5) Nak shopping/ make up kereta.
6) Nak makan/ minum.
7) Nak bagi parents. (Sila bagi walau sedikit duit gaji korang kat mak bapak ye.Nak dapat berkat. Mak bapak redha, baru Allah redhai hidup kita. Itu formula utama.)
8) Nak bagi adik-adik duit poket.
9) Nak tulis lagi, banyak sangat rasanya.

Aku tak marah kalau ada yang nak berbisnes untuk jana pendapatan lain, tapi jangan ambil untung tinggi sangat. Nak cepat kaya? Orang lain pun buat macam tu. Paling penting, jangan anaiya orang. 

Nak cepat kaya untuk apa? 

1) Nak pergi buat Haji/ Umrah (Alhamdulillah)
2) Nak senangkan mak bapak (Alhamdulillah)
3) Nak derma dekat rumah anak yatim (Alhamdulillah)
4) Nak tolong derma kat GAZA (Alhamdulillah)
5) Nak berzakat (Alhamdulillah)
6) Nak wakaf/infaq harta (Subhanallah, Alhamdulillah...syabas!)

Tapi nak cepat kaya untuk apa?

1) Nak ubah taraf hidup.
2) Nak kahwin.
3) Nak studi.
4) Nak beli kelengkapan rumah.
5) Nak beli barang anak-anak.

*Semua ni boleh, tapi tak jadi kaya pun tak apa kan. Bersederhana itukan lebih mudah. Bukan semua orang pandai menguruskan duit. Serius! Aku mengaku, aku pun tak pandai nak urus duit. Kadang pakai 'boo' je beli. Tu yang kadang-kadang terjadi pembaziran.

Siapa tak nak jadi kaya? Semua orang pun selalu berangan nak jadi kaya. Nak duduk rumah besar, nak pakai kereta besar, nak pakai emas banyak-banyak, nak ada syarikat yang untung berjuta-juta. Gila kau ada orang tak nak kaya? Aku pun pernah gak berangan nak jadi kaya. Tapi bila tengok drama, baca novel, aku jadi takut pulak nak kaya. Jadi kaya ni banyak gak risikonya. Jadi aku delete habis dalam otak aku nak jadi kaya raya. Aku dah cukup bebas dengan apa yang aku ada sekarang. Duit kadang memang TAK ADA langsung. Tapi aku percaya, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Jangan risau! Allah sentiasa tolong kita. Dengan syarat, letakkan keyakinan setinggi-tinggi pada-Nya. Jadi aku memang tak perlukan duit yang terlalu-lalu banyak.

Nanti ada pulak yang kata aku ni tak ada motivasi diri la, tak ada 'aim' dalam hidup la, tak nak majukan diri langsung lah. Sampai bila nak hidup macam nilah. Tapi sebagaimana orang yang ada duit ni cakap "aku ada duit,suka hati akulah,duit aku, bukan duit kau." Macam itulah jugak aku, "selagi tulang empat kerat ni boleh aku guna nak cari rezeki, aku gunalah. Aku takda duit sekarang, tak semestinya sampai mati aku takkan ada duit."

Perancangan masa depan amat berkait rapat dengan duit. Tak ada duit tak boleh :

1) Belajar.
2) Kahwin. (yang belum kahwin, terutamanya kaum lelaki. Selalu sangat kaum Adam dimomokkan oleh keluarga kaum Hawa dengan istilah "hang takda duit, jangan berangan nak dapat anak aku.") *aku harap, takda duit, bukan alasan untuk setiap pasangan itu tak bernikah.*
3) Sara isteri/ anak.
4) Hidup senang.
5) Beli kereta/ rumah.

Kakak aku kata, "Duit memang tak boleh bawak masuk kubur, tapi tak ada duit tak boleh jugak sebab ada tanggungan lain. Dah mati, kalau ada hutang pun tak guna."

*Maksud dia macam ni, walaupun duit tak boleh masuk kubur, tapi kita kena menyimpan untuk anak-anak kita satu hari nanti. Hutang adalah sesuatu yang sangat digeruni semua orang, tapi bila dah pandai pinjam, kena pandai bayar. Kalau mati dalam berhutang, roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi. Na'uzubillah. Meaning kita tak akan tenang. Janganlah hidup di dunia tak tenang, dah mati tak tenang, akhirat pun tak tenang.

Nak cepat kaya untuk apa?

1) Beli kereta baru yang lagi mewah.
2) Beli rumah besar yang lagi luas.
3) Beli handphone yang lagi canggih.
4) Beli barang yang berjenama.
5) Beli emas banyak-banyak.
6) Kumpul harta.

*Kalau di atas ini penyebabnya, oh sungguh rugilah kamu. Aku tak cakap tak boleh nak buat semua tu. Boleh sangat. Tapi kena usaha, guna cara paling bersih. Bukan dengan cara kotor untuk mudah dapat duit. Itu tak betul. Buat semua itu untuk siapa? Diri sendiri atau keluarga? Dua-dua, kerja keras demi keluarga. Ada juga untuk diri sendiri. Tapi untuk keluarga itu untuk siapa ya? Merangkumi mak bapak tak? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi di dunia akhir zaman ni, aku tertanya-tanya, berapa nisbah dalam 100 orang? Aku tulis ini, bukan aku nak kata aku tak perlukan duit, aku nak tunjuk baik, or apa-apa saja persepsi korang pada aku lepas ni. Duit memang penting, tapi jangan sampai jadi hamba pada duit.

Buat masa ini, aku boleh lagi hidup tanpa berkereta mewah, berumah besar, berduit banyak, berbeli barang berjenama, beremas bagai penuh satu badan. Iklan jap ~>(Emas penting tau sekarang, kumpul jangan tak kumpul. Sebab nilai mata wang kertas dah tak akan berguna/tak laku bila kiamat dah dekat! Erk tapi siapa yang sanggup nak hidup bila kiamat dah dekat?)

Aku akui, aku masih lagi di bawah tanggungan ayah dan ibu aku: 

1) Pergi kerja dengan diorang. (Save duit)
2) Makan minum dengan diorang. (Save duit)
3) Beli barang dengan diorang. (Save duit)
4) Jalan-jalan ikut diorang. (Save duit)
5) Duduk dengan diorang (Save duit)

*Tapi gaji aku tak cukup. Sigh! Kenapa boleh tak cukup? Padahal sepatutnya banyak aku boleh jimat. Nak jimat boleh, nak simpan boleh, tapi bila diorang tengah tak ada duit, aku yang ada duit waktu tu, still kena korek bank. Mak bapak aku ni simple orangnya, aku tau waktu bila diorang tak ada duit. So kerja aku ialah membebel kat adik aku kata itu dan ini. Korang kalau tengok mak bapak korang tak ada duit, korang takkan nak biar? (Erk mungkin diorang ada simpanan lain, tapi keadaan tak mengizinkan untuk dikeluarkan.)

*Bukan tak nak menyimpan, tapi keadaan tak mengizinkan. Aku tau banyak yang macam aku, tapi tak semua yang faham yang kita tak boleh nak menyimpan kadang-kadang.

*Pada aku simple je, bila aku tengah ada duit, aku boleh nak bagi, bila aku tengah tak ada, memang aku tak boleh nak hulur. Tapi Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap satu perkara, bila aku tengah tak ada duit, ibu ayah ada duit, bila ibu ayah tak ada duit, aku dapat gaji. So, kita share gaji sama-sama.(Aku, ibu dan ayah) Allah hanya akan uji mengikut kemampuan kita melaluinya.

Siapa kata aku tak ada keinginan nak beli kereta, rumah, tukar handphone baru dan lain-lain. Aku ini tetap manusia biasa. Semua keinginan itu ada, tapi aku menekankan konsep 'pelan-pelan cari'. Ada rezekinya, satu hari nanti dapat juga. 

Untungnya jadi orang kaya sebab, diorang banyak duit. Kenapa? Sebab diorang paling mudah nak dapat pahala. Dengan duit, diorang boleh menderma dekat masjid, dekat surau, derma untuk anak yatim, wakaf harta, pergi haji dan umrah berkali-kali. Serius aku jelly.

Tapi aku takut nak jadi kaya, aku takut bila aku ada duit yang banyak :

1) Aku jadi kedekut dengan orang.
2) Aku pandang rendah dengan orang miskin.
3) Aku tak nak keluar zakat.
4) Aku tak nak menderma.
5) Aku berkira.

Jadi wahai sekalian yang membaca, aku tahu tahap aku. Kerana aku mungkin akan berkeadaan seperti di atas kalau aku jadi kaya, jadi aku memutuskan untuk biasa-biasa saja. 

Duduk rumah teres, berkereta berjenama malaysia, makan makanan kampung, shopping dekat pasar malam pun boleh. Peace! Aku selesa dengan apa yang ada sekarang ni.

"Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan jadi kaya."

Semua orang boleh bercita-cita untuk mengumpul wang yang banyak. Sebab wang memang penting. Tapi kita kena ajar diri kita, wang penting, tapi wang bukan segala-galanya. Belajar bersederhana, belajar mencukupkan diri dan hati dengan apa yang sudah ada, belajar untuk tidak terlalu bermewah-mewahan, paling penting, belajar bersyukur dengan semua yang Allah beri.

Sesuatu yang paling berharga bukan duit, bukan harta, bukan kereta, bukan rumah, tapi adalah ilmu.
Anugerah paling berharga bukan kerjaya, kekayaan, ilmu yang dimiliki tapi adalah nyawa, kesihatan dan kesejahteraan yang Allah beri pada kita tiap-tiap hari.

Aku ucapkan syabas pada sesiapa yang bercita-cita besar untuk mencari duit yang banyak, selamat berusaha mencapai ke arah target. Sungguh, anda adalah seseorang yang sangat mempunyai keyakinan yang amat tinggi. Semangat juang anda pun tinggi. :)

Aku adalah seorang yang suka duit, tapi tak adalah sampai gila duit. Bila aku rasa aku tak mampu, aku akan buat tak tahu. Lama-lama keinginan tu hilang dengan sendiri.

Aku bukan ahli perniagaan (minat,tapi belum masanya) apatah lagi ahli Multi Level Marketing (aku tak minat!), aku sedang cukupkan diri untuk menjadi anak yang tak susahkan mak bapak dan kakak yang nak beri apa saja untuk adik aku yang tengah studi tu. Untuk bakal suami, aku lagi tak berani nak janji, takut sebelum kahwin cakap lain, selepas kahwin jadi lain. Untuk bakal anak-anak, insya Allah, aku akan cuba didik supaya bersederhana dalam setiap perkara. (Itu semua, kalau panjang umur, ada jodoh dapat anak.) Pun berdoa supaya dapat suami yang tak gila duit, supaya aku dengan anak-anak satu hari nanti tak diabaikan bila encik suami asyik gila cari duit sampai tak hirau anak bini. Na'uzubillah.

Impak duit pada manusia boleh jadi macam-macam. Boleh jadi baik, boleh jadi sebaliknya. Dengan ilmu lah kita tentukan ke arah mana duit itu disalurkan. :)

Cukuplah setakat ini entri aku tentang duit/ wang.
Bercanggah pendapat? Mintak maaf eh korang.
Pendapat daif aku ni hanya sekadar tulis untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
Entri ini bukan untuk perli sesiapa, bukan untuk cakap diri baik, bukan nak "ambush" orang.
Masing-masing punya pendapat yang berbeza tentang duit.

Semoga berjaya untuk korang semua. 
Salah dan silap tutur kata, pendapat yang diberi, maaf ye.
Terima kasih baca entri ini.

Aku tinggalkan korang dengan lirik lagu ni :-

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³


Spread Love,
Niya Unnie_ Anything About You
12 Disember 2012 (12/12/12)
5: 15 PM
Saranghae,
NA

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...