Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Monday, December 31, 2012
#Tips [Tangani Patah Hati]
Assalamualaikum...
Sempena hari terakhir dalam bulan Disember untuk tahun 2012 ni, sajalah nak share dengan korang, tips untuk bersemangat lepas putus cinta! *time ni kwn aku baca,dan dia sedang gelakkan aku..."cehhh kau pernah bercinta ka?" ; "ehh pernah la,cuma saya dah lama tak bercinta...sengal lah awak Shamini...haha..."
Aduii pun ,oke perenggan pertama je,mesti orang dah tak akan yakin dengan tips yang aku nak share ni...mmg la diakui, aku tak banyak pun pengalaman bercinta ke, putus cinta ke...heeee cumanya yang memang aku ingat, last couple tahun 2007,(tu pun aku rasa macam aku ni main ikut-ikut orang je,walhal bukan nak bercinta sangat! haihhh)
Memandangkan sekarang sudah tahun 2012,makanya sudah 5 tahun aku single...(ops,entri ini bukan untuk promosi diri...sorry,jgn salah sangka...) maknanya yang aku nak sampaikan, siapa kata tiada boyfriend tiada girlfriend, awak akan sunyi. So far, i am really happy with my life now. Ada family and friends!
Ok, dan agak tipu kalau dalam tempoh 5 tahun tu aku tak ada crush kat siapa-siapa. Aku masih manusia biasa. Cuma tak semestinya bila aku ada suka pada seseorang itu, aku nakkan dia suka balik pada aku, dan yang paling penting, bukan semestinya bila aku suka pada seseorang itu bermakna aku cintakan dia! Perasaan kita ni subjektif, terpulang pada diri kita untuk mentafsirkan apa yang ada dalam hati.
Dan, sangat tipu kalau aku kata dalam tempoh 5 tahun ni, aku takde rapat dengan sesiapa. Yes, memang ada, masa tu tahun 2009, cukuplah sekadar aku sifatkan yang dia sebenarnya mungkin belum bersedia untuk bercinta. Eh tapi kitorang tak couple pun. Kami sekadar teman tapi mesra. *Eh malas nak bukak cerita lama, cuma terima kasih Idin sebab bagi pengalaman yang sangat berharga. Well, yani rasa lebih matang lepas kenal Idin. :)
Ini tips yang aku praktikkan masa patah hati :
1) Marah dia sehabis mungkin.*ok,disebabkan masa itu aku kebudak2an,jadi aku mmg 'marah' dia yg amat!
2) Menangis selama yang boleh.*sampai puas hati,lepas beban sedih dalam jiwa.
3) Fikir positif sampai lembik. *aku jenis tak suka nak sedih lama-lama. Sebab aku rasa tak berbaloi.
4) Isi waktu dengan apa saja aktiviti. *look eh, bukan mudah nak lupa orang yang pernah dapat tempat dalam hati kita, jadi,isilah masa lapang dengan membaca novel. Disebabkan masa tu aku dah nak final exam, so aku memang sibukkan diri dengan buku je.
5) Share dengan kawan. *sharing is caring, untuk pengajaran pada kawan yang lain.
6) Delete apa sahaja berkaitan dia. *bunyi macam kita ni pendendam, tapi bukan. Itu salah satu cara untuk terus jauh dari ingat kenangan yang menyakitkan tentang dia. Buktinya, sekarang ni bila aku teringat kenangan dulu, tersengih-sengih aku senyum. Kelakar pun ada. Nampak sangat aku tak matang lagi!
7) Dan of course! Lebih dekat dengan Allah. *biarlah apa orang nak cakap,"sedih baru nak ingat Allah. Waktu happy pergi mana?" Please jangan hirau dengan tanggapan yang macam ni,sebab sesuatu yang berlaku dan akan berlaku kita tak tau. At least,kita tak lupa terus pada Allah. Betul tak?
~ orait, itu tips masa aku patah hati. Kalau korang nak guna pakai, gunalah. Kalau tak nak just let it be. ;)
Tips tangani patah hati melalui pandangan aku :
Yang Perlu Dilakukan
1) Cinta Allah
~ Seharusnya sewajibnya sewajarnya, kita perlu balik pada yang Satu itu. Dekatkan diri pada Dia. Itu adalah yang terpenting sekali. Tak kira betapa korang sedih betapa korang sakit, hanya Dialah sebaik-baik penolong. Jadi jangan sombong untuk meminta tolong dari Dia. Sesungguhnya bila Dia bagi ujian itu,tanda Dia sayang kita. Adakala dia beri kesakitan dalam bercinta, tapi sebenarnya walhal Dia sudah tetapkan jodoh,kejayaan dan kebahagiaan untuk kita di kemudian hari. Cinta Allah berganda-ganda baiknya. Sebab awak akan peroleh ketenangan yang tidak terbatas. ;)
2) Audit
~ Erm audit balik diri dan perasaan korang. Kenapa perlu terlalu sedih untuk sesuatu perkara yang tak pasti? Bunyi macam kejam kan? Ok, bukan tak boleh sedih, boleh. Sedihlah kalau nak sedih, tapi sampai bila? Kadang-kadang kena marah gak hati korang, yelah, kadang-kadang kita sedih untuk orang tu, tapi orang tu tengah happy. Ya Allah Ya Rabbi, sesungguhnya sangatlah rugi untuk korang terus meratapi kesedihan korang.
3) Positif
~ Dan ini sangat penting. Positif bukan hanya pada akal fikiran. Tapi juga melalui perbuatan. Bukan mudah bagi seseorang untuk positifkan diri, minda,akal fikiran dan perbuatan. Tapi mana kita nak dapat hasil kalau tiada tanaman kan? Mungkin korang akan cakap, hurm tak kena batang hidung sendiri, memanglah boleh bagi tips gini. Satulah nak beritahu, simple je, kalau belum bersedia nak bercinta, tolong jangan bercinta. Kalau tak nak ikut tak apa, tapi nanti kalau tetengan fefeeling sedih,janganlah keluarkan ayat tak kena batang hidung n so on tu. Boleh? Positif di sini bermakna, positif dalam berfikir. Buatlah apa pun asal tak langgar syariat agama. Fikirlah apa pun jangan sampai lari dari akal fikiran seorang mukmin.
4) Tujuan
~ Agak-agak lepas dah patah hati,apa nak dilakukan? Cari kekasih baru, yeay! Apa sajalah kan, tapi cuba fikir tujuannya. Untuk apa bercinta kalau tak ada hala tuju. Tak memasal patah hati lagi. Untuk apa bercinta tapi tak pernah berfikir nak kahwin? Mungkin jawapan korang, oh kami muda lagi, relax lah dulu. Kahwin-kahwin ni nanti dulu. Tak semestinya kami bercinta kami takkan fikir kahwin. Oh ok, jadi kalau patah hati ke lepas ni, relax-relax lah dulu. Korang kan muda lagi, bagilah peluang korang siat-siat hati korang dulu. Tujuan tu penting, mana mungkin awak nak bazirkan sesuatu yang awak tak tahu. Sayang tak semestinya bercinta.(Untuk yang belum kahwin eh) As simple as that, fikir, betul ke korang ni betul-betul dah bersedia bercinta atau couple ni hanya dijadikan trend semata? Think wisely oke...
5) Senyum single
~ Senyum ok,senyum. Tak perlu nak kusut-kusutkan fikiran untuk fikirkan orang yang tak pernah nak hargai kita. Nak setia pun beragak la cik abang oi, cik adik oi. Korang ada life korang sendiri kot. Perlu ke nak setia pada orang yang bukan lagi milik korang (milik korang ke? semua ni pinjaman, bila-bila masa je Allah boleh nak tarik balik.) Lepas je patah hati,sudah pasti korang menangis kan? Sedih lawannya apa? Happy kan? Riang gembira. Sebab tu la korang kena senyum aje. Senyum ni ada power nya yang tersendiri tau. Korang sebenarnya akan rasa lebih bersemangat. Serius tak tipu. Senyum si single itu menawan wa cakap lu.
6) Hobi
~ Sila lakukan hobi korang yang terbengkalai lepas korang bercinta tu. Contoh kalau korang minat membaca,korang belilah buku banyak-banyak pastu baca sampai lembik. Mana nak tau bila ke kedai buku tu korang terjumpa jodoh korang ke? Ahaaa...
7) Hapus
~ Kaedah hapus ini bukan semua boleh lakukan. Tapi ikut individu la, kalau ada individu yang lembik,dia akan kata, sayanglah nak buang kenangan tu,sayang lah nak buang nombor dia,sayanglah nak buang gambar dia,sayanglah nak buang hadiah dia. Hello, kalau buang pun tak semestinya korang lupakan? Buang melalui zahir supaya tidak terkesan terus pada hati. Contohnya, korang buang nombor, but korang still ingat nombor orang yang korang sayang tu kan? Jadi pendapatnya dekat sini, jangan takut nak buang itu dan ini. Buang je,hapus je. Itu salah satu terapi yang baik untuk diri korang tau. Melainkan korang sempitkan fikiran yang korang akan setia walau macam mana pun yang jadi. Adui, kalau gitu, sebenarnya pada aku, korang memang layak ditinggalkan ataupun korang memang layak patah hati. Sebab apa? Sebab korang sebenarnya tak pernah sayang dengan diri korang pun. Sebab kalau korang sayang diri sendiri, korang takkan berlaku zalim pada hati korang,korang akan beri peluang untuk diri dia dan diri korang sendiri untuk berbahagia. Sebab tu perlu positif.
8) Sayang baby
~ Aha, ini juga salah satu kaedah terbaik untuk terapi korang yang patah hati. Well, well, well.....bagi sesiapa yang ada anak buah reramai tu, cer korang ambil satu hari untuk jaga bebudak tu, tak semestinya baby,ini salah satu cara untuk korang uji tahap kesabaran korang. Yelah,jaga baby or bebudak bukan mudah, sebab diorang sangat banyak kerenah. Tapi bila korang sayang, diorang buatlah apa pun, korang mesti boleh sabar, takkan marah. Yela bila dah sibuk jaga budak, korang mana ada masa nak sedih sangat kan?
9) Masak
~ Tadaaa, tak boleh handle kan. Masak? Yes, masak. Silalah memasak. Bila memasak korang akan rasa seronoknya sangat! Apetah lagi kalau apa yang koran masak tu sedap gila! Ok, yang tak tahu masak tu, boleh belajar masak, tengok resepi, follow je cara. Memasak ni kena penuh dengan kasih sayang tau, baru boleh menjadi. Masaklah apa saja yang menjadi kegemaran korang ataupun kegemaran 'orang tu', pastu bila agak-agak sedap korang mesti akan terasa, "haaa pandai jugak aku masak, rugilah kau tinggalkan aku dulu." haha, jgn riak jgn ujub, just gelak-gelak je dalam hati ckap camtu, dlm hati still kena doa,mudah2an Allah akan beri ganti yang lebih baik dari dia.
10) Rehat
~ Ok, benda ni sangat penting. Lepas patah hati, janganlah busy untuk cari terus pengganti. Bagi peluang hati korang tu rehat dulu. Kesian tau kalau korang tak bagi chance rehat. Hati kita ni macam fizikal kita sendiri. Perlukan rehat sekali sekala, bukan pakai boo je buat semua benda. Just go with the flow, sekurang-kurangnya untuk 3 bulan, rehatkan hati. Tapi lagi lama lagi bagus. Yelah, dalam pada korang mencari calon hubby/wifey (ala-ala James Bond), korang mesti kena persiapkan diri korang dengan asas agama,asas kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik, dari tak matang menjadi matang, dari tak tahu menjadi tahu, dari tak boleh menjadi boleh dan serba boleh. Insya Allah, satu hari bahagia dan tenang ada untuk awak.
Jangan lakukan ini :
1) Meratap,meraung bagai nak rak. Nangis boleh,tapi tolonglah berpada.
2) Terus-terusan berkata 'aku lemah tanpa dia.' Please ok,selama korang jumpa dia korang elok je hidup kuat tanpa dia.
3) Mengamuk, marah tak tentu hala. Kesian orang yang kena tempiasnya,korang janganlah libatkan orang lain. Agak-agak tak boleh nak handle,tak ada mood, bagitau elok-elok takpun perli dengan sihat la. :) *dalam hal ni, orang sekeliling kena banyak bantu,bila dah badmood tu,kita bagi dia masa,bukan untuk menyibuk nak tahu dan tahu dan tahu...
4) Selalu update sesuatu di fb,twitter,blog,instagram tentang 'tak boleh lupa' dia. Nak ingat boleh, tapi jangan sampai orang nampak awak ni jadi hamba pada cinta. Tak boleh hidup tanpa cinta manusia. Be positive! Hidup korang akan ok je walau dia takde.
5) Siksa diri. Oh no, jangan siksa diri buat benda yang bukan-bukan.Tak nak makan lah, carik orang lain pastu patahkan hati orang lain pulak lah and apa-apa jelah yang bad things. Jangan buat. Tolong, benda itu hanya akan menyakitkan korang je lagi.
6) Jangan memandai. Yes, jangan memandai nak buat itu dan ini. Let him be, let her be. Kita teruskan hidup tanpa fikir apa tentang dia lagi. Takut nanti menambahkan kebencian dia pada korang. Ataupun takut korang akan mengharap sesuatu lagi pada dia.
7) Kawan dengan ex. Ok, tak payahlah tunjuk hero yang korang ni kuat sangat untuk terus berkawan walapun dia dah patahkan hati korang. Itu bukan caranya. Ambil masa. Ambil masa. Ambil masa. Hati korang still sakit. Jangan memandai nak kawan dengan dia a.s.a.p lepas korang patah hati. Tunggu waktu yang sesuai. Sampai hati korang betul-betul pulih. Ini bukan masa untuk tunjuk kuat tunjuk hero. Lepaskan peluang untuk terus berkawan dengan dia buat sementara. Untuk kebaikan korang juga. Biasanya jarang dengar orang yang dah putus cinta ni berkawan baik bagai nak rak. Jarang ye, bukan tak ada. Kalau ada pun nisbah dan jumlahnya sikit. :)
Kesannya:
Terpulang pada setiap individu yang mempraktikkan cara/tips. Lain orang lain garapan mempraktikkan cara. Tapi untuk kesan yang lebih power, menangis dan mengadulah pada Allah. Insya Allah, korang akan rasa lega selega-leganya. Sebab apa pun kita buat adalah kerana untuk mencapai redha-Nya.
Ok, chayok chayok! Selamat berjaya. Akhir kata, aku hanya mampu berikan sedikit tips, tapi kalau korang yang degil untuk terus melayan blues, sampai sudah korang akan sedih. Remember, Allah takkan bantu,kalau korang sendiri tak nak bantu diri korang. Dan katakan....
TIDAK PADA SEDIH BLUES BLUES... ;) hidup ni tak lama untuk korang bazirkan dengan kesedihan... :)
Think Properly, Think Wisely!
#terima kasih baca entri ni...maaf ye kalau ada salah silap,lantang menyuarakan pendapat ataupun ada yang menyinggung hati. Wasalam.
Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
31 Disember 2012
12 : 56 PM
Saranghae~
NA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah, Assalamualaikum. Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang ...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...
No comments:
Post a Comment