Showing posts with label #Wedding. Show all posts
Showing posts with label #Wedding. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

Kain Cotton 'Baldu'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Nak kata excited sangat untuk sambut raya tahun ini, taklah sangat. Biasa-biasa je. (Eh puasa pun belum nak cerita raya? Tepuk dahi sat!)

Cumanya saya terlampau excited nak cari kain pasang ber'jenama' Cotton Baldu ini.
Agak payah jugaklah nak cari bila saya nak, bila saya tak nak, ada saja lalu depan mata.

Dan kalau ada pun, harganya, masya Allah. Terjojol bijik mata. (Oleh kerana saya bukanlah seorang yang sanggup berhabis-habisan untuk membeli pakaian, maka haruslah harga yang biasa-biasa itu, saya kata mahal. Hehehe.)

*** Eh awak-awak semua (yang selalu mengikuti blog ni, eh tapi ada ke??? oke terperasan kejap~), jangan pelik dengan kata ganti nama diri saya tau, dari "aku-aku" beralih ke "saya-saya". Bukan apa, saja je nak jadi lebih sopan. Ala, korang layan je lah, apa yang ada dalam kepala saya eh eh eh. ~

Orait sambung ceghita kain. Berapakah harga pasaran?
Entah, yang pernah saya nampak orang jual kat SUK ni, paling murah pun RM80/pasang.
Kan mahai? Saya tak moh. Saya nak jugak cari kat kedai kain biasa-biasa tu. Tak kira! Nak murah punya pasal.

Sehinggalah habis ke ceruk kedai kain Nagoya itu saya redah, ibarat meredah di lautan. Lautan kedai kain Kamdar juga saya renangi. Ecewah, hurm tak ada rezeki juga nak jumpa.

Sehinggalah hari jumaat lepas, dekat jualan jumaat (JJ) SUK, ada seorang mak cik ni jual, baju kurung moden guna kain Cotton Velvet tu. Subhanallah. Sudah jadi baju! SERIUS CANTIK! Sungguh ni. Tak tipu. Cantik sungguh cantik! Harga? RM120. Oke lah kot, tapi saya tak beli pun. Entah, Allah belum gerakkan hati nak beli. Sabar. Sabar.

Tapi walaubagaimanapun, keinginan menjadi lebih berkobar-kobar. Nak jugak cari kain itu sampai jumpa.

Jumaat malam, ajak kakak saya pergi tengok dekat Kamdar, Klang Parade. Tapi hampa sungguh walang hati ini. (Aiseh Yani, mengapakah ayat-ayat dalam entri ini sungguh "skema", sobssss)

Tapi cuba teka, akhirnya saya dapat ke tak?

Hahaha, eh tak payah teka lah. Kalau saya dah buat entry dalam blog, seharusnyalah saya jumpa.

Tapi tanyalah, saya jumpa kat mana.

Haaa, tak payah tanya, biar saya bagi jawapan terus. (Mudah kalau korang nak carik nanti. Hehehe)

Jawapannya, saya jumpa kat BANTING. Haaa, jauhkan, saya duduk Sg.Buloh. Cari kain ini sampai nun jauh di Banting sana. Sebenarnya kebetulan je jumpa kat Banting. Bulan Mac saya ada terlibat dengan kursus di Morib, dalam perjalanan memang dah ternampak kain ni tergantung-gantung cantik, baik punya!
Tapi tidaklah membeli. Sekadar tengok je.

Dan hari ahad lepas, saya dengan ibu ayah ada pergi ke walimah saudara sebelah atok di Sg.Raba. Jadi, sambil menyelam ye kita minum air.

Alhamdulillah. Rezeki. Tapi masa beli tu, memang baik punya survey satu pekan Banting. Ada 4 kedai kot saya tanya harga.


contoh (gambar ialah ehsan abang google)


Kedai yang pertama - Special Promotion (2 pasang RM85) *masa ni mata memang dah blink-blink*

Kedai kedua - Sepasang ialah RM66. *aiseymen, tak boleh jadi. Oke dik, akak tanya je. Hihi. Lari keluar*

Kedai ketiga (agak besau jugaklah) - Sepasang ialah RM55. *dalam hati dah banding dengan harga kedai                                                                                                   lain tadi.*

Kedai keempat (besar-besar) -Sepasang ialah RM45. *weh, lagi murah. Tapi kalau beli 2 dah RM90. Lagi murah kedai pertama. Dua pasang saya dapat RM85. Ya rabbi. Yani, kenapa 'kede' sangat RM5 ni? dalam hati berkata, RM5 juga duit.*

Kesimpulannya - Saya patah balik pergi kedai pertama (sorry tak ingat namanya, nanti balik rumah saya ambil gambar tunjuk kat awak-awak ye.) Oke kita balik kedai pertama, tapi agak pening jugak nak pilih warna sebab semuanya cantik-cantik. Sebenarnya nak pilih dengan hati yang tenang, tapi abangla tu dah berdiri kat tepi. Rimas. Tak suka bila nak beli barang, orang dok ikut kita!

Akhirnya, malas nak layan abangla tu, saya pun terus tunjuk warna biru tekois satu, dengan warna merah darah O. Hehehe. So, dapatlah 2 kain pasang yang sudah lama diidam-idamkan. "Alhamdulillah, terima kasih Allah, sudi tolong kita."

Dengan ini, saya sudah berkira-kira nak buat Jubah ye menggunakan kain ini. Itu sebenarnya tujuan beli kain cotton baldu ni.

ehsan google lagi~
Kalau baju kurung, begitulah jadinya. Cantik jugak. Tapi pilihan saya ialah untuk jadikan sebagai jubah. Begini ya.

copyright *RM*

*RUCCIMODISCH*
Cantik kan bila jadi jubah. Ye, sebab terlalu berkenan dengan Jubah Elegant Aisya ni lah. Nak beli, harga tak berapa nak mampu. Bukan tak mampu, tapi belum reti nak beli sampai mampu. Jadi, kita beli kain, tempah sendiri. Hehehe.


Tapi kan kalau korang nak beli jubah cantik-cantik. Boleh pergi website ni ~> RucciModisch serius, jubah dorang memang cantik-cantik. Plus, ada school holiday sale dekat website diorang dari 30 Mei 2014 sampai 3 Jun 2014. Memang price markdown!

Setakat ni saya pernah beli Sarah Jubah je. Yang lain semua saya hanya mampu tengok, cuci-cuci mata dekat IG Rucci Modisch ni. Hehe.

Hehe sempat lagi buat promosi kan.
Oke lah korang, terima kasih sudi baca entri versi pra-raya ni. Nanti bila dah raya baru saya upload gambar jubah ye...Itu pun kalau saya rajin.

Okelah okelah, dari tadi je asyik okelah je. Terima kasih sudi baca entri kain cotton baldu ni.
Salah silap perkataan mohon maaf ye.
Ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi di entry yang lain ye.

Kawan-kawanku sayang, jaga iman, jaga solat, solat awal waktu. Jaga akhlak, tingkatkan ibadah.
Mudah-mudahan kita semua di dalam redha Ilahi. Aamiin.

Oh lupa, hari ini juga ialah ulangtahun peristiwa Isra' Mi'raj (27 Rejab). Semoga kita akan sentiasa memperbaiki amal ibadah kita, solat kita. Buat yang terlupa apa itu peristiwa Isra' Mi'raj, saya belanja sedikit gambar untuk pencerahan awak sekalian tentang cerita Isra' Mi'raj ini.

sumber dari fb~


Semoga bermanfaat. Sekian, wassalam..


Love,
Norzayani Binti Norhamshah
5.29 PM
27 Mei 2014 / 27 Rejab 1435H

Monday, April 7, 2014

Selamat Pengantin Baru Izan...

Assalamualaikum w.b.t

Hai. (Hai? Oke.)

".... selamat pengantin baruuu... selamat berbahagia, selamat ke anak cucuu...selamat sejahteraaa... " (eh benarkah liriknya begitu?) haha takpe biarkan je kalau salah. Bukan lirik yang aku nak cerita dalam entri ni.


Hamboi bukan main happy lagi mukadimah entri kan.

Ye, ye, haruslah happy, semalam i pergi majlis kahwin kawan i dekat Klang nun.

Setelah beberapa tahun ye kami tidak berjumpa, alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita bertiga (aku, Atirah n Izan) berjumpa semula di majlis kahwin Izan ye.) Bukan Yani, bukan Atirah. Coming soon? Atirah a.k.a cik bosss, Yani nanti dulu.

Meh nak belanja gambaq sat.

gambar i curi kat fb, bos yang upload.
  
Sebenarnya aku plan awalnya nak pergi dengan ibu ayah. Tapi bila fikir-fikir semula, alahai rumah mentua Izan ni tak jauh sangat, apa lah salahnya aku drive sendiri ke sana. So, aku putuskan, takpelah ibu ayah tak payah temankan Yani oke? Yani dah besar, dah dewasa. Boleh pergi sendiriiii. (Hahaha choiii, nampak tak kat sini aku ni tak berdikari, suka sangat ajak ayah ibu pergi mana-mana. Oke tutup cerita.)

Oke, disebabkan tak jauh, boleh drive walau takut dengan lori di sekeliling, ku gagahi diri, ecewahh. Bawaklah juga kereta. Semangat waja tau nak jumpa Izan dengan bos. Lama ni tak jumpa. (Sesambil tu ambil berkat... Hahaha tak tak, aku gurau saja!)

So, semalam memang kenangan yang boleh catat dalam diari la, sebab manissss sangat! (Diari? Ye, ada juga diari, blog ni diari maya, yang buku tu baru diari betul. Haha ada...)

Disebabkan manis macam gula, aku abadikanlah dalam blog usang aku ni. (Alahhh Yani gelilah, usang-usang pulak. Heshh.)

Heee, jadi semalam dalam pukul 2 lebih, lepas dah tunggu cik bos sampai dengan kawan-kawan dia, jumpa Izan, cik bos beri hadiah (Izann, sorry Yani tak bagi apa-apa, sobsss. Cian awak. Menggelabah tak sempat beli apa-apa untuk awak. Takpe tunggu Izan ada baby nanti Yani bagi eh eh eh. Hehe).

Cik bos masih macam dulu, kelakar, periang, gila-gila. Izan pun sama juga, cuma Izan kena sopan lebih la. Pengantin lah katakan. Aku? Aku sama macam cik bos. Sengal!

Dan ye, biasalah bila pergi majlis sebegini. Haruslah orang tanya bila turn kita. Kita tanya bos, bos tanya kita. Izan tanya aku. Aku kata 'tak tau'. Izan tanya bos, bos jawab apa? (Alahai tak ingat.)

So siapa dulu? Wallahua'lam. Sampai masa, adalah tu. Malas nak fikir. (Kejam ayat aku ni.)

Semalam pun sebelum pergi majlis ni, ibu siap cakap, nanti bolehlah cari kat sana. (Haiyooo dengan pantas dan tangkasnya aku jawab "takmoo, malas nak carik" )
Kesian ibu, sorry ibu. Bukan Yani taknak cari, yes, Yani tau umur Yani pun dah banyak, cuma entahlah, dengan keadaan dunia sekarang ni, nak fikir tentang jodoh memang Yani rasa lelah. Tak ada di dunia, di akhirat nanti. Sebab Yani nak hadiahkan menantu yang best untuk ibu ayah! Cuma siapa, bila tu memang Yani tak ada jawapannya sekarang ni. =')

Ini memang iklan atas ni. Adui sambung semula. Cerita aku hangpa semua tolak tepi. Tak payah baca oke. (Takpe, kalau dah baca aku maafkan. Jangan ulang baca. Hehehe)

Lepas aku dengan cik bos dah habis makan, kami pun bergambarlah dengan pengantin.
Cantik tau pengantin pakai baju warna kuning. Sedondon dengan bos. (Aihhh bos ni macam tau-tau je.)
Aku je pakai hijau. (Erk tapi hijau ikut tema abang ipaq Izan.)
Hijau kuning. Kedahhh gituu. 

Semalam masa pergi majlis tu, aku baru tau dalam majlis tu ada dua pasangan, satu kawan aku (Izan), satu lagi abang pada suami Izan tu la. Heheh, so kami berdua memang ikut tema. =p

Sebenarnya aku dengan Izan kenal masa kitorang kerja dekat SUK, lepas tu berhenti, cari kerja sama-sama dekat Jabatan Perangkaan. Kat situlah kami jumpa cik bos (Atirah) ni. Hari-hari pergi makan kat restoran Ani Sup Utara. Al kisah kenapa panggil bos? Haha. Tak ingat. Tapi melekat sampai sekarang. Comel je bila panggil bos.

kenangan tahun 2011.

hehe. mereka dulu2. aku mana? aku ada, tengah snap gambaq depa dua orang ni. hehe.
Tapi gambar kami tiga orang takde masa ni. Hehe. Takpe.
Yang penting semalam dah puas ambil gambar. Harap lepas ni kita tiga orang, ada rezeki nak jumpa lagi. Hehehehehe. Rinduuuu.

Nah aku belanja lagi gambar semalam. (Apalah erti entri tanpa gambar. Ngeh3)

Izan dengan bos~

bos dengan Yani

Yani dengan Izan

bos dengan Izan dengan kawan bos, Farah.
Bos dengan pasangan pengantin.

Aku dengan pasangan pengantin. Ada je gambar bukak mata, tapi sengaja aku upload yang pejam mata. Rare kan? Haha.

Akhir kata,Selamat Pengantin Baru untuk Izan. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Semoga kekal dunia sampai akhirat. Semoga kalian akan dianugerahi dengan khalifah-khalifah yang soleh solehah. Selamat menempuh alam rumahtangga yang penuh suka duka. Sabar dengan ujian dan dugaan yang Allah hadiahkan nanti. Semoga baik-baik pakat dalam segala urusan. Aamiin.

*Dan terima kasih sudi baca entri ni ye. Salah silap dalam setiap perkataan aku mohon maaf ye.
Izan dah selamat bernikah. Korang doakan aku dengan cik bos (Atirah) dapat jodoh yang baik ye. Hehehe. Aamiin.

~OH YE, YAYA HAPPY BIRTHDAY. MAY ALLAH BLESS U. And I LOVE U. Terima kasih Allah, sudi beri kakak dan kawan yang baik ini. 



~Norzayani binti Norhamshah~
7 April 2014 / 7 Jamadilakhir 1435H
5.44 PM


Tuesday, June 4, 2013

Musim Nikah Kahwin... #Tahniah

Assalamualaikum...

Teheeee sesuka hati aku je kan nak buat entri lagi kurang dari 12jam lepas aku buat entri baru tadi...

Eh tapi rerasanya takde masalah kot nak buat entri bebanyak...dah blog sendiri kot, bukan kacau blog orang pun kan...

Oke oke oke, seperti tajuk entri aku di atas ni, yang pastinya entri ni aku taip khas untuk kawan-kawan (yang kenal, yang rapat dan yang kurang rapat) yang sudah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini... tapi nya majoriti adalah kawan-kawan dari Unisel...yang satu kohort walaupun berlainan group...tapi masih dalam satu course, iaitulah Pendidikan Pra Sekolah...

Kiranya sebenarnya ramainya kawan aku yang dah kahwin ni pangkat adik-adik ye...bernikah pada usia yang muda adalah satu peluang dan rahmat yang Allah berikan buat kalian yang teristimewa...
Dan sesungguhnya wanita yang paling diredhai Allah ialah wanita yang sudah berkahwin...
Kalian adalah insan yang terpilih...yang sangat untung...
Dan,
Kakak ni belum sampai waktu, jodoh mungkin masih jauh...mohon adik-adik doakan yang terbaik untuk akak ye...


Sukacitanya kakak ni ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kalian semua...

Selamat menjalani bahtera rumah tangga, yakni juga adalah gedung pahala buat kalian suami isteri...

Selamat menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah ye...

Selamat menjadi bakal ibu dan ayah yang hebat buat zuriat-zuriat kalian satu hari nanti...

Selamat menjadi insan yang penyabar,saling bertolak ansur dan saling serta sentiasa menerima baik dan buruk,kelebihan dan kelemahan pasangan kalian...

Selamat belajar menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi Allah...

Ikatan pernikahan bukanlah hanya sekadar suami sayang isteri atau isteri sayang suami atau suami dan isteri sayang anak-anak...
Ikatan pernikahan bererti juga kalian telah bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi Allah iaitu di dalam sebuah institusi keluarga...

Apa-apapun doaku buat kalian semoga kalian akan sentiasa bahagia dan berjaya di dunia sampai akhirat...insya Allah...

Dan awak-awak, maaf sebab ambil gambar dari fb tanpa pengetahuan kalian...niat akak sekadar ingin berkongsi kegembiraan dan meraikan kebahagiaan kalian dengan sesiapa sahaja yang mungkin terbaca entri ni...

Mudah-mudahan doa dari semua yang membaca entri ini akan lebih menjadikan ikatan kalian lebih di redhai...bukankah mulia dan lebih diredhai andai ikatan pernikahan itu disusuli dengan doa dari orang sekeliling...lebih berkat kata orang...walaupun mungkin tak dapat hadir majlis kalian, bukanlah semestinya orang itu tidak mendoakan, mungkin terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan dari menghadiri majlis kalian...doa dari jauh sahaja...

Akhir kata i'm happy for u...untuk semua sekali... (",) Barakallah...

Love,
Anything About You_Niyaz Arumi
4 June 2013
5:43PM
Saranghae
NA


Tahniah Kak Is & Pasangan (Kawan Kerja Dulu2)







Tahniah Bob & Amani (Classmate Unisel)






Tahniah Sha & Rashid (Classmate Unisel)






Tahniah Pika & Pasangannya (Coursemate Unisel)






Tahniah Aza & Pasangan (Coursemate Unisel)






Tahniah Sya & Pasangan (Coursemate Unisel)




Tahniah Lieza(Mek) & Pasangan (Classmate Unisel)







Tahniah Yana & Pasangan (Classmate Unisel)






Tahniah Suzie & Pasangan (Classmate Unisel)



psttt : ramai kan? semua majlis ni dekat2 tarikhnya, dan tak dekat sangat...jadinya akak tak dapat hadir...apa pun doa sentiasa ada buat kalian... tahniahh lagi sekali eh...


p/s - Dan ada lagi seorang rakan yang berkahwin, tapi aku usha dalam fb dia, takde gambaq kahwin...takpe2,apepun Nazliah dan pasangannya, aku tetap doakan kalian bahagia dunia akhirat...amin... (",)


Wassalam...




























Friday, September 7, 2012

Bila Jodoh Belum Sampai, Bersabarlah.


Assalamualaikum...
Selamat Pagi...Salam hari penghulu segala hari...Hari ni hari jumaat dah...alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumi ini... :)

Bila jodoh belum sampai...berusahalah...
Bila jodoh belum sampai...berdoalah...
Bila jodoh belum sampai...bertawakallah...
Bila jodoh belum sampai...bersabarlah...

Bila jodoh belum sampai...bukan bermakna selamanya kita keseorangan...bak kata Ustaz Don,kaum hawa ni untung,sebelum bernikah,ayah yang akan menjaganya,selepas bernikah,maka suami yang akan menjaga dan berada di sisi kita... :)

Bila jodoh belum sampai...yakinlah bahawa Allah pasti ada rencana yang terbaik untuk diri kita...kerana Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita...

Bila jodoh belum sampai...jodoh adalah salah satu rahsia Allah,yang kita tak tahu...kita merancang, selebihnya Allah yang tentukan...sebaik mana rancangan kita pun, kalau itu bukan yang terbaik untuk kita, Allah tetap takkan membenarkan itu berlaku...

Bila jodoh belum sampai...kite kena check diri, mungkin ada sesuatu yg kurang... Sebab itu jodohnya belum sampai, belum kita jumpa... Mungkin pada luaran,orang akan nampak kita ni sudah sempurna untuk menjadi wife/hubby seseorang,tapi sebenarnya tak...mungkin lah...

Bila jodoh belum sampai...kene bersabar...ye,aku tau kadang mesti ada terselit dalam hati bila tengok budak muda kahwin...(wahh muda2 lagi dah kawin budak ni...untungnya,bilalah turn aku..?)
Sabar kunci utama,kena sentiasa yakin dengan Allah bahawa sememangnya jodoh kita sudah ditentukan sejak di loh mahfuz lagi...jadi jangan risau... :)

Bila jodoh belum sampai...(sampai bila nak sabar?) erm sampai kita jumpa suami/isteri kita lah.. :)
Memang kena chill, sebab kalau kita tak sabar, tergesa-gesa, mesti akan ada yang tak kena...boleh jadi tak kena apabila sudah bernikah nanti... perkahwinan bukan permainan... banyak yang kita perlu tahu tentang intipati perkahwinan itu sndiri...suami isteri ada peranan masing-masing... (erk kalau sesiapa yang sudah pergi KURSUS PERKAHWINAN, mesti korang tahu kan...? :)

Bila jodoh belum sampai...siapa tahu, di sebalik kesabaran kita tu, kita bakal dapat yang terbaik...(Allah mmg dah tentukan yang terbaik,yang paling sesuai untuk kita)

Ustaz dalam radio IKIM pernah kata (aku tak ingat nama ustaz tu, adoi sorry), kalau kita terasa dalam hati...'eh kenapa laki aku ni macam ni perangainya...?' erm maknanya kita pun ada lah perangai macam hubby kita tu jugak, aku rasa maksud ustaz tu dalam pendek kata ialah gini.. "cermin isteri adalah suami...cermin suami adalah isteri..." tak percaya? balik rumah tengok hubby awak macam mana... (saja ayat ni nak provoke korang, supaya dapat lebih memahami antara satu sama lain.)

Kehidupan sebagai suami isteri, pada aku, kena saling faham memahami, saling percaya, bertolak ansur...bende tu aspek yang sangat penting kot...(erkk cakap macam lah aku dah kahwin... heeee belum...erk tapi belajar lah kan? bace buku beb, kena rajin baca buku motivasi...kita belajar tentang perkahwinan bukan semestinya apabila ingin berkahwin, dah nak berkahwin tapi ilmu perkahwinan itu seharusnya dipelajari sehingga sudah bertahun-tahun berkahwin sekalipun, oke?)

Mungkin sebab itu Allah belum izinkan aku untuk berjumpa dengan jodoh aku, sebab banyak benda aku belum tahu, mungkin sebab aku kena belajar banyak perkara lagi. Nanti aku tergesa-gesa cari tanpa ada ilmu di hati, bila sudah berkahwin, aku ke mana, husband aku ke mana...haaa kan ke da parah tu nanti...?
seru da lama sampai, tapi Allah belum izinkan, belum sampai masanya..
Jadi, jomlah bersabar ye... ;)

Yang aku tahu, Perkahwinan Adalah Gedung Pahala...jadi sebelum aku jumpa bakal suami aku tu kan, aku kena study hard + study smart... (aku santai je sebab aku memang rasa nak suruh parents aku carikan...bunyi macam weird...tapi aku rasa pilihan diorang adalah yang terbaik...tapi kalau dah Allah tentukan untuk aku cari sendiri, tak tahu lah kan...apa pun, kalau parents aku setuju, baru aku akan setuju...pilihan ibu ayah seharusnya adalah yang terbaik.Insya Allah.

 
DEAR MY FUTURE HUBBY(i don't know who..???)
"Saya tak mintak banyak, cukup sekadar awak boleh bawa saya ke jalan yang paling di redhai Allah...pimpin saya jadi isteri solehah, sebab saya nak jadi pedamping (bidadari) awak di syurga nanti...boleh kan? sebab saya nak jadi isteri awak, bukan hanya di dunia, tapi di akhirat juga..."
 

Aku doakan korang dapat jumpa jodoh yang terbaik untuk diri korang...
Apa pun jangan pernah lupa untuk usaha...doa...sabar...tawakal...insya Allah...ada jalannya.
 
Sebarang kata aku yang ada mengguris hati, mintak maaf ya...
 


Spread Love:
Niya Unnie_Anything About You
7 September 2012
10.05AM...
Saranghae~



CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...