Showing posts with label #Suka. Show all posts
Showing posts with label #Suka. Show all posts

Tuesday, February 5, 2019

Umrah Bersama PDC Travels - (Part 1 - Before Umrah) (GM 22 23 Jan - 2 Feb 2019)

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan izin-Nya, masih diberi peluang untuk bernafas, diberikan kesihatan yang baik untuk memulakan entry baru.

Seperti biasa,, masih seperti dahulu, aku sangat tidak pandai untuk memulakan sebuah mukadimah ketika mengarang sebuah entry. Tak tahu nak mula cerita dari mana sebenarnya.

Jadi, pada awal cerita aku, mungkin ayat aku akan jadi sangat skema, tapi selepas beberapa ketika, baru penulisan aku akan menjadi sempoi dan selesa. Ia sangat mengambil masa.

Oke, kita dah boleh start kot. (Adui, tepuk dahi aku! Serius rasa entah apa-apa permulaan ayat)

Mungkin ada di kalangan sanak saudara, sahabat handai yang tahu akan perancangan dan niat aku untuk menunaikan ibadah umrah, tapi ada juga yang tak tahu. (Which is benda-benda macam ni aku tak berani nak cerita lebih-lebih sebelum betul-betul yakin yang Visa aku dah lulus.) Dan lagi, kita tak tahu apa tanggapan orang bila kita cerita yang kita nak buat umrah, boleh jadi orang suka, dan boleh jadi orang akan anggap kita mahu membangga diri sebab dapat menunaikan umrah.

Tapi, kita fikir yang baik-baik je la. Sampai bila-bila pun kita tak mungkin mampu memuaskan hati manusia. Asalkan kita lalui kehidupan tu dengan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dengan kita dan Dia redha akan segala yang kita lakukan, itu sudah cukup memadai.

Kalau ikutkan permulaan perjalanan aku untuk membuat umrah ni, aku akui, pada permulaannya aku rasa tak bersedia. Serius!

Before this, aku pernah buat rayuan haji sebab nak temankan ibu ayah buat haji (tahun lepas), tapi rayuan aku ditolak. Masa tu, aku kecewa sangat-sangat. Tapi ayah cakap,

"eh jangan risau lah yani, selama ni pun, Allah yang jaga kita semua, kenapa nak risau ibu ayah dekat sana? Sebab Allah mesti akan mudahkan urusan kami."


Lepas tu, aku pun (hurmm oke..) aku risau sebab ibu tak sihat sangat, jadi aku takut kalau-kalau ibu susah nak bergerak dekat sana. Tapi bila ayah dah cakap macam tu, baru aku tersentap. Allahu, maafkan aku ya Allah, sebab meragui apa yang telah ditentukan. =(
Khilaf aku sebab fikir yang tak ada sesiapa akan jaga kalau aku tak ikut sekali.

Liciknya syaitan bawa aku fikir sampai ke situ. Memberontak kot, sebab dah buat itu ini, tapi masih belum terpilih. Astaghfirullahal'azim.

Dipendekkan cerita, bulan September, lepas balik kerja, ibu tanya,

" Yani, mak lang nak buat umrah nanti, pergilah ikut, ajak Syukri sekali". (adik aku, untuk dijadikan mahram semasa buat umrah nanti)

Zuppp, masa ni aku cakap dalam hati, "em tak naklah..." huhuhu T.T (Sekarang ni bila aku fikir balik jawapan pertama dalam hati aku tu, aku rasa nak hentak kepala dekat dinding. Kau apahal yani?! Hari tu doa minta Allah jemput pergi sana, bila dah dapat peluang macam ni, kau cakap macam tu?!)

Tapi masa ibu cakap tu, aku diam je. Sejenis aku, kadang-kadang kalau aku tak nak sesuatu, aku suka diam. Tapi aku tak terus cakap. Sebab aku takut, aku salah buat keputusan. So better kita diam. Diam dan berfikir. Diam je aku, lepas tu terus ready untuk solat maghrib, sebab baru lepas balik kerja kan.


***

Nak tahu sesuatu, lepas habis solat je, zappp, sekali lagi ada satu lintasan hati yang Allah gerakkan dalam hati. Masa nak doa tu, aku betul-betul teringat, masa bulan ramadhan tahun lepas, selepas solat terawih dekat Masjid Bukit Jelutong, aku sangat-sangat merayu dekat Allah, aku cakap aku nak pergi sana. Aku nakkkkk sangat pergi sana. Menangis macam apa je, sampaikan kakak sebelah tu pegang bahu aku, cakap dekat aku, "moga dipermudahkan semua urusan awak, dik."
Aku toleh, pandang kakak tu, try hard untuk senyum dan anggukkan kepala, "terima kasih..."

Disebabkan terkenang itulah, aku terus tersedar, aku nak pergi, aku kira itu sebenarnya satu 'jemputan' dari Allah untuk aku. Takkan aku nak lepaskan peluang.

Selepas habis solat isyak, aku borak semula dengan ibu, tanya pasal umrah tu. Lepas tu, ibu cakap, telefon lah mak lang, sebab mak lang yang tahu. Then aku call mak lang, tanya nak pergi bila, siapa je yang pergi. Kalau ikut perancangan awal, kitorang nak ambil tarikh bulan Disember, tapi tak ingat sebab apa, kami postpone pilih bulan Januari.

Mak Lang kan, masa tanya tu, dia selalu cakap, yani nak ikut kami ni kena banyak-banyak sabar. Kerut dahi aku, em dah kenapa pulak kan. Lepas tu, dia cakap, sebab yani kan ikut orang-orang tua. Lepas tu, dia gelak-gelak. Haih.

Yang memang sure pergi masa ni, Mak lang, Pak Lang, Pak Uda, Mak Uda. (Masa ini tak sure Iza dapat join ke tak, sebab dia busy sambung Phd dia, so kemungkinan besar aku maybe takde kawan yang muda bila ke sana nanti)

Aku cakap dekat mak lang,
" eh ada pulak cakap macam tu, tak apa lah, yani tak kisah pun. Mak Lang dah ajak ni pun yani dah rasa berbesar hati sangat-sangat.."


Masa ni, aku fikir, tak apa lah, susah macam mana pun nanti aku nak usaha betul-betul, kalau isu pasal mahram akan jadi satu ujian untuk aku, aku redha. Yelah sebab belum kahwin, yang betul-betul boleh jadi mahram aku ialah Pak Uda je la (sebab abang ibu), adik aku kata dia nak pergi waktu bulan Ramadhan akan datang. So, dia tak ada lah nak join kakak dia berserta makcik pakcik dia.


Em nak dijadikan cerita, lepas tu, lagi sekali syaitan memutar belitkan keinginan aku nak pergi sana, bila aku tanya kita ikut travel agent mana, berapa harga and bla bla bla. Mak Lang cerita, kita join PDC Travels, harga promosi Matta Fair masa tu, untuk pakej ekonomi, kami dapat harga RM4,990.
(To be honest, aku tak pernah dengar PDC Travels ni ha, huhu T.T, dengan harga murah untuk ke umrah macam tu, lagilah seronok syaitonirrojim tu nak bolak balikkan keinginan aku. Was-was kan rasa. Huhu.

Well hey, tapi buat apa nak risau, kita kan ada Allah. Kita sentiasa ada Allah. Doa, mintak Allah tunjukkan jalan, tunjukkan jawapan. Tak lama lepas tu, ting ting tang ting, menari-nari di depan mata iklan dari PDC Travels dekat TV AL HIJRAH!



Muka aku masa tu terus berseri-seri macam baru lepas terima pinangan dari lelaki yang dicintai lah (ahhahaha macam lah pernah kena pinang dengan lelaki yang dicintai.. wekkk =p)

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, terus sangat yakin dan masa tu, memang rasa bersyukur sangat-sangat, sebab dalam iklan tu, harga pakej ekonomi bermula dari RM 5650/seorang tapi kami dapat harga promosi matta fair yang lebih menjimatkan. (tak tahulah harga yang kami dapat tu, team PDC Travels ni dapat untung ke tak, sebab aku rasa, apa yang aku dapat tu, sepatutnya aku kena bayar lebih.)

Allahuakbar, maaf seribu kali maaf kepada seluruh team PDC Travels kerana mempunyai syak wasangka yang 'begitu' sebelum ini.

*** dan kerana itu, lahirnya entri ini untuk mempromosikan lagi PDC Travels di mata rakyat Malaysia. Saya mampu tolong begini sahaja sebagai tanda minta maaf sebab pernah ragu-ragu dengan PDC Travels ni.

Mukadimah aku sangat panjang ni. Tapi macam itulah cerita sebenar macam mana aku mula mengenali PDC Travels ni. Panjang cliché ke panjang tak cliché? Hehe.

Umrah bersama PDC Travels ni sangat 'highly recommended'!

Kejap lagi kita cerita banyak lagi pengalaman yang membuatkan saya tak menyesal pilih PDC Travels untuk membantu saya mengerjakan ibadah umrah. ^-^

Seperti  biasa, sebelum kita nak settle kan urusan untuk ke umrah, banyak perkara yang perlu kita selesaikan, contohnya, of course lah kena bagi deposit dulu kan, lepas tu, serah salinan kad pengenalan, passport, buku rekod kesihatan (vaksin) and so on.

Untuk deposit masa bulan oktober, aku dah terus bagi RM2000.00. Masa ni aku sekalikan dengan salinan kad pengenalan aku, ibu, ayah, salinan passport.
Disebabkan aku belum berkahwin, jadi aku tumpang mahram pak cik aku (pak uda) untuk ke sana, supaya tak ada masalah lain yang timbul.
 
30 Oktober 2018, aku dah dapat surat pengesahan menunaikan umrah untuk bagi ofis (untuk dapat kelulusan keluar jabatan). Dalam surat tu pun dah disertakan tarikh dan masa penerbangan umrah. Kira memang pantas jugalah team PDC buat kerja. Thumbs up!


Macam ni ye, contoh suratnya. Diorang bagi dalam bentuk PDF, so nanti pandai-pandai print and bagi sendiri dekat admin office masing-masing.



Last payment kena bagi sebelum 23 November 2018. Tapi rasanya kami sekeluarga settlekan semua sekali dalam 12 November 2018. Kita buat cepat sebab nak mudahkan urusan orang, jadi kita harap semua urusan kita dipermudahkan.

Ahaaa lupa nak cerita, kan tadi aku cerita, kalau yang belum berkahwin, kita kena buat satu surat pengesahan untuk mahram kita ke sana kan. Nama surat tu ialah "Letter of Consent".



Ini juga contoh LOC yang PDC beri, diorang dah siapkan, kita tinggal minta sign je pada Pesuruhjaya Sumpah, then bagi balik pada mereka. Jangan tangguh-tangguh tau, sebab lagi cepat kita bagi, lagi mudah diorang nak uruskan semuanya. Lagipun bila kita mudahkan urusan orang lain, insya Allah, kelak Allah akan mudahkan semua urusan kita.


Surat ni, ayah aku kena dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah. Surat ni PDC bagi lepas pak lang aku dah settle kan semua, dalam hati teruja betul, sebab eh, terus dapat hari yang sama kita settle semua. Berbintang-bintang lagi aku bagi atas usaha mereka yang pantas tu. =D

Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Walhal dalam pada tu, ada juga yang bercakap tentang susah nak dapat kelulusan pasal mahram semua kan, sebab Saudi ni sangat strict pasal benda macam ni. Aku cuma cakap, takpe, apa-apa nanti orang PDC akan maklumkan, sebab aku memang dah letak kepercayaan penuh pada pihak PDC untuk uruskan semuanya. Tapi kalau ada masalah lain, bukan salah diorang, tapi mungkin tak ada rezeki. Fikir baik-baik.

Oh ya, lagi, sebelum kita buat umrah, kita kena buat injection wajib umrah iaitu suntikan vaksin Meningococcal. (make sure dua/satu bulan sebelum penerbangan kita dah buat injection). Harga suntikan yang aku kena masa ni dalam RM 155.00 (berserta buku oren tu and valid for 5 years)

Contoh dalam buku yang Doktor tulis lepas dah disuntik.

Contoh muka depan buku.



***Bukan apa, takut lambat, kadang-kadang kesan ubat pada setiap individu tak sama. Macam aku, sebulan lepas kena injection tu, aku ada demam teruk, seminggu tak sihat. Lagipun pihak agensi umrah kita akan minta awal buku tu. So, memang kena settle awal.

Tapi, masa 31 Disember 2018 hari tu, aku pergi ambil suntikan tambahan iaitu, suntikan Vaksin Influenza. Yang ni harga suntikan dalam RM65.00 (Without buku)

Nampak tak untuk yang tambahan, vaksin influenza. Ini tambahan, aku suggest ambil je lah, untuk elak sebarang kejadian yang tak diingini.

*** suka untuk aku jelaskan dekat sini, harga setiap suntikan itu adalah berbeza mengikut tempat. Jadi sebelum pergi buat injection, better tanya dulu klinik tu. Oke ye? Jelas tak?

After that, dah tak jauh dengan tarikh penerbangan ni. Pihak PDC Travels ada menyediakan Kursus Umrah Khas

Untuk kumpulan 23 Januari  - 02 Februari 2019
Tarikh 5 Januari 2019 (Sabtu), (tapi kami postpone ke next Saturday, tarikh 12 Januari 2019 )
Bertempat di Bilik Seminar PDC Travels, Bandar Baru Bangi
Masa adalah dari 9.30 pagi ke 1.00 petang.

Masa ni, perasaan memang dah macam-macam rasa, takut, gembira, bahagia, teruja eh macam-macam dah rasa.
Bila dah dengar penerangan serba sedikit berkenaan umrah dalam kursus khas tu, lagi lah buat hati tak sabar nak pergi. Sebab, kita dengar lain, kita rasai lain. Perasaaan tu, totally lain. Aku tak tahu macam mana nak describe, cuma apa boleh aku kata, hanya yang dah pernah pergi, tahu apa yang dirasai. Apa perasaaan yang Allah beri. Itu sahaja.

***  Masa ni jugak, Tuan Ceo, Tuan Rosli bin Talib dah pesan awal-awal dekat kami, semua para jemaah, supaya banyakkan bersabar, terutamanya masa hari nak berangkat ke Tanah Suci. Sebab masa tu, kami semua akan menjadi sangat penat, perjalanan akan mengambil masa yang sangat panjang. Beliau pesan lagi suruh kami jaga kesihatan elok-elok, pastikan tidur mencukupi, sebelum pergi tu, makan dulu jangan biarkan perut kosong. Yelah, bukan apa, takut-takut nanti bila kita penat, lapar, mengantuk,  maka akan mudah untuk mood kita berubah. Jadi, apa sahaja pesanan dari semua team PDC, kita ambil maklum dan follow the rules je la. =)


*  Ok, lagi, biasa lah, sebelum terbang, kau mesti akan dimasukkan dalam group whatsapp untuk sebarang perkembangan persiapan sebelum depature dan informasi apabila berada di sana nanti kan.

Our GROUP LEADER (GM 22)


**  12 Januari 2019, Ustaz Muhammad Bukhari bin Mohd Fauzi, selaku group leader kami dah masukkan dalam group whatsapp, dan dah bagi serba sedikit penerangan/informasi sebelum kita terbang. Berkenaan penggunaan kad atm, penggunaan wheelchair, stroller, berkenaan persiapan dan lain-lain.
 
Basic checklist before fly~
 
 
Mudahlah, semuanya mudah. Aha, lagi satu, berkenaan application IMO, dekat sana, video call kalau pakai whatsapp kena reject, so kena pakai IMO. Sim kad beli lain (semua ni nanti saya terangkan dalam entri part 2)
 
Ini application yang aku cakap tadi. Nanti untuk next entry aku bagitahu kenapa kena download apps ni. (imo)
 

*** Alhamdulillah, 18 Januari 2019, ustaz beritahu semua visa dah dikeluarkan.

Masa tu, aku dah boleh tarik nafas lega juga, sebab memang dah tak jauh dari tarikh terbang, and tiada apa-apa masalah berkenaan dengan isu mahram, dan visa aku. Serius aku sangat cuak kot kalau tiba-tiba berlaku apa-apa di saat-saat akhir. Sebab dah excited sangat-sangat. Dan Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Lagi satu kan, sebelum pergi tu, ustaz dah pesan, bawak je dua beg besar sekali gus. Tapi tu la, jemaah degil macam aku, bawak satu beg besar yang PDC bagi, satu lagi bawak beg kecik sikit, haih rugi dah kat situ oi. Sebab kelebihan Saudi Airlines (setiap satu beg ialah 23kg, dan maksimum adalah 2 beg. Jadi total untuk seorang penumpang ialah 46kg untuk dua beg)
 
 
Ini adalah untuk penerbangan Saudi Airlines ye, kalau kapal lain-lain kena tanya dekat GL korang sendiri tau.
 
Berhuhu je lah aku bila terpaksa cut beli itu dan ini sebab beg dah penuh. Degil lagi tak mau dengar cakap ustaz. Nak beli beg baru, memang tak lah, membazir je, baik aku beli laban banyak-banyak. Haha, tapi nak beli Laban banyak pun tak guna kalau tak ada ruang dalam beg. Huuuuu. =D

Oke, untuk entry yang pertama ni, cukup sekadar aku cerita, macam mana sebelum ke umrah, macam mana kenal PDC, dan serba sedikit perkara yang perlu dibuat (checklist) sebelum pergi umrah. Dan lagi, nak pesan ni, jangan ikut perangai macam aku, hari rabu flight, hari isnin baru nak kemas beg. Huhu.. tak ada lah kucar kacir, tapi agak huru hara sikit la. Haha. So, korang kena prepare beg awal-awal ok? And make sure apa yang GL ke mutawwif kau sarankan sebelum gerak pergi, ikut je cakap dia, supaya kau tak menyesal di kemudian hari. Lagi-lagi first timer macam aku. Haha. Isu pasal beg tu tolong jangan ambil mudah, sebab kau memang sangat-sangat memerlukan beg besar apabila sudah sampai di sana nanti. =) Tapi kalau takde, baguslah, and aku respect. ^-^

Dan nanti, aku akan sambung cerita lagi untuk next entry, insya Allah, part 2 (Umrah Journey)


Ok, sebelum aku akhirkan entry aku yang ini, aku nak share serba sedikit info tentang PDC Travels.



Ni ha bukti yang PDC Travels ni syarikat umrah berdaftar. Kot la kalau ada yang meragui macam aku dulu tu. ^-^

Aku SUKA visi dorang ni~ mampu milik, selesa. Double thumbs up!

Ini alamat, dan no telefon untuk dihubungi. =)

Basic information. Cukup kan? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor yang tertera atau emel.

Ini pun basic info jugak, pakej yang aku ambil :

PAKEJ UMRAH PDC TRAVELS (PAKEJ EKONOMI - MYUMRAH)

PENGINAPAN MAKKAH : AREEJ AL-FALAH HOTEL
JARAK : 250 METER KE MASJIDIL HARAM
TARAF : 3 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 6

PENGINAPAN MADINAH : ODST HOTEL AL-MADINA
JARAK : 180 METER KE GATE 15
TARAF : 4 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 4

HARGA BERMULA : RM 5650.00/SEORANG

PAKEJ TERMASUK :
VISA UMRAH (TAK TERMASUK CAJ TAMBAHAN JIKA BERKENAAN).
PENGINAPAN HOTEL SEPERTI YANG DINYATAKAN.
PENERBANGAN SAUDI AIRLINES KELAS EKONOMI.
PENGANGKUTAN : BAS VIP 49 SEATER.
SET BAGASI KHAS TAJAAN PDC TRAVELS (TOTAL 4 BEG).
PERLINDUNGAN TAKAFUL.
MEDIC PILGRIM CARD.
KURSUS UMRAH PERCUMA DI MALAYSIA DAN TANAH SUCI.
MUTAWWIF / KETUA ROMBONGAN SEPENUH MASA.
UMRAH DENGAN PEMBIMBING.
ZIARA MAKKAH DAN MADINAH DENGAN PENGISIAN OLEH MUTAWWIF YANG PAKAR DAN BERPENGALAMAN.
BIMBINGAN RAUDHAH BAGI WANITA SETIAP HARI.
AIR ZAM ZAM 5 LITER SETIAP ORANG.

* PROMOSI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT


Orait, cukup untuk setakat ini dahulu, selebihnya, aku akan share dekat next entry. (umrah journey part 2)

Terima kasih, atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Sekian, wassalam.



Tulus,

Norzayani Binti Norhamshah
7.32 PM
Selasa

Friday, May 18, 2018

Eat. Hang Out. Friends. (Sushi Zanmai, Setia City Mall)

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera..  eceh dah macam nak baca berita je gayanya..

Hurm semakin rajin menulis blog aku sekarang ni. Haha rajinlah sangat.
Haha, rajin weh rajin.. sebab rasa banyak sangat benda nak cerita, kang kalau cerita dalam FB, ramai pulak yang cop aku makcik bawang, jadi aku ambil pendekatan cerita saja dekat blog.
Biasanya kalau aku nak bercerita aku lebih suka pilih twitter, sebab tak ramai penyibuk dalam tu.
Mind set orang yang pakai fb, pakai ig, dan pakai twitter, masing-masing adalah berbeza.
Tapi jika suruh aku buat pilihan, aku akan pilih twitter.  ~,~

Haaa kau tengok, entah apa-apa mukadimah aku dalam entry kali ni. Kah!

sejenis tak ada kerja. sebelum kejadian.


Sebenarnya aku nak share cerita dan gambar sahaja dalam entry kali ni.
Aku bersama dua ketul manusia yang aku sayangi. Cewah!
Harapnya tiada siapa yang kecamlah entry kali ni.
Pada aku, aku berkawan dengan semua orang, takda istilah aku pilih-pilih kawan.
Kebetulan aku ada masa, jadi aku letaklah bebudak dua ketul ni dalam blog aku.

Eh amende macam terasa payah nak buat ayat permulaan ni.
Oke pendek cerita macam ni, beberapa saat dan ketika yang lepas, aku, Kak Nanie and Kak Shida meluangkan masa bersama-sama, eh skema ye korang?

Aduh, oke aku dengan dua ketul kakak ni keluar makan sama-sama, konon untuk pre ramadhan gitu. And saja-saja pun nak keluar, sebab kami masing-masing jarang ada masa nak keluar sama-sama.
So, bila dah ada masa, terus proceed je.

Lokasi tempat yang dipilih ialah di Sushi Zanmai, Setia City Mall.
Sebab ada seketul kakak tu dia teringin nak makan sushi, haha aku dengan kak Nanie belasah je, sejenis bedal je apa yang ada.


hahaha muka sejenis bahagia lepas dah buat pesanan.


Haha, tapi tak boleh handle, masuk je dalam tu, dapat menu, tengok menu, tapi ada dekat 15 ke 20 minit dok pilih menu nak makan apa dan apa. Adoi. Tapi memang banyak pun kitorang makan hari tu. Teringin nak makan semua. Tapi perut takdelah besar mana, at last dah serupa ular kekenyangan. Adalah dalam 2 jam lebih kitorang dalam tu. Hauk je perangai. Huuuuuhaaaaiiii....

Aku syak pekerja dalam tu pun berangin je tengok kitorang lama sangat nak habiskan makanan. Kah!


yang kiri tu kak shida, kanan tu kak nanie.


Masa ni, makanan dah start sampai sesikit, sambil sampai atas meja tu, sambil tu aku snap gambar, sampai kak Nanie nak mengamuk dah sebab aku asyik ambil gambar. Hahaha huuuuhaiiii situ. ^-^


pening tengok makanan banyak sangat oi.


Haha, dah lah kak Nanie dah marah, lepas tu aku paksa pulak dia ambil gambar aku. Haha, lagi nak meletop gamaknya masa tu.

Yang kak Shida pulak dah teruja macam nak lompat atas almari bila tengok makanan dah sampai. Haha. Nampak tak betapa hiperbola nya ayat aku. "-"


yang ni kak Shida kot yang order. haha tak ingat weh~

yang ni aku tak ingat siapa yang order, aku kot. Aha. Highly recommended!



Tapi aku pun macam kak Shida jugak, sejenis bahagia dan teruja melihat makanan di depan mata.
Kak Nanie jugak yang watlek watpeace sana. Haha.



yang ni tak silap aku, kak Shida punya. Highly recommended!

ni pun kak Shida yang order.



Hurm, korang jangan tanya aku apa nama menu ni, siyes aku memang tak ingat apakah nama mereka semua ni. Haha. Tapi menu atas ni, kak Shida dengan Kak Nanie kata dah tak sedap sangat macam dulu.

Maybe orang yang masak tu dah berhenti kerja kut. Selalunya macam tu lah kan. Lagipun kali terakhir dorang makan kat situ dua tahun lepas. Haha.



yang ni kak Nanie yang order. Highly recommended!

ni pun kak Nanie rasenya. tak ingat pulak. huuhaiii.



Kitorang order lain-lain, tapi bila makan tu sama-sama. Kira sharing is caring concept makan hari tu. Gigih kau makan kemain banyak sana. Haha.

Gambar air, aku tak ambil. Sebab minum air green tea je.



ni kak Nanie punya. sedap bhai.



Ahaaa ni lagi satu punya perangai, makanan atas dan bawah ni walaupun kita ambil size small je, tapi sebenarnya dah kenyang sangat. Tapi dok menggatal order jugak, sebab takut tak kenyang makan sushi sahaja. Sekali bila dah sampai semua makanan, dah makan sikit itu sikit ini, tersadai la kitorang nak menghabiskan.

Itu yang aku cerita boleh sampai dua jam kitorang bertapa dalam tu. Punyalah tak nak membazir, lambat pun lambat lah asalkan makanan habis dikunyah, ditelan dan dihadam. Kah!



ni aku punya. sedap weh, highly recommended!



So, kesimpulannya dekat sini, sebelum kau nak makan sesuatu, tolonglah fikir dahulu kesan selepas kau dah makan. Sama ada berat kau meningkat, ataupun selepas makan itu kau tak mampu untuk berjalan seperti biasa. Haha, letih bhai nak habiskan semua menu.

Tapi aku pulak sejenis tak boleh tengok sushi. Bila tengok sushi, aku dah kenyang pun aku akan kata lapar balik. Tapi yang hari tu, aduh, sampai aku terasa serik nak makan sushi. Huuuu..

Dan kalau ada diantara korang nak pergi makan dekat Sushi Zanmai sana, mana-mana gambar yang aku ada buh 'Highly Recommended' tu memang sedaplah ikut tekak aku. Tekak orang lain aku tak tahu. Hhehe.

Untuk pencinta makanan seperti aku, memang aku kata 9/10 lah markah dia. Haha.

Apapun, thanks a lot kak Nanie and Kak Shida, duit korang yang banyak keluar bayar hari tu. Insya Allah, next time yani pulak k.

So lepas dah habis makan tu, kitorang jalan-jalan kejap dan ada seketul kakak telah berjaya memancing seutas jam tangan Fossil. Kehkeh siapakah dia? Teka sendiri lah sana. ~.~

Lepas tu jalan-jalan dalam Kaison sekejap, then baru balik.

Sekian, cerita yang ingin aku kongsikan.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian untuk membaca, mohon maaf andai ada kesilapan tutur bahasa di situ.

Sampai berjumpa lagi, di masa dan entry yang akan datang.

Wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
18 Mei 2018 / 2 Ramadhan 1439H









Friday, January 19, 2018

Skincare oh Skincare #Review (Himalaya Herbals)

Assalamualaikum..

Salam penghulu segala hari..

Pejam celik, sekejap je kita dah nak ke penghujung bulan Januari. Rasa macam baru je hari tu masuk tahun baru.

Heee, oke tak nak cakap banyak, just straight to the point. Aku nak share dengan korang pasal produk skincare yang aku guna sekarang ni. Saja je nak buat review (ada orang baca atau tak belakang cerita, yang penting, posting ni aku memang dah lama nak up, cuma belum ada kesempatan)


Untuk pengetahuan korang, last year kot, aku ada mengalami masalah kulit muka yang memang buat aku sangat stress (in fact, ada lagi kesan-kesannya sekarang ni, still dalam usaha nak baik pulih.)

Biasalah kan, orang perempuan ni, kalau ada jerawat berkampung dekat muka, dia punya stress tu macam boyfriend dia curang lah. Haha.

Serius weh, tahun lepas aku rasa memang teruk gila kulit muka aku, jerawat tu memang tak pernah nak surut la. In fact ramai orang tegur aku, tanya kenapa dengan muka.

Kau rasa aku jawab amende?


Hahaha..


Aku jawab aku kena CHICKEN POX !!!

Hurm aku dah lah stress, jerawat naik tak kira waktu, orang lain pulak dok tanya itu ini.
Habis merundum jatuh keyakinan aku nak jumpa orang lain tau waktu tu.

Tapi kan cerita aku ni macam la teruk sangat. Takdelah teruk bernanah ke atau berlubang muka, cuma sejenis kulit muka aku, aku sentuh ke tak jerawat tu, memang ia akan meninggalkan kesan warna hitam. Itulah yang dinamakan parut jerawat.

Jerawat memang senang nak hilang, tapi kesannya tu.

Sampailah satu hari aku borak dengan kawan aku, then kawan aku cerita, adik dia ada masalah jerawat, dan doctor suggest guna produk Himalaya .

Orait produk ni dah lama sebenarnya, cuma aku baru nak try.
In fact produk Himalaya ni harga nya bukan biasa-biasa. Sengkek jugaklah aku nak beli. Haha.

So aku pun belilah rangkaian produk himalaya jenis Neem.


  • Aku beli ni, Purifying Neem Face Wash



Pencuci ni memang best, harga bergantung pada tempat dan promotion kat tempat yang korang nak beli tu. Masa aku beli ni dekat guardian, harganya dalam RM 27.90 kot. (aku tak sure, tapi lingkungan gitu lah.) Yang ni untuk 150ml. Mahal sikit lah, tapi insya Allah boleh guna dalam 3 ke 4 bulan jugak ni. Sebab last year aku beli 200ml, tahan dalam 5 bulan.

Fungsi dan kesan yang aku dapat rasa lepas guna produk ni, jerawat aku dah semakin kurang. Alhamdulillah. In fact, kita ni orang perempuan, walau macam mana pun memang tak terlepas dari masalah jerawat setiap bulan. Cuma yang aku boleh cakap, jerawat aku dah kurang.



  • Lagi aku beli ni, Purifying Neem Scrub
Scrub ni harganya pun macam Neem Face Wash tadi, lingkungan RM 27-RM30. Aku beli tahun lepas bulan Mei, dan ada lagi, still belum habis. Scrub ni pakai 2 kali seminggu je, kau jangan memandai tenyeh kat muka tetiap hari. Menipis mengering kulit kau nanti. 


  • Lagi aku beli ni pulak Neem Face Pack




Yang ni fuh memang best, warna dia hitam, bau pun tak sedap. Tapi kesannya lepas kau pakai dekat muka, kau dah cuci tu, kau akan rasa segar sangat. Untuk yang ni, HIGHLY RECOMMENDED !!!

Hehehe, kau takkan menyesal lah kalau beli ni. Neem Face Pack ni sejenis mask jugak lah. Pakai 2 kali seminggu jugak. Oh ya, harga masih dalam lingkungan RM 27-RM30. =)



  • Oke, next aku beli ni Peel-Off Mask (Almond & Cucumber)




Haha this one also HIGHLY RECOMMENDED !!!

Sama jugak macam Face Pack, cuma face pack ni sejenis mask yang kau kena cuci bila dah kering. Kalau jenis ni, bila dah kering, kau kena tarik bila dah kering. Nama pun peel-off mask kan. Harga masih lagi lingkungan RM27-RM30 (kalau tengah ada promotion tau), kalau tak, harga normal nya cecah RM32-RM34 jugak.

Jangan risau, benda ni kau takkan beli sebulan sekali, aku rasa lebih dari 6 bulan kau boleh guna. Semuanya bergantung pada kekerapan penggunaannya. 

Oke next ialah Clear Complexion Whitening Day Cream


Oke day cream ni 50ml, dan berharga RM40.00 ++ (mahal sikit, tapi best)
Kulit muka akan terasa lembab dan lembut.


Next, Natural Glow Fairness Cream


Serius kalau cream ni aku sangat suka bau dia, wangi !!!
Pakai sikit je, tak payah banyak-banyak. Kena berjimat jugak.
Harga normal aku tak sure, sebab aku beli ni, masa promotion dekat Guardian.
Beli barang lebih dari RM40, so aku dapat beli krim ni dengan harga RM 16.90 camtu lah. =)
Krim ni antara yang last aku beli lah, haha, niat di hati nak beli Toner la, krim malam la, tapi rasa tak mampu lagi. Hihihi.. =D

So keseluruhan produk Himalaya yang aku ada ialah begini 


Aku syak sebenarnya aku sejenis addicted dengan produk ni. 

Oke, kalau ikutkan ada je lagi produk Himalaya yang lain aku guna. Contonya macam perapi rambut, dengan ubat gigi. 

So kesimpulannya, pada aku, produk Himalaya ni dijamin selamat dan berbaloi kalau korang nak cuba. Cuma effectnya takdelah cepat sangat. Standard lah tu, ambil masa untuk kita baiki kulit muka kita daripada yang bermasalah kepada yang lebih baik.

Oke, satu je aku nak pesan dengan korang.
Walau hebat macam mana pun skincare yang korang guna, korang still kena ambil supplement tambahan. Sebab kadang-kadang, kotor tu dari dalam bukan dari kulit luar. Makan pun kena jaga juga, lepas tu minum air masak secukupnya.

Kalau rajin, buat carrot jus (kosong). Amalkan 2 kali sehari. Hehe aku waktu rajin je amalkan, tapi banyak malas dari rajinnya. Macam aku, supplement yang aku amik ESP Shaklee, Vita C, Vita E, Jus Bidan Dara (byNurKhiriah). Gabungan semua benda ni memang nampak kesannya. Tak banyak, ada lah sikit kesannya. Hehehe.


So, kalau nak kulit nampak bersih dan sihat, sebenarnya memang kena jaga luar dan dalaman badan kita.

After months, aku pakai Himalaya dan bergabung dengan beberapa supplement lain.

Yang boleh aku simpulkan, supplement yang paling penting untuk kita ambil, sebab masalah kita mungkin bukan masalah luaran kulit, tapi masalah dalaman yang mungkin berkaitan dengan hormon.

Alhamdulillah, hampir 90% pulih. Jerawat memang dah kurang sangat-sangat.

So, aku stop kan entry ni.

Terima kasih buat sesiapa yang sudi baca entry ni.

Maafkan aku, doakan aku.



Warm Regards,

Yani Hamshah

Saturday, January 28, 2017

A journey to remember..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..


First of all, aku ucapkan terima kasih sebab korang sudi luangkan sikit masa untuk baca entry kali ni..

Agak istimewa, sebab ini entry aku yang ke 200.. Eh yeke? Haha.. yelah tu kot..

Oke untuk entry yang ke 200 ni, aku nak imbau kembali zaman kesusahan untuk aku turunkan berat..

Pencapaian aku bukanlah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dari zero to hero.. Makna kata, dari betul-betul debab ke kurus solid molid..


Buat pembaca lama, aku andaikan korang semua tahu, di awal perjalanan aku untuk turunkan berat badan ialah melalui diet atkins.. so korang boleh, klik link ni untuk tau lebih lanjut.. ~yani~


Maaf seribu kali maaf, entry aku ni bukanlah untuk membangga diri atau nak tinggi diri ke sebab dah turunkan berat.. Tapi aku sekadar nak share apa yang aku buat, untuk turunkan berat.. In fact, aku sendiri belum capai target yang aku nakkk sangat.. ^-^ aherherher..

  • Aku throwback sikit lah ye, macam mana aku permulaan azam nak turunkan berat..

Ogos 2013, Allah beri 'sejenis' sakit yang aku andaikan sangat berat untuk aku lalui..
Boleh bayangkan tak, kau sedang sihat, kau tidur.. Dan bila kau bangun tidur, tanpa tahu asbab musabab, kaki kau sakit.. Serius beb, aku tak tahu kenapa.. Apa puncanya..


Ahaha mesti korang feel macam 'ehhh amende budak ni? cerita kaki sakit dengan turunkan berat?'


Taklah beb, just nak cerita, masa tu, sakit aku tu, memang tahap aku kena mengesot nak pergi mana-mana.. huuuu.. perit bhaii.. dah macam suster ngesot aku rasa tahu..


Aku nak jalan, sakit.. Aku nak duduk, sakit.. Baring je aku oke..


So, dipendekkan cerita, lepas berubat ke sana dan ke mari.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku sihat seperti sedia kala..



Aku pun malas nak persoalkan kenapa aku sakit.. Dosa aku banyak, aku dah lama sihat.. Takkanlah baru 2 ke 3 bulan sakit aku nak marah Allah sebab bagi aku sakit.. huhu.. kurang ajar sangat tu namanya kalau aku persoalkan takdir.. T.T


  • Lepas dah sihat, dalam bulan September 2013, aku pun terdetik, nak jaga pemakanan, nak sihat.. Sebab aku rasa lain macam sangat.. aku anggap aku sakit kaki tu sebab aku ni debab nau-nau.. Haha, canggih je masa tu, aku jaga makan.. Kira kalori la bagai..
  • Setiap pagi aku makan oats bancuh dengan susu kambing (heehhhh sejarah minum susu ni tak boleh lupa.. atas ugutan ayah, ye aku daripada tak minum susu, terus minum.. anak ayahhhh sangat hoke!)
  • Lepas tu, tengah hari, aku makan nasi, apa je jenis nasi.. Tapi favret masa tu ialah nasi goreng cendawan.. miahaha..
  • Malam pulak aku makan oats lagi.. Makan roti ke buah ke macam tu.. Tapi aku lebih suka tak makan malam, sebab malas.. Tak tahu kenapa, cuma aku terasa malas nak makan waktu malam.. Itu saja..


Masa ni, aku tak sedar dalam pun berat aku dah turun.. Masa nak derma darah baru perasan, 'eh berat dah turunlah, last timbang 73kg, tapi masa nak derma tu 69kg.. Rasa nak melompat atas almari je.. haha.. ^-^  kau ghase nak hentak kepala aku tak? :p


Oke, lepas tu, aku excited nak turunkan berat lagi.. So, aku buatlah research sikit pasal diet-diet ni..


Jeng jeng.. terjumpa blog seorang blogger yang mengamalkan diet atkins.. Fuuu bila aku baca entry beliau, aku sejenis excited lah.. Lepas tu, aku kaji lagi.. Haha kaji kau.. Kaji lah, amenda nya ni diet atkins..


So, diet atkins ialah klik sini please~ jemput baca oke..


31 Oktober 2013, aku start buat diet atkins, diet ni aku buat sekadar suka-suka untuk mengosongkan keraguan dalam hati kerana tidak percaya, 'ehhh takkanlah dalam seminggu boleh turun 2 ke 3 kilo.. hape-hape jer lahhh'.. Punyalah menggelabah poyo tak nak percaya sikit pun pasal diet ni..



Hahaha, sedar tak sedar, dalam pada diet yang kononnya suka-suka, main-main nak buat tu, memang berat aku turun.. Berat turun, inch loss, pipi dari donut tukar jadi pau.. (ehh kejap, donut dengan pau saper lagi gemok? Ke sama dengan je dua-dua tu? haha..)

Oke lah, salah salah, dari donut tukar jadi keria.. haaa sebab keria kecik lagi dari donut kan.. =D


Rupa-rupanya setelah 3 bulan diet, dapatlah berat pergi ke 59kilo kot.. Hahaha tak ingat pulak.. Tapi lebih kurang macam tu lah perginya..


Lepas tu, aku ni sejenis gatal, dah terus berhenti atkins.. Dah berhenti tu, aku jadilah doraemon balik.. Eh taknak lah doraemon tu demok sangat, aku jadi adik doraemon, haaa cam doralin tu.. Berat naik balik pergi 62kilo.. Hoiiihoiii masa ni lantak p kat hang..

Sebabkan aku dah tahu pasal atkins, aku tak risau sangat, sebab bila berat naik, aku diet balik.. lepas dah turun, naik balik.. lepas tu berat aku pun dah macam sejenis yo-yo.. takpun lif.. kejap naik kejap turun..


  • Yang ni, korang jangan ikut aku, sebab aku rasa, diet yang aku amalkan ni macam serong sikit lah.. haha bukan salah diet atkins tu.. tapi salah aku, sebab aku selalu buat fasa 1 sampai fasa 2 je, aku tak pernah ikut pun fasa 3 dan fasa 4 (fasa terakhir).. so sebab tu, berat aku kejap naik dan turun..
ini aku sebelum diet.. ni januari 2013.. :)


So, lepas diet, turunlah sikit-sikit je.. tak banyak pun..


So, bolehlah kan, dari takde.. ^-^
Aku akui, diet atkins ni paling banyak buat berat aku turun sebenarnya.. Kalau berat tak turun pun, badan akan inch loss.. Dan, ada lah juga perubahan susut badan kalau berat tak susut.. 







Gambaq atas ni tahun 2014..






Masa Seha kahwin, 2015..  Aduhhh, throwback sangat hari ni.. ^-^




Orait, pejam celik dah masuk 2016.. Ni Mac 2016 kot.. Hhaha.. Debob..


  • Kalau nak tahu, kali terakhir aku buat diet atkins, tahun lepas.. Masa minggu ke 2 bulan puasa, sampailah raya.. Kejap je diet.. Biasalah, diet masa bulan puasa memang senang sangat turun berat. Lepas habis puasa, masuk raya, badan aku dah macam ultraman kekenyangan.. ^-^


Bila dah berat naik balik, mulalah aku menggelabah balik nak diet..



Tapi, kali ni, aku try diet lain. Actually, lebih kepada jaga pemakanan. Dah bukan diet atkins.
Akhir tahun 2016, kita kira kalori, kita jaga karbohidrat, kita jaga pemakanan, amal gaya hidup aktif dan sihat..
Diet kali ini, lebih kepada ingin menghapuskan 'minda-minda' jahat orang yang sering menyalahkan nasi sebagai penyebab kepada kegemukan.


Makna kata, diet kali ni, aku kata aku diet, tapi aku makan nasi. Bukan tak makan nasi. Dan nasi bukanlah musuh utama kepada penambahan berat badan kita..


Korang, kau, aku, kita, masih boleh turunkan berat badan walaupun dengan makan nasi. Asalkan korang tahu berapa banyak kuantiti yang perlu korang ambil supaya hidangan korang tu terkawal. Cukup karbo, cukup protein, cukup fiber, cukup segala-galanya..




Diet kali ni, aku lebih banyak rujuk kepada coach-coach online dekat instagram nun.. Sapa suh depa follow aku, kan bila aku follow depa balik, aku baca tiap inci ilmu-ilmu diet yang dorang share, so aku pun praktikkan..


Jujur aku cakap, berat aku memang tak banyak pun turun, tapi dari segi inch loss tu, aku rasa ada perubahan jugak sikit-sikit..
Plus, banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang diet kali ni..



Diet ni mengajar aku supaya makan kerap (kalau boleh 6 kali sehari) untuk membantu meningkatkan tahap metabolism kita..


  • Berlapar hanya akan membuatkan tahap metabolisma kita menurun.. mohon hadam betul-betul ya..
  • Air perlu cukup bagi membantu penurunan berat badan.
  • Tidur juga perlu cukup supaya badan kita tidak stress.
  • Tak cukup tidur akan membuatkan badan kita penat, seterusnya, tindak balas metabolism dalam badan kita automatik akan menurun.
  • Pastikan amalkan gaya hidup aktif, kalau tak sempat jogging, boleh workout sendiri dekat rumah.


Makan 6 kali sehari boleh turun berat?
Boleh! Dan ia sangat membantu meningkatkan metabolism dalam badan kita..


Waktu terbaik untuk sarapan pagi ialah sekitar jam 7 - 8 pagi.. Waktu minum pagi (snacking) ialah jam 10 pagi.. Seterusnya lunch, sekitar jam 12 - 2 petang.. Waktu petang (snacking) ialah sekitar jam 5.. Waktu makan malam terbaik ialah dari jam 6 - 8 malam.. Lagi satu kalau malam tu, untuk supper aku tak sure jam berapa.. Maybe jam 9 malam kot, sebab nak bagi makanan hadam sebelum tidur dalam pukul 11 gitu.. Agaknya lah kan..


Sejak aku ikut diet ni : -


  • Sarapan aku adalah 2 keping roti wholemeal ataupun kurma ke atau oats ke atau bubur kosong yang aku beli dekat kafe kat ofis.
  • Snacking pagi, sama ada apple, atau apa jenis buah yang ada dekat kafe. Haha pencinta kafe Suk betul aku. Mostly, aku akan amik sepotong betik. Best!
  • Lunch, aku ambil lebih kurang segenggam nasi, ikan atau ayam (jenis bakar atau sup sahaja) dengan sayur. (Sayur ke ulam ke atau apa-apa saja yang aku Nampak healthy)
  • Petang (snacking), kadang buah, kadang aku lapaq, suka hati aku je ambil roti wholemeal lagi dua keping. Adehhh....
  • Malam, aku akan ambil nasi sikit, plus sayur dengan ikan atau ayam. Dinner ni lebih kurang lunch je. Tapi nasi kadang ambil, kadang tak. Dinner selalunya tak makan banyak pun. Apa adanya je.
  • Supper, memang aku tak ambil. Sebab aku tak rasa nak makan.
* Kebiasaannya, air aku akan ambil 2.5 liter sehari. Memang jarang tinggal. Siap letak chia seed. Haahahaha.. ^-^ Ye, memang akan ulang alik ke tandas. Mohonlah bertabah kalau nak turunkan berat dan nak sihat kan?


So far, dah dekat sebulan lah jaga pemakanan yang macam ni. Aku memang elak proses food, fast food, air manis, biskut, roti putih dan apa-apa makanan atau minuman yang aku tengok tinggi kalori. Ahaaa, lagi satu, kalau nak diet, bukan dengan ambil biskut atau makan kuih. Sekeping biskut dan sepotong kuih hanya akan membuatkan diet korang tak menjadi. Pada aku, lebih baik makan nasi, dari makan kuih atau biskut.


1000 kalori makanan yang sihat adalah lebih baik dari 1000 kalori makanan yang tak sihat (kalori kosong)


Contohnya, kalori nasi dan lauk pauk yang sihat yang jumlahnya sama dengan kalori 3 ke 4 potong kuih muih adalah lebih baik berbanding dengan kuih muih kecik-kecik tu tapi kalori dan kandungan gula yang tinggi. Kalau bergoreng, lagilah parah.


Stress ke diet ni?


  • Dengan aku, so far, aku tak rasa stress. Kalau aku terasa nak makan kuih ke apa, aku makan jugak, cuma aku hanya ambil sepotong/seketul kuih je.
  • Air manis, memang aku dah tak minat lama dah. Air gas lagilah aku pangkah habis-habisan. Ibu gula semua tu.


So, kesimpulan kepada kesemua diet yang aku dah pernah buat, nasi bukanlah musuh utama untuk turun berat badan. Ambil apa jua makanan hanyalah perlu bersederhana dan tak perlu berlebih-lebihan. Sila kawal pengambilan garam dan gula dalam minuman dan makanan kita. Seterusnya amal gaya hidup sihat. Belajarlah untuk kawal pengambilan makanan, kawal nafsu makan.


Diet ni bukanlah kurangkan pengambilan makanan tapi adalah cara bagaimana kita jaga pemakanan kita. Itu sahaja.


Jadi, pilihan untuk jaga dan kawal pengambilan makanan dan minuman, adalah terletak kepada diri kita sendiri. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Kita makan untuk hidup supaya dapat beribadah kepada Allah, bukan berlebih-lebih untuk makan sampai timbul rasa malas nak buat ibadah.


Dan, cukup sekadar ini dahulu apa yang dapat aku kongsikan. Sebab aku masih belajar tentang cara nak turunkan berat badan dengan betul dan happy..
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen or emel aku, insya Allah, apa yang boleh aku share, aku akan share semua yang aku amalkan.






Orait, last picture. 2017. Current picture.


* Btw, aku bukanlah kurus sangat, mungkin effect dari gambar ni je kot nampak macam aku dah kurus benar.. hahaha.. BMI aku belum normal dan still 'berat badan berlebihan'.. So, tolong doakan aku terus dengan usaha aku untuk capai BMI yang normal.


Alhamdulillah, habis jugak entry panjang ni., kalau korang boring baca, mintak maaf sangat lah..


Apa pun, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Sekian, wassalam.


Norzayani Norhamshah
12.12 AM
28 January 2k17





Monday, March 14, 2016

Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi

Assalamualaikum..

Hai kengkawan, eh ada lagi ke kawan aku dekat sini..
Kan ke dah sangat lama aku tak bukak blog ni.. Huuu..

Kecenderungan memikirkan masalah yang tidak sepatutnya difikirkan membuat hidup menjadi huru hara sebentar..
Haihhh..

Dan melarikan diri dari masalah yang tak sepatutnya, telah membawa aku menjejakkan kaki ke sini..

Dah hampir 3 minggu balik dari vacation yang pendek tu saja..
Cuti tak banyak, tak payah berangan nak cuti lama-lama, tahu yani?!

Baik-baik.. 
Ini je yang boleh share dulu untuk entry pertama di tahun 2016..

Masjid Sheikh Zayed, di Abu Dhabi..

Jom cuci mata melihat indahnya ciptaan Allah..

Nanti aku ada waktu senggang, aku try buat entry baru masa aku bercuti di Dubai hari tu..

Oke ?

Hari kedua, lepas balik dari Ferarri World, kita singgah solat kat sini dulu..


Cantik kan... Sebelum masuk masjid ni. Siap kena scan nak masuk.. Sedih. 


Cantik kan, dah selamat masuk dalam. Besaq nau masjid ni..


Hiasan dinding dalam masjid.. Subhanallah. Cantik..


Waktu ni dah masuk maghrib dekat sana. Cantik sangat.

Oke, cukup dulu untuk entry pendek ni..

Terima kasih sudi baca..


~ Norzayani Binti Norhamshah ~

Monday, October 19, 2015

Brownies Untuk Ayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Erm terajin sikit nak up entry baru, tapi entry bukan panjang manjang kertas kajang.
Entri simple je sekejap-sekejap.

Btw, kengkawan yang dihormati lagi disayangi sekalian, memandangkan cuaca belum lagi pulih, dan masih berjerebu, harapnya kengkawan semua menjaga kesihatan dengan baik...

Orait, memandangkan semalam [ 18 Oktober ] adalah tarikh ulangtahun kelahiran ayah saya yang ke 59, maka dengan penuh rasa cinta kasih sayang, saya telah membuat sebuah (ehh sebuah ke penjodoh bilangannya ni?!) eh gasaklah kan... saya telahpun membuat sebuah brownies untuk ayah.. heee amende rasa penjodoh bilangan tak kena ni? adoii..

Sebenarnya kami semua mungkin inginkan kelainan dari kek, jadi semalam ayah tak potong kek.
Ayah potong brownies yang telah siap dipotong. (Hehehe...)

Memandangkan entry ini pendek sahaja, jadi kita belanja gambar je, resepi nanti, tunggu next entry tau... (hahhh yani! bebajet ada orang nak bukak blog kau ni selalu lah? tiheee, haha kalau tak ada pun tak pa, kita bebuat ja ada, huuu...)





Adui, terserlah kemalasan kat situ, taip print lekat cucuk. Tapi ni angah yang buat tulisan tu, kalau saya yang buat, mesti cantik... haha perasan kejap.

Oke kengkawan, jadinya, insya Allah, lepas ni, saya cari masa sikit, kita share resepi kat awak-awak.

Sedap? Entah...
Pada saya, saya memang suka, sebab lepas bakar dah sesejuk dan susun di atas papan kek ni, saya simpan dalam freezer... hihihi... memang deabak rasa dia... nak tahu? ohh kena try sendiri nanti..

Oke kengkawan, insya Allah, kita jumpa di entry seterusnya.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam...


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...