Showing posts with label #Book. Show all posts
Showing posts with label #Book. Show all posts

Thursday, May 18, 2017

Review Buku "Suamiku Dajjal - Aiman Banna"

Assalamualaikum kawan-kawan..

Haha.. ada ke kawan aku kat sini? Haha, kawan ada, tapi baca ke tak tu tak tahulah, entah. 
Belasah je lah.. Kuikuikui..

Orait, entry hari ini ialah berkenaan dengan review untuk sebuah buku yang bertajuk "Suamiku Dajjal"..

* weh kejap, macam skema sangat ke aku punya ayat ni? adoi belasah je lah..* 


Pertama nya nak gak cerita, susah gak weh nak dapat buku ni. Yang aku tahu buku ni memang diterbitkan khas bermula tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke 3 minggu lepas. Aku pergi tarikh 29 April, masa tu kira baru start lah pesta buku, tapi hampeh memang hari tu aku tak dapat bukunya. Sebab takde stok ke apa aku tak sure. Balik dengan hampa jugaklah, dah lah jejauh menapak naik KTM, tetiba buku dalam senarai takde. Tapi takpelah, just sabarkan hati, fikir positif je. At last, entah novel apa-apa yang aku beli masa pesta buku hari tu, yang teruknya beli sekali walau tak letak dalam list. Jammed kejap kepala dan otak aku. ^-^

Keduanya nak cerita, dalam masa seminggu lepas balik dari pesta buku tu, hari hari aku stalk je IG AQADA, berapi je rasa bila tengok ramai beli buku tu and masing-masing komen buku tu best gila. Kau rasa aku nak biar orang lain berbahagia dapat baca tu sedangkan aku mampu tengok je? hahaha..

Oke, dalam pada duit ada ke, cukup ke tidak, aku berazam gak nak beli. Tapi aku taknak beli online, tapi takkan nak pergi lagi pesta buku. Mak tak laratttt nyahh. T.T

Tetiba, whatsapp dengan Ina (best buddy aku masa kat Unisel dulu), haa dia kata nak pergi lagi sekali dengan abang sepupu dia. Alhamdulillah, yeay, aku pun pesan kat Ina, mintak tolong belikan buku 'Suamiku Dajjal' dengan buku 'Coklat Tarbiah 2'. Terus aku transfer kat Ina duit buku.

Punyalah excited, lepas Ina balik dari pesta buku, terus pergi Klang. Haaa nampak tak kat situ, tak menyempat. Yelah, serius aku memang tak sabar nak baca.

Tapi tu lah dia, aku ni mula-mula memang poyo, tapi lepas dapat buku tu, aku tak terus baca. Sempat ke tak sempat jugak lah nak baca. (Sebab aku ni kalau nak baca apa-apa buku, kena tengok mood, kalau mood tu tak berapa gembira, aku memang memandang sepi je buku tu.)

Dan buku 'Suamiku Dajjal' tu, aku baru baca buku tu around this week.

Weh, panjangnya mukadimah aku. Sorry ambil masa korang lama sikit. Huhu.


*gambar up esok* 

Review : Suamiku Dajjal

Hadui, nak buat review, tapi buku tinggal kat rumah. Kita try je lah. Aku cerita apa yang aku ingat k. Secara ringkasnya, buku ni berkisahkan tentang seorang lelaki yang pernah tersungkur dalam jahiliah dan dia sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah. Juga diselitkan cerita seorang wanita yang baik juga akhlaknya, minat novel cinta, dan sangat mengimpikan seorang lelaki sempurna (seperti watak-watak yang dia baca dalam novel) untuk hadir dalam hidupnya. Haaa nampak cliche la untuk kitorang yang gegadis ni. Itu sinopsis secara basic.

Tapi apa yang aku suka tentang cerita ini ialah watak Adam Wafiy, penulisnya, saudara Aiman Banna sangat kreatif ketika menggarap cerita ini, mungkin kerana beliau masih muda, so penulisannya sangat santai dan bersahaja. Adam ni ada dua orang sahabat baik. Yang sangat baik. Even aku sendiri masa baca buku ni, aku sangat kagum dengan ukhuwah dorang bertiga ni. Sangat baik dan penuh kasih sayang. Saling menyayangi kerana Allah. Pendek kata, sejuk je minda bila fikirkan ukhuwah yang terjalin tu. 

Nama buku pun Suamiku Dajjal, seharusnyalah watak hero ni adalah seseorang yang tidak sempurna. Read my words 'TAK SEMPURNA'. Bila mana, kata tak sempurna tu, maknanya Adam ni pernah jadi jahat sekejap.

Aku suka cara penulis tegur untuk peminat-peminat novel cinta (macam aku ni) melalui watak Adam dan Anis Safia. Supaya hiduplah dalam keadaan realiti bukan di dalam fantasi. Paling penting, cukup untuk kau tahu, realiti perkahwinan bukan seperti yang digambarkan semuanya sawit-sawit belaka. Cukup untuk kau dan aku tahu, kita tak boleh mengharapkan kepada kesempurnaan, sebaliknya berusahalah menjadi yang terbaik pada pandangan Allah. Sebab yang akhirnya, pandangan Allah yang paling penting, bukan pandangan manusia pada diri kita. Get it?

Haa ni nak habaq mai, aku tetiba rasa watak Saf tu sangat dekat dengan karekter aku. Adoi dahlah suka baca novel, selalu berangan nak bertemu lelaki sempurna macam dalam setiap novel yang aku baca tu. Gila kan. Padahal realiti mana nak sama macam dalam novel. 

Adam ni seorang penghafaz al quran. Pernah bersekolah di sekolah pondok. Adam anak yang sulung, ada seorang adik perempuan, dan seorang ummi yang menghidap komplikasi jantung.

Tadi aku cerita, Adam ada dua orang sahabat kan, seorang tu namanya Mujahid Aiman dan lagi seorang apa nama dia weh aku tak ingat. (oke nanti aku update, betulkan semula k). Dua orang sahabat Adam ni dua-dua dapat tawaran belajar dekat Mesir. Actually, Adam pun dapat, tapi sebab Adam ni orang susah, jadi dia tolak tawaran tu. Duit biasiswa yang dia dapat pun dia gunakan untuk tanggung kos rawatan ibunya. Dugaan berat untuk dia sebagai seorang anak.
Tapi aku kagum jugak, sebab anak muda macam Adam tu sanggup berkorban ke tahap itu.

Nak dijadikan cerita, sahabat Adam, dua orang tu dah gerak pergi Mesir, tinggallah Adam dekat Malaysia. And dugaan dia bertambah bila doktor lagi sekali mengesahkan masih terdapat komplikasi pada jantung ibu dia. Adam ni willing untuk buat 'macam-macam kerja' sebab nak cari duit untuk kos perubatan ibu dia. Dekat situlah cerita kejahilan seorang Adam bermula. Suspen weh. Apa dan apa yang Adam buat tu, aku sarankan korang kena beli buku ni, kang kalau aku cerita semua, tak best lah. Sorry tau korang.)

Oke next, kita cerita pasal Anis Safia pulak. Actually, yang sebenarnya penulis takde tulis Anis Safia ni study lagi ke, dah kerja ke. Ke aku yang tak perasan? Basicnya penulis hanya bercerita tentang Anis Safia yang sangat suka novel cinta, sanggup keluarkan duit sampai RM500 untuk beli novel. Gila si Anis Safia ni! Aku pun minat gak novel, tapi aku belum segila tu nak beli novel sampai keluar duit banyak macam tu. Ahaa lagi satu, si Anis Safia ni ada seorang crush yang dia gila-gilakan sangat, iaitu lah Encik Kopiah. Hehe, watak Encik Kopiah ni memang sangat misteri. (Hahaha tapi sebenarnya masa event dekat Pesta Buku tu lagi aku dah boleh syak siapa Encik Kopiah, tapi masa tu teruskan je bacaan, mana lah tau instinct aku tu tak betul)

Oke, secara ringkasnya juga. Pertemuan Adam dengan Safia ni bermula dekat Pesta Buku. Anis ni nak cari buku Encik Kopiah yang bertajuk Rejuvenasi Hati. Masa tu Adam tengah susun stok buku, lepas tu Safia ni datang tanya pasal buku tu, siap nak jumpa and nak tandatangan Encik Kopiah lagi. Tapi hampa, orang misteri, mana dapat jumpa. Jumpa Adam pun jadi lah kan. haha.

Dan lepas tu dorang ada berjumpa dekat masjid. Kebetulan penceramah sampai lambat dekat masjid untuk beri tazkirah. Dan setelah bermain 'osom', makanya Adam kalah dan perlu beri tazkirah maghrib sebentar. Melalui itu jugaklah, ayah Safia berkenan, dan melamar Adam untuk beri tazkirah pagi camtulah dekat radio. Plus lamar sekali untuk anaknya Anis Safia.

Kali pertama jumpa, Adam dengan Safia memang dah saling suka, lepas buat istikharah dan istisyarah, dorang pun berkahwin. Alhamdulillah.

Tapi kebahagiaan diorang berdua sekejap je, sebab sebelum ni, Adam memang sering diganggu oleh orang-orang di zaman jahiliahnya. Pendek kata, orang ni tak nak tengok Adam tu bahagia. 

Lepas balik dari bulan madu, Safia dapat whatsapp dari seorang perempuan, beritahu itu dan ini tentang kejahilan dan masa silam suaminya. Kesian kau Adam, kena tinggal dengan Safia. Ish ish ish. (Sorry encik Aiman Banna, hakak tak menangis masa baca part Adam kena tinggal dengan Safia, hakak menangis masa ummi Adam meninggal. Sedih kau part tu. )

Kesimpulannya, setiap cerita mestilah ada endingnya.
Kalau korang nak tau apa ending cerita ni, boleh beli online kot. Sebab dekat bookstore aku tak jumpa lagi. Beli kat IG AQADA, ataupun boleh cari IG Aiman Banna.

Sebab dekat hujung-hujung tu baru dapat tau sejarah kejahilan Adam, kenapa dia buat semua tu.
Terungkai misteri siapa Encik Kopiah, sama ada Safia dapat terima semula ke tak Adam dalam hidup dia. Haaa part ni aku marah betul dengan Safia, aku bukan nak menangkan Adam, ye aku tau Adam tu pernah berdosa, tak sempurna, tapi itu bukan tiket untuk salahkan Adam 100% then pergi cari 'Encik Kopiah', berdosa tau. (Erk tapi nasib baik Encik Kopiah tu ...... hehehe.. ahh takpelah)
Tapi tu lah kan, hati perempuan, selalu emosi, lepas tu suka buat assumptions sendiri. (Kebiasaan orang perempuan macam tu la, macam aku jugak. Entah apa-apa kan..)

Moral of the story, aku sangat suka jalan cerita ni, aku suka dengan garapan penulis yang banyak selit ayat-ayat al quran, dalam setiap insiden yang terjadi itu dan ini. Sangat best kot. Well, harus diakui, setiap manusia, apabila dia tersalah melakukan satu kesalahan, maka segala kebaikannya yang lain akan hilang sekelip mata. Manusia suka terus menghukum, tapi jangan risau, Allah tau nawaitu kita. Yang penting, kau aku kita, kena sentiasa berusaha untuk berubah, dan jangan sesekali berputus asa untuk jadi lebih baik. Baiki diri, lazimi taubat, husnuzon pada Allah. Kerana Allah berada dalam sangkaan hambaNya. Andai kata niat kau suci, mesti Allah mudahkan segala urusan. Usaha dan terus berdoa. (#selfnote)

Ehh oke lah weh, aku nak cerita lebih-lebih kang takut korang kata, alah dah tau cerita penuh, takyah lah beli. Jangan, pergi beli k. Tak rugi pun beli. Support sikit kejayaan sesama muslim.

Aku tau review aku ni maybe tak mencapai tahap keberkesanan hati korang, tapi ini je idea yang ada buat masa sekarang. Dan terima kasih sudi baca. (Aku mengharapkan penulis buku ni iaitu saudara Aiman Banna dapat baca sekejap entri ni. Haha, kalau dia ada masa lah, kalau takde je ye takpe..)

Aku bagi 11/10 bintang .. hehe..
Thanks a lot, saudara Aiman Banna untuk karya yang best meletop ni. Moga dimudahkan segala urusan dunia akhirat. Nanti boleh tulis lagi cerita yang best-best macam ni. Insya Allah. Aamiin..



Oke lah, nak habiskan dah entry kali ni.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.







~ Yani Hamshah ~

Thursday, February 5, 2015

Asam Pedas Untuk Dia...

Aduhai, untuk mengarang entry ini, saya rasa asyik ada je ayat yang tak kena.
Ehem permulaaan ayat pula lagilah hampeh.

Hari ini, saya nak buat review sedikit berkenaan cerita ini. Asam Pedas Untuk Dia.
Review apakah? Novel kah? Drama kah?

Heee, entahlah, belasah je lah, apa yang akan tertaip di sini nanti.
Almaklumlah, saya bukan reti benau tulis menulis ni. 
Haha, blog ini sekadar medium saya bercerita.
Sila abaikan cara saya mengolah sesebuah entry ye.

Saya bukan penulis blog tegar, makanya memang terlalu banyak kelemahan untuk menarik minat orang membaca blog saya.

Oke stop (amenda kau merepek ni yani! ) termelalut pula.

Untuk pengetahuan anda dan diri saya sendiri, rupa-rupanya novel Asam Pedas Untuk Dia ini sudah wujud sejak dari 2013 hoke.. 





Neehhh, 2015 baru saya terhegeh-hegeh nak cari, nak beli, nak baca. Ketinggalan sangat ye yani!
Proses nak mencari novel ini agak penuh kesusahan ye kawan-kawan.

selingan jap : ngkorang toksah tanya hakak la ye, kenapa tiba-tiba akak tersampuk nak cari novel ni. ^-^, hakak takmo jawab. hehe..

Ok, sambung. Punyalah gigih saya mencari di lautan orang di MPH Setia City Mall. Hampa sungguh hati. Tidak berjumpa.

Lepas tu, semalam pun cari juga dekat Pesta Buku Selangor kat Shah Alam Convention Centre. Hakak pergilah booth Karangkraf. Doklah akak ni membelek-belek rak novel. Nak nangis guling-guling je rasa kat situ lepas budak tu kata "novel tu dah habis stok!" (dalam hati hakak berkata, "eh best sangat ke novel tu sampai cepat habis, susah nak cari bagai.")

Oke yani, kalau tak best, awak tak de sibuk mencari. Hihi. Ok, jangan gelakkan hakak.

Lepas tu, akak lari pergi PKNS sebelah nun. Teringat dok ada MARWILIS di situ. Dalam hati dah ada taman wa cakap lu. Korang rasa apa? Jumpa ke? TIDAK YA. TAKDE.

Masa ni, akak dah redho rela pasrah menyerah je lah.
Takde rejeki nak beli barangkali. 
Dalam pada redho rela pasrah menyerah tu, kaki akak ni gigih lagi melangkah ke segenap kedai di PKNS yang ada jual majalah buku bagai.




Tiba-tiba, di kedai yang terakhir (ala kat hujung kedai depan dengan kedai kasut Bata.) akak pun mengintai la dari luar.
Perghhh, nampak je ada novel tu kat dalam kedai tu, meluru masuk k. Gaya mimik muka toksah cakap lah. Senyum melebar seperti baru lepas makan asam pedas dengan nasi panas-panas. Fuhhh!

So, akak terus hambik dan bayar. Harganya RM21 ya. 
Masa nak bayar tu, akak yang jaga kaunter tu tanya, tengok drama dia eh?

Ngeh ngeh ngeh. Saya tak jawab, cuma senyum bersahaja dan mengangguk.

Saya dah habis baca pun novel ni. Best. Haha gila pendek ulasan akak.

Pada pandangan akak. adalah perkara biasa jika sesebuah novel yang diadaptasikan menjadi sebuah drama, maka akan ada pertukaran, sama ada perwatakan, ataupun plot cerita.
Tapi untuk cerita dan buku ini.
Dua-dua pun best.
Novel best, cerita pun best. (Harapnya sampai episod akhir lah best ye)





Dalam novel, Ahmad Ziyad ni ada satu hati yang baik. Niat dia nak kahwin dengan Ainin Sofiya pada permulaannya adalah untuk membantu meringankan beban Ainin.
Tapi kalau tengok drama, nampak awal-awal lagi si Ziyad ni memang dah tangkap cintan. Kelainan itu takpe, saya maafkan, sebab ia masih nampak santai dan bersahaja.

Digambarkan Ziyad seorang yang kuat cemburu bila ramai yang usha Ainin ni.
Ainin tak boleh ini, Ainin tak boleh itu. Ainin kena macam ini. Ainin kena macam tu.
Mengada lebih si Ziyad ni. Campur poyo. Ada pulak nak kahwin dengan Ainin, tapi dia letak syarat yang Ainin tak boleh pregnant. Cis. Rasa nak hentak kepala Ziyad dekat peti hais!

Eh lagi kan kelainannya, dalam novel, adik si Ziyad, Farhana tu tak ada lah pulak bercinta dengan kawan baik Ziyad, si Ashri tu. Tapi dalam drama, lain. Maybe nak mewarna-warnikan jalan cerita kot. Dan lagi, dalam novel abang Iqram takde pulak tunjuk nampak suka pada Ainin, cuma ambil berat biasa-biasa je. Tapi dalam drama nampak Ainin ni ramai peminat. 

Hahaha, dalam drama, watak Hisham ni sengal. Mungkin nak beri impak humor kot dalam cerita ni. Padahal dalam novel, watak Hisham tu sikit je. Tapi walaupun ada pengubahsuaian, cerita ini masih best.

Sakit hati dengan Ziyad masa dia dapat tahu Ainin pregnant. Suka hati dia je kata Ainin sengaja buat macam tu sebab taknak bagi dia kahwin dengan Inaz. Choiii. Kalau akak kena tuduh camtu pun akak lari 38KM. Hehehe tak bapa jauh pulak. 

Ngeee...tapi Ainin lari jauh, sampai ke Kuala Kangsar. Kalau ikutkan Ziyad nak hantar Ainin duduk dekat Villa Cinta Pertama kat Tanjung Karang nun. (Haaa kau ada nama rumah Cinta Pertama? Takdak kan. Aiseh jiwang betul si Ahmad Ziyad ni. Tak boleh handle.)

Masalah dorang ni simple je sebenarnya, tapi sebab dua-dua ego. Ikut sangat rasa hati. Tak nak terus terang. So terjadilah, persepsi yang entah apa-apa.
Ziyad dan Ainin masing-masing ingat bertepuk sebelah tangan.
Padahal mereka dah bertepuk amai-amai. Heee.

Heee, so dalam novel. Saya amat berpuas hati.
Dalam drama? Kita tunggu.
Setakat episod 8 yang saya tengok dekat Tonton, memang best. Hehehe.


Haha, cemni aje akak nak habiskan entry. Haih sengal betul kan.

Ok, akak dah penat nak menaip sebenarnya.
Kalau ada apa-apa nak tanya lagi pasal apa mengapa bila dimana pasal novel ni, boleh ajukan soalan ye di ruang komen ye.
Kalau akak ingat, akak ceritalah. Kalau takde, maaf sesungguh ye.

Terima kasih ye, sudi baca entry ini.
Sampai berjumpa lagi.


p/s : huuuu tiba-tiba teringin pulak nak makan asam pedas. ^-^


tengah best baca, tetiba ada m/s yg koyak. koyak sikitlah hati saya. heee.

Tq.
Jangan lupa ye adik-adik, jaga iman, jaga solat, jaga diri baik-baik.
Oke.

Assalamualaikum.


~ Zayani ~



Published !

Saturday, May 18, 2013

Risalah Hati Raja Sehari

Assalamualaikum...

~ Dimulakan dengan Bismillah...disudahi dengan Alhamdulillah...

Dugaan di pagi hari betul bila ada sedikit problem nak attach gambar untuk entri ni...haiyooo sabar yani eh!
Beberapa minit kemudian baru boleh...eceh yani,skemanya ayat kau... Hehe...memang sengaja...tiadalah salahnya jika menggunakan ayat yang begini...tak gitu adik2? (:

Sungguhlah mengambil masa nak membuat entri baru ni...satu je lah sikap buruk aku ni,suka sangat tangguh nak buat sesuatu benda...[eh tapi bukanlah semua perkara...sebahagian sahaja...]

Oke,stop celoteh meloteh mengkarut di pagi hari yang menawan ni...

Tajuk entri akak suka sangat!
Oke kalau korang nak tau, buku ini akak tangkap semasa akak pergi berjalan-jalan di PBAKL'13 hari tu...
Dan ini dia.....dalam banyak2 buku yang akakk beli, inilah dia buku pertama yang akak baca (ops,tapi terberhenti sekejap) dan semalam baru akak habiskan baca...

Ia adalah Novel Fiqh Kontemporari karya Ustazah Fatimah Syarha yang sangat aku hormati dan sayangi...
Novel ini bukanlah seperti novel-novel cinta kat luar sana itu... Ini adalah satu novel yang terlalu banyak manfaat untuk di kongsi bersama...

Ceritanya adalah berkisah tentang perjalanan persiapan urusan penikahan dan majlis walimah Qani'ah Syumaila dengan Dr. As Solihul Muslih.
Sarat dengan hadis yang berkait rapat dengan kisah wanita dan perkahwinan. Aku rasa setiap muslim dalam Malaysia ini mesti ada satu novel ini. [Kerana apa aku 'mesti' kan? Kerana info di dalamnya menjadikan novel ini 'high class'! Dan ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk kita semua, tak kiralah awak lelaki ke,awak wanita ke,awak seorang ibu waima seorang ayah sekalipun.Dan tak kira tua atau muda,anda digalakkan membacan novel ini,juga tak kira harta dan pangkat. Dijemput beramai-ramai membaca ya?]

Permulaan penceritaan garapan novel ini berkisahkan bagaimana Qani'ah menghadapi pelbagai ujian kecil sebelum majlis pernikahannya.

Tentang bagaimana lembut dan tenangnya apabila Qani'ah menghadapi dan berjaya menangani beberapa soalan daripada masyarakat sekeliling tentang hukum hakam sebelum majlis pernikahannya. Tenang,lembut dan bersahaja apabila menghadapi sinisnya Tok Siak yang mempertikaikan suara kawan baik Qani'ah, Syifa ketika memberi ucapan.

Bagaimana tenangnya Qani'ah menyatakan pendapat mengenai Tabarruj apabila Zahira mempersoalkan tentang baju pernikahannya. Apabila dengan tenangnya Qani'ah mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan hadis yang dipelajarinya terhadap permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh wanita yang sedang uzur untuk masuk ke dalam masjid.

"Berbeza pandangan? Biasalah tu... Dunia Fiqih memang macam ni. Ada banyak pendapat."

"Tak boleh ke fatwa Fiqih dalam dunia ni disatukan menjadi satu pendapat sahaja? Baru kita lebih bersatu."

"Sampai kiamat pun ia takkan berlaku. Lumrah manusia yang akalnya berbeza, cara pandangnya juga tak akan sama. Syukuri persamaan, usah mengutuk perbezaan. Semuanya insya Allah dalam daerah pahala."

Itu adalah beberapa dialog di antara Qani'ah dengan sahabatnya Zahira. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang aku kira menarik. Sangat tertarik!

Dan aku kira lebih baik kalau korang dapatkannya sebagai koleksi buku kesayangan korang. Novelnya nipis saja,hanya ada 154 halaman dengan harga yang berpatutan iaitu RM 17. Aku dapat murah sikit sebab beli kat PBAKL hari tu...Hehehe jadi memang sangat istimewa. Aku sayang buku ini kuat2!!!

Dan kepada adik-adik,kakak-kakak,para remaja atau dewasa semua,bolehlah mendapatkan novel terbaru karya Ustazah comel kita ni eh... Tak rugi pun beli. Ahem dan tak sabar pulak akak nak tunggu sambungan Novel Fiqh ni. :)

Aha dan satu lagi daya penarik novel fiqh ini adalah muka di atas setiap helaiannya,serius comel ok! Serius akakk tak tipu korang semua. Ehe,cakap banyak pun tak guna kan, ni akakk dah ambil gambaq sebagai bukti comel novel ni untuk tatapan adik-adik akakk yang tersayang ni. Jemput tengok eh, eh, eh? [ye,akak tau dik,susunan gambar ni agak berterabur...hehe tapi layan je la eh kan]

Oryte buat semua yang sudi membaca entri ini, terima kasih. Semoga Allah akan senantiasa merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat.

Akhir kata, mohon persiapkan dirimu menghadapi Ramadhan yang kurang dari 60hari dari sekarang. (akak taip ini pun sekadar mengingatkan diri akakk juga...bukanlah akak nak berlagas bagus. Mohon husnuzon ye adik-adik kak Ton eh... Hehe...

Dan, jaga iman jaga solat.Semoga bermanfaat entri kali ini... ('',)

Ikhlas,
Anything About You_Niyaz Arumi
11.41 a.m
18 Mei 2013 / 8 Rejab 1434H
Saranghae










Tuesday, December 18, 2012

Niyaz, Aiyani, Arumi [Saranghaeyo,Arumi]


Assalamualaikum...

Mari kita bercucuk tanaman,
Senyum juga satu senaman kan?

Hamik kau,nak gak berpantun,tapi meleweh tah ke mana...
Erk sorry,aku memang tak reti pantun2nan ni...

OKE,pendekkan cerita,entri hari ni berkenaan buku yang bertajuk "Saranghaeyo,Arumi!" (Weh Arumi? cam name aku dlm fb...) "Saranghaeyo,Arumi!" adalah hasil nukilan kak Rose Harissa...ter-ba-ekkk!!! sgt...


Tajuk KoRea morea bagai,bagus sangat ke buku ni?
Aihhh gilas kau nak kata tak best,buku ini sangatlah mencuri perhatian aku...
Ini adalah kerana :

1) Cover depan yang cun habis!
2) Tajuk buku yang boleh buat aku berguling-guling atas lantai dekat rumah aje!haha...
3) Warna buku yang sangat Awesome! Pinky2 gitu...da bomb!
4) Serius buku ni comel,isi dalam apetah lagi,comel tahap panda tengah menguap la...!
5) Lagi kerana ada Choi Minho oppa! dan Fatin Liyana Asri yang aegyo!
6) Korang beli lah sendiri,tengok cemane...(kalau tak suka biasa la kan,tiap benda tu bukan semua orang suka...kan...kan...)

Btw cerita ini jalan ceritanya santai,sangat sesuai di baca untuk semua golongan umur yang sangat gemar membaca...cewahhhh...

Macam aku,semua buku aku bedal,novel dewasa ke,novel remaja ke,asal boleh untuk di jadikan bahan bacaan,aku ok saje...heeee... ;)

Walaupun gaya bahasa dalam novel ni seakan terlalu skema (sebab Arumi guna ganti nama 'awak-saya' dengan Danish dan kwn2 laki dia yang lain...kerana kebiasaannya lelaki suka guna ganti nama diri 'aku-kau')

Heheee..jangan marah eh kak Rose Harissa,apapun saya sangat suka jalan ceritanya,gaya bahasa itu memang yang sebenarnya pun yang patut digunakan oleh adik2 yang masih bersekolah ni...

Nanti terlalu santai pun orang tak suka jugak...tak memasal budak2 muda,belia remaja tak tahu bahasa Melayu yang betul...

Harga buku ni pun not bad,tak adalah mahal sangat...buku ni sebenarnya dah lama,tapi cumanya susah nak jumpa,nasib baik hari tu jumpa kat Tesco...haha gembira tanpa kata di situ...muehehe...

Lagi satunya aku rasa buku tu sangat dekat dengan jiwa aku,bayangkan eh,ada nama Arumi,ada nama Niyaz dan ada nama Aiyani! Wehhh haha perasan kejap aku masa baca cerita ni...memang takde kena mengkena tp nama dalam fb aku 'Niyaz Arumi' camane pulak kak Rose Harissa boleh tergerak hati nak gabungkan beberapa nama yang sangat dekat dengan aku dalam buku "Saranghaeyo,Arumi!" ni?

Dengan nama Aiyani pulak,weee nama aku Yani weh,Yani,cuba korang cakap macam mana aku tak berangan...?


Pasai apa gatai guna nama Niyaz Arumi dlm fb? Nama sendiri tak ada?
Sebabnya :

1) ada lah nama aku dalam 'Niyaz Arumi' tu...korang akan jumpa 'Zayani' dlm nama tu...
2) maksud nama tu aku berkenan, Niyaz (Doa,harapan) Arumi (Asal keturunanku) amacam best tak?
3) saja nak santai2 bermood korea morea,tu yg jadik Arumi,asalnya nak letak Niya je...Niya Yani Yani Niya...ngadalah hang nani!

Oke cukup,ini entri bukan tentang nama aku,ini entri tentang buku comel ni...
First tahu kewujudan buku ni,memati aku ingat Arumi tu pompan! Bukan pompan tapi hero weh! Hero korea Choi Minho...Cutenyeee... ;)

Cerita ni best,kisah tentang Arumi yg sangat dingin dengan pompan kat kolej dia,walaupun dingin,sombong belagak,still ramai pompan tergila2...Arumi jumpa Aiyani dlm incident langgar2 bahu masa Aiyani lambat nak g Orientasi,habis jatuh kedebuk Iphone 4S Arumi berselam dalam longkang..

Aiyani ada kawan baik dari kecik nama Niyaz(Niyaz suka Aiyani sbnrnye!) tapi dia rendah diri sebab kaki dia tempang sebelah lepas main bola sepak kut(tak ingatlah hihi..)

Nak dijadikan cerita,Aiyani yang lambat masa hari pertama orientasi kena denda dapatkan sign senior yg bernama Arumi Aisy (Senior paling dingin paling ditakuti)...

Pastu si Niyaz ni lah bawak jumpa Arumi,masa tu Aiyani tak tau orang yang dia langgar pagi tu adalah sunbae Arumi...!

Aiyani tebalkan muka,mintak sign Arumi,tapi free2 je kena perli,pastu Niyaz defend Aiyani,haih Arumi mulut takde insurans,cakap Niyaz ni tempang...Pang!!! Hamek kau kena lempang dengan Aiyani...pastu terus Aiyani feymes satu kolej...!

Pastu cerita ni tak habis kat situ,ada lagi kisah2 lucu,kisah sedih,kisah persahabatan,kisah keluarga,kisah hasad dengki,kisah dendam selit juga kisah cinta Arumi dan Aiyani yang aegyo! Budak muda remaja mesti suka kisah ni...

Tapi diingatkan eh,cerita ini tergantung,akan ada sambungannya yang bertajuk "Mian-heyo Aiyani",tapi tak tau bila terbit,kena tanya kak Rose Harissa la sama ada manuskrip dah siap ke belum...

Yang pasti aku akan beli kesinambungan kisah ni,tak sabar nak tau siapa hantar surat kale hitam tu,siapa yang letak brg terlarang dlm air Arumi sampai dia terhantuk dan hilang ingatan! Tak sabar nak tau cemana kesinambungan kisah Arumi dan Aiyani yang happy baru musim pertama...

Oke,gambar2 ni untuk tatapan korang ye,aku dah edit sikit2,supaya tak dikatakan palagiat hasil karya dan terbitan orang,isi dalamnya cukup da bomb! Bombastik...comel giles...;)

Terima kasih baca entri ni...

#tak rugi pun jadikan buku terbitan PTS ni sebagai koleksi buku comel korang... ;)

#aha lagi satu,ada sebahagian nama dalam buku ni pelik2...haha tapi comel! k korang, take care!


Spread Love,
Niya Unnie
18 Disember 2012
12:50PM
NA Saranghae...








CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...