Showing posts with label #Nikmat #Smile. Show all posts
Showing posts with label #Nikmat #Smile. Show all posts

Sunday, October 14, 2018

It hurts, but it's ok. I'm used to it.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Just a quick post sebab lama dah tak up entry baru. Rindu nak tulis entry baru, tapi terdapat beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Lepas tu, bila dah ada lappy depan mata, jadi blur tak tau nak type apa.

" Jangan terlalu menyayangi, kelak di akhirnya, manusia yang paling kau sayang itu yang akan membuat kau terduduk kecewa.."


Eh, jangan salah sangka. Bukanlah tak bagi kau sayang pada manusia, cuma, berpada-pada lah untuk menyayangi. Sebab bila kau terlalu sayang pada seseorang, dan jika seseorang yang paling kau sayang tu membuat kau kecewa, perasaan itu dua kali ganda sakitnya.

Cukuplah tu, sayang biar kerana Allah, biar berpada-pada, kerana bila kau kecewa dan terluka, kau tahu, yang Allah sentiasa ada dengan kau. Dan yang paling penting, kau boleh berbahagia dengan perasaan kau, yang punya Allah dalam hati. Masa tu, kalau hati kau hancur dek perbuatan manusia, kau akan terus dan tetap bertahan kerana kasih sayang Allah pada kau, kau akan kuatkan hati kau untuk Allah, kerana Allah tak pernah tinggalkan kau dan akan sentiasa beri kau peluang untuk kembali kepada Dia.

Cumanya, tinggal lagi, kau ambil atau kau tinggalkan peluang itu.

Sudah ya.. Pujuklah hati untuk sentiasa berdamai dengan takdir yang Allah dah tentukan buat kita.


 
 
Yang terakhirnya, selamat berusaha untuk berubah walau berkali-kali kau melakukan kesalahan. Kita hidup ini atas aturan Allah, bukan untuk memuaskan hati manusia, kerana jika redha manusia yang kita cari, kita hanya akan menemui kegagalan.

Buat rakan-rakan yang pernah aku sakiti, secara sengaja mahupun tidak, ketahuilah setiap perkara yang aku lakukan itu kadang-kadang bukan atas kemahuanku sendiri, andai kau tidak memahami aku, mengertilah, bahawa aku juga sedang tidak mampu memahami diri sendiri. Kalaulah kau tahu, kalaulah......

Seandainya perkataan 'kalau' itu bukan sesuatu perkara yang dimurkai Allah, sudah pasti aku akan menggunakannya atas alasan tidak mahu itu dan ini, kalaulah aku begitu, kalaulah aku begini. Tetapi kerana apabila yang sudah terjadi itu tidak memungkinkan aku untuk berkata kalau, maka apa yang sedang terjadi inilah yang perlu aku lalui.

Untuk setiap hati yang pernah aku sakiti secara sengaja mahupun tidak, aku dengan rendah hati memohon maaf untuk semuanya. Mungkin hari ini aku masih lagi boleh meminta maaf, tapi untuk hari yang mendatang, aku tidak tahu andai aku masih punya peluang untuk meminta maaf serta memberi maaf.

Kerana aku tidak akan selalunya berada di sini. Kerana di akhirnya aku harus pulang kepada Dia, apabila sudah tiba saatnya.

Pesanku, mohon jangan ada perasaan hasad mahupun dengki terhadap kelebihan aku yang Allah sedang pamerkan di hadapan kau, kerana kau hanya akan tertipu. Kerqna aku tidak pernah punya kelebihan melainkan Allah sedang menjaga aibku.
 
 
 
Tulus,

Norzayani Binti Norhamshah
6.45 PM
14 Oktober 2018

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan~
 

Tuesday, June 14, 2016

Wajah Baru

Wordless Tuesday..


Bismillah..

Assalamualaikum..

Sudah ku tukar 'wajah' blog ini..


Santai? Feminin? Oh, entah, belasah je..

Tak boleh handle, tetap pink. (erkk aku tak minat pink, tapi ... emm entahlah.. ^-^)



Salam 9 Ramadhan..

Moga setiap amal ibadah kita diterima Allah.

Aamiin..

Monday, August 25, 2014

Saya bukan penggemar warna 'pink' ...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t

Eh dah 25 Ogos, masya Allah, cepat sungguh masa berlalu kan.

Di sebalik bulan yang tersangat banyak suka dan duka ini, mari kita buka kamus baru.
Tinggalkan segala apa yang kita tak mahu nak ingat. (Heee macam boleh kan?)
Tak apalah, Allah beri kita sesuatu yang kita rasa sakit untuk difikir-fikirkan bukan tanpa tujuan.
Kena yakin, apa yang Dia kurniakan, mesti ada hikmah di sebaliknya.
Smile kawan-kawan... Smile.

Tiheee, saja nak up sikit entri baru.
Lama tak menaip, rindu tau.
Tapi kekangan masa, hati yang kacau bilau, huru hara, membuatkan saya memang tak sempat pun nak taip apa-apa. Ngeee.. Busy raya kan. Aiseh hari ni dah 29 Syawal kot. Tersangatlah cepat masa berlalu.

Heee perasan ke?
Amenda?
Blog berwajah baru.

Pink je~

Ada banyak kale 'pink'.
Sebenarnya saya bukan penggemar warna merah jambu ni. Betul! (Eley yani poyo, padahal hari ni, pergi kerja baju kurung warna pink, tudung pun warna pink... Boleh percaya ke tak suka?!)

Cheit! Bukanlah tak suka, tapi biasa-biasa je. Tak adalah obses sangat dengan warna pink.
Tapi masalahnya, kalau nak tukar 'muka baru' blog ni, mesti tangan gatal je nak letak warna pink.
Apakah??? Entahlah.
Kalau tanya warna kegemaran pun, entah lah. Tak tahu.
Warna pelangi agaknya.

Takpe, jangan fikir. Kalau saya ni yang tak faham dengan diri sendiri. Awak mestilah lagi tak faham.

Cuma itulah kan, kadang-kadang benda yang kita kurang gemar itulah yang molek untuk kita.
Yang kita gemarkan sangat itu, mungkin bukan yang terbaik.

Jom kita, positifkan diri.
Walau kita tak suka, kita redhai.
Walau kita suka, bukan semestinya ia elok untuk kita.
Belajar menerima semua dengan lapang dada.

Selagi ia tak bercanggah dengan ajaran Islam, kita mesti ajar hati kita untuk redha dan pasrah dengan sesuatu perkara. Hati kita ini untuk Allah, hati ini milik Dia. Dialah yang Maha Mengetahui.

Semoga ketenangan akan sentiasa iringi kita, dunia akhirat.
Insya Allah.

~ Norzayani bt. Norhamshah ~
ootd ~ monday~

Tuesday, July 1, 2014

Puasa itu Sihat & Nikmat (Selamat Menyambut Ramadhan)

Hai orang-orang yang beriman,
Diwajibkan atas kamu berpuasa,
Bulan yang suci, penuh maghfirah,
Itulah bulan Ramadhan.

Di bulan itu diturunkan,
Pertama kali kitab Al-Quran,
Sebagai petunjuk bagi manusia,
Antara yang hak dan yang batil.

Puasa itu sihat,
Puasa itu nikmat,
Melatih kita, sabar dan amarah,
Bagi yang tak beriman, berat menjalankan,
Lapar haus saja, menggoda fikirannya.

Ada malam lailatul qadr,
Yang besar pahalanya dari seribu bulan,
Allah turunkan malaikat ke bumi,
Sejahtera malam itu hingga fajar.

~ [ Puasa – New Sakha ]

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam balik dari kerja, dengar lagu ni dekat radio Ikim.
Terus suka. Hehe. :)
Saja nak share lirik kat sini.

Dan dikesempatan ini juga, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat kalian, saudara-saudara saya, sahabat-sahabat saya, pembaca-pembaca sekalian, dan juga buat seluruh umat Islam di dunia ini.
Moga kalian akan sentiasa diredhai Allah S.W.T

Bulan suci penuh maghfirah. 
Subhanallah, Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana sudi beri kita peluang untuk bertemu lagi dengan bulan mulia ini.
Sedar tak sedar, dah hari ke 3 Ramadhan.
So macam mana checklist yang kita dah sediakan tu?
Markah semua ok tak?
Harap semuanya cantik-cantik belaka ya.

Kalau tersedar ada ibadah yang tertangguh.
Cepat! Cepat! Laksanakan.
Peluang ini datang setahun sekali saja. Mohon ambil peluang ini sebaik mungkin ya kawan-kawan. Anggap saja, tahun depan belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan.

Surat Cinta dari Allah. (Al-Quran)

*** Oke selingan, nak share sikit ~ Malam tadi punya Tazkirah Ramadhan dekat Masjid Saujana Utama, Sg.Buloh. Ustaz kata, dalam bulan Ramadhan ni, pahala ibadah sunat yang kita lakukan, dikira seperti kita melaksanakan ibadah wajib. Subhanallah! Masya Allah, tabarakallah. Sila teruja! Dan kalau saja ibadah sunat dikira seperti itu, kalau kita melaksanakan ibadah yang wajib, tentu-tentulah pahala berlipat kali ganda. (Kalau tak silap saya, ustaz sebut 70 ribu kali ganda.[maaf saya tak sure sangat yang ni,awak boleh rujuk orang yang lebih tahu.]  Oke, kalau awak di Mekah, Madinah. Lagilah pahala berganda-ganda! Subhanallah. Bestnya. Bestnya sangat-sangat. (Cemburunya saya. Huhu...Hee tapi takpe, setiap yang Allah kurniakan itu, adalah yang terbaik untuk kita. Yakin! Yakin!! ) *** [Dan suka untuk saya ingatkan,kita buat ibadah semua itu adalah demi mendapat redha Ilahi. Bukan kerana ganjaran pahala. Bila Allah redha, automatik awak akan dapat pahala. Kan.]

Nampak tak sayangnya Allah pada kita, besarnya Rahmat Dia buat kita. 
Kalau rasa-rasa tak reti bersyukur, sila 'cari' sesuatu yang ada di Palestin, Syria, Mesir atau mana-mana negara yang sedang diuji rakyatnya.
Lihatlah betapa sukarnya mereka untuk meneruskan kehidupan, bandingkanlah dengan nikmat yang kita sedang lalui di bumi Malaysia ini. Cuba bayangkan sekarang ini anda sedang mendengar tangisan mereka yang memilukan. Allah. Allah. Allah. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Lantas, nikmat Allah yang manakah yang hendak kita dustakan? Sungguhlah, Allah itu Maha Penyayang.
Kerana kita ini, masih mampu berbahagia bersama saudara kita.
(Dapat update entry baru ini juga satu nikmat bukan? Syukur.)

Fikirkanlah, Dia beri ujian, dugaan, bukan kerana tak sayang. Tapi Dia sedang menguji keimanan dan kesabaran. Insya Allah, balasan yang sangat besar di Syurga menanti. 

Ujian dan dugaan itu cara Allah menunjukkan betapa Dia sayang pada kita.
Kalau awak 'dekat' dengan Dia, awak takkan pernah merungut terhadap apa yang Dia kurniakan.

Kalau ada rungutan yang tersasar, boleh cepat-cepat istighfar. 
Jangan pernah membuka ruang untuk syaitan menguasai jiwa dan hati kita.
Please. 

Syaitan dan Iblis ini musuh kita. Jangan sampai kita dilaknat Allah kerana mengikut telunjuk syaitan.
Nak ke kita ni 'temankan', 'kawankan' encik Syaitan ini duduk di neraka? Nau'zubillahi min zalik! 

Dan kerana bulan ini juga adalah bulan untuk kita 'menyimpan', 'mengumpul', sebanyaknya bekalan untuk pulang ke kampung akhirat. (Syurga)

Allah telah menjelaskan dalam al-Quran, bahawa bekalan yang terbaik adalah bekalan takwa.

"Bawalah bekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa." (Surah Al-Baqarah 2:197)

Bagi yang ingin pulang ke kampung syurga, takwa pencariannya.
Kita dituntut menghimpun bekalan takwa.
Antara perkara yang membangun takwa dalam jiwa ialah amalan berpuasa.

Kita diperintahkan berpuasa oleh Allah : "Wahai orang Mukmin, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Dengan bekalan takwa inilah, kita semua akan mampu mengharungi perjalanan pulang ke kampung yang kita rindui, syurga Allah yang kekal abadi.

Dan baiklah, cukup entry ini sampai di sini saja.
Salah satu target saya bulan puasa ini adalah untuk tidak terlalu ralit ber'on9', alhamdulillah, hari ke 3, pencapaian dilihat semakin baik.
Cuma kerana ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan awak semua, maka terlahirlah entri 'selingan' ini.
Semoga ia sangat bermanfaat buat kalian. Allahuma amin.

Oh ye, memandangkan bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran, jadi jom, kita baca 'surat cinta' dari Allah. Ibaratkan kita sedang membaca surat cinta dari kekasih hati yang sangat kita cintai. Ibarat macam orang sedang bercinta, kalau boleh hari-hari nak baca 'surat cinta' dari orang tersayang. Jadi, anggaplah Al-Quran seperti itu. Semoga kita beroleh kebaikan daripadanya. 

Moga Allah akan terus redha pada kita, di dunia sampai akhirat. 

Terima kasih, sudi baca entry ini.
Saya sangat hargainya.

Seperti biasa, kalau ada salah dan silap dalam tulisan saya ini, yang mungkin ada menyinggung perasaan. Saya dengan rendah hati, memohon maaf.
Dan kalau ada yang ingin menegur salah silap saya, dialu-alukan untuk anda berbuat demikian. Saya akan cuba perbaikinya. Insya Allah.

Selamat berusaha mengumpul pahala yang sangat banyakkkk ye kawan-kawan.
Mudah-mudahan Allah terima semua amal ibadah kita. Amin.
Tak sabar nak jumpa semula di Syurga Allah nanti.
Kita usaha sama-sama, sediakan bekalan untuk kita balik ke 'kampung' abadi. Allahuma amin.

Sekian, wassalam.

Norzayani Binti Norhamshah
3 Ramadhan 1435H / 1 Julai 2014

Tuesday, June 17, 2014

Langit Ilahi~



Di langit ilahi punya gula-gula kapas yang manis,

Punya bebola merah yang bersinar,
Ada cebisan cahaya menari-nari,
Ada kanvas yang sangat luas.
Subhanallah...

Kerana apa?

Kerana ia milik Allah,
Kerana Allah mahu kita sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Supaya kita sentiasa celik dengan kurniaanNya.

Bukan buta menilai.

Fikir-fikirkanlah.


*** Pagi tadi on the way pergi kerja, intai langit (terapi setiap hari), 'paksa' diri cari nikmat yang Allah beri setiap hari, supaya sentiasa bersyukur. Supaya diri tak lupa.

Cantiklah langit kan. Macam sedap je gula-gula kapas kat langit sana.

Suka.

Semoga hari ini Allah meredhai semua yang kita semua lakukan,bakal lakukan.
Biiznillah.


Sekian, wassalam.


Love,
Norzayani Norhamshah
19 Syaaban 1435H

Wednesday, June 11, 2014

Rucuh (Santan + Roti Kok) #MestiCuba

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar apa itu RUCUH ?

Rucuh ni adalah sejenis makanan orang jawa yang dikategorikan sebagai pencuci mulut. Ia diperbuat dari tapai ubi yang dibancuh dengan santan kelapa yang diperah dengan air panas suam. Ia juga boleh digantikan dengan air biasa.
Isi tapai dicarik-carik , tambahkan dengan sedikit gula dan santan/air suam dan kaca rata. ada juga orang yang blend dengan ketulan ais. sangat sesuai diminum sejuk atau juga boleh dimakan dengan roti putih.

(Sumber dari sini ye. )

Memandangkan malam tadi saya nampak kelapa parut dalam peti hais. Nampak roti kok dalam plastik. Nampak hais yang banyak pulak lagi. Terus menggagau buat. Lama mengidam dah ni.
Selalu kalau balik kampung je makan, tak pernah buat sendiri. Hihi. 
Tapi resepi saya ni, plain saja. Tak ada tapai-tapai segala. Ahem, ia ringkas, mudah dan sedap jugak lah. =)

Hurm lagi resepi ni, main campak-campak je tau. Tak ada sukatan.
Ikut sesedap rasa sendiri. 
Oke nah resepi step by step untuk tatapan awak semua.

Pertama sekali :

 Kelapa parut, perah ye. Kalau tak nak, beli saja santan.


 Santan yang dah diperah. Tapi malam tadi tercair pulak. Hehe.


Langkah kedua :
 Letaklah secoet garam. (Gambar ni poyo je, padahal saya dah letak secubit garam masa tu)
Garam ni ikut rasa tau. Ikut logik jugak, kalau awak nak buat sejag santan, takkan nak letak secoet garam.


Langkah ketiga :
 Letak sesudu gula. Ikut keperluan, nak kurang lagi pun takpe.
Kurangkan manis dalam makanan ye.

Langkah keempat : 
 Masukkan air batu. (Haha nampak sangat santan cair, weee)

 Gini kekdahnya bila dah masuk ais. Uihhh kalau hari-hari makan ini je pun tak apa. :)
Eh lupa pulak, tadi lepas dah masuk garam, gula, 
jangan lupa kacau untuk larutkan gula dengan garam tersebut. 
Oke next!


Langkah keempat :
 Macam itu ye rupa roti kok (roti keras). 
Tapi kalau dapat roti keras yang besar segi empat tu lagi sedap rasanya.

 Rendam roti kok korang tu. Kalau lama sikit nanti lembut la. Tapi jangan lembut sangat.
Tak rasa nikmat bunyi "kruppp krapp krupp krapp" =)
Sedia untuk dimakan ye lepas dah rendam tu.


 Nampak tak betapa saya suka dengan rucuh ni. Santan banyak lagi, tambah roti lagi. Tambah lagi. Tambah lagi. Sampai saya terlupa saya tengah diet. (Jangan poyo sangat Yani, orang tak suka!)
Haha oke tak, tak.

Oke dah selamat masuk perut. Dah licin mangkuk. Roti pun dah tinggal sikit.
Ngeee, tapi saya kongsi dengan ayah tau. Mana pulak saya makan habis setengah paket. Weee~


Oke, dah tengok kan resepi.
Mudah. Senang kebabom. Cepat dan hurmmm sedappp!

Saya dah terbayang kalau masa puasa nanti, buka puasa dengan rucuh ni je pun tak apa.
Sebab bila makan tu, ada macam-macam rasa. Rasa lemak dari santan, manis kerana gula, masin sebab garam, sejuk dengan ais, dan rangup kerana roti. Nyaman sungguh !!!

Orait, selamat mencuba resepi pencuci mulut ini.
Pada saya sedap, untuk orang lain punya tekak saya tak pasti. 

Sekian, assalamualaikum w.b.t ...

With Love,
Norzayani binti Norhamshah
11 Jun 2014 / 13 Syaaban 1435H

Tuesday, May 20, 2014

Biskut Batang Buruk

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Hurm sekejap je kan dah 20 Rejab. Haa, ada yang tinggal puasa tak tahun lepas? Dah ganti belum?
Mohon ganti awal ye, bukan apa, umur kita ni kita tak tahu sampai had mana, esok-esok kalau kita mati dulu sebelum qada' puasa, berhutang kita dengan Allah.

Lepas habis bulan Rejab ni, kita akan menempuh bulan Syaaban, lepas itu bulan Ramadhan (tak sabarnya) dan seterusnya bulan Syawal.

Kita dah bersiap sediakah untuk menempuhi bulan Ramadhan akan datang ini?
Apa persiapan kita menyambut bulan Ramadhan?
Adakah semeriah persiapan seperti kita hendak menyambut hari raya?

Hurm bila sebut pasal hari raya, ada satu kuih tradisional yang sangat menjadi fevret i tau.
Tahun lepas, dari hari raya pertama aku cari sampai hari raya keempat, raya keempat baru aku jumpa. Itupun nun jauh di rumah mak uda aku di banting sana. Isy..isyyy...
Itu pun i dapat tengok je masa tu. Sebab tak boleh makan. Sadis oke, sangat sadis.

Oleh kerana kebiasaannya hari raya kedua, kalau tak ada apa-apa masalah, memang aku akan berpuasa, makanya kalau hari raya ketiga, haruslah aku pergi jalan rumah ucu Lam, aku dengan muka seperti panda tengah sakit perut akan meminta secoet dua biskut raya dan kek victoria sandwich untuk buat bekalan buka puasa. Hihi. Haip, korang jangan ikut perangai aku yang satu ni, serius muka tak malu. Haha kat rumah ucu Lam je aku buat muka tak malu, kat rumah orang lain akulah yang paling ayu. Haha, sila jangan percaya!

Kat rumah mak uda aku segan-segan panda, kat rumah ucu Lam aku segan-segan buaya. Panda kalau dia nak, dia tak mampu nak cakap, kalau buaya dia nak, dia mampu dan dia ngap je. Huahhaha. Eh yani, control ayu sikit please!

Hiihi, oke-oke...

Dan tahun ini, aku sudah berazam, oleh kerana tahun lepas, susah sangat aku nak jumpa kuih raya tu, makanya aku telah meminta bantuan abang Google. Biasalah, cari resepi, buatlah eksperimen. Baru kita boleh buat hipotesis dan kesimpulannya.
Semakin rajin yani buat, semakin berjayalah nanti! Kan? Boleh gitu.
Kesimpulannya aku belum tahu sebab belum try.

Eh lupa nak habaq, ini dia kuih raya fevret i,

memperkenalkan, BISKUT batang buruk.
Haih, inilah kuih raya tersedap sekali.
Inilah kuih raya yang aku nak cuba buat nanti. Mudah-mudahan menjadi.
Kalau menjadi, raya nanti, tak payah buat muka tak malu mintak kat orang. Hehe.. tak, tak, serius, kat rumah ucu Lam je kita buat cenggitu. Rumah orang lain tak...

Oke lah, nanti bila aku dah berjaya buat, aku buat entri, kongsi resepi dengan korang k.
Kalau tak ada entri nya, hahaha maknanya tak jadilah tu. Maknanya aku kena beli.
Eh tapi aku ni cerewet doe kalau makan biskot batang buruk ni, ada juga yang kurang sedap, aku suka yang sedap. Heheeee. Eh ada ke orang suka yang tak sedap? Huhu.

Oke2, korang doakan aku berjaya buat bisekot ini dengan jayanya ya?
Tengkiu-tengkiu...

Take care korang. Jaga diri, jaga iman, jaga solat.
Terima kasih baca entri batang buruk ni.
Assalamualaikum...

Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
5.00 PM

Wednesday, May 7, 2014

Si Pencinta Pau...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t...

Haiii...

Siapa suka makan pau?
Angkat keninggg sambil buat muka lapar...! (Haa macam mana muka lapar? Gasaklah korang nak buat muka macam mana...)

Erm hari ni bukak blog, boleh pulak aku nampak entri baru abang Ben, dia dok ceghita pasai PAU.
Masya Allah. Pagi-pagi lagi aku sudah diuji. Hhehe. Abang Ben ceghita pasai buang kulit pau.

Erk tapi sepanjang hidup aku mengenali PAU, aku tak pulak buang kulitnya.
Yang aku tahu, lepas beli, aku kena makan terus. Nanti dah sejuk tak sedap. Tu je dalam kepala aku bila dah beli pau.

Sobs. (Dan aku siap menjeling-jeling poyo lagi kalau orang buang kulit pau tu. Sebab aku ingat diorang mengada!)

Haha, ampun. Ampun. Tapi bila baca entri tu, alasan orang-orang yang buang kulit Pau adalah kerana kadang-kadang ada habuk melekat di permukaan Pau kesayangan korang tu.

Erm tapi kan pada aku, erm sama je habuk ni sentiasa ada kat mana-mana.
Bukanlah kata tak boleh ke apa, tapi kalau gitu, hang beli makanan apa-apa ke, buanglah sekali kulitnya. Kan takut habuk melekat.
Contohnya, kalau korang nak makan donut, korang buang lah gula yang ber'sepah' kat kulit donut tu.
Kalau nak makan kuih seri muka pun buang lah atas bawah kiri kanan, kan tak boleh tu, terdedah habuk lah katakan. Buang. Buang.

Paling rare, kalau nak makan karipap, buanglah kulit karipap tu, korang makanlah inti dia je.
Haaa, perghh daebak! (Saat ni mesti korang nak kata, selenge nya aku ni. Haha.)

Lek la korang, aku cuma mengandaikan saja.
Sebenarnya kalau nak makan pau tu, korang nak buang ke tak kulit, terserahlah. Tak de salah pun.
Hehe.
Kalau aku, memang tak penah aku buang. Terus ngap tak hingat dunia.
Tapi takpe, lepas ni kalau aku beli pau, aku akan tengok ada habuk ke tak.
Kalau ada nanti aku cuci. Pastu aku kukus balik, then baru makan.
Sayang doe nak buang-buang kulit segala.
(Eh tapi kalau dah kat R&R, ada pulak aku nak basuh kukus balik? Haha takda, ngap ja...)

Yaaaa aduhaiiii, kenapalah aku bercerita tentang Pau di saat aku sedang berdiet?
Adui. Eh diet tu kalau cheating sekali dua kala pun tak apa kan? (Teringin pula tiba-tiba)

Jap eh, untuk mencantikkan entri ni, aku akan upload sebiji gambar Pau yang menawan kalbu.

ala gambau tak cantik. ehsan abang gugel lah katekan...
Haha, sedapkan pau.

Nak tahu apa salah satu benda wajib beli kalau nak pergi jalan mana-mana. 
(Maksud kalau jalan jauh pergi Melaka ke Cameron Highland ke)

Ialah PAU.
Singgah R&R, kalau nampak Pau, mesti akan beli sebiji dua.
Makanan lain aku tak pandang dah.
Hehe poyo. Tapi sewaktu tengah diet, aku terpaksalah melupakan cinta aku ini kepada Mr.Pau.

Pau fevret haruslah Pau BBQ AYAM BRAND BESTMAS.
Memang best! (Eh tapikan kalau brand bestmas ni, semua aku suka. Pencinta pau lah dikatakan.)

Sebenarnya brand ni aku kenal masa aku study kat Unisel dulu.
Hari-hari pun terasa nak makan Pau.
Datsuwai pipi aku gebus macam pau.
Badan toksah cakaplah, dah macam kena sengat dengan tebuan. Bengkak je.
Nak gambar? Takda. (Kalau terjumpa nanti aku edit balik entri ni)

Itu dulu masa muda-muda. Pakai ngap je nak makan apa.
Bukan nak fikir kesihatan ke amenda kan.
Kalau sekali sekala ye takpe. Orang kata nak merasa kan.
Kalau dah hari-hari memang mintak kuah kari simbah kat pipi.

Benda paling sedih berkenaan Pau korang tahu apa?

Haa meh aku ceghita,
kejadian berlaku 2 tahun yang lepas. Throwback lah kiranya ni...

Aku belek-belek resepi, terjumpa pau. Berusaha i cuba okayyy.

Gigih carik barang, balik rumah. Nak try jugak walau nanti tak jadi.
Dah kemaruk sangat.
Aku pun uli punya uli doh. Siap, then rehatkan. Nak tunggu doh tu 'naik' ringan dan gebu.

Lalu aku dengan hati yang gumbira menyediakan inti karipap (haha dah inti kentang campur hayam tu je yang aku tau buat plus senang. Layan je lah. Weh sedap tau inti tu. Tara tipu punya. Wiwiwi...)

Lepas dah beberapa ketika, inti dah siap, aku dengan ceria menengok semula, apa jadi dengan doh aku tu.
Sekali tak naik. Hampeh! Amenda ni. Kecewa la. T.T

Tapi time tu aku mana tau. Aku tibai gak letak inti. Nak kukus gak.
Hihi, tak boleh belah. Apa jadi ntah dengan 'benda alah' tu aku tak ingat sangat.
Yang aku ingat, at last aku jadikan macam Pau Malaysia tu. Aku letak inti, dan goreng.
Bukan lagi kukus.
Tak silap aku pau tu liat kot lepas aku kukus. Stress kan?

Tapi still boleh makan lah lepas aku goreng tu.
Ibaratnya macam ni rupa pau aku tu lepas goreng.

ehsan abang gugel lagi...
Cantik begini lah pau aku tu lepas digoreng.
Rasa tu korang toksah tanya. Malu je dengan kakak aku.
Eh sedih ke cerita aku ni? Macam tak sedih je, haha. Oke tak sedih, tapi malu.

Berdekah-dekah kakak aku ketawakan aku. Menyampah oke!
Haaa lantak hang nak gelak ke hapa Yaya, yang penting kau makan jugak. Lalala.

Jadi maknanya aku ni agak hampeh lah jugak.
Harap je suka makan Pau. Membuatnya tak reti.
Aku dari dulu memang ke laut sikit nak buat 'doh' ni.
Nak buat pau ke, nak buat roti ke, nak buat karipap ke, nak buat cakoi ke.
Wa gerenti boleh tak jadi. 

Eh pembetulan lah, tapi kalau nak buat inti minti tu, boleh lah.
Jadi gegayanya. Bilalah aku boleh pandai nak buat Pau Kesukaan aku.
Apa pun akan aku terus berusaha demi belajar membuat Pau.
Tak pun carik je mak mentua yang pandai buat Pau. Untung-untung boleh belajar dengan beliau.
Nak kena carik mak mentua yang sporting ni, baru boleh jadi bestfren dunia akhirat...

Nah diakhir kata, majulah dunia perniagaan Pau untuk negara.
Selamat senyum Pau untuk semua.
Senyum Pau tu hape? Senyum gebu yang comel lah.
Bila senyum pipi korang pun naik macam pau. Hehe.
Nah gambar pau lagi. Aku kan peminat setia Pau. Jadi kawan-kawan aku pun kena suka tengok Pau jugak.

pau oh pau. ;) i leb yiu.


Orait tengkiu baca entri kerepek ni.
Sebarang kesalahan kesilapan dalam ayat-ayat aku, yang terkasar bahasa, mintak maap awai-awai.

Take care korang.
Jaga Iman, Jaga Solat.
Sekian, wassalam.

Salam ikhlas,

Norzayani binti Norhamshah
7 Mei 2014 / 7 Rejab 1435 H
1.01 PM


Glosari (Kamus Yani)

Fevret - Kegemaran

Datsuwai - Kerana itulah

Bestfren - Kawan baik

Kerepek - sama dengan Merepek

Daebak - Hebat

Amenda - Apa benda

Hayam - Ayam

Saturday, April 12, 2014

Wanita atau Muslimah ? (Pilihlah atas rasa 'Cinta' itu...)

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Walau sekarang masa dirasakan berlalu terlalu lama, tapi dalam masa yang sama, masa itu juga dirasakan terlalu cepat. Contohnya, anda merasakan hari yang anda lalui ini sangat lama dan panjang, tapi sebenarnya, bila anda tidak melihat dari 'sudut pandangan jam' dan anda melihat dari 'sudut pandangan hari', anda mesti boleh bersetuju dengan apa yang saya ingin sampaikan.
Mengira detik waktu anda terasa seperti lambatnya masa berlalu.
Walhal, menghitung hari anda terasa 'eh cepatnya sudah hari sabtu semula, eh cepatnya sudah bulan april, eh cepatnya sudah Jamadilakhir, eh cepatnya sudah setengah tahun.'
 
 
Subhanallah! Allahuakbar! Anugerah 'perasaan' yang Allah kurniakan itu sangat besar untuk kita kagumi dan terus mengucap syukur dengan rahmatnya.
 
 
Melalui pengalaman yang kita semua lalui, pastilah ada secebis perasaan yang Allah beri, Allah ingatkan bahawa Kiamat Sudah Dekat, kiamat hampir kepada kita. Jadi, waktu kita ini sudah terlalu suntuk. Kita sebagai umat Islam, kena bersedia, tak kira dari segi sudut mental mahupun fizikal.
 
Berhijrahlah, berjihadlah kerana Allah. Pasanglah niat di sebalik semua yang kita lakukan semuanya biar lillahi taala.
 
Biar kita tersedar dari lena yang panjang ini.
Biar kita akan terus sama-sama ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Biar kita sama-sama memperoleh pahala dari perkongsian yang bermanfaat.
Setiap ilmu yang Allah beri kepada kita itu adalah untuk dikongsikan bersama-sama.
Ilmu yang Allah beri juga bukan untuk dijual beli.
 
Apa pun, di waktu yang singkat dan suntuk ini, biarlah kita dipilih sebagai orang yang sedar dan menyedari, bukan orang yang sedar dan tak sedar diri. (Panjang mukadimah entri ni...maaf ya...)
 
 
"Wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga, di dalam rumahtangga..."
 
Wahai insan yang bergelar wanita, kita ini beruntung, Allah sentiasa jaga kita.
Allah sentiasa bantu kita, pelihara maruah dan aib kita.
Dan kenapa kita 'memilih' untuk membuka aib sendiri dan membiarkan maruah kita diperlekehkan.
 
Justeru, isu tentang ini, yang dipetik dari wall Facebook
 
print screen ~
 
 
"Fenomena bisnes tudung singkat yang belum berkesudahan. Apa kata lelaki?"

Saya ada berbincang dengan kawan-kawan sesama lelaki. Akhirnya kami bersepakat memberikan sedikit komen tentang tudung sedemikian.

1. Dari segi pattern dan style....

Bagi kami ia sangatlah TIDAK cantik. Rasanya mata lelaki lebih tulus bab ni. Mata perempuan telah dikelabukan dengan manik-manik hiasan atau batu-batu so-called mutiara, diamond dan sebagainya yang dicampakkan di sekitar tudung. Serius, tak lawa. Pendapat peribadi saya sendiri, ini tudung ultraman sebab macam ada lampu di tengah-tengah tudung.

2. Dari segi ketebalan.

Kami merumuskan, apa gunanya berpuluh layer andai ianya tetap tipis dan jarang? Layer paling luas, nampak bentuk di belakang or sebalik kain. Sepatutnya makin banyak layer, makin tak nampak. Baik pergi kedai spray paint kereta. Suruh depa sembur tudung tu kasi layer kekal keras selamanya.

3. Dari segi harga.

Kami sedikit pelik sebab biasanya golongan wanitalah paling dahsyat berekonomi. Nak yang ada sales murah kalau pergi shopping. Berkira itu dan ini dan agak cerewet. Jadi, dalam kes ini, kenapa anda begitu ghairah membazirkan duit banyak hingga beratus ringgit untuk tudung singkat yang sekangkang kera itu? Baiklah beratus-ratus ringgit tu beli kain ela. Dah banyak ela dapat. Buat langsir terus pun boleh. Pakai langsir pun orait gak. Tutup sampai ke kaki. Apapun, kami lelaki lebih suka andai anda beli tudung yang labuh.

4. Dari segi suka dan tak suka.

Kesimpulannya, lelaki ada dua jenis. Satu, soleh. Satu lagi, tholeh (tak solehlah). Soleh ke tholeh ke semua suka perempuan bertudung. Kalau yang soleh, mereka suka anda labuhkan tudung. Kalau yang tholeh, mereka tak kisah pun anda pakai tudung singkat atau tak pakai langsung. Bila anda tanya pendapat yang tholeh ni, mereka akan jawab, "I suka." Bukan merujuk tudung singkat anda. Tapi merujuk aset yang tak berjaya ditutupi tudung singkat itu.

5. Penutup la pula.

Penutupnya, wanita sepatutnya tinggalkanlah tudung-tudung singkat ni. Majoriti lelaki tak berkenan dan tak suka sangat pun. Nak ditegur, takut terasa hati pula. Ada juga lelaki macam tu. Jaga hati buah hati.

Akhir kata, aurat itu bukan hanya isu tudung. Jangan rasa dah pakai tudung, kira dah tutup aurat. Kira dah setel bab aurat. No. Banyak lagi benda, bajunya, seluarnya, kainnya, perhiasannya, make-up overnya, aurat lengannya, aurat kakinya.
Itulah saja pendapat kami dari pihak lelaki.
Kita hidup ni bukannya ikut fesyen manusia suka.
Kita hidup ni ikut fesyen, pattern dan style yang Allah cinta.
Tak puas hati?

Sekian, terima kasut.
Setiausaha catat minit mesyuarat,
Muhammad Rusydi
 
(Status, perkongsian yang amat bermakna untuk kita, kaum hawa)
 
 
Sementara punya masa, sementara ada nyawa di jasad, masih sempat lagi kan untuk kita berubah kepada yang lebih dicintai Allah. Sesuatu yang Allah suka.
 
Mungkin ada sesetengah yang berpendapat, 'takpe, yang penting hati mesti baik.' 'Buat apa pakai pakai tudung/pakai tudung labuh tapi hati busuk.' (Kita ni, apabila berkenaan hati, laju sahaja nak beri pendapat, syariah mesti kena ikut, garis panduan yang telah diajari oleh nabi dan rasul yang Allah kirimkan setelah kita terlupa "AKU JANJI" di alam roh di depan Allah, tugasnya untuk mengingatkan semula "AKU JANJI" kita itu.
 
Bila kita kenal Allah, kita akan ikut syariah. Kita akan berusaha ikut syariah walau hati kita memberontak. (Itulah yang dipanggil Jihad!!! Subhanallah! Cukuplah Allah sebagai pelindung kita.)
 
Jihad itu sukar, jalan ke syurga itu penuh duri, kita tak sempurna, tapi apabila kita berperang habis-habisan dengan nafsu kita, pengakhirannya biarlah Allah yang tentukan. Asalkan kita cuba sedaya upaya.
 
Tak perlu melabel orang begini, cuma perkara seperti ini harus diingatkan bersama. Bila berkenaan dengan hati, memang kita tidak punya jawapan. (Bab yang ini, sememangnya kita boleh tersungkur, dan akhirnya ia terbiar dan terbiar...)
 
Bagaimana ingin menyedarkan kepada seantero dunia, berkenaan aurat wanita? Terutamanya isu tudung atau isu sekadar menutupi rambut (tidak termasuk leher).
 
Wahai wanita sekalian, ayuhlah kita bantu kaum Adam supaya mereka dapat menjaga pandangan mata mereka.
 
Isu ini seperti isu 'biasa-biasa', tapi isu ini sebenarnya "masalah ummah yang kritikal" pada ketika ini.
 
Bila kadang-kadang kita tak mampu untuk menegur secara berdepan (kerana kita terlalu lemah), semoga entri perkongsian yang sebegini, tidak dapat tidak, ia mampu membuka hati ramai pihak (terutamanya Muslimah-Muslimah sayang semua), semoga Allah sudi bukakan hati kalian untuk memandang serius berkenaan aurat. Anda akan rasa lebih terpelihara jika anda berusaha memelihara aurat anda. (Anda boleh alaminya sendiri jika anda bertindak untuk lakukan.)
 
Entri ini bukanlah untuk mengkritik sesiapa, mohon mengerti, ia sebuah perkongsian yang serius untuk kita tak terus terleka.
 
Akhir kata, awak (Muslimah-Muslimah) memang baik, sudah tentu awak akan menjadi wanita yang terbaik jika awak pelihara aurat awak dengan sempurna. Nah, awak jaga solat, hati awak baik, dan kini awak sudah menjaga aurat awak dengan sempurna dari menjadi tontonan lelaki di luar sana.
Masya Allah, tabarakallah!
 
Terima kasih sudi baca entri ini.
Mohon maaf andai ada di antara kalian yang berkecil hati dengan tulisan ini. (Yang menulis ini juga bukanlah perfect serba serbi, dia juga manusia biasa, tak lepas dari dosa, mohon mengerti dia juga sedang berusaha, dan ingin orang yang mengenali dia juga berusaha bersama-sama)
 
Semoga Allah akan terus pelihara kita semua, di dunia di akhirat, dari kita hidup sehinggalah mati. Aamiin. "Terima kasih Allah, untuk hari-hari semalam, serta waktu dan ketika ini. Semoga Allah akan simbahi rasa kehambaan di dalam setiap diri kita semua..."
 
Maaf... maaf... maaf seandainya anda ada terasa dengan setiap patah perkataan dalam entri ini.
 
~ Norzayani binti Norhamshah~
12 April 2014 / 12 JamadilAkhir 1435H
10.22 am

Wednesday, February 5, 2014

#Resepi Popia Nestum

Assalamualaikum...


Adesss di tengah malam yang hening ini, teringin pula aku nak share resepi buat popiah nestum.

Alahh yang selalu korang makan waktu hari raya tu. Eceyyy buat tak hingat pula. Oke takpe, meh aku ajar meh...


Memperkenallkann tutorial membuat popiah nestummm sukahatiii..


Bahan-bahannya adalah :

1) Kulit popiah (suka hati nak beli besau ke sederhana ke kecik ke)

2) Nestum 3 in 1 (6 paket kot aku guna ari tu) *yang ni terpulang,aku galakkan korang pakai nestum biasa je yang original tu, jimat sikit.*

3) Horlicks atau milooo *suka2 hati menambah perasa. (aku buat letak milo hari tu,sebab nak warna brown2 gitu.)

4) Gula, garam, susu tepung (secukup rasa,ikut tekak masing2 boleh)

*erm sukatan semua bahan ni, agak2 je tau. Aku hari tu buat pun terlupa nak buat sukatan. Huhu...


Cara penyediaannya :

Pertama tama sekali, baca bismillah, mohon Allah permudahkan urusan korang untuk buat popiah nestum ni ye.

Kedua, sila blender bahan untuk korang sadurkan pada kulit popiah tu nanti. (Gula halus,nestum,susu,milo ke horlicks dan garam secubit cubit rasa)

~gini ye rupa bila dah blend

*blender sampai halus eh. Dah blend, ketepikan. Meaning letak la dalam tipuware supaya campuran nestum tadi tak keras.

Ketiganya, kulit popiah yang korang dah beli tu, tarik la selai-selai, untuk proses menggulungnya. (make sure kulit popiah korang dalam keadaan yang lembab. Contohnya tutup kulit popiah korang dengan kain atau tisu yang lembab)


Tarik selai-selai...

*please, jangan bagi ia kering, jika tidak, korang akan mengalami kesulitan untuk melakukan proses yang seterusnya.


Yang keempat, gulunglah kulit popiah korang dengan cermat. Buat banyak2 (tutup dengan tisu lembab), dah banyak tu, gunting la comel2. Tiheee tengok gambar je la. Mesti korang tau camane nak gunting kan?


Lepas tu, sila gulung dengan cermat dan yakin~
Boleh gulung banyak-banyak dah. Next step....
Oke, gunting comel-comel ye. Gini rupanya~

Yang kelima, goreng sampai warnanya cantik kekuningan. Ewah sila pastikan minyak korang tak terlalu panas dan tak terlalu tak panas. Sedang2 saja.

Haaa chakkk.. Inilah rupa bila sudah digoreng. Toskan minyak oke?

Yang keenam dan terakhir. Bila dah toskan minyak pada kulit popiah korang tadi. Biarkan ia sejuk seketika. Lepastu, golek golekkan la dorang dalam serbuk nestum tadi.

The very last step! Golek menggolekkanlah mereka di dalam kolam nestum! Haha


Done!!! Siap untuk dinikmati. Yummy! Simple kan? Tolonglah tryyy. :')


Oke dah siap. Jemput makan. :)

*tips tambahan, kalau nak sedap bacalah zikir, pujilah Allah, mesti sedap dan menjadi nanti. Insya Allah, kena yakin.

Kalau tak menjadi, cuba lagi.

Selamat mencuba. Resepi ni bila-bila masa saja boleh buat, tak payah tunggu raya. Budak-budak kecik mesti suka.

(*anak kakak aku ada request lagi hari tu, cuma makciknya ni poyolah busy sangat sampai tak sempat buat. "Hehe, ayong, nanti acik carik masa, buat untuk awak k sayang." ;)


Terima kasih sudi baca entri ni.
Take care.
Assalamualaikum.


Sincerely,
NorZayani NorHamshah
5 Februari 2014

Tuesday, February 4, 2014

Musim Sakit, Jangan Berhenti Berdoa Ye.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Apa khabar? (erm skema ayat)
Aku cuma harap sesiapa yang ada baca entri ni sihat walafiat. (sebab sekarang ni musim 'sakit2' ,musim 'kifarah dosa').


Huhu,terpaksa aku curiiii sedikit masa pejabat,nak up sikit entri baru.

Cuma mengharapkan tulus ikhlas doa daripada kawan2 blog, atau sesiapa sahaja yang ada baca entri ni, mohon doakan kesejahteraan/kesihatan yang baik untuk anak pak usu aku,(pak usu husni), anak bongsunya yang ditahan di HTAR Klang.

Ditahan atas sebab jangkitan kuman di paru2. Hadif kecik lagi, belum setahun pun umurnya,semoga Allah akan bantu Hadif, beri Hadif kekuatan walau Hadif kecik lagi. Moga Allah akan beri kesabaran pada pak usu Husni dan mak usu Hasnah atas dugaan ini. (Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Ganjarannya tak semestinya kita beroleh di dunia, mungkin Allah beri di akhirat kelak.) * Mohon korang bermurah hati mendoakan kesejahteraan Hadif.

Terima kasih andai sudi mendoakan, semoga kalian akan diberkati Allah di dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang akan beranggapan, minta doa pada Allah, bukan up di blog, ig, fb dan sebagainya. For me, tak salah rasanya kita mohon orang lain untuk doakan orang, sebab itu di up di blog atau medium yang lain.
Sama-sama mendoakan antara satu sama lain, bukankah ia adalah satu perkara yang bermafaat.

Asalannya bergantung pada niat kita. Allah sajalah yang tahu niat kita. Bukan minta wang ringgit,cuma minta mendoakan. Kerana mungkin ada di antara kalian yang mustajab doanya, kerana mungkin ada di antara kalian yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Maka setiap doanya akan dimakbulkan. Wallahua'lam.

Semoga semua akan diredhai dan dicintai Allah. Biiznillah.

Kesimpulannya, mohon korang semua jaga diri, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah, jaga kesihatan, jagalah setiap nikmat yang Allah pernah beri pada kita. Kita sama-sama menjaga antara satu sama lain.

Situasi yang aku rasakan agak 'berat', ramai sangat orang sekeliling aku, my kesayangans (family and friends) yang tak sihat, sakit kaki, batuk, demam, selsema, sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Semoga Kak Dila, Kak Lia, Kak Sri, Ain Syakila, Hadif, Pak Uda Ali akan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Percayakan Allah akan sembuhkan kalian tak kira sakit yang dihadapi itu kecil mahupun besar.

Harap kalian semua akan beransur sembuh,bersabar dengan apa yang Allah beri.
Semoga kalian akan terus diredhai dicintai Allah,dunia akhirat. Semoga kita, semua sekali (awak,awak dan awak2 yang baca ini) akan sihat-sihat selalu untuk lebih kuat beribadah kepada Allah.. Biiznillah.

Jaga kesihatan eh semuanya (minum banyak air masak, doa, jaga pemakanan), jangan tinggal solat walaupun sakit.

Jangan lupa tasbih, tahmid, zikir walau sedang sakit. Allah ada untuk kita, jaga kita. Mohon diberi kesabaran yang tinggi dalam apa jua ujian yang Allah nak beri. (dah macam cikgu-cikgu, mak ayah yang tengah nasihat anak-anak ni. heeee...)

Senyum, redhakan apa yang Allah beri pada kita. Kita dah terlalu banyak dapat nikmat Allah, bila sesekali diberi ujian, jangan sesekali mengeluh, kerana Allah rindu tangisan kita kepada Dia. Pencinta yang paling layak untuk dicintai.


Take care korang dan terima kasih. Ana uhhibukum fillah abadan abada...
Assalamualaikum...


~Norzayani binti Norhamshah


*bawah ni gambar aku ngan Hadif. :) Hadif sayang, semoga cepat sembuh. Pak Uda jugak, semoga cepat sembuh,dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin.


me dengan Hadif~
Hadif kat Hospital, cian Hadif... T.T

Monday, October 21, 2013

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)


Marah?

Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.
But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.

Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.

Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-

i) Adakah seseorang itu akan bersabar? 

ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang

    dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].

iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]

iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita

     yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]


Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)



Fassobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)



Fassobrun jamil (Sabar itu indah, cantik)



Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)




Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')


Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?
Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.

Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?

Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.

Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.

"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?


Jadi bagaimana?

Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~

Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.


Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.
Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.

Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.

Aku pernah marah.
Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.
Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.

Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.
Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.

Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.

Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.

Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.

Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.
Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.
Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.

Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.

Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.

Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.

Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.
Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.


 "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


" Kalau lelaki, pasangannya wanita.

Kalau siang, pasangannya malam.

Kalau bulan, pasangannya bintang.

Kalau bunga, pasangannya kumbang.

Kalau cinta, pasangannya rindu.

Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran.  "


Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!
Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.

Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.

Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.



Niyaz Ayani,
21 Oktober 2013 / 16 Dzulhijjah 1434H
~NA~

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...