Adesss di tengah malam yang hening ini, teringin pula aku nak share resepi buat popiah nestum.
Alahh yang selalu korang makan waktu hari raya tu. Eceyyy buat tak hingat pula. Oke takpe, meh aku ajar meh...
Memperkenallkann tutorial membuat popiah nestummm sukahatiii..
Bahan-bahannya adalah :
1) Kulit popiah (suka hati nak beli besau ke sederhana ke kecik ke)
2) Nestum 3 in 1 (6 paket kot aku guna ari tu) *yang ni terpulang,aku galakkan korang pakai nestum biasa je yang original tu, jimat sikit.*
3) Horlicks atau milooo *suka2 hati menambah perasa. (aku buat letak milo hari tu,sebab nak warna brown2 gitu.)
4) Gula, garam, susu tepung (secukup rasa,ikut tekak masing2 boleh)
*erm sukatan semua bahan ni, agak2 je tau. Aku hari tu buat pun terlupa nak buat sukatan. Huhu...
Cara penyediaannya :
Pertama tama sekali, baca bismillah, mohon Allah permudahkan urusan korang untuk buat popiah nestum ni ye.
Kedua, sila blender bahan untuk korang sadurkan pada kulit popiah tu nanti. (Gula halus,nestum,susu,milo ke horlicks dan garam secubit cubit rasa)
~gini ye rupa bila dah blend |
*blender sampai halus eh. Dah blend, ketepikan. Meaning letak la dalam tipuware supaya campuran nestum tadi tak keras.
Ketiganya, kulit popiah yang korang dah beli tu, tarik la selai-selai, untuk proses menggulungnya. (make sure kulit popiah korang dalam keadaan yang lembab. Contohnya tutup kulit popiah korang dengan kain atau tisu yang lembab)
Tarik selai-selai... |
*please, jangan bagi ia kering, jika tidak, korang akan mengalami kesulitan untuk melakukan proses yang seterusnya.
Yang keempat, gulunglah kulit popiah korang dengan cermat. Buat banyak2 (tutup dengan tisu lembab), dah banyak tu, gunting la comel2. Tiheee tengok gambar je la. Mesti korang tau camane nak gunting kan?
Lepas tu, sila gulung dengan cermat dan yakin~ |
Boleh gulung banyak-banyak dah. Next step.... |
Oke, gunting comel-comel ye. Gini rupanya~ |
Yang kelima, goreng sampai warnanya cantik kekuningan. Ewah sila pastikan minyak korang tak terlalu panas dan tak terlalu tak panas. Sedang2 saja.
Haaa chakkk.. Inilah rupa bila sudah digoreng. Toskan minyak oke? |
Yang keenam dan terakhir. Bila dah toskan minyak pada kulit popiah korang tadi. Biarkan ia sejuk seketika. Lepastu, golek golekkan la dorang dalam serbuk nestum tadi.
The very last step! Golek menggolekkanlah mereka di dalam kolam nestum! Haha |
Done!!! Siap untuk dinikmati. Yummy! Simple kan? Tolonglah tryyy. :')
Oke dah siap. Jemput makan. :) |
*tips tambahan, kalau nak sedap bacalah zikir, pujilah Allah, mesti sedap dan menjadi nanti. Insya Allah, kena yakin.
Kalau tak menjadi, cuba lagi.
Selamat mencuba. Resepi ni bila-bila masa saja boleh buat, tak payah tunggu raya. Budak-budak kecik mesti suka.
(*anak kakak aku ada request lagi hari tu, cuma makciknya ni poyolah busy sangat sampai tak sempat buat. "Hehe, ayong, nanti acik carik masa, buat untuk awak k sayang." ;)
Terima kasih sudi baca entri ni.
Take care.
Assalamualaikum.
Sincerely,
NorZayani NorHamshah
5 Februari 2014
Terimakasihlah kerana berkongsi cara membuatnya dengan jelas, dari kemaren cari resepi ni!
ReplyDeleteSame-same... :)
DeleteSaya suka sgt resepi awk
ReplyDeleteSaya 12 thun
Harini saya nak buat la
Tpi nak tanya boleh susu tepung Klu x pakai boleh ker
minta maaf lambat reply, saya dah agak jarang bukak blog.
Deleteemm boleh je kalau tak pakai susu tepung, lebihkan pakai horlicks tu je. ^-^