Showing posts with label #Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label #Ramadhan. Show all posts

Sunday, May 3, 2020

COVID-19, MCO, DAN TAKDIR KITA

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Haaa, awal lagi dah nampak bahasa yang sangat skema ya. Heee~

Selamat hari Ahad, selamat hari minggu. Semoga semuanya baik-baik sahaja dalam jagaan Allah.

Jabatan Penerangan Malaysia on Twitter: "Doa khusus memohon ...
gambar ehsan google~
Baca doa ni jugak ya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Utama
gambar ehsan google~

Okay, meh kita shoot terus pada content yang aku nak kongsikan dalam entry kali ni.

Sekali lagi tentang COVID-19, Movement Control Order (MCO), atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan isu yang berkaitan.


Coronavirus: Malaysia Covid-19 updates, cases, measures and impact

Seperti yang kita sedia maklum, pada hari Jumaat lepas bertarikh 1 Mei 2020, PM kita telah memberi utusan terbaru tentang perkara-perkara berbangkit. (Weyy, apasal aku rasa macam skema sangat entry aku kali ni... T.T huuu)

Ya shoot eh, korang, aku kita semua tahu tentang isu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mostly ramai yang tak setuju, yang takut, yang rasa tak selamat dan sebagainya. Untuk di pihak aku jugak, yes. Risau, takut-takut apa yang kita usahakan selama ini seperti sia-sia (which is apa saja takdir yang berlaku, ia bukanlah sia-sia, dari pandangan mata kita je selalu nampak sia-sia, tapi kalau kita ambil iktibar, takdir itu adalah yang terbaik untuk kita).

PKPB – Bukan Lesen Kita Bebas Bergerak! Patuhi SOP, Amalkan ...
gambar ehsan google~

Perasan tak kita ni, amat sedikit rasa bersyukur, tapi lebih suka mengeluh. Awal PKP ini dilaksanakan pun kita merungut, laksanakan PKPB pun kita bersungut, nak menyatakan ideologi kitalah yang terbaik. Kekdahnya camtu~ Sebabnya kita selalu rasa akal fikiran kita inilah yang terbaik dan terhebat. Haaa padahal kalau kita teliti ada hikmah yang Tuhan nak tunjuk di sebalik Covid-19 ni, wabak ni kecil je, kita tak nampak pun dengan mata kasar kita. Tapi benda kecil ni, dengan izin Allah, ia mampu melumpuhkan pergerakan seluruh dunia. Manusia dalam dunia ni selalu merasakan pemikiran dan ideologi masing-masing adalah yang terbaik, manusia sentiasa rasa dia boleh buat apa sahaja, tapi manusia selalu lupa bahawa setiap apa yang diperolehi adalah atas keizinan Allah.

Suka untuk aku kongsikan dekat sini, setiap takdir yang berlaku sekarang ini adalah yang takdir yang terbaik di sisi Tuhan. Maksud aku, contohnya kalau PKPB ini dilaksanakan esok, dan ia berlaku atas keizinan Tuhan, percayalah bahawa ia takdir terbaik, kerana ia berlaku atas keizinan Pencipta kita. As a muslim, kita tahu rukun iman yang ke enam ialah percaya qada' dan qadar yang Allah tentukan.

Pada situasi inilah, kita kena pasakkan dalam diri kita kuat-kuat, untuk percayakan takdir Allah itulah yang terbaik. Macam susah nak terima kan? Betul tak? Tak payah tipu diri sendiri, aku tau, sebab aku pun rasa perkara yang sama. Kita kena kenal konsep takdir ni. Takdir itu adalah sesuatu rahsia, tak terduga, dan kebiasaannya ia berjalan tak seiring dengan kemahuan kita.

Suka juga untuk aku ingatkan diri aku sendiri, juga ingatkan untuk korang yang membaca ni, kita merancang, dan Allah juga merancang, tapi rancangan Allah itu adalah yang terbaik. Nak merungut banyak-banyak pun no point. Daripada merungut banyak-banyak, baik kita usaha buat yang terbaik ikut saranan kerajaan dan KKM, dan seterusnya berdoa yang baik-baik.

Covid-19: Malaysia tertinggi di Asia Tenggara | Harian Metro
gambar ehsan google~

Contohnya, kalau kata, lepas laksana PKPB ni akan terjadi gelombang ketiga or kita terpaksa isytihar darurat ke (na'uzubillahi min zalik), sekali lagi aku tegaskan, seandainya ia berlaku, ia adalah yang terbaik di sisi Tuhan, sebab ia berlaku dengan keizinan dariNya. Susah kan nak accept?


MAFI QALBI GHAIRULLAH: Takdir
gambar ehsan google~

That's it! Itulah yang dinamakan takdir. Sesuai dengan firman Allah, Surah Al-Baqarah ayat 216,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Pada aku, sebenarnya, sekarang ni, Allah bukan sahaja sedang menguji iman dan kesabaran kita melalui wabak ini, tapi juga Allah sedang menguji semua hamba-hambaNya, macam mana untuk menerima dan berdamai dengan sesuatu takdir. Walaupun takdir yang sedang berlaku sekarang ini, bukan atas kehendak dan kemahuan hati kita.

Di sinilah cabaran paling utama kita sebagai seorang muslim. Sekali lagi, sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2,

"Patutkah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Maknanya kat sini, kau, aku, kita, jangan sangka diri kita ni beriman sedangkan kita belum diuji. Kerana ujian/ dugaan itulah yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Jangan pula kita, lagi diuji, lagi jauh dengan Allah. (Na'uzubillahi min zalik)

Betul lah, kita masing-masing ada pandangan masing-masing berkenaan PKPB ni, ada yang setuju ada yang tidak. Pada aku, simple je, kita just follow the flow. Jangan pulak nanti, bila dah terjadi sesuatu perkara yang seperti apa yang kita fikirkan, mulalah kita mendabik dada dengan 'pandangan', 'ideologi pemikiran' kita. "Haaa tuuuu lah, siapa suruhh macam ni, macam tu and blaaa blaa blaa.." (Aku malas nak tulis)

Yes, pada awalnya, aku memang tak dapat nak terima kot, aku fikir macam mana kalau macam ni, macam mana kalau macam itu, kesian kat sini, kesian kat situ. Betul. Actually aku paling kesian kat Frontliners kot. Depa ni penat pun tak habis lagi, kot lah tetiba datang gelombang, tsunami baru tentang Covid-19 ni. Aku syak dorang lah yang paling kecewa dan hampa. Ya. Sekali lagi, ia adalah takdir dan bahagian takdir mereka. Sat lagi aku share macam mana nak fahamkan takdir Allah, walau sukar, kita kena usaha terima juga.

Aku kira, mesti susah pucuk pimpinan yang tertinggi nak buat keputusan. Mesti banyak perkara yang dorang dah timbal balik. Dah berbincang. Dan mereka merasakan PKPB ini adalah yang terbaik demi nak pulihkan ekonomi negara (wallahu'alam). Emm lagipun aku rasa, bukan kita je yang berdebar nak tunggu esok dan hari seterusnya, orang yang berbincang dan membuat keputusan ini lagilah berdebar. Takut tersalah, tapi dalam masa yang sama mahukan yang terbaik untuk semua. (Haaa kat sini kita boleh belajar ya, bukan senang untuk jadi pemimpin, bebanan lebih kepada mereka. Mana yang kita boleh tolong, kita tolong)

PKPB: Ini Senarai Aktiviti Yang Tak Dibenarkan : KHALIFAH MEDIA ...
gambar ehsan google~ PM
Dr Noor Hisyam Beri Amaran Sekiranya PKPB Diteruskan – Global News
gambar ehsan google~ KP Kesihatan 
Aku pasti semua sedang usahakan yang terbaik untuk kita semua dan negara. Kita kalau tak mampu nak beri pertolongan, sekurang-kurangnya jangan tambahkan bebanan pada mereka. Korang risau, aku risau, mereka risau. Kita semua risau.

Jadinya, pandangan 20 sen aku, dalam tempoh PKP or PKPB ni, kita ikut sahaja saranan dan nasihat yang kerajaan dan KKM dah arahkan. Kalau tak ada hal penting, jangan keluar. Kita mulakan kehidupan norma yang baharu. Kita bertindak seperti sewaktu PKP. Jangan jadikan PKPB ini sebagai tiket untuk kita jalani kehidupan kita seperti sebelum PKP ini. Cerita sini, jangan melilau tak tentu pasal kalau tak ada urusan yang penting. Boleh kan?

Aku tak tahu lah orang lain, tapi aku ada pemikiran yang macam ni (halahhh orang Malaysia ni, waktu PKP pun dorang langgar arahan, inikan pula PKPB, alah orang Malaysia ni degil, alahh orang Malaysia ni macam ini macam gituuu..) Haha teruknya pemikiran aku dan minta maaf ya semua sebab aku bersangka buruk kat korang. Huhu. ='(

Aku tahu, kita tak boleh nak kawal semua tindak tanduk semua orang, tak boleh nak kawal orang sekeliling, tapi kita mampu dan boleh kawal diri kita. Ahhaa kenapa aku cakap macam tu? Contoh kalau kita kata, tipikal orang Malaysia ni dah berkira-kira, dah rancang masa depan nak shopping or apa-apa, yelah sebab nanti dah nak raya, baju raya, kuih raya jalan raya semua tak prepare lagi. Itulah itu, pemikiran kita kat orang sekeliling kita.

Jadinya hat tu pemikiran kita terhadap orang lain (semua kita ni tengah bersangka-sangka, dan kita sedang sangka diri kitalah yang terbaik), sebagai bukti yang kita inilah yang terbaik, kita sekat diri kita dari jadikan kita ini sebagai 'tipikal orang Malaysia'. Terpaksa korbankan perkara yang kita nak buat sangat, tapi demi menjaga kemaslahatan ummah, kita pilih untuk kekal di rumah kalau tiada urusan yang penting. Habis shopping raya macam mana?! Carilah cara lain yang lebih efektif untuk kita shopping raya. Mana boleh jimat, kita jimat. Sambut secara bersederhana je okay?

3 Malaysian malls to check out for your Hari Raya shopping | The ...
gambar ehsan google~ lupakan ini dahulu oke?

Macam aku cakap tadi, kita tak mampu nak kawal orang, tapi kita mampu kawal diri kita sendiri. Kat sini lah baru berguna hashtag #kitajagakita.

Bukan sekadar hashtag je tapi tak ikut. So, kita jaga diri kita baik-baik. Doa yang baik-baik jugak. Selebihnya tawakkal, Allah mesti akan bantu berbekalkan niat baik kita ni kan. Husnuzon. ^-^

Sama ada kita bakal berdepan dengan nasib yang sama seperti Jepun dan Kanada, wallahu'alam, kita doa dan usaha semoga Tuhan lindungi negara kita dari perkara itu. Seandainya ia berlaku juga, yakini bahawa semua punya ada hikmah. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa, bukan masanya untuk kita saling tuding jari, kita jaga kita, usahakan yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Tuhan. Jangan lupa, kita ni ada Tuhan, yang boleh kita sandarkan dan adukan setiap masalah yang tak mampu untuk kita tangani. Jangan lupa hidup bertuhan. Ingat tu kuat-kuat!

Kalau terjadi juga perkara yang tak diingini, jangan langsung lupakan semua kebaikan yang orang pernah berikan, hanya kerana satu salah yang dilakukan. Kerana manusia selalu begitu, lupakan semua kebaikan apabila seseorang melakukan kesalahan. Kita ni suka ambil kerja Tuhan. Suka menghukum orang sesuka hati kita. =( Sudah la tu, sudah ya...

شافيق زيكري on Twitter: "Brace yourself. #PKPB… "
gambar ehsan google~

Aku banyak membebel kan? Apa yang aku tulis ni, bukan semua orang akan setuju. Normal lah tu kalau orang tak suka. Lagi pulak nak kaitkan dengan isu agama. Dunia akhir zaman ya begini, orang tak berapa suka sangat bila ada orang sentuh perihal agama. Akan ada gelarkan jumud la, syadid la, tak moden la, tak sofistikated la. Apooo?

Kita sangka baik lah ya, kita sangka baik dengan takdir yang Allah dah izinkan untuk kita berjalan di atasnya. Percayakan takdir yang sedang berlaku ini adalah yang terbaik. Percayakan takdir yang akan berlaku di masa depan juga adalah yang terbaik, walaupun di mata kasar kita nampak perkara itu tak 'cantik dan molek'. Ingat balik ayat dalam Surah Al-Baqarah yang aku kongsikan tadi.

Lagipun kalau kita kenal dengan takdir Allah, kita mesti boleh redha dan terima walaupun ia agak sukar. Kerana bak kata Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin, "dunia ini untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan." =)

Last but not least, aku ambil kesempatan ini untuk kongsi sedikit ilmu yang aku dapat daripada youtube Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, tajuknya "Mengenal Takdir Allah SWT"

Bagaimana nak memahami takdir Allah?

- Kerana ingin ketenangan dalam hati.
- Syurga di dunia adalah ketenangan hati.
- Neraka di dunia adalah apabila dicabut ketenangan hati.
- Segalanya akan kembali pada Allah jua.

8 Perkara yang perlu diingati supaya hidup kita lebih tenang :

  • Memahami takdir (ketentuan), setiap manusia ada takdir masing-masing. Takdir kita semua tak pernah dan tak akan sama. Orang beriman diajar supaya jangan membandingkan kebahagiaan/ kesengsaraan kita dengan orang lain. Kita jangan membanding-bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain, kerana nanti kita takkan temui apa-apa kebahagiaan. Allah beri kita nikmat dan ujian, adalah semata-sata untuk menguji sama ada kita lebih dekat dengan Dia atau semakin jauh. Dua perkara yang akan buat kita dekat dengan Allah ialah apabila kita ditimpa masalah atau ujian, dan apabila kita mempunyai hajat. Kesamaan ujian ini menyempitkan hati, manakala perbezaannya pula adalah bentuk ujian tersebut. Setiap apa yang Allah jadikan itu, adalah bahagian untuk kita. Kita usaha yang terbaik.
  • Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik yang Allah takdirkan buat kita. Terbaik buat kita adalah mengikut aturan Allah. Kerana kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita, tapi Allah Yang Maha Mengetahui. Guna pakai prinsip nombor satu, setiap orang ada takdir masing-masing dan kalau takdir itu berlaku, ia adalah yang terbaik untuk kita. Tapi, setiap apa yang kita usahakan itu, mestilah mengikut syariat yang Allah dah tentukan. Kita diberi akal fikiran untuk bezakan yang mana dosa dan pahala, baik dan buruk. Kalau kita pilih untuk melakukan dosa, lepas tu, kita kata itulah takdir yang terbaik, salah tu. Kena faham betul-betul okay?
  • Kalau telah berlaku sesuatu benda/ takdir itu, diajarkan kepada kita untuk redha dan sabar. Kita kena faham apa itu redha dan sabar. Redha adalah kematangan dalam hati dan pemikiran kita untuk memahami serta meyakini (menerima) sesuatu perkara yang berlaku ada hikmah. Redha bukan pasrah yang pasif, kerana pasrah akan menghampiri putus asa. Allah suruh kita redha, nanti Dia akan tunjukkan hikmah di sebalik takdir itu. Redha ini akan melahirkan ketenangan dalam hati. Kebiasaan orang yang tak redha ni, dia akan banyak mengeluh. Sedangkan mengeluh itu takkan merubah apa-apa pun. Malah kita akan mudah marah-marah dan stress. Yang berlalu, biarkan ia berlalu. Susu yang tumpah ke tanah, tak boleh diambil semula. (Yang ini panjang sikit, aku sarankan korang tengok terus dekat youtube untuk lebih faham apa yang ustaz kongsikan.) Tapi ada satu part best yang aku nak share, apa-apa yang berlaku pada diri kita sekarang ini, sebenarnya roh kita dah pun bersetuju, punca yang menjadi tak tenang adalah sebab kita melawan diri kita sendiri, akal dan hati kita tak setuju, padahal roh kita dah setuju, lama dahulu. Sebab itulah punca kita tak tenang, sebab roh, akal dan hati tak seiring. Jadi kita kena ajar akal dan hati kita untuk sentiasa berdamai dengan takdir. Untuk kita capai ketenangan hati.
  • Kita sedang berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain. Kita perlu banyak ikhtiar dan berdoa dalam menjalani kehidupan seharian. Perkara yang dah lepas tu, biarkan. Yang perlu kita aturkan adalah usaha yang terbaik untuk masa depan kita selepas itu.
  • Takdir terbahagi kepada dua, iaitu takdir Mubram dan takdir Muallaq. Takdir mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, contohnya urusan kematian, dan jodoh. Takdir muallaq adalah takdir yang kita boleh usaha untuk ubahnya, contohnya amanah menjaga kesihatan, mencari rezeki, mencari ilmu dan lain-lain. Contoh, takdir rezeki, Allah memang dah tentukan, tapi dalam masa yang sama kita usaha, ikhtiar sebanyaknya dan seterusnya berdoa. Kemudian Allah beri lebih lagi. Kerana yang empunya takdir itu milik Allah. Dia berhak beri pada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan semua itu adalah urusan Allah.
  • Orang yang derita hidupnya, adalah orang yang inginkan sesuatu yang bukan takdirnya. Keinginan dan bangunkan ikhtiar, kemudian berdoa kepada Allah. Dan kita akan dimudahkan semua urusan hati. Tanpa rasa dengki atau iri hati dengan takdir orang lain. Kita nak yang terbaik, kita usaha yang terbaik dan doa. Kalau ia memang untuk kita, Allah tetap akan beri sama ada cepat atau lambat. Kalau tidak seperti apa yang kita inginkan, ingat semula prinsip nombor satu dan dua ya. Setiap orang ada takdir masing-masing, dan takdir yang berlaku dalam hidup kita, itu adalah yang terbaik. Yakini itu~
  • Takdir yang berlaku dalam kehidupan kita, ambil iktibar, pengajaran dan cari hikmah disebaliknya. Orang yang mengambil iktibar terhadap takdir yang Allah dah tentukan, hidupnya akan berhikmah. Serta dia akan mudah memaafkan. Apa yang berlaku ambil iktibar, supaya kita dapat berkongsi iktibar dan pengajarannya dengan orang lain juga. Jangan mengeluh kerana ia hanya akan menyakitkan diri kita sendiri. Yang dah lepas, biarkan. Kerana kita akan sentiasa berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain. Tenang sahaja ya. ^-^
  • Rahsia berdoa kepada takdir. Tidak ada yang merubah takdir itu, antaranya dengan doa. Setiap doa ada rahsianya. Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, apakah penyempurna doa. Dan Rasulullah s.a.w menjawab "aamiin", mudah-mudahan diperkenankan jika disempurnakan. 3 maksud 'aamiin', pertama, istami' (dengarlah) yakni kalau kita berdoa, kita kena faham apa yang kita minta. Kedua, taqabbal (terima), yakni akui kelemahan diri dan muhasabah diri. Contohnya, "Ya Allah, aku akui aku bukanlah seorang anak yang baik, maka ajarlah aku untuk menjadi seorang anak yang baik." (kita ni jangan mudah menerima amalan kita sendiri.) Ketiga, istajib (tunaikanlah), yakni tunaikan hak doa itu. Contohnya, kita doakan supaya wabak covid-19 ini dapat diatasi. Maknanya kita sendiri kena usaha yang terbaik untuk tunaikan hak doa yang kita minta itu. Dengan cara, ikut semua SOP yang kerajaan dan KKM sediakan, jaga jarak, keluar bila perlu dan lain-lain.
Covid-19 : Nasihat untuk orang awam selepas berkunjung ke pasar raya
selit sikit-sikit info, gambar ehsan google~

Weeee panjang naa entry aku kali ni, minta maaf kalau korang bosan. 
Cukup untuk setakat ini dulu ya.

Moga ada manfaat yang dapat korang ambil pada perkongsian aku di entry kali ni. Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Ramadan in France, Rest of Europe to Begin Monday
gambar ehsan google~ =)

Oh ya, aku lupa nak ucap, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Didoakan semoga ramadhan kali ini lebih istimewa dan bermakna buat kita semua. Semoga Allah terima amal ibadah kita, meredhai kita seterusnya ia menjadi asbab untuk kita masuk ke Syurga kelak. Aamiin.

Sekian, wassalam.



Sincerely,
Norzayani Binti Norhamshah
11.44 AM/ Ahad
3 Mei 2020 / 10 Ramadhan 1441H

Friday, May 18, 2018

Eat. Hang Out. Friends. (Sushi Zanmai, Setia City Mall)

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera..  eceh dah macam nak baca berita je gayanya..

Hurm semakin rajin menulis blog aku sekarang ni. Haha rajinlah sangat.
Haha, rajin weh rajin.. sebab rasa banyak sangat benda nak cerita, kang kalau cerita dalam FB, ramai pulak yang cop aku makcik bawang, jadi aku ambil pendekatan cerita saja dekat blog.
Biasanya kalau aku nak bercerita aku lebih suka pilih twitter, sebab tak ramai penyibuk dalam tu.
Mind set orang yang pakai fb, pakai ig, dan pakai twitter, masing-masing adalah berbeza.
Tapi jika suruh aku buat pilihan, aku akan pilih twitter.  ~,~

Haaa kau tengok, entah apa-apa mukadimah aku dalam entry kali ni. Kah!

sejenis tak ada kerja. sebelum kejadian.


Sebenarnya aku nak share cerita dan gambar sahaja dalam entry kali ni.
Aku bersama dua ketul manusia yang aku sayangi. Cewah!
Harapnya tiada siapa yang kecamlah entry kali ni.
Pada aku, aku berkawan dengan semua orang, takda istilah aku pilih-pilih kawan.
Kebetulan aku ada masa, jadi aku letaklah bebudak dua ketul ni dalam blog aku.

Eh amende macam terasa payah nak buat ayat permulaan ni.
Oke pendek cerita macam ni, beberapa saat dan ketika yang lepas, aku, Kak Nanie and Kak Shida meluangkan masa bersama-sama, eh skema ye korang?

Aduh, oke aku dengan dua ketul kakak ni keluar makan sama-sama, konon untuk pre ramadhan gitu. And saja-saja pun nak keluar, sebab kami masing-masing jarang ada masa nak keluar sama-sama.
So, bila dah ada masa, terus proceed je.

Lokasi tempat yang dipilih ialah di Sushi Zanmai, Setia City Mall.
Sebab ada seketul kakak tu dia teringin nak makan sushi, haha aku dengan kak Nanie belasah je, sejenis bedal je apa yang ada.


hahaha muka sejenis bahagia lepas dah buat pesanan.


Haha, tapi tak boleh handle, masuk je dalam tu, dapat menu, tengok menu, tapi ada dekat 15 ke 20 minit dok pilih menu nak makan apa dan apa. Adoi. Tapi memang banyak pun kitorang makan hari tu. Teringin nak makan semua. Tapi perut takdelah besar mana, at last dah serupa ular kekenyangan. Adalah dalam 2 jam lebih kitorang dalam tu. Hauk je perangai. Huuuuuhaaaaiiii....

Aku syak pekerja dalam tu pun berangin je tengok kitorang lama sangat nak habiskan makanan. Kah!


yang kiri tu kak shida, kanan tu kak nanie.


Masa ni, makanan dah start sampai sesikit, sambil sampai atas meja tu, sambil tu aku snap gambar, sampai kak Nanie nak mengamuk dah sebab aku asyik ambil gambar. Hahaha huuuuhaiiii situ. ^-^


pening tengok makanan banyak sangat oi.


Haha, dah lah kak Nanie dah marah, lepas tu aku paksa pulak dia ambil gambar aku. Haha, lagi nak meletop gamaknya masa tu.

Yang kak Shida pulak dah teruja macam nak lompat atas almari bila tengok makanan dah sampai. Haha. Nampak tak betapa hiperbola nya ayat aku. "-"


yang ni kak Shida kot yang order. haha tak ingat weh~

yang ni aku tak ingat siapa yang order, aku kot. Aha. Highly recommended!



Tapi aku pun macam kak Shida jugak, sejenis bahagia dan teruja melihat makanan di depan mata.
Kak Nanie jugak yang watlek watpeace sana. Haha.



yang ni tak silap aku, kak Shida punya. Highly recommended!

ni pun kak Shida yang order.



Hurm, korang jangan tanya aku apa nama menu ni, siyes aku memang tak ingat apakah nama mereka semua ni. Haha. Tapi menu atas ni, kak Shida dengan Kak Nanie kata dah tak sedap sangat macam dulu.

Maybe orang yang masak tu dah berhenti kerja kut. Selalunya macam tu lah kan. Lagipun kali terakhir dorang makan kat situ dua tahun lepas. Haha.



yang ni kak Nanie yang order. Highly recommended!

ni pun kak Nanie rasenya. tak ingat pulak. huuhaiii.



Kitorang order lain-lain, tapi bila makan tu sama-sama. Kira sharing is caring concept makan hari tu. Gigih kau makan kemain banyak sana. Haha.

Gambar air, aku tak ambil. Sebab minum air green tea je.



ni kak Nanie punya. sedap bhai.



Ahaaa ni lagi satu punya perangai, makanan atas dan bawah ni walaupun kita ambil size small je, tapi sebenarnya dah kenyang sangat. Tapi dok menggatal order jugak, sebab takut tak kenyang makan sushi sahaja. Sekali bila dah sampai semua makanan, dah makan sikit itu sikit ini, tersadai la kitorang nak menghabiskan.

Itu yang aku cerita boleh sampai dua jam kitorang bertapa dalam tu. Punyalah tak nak membazir, lambat pun lambat lah asalkan makanan habis dikunyah, ditelan dan dihadam. Kah!



ni aku punya. sedap weh, highly recommended!



So, kesimpulannya dekat sini, sebelum kau nak makan sesuatu, tolonglah fikir dahulu kesan selepas kau dah makan. Sama ada berat kau meningkat, ataupun selepas makan itu kau tak mampu untuk berjalan seperti biasa. Haha, letih bhai nak habiskan semua menu.

Tapi aku pulak sejenis tak boleh tengok sushi. Bila tengok sushi, aku dah kenyang pun aku akan kata lapar balik. Tapi yang hari tu, aduh, sampai aku terasa serik nak makan sushi. Huuuu..

Dan kalau ada diantara korang nak pergi makan dekat Sushi Zanmai sana, mana-mana gambar yang aku ada buh 'Highly Recommended' tu memang sedaplah ikut tekak aku. Tekak orang lain aku tak tahu. Hhehe.

Untuk pencinta makanan seperti aku, memang aku kata 9/10 lah markah dia. Haha.

Apapun, thanks a lot kak Nanie and Kak Shida, duit korang yang banyak keluar bayar hari tu. Insya Allah, next time yani pulak k.

So lepas dah habis makan tu, kitorang jalan-jalan kejap dan ada seketul kakak telah berjaya memancing seutas jam tangan Fossil. Kehkeh siapakah dia? Teka sendiri lah sana. ~.~

Lepas tu jalan-jalan dalam Kaison sekejap, then baru balik.

Sekian, cerita yang ingin aku kongsikan.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian untuk membaca, mohon maaf andai ada kesilapan tutur bahasa di situ.

Sampai berjumpa lagi, di masa dan entry yang akan datang.

Wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
18 Mei 2018 / 2 Ramadhan 1439H









Thursday, May 17, 2018

Ramadhan Kareem 1439H (Happy Fasting)



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tulis entry pakai phone je..
Aku harap aku belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..


Aku mohon maaf seandainya ada di antara entry aku yang mungkin dah menyinggung hati korang ke apa kan.. aku harap korang semua sudi memaafkan segala kekhilafan aku..

Korang oke tak puasa? Terawih? Jangan tinggalkan perkara yang wajib tau.. solat 5 waktu tu paksi utama pada ibadah yang lain..
Contohnya korang puasa, tapi kalau tak solat, apalah ertinya puasa kita tu.. Bahkan tak sah puasa, nauzubillah..

Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, kita semua pada saat ini dapat menjalani ibadah puasa, berjumpa lagi dengan bulan yang penuh berkah ini..





Jadi, kita kena hargai dan gunakan peluang yang Allah beri ini sebaiknya..
Sebab tahun depan belum tentu kita dapat berjumpa lagi bulan Ramadhan..

Jadi kawan-kawan, aku harap kita semua mampu untuk menjaga ibadah kita, hati kita, lisan kita, perbuatan kita, bimbang ada yang tersinggung nanti dah cacatkan pahala ibadah kita.. jaga baik-baik, betul-betul, elok-elok..


Sekian, entry pendek untuk hari ini..

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan..


Loads of Love,
Norzayani bt Norhamshah


Tuesday, June 14, 2016

Wajah Baru

Wordless Tuesday..


Bismillah..

Assalamualaikum..

Sudah ku tukar 'wajah' blog ini..


Santai? Feminin? Oh, entah, belasah je..

Tak boleh handle, tetap pink. (erkk aku tak minat pink, tapi ... emm entahlah.. ^-^)



Salam 9 Ramadhan..

Moga setiap amal ibadah kita diterima Allah.

Aamiin..

Thursday, June 9, 2016

Hilang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Lama tak jengah blog, baru dan nak reply komen (maaf kalau ada komen yang saya tak perasan dah reply ke belum, tapi rasanya semua dah reply)
Terima kasih buat sesiapa jua yang sudi jalan-jalan singgah dekat blog ni..
Aduhai, tahun ini memang sangat pasif la saya..
Ini baru entri kedua untuk tahun 2016..

Itu yang  ada entri tu, ada kata ganti nama diri kejap 'aku' kejap kang 'saya'..
Alah, belasah je lah kan, asalkan saya selesa.. ngeh3..
Ni pun saya tulis entri baru ni, bajetlah macam ada orang nak baca..
Hahaha..

Alhamdulillah, dah masuk bulan ramadhan..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Ramadhan kareem (korang jawab 'Allahuakram' ye)
Ramadhan yang mulia, namun Allah Maha Mulia... 

Actually, this week saya banyak terima cerita yang eh 'shocked' kejap jantung.
Cuba untuk bertenang, tapi fikiran tetap terganggu..

Pendek kata, susah hati sebenarnya.
Tak tahu rasa nak nangis ke, nak senyum ke, nak mengeluh ke..
Tapi memang susah hati sangat..




Dugaan awal bulan ramadhan..
Selalu pujuk hati sendiri, 

1) andai kita rasa susah, ada orang lain yang jauh lebih susah dari kita.

2) andai aturan Allah sudah begitu, lalu siapa kita untuk mengelak.

3) Allah is the best planner. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah..
This situation is very hard for me at this moment, in this year..
Terbang kejap semangat saya..

Punyalah susah hati, sampai tulis dalam diari..
Hurm bukan diari pun, saya tulis dalam buku rahsia saya..
Tapi bukan shoot pada masalah pun, ayatnya haruslah berbunga..
Bukan apa, buku ni tak ada kunci, ke kod rahsia, so orang boleh baca sesuka hati..
Takut kang tertinggal dekat mana-mana, habis rahsia pun dah tak jadi rahsia..

Saya mengharapkan doa yang terbaik dari kalian yang baca entri ini..
Doakan yang terbaik untuk saya..


" Wahai hati yang rawan, sabarlah.. Allah uji tanda sayang.. Allah uji tanda cinta.. Allah uji kerana menurut kemampuanmu.. Letakkan sepenuh pergantungan, hanya kepada Dia...

Sandarkan segalanya pada Allah, walau sesulit mana ujian, insya Allah, ia pasti dipermudahkan... Kuncinya, sabar, doa, tawakal. Usahalah sebaik mungkin... "

" Ampunkan kami ya Allah, jika kami angkuh dalam berkata-kata sama ada kami sedar ataupun tidak.."

9 Jun 2016
8.45 am

~ ia sekadar luahan.. but still bukan menceritakan apa yang saya rasa sebenarnya.. 

terima kasih sudi baca entri pendek ini.

terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Semoga Allah terima segala amal ibadah kita hari ini.
Jaga diri, jaga iman, jaga solat.
Panjang umur, saya tulis lagi entri baru.

+ nak tulis entri pasal nak diet sekarang, tapi selalu kalah je.. haha.. +

~ Norzayani Bt. Norhamshah ~
9 Jun 2016

Friday, September 19, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! #Throwback

Assalamualaikum...

Ye, anda tidak berada di 'frekuensi' yang salah.
Dah namanya throwback kan.

Dah betullah tu tajuk entri. Saja je saya nak mengimbau kembali kenangan Syawal tahun ni.
Hehe terindu pulak.

Ramadhan? Lagilah tujuh belas ribu juta bilion kali rindu. T.T

Bagaimana sambutan hari raya saya sekeluarga tahun ini?

Adalah tersangat biasa dari tahun-tahun sebelum ni.
Kenapa biasa?
Kerana tiada baju baju, tiada kasut baru, tiada tudung baru.

Sebenarnya untuk menyambut hari raya, bukanlah yang baru-baru itu syarat utama.
Yang penting, apa yang kita faham tentang hari "kemenangan" itu serta bagaimana cara kita menyambutnya.

Adakah penuh kesederhanaan atau pun berlebih-lebihan?

Untuk mengimbau kembali kenangan raya tahun ini, saya kira kenangan raya kali ini ada keistimewaan yang tersendiri. Tapi yang pasti, Syawal kali ini, saya terasa sangat pantas masa berlalu.

Petang raya, sesungguhnya saya berusaha mempelajari cara menganyam ketupat dengan ayah saya.
Adalah memerlukan kesabaran dan kesungguhan ye kawan-kawan.
Habis tu, saya dah pandai buat ke belum?

Eh kawan-kawan, janganlah tanya,
sudah tentulah BELUM...

Haaa belum. Susah tau.
Saya berjaya buat tiga saja. Itupun atas bantuan ayah.
Nak nangis rasa tau sebab asyik tak jadi. Sob! Sob!

Memandangkan saya sudah tak larat nak belajar anyam ketupat.
Maka saya melarikan diri ke Jeram demi melihat angsa.
Hehe, takdelah. Ada hal sebenarnya.
Petang raya memang bestlah. Tak tensi sangat. 
Malam raya pulak, memang dah siap semuanya. Ketupat, rendang.
Cuma tengah malam tu, baru saya buat ayam masak merah.

Pagi raya, kena marah dengan ayah sebab siap lambat untuk pergi solat sunat aidilfitri.
Sob. Sob. 
Ala tapi bukanlah ayah marah betul-betul. Marah gitu-gitu je.
Alah kira tak de nak simpan dalam hatilah.
Lepas balik solat, kita pun pergi raya kejap dekat rumah kawan ayah.
Lepas tu baru balik kampung, jalan-jalan. Pergi rumah mak kat Jeram. Then pergi rumah nenek kat Puncak Perdana. Hehehe...

Yeayy jumpa saudara mara kesayangan semua. Memang best.
Alhamdulillah.
Pendek kata, raya pertama tahun ni memang terbaik.

Seterusnya raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya pun best juga.
Alhamdulillah.
Kalau ada kenangan yang tak berapa nak best, saya memang tak suka nak simpan dalam hati.
Nanti jadi penyakit sakit hati, saya jugak yang stress.
Bukan best pun bila stress.
Jadi tips saya untuk orang yang selalu stress, tak payah fikir sangat pasal masalah.
Awak fikir Allah, lagi berjuta kali lebih bagus. =)

Oke dah, saya cerita kenangan raya saya melalui gambar je lah ye.
Baca tulisan kat atas ni pun dah panjang. Hehe. Maaf-maaf.
Oke, nah saya belanja gambar sikit je. Sikit je. 

*Kedudukan gambar semua adalah berterabur ye. 








































































Itulah saja gambar yang berbicara.
Gambar yang harus saya tapis demi kebahagiaan bersama dunia akhirat. 
Sekadar berkongsi kenangan raya.
Mudah-mudahan tidak disalah erti.
Alhamdulillah, ini semua adalah nikmat pinjaman yang Allah beri sementara saya masih hidup.

Saya percaya, awak semua ada kenangan yang lagi best, lagi bererti, lagi manis dari apa yang saya ada. Semoga kita semua akan sentiasa menghargai nikmat yang Allah beri.

Terima kasih sudi baca entri ini.
Salah dan silap, mohon dimaafkan.
Panjang umur, dapatlah kita berjumpa lagi di bulan ramadhan dan syawal akan datang.
Semuanya atas izinNya.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat ye adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat pembaca semua.
Semoga Allah sentiasa meredhai hidup kita, dunia akhirat. Allahumma aamiin.

Sekian, wassalam.


~ Norzayani Binti Norhamshah ~

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...