Thursday, March 20, 2014

Happy Birthday Dena Bahrin...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini hari apa murid-murid?? 

Hari ini hari khamis Cikgu Yani!!!  

(Oke, kebajetan aku merindui zaman praktikal kat sekolah 3 tahun lepas. Hukk.)

Oke bukan tentang aku entri ini ditubuhkan ye adik-adik, kakak-kakak, sayang-sayangku sekalian.

Orait, hari ini kita buat entri tentang Dena Bahrin.

Kenapa pulak dengan Dena Bahrin?

Siapa Dena Bahrin ni?

*Ada ke yang tertanya-tanya siapa Dena ni?
(Kalau korang gila blog, utube, instagram macam aku, kompem korang mesti kenal dengan Dena)

Oke, untuk yang tak tahu. Meh aku kenalkan. (Ecey Yani, padahal kau pun belum pernah jumpa Dena.)

Macam mana aku boleh kenal Dena?

Al- jawab : Melalui tutorial TUDUNG BAWAL yang Dena upload dekat YOU TUBE.

Sejak dari hari itu, aku sangat mengkagumi si gadis remaja ini. Aku pun belajarlah pakai tudung / shawl besau - besau. (Niat di hati, nak juga jadi seperti beliau si gadis sopan ini.) *Serius kalau aku dapat jumpa Dena, aku nak peluk dia erat-erat. Heee. :) Suka sangat dengan Dena. =')

Inilah wajah dari video pertama yang memperkenalkan aku dengan Dena.

Ini yang kedua. Seterusnya korang boleh utube eh. Takdak link. Kat opis takleh utube~

Masa aku tengok video ni, aku tak tahu Dena ni dah kahwin.
Aku tahu dia dah kahwin bila tengok FB TheKliker , bila tengok gambar yang diorang upload, aku pun memang terus klik la. (Dalam hati siap cakap, eh ni budak yang buat tutorial kat utube tu, dah kahwin rupanya.)
Bila dah tengok-tengok gambar kahwin Dena,

gambar nikah, copy kat en. google~
Aku pun google, bukak utube. Nak kenal siapa dia. Hhhehe.
Sekali jumpa Blog Dena Bahrin , dekat utube, ada jumpa pulak video yang dia buat, cerita macam mana dia dilamar oleh husband dia. (Kisah cinta mereka sweet.)

seperti yang ada dalam video itu.
Gigih tau husband dia nak Dena, al kisah pada permulaan memang Dena tak nak / menolak. Sebab ini :

" As many of you know, It's arranged marriage and to be honest, i still wasn't sure about my feelings toward him even the night before my nikah and i was too anxious and worried that i'll never love him. i always pray to Allah that i'll love him the moment I became his wife. Really. I was afraid. Come on,  to marry someone whom you barely knew, sengih pun tak pernah, kalau jumpa pun sekali dengan family family, and you never had any feeling. i meant, deep feeling. dan tahukah anda, sebenarnya aku ada suka orang lain dan dalam erti kata lain menunggu seseorang yang aku dah lama sayang waktu aku diminta untuk berkahwin? perit yang aku lalui, Allah sahaja yang tahu. "

Walaubagaimana, kita sebagai manusia, kita merancang, Allah juga merancang. Dan sudah tentulah peracangan Allah itu yang TERBAIK.

Dan sudah terbukti, berkat dari keputusan yang dibuat melalui petunjuk dari Allah, maka Dena pun menerima lamaran tersebut dengan lapang dada (amboi Yani, buat ayat, macam tau je apa yang ada dalam hati Dena.Hehe...). 

Seterusnya kini, Puan Dena sedang melalui alam rumahtangga bersama husbandnya. Diserikan lagi dengan seorang cahaya mata yang comel bernama Saif Aaman Daniyal. (Setiap kali tengok IG Dena, mesti nak tengok Saif sekarang ini. Sangat comel kot anak beliau!)

nah wajah Saif. Comel kan? Macam UMMI dia.

Dena juga adalah seorang ikon muslimah. Seorang blogger. Seorang student. Seorang UMMI. Seorang isteri. Seorang anak menantu. 

Pada aku, Dena ini positif bila mengeluarkan pendapat. Aku suka setiap dari kata-kata nasihat, atau pendapat yang dia beri. Kalau Dena ni jadi kaunselor ataupun pakar psikologi ke apa, mesti aku akan cari masa jumpa beliau. Hehehehe. Sebab tengok dia selalu post benda-benda yang positif. (Dan Dena juga pernah cakap, benda yang positif pasti akan melahirkan aura positif di sekelilingnya. Ayat Dena lain, tapi aku tak ingat ayat dia. Tapi maksudnya lebih kurang gitu la.)

Inilah keluarga comel Dena Bahrin sekarang, 

ini masa majlis saif turns 1~

Dan hari ini, pada tarikh 20 Mac hari ini, ialah HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN DENA BAHRIN yang ke 22. (Kalau tak silap aku. Hehehe. Tapi betul 22, baru lepas tengok FB Dena ni.)


Hehehe, boleh pening kepala Dena ni kalau semua orang yang kenal dia, perangai macam aku. Maksud aku, add FB, follow IG, follow TWITTER, follow Blog. Setiap kali tengok IG Dena je nak like. Haha. Punya sayang sangat dengan Puan Dena ni, sampai pernah mimpi jumpa dan peluk Dena Bahrin. Kbai... Aku punya mimpi selalu pelik-pelik. Sobs.

So, Puan Nur Dianah binti Kamarul Bahrin, 

copy ye dari google~


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 22 TAHUN.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI HIDUPMU DAN SELURUH AHLI KELUARGAMU, DI DUNIA DAN AKHIRAT.
MOGA SELURUH USIAMU AKAN DIBERKATI ALLAH, AKAN SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DITERIMA AMAL IBADAH.
MAY ALLAH BLESS U, DENA. :')

Oke, sudah mahu pukul 2. Waktu rehat sudah mahu habis.
Terima kasih sudi baca entri ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Norzayani Binti Norhamshah
20/03/2014
2.00 PM

Monday, March 17, 2014

Diet. Diet. Diet. (Kebenaran tak akan pengsan)

Assalamualaikum.


Hanya entri yang pendek tak berapa pendek.
(Tajuk entri tak boleh belah, serupa trademark PAPA ZOLA) *tepuk dahi*

Semalam aku ada copy gambar aku (2 tahun lepas) daripada lappy ayah transfer ke 'hengpon' aku la kan.
Yang tak boleh belah nya, aku seakan tersentak tengok gambar dulu-dulu.
Serius la weh, kenapa tak ada siapa yang tegur aku dan beritahu aku gemok masa tu? *Menangis k tengok gambar tu.* (Habis ni sekarang bajet nak bagitau orang kau dah kurus lah Yani eh?) Oh tak! Tak! 
Aku cuma nak bagi semangat pada sesiapa yang ada baca blog aku ni (kalau ada lah kan, kalau takde, ....hehehe. Biarkan, malas nak fikir.) Kalau ada yang nak menurunkan berat badan. Awak boleh lakukannya! Percayalahhhhh!

Sebagai contoh, awak sekarang ini mengalami masalah berat badan seperti saya di 2 tahun lepas :

disember 2012~

dan juga tembam seperti ini :


raya 2012~

Tapi untuk menurunkan berat badan, awak pasti boleh.
Asalkan awak ada semangat yang kuat untuk turunkan berat badan anda awak. (Amenda ayat aku, kejap awak, anda lah. Heee..)

Aku masa ni, memang makan pakai balun je apa yang aku nak makan. Padahal Rasulullah sendiri sudah pesan, ambillah makanan itu secara sederhana. Sobs. (Zaman jahiliah, banyak benda aku tak tahu, aku tahu tapi tak nak amal. Ini padahnya.)

Oke, dipendekkan cerita, tahun lepas, aku ada mendapat penyakit yang misteri.
Apakah sakit yang misteri itu?
Wallahu'alam. Allah saja yang tahu.
Yang pasti takdir itu sangat menyedarkan aku. 

Jadi aku mula membuat keputusan untuk menurunkan berat secara perlahan-lahan dengan cara menjaga pengambilan kalori setiap hari. Serta mengambil oats dan susu setiap hari.
(Doktor cadangkan, kita ikut je lah)

Berat turun juga. Jadi seperti ini :

aku tau tak banyak yang turun pun. :p (september 2013)

Dan seterusnya aku amalkan diet atkins. (Mencabar kesabaran sebenarnya diet ni.)
Korang boleh tengok entri aku yang sebelum ini tentang diet ini lah.
Saya boleh? Boleh awak, boleh. Awak pun boleh! :)

Aku start bulan November 2013, dan adalah penurunan walau tak banyak.


Januari 2014 (bolehlah dari takde kan?Apa pun semua dengan izin Allah, kalau Dia tak izinkan, tak juga turun berat aku ni.)

Dan sekarang lebih kepada menyeimbangkan berat. Haha seimbang sangat, padahal aku patut turunkan lagi 9 kilo untuk capai BMI normal. Huuhu..

latest la. (bulan Mac) susah nak turun lagi.~

Dan sekarang, aku masih berusaha untuk turunkan lagi berat.

Ada orang suruh aku stop, sebab kata jangan kurus sangat, nanti tak cantik. (Hukhuk, akak, kita nak turunkan berat bukan sebab nak suruh orang nampak kita cantik ke apa. Tak nak, kita kalau boleh biar aje orang pandang kita gemuk lagi.)

Sebab apa?

Sebab nanti kalau tak, mesti kita bedal je nak makan segala-galanya. Segala-galanyaaaa. Huhu.
Nanti tak jaga pengambilan makanan. Huhu.

Ada juga seorang aunty ni cakap pada aku, awak pakai la baju kurung, mesti nampak cantik.

Bulat mata aku dengar. Maksud dia, suruh aku pakai baju kurung yang macam orang kurus selalu pakai. (Maksudnya kalau saiz badan kita M, pakailah saiz M, buat apa pakai baju saiz L. Macam baju pinjam)

Sebab hari ni aku pakai jubah tu. (Dalam gambar atas ni). Aunty tu kata, awak dah kurus, tapi baju besar. Jubah ni saiz L, alahai tapi yang L ni yang selesa, nak buat camna?

Hehe aiyo aunty, dah namanya jubah, mana boleh saya pakai jubah ikut bentuk badan. 
Ada juga kena kejar dengan parang nanti. (Ayah suka perli "Yani tak ada baju kecik lagi ke?")

I tak suka kena perli dengan ayah gitu. Haha, lagipula, aku seorang muslim, ayah ibu, ustaz ustazah semua orang yang berkenaan pun dah cukup bagi ilmu agama pada aku. Seorang wanita wajib menutup kesemua auratnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan. (So, aku tengah berusaha ke arah itu.) 
Tak sanggup menanggung kemurkaan Allah.

Dan KESIAN pada ayah dan bakal suami aku nanti (ini tak ada lagi, tapi tentulah aku pun tak nak satu hari nanti hubby aku tanggung dosa aku. Kata sayang, tapi takkan nak tarik depa masuk dalam nereka.) Maaf kita tak sanggup. T.T

Dan oh ye, ye, sekarang ini aku amalkan diet, ikut sunnah Rasulullah.
Tiap pagi aku akan minum se mug air madu. 
Makan oats, makan roti wholemeal sekeping dua. Makan kurma. Minum susu. (Ini menu wajib setiap hari)

Yang lain-lain? Ikut pada keperluan diri.
Tapi bukan berlebih-lebihan.
Menu tambahan, biasalah kan, sayur ke ayam ke ikan ke, roti yang ada inti ke.
Makan kek ke. Makan bubur kacang ke. Makan durian ke. Makan kuih ke.
(Ini semua aku bedal, tapi tak banyak pun. Takat rasa orang kata. Nak bagi tak kempunan.)

Mula-mula memang 'melantak' habis lah. (Adoi ye, bahasa kasar memang melantak, bedal je)
Naik 4 kilo. Kbai.

Eh jangan belum bai lagi.

Lepas seminggu turun balik 2 kilo. Hehehe. (Yang ini disertakan dengan senaman)

Berat aku sekarang? Tak payah tahu lah. Haha. (Kan dah kata 9 kilo nak kena turunkan.)

Yang penting setiap hari aku dapat makan oats, minum susu. 

Habis tu Diet Atkins apa cer?

Erk entah lah, mungkin aku telah mencampur adukkan segala jenis diet.
Yang pasti, bila makan tak ada nak lebih-lebih sangat.
Senaman setiap hari (Kalau ada masa).
Ikut sunnah pemakanan Rasulullah. (Siapa tak nak pahala kan? Ikut sunnah nabi...Pahala dapat, kurus dan sihat pun dapat.) erm credit to kak Inaachik sebab ada satu entri yang menyedarkan aku untuk turunkan berat badan, seterusnya amalkan makanan ikut sunnah nabi. :)

Kalau tanya aku pasal diet atkins ni, aku ni terus melompat pergi fasa 4 gamaknya. Hehehe.
Heee takpe, makan oats pun berat turun. Cuma lambat. Jadi kita 'watlek' kita 'watpeace.' 


Nampak tak entri ni tak pendek sebenarnya.
Ok, tak apa, dah nak habis cerita pun ni.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ini atau email di sini :
( norzayani22@gmail.com )

*ahh Yani, kau bajet kau famous la siap letak emel bagai? Huhu.. T.T
Wahhh takkk tak. 

Dengan akhir kata, mohon maaf kalau ada segala kata yang mengguris hati korang dalam entri ni.
Kalau ada sebarang teguran, boleh email ya. :)


Selingan: 

Mohon supaya Allah sudi bantu kita dalam keadaan susah (diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan peristiwa seperti jerebu, kehilangan pesawat, kemarau, anak muda yang kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah berlebihan, dan bermacam-macam lagi ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita setiap hari.)

Mohon doakan bersama keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Mohon doakan supaya Allah sudi lindungi negara kita dari sebarang ancaman anasir-anasir jahat.
Mohon doakan supaya setiap dari kita akan dijauhkan dengan fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.
Mohon doakan supaya adik-adik kita, tidak lagi terjerumus dalam sesuatu perkara yang tidak berfaedah yang memudaratkan.
Mohon doa supaya Allah memberi kesedaran dalam diri kita untuk tak terus leka dengan dunia.
Mohon doa supaya Allah ampunkan setiap dosa-dosa yang kita lakukan.
Mohon doakan supaya satu hari nanti, kita mati dalam keadaan husnul khotimah.
Mohon doakan yang baik-baik saja.
Aamiin.

Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah
17 Mac 2014

Sunday, March 9, 2014

Biskut Weetameal calit Nutella memang sedap!

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ini benar-benar nak jadikan entri yang sangat pendek dalam penubuhan entri-entri sebelum ini.

Siapa pernah makan biskut ini ??
 
saja aku besaqkan gambaq dari saiz selalu. ~


Haaa apa dia? Tak suka makan biskut macam gini?
 Adoi, janganlah macam ini pun.
Makan lah, makan lah, makan lah.
Sedap. Masya Allah, tak reti aku nak gambarkan sedap macam mana. (Oke, Yani, toksah poyo sangat, nanti orang tembak kau! )

Sebenar-benarnya nak beritahu, biskut pakcik Jacobs dipalitkan dengan sesudu nutella hazelnut ni, ya rabbi, sedapnya, masya Allah, subhanallah.

Aku merayu ni (ehh gila ke apa Yani?), hehe takdelah. Korang try la.
Dijamin, memang sedap.

Calit calit calit cenggini...



ngappp! sedap~

Tadi sesambil aku nak membaca sebuah buku, aku telah mengambil 2 keeping biskut ini lalu aku calit-calit nutella ini. (Eh Yani, hang diet kan? Amende biskut nutella segala?) *erm derhaka kejap, takpe, badan aku, suka hati la kan. Lagi bukan aku makan sebaldi dan setong biskut calit nutella ni. Jadi, aku maafkan diri aku sendiri. Haha, kbai.


makanan best, buku best, hari ahad ni memang bestlah! ;) bahagia.


Oke, tadi janji entri pendek kan.
Pendek lah ni kan? Tak panjang kan?
Lagipun I nak keluar sat lagi, nak celebrate enibeseri abang dengan kak ipaq I. (Kakak2 abang-abang ipaq yang lain busy. Tidak join sekali. Sobs. Adik aku pun tak balik. Sobs lagi.) T.T

Eh azan Asar sudah berkumandang. Aku memang kena stop ni.

Tengkiu korang sudi baca entri mengkarut ni.
Jaga diri baik-baik.

Wassalam.

Norzayani Binti Norhamshah
16.37 PM.

Minum susu pun boleh kurus? Serius?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat hari jumaat. Minggu ni terasa sekejap sangat lah.
(Time flies so fast) Sekejap saja dah nak berjumpa hari sabtu semula.

Aku pun kurang pasti aku nak share pasal apa masa aku tengah menaip entri ni. Blur kejap. Aku tak ingat amenda aku nak cerita tadi. Jap eh. (Eh boleh main kejap-kejap pulak? Sah aku sedikit gelong hari ini.)

Oh ha ni, nak cerita pada korang, silalah minum susu untuk kesejahteraan bersama. Ecewah. Gitu konsepnya.

Pagi tadi aku borak-borak dengan Ain (kawan eh) pasal diet. Aku cerita pada dia, aku dah boleh minum susu (sebab dah masuk fasa 2 Diet Atkins). Rindu nak minum susu. Dan aku tiba-tiba tertanya kat dia, susu yang pernah dia minum dulu.

Sebelum aku berdiet atkins ni,aku kan sakit kaki,doktor kata kurang kalsium,aku makan oats,aku minum susu (sebab tekak tak boleh terima susu kosong yang begitu saja,jadi aku padankan dengan beberapa sudu oats) *sedap sangat!

Tiba-tiba kan,aku kata gini pada Ain:

Aku: Haa dik,akak rasa kan en entah awak kurus sebab minum susu tu kot.

Ain: Merepek je kak Yani. (Dia gelak2)

Aku: Betullah Ain, sebab tengok karbo susu tu tak setinggi susu lain.
*eh sorry lupa nak mention,nama susu tu ialah susu Sunlac (Sunlac Skim Milk Powder)

-mohon google walau sebentar lagi aku akan attach gambar untuk tatapan pembaca tersayang. (ada ke yang baca? ada ada ada. Perasan kbai) heee...oke iklan stop! Sambung cerita, Aku: Oke sebelum kerja sini ada minum susu tu? Ain geleng (tanda memang tak la kan. Hehe)

Aku: Akak jarang sangat nampak awak makan kat sini. (tempat kerja)

Aku: Ain minum susu tu,then Ain rasa kenyang,sebab tu Ain tak makan sangat kat sini. Awak balik rumah baru makan? Kan? (memandangkan harga makanan sekarang agak tinggi,memang kami banyak ikat perut. Serius! Aku bawak bekal hari-hari. Ain bawak susu. (Bancuh kat opis). Shamini pun,selalu berkira-kira nak beli makanan kat cafe Suk ni. Camne?

*lah lagipun kerajaan kan menyarankan sangat supaya kite berjimat cermat di samping kurangkan makan gula.* (oke tapi i buat sebab nak jaga kesihatan yang Allah amanahkan. Buat untuk orang lain buat apa. Kalau nawaitu lillahi taala. Confirm dapat pahala,betui dak?)

Ain: Haa minum susu bila kat sini,kalau kat umah,Ain makan je. (tapi memang jarang ambil nasi)
Benarkah nasi ni punca utama kegemukan?

Jawapan aku bukan nasi. (Ni jawapan aku,jawapan orang yang takde ilmu yang diiktiraf pun,korang jangan salahkan aku pulak kalau jawapan ni salah. Ini hanya pandangan aku k.)
Jawapan aku adalah gula.

Sebab gula boleh buat korang ketagih. Sesikit nak makan benda manis.

Nasi korang ambil ikut keperluan,bukan nafsu tengah lapar. Insya Allah, pasti boleh kenyang.
Dan sejurus selepas perbualan tamat,maka aku dengan muka tak malu telah meminta budak kecik itu sedikit susu Sunlac,lalu aku bancuh dengan air sejuk. Subhanallah,sedap weh. Wallahi tak tipu punya.
(Sebelum ni tak boleh minum begitu saja,entah kenapa hari ini boleh telan begitu saja sehingga (wahh sehingga sangattt) ,sehingga setengah cawan tu aku rasa tak cukup. Heheee.)

Susu ok,kena tengok sugar,karbo dan beberapa nutrisi lain yang penting sebelum minum tu. Cuma hampa janganlah ingat hang minum hari ni esok hang dah kurus. Ain dengan aku,dulu kami merimbun bersama-sama.

Aku dengan atkins,Ain lebih bersahaja. (Minum susu,boleh makan apa saja,tapi terkawal.)
Jadi kesimpulannya aku nak beritahu, SuSu SunLac itu memang sedap!

Aku dah boleh minum susu. Ye yeayy.
Sukanya aku sangat-sangat.

Oke sekian tips untuk korang yang nak turunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan jugak. Itu yang penting. Kalau tak mampu buat Atkins,banyak lagi cara diet yang korang boleh follow. Boleh google untuk keterangan lanjut ye.

Selamat berjaya. Selamat berusaha.

Terima kasih sudi baca entri ni.
Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.
Assalamualaikum.

Norzayani Norhamshah
12.23 PM




Friday, March 7, 2014

Bersabar saat diuji...

Dunia terus berputar ditadbir Allah,
Manusia semakin rakus mengejar dunia.
Buat insan yang berlari mencari Allah,
Dia sering merasakan dunia seakan jijik,berlumpur dengan kekotoran.
Buat manusia yang memburu kenikmatan dunia,dia berasa dunia inilah syurga!

Ketahuilah, segala apa yang terjadi semua sudah diatur. Kita punya perjanjian sebelum roh dilayangkan pada jasad.

Ketahuilah, kebiasaan yang terjadi tanpa rela itu, Allah menilai di saat kita menerima segala ketentuannya dengan tabah dan redha.

Ketahuilah, Allah beri setiap kedukaan di dunia, demi bahagia di akhirat kelak.

Sedarlah dunia ini semakin tenat,semakin membusuk dengan dosa yang dilakukan manusia.

Andai manusia dicabar, bercampurlah kemarahan dan sakit hati.
Andai kita mencabar Allah, dengan kalimah 'Kun fa yakun', kita boleh hilang sekelip mata menjadi debu yang kotor tak berguna dengan kekuasaan Allah.

Seandainya kita merasakan diri teranaiya, Allah sentiasa dekat dengan kita. Ketahuilah, Allah Maha Penyayang, menugaskan malaikat menjaga kita.

Wahai manusia,kenalkah kamu pada malaikat Kiraman Katibin?
Kiraman ertinya yang mulia,
katibin bererti mencatat.
Malaikat kiraman katibin adalah malaikat mulia yang mencatat amal manusia.

Berkenalanlah dengan malaikat kiraman katibin kerana mereka ditugaskan Allah menjaga kita sehingga hari kebangkitan,walau sesudah kita mati!

Ketahuilah di dunia ini, di akhir zaman ini, keadilan semakin pudar dan hilang.
Ketahuilah, Allah menguji kerana Dia rindu. Sedarlah! Dia rindu tangisan kita memohon, merayu, bersujud kepada-Nya.
Berdoa, menangis meminta pertolongan,bantuan.

Sedarlah wahai roh yang ada pada jasad!

Allah menjadikan dunia ini indah pada zahirnya.
Tapi Allah menzahirkan sesuatu yang tidak enak terhadap manusia yang terpilih.

Kerana dunia adalah tempat untuk mengumpul 'harta' dijadikan bekalan ke sana.
Ketahuilah wahai manusia yang tiada kesedaran, kerana kamu sedang mengejar sesuatu yang tidak memberi makna langsung di kehidupan di sana.

Wahai roh yang berada di jasad, ketika diri sudah letih dengan ancaman dunia, penipuan, pembohongan, kezaliman, ketidakadilan, kekejaman,
Jangan dikau berhenti berdoa meminta ketabahan, kekuatan ditiup di dasar hati, di seluruh urat saraf dan anggota badanmu.

Andai dirimu teranaiya, bersabarlah. Menangislah di depan Penciptamu, mengadulah kesedihanmu di depan-Nya.
Semoga Dia memilih kita untuk menjadi penghuni di syurga-Nya kelak. Di Jannah.
Buat musuh-musuhmu, biarlah Allah yang membalas setiap yang mereka lakukan padamu. Bertawwakal dengan hati yang tenang.

Allahumma aamiin...

Norzayani Norhamshah,
22.27
7 Mac 2014

Thursday, March 6, 2014

Atas Nama Cinta


 
Assalamualaikum.

Selamat pagi hari khamis.
Curi sat masa kerja ni update lirik lagu ini, memandangkan ia hanya copy dan paste, so memang tak ambil masa yang lama.


Minggu lepas, pergi mana entah tak ingat, dalam kereta, terdengar satu lagu dekat radio IKIM, eh macam best je, macam sedap je. Liriknya sangat terkesan dekat jiwa aku la. (Jiwa orang lain aku tak tahu.)

Dan hari ini baru aku teringat, download, sambil buat kerja, sambil dengar lagu ni. Ehem ehem. Best.

Lagu ni dah lama kot, tapi aku je baru sedar kewujudan lagu ni.
Sebab dalam lagu ni, suara Fitri Unic ada lagi, sekarang kan Fitri dah nyanyi solo.
Tapi apa pun, dari aku sekolah, sampai sekarang, Unic adalah salah satu kumpulan nasyid fevret aku.
Selain Hijjaz, Raihan, In-Team, Mestica dan sebagainya lah. =)


So, selamat mendengar (Eh sila download atau cari di YouTube, haha kejam Yani!).

Oke, apapun ia tersangat sesuai buat kaum adam dan hawa yang sentiasa ingin menjaga hati supaya tak terus terleka dengan cinta sebelum bernikah. (Kebiasaannya memang selalu alpa, sebab itu dianjurkan bercinta selepas nikah.)
Sesuai untuk didengar oleh remaja (adik-adikku) masa kini, supaya fokus pada pelajaran, mak ayah awak lebih penting. Awak tak akan kisah kalau orang tak sayang awak, asalkan awak tahu Allah sentiasa dekat dengan awak, dalam hati awak. Awak kesunyian sampai hujung nyawa pun awak akan redha, sebab awak tahu Allah akan beri bahagia untuk awak di akhirat nanti. Put your trust in Allah.

Tapi jangan lah pulak cop orang yang macam ni berlagak bagus pulak. (Husnuzon ye adik-adikku sayang) Bila awak dapat rasa sesuatu yang indah selain dari cinta manusia, awak akan tahu apa yang akak cuba nak sampaikan. Dan awak akan setuju dengan setiap bait lirik yang ada dalam lagu ini. Oke? Oke? Oke?

Nah, silakan menghayati lirik yang sangat bermakna ini :
 
(Atas Nama Cinta)
 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

 

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Sumber : http://liriknasyid.com

*Terima kasih, jaga diri. Ana uhhibukum fillah Abadan abada.~

Monday, March 3, 2014

Ajal yang datang, tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.

...Kehidupan di sini bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar kejadian...
 
Al-Fatihah buat nekcu, yang telah kembali kepada Ilahi pada tengah malam tadi. (Tak pasti pukul berapa, tapi pak usu Din kata dalam pukul 12.30 malam tadi.)
 
Semalam kami (family) ada melawat nekcu. Minggu lepas pun kami ada melawat juga, sebab nekcu memang ada sakit kanser, plus kena strok tahun lepas. Kata anak-anak nekcu, "kalau nak melawat, lawatlah sekarang, sementara dia ada."
 
Last week jumpa, memang arwah dah tak larat sangat. Kesian nekcu. Tapi itu bahagian arwah, bahagian kita suatu hari nanti, wallahua'lam.
 
Semalam kami melawat sebab pak usu dengan mak usu dah habaq kata doctor dekat SMC suruh bawa balik. (Doktor yang tolong mana yang mampu, selebihnya kita doa minta Allah permudahkan urusan.)
 
Tapi kami pergi malam tadi dah agak lewat, dalam pukul 10.30 jugak baru sampai rumah pak usu. Bila dah tengok keadaan nekcu, terbaring di atas katil, lemah, betul-betul mengingatkan aku pada arwah acik Zila. (Adik ayah aku)
 
Perasaan sedih bila menjelma itu biasa kan bila melawat orang sakit? (Tapi kita sebagai seorang Islam, tak boleh bersedih yang melampau. Cukup sekadar minta Allah sabarkan hati kita, beri kekuatan dengan apa yang bakal berlaku.)
 
Kami ramai-ramai baca surah Yaasin, untuk nekcu. Mak usu dengan mak cik Rohaya ajar nekcu mengucap. (Allahurobbi, kematian benar-benar hampir, selalu dekat saja dengan kita.)
 
Aku tak tahu, tapi semalam aku dapat rasa, arwah memang akan pergi. (Ya, sebab mati itu pasti) Cuma aku tak pasti bila. Dalam hati aku doa banyak-banyak 'Rabbi yaasir wala tu'assir rabbi thamin bi khoir'. (Mintak Allah permudahkan segala urusan.) *dalam saat-saat begini, awak kalau melawat orang sakit, mohon doalah apa saja, insya Allah, pasti Allah tolong. Doalah apa saja untuk yang sedang sakit itu, moga Allah dengar doa kita, bantu segalanya menjadi mudah dan tenang.
(Mohon jangan salah ertikan apa yang aku cuba nak sampaikan, aku sekadar share apa yang patut kita buat bila melawat orang sakit. Dan tiadalah niat aku untuk riak atau ujub (kagum dengan diri sendiri, na'uzubillah.)
 
Lepas habis baca yaasin malam tadi, aku nampak pak njang baca Al-Quran, tapi tak pasti surah apa. So, aku tanya pada mak cik lila, pak njang baca surah apa? Mak cik kata, 'Suratul ra'du' (Surah Ar-Ra'd) Mak cik dengan nenek kata surah ini elok untuk dibaca pada orang yang sedang menghadapi saat-saat terakhirnya.) Kena yakin, semua pun atas kehendak dan izin Allah. Kita ikhtiar, Allah yang mengizinkan semua perkara yang dikehendaki-Nya.

Sejuk kaki nekcu masa aku sentuh kaki nekcu malam tadi. Urut perlahan dan berdoa minta Allah mudahkan urusan. (Ini habit bila aku melawat orang sakit, ayah pesan suruh doa banyak-banyak.) Mudah-mudahan bila satu hari kita pula yang terbaring begitu, akan ada orang tolong mendoakan urusan kita untuk kembali pada Allah, akan dipermudahkan.

Masa ibu ajak balik malam tadi sebenarnya aku tak nak balik lagi, tapi aku tengok jam dah nak pukul 12. Alahai kesian pula, takut nenek mengantuk. Aku fikir esoknya nak kerja pula. Takpelah, doa dari jauh je la.

Dan kami pun pulang, lepas 30 minit sampai rumah, telefon rumah bunyi. (Wallahu'alam, hati terus terdetik, Innalillah.) Mungkin..mungkin.

Lepas tu, baru aku dengar ayah cakap Innalillahiwainailaihiroji'un. (Nekcu dah meninggal, tak lama lepas kami balik.) Bukan rezeki aku nak tengok bagaimana saat ajal benar-benar di penghujung. Dulu masa arwah acik Zila pun aku tak sempat sebab masa tu dah zohor. (Untuk aku jadikan pedoman pada diri sendiri, supaya lebih mengingati mati.) *Hari ni cuti, sebab memang dah fikir nak 'hantar' sampai ke kubur. Plus aku ni, kalau melawat orang meninggal, balik memang kena terus mandi, kalau tidak, kebiasaannya mudah saja untuk aku kena badi mayat. Moga Allah akan terus melindungi dari sebarang perkara yang tak baik. Aamiin.

Malam tadi, memang tidur tak nyenyak. Tapi terlajak juga, dah azan baru terjaga. Terus siap-siap sebab nak pergi melawat. Takut tak sempat cium arwah untuk kali terakhir. (Memang tak dapat sebab Allah tak izinkan. Jadi, kali terakhir aku cium arwah, sebelum aku balik malam tadi.) T.T

Alhamdulillah, pagi tadi segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah, sudi perkenaankan doa kami. Sudi dengar doa hamba-Mu yang selalu lalai ini.

Segala urusan berjalan dengan mudah. Masa kami sampai, arwah sedang dimandikan.

Selingan sedikit. (Buat sesiapa yang membaca entri ni, andai awak melawat orang meninggal di masjid, mohonlah curi masa sedikit, sujud pada Allah. Solat Tahiyatul Masjid. Kalau pagi, boleh solat dhuha sekali. Oke ye? Kita buat ye? Kita ramai-ramai buat tau. Moga Allah redhai kita dunia akhirat.) Benda yang mudah, janganlah kita terlalu permudahkan ya. Bukankah kita sama-sama nak masuk ke dalam Syurga Allah. Nak berbahagia di sayangi Allah. Kan?

Ok, lepas dah siap mandi, kafan jenazah, solat jenazah. Mudah. Segalanya terlalu mudah, Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Syukur. (Segerakanlah urusan pengkebumian jika ada di antara kita yang meninggal.)

Sesudah itu kami ke Tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Urusan pengkebumian juga mudah. Cuaca juga tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak juga aku rasa bahang. Renung dada langit sesekali, mendengar talkin yang dibaca, air mata mengalir. Sedih, terfikir bagaimana jika aku yang berada di situasi itu. Cukupkah amalan? Bekalan aku ke sana benar-benar cukupkah untuk menampung kehidupan di akhirat? Allah...


gambar hiasan.

Sementara masih ada nyawa yang Allah kurniakan. Janganlah kita melakukan perkara yang lagha,yang dimurkai Allah, bimbang Allah akan murka dan tak akan menerima taubat kita. Kita makin tua, kita makin dimamah usia, kita makin dekat dengan kematian, kematian juga tak kira muda atau tua, lantas untuk apa terlalu mengejar dunia, kerana mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bertaubatlah sebelum terlambat, bukan ketika nyawa di hujungnya. Semoga kita semua bakal menghuni Syurga Allah. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin.

Al-Fatihah. Semoga arwah nekcu tenang berbahagia di sana. Aamiin.

Norzayani Binti Norhamshah
18.54 pm
3 Mac 2014

*terima kasih sudi baca entri ini, sebarang salah dan silap dalam perkataan mohon dimaafkan. :)


Saturday, March 1, 2014

Aku susah berdiet, Herbalife dapat nama? Huhu...

Ya, aku susah payah berdiet, Herbalife pulak dapat nama. Mana aci?!
Weeee Sabar Yani, S.A.B.A.R.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat morning.
Mana ada marah pun pagi-pagi ni sabetu ni.
Al kisahnya aku teringat perbualan di antara adik aku dengan aku masa kitorang beli Burger Kinggggh semalam tadi. (Semalam tadi? ehheee curi ayat Alisya lah. :p)
Gini aku ringkaskan ceghitanya dan aku buang mana tak perlu :
Aku: Sedapnya aiskrim tu! (Adik aku tengah makan aiskrim 80sen kat Burger King tu)
Syukri: Memanglah sedap, lagi sedap dari MCd.
Aku: Untunglah hang boleh makan aiskrim!
Syukri: Kenapa pulak? Bukannya haram.
(Gitu pulak jawapan dia. Senget sungguh! Aku tercabar lah oi sebab aku dalam fasa TAK BOLEH MAKAN AISKRIM! get it? hehee. )
Aku: Lah, memanglah halal, siapa kata harammm.
Syukri: Minum herbalife eh?
Aku yang tengah blur : Eh siapa?
Syukri: Awak minum Herbalife eh? You? (Huyooo ber you you pulak adik aku ni!)
Aku: Eh mana ada! Aku mana kaya nak minum Herbalife. Mahai tau dak?
Syukri: Yeke mahai? Bukan satu shake RM 5.00 ke?
Aku: Eh yeke? RM 5.00? Biar betul hang? (Serius aku tak tau.)
Syukri: Entah tak tahu.
(Sengallllllllll!!!!)
Sabar sajalah. Gitu lah perbualan kami. Lepas tu aku memang borak panjang, aku kata kat dia, aku diet Atkins. Aku tak berani nak ambil mana-mana product untuk turunkan berat aku ni. So pilihan aku, clean diet~
Aku rasa, korang tau kot aku amalkan diet Atkins. (Perahsan mat labun betol. Tiheee)
Eh korang hari ni dah 1 Mac kan? Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, 4 bulan 1 hari sudah aku berdietttt. Berapa banyak turun? Entah malas nak kira kilo. (Hahaha padahal stress sebab berat dah sangat susah nak turun.) Cuma, syhhh syhhh nak beritahu ni, dah masuk lah angka 5. Cuma berat ideal tu ada banyak lagi kena turunkan.
Nak dijadikan ceghita, permulaan aku diet, tersangatlah pemalas tahan ular sawa kekenyangan.
Kerana apa???
Kerana jarang-jarang sekali aku bersenam.
Alhamdulillah, turun jugak berat. Tapi memang aku jaga karbo, tak ambil lebih.
Part malas ni, please korang jangan sesekali mencontohi aku. Sebab aku takut nanti, berat akan mudah naik bila korang dah pilih untuk berhenti diet ni. (Sebenarnya pengambilan makanan sehari-hari kita, sampai bila-bila pun kita kena tengok kebaikan atau keburukan nya kan?)
Jangan pakai bedal je, sebab badan kita ni pinjaman dari Allah, then you kena pandai jaga amanah yang Allah berikan.
Bila berat aku dah capai saja angka 5, aku memang terasa ringan sikit dari sebelum ini.
Dan apabila badan tak terasa berat, jadinya memang tiap-tiap malam aku akan workout. (Since hang balik kerja sampai rumah dah pukul 7, memang taklah hang nak berjoging bagai kat taman dan sebagainya kan? kan? kan?)
Senaman aku mudah je, aku selalu ambil masa lepas solat isyak. (Utamakan Allah ye anak-anak walau awak nak buat apa. Ajal maut kita tak tahu datang bila, kotlah tengah bersenam tetiba malaikat Izrail datang nak cabut nyawa, tapi awak tak solat lagi. Malaikat mana ada nak tunggu kita. So, masuk waktu, anak-anak ye sila solat.)
Kebiasaannya aku akan ambil masa 20 minit sahaja untuk senaman, takpe walau kejap, asalkan korang buat hari-hari. Yang penting masa bersenam tu, lakukan betul-betul.
Pengalaman aku, sebelum ni, kalau berlari ke, buat jumping jack ke, squat ke, sit up ke, amenda sebagainya ke memang cepat pancit.
Tapi bila dah hari-hari buat, kita akan rasa eh cepatnya dah 20 minit, macam tak cukup je masa. (Benda ni tak kisah, kalau korang nak buat lebih dari 20 minit pun lagi digalakkan.)
Cuma aku lah hanya ambil 20minit, sebab aku selalu bersenam dalam rumah ni sekitar pukul 10 malam. (Huuuu, gila lewat kan? Yes yes, tanggungjawab lain pun ada juga yang kena kita dahulukan. Bila semua dah settle, baru boleh bersenam dengan hati yang gumbira)
So hari-hari, senaman aku adalah begini :
1) Berlari setempat, buat regangan tangan & kaki (Senaman panaskan badan dulu)
2) Lompat bintang (50 Kali) (Peluh time ni, malu-malu lagi nak keluar.Haha.Teruskan!)
jumping jacks~ senaman fevret ni weh~
3) Gerakkan kaki. Ikutlah macam mana cara yang selesa. (Aku jarang berhenti, sebab tak nak rasa penat sangat. Kalau kita terus berhenti, penat tu memang akan terasa sangat-sangat.)
4) Squat (20 kali). Penat serius wa tak tipu. Memang terasa urat otot semua sedang bekerja keras!
Begini ye Squat~
5) Melompat (40 kali) Macam aku cakap, aku tak berhenti. Direct 20 minit punya senaman ni.
6) Berlari setempat sampai aku terasa letih dengan keadaan kaki diangkat tinggi.
(Haaa mesti korang tak faham kan? Aku pun tak reti macam mana nak terangkan. Tapi gini, bila berlari setempat tu aku akan angkat kaki tinggi-tinggi. Elakkan berlari memijak tumit ya, sila berlari menggunakan hujung jari kaki. Kepenatan itu tak akan terasa sangat.)
7) Sumo squat (20 kali). Masa ni peluh korang memang dah akan tak malu nak keluar. Biarkan ye.
8) Lompat bintang lagi (50 Kali) atau bilang sampai berapa banyak yang korang larat.
9) Plank (Bertahan sampai korang rasa puas hati. Cuba tahan untuk seminit dulu.) Yang ini aku cakap lah, serius peluh korang akan keluar banyak gila. Sebab dalam banyak-banyak senaman, inilah yang paling mencabar minda dan otak aku dalam berfikir. Betul! (Sebab biasanya kalau aku fikir tak larat, memang lepas tu aku akan tak larat. Haha so mind set pada situasi ni sangat penting!
ini contoh kalau korang tak tahu~

10) Berlari setempat. Tapi tak payah nak aktif sangat ye. Sebab aku dah nak habis senaman ni. Lepas itu, breath inn breathhh outttt. (3 Kali)
Settle 20 minit aku!!!
Walau apa pun, ingin aku tegaskan di sini, ini hanyalah pengalaman/cara aku. Dan korang boleh buat senaman pelbagai gaya yang korang boleh google sendiri. (Ini berdasarkan apa yang aku buat.) Dan aku baru jugak buat senaman style gini, sebab sebelum ni malas, sekarang ni baru rajin. Semenjak berat susah nak turun.
Tak adalah kurus sangat pun aku ni, sebab aku belum habis diet. Masih menjaga pengambilan karbo setiap hari, di samping minum air masak banyak-banyak dan bersenam hanya 20 minit sehari.
Jadinya tak nampaklah sangat badan dah susut. Plus pipi aku pulak bukan jenis yang mudah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi biarkan sajalah eh.
Oh lupa, hari ni aku dah masuk fasa 2. Sungguh tak sabar aku nak makan kacang badam, gajus, buah strawberry dan juga buah tembikai susu. (Eh bukanlah aku nak makan sederap gitu, masih jaga karbo untuk seminggu ini sebanyak 25gram satu hari. Yeay!)
Badan aku ni dah boring dengan fasa satu, so up to phase two. Ades nak kena study pasal fasa 2 diet ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Aamiin.
Orait korang, apa saja pengalaman aku mengenai sepanjang perjalanan diet aku ni, mana-mana yang tak elok tu, jangan ikut, korang boleh buat lebih baik dari aku. Yang penting korang kena kuat!
Jaga juga pengambilan kalori dalam sehari untuk permudahkan berat korang turun ye.
Sekian dulu untuk entri berkenaan diet atkins ni.
Terima kasih sudi baca entri ini.
Kalau ada yang korang terasa ke apa-apa, minta maaf eh.
Take care, sekian. Wassalam.
Anything about you,
Norzayani Binti Norhamshah
10.49 am
1 Mac 2014.
Eh jap, nak belanja gambar sikit. Gambar before and after lah kengkonon, walau takdelah banyak mana pengurangan. ;)





2013-2014