Dunia terus berputar ditadbir Allah,
Manusia semakin rakus mengejar dunia.
Buat insan yang berlari mencari Allah,
Dia sering merasakan dunia seakan jijik,berlumpur dengan kekotoran.
Buat manusia yang memburu kenikmatan dunia,dia berasa dunia inilah syurga!
Ketahuilah, segala apa yang terjadi semua sudah diatur. Kita punya perjanjian sebelum roh dilayangkan pada jasad.
Ketahuilah, kebiasaan yang terjadi tanpa rela itu, Allah menilai di saat kita menerima segala ketentuannya dengan tabah dan redha.
Ketahuilah, Allah beri setiap kedukaan di dunia, demi bahagia di akhirat kelak.
Sedarlah dunia ini semakin tenat,semakin membusuk dengan dosa yang dilakukan manusia.
Andai manusia dicabar, bercampurlah kemarahan dan sakit hati.
Andai kita mencabar Allah, dengan kalimah 'Kun fa yakun', kita boleh hilang sekelip mata menjadi debu yang kotor tak berguna dengan kekuasaan Allah.
Seandainya kita merasakan diri teranaiya, Allah sentiasa dekat dengan kita. Ketahuilah, Allah Maha Penyayang, menugaskan malaikat menjaga kita.
Wahai manusia,kenalkah kamu pada malaikat Kiraman Katibin?
Kiraman ertinya yang mulia,
katibin bererti mencatat.
Malaikat kiraman katibin adalah malaikat mulia yang mencatat amal manusia.
Berkenalanlah dengan malaikat kiraman katibin kerana mereka ditugaskan Allah menjaga kita sehingga hari kebangkitan,walau sesudah kita mati!
Ketahuilah di dunia ini, di akhir zaman ini, keadilan semakin pudar dan hilang.
Ketahuilah, Allah menguji kerana Dia rindu. Sedarlah! Dia rindu tangisan kita memohon, merayu, bersujud kepada-Nya.
Berdoa, menangis meminta pertolongan,bantuan.
Sedarlah wahai roh yang ada pada jasad!
Allah menjadikan dunia ini indah pada zahirnya.
Tapi Allah menzahirkan sesuatu yang tidak enak terhadap manusia yang terpilih.
Kerana dunia adalah tempat untuk mengumpul 'harta' dijadikan bekalan ke sana.
Ketahuilah wahai manusia yang tiada kesedaran, kerana kamu sedang mengejar sesuatu yang tidak memberi makna langsung di kehidupan di sana.
Wahai roh yang berada di jasad, ketika diri sudah letih dengan ancaman dunia, penipuan, pembohongan, kezaliman, ketidakadilan, kekejaman,
Jangan dikau berhenti berdoa meminta ketabahan, kekuatan ditiup di dasar hati, di seluruh urat saraf dan anggota badanmu.
Andai dirimu teranaiya, bersabarlah. Menangislah di depan Penciptamu, mengadulah kesedihanmu di depan-Nya.
Semoga Dia memilih kita untuk menjadi penghuni di syurga-Nya kelak. Di Jannah.
Buat musuh-musuhmu, biarlah Allah yang membalas setiap yang mereka lakukan padamu. Bertawwakal dengan hati yang tenang.
Allahumma aamiin...
Norzayani Norhamshah,
22.27
7 Mac 2014
No comments:
Post a Comment