Showing posts with label #Groom. Show all posts
Showing posts with label #Groom. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Selamat Pengantin Baru Izan...

Assalamualaikum w.b.t

Hai. (Hai? Oke.)

".... selamat pengantin baruuu... selamat berbahagia, selamat ke anak cucuu...selamat sejahteraaa... " (eh benarkah liriknya begitu?) haha takpe biarkan je kalau salah. Bukan lirik yang aku nak cerita dalam entri ni.


Hamboi bukan main happy lagi mukadimah entri kan.

Ye, ye, haruslah happy, semalam i pergi majlis kahwin kawan i dekat Klang nun.

Setelah beberapa tahun ye kami tidak berjumpa, alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita bertiga (aku, Atirah n Izan) berjumpa semula di majlis kahwin Izan ye.) Bukan Yani, bukan Atirah. Coming soon? Atirah a.k.a cik bosss, Yani nanti dulu.

Meh nak belanja gambaq sat.

gambar i curi kat fb, bos yang upload.
  
Sebenarnya aku plan awalnya nak pergi dengan ibu ayah. Tapi bila fikir-fikir semula, alahai rumah mentua Izan ni tak jauh sangat, apa lah salahnya aku drive sendiri ke sana. So, aku putuskan, takpelah ibu ayah tak payah temankan Yani oke? Yani dah besar, dah dewasa. Boleh pergi sendiriiii. (Hahaha choiii, nampak tak kat sini aku ni tak berdikari, suka sangat ajak ayah ibu pergi mana-mana. Oke tutup cerita.)

Oke, disebabkan tak jauh, boleh drive walau takut dengan lori di sekeliling, ku gagahi diri, ecewahh. Bawaklah juga kereta. Semangat waja tau nak jumpa Izan dengan bos. Lama ni tak jumpa. (Sesambil tu ambil berkat... Hahaha tak tak, aku gurau saja!)

So, semalam memang kenangan yang boleh catat dalam diari la, sebab manissss sangat! (Diari? Ye, ada juga diari, blog ni diari maya, yang buku tu baru diari betul. Haha ada...)

Disebabkan manis macam gula, aku abadikanlah dalam blog usang aku ni. (Alahhh Yani gelilah, usang-usang pulak. Heshh.)

Heee, jadi semalam dalam pukul 2 lebih, lepas dah tunggu cik bos sampai dengan kawan-kawan dia, jumpa Izan, cik bos beri hadiah (Izann, sorry Yani tak bagi apa-apa, sobsss. Cian awak. Menggelabah tak sempat beli apa-apa untuk awak. Takpe tunggu Izan ada baby nanti Yani bagi eh eh eh. Hehe).

Cik bos masih macam dulu, kelakar, periang, gila-gila. Izan pun sama juga, cuma Izan kena sopan lebih la. Pengantin lah katakan. Aku? Aku sama macam cik bos. Sengal!

Dan ye, biasalah bila pergi majlis sebegini. Haruslah orang tanya bila turn kita. Kita tanya bos, bos tanya kita. Izan tanya aku. Aku kata 'tak tau'. Izan tanya bos, bos jawab apa? (Alahai tak ingat.)

So siapa dulu? Wallahua'lam. Sampai masa, adalah tu. Malas nak fikir. (Kejam ayat aku ni.)

Semalam pun sebelum pergi majlis ni, ibu siap cakap, nanti bolehlah cari kat sana. (Haiyooo dengan pantas dan tangkasnya aku jawab "takmoo, malas nak carik" )
Kesian ibu, sorry ibu. Bukan Yani taknak cari, yes, Yani tau umur Yani pun dah banyak, cuma entahlah, dengan keadaan dunia sekarang ni, nak fikir tentang jodoh memang Yani rasa lelah. Tak ada di dunia, di akhirat nanti. Sebab Yani nak hadiahkan menantu yang best untuk ibu ayah! Cuma siapa, bila tu memang Yani tak ada jawapannya sekarang ni. =')

Ini memang iklan atas ni. Adui sambung semula. Cerita aku hangpa semua tolak tepi. Tak payah baca oke. (Takpe, kalau dah baca aku maafkan. Jangan ulang baca. Hehehe)

Lepas aku dengan cik bos dah habis makan, kami pun bergambarlah dengan pengantin.
Cantik tau pengantin pakai baju warna kuning. Sedondon dengan bos. (Aihhh bos ni macam tau-tau je.)
Aku je pakai hijau. (Erk tapi hijau ikut tema abang ipaq Izan.)
Hijau kuning. Kedahhh gituu. 

Semalam masa pergi majlis tu, aku baru tau dalam majlis tu ada dua pasangan, satu kawan aku (Izan), satu lagi abang pada suami Izan tu la. Heheh, so kami berdua memang ikut tema. =p

Sebenarnya aku dengan Izan kenal masa kitorang kerja dekat SUK, lepas tu berhenti, cari kerja sama-sama dekat Jabatan Perangkaan. Kat situlah kami jumpa cik bos (Atirah) ni. Hari-hari pergi makan kat restoran Ani Sup Utara. Al kisah kenapa panggil bos? Haha. Tak ingat. Tapi melekat sampai sekarang. Comel je bila panggil bos.

kenangan tahun 2011.

hehe. mereka dulu2. aku mana? aku ada, tengah snap gambaq depa dua orang ni. hehe.
Tapi gambar kami tiga orang takde masa ni. Hehe. Takpe.
Yang penting semalam dah puas ambil gambar. Harap lepas ni kita tiga orang, ada rezeki nak jumpa lagi. Hehehehehe. Rinduuuu.

Nah aku belanja lagi gambar semalam. (Apalah erti entri tanpa gambar. Ngeh3)

Izan dengan bos~

bos dengan Yani

Yani dengan Izan

bos dengan Izan dengan kawan bos, Farah.
Bos dengan pasangan pengantin.

Aku dengan pasangan pengantin. Ada je gambar bukak mata, tapi sengaja aku upload yang pejam mata. Rare kan? Haha.

Akhir kata,Selamat Pengantin Baru untuk Izan. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Semoga kekal dunia sampai akhirat. Semoga kalian akan dianugerahi dengan khalifah-khalifah yang soleh solehah. Selamat menempuh alam rumahtangga yang penuh suka duka. Sabar dengan ujian dan dugaan yang Allah hadiahkan nanti. Semoga baik-baik pakat dalam segala urusan. Aamiin.

*Dan terima kasih sudi baca entri ni ye. Salah silap dalam setiap perkataan aku mohon maaf ye.
Izan dah selamat bernikah. Korang doakan aku dengan cik bos (Atirah) dapat jodoh yang baik ye. Hehehe. Aamiin.

~OH YE, YAYA HAPPY BIRTHDAY. MAY ALLAH BLESS U. And I LOVE U. Terima kasih Allah, sudi beri kakak dan kawan yang baik ini. 



~Norzayani binti Norhamshah~
7 April 2014 / 7 Jamadilakhir 1435H
5.44 PM


Thursday, July 4, 2013

Selalunya Macam Ni Lah.

Bismillahirrahminirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sedikit entri buat si bujang yang belum berjumpa jodoh. 


Gambar hiasan~



Kebiasaan apabila sering ditanya tentang jodoh :


Situasi 1 :

Di majlis perkahwinan, tak kiralah, korang hadiri majlis siapa, anak kawan-kawan mak pak korang ke, kawan-kawan korang ke,ataupun saudara terdekat korang,

"Kakak dah, adiknya bila lagi?"
"Anak kau eh? Bila lagi nak makan nasi minyak?"
"Eh ramai kan kengkawan kita dah kahwin, bila turn kau?"

[Soalan ni akan kerap ditanya bila umur korang dah lebih 24 tahun. Ok,niat korang baik nak pergi majlis kahwin depa semua ni,niat di hati nak meraikan pengantin,tumpang bahagia. Alih-alih ada seulas dua soalan yang kadang-kadang buat korang rasa nak tumbuk muka orang laju-laju. <~ ahaa jangan buat ye,dosa... biar sabar saja ok? ]

[Kebiasaan jawapan korang pada soalan begitu,

"Jodoh belum sampai lagi cik."  Sambil muka tersengih buat takde perasaan. Dalam hati tau sedih. Sabar.

"Saya belum ada calon lagi." Yang ini kebiasaannya orang akan cakap kita memilih sangat. Jangan tak mengaku pulak korang memilih. Yes, kena memilih. Sebab korang nak cari husband/wife bukan untuk kahwin dua tiga hari. Ini seumur hidup,insya Allah, di dunia dan akhirat. Ini tentang seorang yang bakal jadi ayah/ibu kepada zuriat korang kot. Mana boleh tak memilih. Erk tapi pun kalau korang memilih sebab paras rupa, aku orang pertama nak tumbuk muka kau nanti bah! Pilihlah yang beragama. Sabar itu nilaian iman.

"Sabar eh, nanti dah sampai jodohnya,saya jemput." Ayat ni diberi dengan harapan orang akan kurang bertanya. Padahal korang bukannya bagi jawapan pada orang yang sama setiap kali soalan sama ditanyakan. Jadi, sabar. Sabar lagi? Ingat senang ke nak sabar, sedih tau. Hesh jangan gitu. Sabar itu indah, manis tidak terkira sayang. Sebenarnyalah, kalau korang ambil ia secara positif.


Situasi 2 :

Korang memang ada jumpa seseorang untuk berkawan dan di mana-mana. Tak kiralah,kat tempat kerja ke, kat bank ke,kat kedai makan ke,kat kedai basikal ke,kat shopping complex ke.

-  Tak kisah, mana-mana pun boleh. Korang memang berkawan. Tapi hanya ala-ala. Maksudnya korang hati korang sekadar mahu berkawan tapi bukan untuk terlalu serius.

-   Dekat sini, sebenarnya dah boleh nampak,korang ada lah jugak usaha untuk cari seseorang. Korang faham konsep jodoh, semuanya Allah yang tentukan. Cabaran kat sini ialah korang nak memahamkan orang lain supaya faham yang jodoh tu memang akan sampai bila dah tiba masanya.

-   Situasi begini kebiasaannya bila korang sebenarnya dah letih nak jelaskan dekat orang yang korang memang belum jumpa calon yang sesuwai dengan jiwa korang. Maksudnya belum jumpa soulmate la kengkononnya.Jadi ubatnya, sabar. Korang kena faham yang Allah sebenarnya memang dah tetapkan siapa jodoh korang sebelum korang lahir lagi. Bila dengan siapa macam mana bagaimana,semuanya dah cukup perfect.


Situasi 3 :

Korang pergi jalan-jalan,korang beronline saja,tiba-tiba ada orang usha korang. Korang bukan jual mahal,tapi korang biasa-biasa saja. Nak kawan,tak salah pun. Tapi bila nak lebih,korang seakan melarikan diri. Korang sedang elok,tapi tiba-tiba ada orang kata ;

"Jodoh memang Allah yang tentukan, tapi kalau kau tak cari, takkan kau boleh nak dapat?"

"Kena berusaha cari, baru boleh jumpa mana yang berkenan di hati untuk dibuat suami/isteri."

- Situasi ini mungkin akan stress sedikit lah. Sebab korang memang akan tertekan. Yelah,hati korang kan,orang lain tak tau,dan sebenarnya cukuplah Allah saja yang tahu.

- Sebenarnya korang kena pandai 'auta' tentang sesuatu. Sebagai contoh boleh jawab gini ;

"Bukan tak cari,tapi belum jumpa.Mana tau aku tak cari? Bila cari tu kena heboh pada semua orang eh?"

"Jodoh itu memang Allah yang tentukan. Allah dah susun cantik-cantik. Cuma hati belum terasa sudah bertemu dengan yang sesuai."

"Siapa kata aku takda kawan(someone yang korang suka),ada lah. Tapi Allah belum gerakkan lagi untuk ke fasa yang satu lagi tu."

"Ehem bukan tak nak menikah. Saya masih tengah belajar tentang apa itu perkahwinan dan tanggungjawab yang ada di dalamnya."

- (Part ni mungkin payah, sebab akan mungkin ada orang cakap,kahwinlah dulu baru dapat belajar tentang semua itu. Sebenarnya sebelum kahwin lah kena belajar [teori],baru tahu macam mana nak menangani situasi yang sukar. Bila sudah kahwin baru tahu secara praktikalnya. Ibaratnya korang pergi study,mana ada semester pertama korang terus pergi praktikal kan? Mula-mula memang kena belajar teorinya dahulu. Apa ingat nikah kahwin ni main pondok-pondok ke?Sama sekali tidak ye.)

"Allah pegang hati ni. Belum mahu nak cari sesiapa lagi. Mohon faham.Mohon faham.Mohon faham."

- (Dan ini mungkin sekali lagi sukar, sebab susah orang nak faham. Siapa kata korang tak cemburu tengok orang kahwin? Siapa kata korang tak cemburu tengok orang ada calon? Siapa kata korang tak cemburu tengok orang lain nampak mudah bertemu jodoh? Korang cemburu, tapi korang still boleh handle kehendak hati korang, korang cemburu tapi korang masih buat tak reti, korang cemburu tapi hati korang kata,pelan-pelan cari. Rilex! Chill. Pada aku memang itu tandanya jodoh belum sampai. Sebab Allah masih belum gerakkan hati korang. Maknanya jodoh belum sampai. Kenapa nak risau? Doa mintak Dia bukakan hati, permudahkan segala urusan.Allah tak pernah lokek dengan kita,tapi kita yang selalu lokek dengan Allah. Nak berdoa pun tak nak. Jangan gitu tau. Doa itu penting.)

Situasi 4 (Terakhir) :

Majlis pernikahan korang. Selesai.Fin.Tamat. Tapi nanti beberapa bulan korang pergi majlis kenduri biasa ke kenduri kahwin ke, orang akan tanya gini ;

"Ni yang kahwin hari tu kan? Dah ada isi?"

"Eh ni yang sama kahwin dengan cucu Pak Dollah(petik je nama) tu kan? Cucu Pak Dollah dah ada isi, kamu bila lagi?"

"Em ni anak ye? Berapa tahun dah? Tambahlah lagi sementara muda ni."

"Eh dah melekat balik eh? Untunglah tiap tahun satu sorang."

Huaaaa, ini adalah soalan dan pernyataan yang memang akan buat korang stress. Sebab itu ada orang kata, "bestnya kalau dapat jadi budak-budak semula."

Hehe, sabar ye? Biasalah tu, ragam manusia. Ragam manusia di sekeliling itulah yang banyak ajar kita supaya jadi lebih sabar dan matang.

Benda ini semua adalah kebiasaan. Tidak dapat tidak, memang kena sabar lebih sikit. Korang tak perlu hirau sangat hati orang. Bukan kata tak jaga hati, cukuplah sekadar korang masih hormatkan orang tu. Selebihnya,atur hidup korang sebaiknya. Paling penting, cukup sekadar Allah yang tahu apa ada dalam hati korang. Sebab soal jodoh, bila nak dapat anak, berapa ramai anak korang, berapa banyak rezeki korang, kenapa korang bekerja bagai nak rak tapi tak kaya-kaya jugak, benda ni semua Allah dah siap atur. Jangan bimbang. Mulut orang for sure la kita tak boleh tutup, tapi sebenarnya boleh je nak letak selotep. Haha.Tak pun hadiahkan dia kek coklat moist perisa CILI HAPI. Hehe gurau saja. Kejam kalau buat gitu. Ngee...


Sudah cukup sudah. Jangan stress dengan benda-benda gini. Soalan-soalan gini. Pernyataan-pernyataan gini. Nanti karang, korang terlebih tension, korang jugak yang sakit. Ahli penemu ramah bebas tu jugak yang sihat, ha kan korang dah rugi kat situ.

Senang cakap ginilah, dunia tanpa pancaroba apalah erti kehidupan. Allah cipta dunia ni yang ada kita di dalam ini, memang kerana Dia nak beri ujian. Takde ujian, takde markah, takde report card, tak best lah gitu. Selalu kita cakap 'Ini tak adil! Dunia ni tak adil! ', <~kebiasaan yang bila kita berada di pihak yang benar, tapi pihak yang salah tersenyum sinis pada kita sebab dorang menang, yeay!
Dunia ni memang selalu tak adil. Keadilan yang sebenar adalah di Mahkamah Allah, iaitu ketika kita semua di Padang Mahsyar. Jadi jangan mengeluh andai kita ditindas. Smile cuba smile. (Iklan kejap)

Dan mungkin bila jodoh lambat sampai itu, Allah masih beri peluang kita berdoa untuk jumpa jodoh yang terbaik di antara yang baik. Wallahualam. Keep on praying ya. 
Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita. Yakini itu.




Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ni. Sebenarnya ia lebih kepada mengekspreskan apa yang ada dalam hati entri kali ni. Agak sesak terbatuk-batuk la bila orang tanya itu ini tentang jodoh. Tapi rasanya ramai lagi yang hadapi situasi cam aku ni. Hehe. Sabar itu indah! 

~Seperti biasa,kalau ada kata-kata yang mengguris hati dalam entri ni, maaf seribu kali maaf. Contoh-contoh yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman sendiri bukan niat untuk memerli. Mohon pengertian kalian.

Jaga diri korang baik2.
Eh dah masuk bulan Julai la.
Eh lagi 5 hari nak puasa lah.
Eh dah tak sabar lah.
Eh selamat mengejar pahala ya kawan-kawan semua.

Wassalam.


Anything About You_Niyaz Arumi
4 Julai 2013
12:13 AM
Saranghae




Tuesday, June 4, 2013

Musim Nikah Kahwin... #Tahniah

Assalamualaikum...

Teheeee sesuka hati aku je kan nak buat entri lagi kurang dari 12jam lepas aku buat entri baru tadi...

Eh tapi rerasanya takde masalah kot nak buat entri bebanyak...dah blog sendiri kot, bukan kacau blog orang pun kan...

Oke oke oke, seperti tajuk entri aku di atas ni, yang pastinya entri ni aku taip khas untuk kawan-kawan (yang kenal, yang rapat dan yang kurang rapat) yang sudah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini... tapi nya majoriti adalah kawan-kawan dari Unisel...yang satu kohort walaupun berlainan group...tapi masih dalam satu course, iaitulah Pendidikan Pra Sekolah...

Kiranya sebenarnya ramainya kawan aku yang dah kahwin ni pangkat adik-adik ye...bernikah pada usia yang muda adalah satu peluang dan rahmat yang Allah berikan buat kalian yang teristimewa...
Dan sesungguhnya wanita yang paling diredhai Allah ialah wanita yang sudah berkahwin...
Kalian adalah insan yang terpilih...yang sangat untung...
Dan,
Kakak ni belum sampai waktu, jodoh mungkin masih jauh...mohon adik-adik doakan yang terbaik untuk akak ye...


Sukacitanya kakak ni ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kalian semua...

Selamat menjalani bahtera rumah tangga, yakni juga adalah gedung pahala buat kalian suami isteri...

Selamat menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah ye...

Selamat menjadi bakal ibu dan ayah yang hebat buat zuriat-zuriat kalian satu hari nanti...

Selamat menjadi insan yang penyabar,saling bertolak ansur dan saling serta sentiasa menerima baik dan buruk,kelebihan dan kelemahan pasangan kalian...

Selamat belajar menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi Allah...

Ikatan pernikahan bukanlah hanya sekadar suami sayang isteri atau isteri sayang suami atau suami dan isteri sayang anak-anak...
Ikatan pernikahan bererti juga kalian telah bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi Allah iaitu di dalam sebuah institusi keluarga...

Apa-apapun doaku buat kalian semoga kalian akan sentiasa bahagia dan berjaya di dunia sampai akhirat...insya Allah...

Dan awak-awak, maaf sebab ambil gambar dari fb tanpa pengetahuan kalian...niat akak sekadar ingin berkongsi kegembiraan dan meraikan kebahagiaan kalian dengan sesiapa sahaja yang mungkin terbaca entri ni...

Mudah-mudahan doa dari semua yang membaca entri ini akan lebih menjadikan ikatan kalian lebih di redhai...bukankah mulia dan lebih diredhai andai ikatan pernikahan itu disusuli dengan doa dari orang sekeliling...lebih berkat kata orang...walaupun mungkin tak dapat hadir majlis kalian, bukanlah semestinya orang itu tidak mendoakan, mungkin terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan dari menghadiri majlis kalian...doa dari jauh sahaja...

Akhir kata i'm happy for u...untuk semua sekali... (",) Barakallah...

Love,
Anything About You_Niyaz Arumi
4 June 2013
5:43PM
Saranghae
NA


Tahniah Kak Is & Pasangan (Kawan Kerja Dulu2)







Tahniah Bob & Amani (Classmate Unisel)






Tahniah Sha & Rashid (Classmate Unisel)






Tahniah Pika & Pasangannya (Coursemate Unisel)






Tahniah Aza & Pasangan (Coursemate Unisel)






Tahniah Sya & Pasangan (Coursemate Unisel)




Tahniah Lieza(Mek) & Pasangan (Classmate Unisel)







Tahniah Yana & Pasangan (Classmate Unisel)






Tahniah Suzie & Pasangan (Classmate Unisel)



psttt : ramai kan? semua majlis ni dekat2 tarikhnya, dan tak dekat sangat...jadinya akak tak dapat hadir...apa pun doa sentiasa ada buat kalian... tahniahh lagi sekali eh...


p/s - Dan ada lagi seorang rakan yang berkahwin, tapi aku usha dalam fb dia, takde gambaq kahwin...takpe2,apepun Nazliah dan pasangannya, aku tetap doakan kalian bahagia dunia akhirat...amin... (",)


Wassalam...




























CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...