Showing posts with label #March. Show all posts
Showing posts with label #March. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Asam Pedas

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

K tau, lama dah tak update blog.
Entah la, rasa tahun ni memang penyakit M tu sangat memberat dalam hati. (Hurm untuk hapdet blog je la, benda lain tak boleh biarkan penyakit M ni menguasai diri.)

Sebagai seorang muslim, harus sentiasa bersemangat dan rajin ! Yes!

Tak ada apa nak cerita sangat dalam entry kali ini, cumanya nak share resepi 'Asam Pedas'.
Terjebak sangat, sampai kan dalam seminggu tu, mesti nak kena masak lauk ni.

Saya tak ada lah pandai masak, tapi apa orang jawa kata "Practice Makes Perfect" ..
So, walaupun awak tak tahu masak, dengan berkat usaha dan rajin, insya Allah, sedap tu.
Sambil masak ye boleh berzikir, berselawat, itu tips makanan jadi lebih berkat dan sedap. ^-^

Ok, taknak bebel banyak dah.

Jom mula.

Bahan-bahan :

Bawang merah (3-4 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (1 inci)
Kunyit Hidup (1 inci)
Belacan (Sedikit)

(Semua bahan diatas, sila tumbuk pakai lesung batu. Nak blend pun boleh. Tapi tumbuk lagi best rasa nya.)

tadaaa, gini lah rupa bila dah ditumbuk ye



Cili boh (Dalam 5 sudu besar)
*optional ye, lagi banyak lagi best.

cili boh, tapi nak buat cili sendiri pun boleh


Asam jawa (Nak pakai asam keping pun boleh, saya lebih suka asam jawa)
Air masak (Secukupnya)

Bendi
Daun kesum*
Tomato*
Serai*
Bunga kantan
Ikan (terpulang nak pakai ikan apa pun)

ni ikan jenahak kot ye.


(untuk yang bertanda *, kadang-kadang saya letak, kadang kala tidak. Tapi lagi bagus masak, biar cukup bahan. Ye tak. )


ini bahan sampingan ye.

Cara-caranya :

1) Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.


2) Masukkan cili boh. Masak sehingga cili tu garing. (Sampai pecah minyak). Masukkan serai yang dah diketuk. (*Tihee dalam gambar takde gambar serai, sebab saya lupa nak masukkan.)



 3) Kemudian masukkan air masak secukup rasa. Ataupun masukkan air asam jawa. (Nak masuk pes asam jawa pun boleh je. Ikut suka awak.)


 4) Kemudian masuklah ikan supaya dorang dapat berenang dalam kuah asam pedas tu.


5) Masuklah bendi, bunga kantan dan tomato. Garam, gula secukup rasa. Tadaaa.. Dah siap ye anak-anak. 





Oke, kita dah boleh makan sekarang ni. Nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah roti pun boleh. Selamat mencuba.

Kira bolehlah resepi step by step Asam Pedas ni. Gigih tau semalam kita sambil masak, sambil snap picture, semata-mata nak share dengan korang. (Heee ayat mintak simpati. Hehe)

Orait, sekian untuk entri kali ini.
Maaf kalau ada sebarang kekurangan.
Terima kasih atas perhatian.

Jaga iman, jaga solat.
Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati.
Insya Allah.


~ Yani Hamshah ~




Monday, March 17, 2014

Diet. Diet. Diet. (Kebenaran tak akan pengsan)

Assalamualaikum.


Hanya entri yang pendek tak berapa pendek.
(Tajuk entri tak boleh belah, serupa trademark PAPA ZOLA) *tepuk dahi*

Semalam aku ada copy gambar aku (2 tahun lepas) daripada lappy ayah transfer ke 'hengpon' aku la kan.
Yang tak boleh belah nya, aku seakan tersentak tengok gambar dulu-dulu.
Serius la weh, kenapa tak ada siapa yang tegur aku dan beritahu aku gemok masa tu? *Menangis k tengok gambar tu.* (Habis ni sekarang bajet nak bagitau orang kau dah kurus lah Yani eh?) Oh tak! Tak! 
Aku cuma nak bagi semangat pada sesiapa yang ada baca blog aku ni (kalau ada lah kan, kalau takde, ....hehehe. Biarkan, malas nak fikir.) Kalau ada yang nak menurunkan berat badan. Awak boleh lakukannya! Percayalahhhhh!

Sebagai contoh, awak sekarang ini mengalami masalah berat badan seperti saya di 2 tahun lepas :

disember 2012~

dan juga tembam seperti ini :


raya 2012~

Tapi untuk menurunkan berat badan, awak pasti boleh.
Asalkan awak ada semangat yang kuat untuk turunkan berat badan anda awak. (Amenda ayat aku, kejap awak, anda lah. Heee..)

Aku masa ni, memang makan pakai balun je apa yang aku nak makan. Padahal Rasulullah sendiri sudah pesan, ambillah makanan itu secara sederhana. Sobs. (Zaman jahiliah, banyak benda aku tak tahu, aku tahu tapi tak nak amal. Ini padahnya.)

Oke, dipendekkan cerita, tahun lepas, aku ada mendapat penyakit yang misteri.
Apakah sakit yang misteri itu?
Wallahu'alam. Allah saja yang tahu.
Yang pasti takdir itu sangat menyedarkan aku. 

Jadi aku mula membuat keputusan untuk menurunkan berat secara perlahan-lahan dengan cara menjaga pengambilan kalori setiap hari. Serta mengambil oats dan susu setiap hari.
(Doktor cadangkan, kita ikut je lah)

Berat turun juga. Jadi seperti ini :

aku tau tak banyak yang turun pun. :p (september 2013)

Dan seterusnya aku amalkan diet atkins. (Mencabar kesabaran sebenarnya diet ni.)
Korang boleh tengok entri aku yang sebelum ini tentang diet ini lah.
Saya boleh? Boleh awak, boleh. Awak pun boleh! :)

Aku start bulan November 2013, dan adalah penurunan walau tak banyak.


Januari 2014 (bolehlah dari takde kan?Apa pun semua dengan izin Allah, kalau Dia tak izinkan, tak juga turun berat aku ni.)

Dan sekarang lebih kepada menyeimbangkan berat. Haha seimbang sangat, padahal aku patut turunkan lagi 9 kilo untuk capai BMI normal. Huuhu..

latest la. (bulan Mac) susah nak turun lagi.~

Dan sekarang, aku masih berusaha untuk turunkan lagi berat.

Ada orang suruh aku stop, sebab kata jangan kurus sangat, nanti tak cantik. (Hukhuk, akak, kita nak turunkan berat bukan sebab nak suruh orang nampak kita cantik ke apa. Tak nak, kita kalau boleh biar aje orang pandang kita gemuk lagi.)

Sebab apa?

Sebab nanti kalau tak, mesti kita bedal je nak makan segala-galanya. Segala-galanyaaaa. Huhu.
Nanti tak jaga pengambilan makanan. Huhu.

Ada juga seorang aunty ni cakap pada aku, awak pakai la baju kurung, mesti nampak cantik.

Bulat mata aku dengar. Maksud dia, suruh aku pakai baju kurung yang macam orang kurus selalu pakai. (Maksudnya kalau saiz badan kita M, pakailah saiz M, buat apa pakai baju saiz L. Macam baju pinjam)

Sebab hari ni aku pakai jubah tu. (Dalam gambar atas ni). Aunty tu kata, awak dah kurus, tapi baju besar. Jubah ni saiz L, alahai tapi yang L ni yang selesa, nak buat camna?

Hehe aiyo aunty, dah namanya jubah, mana boleh saya pakai jubah ikut bentuk badan. 
Ada juga kena kejar dengan parang nanti. (Ayah suka perli "Yani tak ada baju kecik lagi ke?")

I tak suka kena perli dengan ayah gitu. Haha, lagipula, aku seorang muslim, ayah ibu, ustaz ustazah semua orang yang berkenaan pun dah cukup bagi ilmu agama pada aku. Seorang wanita wajib menutup kesemua auratnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan. (So, aku tengah berusaha ke arah itu.) 
Tak sanggup menanggung kemurkaan Allah.

Dan KESIAN pada ayah dan bakal suami aku nanti (ini tak ada lagi, tapi tentulah aku pun tak nak satu hari nanti hubby aku tanggung dosa aku. Kata sayang, tapi takkan nak tarik depa masuk dalam nereka.) Maaf kita tak sanggup. T.T

Dan oh ye, ye, sekarang ini aku amalkan diet, ikut sunnah Rasulullah.
Tiap pagi aku akan minum se mug air madu. 
Makan oats, makan roti wholemeal sekeping dua. Makan kurma. Minum susu. (Ini menu wajib setiap hari)

Yang lain-lain? Ikut pada keperluan diri.
Tapi bukan berlebih-lebihan.
Menu tambahan, biasalah kan, sayur ke ayam ke ikan ke, roti yang ada inti ke.
Makan kek ke. Makan bubur kacang ke. Makan durian ke. Makan kuih ke.
(Ini semua aku bedal, tapi tak banyak pun. Takat rasa orang kata. Nak bagi tak kempunan.)

Mula-mula memang 'melantak' habis lah. (Adoi ye, bahasa kasar memang melantak, bedal je)
Naik 4 kilo. Kbai.

Eh jangan belum bai lagi.

Lepas seminggu turun balik 2 kilo. Hehehe. (Yang ini disertakan dengan senaman)

Berat aku sekarang? Tak payah tahu lah. Haha. (Kan dah kata 9 kilo nak kena turunkan.)

Yang penting setiap hari aku dapat makan oats, minum susu. 

Habis tu Diet Atkins apa cer?

Erk entah lah, mungkin aku telah mencampur adukkan segala jenis diet.
Yang pasti, bila makan tak ada nak lebih-lebih sangat.
Senaman setiap hari (Kalau ada masa).
Ikut sunnah pemakanan Rasulullah. (Siapa tak nak pahala kan? Ikut sunnah nabi...Pahala dapat, kurus dan sihat pun dapat.) erm credit to kak Inaachik sebab ada satu entri yang menyedarkan aku untuk turunkan berat badan, seterusnya amalkan makanan ikut sunnah nabi. :)

Kalau tanya aku pasal diet atkins ni, aku ni terus melompat pergi fasa 4 gamaknya. Hehehe.
Heee takpe, makan oats pun berat turun. Cuma lambat. Jadi kita 'watlek' kita 'watpeace.' 


Nampak tak entri ni tak pendek sebenarnya.
Ok, tak apa, dah nak habis cerita pun ni.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ini atau email di sini :
( norzayani22@gmail.com )

*ahh Yani, kau bajet kau famous la siap letak emel bagai? Huhu.. T.T
Wahhh takkk tak. 

Dengan akhir kata, mohon maaf kalau ada segala kata yang mengguris hati korang dalam entri ni.
Kalau ada sebarang teguran, boleh email ya. :)


Selingan: 

Mohon supaya Allah sudi bantu kita dalam keadaan susah (diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan peristiwa seperti jerebu, kehilangan pesawat, kemarau, anak muda yang kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah berlebihan, dan bermacam-macam lagi ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita setiap hari.)

Mohon doakan bersama keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Mohon doakan supaya Allah sudi lindungi negara kita dari sebarang ancaman anasir-anasir jahat.
Mohon doakan supaya setiap dari kita akan dijauhkan dengan fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.
Mohon doakan supaya adik-adik kita, tidak lagi terjerumus dalam sesuatu perkara yang tidak berfaedah yang memudaratkan.
Mohon doa supaya Allah memberi kesedaran dalam diri kita untuk tak terus leka dengan dunia.
Mohon doa supaya Allah ampunkan setiap dosa-dosa yang kita lakukan.
Mohon doakan supaya satu hari nanti, kita mati dalam keadaan husnul khotimah.
Mohon doakan yang baik-baik saja.
Aamiin.

Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah
17 Mac 2014

Sunday, March 9, 2014

Biskut Weetameal calit Nutella memang sedap!

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ini benar-benar nak jadikan entri yang sangat pendek dalam penubuhan entri-entri sebelum ini.

Siapa pernah makan biskut ini ??
 
saja aku besaqkan gambaq dari saiz selalu. ~


Haaa apa dia? Tak suka makan biskut macam gini?
 Adoi, janganlah macam ini pun.
Makan lah, makan lah, makan lah.
Sedap. Masya Allah, tak reti aku nak gambarkan sedap macam mana. (Oke, Yani, toksah poyo sangat, nanti orang tembak kau! )

Sebenar-benarnya nak beritahu, biskut pakcik Jacobs dipalitkan dengan sesudu nutella hazelnut ni, ya rabbi, sedapnya, masya Allah, subhanallah.

Aku merayu ni (ehh gila ke apa Yani?), hehe takdelah. Korang try la.
Dijamin, memang sedap.

Calit calit calit cenggini...



ngappp! sedap~

Tadi sesambil aku nak membaca sebuah buku, aku telah mengambil 2 keeping biskut ini lalu aku calit-calit nutella ini. (Eh Yani, hang diet kan? Amende biskut nutella segala?) *erm derhaka kejap, takpe, badan aku, suka hati la kan. Lagi bukan aku makan sebaldi dan setong biskut calit nutella ni. Jadi, aku maafkan diri aku sendiri. Haha, kbai.


makanan best, buku best, hari ahad ni memang bestlah! ;) bahagia.


Oke, tadi janji entri pendek kan.
Pendek lah ni kan? Tak panjang kan?
Lagipun I nak keluar sat lagi, nak celebrate enibeseri abang dengan kak ipaq I. (Kakak2 abang-abang ipaq yang lain busy. Tidak join sekali. Sobs. Adik aku pun tak balik. Sobs lagi.) T.T

Eh azan Asar sudah berkumandang. Aku memang kena stop ni.

Tengkiu korang sudi baca entri mengkarut ni.
Jaga diri baik-baik.

Wassalam.

Norzayani Binti Norhamshah
16.37 PM.

Friday, March 7, 2014

Bersabar saat diuji...

Dunia terus berputar ditadbir Allah,
Manusia semakin rakus mengejar dunia.
Buat insan yang berlari mencari Allah,
Dia sering merasakan dunia seakan jijik,berlumpur dengan kekotoran.
Buat manusia yang memburu kenikmatan dunia,dia berasa dunia inilah syurga!

Ketahuilah, segala apa yang terjadi semua sudah diatur. Kita punya perjanjian sebelum roh dilayangkan pada jasad.

Ketahuilah, kebiasaan yang terjadi tanpa rela itu, Allah menilai di saat kita menerima segala ketentuannya dengan tabah dan redha.

Ketahuilah, Allah beri setiap kedukaan di dunia, demi bahagia di akhirat kelak.

Sedarlah dunia ini semakin tenat,semakin membusuk dengan dosa yang dilakukan manusia.

Andai manusia dicabar, bercampurlah kemarahan dan sakit hati.
Andai kita mencabar Allah, dengan kalimah 'Kun fa yakun', kita boleh hilang sekelip mata menjadi debu yang kotor tak berguna dengan kekuasaan Allah.

Seandainya kita merasakan diri teranaiya, Allah sentiasa dekat dengan kita. Ketahuilah, Allah Maha Penyayang, menugaskan malaikat menjaga kita.

Wahai manusia,kenalkah kamu pada malaikat Kiraman Katibin?
Kiraman ertinya yang mulia,
katibin bererti mencatat.
Malaikat kiraman katibin adalah malaikat mulia yang mencatat amal manusia.

Berkenalanlah dengan malaikat kiraman katibin kerana mereka ditugaskan Allah menjaga kita sehingga hari kebangkitan,walau sesudah kita mati!

Ketahuilah di dunia ini, di akhir zaman ini, keadilan semakin pudar dan hilang.
Ketahuilah, Allah menguji kerana Dia rindu. Sedarlah! Dia rindu tangisan kita memohon, merayu, bersujud kepada-Nya.
Berdoa, menangis meminta pertolongan,bantuan.

Sedarlah wahai roh yang ada pada jasad!

Allah menjadikan dunia ini indah pada zahirnya.
Tapi Allah menzahirkan sesuatu yang tidak enak terhadap manusia yang terpilih.

Kerana dunia adalah tempat untuk mengumpul 'harta' dijadikan bekalan ke sana.
Ketahuilah wahai manusia yang tiada kesedaran, kerana kamu sedang mengejar sesuatu yang tidak memberi makna langsung di kehidupan di sana.

Wahai roh yang berada di jasad, ketika diri sudah letih dengan ancaman dunia, penipuan, pembohongan, kezaliman, ketidakadilan, kekejaman,
Jangan dikau berhenti berdoa meminta ketabahan, kekuatan ditiup di dasar hati, di seluruh urat saraf dan anggota badanmu.

Andai dirimu teranaiya, bersabarlah. Menangislah di depan Penciptamu, mengadulah kesedihanmu di depan-Nya.
Semoga Dia memilih kita untuk menjadi penghuni di syurga-Nya kelak. Di Jannah.
Buat musuh-musuhmu, biarlah Allah yang membalas setiap yang mereka lakukan padamu. Bertawwakal dengan hati yang tenang.

Allahumma aamiin...

Norzayani Norhamshah,
22.27
7 Mac 2014

Thursday, March 6, 2014

Atas Nama Cinta


 
Assalamualaikum.

Selamat pagi hari khamis.
Curi sat masa kerja ni update lirik lagu ini, memandangkan ia hanya copy dan paste, so memang tak ambil masa yang lama.


Minggu lepas, pergi mana entah tak ingat, dalam kereta, terdengar satu lagu dekat radio IKIM, eh macam best je, macam sedap je. Liriknya sangat terkesan dekat jiwa aku la. (Jiwa orang lain aku tak tahu.)

Dan hari ini baru aku teringat, download, sambil buat kerja, sambil dengar lagu ni. Ehem ehem. Best.

Lagu ni dah lama kot, tapi aku je baru sedar kewujudan lagu ni.
Sebab dalam lagu ni, suara Fitri Unic ada lagi, sekarang kan Fitri dah nyanyi solo.
Tapi apa pun, dari aku sekolah, sampai sekarang, Unic adalah salah satu kumpulan nasyid fevret aku.
Selain Hijjaz, Raihan, In-Team, Mestica dan sebagainya lah. =)


So, selamat mendengar (Eh sila download atau cari di YouTube, haha kejam Yani!).

Oke, apapun ia tersangat sesuai buat kaum adam dan hawa yang sentiasa ingin menjaga hati supaya tak terus terleka dengan cinta sebelum bernikah. (Kebiasaannya memang selalu alpa, sebab itu dianjurkan bercinta selepas nikah.)
Sesuai untuk didengar oleh remaja (adik-adikku) masa kini, supaya fokus pada pelajaran, mak ayah awak lebih penting. Awak tak akan kisah kalau orang tak sayang awak, asalkan awak tahu Allah sentiasa dekat dengan awak, dalam hati awak. Awak kesunyian sampai hujung nyawa pun awak akan redha, sebab awak tahu Allah akan beri bahagia untuk awak di akhirat nanti. Put your trust in Allah.

Tapi jangan lah pulak cop orang yang macam ni berlagak bagus pulak. (Husnuzon ye adik-adikku sayang) Bila awak dapat rasa sesuatu yang indah selain dari cinta manusia, awak akan tahu apa yang akak cuba nak sampaikan. Dan awak akan setuju dengan setiap bait lirik yang ada dalam lagu ini. Oke? Oke? Oke?

Nah, silakan menghayati lirik yang sangat bermakna ini :
 
(Atas Nama Cinta)
 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

 

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Sumber : http://liriknasyid.com

*Terima kasih, jaga diri. Ana uhhibukum fillah Abadan abada.~

Saturday, March 1, 2014

Aku susah berdiet, Herbalife dapat nama? Huhu...

Ya, aku susah payah berdiet, Herbalife pulak dapat nama. Mana aci?!
Weeee Sabar Yani, S.A.B.A.R.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat morning.
Mana ada marah pun pagi-pagi ni sabetu ni.
Al kisahnya aku teringat perbualan di antara adik aku dengan aku masa kitorang beli Burger Kinggggh semalam tadi. (Semalam tadi? ehheee curi ayat Alisya lah. :p)
Gini aku ringkaskan ceghitanya dan aku buang mana tak perlu :
Aku: Sedapnya aiskrim tu! (Adik aku tengah makan aiskrim 80sen kat Burger King tu)
Syukri: Memanglah sedap, lagi sedap dari MCd.
Aku: Untunglah hang boleh makan aiskrim!
Syukri: Kenapa pulak? Bukannya haram.
(Gitu pulak jawapan dia. Senget sungguh! Aku tercabar lah oi sebab aku dalam fasa TAK BOLEH MAKAN AISKRIM! get it? hehee. )
Aku: Lah, memanglah halal, siapa kata harammm.
Syukri: Minum herbalife eh?
Aku yang tengah blur : Eh siapa?
Syukri: Awak minum Herbalife eh? You? (Huyooo ber you you pulak adik aku ni!)
Aku: Eh mana ada! Aku mana kaya nak minum Herbalife. Mahai tau dak?
Syukri: Yeke mahai? Bukan satu shake RM 5.00 ke?
Aku: Eh yeke? RM 5.00? Biar betul hang? (Serius aku tak tau.)
Syukri: Entah tak tahu.
(Sengallllllllll!!!!)
Sabar sajalah. Gitu lah perbualan kami. Lepas tu aku memang borak panjang, aku kata kat dia, aku diet Atkins. Aku tak berani nak ambil mana-mana product untuk turunkan berat aku ni. So pilihan aku, clean diet~
Aku rasa, korang tau kot aku amalkan diet Atkins. (Perahsan mat labun betol. Tiheee)
Eh korang hari ni dah 1 Mac kan? Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, 4 bulan 1 hari sudah aku berdietttt. Berapa banyak turun? Entah malas nak kira kilo. (Hahaha padahal stress sebab berat dah sangat susah nak turun.) Cuma, syhhh syhhh nak beritahu ni, dah masuk lah angka 5. Cuma berat ideal tu ada banyak lagi kena turunkan.
Nak dijadikan ceghita, permulaan aku diet, tersangatlah pemalas tahan ular sawa kekenyangan.
Kerana apa???
Kerana jarang-jarang sekali aku bersenam.
Alhamdulillah, turun jugak berat. Tapi memang aku jaga karbo, tak ambil lebih.
Part malas ni, please korang jangan sesekali mencontohi aku. Sebab aku takut nanti, berat akan mudah naik bila korang dah pilih untuk berhenti diet ni. (Sebenarnya pengambilan makanan sehari-hari kita, sampai bila-bila pun kita kena tengok kebaikan atau keburukan nya kan?)
Jangan pakai bedal je, sebab badan kita ni pinjaman dari Allah, then you kena pandai jaga amanah yang Allah berikan.
Bila berat aku dah capai saja angka 5, aku memang terasa ringan sikit dari sebelum ini.
Dan apabila badan tak terasa berat, jadinya memang tiap-tiap malam aku akan workout. (Since hang balik kerja sampai rumah dah pukul 7, memang taklah hang nak berjoging bagai kat taman dan sebagainya kan? kan? kan?)
Senaman aku mudah je, aku selalu ambil masa lepas solat isyak. (Utamakan Allah ye anak-anak walau awak nak buat apa. Ajal maut kita tak tahu datang bila, kotlah tengah bersenam tetiba malaikat Izrail datang nak cabut nyawa, tapi awak tak solat lagi. Malaikat mana ada nak tunggu kita. So, masuk waktu, anak-anak ye sila solat.)
Kebiasaannya aku akan ambil masa 20 minit sahaja untuk senaman, takpe walau kejap, asalkan korang buat hari-hari. Yang penting masa bersenam tu, lakukan betul-betul.
Pengalaman aku, sebelum ni, kalau berlari ke, buat jumping jack ke, squat ke, sit up ke, amenda sebagainya ke memang cepat pancit.
Tapi bila dah hari-hari buat, kita akan rasa eh cepatnya dah 20 minit, macam tak cukup je masa. (Benda ni tak kisah, kalau korang nak buat lebih dari 20 minit pun lagi digalakkan.)
Cuma aku lah hanya ambil 20minit, sebab aku selalu bersenam dalam rumah ni sekitar pukul 10 malam. (Huuuu, gila lewat kan? Yes yes, tanggungjawab lain pun ada juga yang kena kita dahulukan. Bila semua dah settle, baru boleh bersenam dengan hati yang gumbira)
So hari-hari, senaman aku adalah begini :
1) Berlari setempat, buat regangan tangan & kaki (Senaman panaskan badan dulu)
2) Lompat bintang (50 Kali) (Peluh time ni, malu-malu lagi nak keluar.Haha.Teruskan!)
jumping jacks~ senaman fevret ni weh~
3) Gerakkan kaki. Ikutlah macam mana cara yang selesa. (Aku jarang berhenti, sebab tak nak rasa penat sangat. Kalau kita terus berhenti, penat tu memang akan terasa sangat-sangat.)
4) Squat (20 kali). Penat serius wa tak tipu. Memang terasa urat otot semua sedang bekerja keras!
Begini ye Squat~
5) Melompat (40 kali) Macam aku cakap, aku tak berhenti. Direct 20 minit punya senaman ni.
6) Berlari setempat sampai aku terasa letih dengan keadaan kaki diangkat tinggi.
(Haaa mesti korang tak faham kan? Aku pun tak reti macam mana nak terangkan. Tapi gini, bila berlari setempat tu aku akan angkat kaki tinggi-tinggi. Elakkan berlari memijak tumit ya, sila berlari menggunakan hujung jari kaki. Kepenatan itu tak akan terasa sangat.)
7) Sumo squat (20 kali). Masa ni peluh korang memang dah akan tak malu nak keluar. Biarkan ye.
8) Lompat bintang lagi (50 Kali) atau bilang sampai berapa banyak yang korang larat.
9) Plank (Bertahan sampai korang rasa puas hati. Cuba tahan untuk seminit dulu.) Yang ini aku cakap lah, serius peluh korang akan keluar banyak gila. Sebab dalam banyak-banyak senaman, inilah yang paling mencabar minda dan otak aku dalam berfikir. Betul! (Sebab biasanya kalau aku fikir tak larat, memang lepas tu aku akan tak larat. Haha so mind set pada situasi ni sangat penting!
ini contoh kalau korang tak tahu~

10) Berlari setempat. Tapi tak payah nak aktif sangat ye. Sebab aku dah nak habis senaman ni. Lepas itu, breath inn breathhh outttt. (3 Kali)
Settle 20 minit aku!!!
Walau apa pun, ingin aku tegaskan di sini, ini hanyalah pengalaman/cara aku. Dan korang boleh buat senaman pelbagai gaya yang korang boleh google sendiri. (Ini berdasarkan apa yang aku buat.) Dan aku baru jugak buat senaman style gini, sebab sebelum ni malas, sekarang ni baru rajin. Semenjak berat susah nak turun.
Tak adalah kurus sangat pun aku ni, sebab aku belum habis diet. Masih menjaga pengambilan karbo setiap hari, di samping minum air masak banyak-banyak dan bersenam hanya 20 minit sehari.
Jadinya tak nampaklah sangat badan dah susut. Plus pipi aku pulak bukan jenis yang mudah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi biarkan sajalah eh.
Oh lupa, hari ni aku dah masuk fasa 2. Sungguh tak sabar aku nak makan kacang badam, gajus, buah strawberry dan juga buah tembikai susu. (Eh bukanlah aku nak makan sederap gitu, masih jaga karbo untuk seminggu ini sebanyak 25gram satu hari. Yeay!)
Badan aku ni dah boring dengan fasa satu, so up to phase two. Ades nak kena study pasal fasa 2 diet ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Aamiin.
Orait korang, apa saja pengalaman aku mengenai sepanjang perjalanan diet aku ni, mana-mana yang tak elok tu, jangan ikut, korang boleh buat lebih baik dari aku. Yang penting korang kena kuat!
Jaga juga pengambilan kalori dalam sehari untuk permudahkan berat korang turun ye.
Sekian dulu untuk entri berkenaan diet atkins ni.
Terima kasih sudi baca entri ini.
Kalau ada yang korang terasa ke apa-apa, minta maaf eh.
Take care, sekian. Wassalam.
Anything about you,
Norzayani Binti Norhamshah
10.49 am
1 Mac 2014.
Eh jap, nak belanja gambar sikit. Gambar before and after lah kengkonon, walau takdelah banyak mana pengurangan. ;)





2013-2014

Thursday, March 21, 2013

Izz Zhufira Aisyah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Ehe seperti yang dikatakan pagi tadi,entri baru menyusul...
Alhamdulillah,diberi kesempatan...
Ahem,tajuk entri nama orang...

Siapakah gerangan Izz Zhufira Aisyah itu?

Eh chop! Chop!
Lupa nak habaq pada hangpa,kakak cek selamat melahirkan baby girl jam 11.28pagi tadi...em apa tarikh hari ni 21.03.2013? (cantiklah tarikh,jelous iuolss)

Baby girl itu seberat 3.2kg...
Selamat dilahirkan di Hospital Sg.Buloh...
Tomey bambam! Geram!

Aku tanya kat kakak aku,"sape name baby weh?"

"ahhhaaa mana boleh! rahsia!"
Stress je aku...

Pujuk punya pujuk,aku kata kat kakak aku,"bhai tolong r weh,tolong r bgtau,aku nak letak dlm blog okeh?"
Sekali dia bagitau "Izz Zhufira Aisyah"...

Hahaha jauh sangat dengan sangkaan aku,"Iman Syahirah"...

Ouh tak apa,erm tapi sebenarnya,nama ni tak confirm lagi...
Nak kena bincang dengan husband dia katanyaaa...

Jejadinya selagi belum buat surat beranak,selagi itulah kami panggil dia nama-nama manja gitu...Baby ke,yayunk ke,darling ke,mucuk ke,apa-apa je lah dulu...Hehe...

Oke,baby ni adalah cucu atok dengan wan yang ke 6...
Alhamdulillah,rezeki Allah bagi tu...

Insya Allah bulan 10 nanti,akan ada cucu yang ke 7... :-)

But still,aku tak percaya kakak aku dah selamat melahirkan,cuba korang bayangkan,semalam kitorang boleh pergi jalan-jalan dekat Tesco,lepas tu jalan-jalan dekat Setia City Mall,makan Carls Jr.
Aiyoyo,pagi tadi aku baca text kakak aku tu,dia kata sakit-sakit...
Aku tanya dia,sakit macam mana?
Sakit macam senggugut katanya...
Lepastu kata dah ada keluar darah sikit-sikit...Makkkk seriau aku...
Terus suruh dia pergi hospital...
Lepas tu aku tanya sakit sejak bila,dia kata sakit sejak pukul 3 pagi tadi...
Ohhh pukul 3 pagi?Aku belum tidur lagi kot...
Mesti kakak aku tu tengah tak boleh tidur kan...

Ok,yang aku tau diorang sampai hospital dalam pukul 8 pagi kot,bebajetlah baby tu kuar petang ke hape,sekali abang ipaq bagitau 11 lebih,baby dah selamat dilahirkan...

Subhanallah! Alhamdulillah!
Sesungguhnya kuasa Allah itu teramatlah besar...
Takbir! Allahuakbar!

Ahem,apa pun terima kasih ye buat semua yang mendoakan kakak ku itu...hanya Allah saja yang dapat membalasnya... (",)

Terima kasih sudi baca entri ni...

Maaf kalau ada silap dan salah dalam berbahasa...

Take care...

Wassalam... :-)

Anything About You,
Niyaz Arumi
21/03/2013
Love
Saranghae

*gambar baby untuk tatapan pembaca blog terchenta! (bajet ramai sangat lah bace ye yani? Ehe perasan takpe kan? Tak kena bayar kan?)

*satu terselit gambar semalam kakak aku tengah berjalan-jalan...haha...






Jatuh Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Selamat berpagian dan salam sejahtera...

Ewah dah macam nk bagi speech pulak pagi ni...
Dan ya,setelah sekian lama tak letak entri baru...sesungguhnya rindu pada blog picisan ini sungguhlah menggebu...adui ayat jiwa2...(tau lah tajuk entri begitu...)

Ahem sebenarnya tak terfikir pulak nak update hari ni,selalunya banyak benda nak post,tapi kerap tangguh,tangguh dan tangguh...walauweiii tahap malas bertubi-tubi menyerang...eheee...

Ahem tajuk entri 'Jatuh Cinta' katanya...Dengan siapa?Bila?Bagaimana?Kenapa?

Oke pada aku simple je,jatuh cinta tu subjektif,iaitu terpulang pada penaklukan pemikiran korang masing2...

Aku update 'Jatuh Cinta' punya entri,punya status,punya tweet,bukanlah semestinya bererti aku sedang dilamun cinta sebagaimana kotak pemikiran anak2 muda zaman sekarang...(Iya dik,akak ni kuno gila!Bercinta?Erk akak rasa,awak2 lagi terror bercinta dari akak kot...)
Kerana kisah cinta akak dolu2,ada 2hari,4hari,3bulan dan 1bulan...(aha korang mesti nak kata akak ni gila ke hapa?)
Oke,tak kisahlah korang nak cakap akak ni tak betul,sebab akak sendiri tak pasti yang dulu punya kisah tu bebetul cinta,atau sekadar budaya ikut2an kengkawan...orang nak ada pasangan,akak pun nak jugak...
Haha...kelakar sahaja kalau bercerita tentang love story dulu2...erk tapi kesemua kisah tu kisah sedih,banyak nangis tapi bukan meraung...menangis sekejap,then jalani hidup seperti biasa,ahem dan sekarang bila fikir semula,itu tanda bukan cinta sejati yang diredhai...
Dan cinta hati akak tu,biarlah untuk hanya bakal suami akak...
Couple?Oh no!Jujurnya akak ni kurang percaya dengan kaum adam,banyak sangat kali terkena terpalit kisah duka,buat akak lebih berhati-hati...
Sebab itu akak pernah mohon ibu dan ayah supaya carikan jodoh untuk akak...(Well,walau tak mudah,tapi akak sangat percaya dengan kuasa Allah,kalau ikhlas kerana Dia,urusan itu akan menjadi mudah...)
Jadinya dengan umur akak sekarang ini,sudah tentu tiada masa untuk bercinta ya sayang...
Dan jadinya akak terhadkan cinta untuk yang dah sah bergelar suami...
Ehee sweetkan kalau bercinta lepas kahwin (erkk ayat penyedap hati,padahal dah 2 kali mimpi orang nak masuk minang,jantung dup dap tak boleh handle dalam mimpi tu...takut semua ada...)

Arghhhh adik2,apalah yang akak merepek ni...?

Oke kita tutup cerita tentang akak punya future husband kesayangan yang masih tak tahu lagi siapakah gerangan orangnya...

Oryte2,sebenar-benar,sejujur-jujurnya yang jatuh cinta itu adalah dengan Rancangan Variety ramai iaitulah "Running Man"!!!!

Oke,Running Man tu dah lama,kenapa baru nak jatuh cinta?Kuno k akak ni...

Haha adik,akak memang dah lama jatuh cinta dengan Running Man,cumanya baru sangat jatuh cinta dengan SpartAce Couple!
Orang lain dok sibuk Monday Couple,aku sibuk SpartAce Couple...

Wihihiii,haruslah,sebab aku rasa Jong Kook oppa tu comel2 je kalau dengan Ji Hyo...
Hehe...dan yang aku jatuh cinta nya jugak adalah kerana abang Jong Kook itu tersangatlah kiutnya,mata sepet,senyum comel,badan taf (aippp apa ni macam ni tak elok tau!)
Oke badan taf,tapi bila menyanyi,alahai abang Jong Kook,comelnya suara abang,saya suka!
Hehari nak dengar abang nyanyi lagu Sarang Surowo dengan All Man Are Like That...Jatuh cinta wooo!

Dan ohooo MV All Man Are Like That ada abang Joong Ki kan?! Giler awesome! Melt sebentar...hihi...

Ehem semalam lah aku jenjalan,hajat dihati nak cari album baru Kim Jong Kook oppa (Journey Home),but so sad...tak ada! Sedih,mana nak cari ni bang oi? (eceyyy bajet ayat gitu macam la da lama kenal...perahsan3)

Oke,alahaiii punyalah suka dengan abang Jong Kook,punyalah jatuh cinta,tiap2 malam tengok Running Man!
Oh man! Really crazy!

Ahaaa sudahlah itu,aku nak menutup kegelongan 'mencintai' Commander Running MAn itu...
Kita tutup ajelah perbincangan kita setakat ini ye...

Bakal menyusul:-
Entri tentang Meh,Sandar Pada Aku(Review novel) aku dah habis baca,sumpah best gila! Tahniah Aifa Batrisya... :-)

Dan entri Menunggu Kelahiran Kesayangan Baru...(kakak aku tengah berjuang untuk bagi kami anak buah lagi...mohon doakan dia and baby dia k,moga semua berjalan lancar...)

Dan terima kasih daun keladi,baca entri baru akak ni,dan lain kali jemputlah ye datang baca lagi...

Maaf kalau ada segelintir ayat yang mungkin menyinggung hati...
Take care...
May Allah bless us... :-)

Anything About You,
Lovey Dovey,
Niyaz Arumi
21 March 2013
Saranghae...

#Punyalah suka,dan tengoklah gambaq Jong Kook oppa kesayangan saya ni... :-)

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...