Showing posts with label #Love. Show all posts
Showing posts with label #Love. Show all posts

Saturday, January 30, 2021

#Lyrics Katakan Saja



***

Kau datang padaku

Dengan pesonamu...

Kau datang padaku

Mencuri hatiku...

Seringkali ku kau buat aku

Tuhan tolonglah 

Kuatkan aku...

Hati ini tak sanggup menahan rasa

Izinkanlah aku ada di hidupmu.....


**

Katakan saja bila kau inginkan aku

Aku juga ingin tau prasaanmu

Katakan saja bila memang tak bisa

Aku juga ingin tau jawabanmu......


Saat sendiri, terbayang wajahmu

Tuhan tolonglah kuatkan aku

Hati ini tak sanggup menahan rasa

Izinkanlah aku ada di hidupmu......


***

Andai kau tahu

Ku harap jawab darimu

Agar aku tak meragukan kamu

Tolong katakan jika rasa 'tak' untukku

Agar aku......


Katakan saja bila memang tak bisa

Aku juga ingin tau jawabanmu......

#Lyrics Dari Jauh Saja

Sumpah aku cinta kamu

Sampai mati sayang kamu

Sungguh aku rindu

Kepadamu saja

Apakah kau juga sama

Seperti yang aku rasa

Aku mohon sangat

Kamu cinta juga


       Seandainya kau tahu rasa cinta ini

       Walau tak terbalaskan

       Aku cinta

       Haruskah ku simpan rasa cinta ini

       Aku mengagumimu 

       Dari jauh saja


Jangan kau ragukan aku

Lihat kesungguhan ini

Bukalah hatimu

Hanya untuk aku

Saturday, September 21, 2019

Siapa nak kahwin?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Selamat pagi sabtu. 😊

Hurmm awal pagi mata dah tercelik, awal pagi dah terfikir nak buat entry baru. Ni pun update pakai phone je. Uhu. Harapnya semua baik-baik dan bekerjasama dengan jayanya. Adalah sangat sakit ya hati dan perasaan jika kita dah draft entry baik punya sekali kalau tak boleh save dan publish, boleh gaduh gak tu. 🙊

Entry pagi ni aku ambil tajuk Perkahwinan je la. Weyyyy suka hati nak buat ulasan pasal nikah kahwin sedangkan diri sendiri pun tak kahwin lagi. Ahhh gasak situ!
Is not perkahwinan semata, tapi lebih kepada institusi keluarga. Dan of course, bila orang bercerita tentang nikah kahwin ni, orang akan terus shoot tentang perasaan.

Perasaan cinta seharusnya. Betul tak? Itu kalau yang dapat kahwin dengan orang yang kita cinta la.
Tapi sebenarnya, ada manusia yang ditakdirkan berkahwin dengan orang yang dia tak cinta. Which is i think, perasaan boleh dipupuk. Betul. Ia tak mudah. Tapi boleh cuba.
Dan yang dapat berkahwin dengan orang yang anda cinta juga tak menjaminkan anda akan hidup bahagia sentiasa tanpa dugaan.

Berkahwin dengan cinta dan tanpa cinta, dua dua pun adalah cabaran dan dugaan.
Kalau bukan dugaan, masakan alam perkahwinan itu disebut gedung pahala.

Untuk yang berkahwin dengan cinta, anda mungkin menghadapi hanya sedikit risiko dalam perhubungan, komunikasi dengan pasangan berbanding dengan yang berkahwin tanpa cinta.

Cinta bukan sekadar ucapan 'i love you', 'you love me'.
Perkahwinan juga bukan sekadar 'untuk menghalalkan yang haram'.

Bahkan keduanya apabila digabungkan, ia lebih besar dari itu, cinta dan perkahwinan apabila digabungkan, ia adalah sebuah tanggungjawab.

Jadi seharusnya yang belum berkahwin itu, jangan mudah melatah, apabila jodoh belum sampai, husnuzon lah dengan takdir Allah bahawa berkemungkinan kita belum cukup bersedia dan kuat menghadapi gerbang perkahwinan. Bersyukurlah walau kita masih berseorangan, kerana kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan kita cukup dengan cinta dari Allah. Husnuzon lah bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menguji kita untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menjaga kita.

Namun begitu, yang sudah berkahwin pula, juga jangan mudah melatah. Bersyukurlah kerana anda adalah insan terpilih yang Allah mudahkan urusan jodoh anda. Tapi juga jangan terlalu memperkecilkan manusia yang belum berkahwin walaupun umur telah lanjut dan banyak. Semua pun ujian, yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin. Semuanya Allah beri dengan hikmah, untuk kita berfikir dan ambil ibrah.

Gambar sekadar hiasan~


Ada manusia diuji dengan jodoh yang datang lambat.
Ada manusia diuji dengan tanpa cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan kelalaian cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan ketiadaan zuriat walau sudah lama bernikah.
Ada manusia diuji dengan sikap anak-anak.

Semua dari kita tak lepas dari ujian. Yakinlah bahawa setiap kesenaangan dan kesusahan adalah ujian dari Allah, untuk jadikan kita hamba yang kuat dan sentiasa meletakkan pergantungan hanya kepada Allah.

Suka untuk saya ingatkan, keutuhan dalam sesebuah perkahwinan adalah melalui hubungan kalian dengan Allah. Jagalah sebaiknya hubungan kalian (suami isteri) dengan Allah. Paling penting, jagalah solat sebaiknya. Suami jaga solat berjemaah anda. Isteri jaga solat di awal waktu anda.
Nampak macam simple. Tapi tak semua dapat menjayakannya.

Anda bertanya kepada Allah kenapa masih belum merasa bahagia, kenapa tak dapat seperti yang anda harapkan. Sedangkan dari awal lagi, semuanya kerana kita zalim pada diri sendiri. Kita abaikan hati dan fitrah kita untuk kembali pada Allah.

Perkahwinan bukan kehidupan yang akan manis sentiasa. Alam perkahwinan akan sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Sama ada melalui perasaan, perhubungan suami isteri, komunikasi pasangan, sikap, kewangan dan sebagainya. Siapa-siapa yang sudah berkahwin of course tahu lebih details kan.
Yang belum berkahwin pula, betulkan persepsi anda bahawa alam perkahwinan akan manis sentiasa. Manis itu adalah manisnya. Tapi bukan selalu je manis. Jadi tanya pada diri, betul ke anda betul-betul sudah bersedia nak kahwin? Paling penting, anda kena tahu apa matlamat anda dalam perkahwinan. 😊

Jadi kesimpulannya, nikmatilah sebaiknya apa yang anda ada sekarang ni, baik yang sudah berkahwin mahupun belum.

Kerana ada perkahwinan yang masih mampu bertahan walaupun tanpa cinta.
Kerana ada perkahwinan yang terlerai ikatan walaupun masih cinta.

Kerana ada yang bujang itu menikmati kehidupan single sebaiknya dengan membahagiakan manusia disekelilingnya.
Kerana ada yang bujang itu sedang tertekan dan tidak menikmati kehidupannya dengan baik kerana terlalu mahu mengikut kehendak orang sekeliling.


Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.
Hargai diri sendiri sebelum anda menghargai orang lain.
Kuat dan bangkitlah apabila jatuh dan tersungkur.
Yakinlah bahawa Allah akan menolong kita dari segenap sudut.

Ya benar, berkahwin itu sunnah, namun begitu, kita tak tahu apa yang Allah dah takdirkan untuk rezeki, umur dan jodoh kita. Sebaiknya kita bersyukurlah kepada Allah sentiasa walaupun ia tampak sedikit.

Sekian untuk perkongsian pagi ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Loads of love,
Yani Hamshah
21September2019
7.43 AM

Tuesday, September 17, 2019

Jauh




Berat hati mencuba menghapuskan segala yang ada dijiwa.

Mungkin kau tak merasa, apa yang aku rasa.

Tetap ku berikan semua.

Akan aku doakan dirimu,

'Tuk bahagia, hanya Tuhan tahu.

Tetap kamu, ada dihatiku,

Biarpun kita terpisah, jauh...

Ku cuba meraih bintang,

Tetap kau mahukan bulan,

Tak bisa ku janjikan.

Kau utuh nadi jiwaku,

Semuanya ada padamu,

Tetap kau pergi menjauh.

Walau tak sempurna kasih di antara kita berdua,

Biarlah takdir menentu segala.





Friday, May 18, 2018

Eat. Hang Out. Friends. (Sushi Zanmai, Setia City Mall)

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera..  eceh dah macam nak baca berita je gayanya..

Hurm semakin rajin menulis blog aku sekarang ni. Haha rajinlah sangat.
Haha, rajin weh rajin.. sebab rasa banyak sangat benda nak cerita, kang kalau cerita dalam FB, ramai pulak yang cop aku makcik bawang, jadi aku ambil pendekatan cerita saja dekat blog.
Biasanya kalau aku nak bercerita aku lebih suka pilih twitter, sebab tak ramai penyibuk dalam tu.
Mind set orang yang pakai fb, pakai ig, dan pakai twitter, masing-masing adalah berbeza.
Tapi jika suruh aku buat pilihan, aku akan pilih twitter.  ~,~

Haaa kau tengok, entah apa-apa mukadimah aku dalam entry kali ni. Kah!

sejenis tak ada kerja. sebelum kejadian.


Sebenarnya aku nak share cerita dan gambar sahaja dalam entry kali ni.
Aku bersama dua ketul manusia yang aku sayangi. Cewah!
Harapnya tiada siapa yang kecamlah entry kali ni.
Pada aku, aku berkawan dengan semua orang, takda istilah aku pilih-pilih kawan.
Kebetulan aku ada masa, jadi aku letaklah bebudak dua ketul ni dalam blog aku.

Eh amende macam terasa payah nak buat ayat permulaan ni.
Oke pendek cerita macam ni, beberapa saat dan ketika yang lepas, aku, Kak Nanie and Kak Shida meluangkan masa bersama-sama, eh skema ye korang?

Aduh, oke aku dengan dua ketul kakak ni keluar makan sama-sama, konon untuk pre ramadhan gitu. And saja-saja pun nak keluar, sebab kami masing-masing jarang ada masa nak keluar sama-sama.
So, bila dah ada masa, terus proceed je.

Lokasi tempat yang dipilih ialah di Sushi Zanmai, Setia City Mall.
Sebab ada seketul kakak tu dia teringin nak makan sushi, haha aku dengan kak Nanie belasah je, sejenis bedal je apa yang ada.


hahaha muka sejenis bahagia lepas dah buat pesanan.


Haha, tapi tak boleh handle, masuk je dalam tu, dapat menu, tengok menu, tapi ada dekat 15 ke 20 minit dok pilih menu nak makan apa dan apa. Adoi. Tapi memang banyak pun kitorang makan hari tu. Teringin nak makan semua. Tapi perut takdelah besar mana, at last dah serupa ular kekenyangan. Adalah dalam 2 jam lebih kitorang dalam tu. Hauk je perangai. Huuuuuhaaaaiiii....

Aku syak pekerja dalam tu pun berangin je tengok kitorang lama sangat nak habiskan makanan. Kah!


yang kiri tu kak shida, kanan tu kak nanie.


Masa ni, makanan dah start sampai sesikit, sambil sampai atas meja tu, sambil tu aku snap gambar, sampai kak Nanie nak mengamuk dah sebab aku asyik ambil gambar. Hahaha huuuuhaiiii situ. ^-^


pening tengok makanan banyak sangat oi.


Haha, dah lah kak Nanie dah marah, lepas tu aku paksa pulak dia ambil gambar aku. Haha, lagi nak meletop gamaknya masa tu.

Yang kak Shida pulak dah teruja macam nak lompat atas almari bila tengok makanan dah sampai. Haha. Nampak tak betapa hiperbola nya ayat aku. "-"


yang ni kak Shida kot yang order. haha tak ingat weh~

yang ni aku tak ingat siapa yang order, aku kot. Aha. Highly recommended!



Tapi aku pun macam kak Shida jugak, sejenis bahagia dan teruja melihat makanan di depan mata.
Kak Nanie jugak yang watlek watpeace sana. Haha.



yang ni tak silap aku, kak Shida punya. Highly recommended!

ni pun kak Shida yang order.



Hurm, korang jangan tanya aku apa nama menu ni, siyes aku memang tak ingat apakah nama mereka semua ni. Haha. Tapi menu atas ni, kak Shida dengan Kak Nanie kata dah tak sedap sangat macam dulu.

Maybe orang yang masak tu dah berhenti kerja kut. Selalunya macam tu lah kan. Lagipun kali terakhir dorang makan kat situ dua tahun lepas. Haha.



yang ni kak Nanie yang order. Highly recommended!

ni pun kak Nanie rasenya. tak ingat pulak. huuhaiii.



Kitorang order lain-lain, tapi bila makan tu sama-sama. Kira sharing is caring concept makan hari tu. Gigih kau makan kemain banyak sana. Haha.

Gambar air, aku tak ambil. Sebab minum air green tea je.



ni kak Nanie punya. sedap bhai.



Ahaaa ni lagi satu punya perangai, makanan atas dan bawah ni walaupun kita ambil size small je, tapi sebenarnya dah kenyang sangat. Tapi dok menggatal order jugak, sebab takut tak kenyang makan sushi sahaja. Sekali bila dah sampai semua makanan, dah makan sikit itu sikit ini, tersadai la kitorang nak menghabiskan.

Itu yang aku cerita boleh sampai dua jam kitorang bertapa dalam tu. Punyalah tak nak membazir, lambat pun lambat lah asalkan makanan habis dikunyah, ditelan dan dihadam. Kah!



ni aku punya. sedap weh, highly recommended!



So, kesimpulannya dekat sini, sebelum kau nak makan sesuatu, tolonglah fikir dahulu kesan selepas kau dah makan. Sama ada berat kau meningkat, ataupun selepas makan itu kau tak mampu untuk berjalan seperti biasa. Haha, letih bhai nak habiskan semua menu.

Tapi aku pulak sejenis tak boleh tengok sushi. Bila tengok sushi, aku dah kenyang pun aku akan kata lapar balik. Tapi yang hari tu, aduh, sampai aku terasa serik nak makan sushi. Huuuu..

Dan kalau ada diantara korang nak pergi makan dekat Sushi Zanmai sana, mana-mana gambar yang aku ada buh 'Highly Recommended' tu memang sedaplah ikut tekak aku. Tekak orang lain aku tak tahu. Hhehe.

Untuk pencinta makanan seperti aku, memang aku kata 9/10 lah markah dia. Haha.

Apapun, thanks a lot kak Nanie and Kak Shida, duit korang yang banyak keluar bayar hari tu. Insya Allah, next time yani pulak k.

So lepas dah habis makan tu, kitorang jalan-jalan kejap dan ada seketul kakak telah berjaya memancing seutas jam tangan Fossil. Kehkeh siapakah dia? Teka sendiri lah sana. ~.~

Lepas tu jalan-jalan dalam Kaison sekejap, then baru balik.

Sekian, cerita yang ingin aku kongsikan.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian untuk membaca, mohon maaf andai ada kesilapan tutur bahasa di situ.

Sampai berjumpa lagi, di masa dan entry yang akan datang.

Wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
18 Mei 2018 / 2 Ramadhan 1439H









Friday, January 19, 2018

Skincare oh Skincare #Review (Himalaya Herbals)

Assalamualaikum..

Salam penghulu segala hari..

Pejam celik, sekejap je kita dah nak ke penghujung bulan Januari. Rasa macam baru je hari tu masuk tahun baru.

Heee, oke tak nak cakap banyak, just straight to the point. Aku nak share dengan korang pasal produk skincare yang aku guna sekarang ni. Saja je nak buat review (ada orang baca atau tak belakang cerita, yang penting, posting ni aku memang dah lama nak up, cuma belum ada kesempatan)


Untuk pengetahuan korang, last year kot, aku ada mengalami masalah kulit muka yang memang buat aku sangat stress (in fact, ada lagi kesan-kesannya sekarang ni, still dalam usaha nak baik pulih.)

Biasalah kan, orang perempuan ni, kalau ada jerawat berkampung dekat muka, dia punya stress tu macam boyfriend dia curang lah. Haha.

Serius weh, tahun lepas aku rasa memang teruk gila kulit muka aku, jerawat tu memang tak pernah nak surut la. In fact ramai orang tegur aku, tanya kenapa dengan muka.

Kau rasa aku jawab amende?


Hahaha..


Aku jawab aku kena CHICKEN POX !!!

Hurm aku dah lah stress, jerawat naik tak kira waktu, orang lain pulak dok tanya itu ini.
Habis merundum jatuh keyakinan aku nak jumpa orang lain tau waktu tu.

Tapi kan cerita aku ni macam la teruk sangat. Takdelah teruk bernanah ke atau berlubang muka, cuma sejenis kulit muka aku, aku sentuh ke tak jerawat tu, memang ia akan meninggalkan kesan warna hitam. Itulah yang dinamakan parut jerawat.

Jerawat memang senang nak hilang, tapi kesannya tu.

Sampailah satu hari aku borak dengan kawan aku, then kawan aku cerita, adik dia ada masalah jerawat, dan doctor suggest guna produk Himalaya .

Orait produk ni dah lama sebenarnya, cuma aku baru nak try.
In fact produk Himalaya ni harga nya bukan biasa-biasa. Sengkek jugaklah aku nak beli. Haha.

So aku pun belilah rangkaian produk himalaya jenis Neem.


  • Aku beli ni, Purifying Neem Face Wash



Pencuci ni memang best, harga bergantung pada tempat dan promotion kat tempat yang korang nak beli tu. Masa aku beli ni dekat guardian, harganya dalam RM 27.90 kot. (aku tak sure, tapi lingkungan gitu lah.) Yang ni untuk 150ml. Mahal sikit lah, tapi insya Allah boleh guna dalam 3 ke 4 bulan jugak ni. Sebab last year aku beli 200ml, tahan dalam 5 bulan.

Fungsi dan kesan yang aku dapat rasa lepas guna produk ni, jerawat aku dah semakin kurang. Alhamdulillah. In fact, kita ni orang perempuan, walau macam mana pun memang tak terlepas dari masalah jerawat setiap bulan. Cuma yang aku boleh cakap, jerawat aku dah kurang.



  • Lagi aku beli ni, Purifying Neem Scrub
Scrub ni harganya pun macam Neem Face Wash tadi, lingkungan RM 27-RM30. Aku beli tahun lepas bulan Mei, dan ada lagi, still belum habis. Scrub ni pakai 2 kali seminggu je, kau jangan memandai tenyeh kat muka tetiap hari. Menipis mengering kulit kau nanti. 


  • Lagi aku beli ni pulak Neem Face Pack




Yang ni fuh memang best, warna dia hitam, bau pun tak sedap. Tapi kesannya lepas kau pakai dekat muka, kau dah cuci tu, kau akan rasa segar sangat. Untuk yang ni, HIGHLY RECOMMENDED !!!

Hehehe, kau takkan menyesal lah kalau beli ni. Neem Face Pack ni sejenis mask jugak lah. Pakai 2 kali seminggu jugak. Oh ya, harga masih dalam lingkungan RM 27-RM30. =)



  • Oke, next aku beli ni Peel-Off Mask (Almond & Cucumber)




Haha this one also HIGHLY RECOMMENDED !!!

Sama jugak macam Face Pack, cuma face pack ni sejenis mask yang kau kena cuci bila dah kering. Kalau jenis ni, bila dah kering, kau kena tarik bila dah kering. Nama pun peel-off mask kan. Harga masih lagi lingkungan RM27-RM30 (kalau tengah ada promotion tau), kalau tak, harga normal nya cecah RM32-RM34 jugak.

Jangan risau, benda ni kau takkan beli sebulan sekali, aku rasa lebih dari 6 bulan kau boleh guna. Semuanya bergantung pada kekerapan penggunaannya. 

Oke next ialah Clear Complexion Whitening Day Cream


Oke day cream ni 50ml, dan berharga RM40.00 ++ (mahal sikit, tapi best)
Kulit muka akan terasa lembab dan lembut.


Next, Natural Glow Fairness Cream


Serius kalau cream ni aku sangat suka bau dia, wangi !!!
Pakai sikit je, tak payah banyak-banyak. Kena berjimat jugak.
Harga normal aku tak sure, sebab aku beli ni, masa promotion dekat Guardian.
Beli barang lebih dari RM40, so aku dapat beli krim ni dengan harga RM 16.90 camtu lah. =)
Krim ni antara yang last aku beli lah, haha, niat di hati nak beli Toner la, krim malam la, tapi rasa tak mampu lagi. Hihihi.. =D

So keseluruhan produk Himalaya yang aku ada ialah begini 


Aku syak sebenarnya aku sejenis addicted dengan produk ni. 

Oke, kalau ikutkan ada je lagi produk Himalaya yang lain aku guna. Contonya macam perapi rambut, dengan ubat gigi. 

So kesimpulannya, pada aku, produk Himalaya ni dijamin selamat dan berbaloi kalau korang nak cuba. Cuma effectnya takdelah cepat sangat. Standard lah tu, ambil masa untuk kita baiki kulit muka kita daripada yang bermasalah kepada yang lebih baik.

Oke, satu je aku nak pesan dengan korang.
Walau hebat macam mana pun skincare yang korang guna, korang still kena ambil supplement tambahan. Sebab kadang-kadang, kotor tu dari dalam bukan dari kulit luar. Makan pun kena jaga juga, lepas tu minum air masak secukupnya.

Kalau rajin, buat carrot jus (kosong). Amalkan 2 kali sehari. Hehe aku waktu rajin je amalkan, tapi banyak malas dari rajinnya. Macam aku, supplement yang aku amik ESP Shaklee, Vita C, Vita E, Jus Bidan Dara (byNurKhiriah). Gabungan semua benda ni memang nampak kesannya. Tak banyak, ada lah sikit kesannya. Hehehe.


So, kalau nak kulit nampak bersih dan sihat, sebenarnya memang kena jaga luar dan dalaman badan kita.

After months, aku pakai Himalaya dan bergabung dengan beberapa supplement lain.

Yang boleh aku simpulkan, supplement yang paling penting untuk kita ambil, sebab masalah kita mungkin bukan masalah luaran kulit, tapi masalah dalaman yang mungkin berkaitan dengan hormon.

Alhamdulillah, hampir 90% pulih. Jerawat memang dah kurang sangat-sangat.

So, aku stop kan entry ni.

Terima kasih buat sesiapa yang sudi baca entry ni.

Maafkan aku, doakan aku.



Warm Regards,

Yani Hamshah

Saturday, January 21, 2017

Throwback 2016 [Part 1]

Assalamualaikum..

Oh haiii.. harapnya masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun 2017 dekat semua.. ( haha, bajet ramai baca la blog ni.. adoii.. takpe, berangan tak kena bayar kan..)

Sesungguhnya tahun 2016 adalah tahun yang paling pasif aku tulis blog.. eh entahlah, tak tahu nak cakap, sama ada malas, atau takde idea, atau memang takde mood nak taip.. aku syak lah, sejak ada instagram ni, semua benda aku malas nak tengok, dari whatsapp, facebook, dan blog.. asyik insta je, bias betul.. 

Dan lagi, hurm pada aku tahun 2016 sangat mencabar.. emosi selalu terkoyak, hati calar balar.. sangat roller coaster tahun 2016.. tapi apa pun, kita terima semua dengan lapang dada.. marilah kita berdamai dengan takdir.. ^-^ 

Ahee, tapi tahun 2016 pun banyak jugak bagi kenangan manis.. deep deep melekat dalam hati.. ^-^

Ok, permulaan tahun 2016, sebenarnya dimulai dengan hati yang berhuhu..
Tapi, masuk bulan kedua, Allah bagi kita, hadiah manis sweet sweet.. alhamdulillah, hikmah di sebalik ujian, Dia hadiahkan peluang berjalan di negara orang..

Ke mana?

Ke sini.. Ke tempat Tuan Ihsan bawak Seroja jalan-jalan..

Dubai, U.A.E.. So, kita share sikit je gambar.. Mengimbau kembali kegembiraan bercuti di sana..

Melompat-lompat hati kegembiraan.. haha.. ^-^

jom jalan wehhh.. (",)

ni kat al-mamzar..

kat sharjah..

kat ferrari world, abu dhabi..

kat dubai ni, building dorang semua tinggi-tinggi.. cantik la.. 


 Oke dah, stop cerita Dubai..

Lepas balik Dubai, kita berjalan lagi.. haha, tapi jalan pergi Langkawi je..

Punyalah lama tak pergi Langkawi, so perasaan tu memang sejenis best sikit lah, sebab pergi dengan famili.. Makna kata, adik beradik, ipar duai, anak-anak buah semua ikutlah..








Alamak, gambar dekat Langkawi tak banyak lah.. adui.. apa adanya aje ni.. ^-^

Oke next.. 

Jalan pergi Singapore pulak, time ni aku ikut Yaya (kakak aku) dengan husband dia.. saja nak menyibuk.. haha.. =D







Hehehe, pun tak banyak gambar.. takpe, kita ringkas-ringkaskan aje cerita.. Yang pentingnya, kenangan, pengalaman tu yang kita simpan kuat-kuat dalam hati.. hahaha ayat berbunga nau.. adehhh..

Apa lagi eh yang best sepanjang 2016 selain vacay ni? 

Oh haaaa.. iya iya, ada lagi salah satu yang best dan tak akan dilupakan lah.. eceycey..

Haaaa, jeng jeng jeng.. (ehh kau dah kenapa yani? nak ber jeng bagai..)












Hahaha, inilah kegilaan semasa 22 Julai hari tu.. pagi celebrate birthday dekat ofis, malam, dengan family pulak.. adik aku kata dia stress dengan aku hari tu.. hahaha.. lantak kau la cuki, yang penting, aku suka.. lalala.. sejenis sengal sangat perangai masa tu.. hahaha..


Oke, untuk throwback yang pertama, cukuplah setakat ini dahulu..
Ini pun dah lama simpan, baru dapat nak publish..
Bulan Januari ni pun dah nak habis..

So, apa jua perkara yang berlaku dalam 2016 ni, kita ingat yang manis-manis je, yang tak berapa nak manis tu kita letak dalam recycle bin.. haha..

Dan untuk 2017, PLEASE BE NICE TO ME.. ^-^

Orait, untuk readers sekalian, semoga tahun 2017 ini melakarkan kenangan yang manis-manis sahaja buat korang semua.. kalau tak manis tu, di harap kita semua dapat bersabar dan lapang dada.. Just chill and smile always.. Allah sentiasa saja ada dengan kita..

Terima kasih sudi baca..


 

Monday, October 31, 2016

Tahniah Pishu !!! #UTM57thConvocation

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir dalam bulan oktober untuk tahun 2016 ini, so kita up satu entry..

This is for u pishu..

Tahniah di atas kejayaan yang diraih, akhirnya dah konvo kan?

Tiba-tiba nak throwback zezaman kau kecik dulu-dulu, bukan main pening kepala ibu dengan ayah, campur dengan pening kepala kitorang adik beradik..

Kau bukanlah adik yang nakal or something yang etc.
Cuma sifat kau yang terlalu 'selesa' buat ibu lah seharusnya pening kepala..

I just can't imagine, kalau zaman sekarang ni, umur 9 tahun baru tahu membaca..
Allahu.. * with this, i realize, kita usaha yang termampu, tapi kalau Allah tak beri keizinan, sesuatu perkara tu, mesti takkan terjadi *

Perangai kau masa kecik zaman persekolahan, sebijik cam kakak dua orang yang atas kau.. which is me and yaya la of course kan.. Tapi takpe, kita throwback sesama kita je sudah, hahaha..

Kita waktu sekarang kalau throwback cerita depan ayah ibu, dorang gelak je lah kan.

Cuba kalau cerita tu kita bukak masa kita balik dari sekolah, mau kena sebat, takpun kena duduk luar rumah. Hahaha.

Alhamdulillah, kejayaan yang kau peroleh ini, berkat usaha kau, doa ibu ayah, dan yang paling utama, tentulah atas keredhaan Allah.

Congratulations to you lil' brother.. you did it very well !

We're so proud of you.


Orait, kita belanja sikit gambar masa hari kejadian konvo, dan hari kejadian meraikan kejayaan untuk pishu Sabtu hari tu.


Sebelum masuk dewan..
With ayah and ibu.. =)








Walau lebih tinggi, he will always be our liltle brother...
Syukri Norhamshah at Universiti Teknologi Malaysia.
October 25 at 8:40pm · Kuala Lumpur ·

Alhamdulillah, Thanks to Allah SWT smile emoticon:)

Thank You so much to my Mother and Father, Families, Lecturers, Teachers and Friends! Always be there for me kiki emoticon^_^

Big Thanks to UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
 - UTM Endowment Scholarship (2012-2016)
 - Dean's Academic Award (UTM 57th Convocation)
 - Marzuki Khalid Excellent Award (UTM 57th Convocation)

Previously, I only obtained 1A for UPSR, 3A's for PMR and 3A's for SPM.
 Recently, I obtained CGPA 4.00 (Matriculation Program) and CGPA 3.88 (First Class Degree in UTM).

Everything is POSSIBLE!

(Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal) is my always secret recipe. Keep believed in Allah and myself for everything. Not too over confident laa deyy. Always find for "Hikmah" if anything happen ok? Hahaha.

What I can say for now is that everyone have their own "Peak Point" which able to transform their life for something better. Indeed, education qualifications is not a compulsory item to be received for everyone. Each one of us, have their own perspectives to improve their daily life. We are living here in this world to respect each other, remember that.
Don't ever underestimate other people capabilities, please focus more on to what we give to others, not what we will be received.
4 Years of Study, I'm Finally Graduated! All Is Well!
 Thank You for Everything, Sorry for Anything!

Doakan aku menjadi seorang hamba Allah yang berjaya Dunia dan Akhirat.

 Di atas ialah ucapan alu-aluan from Pishu.. 

*Sorry ye, hakak tolong snap-snap, copy-copy, paste-paste.. credit to adik-adik punya gambaq dalam FB.. pinjam tampal letak dalam blog jap eh.. *





Dia kata jangan bagi jambangan bunga, baik bagi makanan katanya.. Nah, sandwich dari kakak 3 orang..


Brownies atas permintaan...

Bertabahlah kerana adik beradikmu sejenis sengalions...

BBQ time, telan makanan sampai penuh perut...

Orait, cukuplah itu je eh..

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan..


Sekian,


Assalamualaikum w.b.t..


Sincerely,

Yani Hamshah

~ Always be your sister ~

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...