Posts

Showing posts from October, 2014

RAQIB MAJID

Image
" Haaa siapa? Raqib Majid?


Siapakah dia? Ahli majistret kah? Peguam cara kah? Doktor gigi kah? atau Ahli perniagaan kah?
Ternganga mulut Sabaritu mendengar pekikan suara Nyonyi Mansir. Matanya terkedip-kedip. Terkejut bukan kepalang.

Apa dia ??!!!!
AHLI MUSIC !!!! "
(* eh mak ni, bila masa Sabaritu ada bercakap, diam je haih dari tadi. Monolog Sabaritu dalam hati. isy isy isy, banyak sangat menengok drama sinetron maknya itu.)

Bagaikan terdengar butiran kata dalam hati Sabaritu, maka Nyonyi Mansir berkata lagi,
" Tidak, aku tidak setuju!!! Putuskan hubungan kau dengan dia, Sabaritu!!"
" Tapi mak, dia adalah AHLI NASYID !!! Pandai juga mengaji, kerana itu Sabaritu 'terpikat'. " 
(* eh si Sabaritu ni, semenjak 'berkawan' dengan si budak Raqib Majid, pandai pulak dia menjawab. Ciskek blueberrry betul! )
" Tolonglah fahami hati Sabaritu ini mak, janganlah 'pisahkan' kami. "
(Meleleh air mata Sabaritu kerana menguap, bukan sedih. Yelah, dah…

Jeruk Mangga Asam Boi

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Erm tengok tajuk 'hentry' je dah teruja. Siapa yang teruja? Saya je...
Hhaha, haruslah teruja. Memandangkan sekarang ini adalah fenomena, gelombang jeruk mangga asam boi, makanya dengan rasa gembira dan teruja bertimpa-timpa, saya pun menerai la resepi termudah di dunia ini.
Hahaha... (eh kau dah kenapa yani dari tadi asyik gelak?)
Heee, tak kira, walaupun korang semua dah tahu nak buat, saya nak share jugak dalam blog ni.
Aduhai, nampak benau tak mo kalah. Ciskek betul~
Orait, nah ini bahan yang awak semua dah sedia maklum. Tapi saya punya lain sikit. Apa yang lain? Sila scroll ....




























Bahan-bahan :
1) Cik mangga menawan
2) Encik cili hapi berapi
3) Puan sri gula manis
4) Tan sri garam masin
5) Dato' paduka asam boi

*kuantiti bahan kesemuanya adalah ikut kesukaan hati korang semua ye. 

Lihat, lihat... nama saja di komersialkan.  Heee al maklumlah, orang tengah bersenang hati buat entry. Haha.

Cara-cara :
1) Pertama sekali, kupasla…

Salam Maal Hijrah...

Image
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum cucu-cucu opah yang opah sayangi sekalian. =) (Jadi opah kejap)

Semoga kalian semua berada di bawah lembayung kasih sayang Allah.

Cucu-cucu opah yang baik hati lagi menawan, alhamdulillah, hari ini sudah 29 Zulhijjah, makanya?

Makanya cucu-cucu tersayang, besok kita dah masuk ke dalam tahun baru hijriah. Iaitu 1 Muharram bersamaan 1436H. (Sebenarnya lepas maghrib kejap lagi dah dikira 1 Muharram 1436H)




Apa? Cucu opah tak tahu pun? Banyak main-main ye? Nanti opah rotan sensorang! (Garang sat)


Cucu sayang, dah sediakan azam tahun baru ke?
Ataupun cucu ni masih mahu berada di 'takuk' lama? Cer habaq mai kat opah sikit.
(Opah dah ada, tapi takpelah, biar Allah je yang tahu...hehe...)


Apakah pengertian Maal Hijrah ini pada cucu-cucu opah sekalian?
Adakah ia hanya sekadar satu peristiwa yang kita raikan setiap tahun? Ataukah di sebalik peristiwa besar melalui penghijrahan Nabi Muhammad kita yang tersayang, kita belajar tentang sesuatu? Ses…

Dermalah Darah

Image
Siapa pernah derma darah, angkat kening !!!!

Hehehe, ni mesti ramai yang angkat-angkat kening ni, mesti semua pembaca-pembaca ni berhati mulia kan. Bagus-bagus.

Erm kalau nak ikut pengalaman saya, adalah baru 2 kali menderma. Itupun lepas dah kerja.
Dulu masa zaman muda remaja, hampeh ! Takut jarum oiii.
Lagi satu takut makin gemuk. Hehh ada ke patut itu saya nak jadikan alasan tak mahu menderma.
Kejam betul alasan saya tu kan.

Memandangkan kali terakhir saya menderma darah adalah tahun lepas, jadinya memandangkan hari rabu ni, ada program derma darah yang dianjurkan oleh pihak MAKSAK (SUK SELANGOR), jadinya saya merasakan sangat berdebar-debar. Rasa takut-takut pun ada jugak. Lama tau tak jumpa jarum besau... Jadinya rakyat SUK selangor, moh la kita semua pergi menderma... =)



Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, faedah menderma darah ni sangat bagus.



Berikut antara faedah derma darah:

* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Ke…

Surat Untuk Calon Suami...

Image
Seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpannya di atas awan. Ini isi suratnya :


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini ? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini ?
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam ?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya ? Di sini akau dilatih menjadi dewasa, agak aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. 
Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kdang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga…