Wednesday, December 24, 2014

Rayuan Kemanusiaan Bencana Banjir Pantai Timur


"Cepat bantu mangsa banjir yang dilanda musibah ini, saya menerima mesej dan rakaman suara bertalu talu, nada ketakutan dalam tangisan,memohon simpati kita semua, mereka yang terperangkap di tingkat 4 bangunan sekolah di manek urai kuala krai Kelantan, mendayu memohon agar diberi pertolongan, bantulah mereka teman2.. mereka saudara dan adik beradik kita jua.. hari ini mereka, besok dan lusa kita tak tahu siapa pula.. bantuan kecemasan di perlukan.. bantulah!!! "

Dipetik dari fb Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Mohon bantuan kawan-kawan yang terbaca entri ni. Jom kita hulurkan bantuan.
Di sebalik dugaan yang mereka lalui ini, saya percaya ada terkandung pelbagai hikmah yang Allah mahu tunjukkan. Allah sedang beri peluang kepada kita untuk tambah pahala.
Bantu apa yang termampu, semoga ia dapat menjadi tiket kita ke syurga.


Jangan sombong sangat sampai terlupa tiada yang mustahil dengan kekuasaan Allah.
Semoga kasih sayang Allah sentiasa memayungi hidup kita semua.
Moga Allah redha. Moga kita semua akan sentiasa berusaha menjadi umat yang terbaik.


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Tuesday, December 16, 2014

Dah bagus... Tapiii...



  • Dah bagus di waktu pagi awak bersemangat, berjoging 8 pusingan taman tasik.

    Tapi yang tak bagusnya, lepas berjoging, awak pergi bedal nasi lemak 2 bungkus, roti canai 3 keping, teh tarik segelas.

Agak-agak kalori terbakar ke kalori diternak? T.T


  • Dah bagus satu hari ni awak jaga pemakanan, kira kalori. Kawan ajak makan kepsi, mampu tolak. Wah itu sudah bagus.
Tapi yang tak bagusnya, bila malam, perut lapar. Mengagau cari makanan. Ternampaklah kerepek merepek, awak pun bedal sampai nak habis satu balang. Ala, sadisnya kehidupan hati masa tu. Nak menyesal? Tak payah, dah telan kot !

Kalori bukan senang untuk dikira. Memang leceh. T.T


  • Dah bagus awak berdiet. Tak minum manis. Tak makan manis. Senyum manis takpe.
Tapi yang tak bagusnya, awak tak bersenam. Haaa camne? Boleh je nak diet tanpa senam, tapi stamina non hado la.

Diet bukan sekadar jaga pemakanan. Nak sihat, senam sekali. Jangan malas macam saya. T.T


  • Dah bagus awak berdiet dan bersenam. Hari-hari pun jaga makan, rajin bersenam. Salute ah!
Tapi yang tak bagusnya, kena satu hari korang nak 'cuti' diet dan bersenam, korang balun makan semua benda yang korang teringin sampai perut korang pun terkejut. Bahayau k! Tak memasal nanti asyik keluar masuk bilik kecik.


  • Dah bagus awak diet, awak bersenam, awak daripada gemuk jadi kurus. Daripada lemah menjadi gagah.
Tapi yang tak bagusnya, awak pandang rendah pada orang yang baru nak mula berdiet,bersenam. Campur riak bagai, memperkotak bakulkan orang yang lemah tak gagah bergaya macam korang. Taulah korang dah berjaya cantik hemsem kebabom. Tapi kalau dah akhlak dengan adab tak jaga. Eh orang pandang pun rasa nak hentak kepala korang kat dinding.


Heee, kesimpulannya kat sini, entry ini adalah sekadar nota untuk diri saya sendiri. Kalau ada point-point yang terkena pada anda. Ouh belum terlambat untuk kita lakukan perubahan demi kebaikan di masa depan kita. 

Jangan pernah bangga dengan apa yang kita miliki, sebaliknya bersyukurlah.
Bersederhanalah, kerana kejayaan yang pernah kita miliki, Allah boleh tarik bila-bila masa saja.
Tanpa perlu beri hint pada kita.
Dia pemilik alam semesta, pemilik nyawa, pemilik diri kita ini. 
Kita ni siapa? Hamba yang hina kot. Kita ini umpama hama.
Tak ada kesan sikit pun kepada Allah, kalau kita tak ada.
So, saya tak nampak apa motif kita untuk membanggakan diri.


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


~ Norzayani binti Norhamshah ~

Wednesday, December 10, 2014

Kembara Mencari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...





Heee tengok tajuk, kemain bergegar kepala, akal dan fikiran...
Jodoh dan cinta adalah satu perkara 'famous' untuk anak-anak muda sekarang.

Kalau orang yang dah berumur belum jumpa jodoh, lagi bertimpa-timpa fofularnya.
Al maklumlah, sikap segelintir pihak yang sangat 'menjaga' kebajikan orang sekeliling ini ramai jumlahnya. Tak terkira banyaknya.

Sangat mengambil berat sehingga kadang-kadang soalan yang ditembak, menembusi jantung si mangsa.

Sekali lagi, jodoh itu misteri.
Tapi misterinya jodoh itu, bukan sekadar duduk menunggu. Tanpa usaha.
Mesti kena berusaha.

Di dalam Al-Quran, Allah sudah menggariskan tatacara untuk cari calon pasangan yang sesuai.
Saya akui, di zaman canggih serba moden ini, untuk mencari seorang calon pasangan yang baik itu teramatlah susah.
Kalau ditakdirkan sudah jumpa, tiba-tiba dapat berita, si dia kepunyaan orang.
Amaran keras! Jangan sesekali ganggu hubungan orang lain.


Misteri jodoh lagi, tidak semestinya kita hanya menunggu dan berdoa.
Jodoh itu perlu ada usaha dan doa yang seiring sejalan. (Haa ayat dah macam lagu)

Pada amatan dan pengalaman saya sendiri, bila orang bertanya berkenaan jodoh, saya hanya mampu berkata, 'belum sampai masa lagi.'

Kalau ada yang komen lebih-lebih, saya sekadar menghadiahkan senyuman. Tak perlu nak jawab panjang lebar.


Dah, nak cakap apa lagi kan?
Memang saya tak cari calon lagi, saya belum usaha cari.
** (Itu dulu la.. Sekarang ni sudah dan sedang memulakan misi. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Kalau jumpa, adalah nanti, kalau tiada, mungkin Allah nak temukan jodoh kita itu di akhirat. Wallahu'alam..)

Heee dan takkanlah saya nak bagi jawapan semata-mata nak puaskan hati orang. Ye tak?

Mana ada manusia yang tak mahu ada pasangan hidup.
Semua manusia, Allah kurniakan perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Hidup berpasangan itu sudah tentu lumrah.

Tapi jangan pernah putus asa dalam usaha mencari jodoh yang baik.

Jodoh itu bukan sekadar, awak cintakan saya, saya cintakan awak. (Ayat lejen, semua pasangan)

Bukan sekadar, awak jadi imam saya, saya jadi makmum awak. (Ayat famous anak muda zaman sekarang, tapi usaha ke arah menjadi imam dan makmum itu tiada. Sadis.)

Dalam kembara mencari jodoh, awak mesti kena berusaha. Kena belajar. Apa itu rumahtangga.
Rumah tangga bukan sekadar ada rumah yang mempunyai tangga ye.
Dalam rumah tangga, ada banyak sangat perkara yang sebenarnya awak boleh belajar dalam keluarga awak sendiri.

Amanah, tanggungjawab, tolak ansur. Bukan untuk sesiapa pun.
Ia untuk diri kita sendiri.
Untuk pasangan,
Untuk bakal khalifah-khalifah kecil tu nanti.
Jodoh bukan sekadar perasaan cinta.

Sekarang ini, dah banyak sangat buku yang boleh awak baca untuk dijadikan rujukan sebelum menuju gerbang perkahwinan.
Nikah kahwin ni, bukan hanya cinta semata-mata.

Kehidupan berumah tangga pula terlalu banyak cabaran dan dugaannya.
Maka, aspek fizikal, mental dan rohani perlu disediakan secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapinya di masa hadapan bersama pasangan.
Kehidupan berumah tangga bukanlah sentiasa manis.
Ada kala, kalian pasti akan diuji.
Sebab itu kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Baiki kekurangan diri.

Jangan nanti bila dah kahwin, asyik menyalahkan pasangan, kenapa tidak mahu berubah. Kenapa susah sangat nak faham. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati yang akan timbul.
Pentingnya dekat sini, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga itu perlu dicari.

Bila sudah berumah tangga, diaplikasikan.
Mahu hidup yang harmoni, jangan asyik sentiasa cari salah orang, sentiasa kata diri sendiri saja yang betul. Kalau mahu hidup sepakat, kena sentiasa belajar bertolak ansur. Jangan mudah kecil hati. Lapang dada terima nasihat dan teguran.

Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Baik suami, baik isteri. Masing-masing mesti sentiasa belajar, berusaha menjadi pasangan yang terbaik.
Itu kita namakan 'win-win situation'.

Kita ni, mana boleh ubah orang.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah orang lain mengikut acuan yang kita kehendaki.

Kita ini hanya boleh menasihati orang dan mengubah diri sendiri.
Kalau kita asyik stress fikir kenapa orang tak nak berubah, alamatnya boleh jadi gila tau.

Hidup ini, terlalu pendek untuk kita rasa tertekan dengan perkara kecil begitu.
Ye, saya tahu ada orang menganggap perkara macam tu besar.
Besar ke kecil dugaan yang kita rasa bergantung kepada cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sangka baik dengan Allah, insya Allah, dia akan lapangkan dada kita untuk sabar dan tabah terima dugaan tanpa mengeluh kepada orang lain, melainkan mengadu hanya kepada Dia.
Indah tau, hidup bersyariat ni.
Kesimpulannya, dalam jodoh dan perkahwinan, mesti sentiasa berusaha.
Berusaha baiki kekurangan dan kelemahan diri.
Sempurna itu takkan mampu dicapai. Tapi kita boleh sentiasa berusaha memberi yang terbaik.


Ok, sekian dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Assalamualaikum.


-Zayani-
Dis 2014


P/S : Jangan terlalu khuatir dan bimbang berkenaan jodoh, sehingga melupakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Matlamat utama kita hidup dalam dunia bukan sekadar mengembara mencari jodoh, bahkah ia adalah sebuah kembara yang panjang mencari redha Ilahi. Kita ini khalifah. Kita ada tanggungjawab. Renung-renungkan. ^-^

Wednesday, December 3, 2014

Dunia tak pernah adil ?



"Dunia ini tak pernah adil selagi mana Islam tidak memerintah. Tetapi di negeri Akhirat sana adalah tempat yang seadil-adilnya. Kalau tak puas hati, tuntutlah di akhirat nanti. InsyaAllah." ~ abang Khalid

petikan daripada entry terbaru dari blog Tarbiah Sentap ... 

Hasil nukilan,
Saudara Ahmad Shukery.

~Entri ini sangat bermanfaat. Kerana ia berkisahkan ketidak adilan yang sering berlaku pada diri kita. Point utama, letakkan pergantungan hanya pada Allah. Dia pasti mudahkan urusan. Dan kita pasti boleh 'tersenyum' menerima ujian daripada-Nya.


Fahamkan erti Islam sebenar. 
Ajarkan pada diri supaya pergantungan setiap manusia hanya pada Allah.

Hidup ini tak akan pernah sunyi dari segala ujian dan dugaan.
Dunia bukan tempat untuk bersenang lenang, kerana itu, kita selalu dihujani ujian.
Letakkan pergantungan hanya pada Allah, semoga Dia akan sampaikan pada kita kesabaran, ketenangan juga ketabahan dalam menempuh setiap dugaan.

Yakinlah bahawa hidup tanpa ujian dan dugaan itu pasti sunyi dan gelap.
Sebaliknya, dengan ujian dan dugaan, kita akan lebih matang, lebih punya sikap perhambaan, seterusnya kerana ujian dan dugaan jugalah kita akan lebih positif di kemudian hari.

La tahzan, innallaha ma'ana.  Yakin. Yakin. Yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih.


Hidup tanpa ujian ibarat tanah yang kering tanpa titisan air.
Hidup dengan dugaan seperti manusia yang memerlukan oksigen untuk terus bernafas.

Namun, semua yang berlaku, adalah dengan izin Allah. (Biiznillah)

Semoga satu hari nanti kita mampu senyum dan ucap alhamdulillah setiap kali kita diuji.

Insya Allah.

- Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan -