Showing posts with label #Resepi. Show all posts
Showing posts with label #Resepi. Show all posts

Friday, December 4, 2020

#RESEPI : Chocolate Mousse Cake

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak dari mula-mula ada blog, aku tak pernah berjaya untuk mulakan ayat pada perenggan pertama. Entah apa-apa kan. Hahaha.

Well bukan senang untuk memulakan sesuatu penceritaan, lagi pulak aku dah lama gila tak buat entry baru. So tak mudah ye kat situ. 

Masih relevan lagi ke blogger ni pada tahun 2020? Yelah, sebab kan dah terlalu banyak medium socmed, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube and so on.

Pada aku, onz je lagi blog ni, sebabnya dari dulu aku anggap blog aku ni ibarat diari maya. Maksudnya aku bebas nak tulis apa je kat sini. Orang nak baca ye orang baca, orang tak nak baca, tak yah lah baca. Gitu kekdahnya. ^-^

Oke, untuk hari ini, aku akan share resepi yang aku dapat daripada facebook.

 *** (korang boleh klik kat resepi atas tu supaya boleh terus tengok videonya)

Lepas dah tertengok video tu, aku jadi macam excited nak buat, sebab bahannya sangat simple!

Plus semua bahan tu aku ada kecuali susu. Memula aku malas nak keluar rumah cari susu, tapi sebab ayah ada pesan suruh beli telur dengan roti, so aku pun tumpang sekaki la. Gitchewww. ^-^

So, this is the recipe.

Chocolate Mousse Cake (No Bake Chocolate Mousse Cake)

Bahan A

Tepung Jagung - 1/2 Cawan

Serbuk Koko - 1/4 Cawan

Susu Segar - 1 Liter

* Kedua-dua bahan ni gaul sekali dalam satu mangkuk, kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu tadi. Gaul rata, kemudian, tapiskan ke dalam periuk.

Bahan B

Gula - 1/2 Cawan (Aku pakai brown sugar, sebab tak nak manis sangat. Haha ada kena mengena ke?)

Whipping Cream - 1/2 Cawan (ingat jangan salah beli, whipping cream, bukan cooking cream.)

Garam - secubit manja haha

** Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A, dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Gaul semua bahan sampai tekstur adunan tadi bertukar menjadi pekat dan likat.

Bahan C

Dark Chocolate - 1/2 Cawan (hat ni ikut suka hati hampa la nak pakai brand apa, aku punya impian lepas ni nak pakai callebaut chocolate.)

Esen Vanilla - 1 Sudu Kecil

*** Selepas Bahan A, Bahan B tadi dah pekat dan likat, kita boleh masukkan dark chocolate. Lepas tu, gaul lagi sampai pekat. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Gaul sebati, sampai korang rasa puas hati dengan tekstur adunan mousse cake korang.

Letak dalam loyang, or korang boleh letak dalam bekas aluminium yang macam aku pakai ni.

Kalau korang letak dalam loyang, nanti korang bolehlah potong-potong dan makan.

Tapi aku tak koser nak potong-potong, jadi aku letak dalam bekas aluminium yang kecik-kecik tu, so boleh lah dapat 3 bekas. Banyak sikit boleh dapat kan. Haha.

So dah siap. Dan lepas tu, korang letak dalam fridge selama 8 jam atau semalaman.

tadaaaa rupa mousse cake aku sebelum bersemayam dalam peti. ^-^


So, lepas dah biar dalam peti sejuk selama beberapa jam lamanya, Mousse Cake korang dah sedia untuk dinikmati. Jangan lupa tabur manja serbuk koko atas Mousse Cake tu, so takdelah nampak togel je Mousse Cake tu nanti. Bahahaha. 

Letak cemni tau serbuk koko nya. 


Oke next.~ Teksturnya.

Ni tekstur dalam, kan dia nampak macam puding cekelat.^-^


So, korang yang tengah baca ni (ahaaa macam laaaa ada yang baca blog kau ni Yani oi! Ahaa hidup kena confident), meh la kita semua try resepi ni. Dulu kan masa aku pernah praktikal, selalu je aku bawak Mousse Cake ni ke hulur hilir setiap kali ada event kat Banquet Intekma Resort sana. Tapi tak pernah makan, tak pernah rasa. So atas kapasiti perasaan yang begitu mendalamlah aku nak try buat jugak resepi ni. Tapi selalunya Mousse Cake ada letak gelatin, tapi sebab resepi ni takde, tu yang buat aku lagi tertarik nak buat. Abegituuu ceritaanya.

Eh oke lah korang, dah panjang sangat kot aku rasa apa yang aku melalut dalam entry kali ni. Padahal patutnya share resepi je kan. Hahahaha.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.




Me, myself and I,

Yani Hamshah
4 Disember 2020
18 Rabiul Akhir 1442H 

Sunday, November 18, 2018

MEE GORENG MAMAK OHH LAPARNYA!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Yeayyy, dapat lagi tulis blog untuk kali ke berapa entah tahun ni.
Haha seperti biasa lah, aku punya entry selalu mengarut entah apa-apa.

Memandangkan lately ni aku suka makan dan masak, jadi hari ni aku saja nak share satu resepi Mee Goreng Mamak yang paling senang untuk korang buat. Kihkihkih...

Ala, tak ada resepi ni pun, aku tau korang pejam mata pun boleh buat khennn. Lagi sedap of course. Betul tak? Haha..

Kejadian pagi tadi, aku memang malas sangat nak masak, sebab fikir tengah hari ada kenduri kahwin. Tapi disebabkan ibu tak sihat, jadi aku masak lah jugak sikit untuk alas perut sebelum pergi kenduri.
Oke, tak naklah bebel banyak-banyak. Nah resepi..


MEE GORENG MAMAK EKSPRESS


Masa penyediaan : 15-20 minit
Kuantiti : 2-4 orang makan


Bahan-bahan :

1/2 bungkus Mee kuning (basuh dulu mee)
2 biji telur
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang fishcake *optional (kalau nak ganti dengan isi ayam atau udang, sotong pun boleh)
1 batang cili merah
1 sudu cili giling
1 ketol tauhu kering (potong kecik-kecik)
Sedikit kicap masin & sedikit kicap manis
Sedikit minyak
Sawi & taugeh sikit (ikut suka kuantiti sebab ada orang tak suka sayur) *optional

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana
2. Pecahkan telur. Kemudian masukkan hirisan bawang putih.
3. Masukkan fishcake. Ketepikan semua tu kat tepi kuali. =)
4. Kalau agak-agak minyak korang dah hilang, tambah lah sikit minyak lagi untuk korang masak cili giling yang sesudu korang nak masukkan. *kang cili tak masak betul, habis perut meronta-ronta pulak.
5. Masukkan mee kuning, sawi, taugeh, tauhu kering, dan cili merah.
6. Kacau mee korang sampai dah sebati dan cantik. Tambahkan sedikit kicap masin, dan kicap manis.
7. Done! Mee goreng korang dah siap untuk dihidang.





Seriously, mee ni sangat senang dan sedap dimakan. Plus orang lelaki pun boleh masak sendiri. Ataupun suami-suami yang nak menyenangkan hati wife ke kan. Gerenti kasih sayang melimpah ruah nanti. Haha. Resepi campak-campak je ni, tapi sedap. Eh alamak terpuji lagi, sedap. Hahaha. Sudah~


Haha oke, aku tak cakap lah aku masak tu sedap, tapi ayah aku tambah 3 kali jugak. Ayah selalu begitu, dia takkan puji sedap ke apa, tapi kalau dia makan banyak, tu tandanya sedaplah makanan tu. =)

Orait korang sampai sini aje lah entry aku untuk kali ni.

Selamat mencuba !!! ^-^

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

* Sorrylah korang, sis dah lama tak up entry baru, jadi mende alah resepi ni pun sis nak jadikan entry. Haha.. ampun ampunnnnnn...


Loads of love,

Yani Hamshah
18/11/2018
8.45 PM

Monday, November 16, 2015

Resepi Brownies

Assalamualaikum w.b.t...

Emm eh dah masuk bulan November, mana entah resepi brownies tak up lagi.
Erk sorry... kalau ada yang menanti tu, saya mintak maaf ye. 
Bukan senang nak cari mood nak taip entri baru tampal dekat blog.

Tak senang. Susah. Susah...

Tapi memandangkan hari ini, segala mood sudah berterbangan bebas di awan, makanya saya pilih untuk menaip, berkongsi. (Eh tapi kan, sebenarnya, resepi ni pun saya ambil dari kawan-kawan facebook.)

Khas untuk awak semua, saya siap snap picture, satu persatu tau. Gigih je. Haha...
Oke nah cuci mata dulu sebelum kita mulakan kelas masak memasak. Brownies ni saya buat masa birthday ayah 18 Oktober hari tu... Oke la, sedap untuk tekak saya, untuk orang lain, wallahua'lam...




Oke, meh kita mulakan.

Langkah pertama ialah :

Didihkan air (kuantiti agak-agak saja) *

Lepastu, di atas periuk berisi air tu, cairkan 200gram coklat masakan dengan 8 sudu butter. (Nak guna majerin pun takdak masalah)

* nanti teksturnya jadi begini ye.


dan sehingga begini...

maaflah ye, gambar ni comot sikit. haha.. masa snap tu tak fikir ke cantik ke comot...

*** dalam bekas lain, pukul 3 biji telur dengan 1 cawan gula kastor (resepi asal lebih dari 1 cawan, korang agak-agaklah nanti manisnya ya...)

pukul kedua-dua bahan ini sehinggalah gula hancur. (ala tak hancur sangat pun takpe...belasah je mana-mana)
* eh telur tu masuk satu persatu tau. (tapi saya derhaka, saya belasah masuk semua, haha)

lepastu, boleh curah dalam adunan coklat dan butter tadi. gaul rata. jangan lupa, masukkan sedikit esen vanila...

* selepas itu, bolehlah korang ayakkan 1 cawan tepung, 1/2 cawan serbuk koko, dan 1 sudu kecil baking powder... nak letak garam secubit rasa pun boleh... 

camni ye rupa mereka lepas dah diayak.

masukkan tepung sedikit demi sedikit. gaul rata. pakai senduk kayu je. (dalam gambar ni semua poyo je pakai whisk)

orait lepas tu masukkanlah kekacang dengan coklat cip (berapa banyak? ermm korang belasah je lah ikut suka hati, saya tak sukat pun... heee)
tapi yang ni, saya pakai kacang walnut tau, coklat cip sikit.
* jangan lupa bakar walnut dalam 10 minit, suhu 150', then cincangkan dia..

Gaul rata oke...

kertas minyak dioles dengan butter. 

oke, dah bubuh dalam loyang... cantik berkilat kan. kan.. kan..

Lepas tu, sila masukkan ke dalam oven.
Eh, sebelum bakar tu, korang panaskan dulu oven dalam 10 minit. Suhu 150'c...
Lepas tu, baru korang bakar selama 30 hingga 40 minit, suhu nak naikkan sikit pun boleh. Sampai ke 160 atau 170'c.
Make sure, jangan terlebih bakar, nanti tak chewy.. (ehheee saya cakap berdasarkan pengalaman je ni...)

Orait, inilah kejadian selepas dibakar. Hehehe... Terkedut pulak. Padahal gambar ni ialah cubaan yang ketiga.
Sebelum ni, buat tak berkedut pun.
Ala kedut ke tak, tak penting, asalkan rasa dia boleh pergi! (Sedap la kiranya...)

Nah, gambar yang dikombokan. Kaedah pembuatannya.

tadaaaa, dah boleh ngappp...

Oke, simple kan resepi brownies ni.
Sukat pakai cawan je, sebab saya malas nk timbang. 

Selamat mencuba. (Kalau ada yang nak cuba la...)


Ok, kita jumpa lagi di lain kali, di entri yang lain. Insya Allah...

Jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah

Tuesday, March 10, 2015

Asam Pedas

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

K tau, lama dah tak update blog.
Entah la, rasa tahun ni memang penyakit M tu sangat memberat dalam hati. (Hurm untuk hapdet blog je la, benda lain tak boleh biarkan penyakit M ni menguasai diri.)

Sebagai seorang muslim, harus sentiasa bersemangat dan rajin ! Yes!

Tak ada apa nak cerita sangat dalam entry kali ini, cumanya nak share resepi 'Asam Pedas'.
Terjebak sangat, sampai kan dalam seminggu tu, mesti nak kena masak lauk ni.

Saya tak ada lah pandai masak, tapi apa orang jawa kata "Practice Makes Perfect" ..
So, walaupun awak tak tahu masak, dengan berkat usaha dan rajin, insya Allah, sedap tu.
Sambil masak ye boleh berzikir, berselawat, itu tips makanan jadi lebih berkat dan sedap. ^-^

Ok, taknak bebel banyak dah.

Jom mula.

Bahan-bahan :

Bawang merah (3-4 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (1 inci)
Kunyit Hidup (1 inci)
Belacan (Sedikit)

(Semua bahan diatas, sila tumbuk pakai lesung batu. Nak blend pun boleh. Tapi tumbuk lagi best rasa nya.)

tadaaa, gini lah rupa bila dah ditumbuk ye



Cili boh (Dalam 5 sudu besar)
*optional ye, lagi banyak lagi best.

cili boh, tapi nak buat cili sendiri pun boleh


Asam jawa (Nak pakai asam keping pun boleh, saya lebih suka asam jawa)
Air masak (Secukupnya)

Bendi
Daun kesum*
Tomato*
Serai*
Bunga kantan
Ikan (terpulang nak pakai ikan apa pun)

ni ikan jenahak kot ye.


(untuk yang bertanda *, kadang-kadang saya letak, kadang kala tidak. Tapi lagi bagus masak, biar cukup bahan. Ye tak. )


ini bahan sampingan ye.

Cara-caranya :

1) Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.


2) Masukkan cili boh. Masak sehingga cili tu garing. (Sampai pecah minyak). Masukkan serai yang dah diketuk. (*Tihee dalam gambar takde gambar serai, sebab saya lupa nak masukkan.)



 3) Kemudian masukkan air masak secukup rasa. Ataupun masukkan air asam jawa. (Nak masuk pes asam jawa pun boleh je. Ikut suka awak.)


 4) Kemudian masuklah ikan supaya dorang dapat berenang dalam kuah asam pedas tu.


5) Masuklah bendi, bunga kantan dan tomato. Garam, gula secukup rasa. Tadaaa.. Dah siap ye anak-anak. 





Oke, kita dah boleh makan sekarang ni. Nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah roti pun boleh. Selamat mencuba.

Kira bolehlah resepi step by step Asam Pedas ni. Gigih tau semalam kita sambil masak, sambil snap picture, semata-mata nak share dengan korang. (Heee ayat mintak simpati. Hehe)

Orait, sekian untuk entri kali ini.
Maaf kalau ada sebarang kekurangan.
Terima kasih atas perhatian.

Jaga iman, jaga solat.
Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati.
Insya Allah.


~ Yani Hamshah ~




Monday, October 27, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Erm tengok tajuk 'hentry' je dah teruja.
Siapa yang teruja? Saya je...

Hhaha, haruslah teruja.
Memandangkan sekarang ini adalah fenomena, gelombang jeruk mangga asam boi, makanya dengan rasa gembira dan teruja bertimpa-timpa, saya pun menerai la resepi termudah di dunia ini.

Hahaha... (eh kau dah kenapa yani dari tadi asyik gelak?)

Heee, tak kira, walaupun korang semua dah tahu nak buat,
saya nak share jugak dalam blog ni.

Aduhai, nampak benau tak mo kalah. Ciskek betul~

Orait, nah ini bahan yang awak semua dah sedia maklum. Tapi saya punya lain sikit.
Apa yang lain? Sila scroll ....







haha eh saya bukan guna mangga yang dah masak tau. Haaa gasaklah warnanya camne, asalkan kubahagia. (haaa tu pasal tadi saya kata, saya punye versi ni lain sikit...)






















Bahan-bahan :

1) Cik mangga menawan

2) Encik cili hapi berapi

3) Puan sri gula manis

4) Tan sri garam masin

5) Dato' paduka asam boi


*kuantiti bahan kesemuanya adalah ikut kesukaan hati korang semua ye. 


Lihat, lihat... nama saja di komersialkan. 
Heee al maklumlah, orang tengah bersenang hati buat entry. Haha.


Cara-cara :

1) Pertama sekali, kupaslah kulit mangga korang tu. Lepas tu potong la ikut kesedapan tekak kamu.

2) Selepas itu, bolehlah masukkan cili hapi yang sudah dipotong, kalau suka pedas pun boleh lebihkan, letak gula lebihkan sikit baru sedap, garam secoet, dan asam boi.

3) Langkah terakhir, gaul rata semua bahan. 

(Macam saya, malam tadi buat, letak dalam bekas eskrem warna biru tu, dah campur semua bahan, kita goncang dia. Idak lah teman nak guna sudu nak gaul bagai. Lambat sangat. Ngeh3.)

Then rasalah, oke ke tidak. Bila korang rasa sedap maka korang akan tersangat teruja untuk buat lapan kali !!! Kenapa lapan kali? Entoh, kita taip je ikut tarian jari ni. Hahaha...


Lepas dah habis goncang dalam bekas eskrem, maka saya pun telah mengurung dorang semua ni dalam peti sejuk selama semalam. Dan pagi tadi bawak untuk kawan-kawan kat hopis.


Oke sekian dah entry hari ini.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan.



Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah


Tuesday, September 30, 2014

Resepi | Tuna Ibu

Assalamualaikum.

Hai.
Memandangkan semenjak dua ini saya tak ada mood, jadi saya lebih banyak berdiam diri. Huuu...

Tiba-tiba, hari ni terindu pulak dengan blog biskot kejap ada dan tidak ni.
Dan nah, nak up sikit satu entry resepi suka hati warisan turun-temurun.

Haha, warisan turun temurun sangat.
Padahal takpun.

Dari dua minggu lepas lagi saya dah excited nak share resepi ni, tapi asyik lupa je.
Hari ni, baru ada waktu yang terluang. Awak, jangan rindu pulak dekat blog saya ni tau. (Hee bajet ada penunggu entry ke cik Yani? Pfttt !)

Ok, dah tak nak mengarut banyak sangat.

Memperkenalkan, resepi tuna (plain) dalam tin yang diolah-olah bahannya.


Resepi | Tuna Ibu 


RESEPI

  • 1 tin kecik tuna (plain) *kejap lagi saya tunjuk gambar
  • Sedikit cili api (potong kecik-kecik)
  • Mayonis secukupnya
  • Perahan jus limau kasturi / nak lemon pun boleh (sukatan ikut rasa tekak awak)
  • Garam gula (secukup rasa)

CARA-CARA (Step by Step)


Tuna tin kecik (Plain). Gini lah rupanya.

Ini isi dalam.

Ini lah bahan-bahannya. (Masa ni saya gantikan air perahan limau dengan cuka apple, haha)

Cili nanti potong kecik-kecik tau. Kalau nak lagi pedas, letaklah lagi banyak.


Nah mayonis...

Garam, gula secukup rasa.

Letak tuna dalam bekas. Masukkan mayonis.


Masuklah cili api.

Lepas tu, masuk garam gula. Air perahan limau kasturi / lemon.

Haaa dah siap. Sedia untuk dimakan.

Yang ni saya simpan letak dalam peti. Selamat mencuba ~


* Resepi ini sangat sesuai buat ibu ibu yang bekerjaya, nak buat sarapan berat-berat sebelum pergi kerja mesti tak sempat. Jadi kalau dah buat gini, adalah mudah ye. Beli je roti, inti nya dah siap buat letak dalam peti, besok pagi, selet atas roti. Ngap! Haa sebelum ngap, jangan lupa baca Bismillah, baca doa. Kita ni nak makan pun, Allah suka nak bagi pahala. Kalau kita makan tak ingat Dia, makan setakat hilang lapar je la, tapi keberkatannya takde. Rugi ohh.

Oke, setakat itu resepi saya. (Ohhh nama resepi ni saya letak bersempena ia adalah resepi dari ibu saya yang terchenta ! Hehehe)


Selamat mencuba !

Terima kasih sudi baca entry ni.

* Jaga iman, jaga solat.


Assalamualaikum. 

~ Norzayani binti Norhamshah ~

Wednesday, June 11, 2014

Rucuh (Santan + Roti Kok) #MestiCuba

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar apa itu RUCUH ?

Rucuh ni adalah sejenis makanan orang jawa yang dikategorikan sebagai pencuci mulut. Ia diperbuat dari tapai ubi yang dibancuh dengan santan kelapa yang diperah dengan air panas suam. Ia juga boleh digantikan dengan air biasa.
Isi tapai dicarik-carik , tambahkan dengan sedikit gula dan santan/air suam dan kaca rata. ada juga orang yang blend dengan ketulan ais. sangat sesuai diminum sejuk atau juga boleh dimakan dengan roti putih.

(Sumber dari sini ye. )

Memandangkan malam tadi saya nampak kelapa parut dalam peti hais. Nampak roti kok dalam plastik. Nampak hais yang banyak pulak lagi. Terus menggagau buat. Lama mengidam dah ni.
Selalu kalau balik kampung je makan, tak pernah buat sendiri. Hihi. 
Tapi resepi saya ni, plain saja. Tak ada tapai-tapai segala. Ahem, ia ringkas, mudah dan sedap jugak lah. =)

Hurm lagi resepi ni, main campak-campak je tau. Tak ada sukatan.
Ikut sesedap rasa sendiri. 
Oke nah resepi step by step untuk tatapan awak semua.

Pertama sekali :

 Kelapa parut, perah ye. Kalau tak nak, beli saja santan.


 Santan yang dah diperah. Tapi malam tadi tercair pulak. Hehe.


Langkah kedua :
 Letaklah secoet garam. (Gambar ni poyo je, padahal saya dah letak secubit garam masa tu)
Garam ni ikut rasa tau. Ikut logik jugak, kalau awak nak buat sejag santan, takkan nak letak secoet garam.


Langkah ketiga :
 Letak sesudu gula. Ikut keperluan, nak kurang lagi pun takpe.
Kurangkan manis dalam makanan ye.

Langkah keempat : 
 Masukkan air batu. (Haha nampak sangat santan cair, weee)

 Gini kekdahnya bila dah masuk ais. Uihhh kalau hari-hari makan ini je pun tak apa. :)
Eh lupa pulak, tadi lepas dah masuk garam, gula, 
jangan lupa kacau untuk larutkan gula dengan garam tersebut. 
Oke next!


Langkah keempat :
 Macam itu ye rupa roti kok (roti keras). 
Tapi kalau dapat roti keras yang besar segi empat tu lagi sedap rasanya.

 Rendam roti kok korang tu. Kalau lama sikit nanti lembut la. Tapi jangan lembut sangat.
Tak rasa nikmat bunyi "kruppp krapp krupp krapp" =)
Sedia untuk dimakan ye lepas dah rendam tu.


 Nampak tak betapa saya suka dengan rucuh ni. Santan banyak lagi, tambah roti lagi. Tambah lagi. Tambah lagi. Sampai saya terlupa saya tengah diet. (Jangan poyo sangat Yani, orang tak suka!)
Haha oke tak, tak.

Oke dah selamat masuk perut. Dah licin mangkuk. Roti pun dah tinggal sikit.
Ngeee, tapi saya kongsi dengan ayah tau. Mana pulak saya makan habis setengah paket. Weee~


Oke, dah tengok kan resepi.
Mudah. Senang kebabom. Cepat dan hurmmm sedappp!

Saya dah terbayang kalau masa puasa nanti, buka puasa dengan rucuh ni je pun tak apa.
Sebab bila makan tu, ada macam-macam rasa. Rasa lemak dari santan, manis kerana gula, masin sebab garam, sejuk dengan ais, dan rangup kerana roti. Nyaman sungguh !!!

Orait, selamat mencuba resepi pencuci mulut ini.
Pada saya sedap, untuk orang lain punya tekak saya tak pasti. 

Sekian, assalamualaikum w.b.t ...

With Love,
Norzayani binti Norhamshah
11 Jun 2014 / 13 Syaaban 1435H

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...