Posts

Showing posts from November, 2013

Diet sebab nak kahwin?

Image
Ni diet, diet ni, sebab nak kahwin la ye? Bismillah. Assalamualaikum. Apa cerita ni? Apa kes? Diet sebab nak kahwin??? Jeng, jeng, jeng... Heshhh, mana boleh kaitkan begitu. Mana aci! Tak semestinya orang yang nak kahwin tu saja yang boleh diet. Ye tak? "Haaa Yani, ni diet ni, nak kahwin dah ek?" "Hahahaha, tak ada maknanya, mana ada orang yang nak Yani ni kak oiii." Gelak besau aku orang cakap gitu. Aku cuma merasakan berat aku semakin bertambah-tambah semenjak dua ni. So, aku pilih untuk mengurangkan sedikit berat badan. Apa? Mengurangkan sedikit berat badan. Faham ye? Nak cakap diet? Erk macam tak pulak, sebab aku belasah je makan banyak. Cuma aku tak ambil 'Carbs'. Dulu dok sibuk kira kalori, tapi selalu terlebih lori. Hahaha. Bila kira carb, tak pasti pulak kalori tu banyak ke tak. Yang penting aku diet, bukan kerana aku dah nak kahwin ke apa-apa. Mohon janganlah buat andaian yang entah apa-apa. Sebab calon suami pun aku tak cari lagi. Tapi tak tau la…