Showing posts with label #AL-FATIHAH. Show all posts
Showing posts with label #AL-FATIHAH. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Ajal yang datang, tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.

...Kehidupan di sini bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar kejadian...
 
Al-Fatihah buat nekcu, yang telah kembali kepada Ilahi pada tengah malam tadi. (Tak pasti pukul berapa, tapi pak usu Din kata dalam pukul 12.30 malam tadi.)
 
Semalam kami (family) ada melawat nekcu. Minggu lepas pun kami ada melawat juga, sebab nekcu memang ada sakit kanser, plus kena strok tahun lepas. Kata anak-anak nekcu, "kalau nak melawat, lawatlah sekarang, sementara dia ada."
 
Last week jumpa, memang arwah dah tak larat sangat. Kesian nekcu. Tapi itu bahagian arwah, bahagian kita suatu hari nanti, wallahua'lam.
 
Semalam kami melawat sebab pak usu dengan mak usu dah habaq kata doctor dekat SMC suruh bawa balik. (Doktor yang tolong mana yang mampu, selebihnya kita doa minta Allah permudahkan urusan.)
 
Tapi kami pergi malam tadi dah agak lewat, dalam pukul 10.30 jugak baru sampai rumah pak usu. Bila dah tengok keadaan nekcu, terbaring di atas katil, lemah, betul-betul mengingatkan aku pada arwah acik Zila. (Adik ayah aku)
 
Perasaan sedih bila menjelma itu biasa kan bila melawat orang sakit? (Tapi kita sebagai seorang Islam, tak boleh bersedih yang melampau. Cukup sekadar minta Allah sabarkan hati kita, beri kekuatan dengan apa yang bakal berlaku.)
 
Kami ramai-ramai baca surah Yaasin, untuk nekcu. Mak usu dengan mak cik Rohaya ajar nekcu mengucap. (Allahurobbi, kematian benar-benar hampir, selalu dekat saja dengan kita.)
 
Aku tak tahu, tapi semalam aku dapat rasa, arwah memang akan pergi. (Ya, sebab mati itu pasti) Cuma aku tak pasti bila. Dalam hati aku doa banyak-banyak 'Rabbi yaasir wala tu'assir rabbi thamin bi khoir'. (Mintak Allah permudahkan segala urusan.) *dalam saat-saat begini, awak kalau melawat orang sakit, mohon doalah apa saja, insya Allah, pasti Allah tolong. Doalah apa saja untuk yang sedang sakit itu, moga Allah dengar doa kita, bantu segalanya menjadi mudah dan tenang.
(Mohon jangan salah ertikan apa yang aku cuba nak sampaikan, aku sekadar share apa yang patut kita buat bila melawat orang sakit. Dan tiadalah niat aku untuk riak atau ujub (kagum dengan diri sendiri, na'uzubillah.)
 
Lepas habis baca yaasin malam tadi, aku nampak pak njang baca Al-Quran, tapi tak pasti surah apa. So, aku tanya pada mak cik lila, pak njang baca surah apa? Mak cik kata, 'Suratul ra'du' (Surah Ar-Ra'd) Mak cik dengan nenek kata surah ini elok untuk dibaca pada orang yang sedang menghadapi saat-saat terakhirnya.) Kena yakin, semua pun atas kehendak dan izin Allah. Kita ikhtiar, Allah yang mengizinkan semua perkara yang dikehendaki-Nya.

Sejuk kaki nekcu masa aku sentuh kaki nekcu malam tadi. Urut perlahan dan berdoa minta Allah mudahkan urusan. (Ini habit bila aku melawat orang sakit, ayah pesan suruh doa banyak-banyak.) Mudah-mudahan bila satu hari kita pula yang terbaring begitu, akan ada orang tolong mendoakan urusan kita untuk kembali pada Allah, akan dipermudahkan.

Masa ibu ajak balik malam tadi sebenarnya aku tak nak balik lagi, tapi aku tengok jam dah nak pukul 12. Alahai kesian pula, takut nenek mengantuk. Aku fikir esoknya nak kerja pula. Takpelah, doa dari jauh je la.

Dan kami pun pulang, lepas 30 minit sampai rumah, telefon rumah bunyi. (Wallahu'alam, hati terus terdetik, Innalillah.) Mungkin..mungkin.

Lepas tu, baru aku dengar ayah cakap Innalillahiwainailaihiroji'un. (Nekcu dah meninggal, tak lama lepas kami balik.) Bukan rezeki aku nak tengok bagaimana saat ajal benar-benar di penghujung. Dulu masa arwah acik Zila pun aku tak sempat sebab masa tu dah zohor. (Untuk aku jadikan pedoman pada diri sendiri, supaya lebih mengingati mati.) *Hari ni cuti, sebab memang dah fikir nak 'hantar' sampai ke kubur. Plus aku ni, kalau melawat orang meninggal, balik memang kena terus mandi, kalau tidak, kebiasaannya mudah saja untuk aku kena badi mayat. Moga Allah akan terus melindungi dari sebarang perkara yang tak baik. Aamiin.

Malam tadi, memang tidur tak nyenyak. Tapi terlajak juga, dah azan baru terjaga. Terus siap-siap sebab nak pergi melawat. Takut tak sempat cium arwah untuk kali terakhir. (Memang tak dapat sebab Allah tak izinkan. Jadi, kali terakhir aku cium arwah, sebelum aku balik malam tadi.) T.T

Alhamdulillah, pagi tadi segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah, sudi perkenaankan doa kami. Sudi dengar doa hamba-Mu yang selalu lalai ini.

Segala urusan berjalan dengan mudah. Masa kami sampai, arwah sedang dimandikan.

Selingan sedikit. (Buat sesiapa yang membaca entri ni, andai awak melawat orang meninggal di masjid, mohonlah curi masa sedikit, sujud pada Allah. Solat Tahiyatul Masjid. Kalau pagi, boleh solat dhuha sekali. Oke ye? Kita buat ye? Kita ramai-ramai buat tau. Moga Allah redhai kita dunia akhirat.) Benda yang mudah, janganlah kita terlalu permudahkan ya. Bukankah kita sama-sama nak masuk ke dalam Syurga Allah. Nak berbahagia di sayangi Allah. Kan?

Ok, lepas dah siap mandi, kafan jenazah, solat jenazah. Mudah. Segalanya terlalu mudah, Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Syukur. (Segerakanlah urusan pengkebumian jika ada di antara kita yang meninggal.)

Sesudah itu kami ke Tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Urusan pengkebumian juga mudah. Cuaca juga tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak juga aku rasa bahang. Renung dada langit sesekali, mendengar talkin yang dibaca, air mata mengalir. Sedih, terfikir bagaimana jika aku yang berada di situasi itu. Cukupkah amalan? Bekalan aku ke sana benar-benar cukupkah untuk menampung kehidupan di akhirat? Allah...


gambar hiasan.

Sementara masih ada nyawa yang Allah kurniakan. Janganlah kita melakukan perkara yang lagha,yang dimurkai Allah, bimbang Allah akan murka dan tak akan menerima taubat kita. Kita makin tua, kita makin dimamah usia, kita makin dekat dengan kematian, kematian juga tak kira muda atau tua, lantas untuk apa terlalu mengejar dunia, kerana mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bertaubatlah sebelum terlambat, bukan ketika nyawa di hujungnya. Semoga kita semua bakal menghuni Syurga Allah. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin.

Al-Fatihah. Semoga arwah nekcu tenang berbahagia di sana. Aamiin.

Norzayani Binti Norhamshah
18.54 pm
3 Mac 2014

*terima kasih sudi baca entri ini, sebarang salah dan silap dalam perkataan mohon dimaafkan. :)


Friday, September 20, 2013

Kenangan itu...

Assalamualaikum w.b.t...

Kebiasaan apabila nak memulakan satu entri, 'kompem' ayat aku huru hara.
Tak apa, takde masalah, kita buat dia kan? Bukan dia buat kita.

Alhamdulillah hari ni kita dah masuk ke 14 Zulkaedah 1434H, haaa ingat ke tidak tarikh dalam bulan Islam ni? Aku pun kurang ingat, tapi tengok kalendar semula.

14 Zulkaedah 1434H (20 September 2013)

(rewind tarikhhh.... -----

--- 13 Rabi'ul Awwal 1434H (25 Januari 2013)

Yes, kenapa dengan tarikh ini wahai Cik NA? (hahhhh NA sangat, padahal Yani! Oke tutup iklan~)

Semalam sudah tentu-tentulah 13 Zulkaedah wahai pembaca yang budiwan budiwati sekalian (weyyy ade ke budiwan budiwati ni? bukan budiman ke? ahhh gasak... T.T)

Maknanya dah genap 8 bulan arwah makcik aku (Norkhazilah a.k.a Acik Zila) pergi bertemu Ilahi.

8 bulan yang aku rasa kehilangan. Sebab masa arwah sakit dulu, agak jarang jugak melawat dekat hospital, kerana kekangan masa dan juga perkara-perkara lain.

Dalam tempoh 8 bulan yang aku rasa kehilangan dan selalu berfikir, mati itu bila-bila pun boleh. Tak kira kau tua atau muda. Tak kira kau tengah kerja ke, kau tengah tidur ke waima kau tengah main games depan laptop pun kalau ajal kau dah sampai, memang kena jalan jugaklah. (Ajal bila sudah sampai, takkan cepat sesaat atau lambat sesaat.)

Arwah acik Zila meninggal kerana menghidap penyakit 'breast cancer'.
Jujur aku akui sangat, arwah semasa hayatnya seorang yang kuat semangat.
Permulaan arwah tahu tentang penyakitnya, memang agak sukar untuk diterima, selepas itu arwah menerima takdir yang Allah dah tentukan sedikit demi sedikit dengan redha.

Usaha?

Macam-macam usaha arwah buat, ikhtiar berubat sana sini, dari moden sehinggalah ke tradisional.
Duit memang banyak habis, tapi aku percaya setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.
Arwah kuat semangat, suka bagi nasihat pada anak-anak buah dia ni, suka senyum dan yang paling aku ingat tentang arwah, masa arwah berniat nak kenal-kenalkan aku dengan seseorang yang dia kenal.
Siap bagitahu pada orang tu nama penuh aku lah, bagi tahu nickname FB aku, suruh orang tu add. (acik, kita rindu... T.T)

Arwah kata, "Eh acik suka tengok dia, bila tengok dia,mesti acik teringat kat awak tau Yani."

Aku kata, "Ehehe,yelah acik tu." (sengih je la tengok whatsapp arwah masa tu.)

Dia taip lagi, "Betullah, sebab nampak korang macam ada banyak persamaan. Suka post benda-benda yang baik ala-ala Islamik gitu kat FB. Acik tak kenal dia betul-betul lagi, tapi acik tau dia baik hati. Dia peramah."

***aku bukanlah terlalu baik sangat sangat, kalau kulit bawang tu nipis, nipis lagi iman aku ni. Cumanya, aku masih sedang berusaha untuk mempebaiki kekurangan dan kelemahan diri. :)

--- Masa ini aku layan je arwah, yelah, orang cerita benda baik, takkan aku nak sangkal. Ye tak? Kena husnuzon dengan orang sekeliling, itu yang terbaik.Tiba-tiba aku tanya,

"Acik ni nak kenenkan yani dengan dia, entah-entah dia dah ada GF."

Arwah pun reply, " eh haahlah, kejap acik nak tanya dia".

(Aduhaiii acik, terus nak tanya. Harap-harap lelaki yang baik hati itu tak fikir apa-apalah.)
*Tepuk dahi aku lepas tu*

"Haaa yani, acik dah tanya. Dia takde GF".
"Ohhh..." pendekkan aku reply. (dalam hati, 'yeke? yeke? selalu orang baik ni mesti dah ada calonnya.' -kenapa entah aku tergerak cakap macam tu dalam hati ni)

Acik sambung berwhatsapp semula, "Erm tapi dia dah ada tunang..."

Tersengih-sengih aku dalam kereta masa baca whatsapp acik Zila, time tu nak drive pergi rumah yaya sekejap, nak ambil apa entah, tak ingat dah...
(haaa see tekaan hati aku tepat! tapi dalam hati ('ermm rugi pulak takde jodoh dengan lelaki yang baik hati tu.') -yelah kan, siapa nak tolak kalau dijodohkan dengan lelaki yang baik? habaq mai kat aku...-

---dan oh oh, takpe mungkin dia bukan jodoh yang tertulis untuk aku, ada beberapa kemungkinan, mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku maknanya mungkin aku sebenarnya yang tak cukup baik untuk lelaki yang baik hati itu. Dan aku percaya, Allah memang dah sediakan jodoh yang paling sesuai untuk aku. Aku pernah terbaca ada orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri. So, bila awak nak dapatkan pasangan yang soleh atau solehah, sila soleh atau solehah kan diri anda dulu ye? Doa dan teruskan saja berdoa agar dapat jodoh yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah, dan Allah akan berikan awak yang terbaik. Insya Allah.

Oke kita sambung cerita, lama pulak iklan. Ades!

"Eh acik, kata dia dah ada tunang, kenapa dia nak add yani?"
Tertanya-tanya jugaklah. Dalam hati yang jahat sikit, (eh janganlah nak ada niat lain, wa tak suka oke!) sebagai contoh nak carikan 'kembar' untuk tunang dia tu...<~ oke Yani, perasan gila... -haha ini gurau je-

"Ohh alah, dia saja nak berkawanlah tu kot.Hehe."
Haaa tengok, acik Zila sangat positif, aku pulak fikir negatif. Nyah kau syaitonnn! Kita husnuzon lagi ye, nanti baru Allah sayang. :)

"Ohh okelah kalau gitu..."

Dalam hati aku terfikir, 'amenda lah aku ni nak fikir buruk, orang add bukan bermakna dia nak usha ke hape-hape kan? tolonglah Malaysia! dan tak semestinya dia nak menggatai kat hang. Dan kalau menggatai pun, hang ada pilihan kot, sama ada untuk turut sama menggatal (melayan) atau ignore saja semua.'
Alhamdulillah, dia sekadar add saja. Takda pun niat apa-apa yang tak baik. May Allah bless him, dunia akhirat, amin ya rabb.


Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa tentang arwah dan aku.

Antara aku dengan arwah, kitorang ada agak banyak jugaklah persamaan. Tapi takpa kita simpan dalam hati. :)


"Hurm tapi acik suka lah kalau awak dengan dia. Kalau korang kahwin, anak korang mesti baik-baik."

Aiyokk erm acik memang suka dia sangat, dan tak habis lagi rupanya cerita itu. Dan dan tapi dengan segeralah aku berkata,

"Takpe acik, jodoh Yani dengan orang lain kot. Allah dah tentukan siapa jodoh yani. Satu je la, acik tolong doakan Yani dapat jodoh yang baik eh? Yang boleh teman ayah pergi masjid atau surau. Boleh gitu? Hehe.. "

"Acik akan selalu doakan untuk awak."

"Hehe, oke, terima kasih. Sayangggg acik ketat-ketat!"

"Sayang awak ketat-ketat jugakkk."


Erm macam itulah kira-kiranya berakhirnya perbualan whatsapp secara persendirian antara aku dengan arwah. Rindu? Yes, memang teramat rindu dengan arwah.

***(Ayat-ayatnya mungkin ada yang aku ubah sesikit, sebab conversation antara aku dengan arwah tu dah terdelete dengan sendirinya. Al maklumlah dulu guna BB, tak tau apa masalahnya terus hilang. Sob sob. Tapi jalan ceritanya masih sama saja.)


Ahhh kenangan bila datang menjengah dalam fikiran, kadang-kadang memang kita tak mampu nak elak.

Aku pernah cerita dalam entri ni Sebulan Yang Ditinggalkan tentang saat-saat terakhir dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kelip mata, pejam mata, bukak mata, tutup mata, pergi kerja, balik kerja, makan, minum, puasa, raya, erm sudah agak lama acik pergi. Mungkin kejap-kejap lagi turn yani pulak ke kan? Wallahua'lam... :)
Kalau jodoh itu ramai yang berkata ia rahsia Allah, mati pun rahsia Allah juga kan?


Okeh, otak dah terlalu blank untuk aku tambah dan tambah lagi isi dalam entri ni.
Tiada idea. Sebelum jadi terlalu meleret, berhenti ya?

Terima kasih jika ada yang sudi baca entri ini.

Maaf kalau ada salah dan silap. Dan sudilah memberi teguran jika ada kesilapan yang dilakukan. :)

Wassalam.

Semoga roh arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah...


Anything About You_ Niyaz Arumi,
20 September 2013 / 14 Zulkaedah 1434H
2.33PM
Saranghae~



** "acik, kalau satu hari nanti yani dah jumpa jodoh yani, yani bawak 'dia' ziarah 'rumah' acik eh...sebab kite nak kenalkan 'dia' dengan acik kite yang kite sayanggg sangat...!


















Monday, June 17, 2013

# Kemalangan Ngeri Federal Highway,Shah Alam, 16 Jun 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Harapnya hari ini dan hari yang akan datang lebih baik untuk kita semua.
Rerasanya aku tak pernah lagi buat entri tentang benda 'umum' gini. (Al maklumlah,selalu melalut mengarut je...)
Oke,niat di hati bukanlah untuk membuka aib atau apa jua,just nak share berita ni untuk pengajaran kita semua,bersama-sama supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya... 



Ngeri, keadaan Perodua Viva di tempat kejadian selepas kemalangan.

SHAH ALAM: Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini. 

Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang juga penumpang di bahagian depan hanya cedera ringan. 


"Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama. 

"Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina adalah penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang," katanya. 

Ruslan berkata, ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur. 

"Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa. 
"Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan... sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan itu," katanya. - BERNAMA





Keadaan kereta mangsa.



Nauzubillah, sesungguhnya Allah saja yang mengetahui apa yang berlaku.



Ngeri.


*Berita ini aku copy dari bharian.com.my ,nak buat sendiri kang tersalah fakta,bahaya pula.

*Gambar mangsa aku takdelah nak copy paste letak dalam blog, bukan apa, sekadar menghormati ahli keluarga mangsa. Cukuplah gambar kereta saja kan. Dan pada aku pun, gambar yang melibatkan orang yang dah meninggal ni,aku cukup takut nak share. Kalau nak tengok,korang google je la k.


*Menurut sumber google2,media2,yang aku bacalah,tak tahu betul ke tidak,wallahu'alam, keempat-empat mangsa ni baru balik dari I-City, Shah Alam. Insiden berlaku waktu subuh, dalam jam 5pagi ke atas. Aku tak pasti bebetul time nya,sebab ada yang cakap jam 5.15 pagi dan ada jugak yang cakap jam 5.30 pagi. Aku takde kat tempat kejadian,jadi memang tak tahulah fakta sebenar dan tak boleh cakap lebih-lebih.


*3 maut,seorang hanya cedera ringan. 3 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,manakala remaja wanita yang duduk di bahagian penumpang depan hanya cedera ringan. Mangsa ialah Adam.Ab.Rahman (pemandu), Ameer Asyraf Sulaiman (penumpang belakang), Nurul Maizura Maidan (penumpang belakang), Nurfarina Mokhtar (penumpang hadapan). Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan baru sahaja mendaftar di IPTA masing-masing kira-kira 2 minggu yang lepas. Adam, Ameer dan Nurfarina masing-masing adalah penuntut Uitm. Manakala Nurul Maizura ialah penuntut asasi UPM.


*Kesemua mangsa yang terkorban di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang untuk bedah siasat. Dan Nurfarina yang cedera ringan juga dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.



#Berita ini pasti mengejutkan seluruh kaum keluarga mangsa. Mohon Allah beri ketabahan dan kekuatan buat seluruh keluarga mangsa menerima berita sedih ini. Sesungguhnya bila ajal itu sudah sampai, ia takkan cepat sesaat dan takkan lambat sesaat. Ini semua sudah dijanjikan Allah saat roh ditiupkan dalam diri kita lagi.


#Banyak spekulasi dan 'cakap-cakap' orang tentang berita ini, ramai jugak yang mempersoalkan kenapa budak-budak ni balik pukul 5pagi. Life sebagai student, baru rasa jauh dengan family, overnight dengan kengkawan adalah perkara biasa. Aku cakap benda fakta, remaja ni berdarah panas, diorang suka nak buat sesuatu yang baru. Dan harapnya masyarakat kat luar sana, janganlah memandu terlalu laju, ia bukan hanya akan membahayakan kita, tetapi juga nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kita fikir benda baik je lah ye, kita anggap saja semua yang baik-baik. Maksimumkan fikir yang baik-baik walaupun susah kita nak fikir benda yang baik apabila sesuatu perkara seperti ini terjadi. Apapun yang berlaku biarlah menjadi pengajaran buat kita. Dan hanya Allah saja yang mengetahui cerita sebenar. Juga Nurfarina, salah seorang mangsa, dia mesti tahu apa yang berlaku (sekiranya dia tidak tidur ketika kejadian). Tapi sekiranya berlaku ketika saat dia sedar, pasti dia mengalami tekanan yang hebat.



#Mohon orang ramai tak cakap benda yang kita sendiri tak tahu, contohnya, "apalah bebudak ni buat 5pagi baru nak balik,berfoya-foyalah,herm betul ke kawan, couple kot..." andaian seperti ini tak perlulah kot, sebab kalau tak betul ia jadi fitnah. Bila kita bersalah, berdosa dengan Allah, kita akan mintak ampun dengan Allah, tapi bila kita buat salah dengan orang, berdosa dengan orang, fitnah kat orang, kita kena minta maaf pada tuan empunya badan dahulu barulah kita memohon ampun dan maaf dari Allah, baru Allah redha. Tapi bila kita bercakap sesuatu yang kita tak tahu melibatkan orang yang sudah meninggal, macam mana nak mintak maaf? Kita ni manusia, mana layak nak judge orang. Biar Allah yang tentukan.



#Bila terlalu banyak spekulasi, mestilah seluruh keluarga mangsa akan terasa hati, malu, sedih, marah dan sebagainya. Dan cubalah kita letakkan diri di tempat keluarga mereka, sudahlah sedih kehilangan ahli keluarga, ditambah pulak dengan mulut-mulut 'puaka' kita pulak tambah perisa, sudah pasti ramai yang terluka. Jadi seeloknya husnuzon lah dalam setiap apa yang kita dengar, kita lihat dan kita baca asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.



#Dan aku kira, satu-satunya mangsa yang terselamat, iaitu Nurfarina, pasti sedang melalui saat-saat yang sukar. Sangat sukar, kerana rakan-rakannya meninggal ketika mereka ada bersama, pasti sukar kerana hanya dia satu-satunya yang terselamat (ajal dia belum sampai), keluarga dan kawan-kawan pasti ingin tahu cerita sebenar, kenapa begini,kenapa begitu, berkemungkinan juga boleh menghadapi tekanan perasaan andai tak cukup kuat mengharungi dugaan begini. Aku doakan semoga Nurfarina akan tenang menghadapi hari-hari yang akan datang. Jadikan pengajaran setiap inci kejadian yang berlaku ni.



#Buat penuntut-penuntut di IPTA/IPTS, akakk mohonlah kat korang, kalau boleh tak payah nak overnight dengan kawan sesangatlah, ye akak memang tak moden, tapi benda ni boleh jadi pengajaran. Tahu naluri korang, tapi...erkkk, akak nak cakap banyak pun tak boleh, sebab kita dah besar dik oiii, ada akal fikiran, boleh beza mana baik mana buruk. Jadi kena tepuk dada, tanya  hati. Ibu ayah dan keluarga semua pasti menaruh harapan yang tinggi saat korang semua nak sambung study. Jadi hargailah dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan kalau boleh jangan sesekali hancurkan harapan dan kepercayaan diorang. Bukanlah korang tak boleh nak bersuka-ria, tapi elakkan sehingga ke tengah malam yang bawak ke pagi. Dan kena sentiasa ingat, bila jauh dengan famili tu bukan tiket untuk kita buat sesuka hati kita. (erkkk adik aku pun nak kena torture ngan aku ni nanti bila dia dah habis final, dia suka jugak keluar malam dengan kengkawan. bila aku bising, kemain jawab, ye ,ye, ye...dia tak tahu aku ni risau gamaknya..!) 



#Semoga berita sedih ini akan menjadi pengajaran selamanya untuk remaja-remaja kat luar sana. Nyawa kita ada satu je, jadi kena hargai betul-betul. Buat keluarga mangsa, tabah hadapi dugaan, ini ketentuan Allah. Untuk kesemua mangsa yang terkorban, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh kalian akan tenang di sana. Amin...



~ Terima kasih sudi baca entri ni, maaf kalau ada silap dan salah yang mungkin menyinggung perasaan korang yang membaca ini. Apapun, take care korang. May Allah bless us. Amin.


Sincerely,

Anything About You_Niyaz Arumi
17 June 2013 / 8 Sya'ban 1434h
10.23AM




CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...