Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Harapnya hari ini dan hari yang akan datang lebih baik untuk kita semua.
Rerasanya aku tak pernah lagi buat entri tentang benda 'umum' gini. (Al maklumlah,selalu melalut mengarut je...)
Oke,niat di hati bukanlah untuk membuka aib atau apa jua,just nak share berita ni untuk pengajaran kita semua,bersama-sama supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya...
Ngeri, keadaan Perodua Viva di tempat kejadian selepas kemalangan. |
SHAH ALAM: Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.
Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang juga penumpang di bahagian depan hanya cedera ringan.
Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Trafik Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang juga penumpang di bahagian depan hanya cedera ringan.
"Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.
"Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina adalah penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang," katanya.
Ruslan berkata, ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.
"Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa.
"Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan... sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan itu," katanya. - BERNAMA
Keadaan kereta mangsa. |
Nauzubillah, sesungguhnya Allah saja yang mengetahui apa yang berlaku. |
Ngeri. |
*Berita ini aku copy dari bharian.com.my ,nak buat sendiri kang tersalah fakta,bahaya pula.
*Gambar mangsa aku takdelah nak copy paste letak dalam blog, bukan apa, sekadar menghormati ahli keluarga mangsa. Cukuplah gambar kereta saja kan. Dan pada aku pun, gambar yang melibatkan orang yang dah meninggal ni,aku cukup takut nak share. Kalau nak tengok,korang google je la k.
*Menurut sumber google2,media2,yang aku bacalah,tak tahu betul ke tidak,wallahu'alam, keempat-empat mangsa ni baru balik dari I-City, Shah Alam. Insiden berlaku waktu subuh, dalam jam 5pagi ke atas. Aku tak pasti bebetul time nya,sebab ada yang cakap jam 5.15 pagi dan ada jugak yang cakap jam 5.30 pagi. Aku takde kat tempat kejadian,jadi memang tak tahulah fakta sebenar dan tak boleh cakap lebih-lebih.
*3 maut,seorang hanya cedera ringan. 3 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,manakala remaja wanita yang duduk di bahagian penumpang depan hanya cedera ringan. Mangsa ialah Adam.Ab.Rahman (pemandu), Ameer Asyraf Sulaiman (penumpang belakang), Nurul Maizura Maidan (penumpang belakang), Nurfarina Mokhtar (penumpang hadapan). Kesemua mangsa berusia 18 tahun dan baru sahaja mendaftar di IPTA masing-masing kira-kira 2 minggu yang lepas. Adam, Ameer dan Nurfarina masing-masing adalah penuntut Uitm. Manakala Nurul Maizura ialah penuntut asasi UPM.
*Kesemua mangsa yang terkorban di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang untuk bedah siasat. Dan Nurfarina yang cedera ringan juga dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
#Berita ini pasti mengejutkan seluruh kaum keluarga mangsa. Mohon Allah beri ketabahan dan kekuatan buat seluruh keluarga mangsa menerima berita sedih ini. Sesungguhnya bila ajal itu sudah sampai, ia takkan cepat sesaat dan takkan lambat sesaat. Ini semua sudah dijanjikan Allah saat roh ditiupkan dalam diri kita lagi.
#Banyak spekulasi dan 'cakap-cakap' orang tentang berita ini, ramai jugak yang mempersoalkan kenapa budak-budak ni balik pukul 5pagi. Life sebagai student, baru rasa jauh dengan family, overnight dengan kengkawan adalah perkara biasa. Aku cakap benda fakta, remaja ni berdarah panas, diorang suka nak buat sesuatu yang baru. Dan harapnya masyarakat kat luar sana, janganlah memandu terlalu laju, ia bukan hanya akan membahayakan kita, tetapi juga nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kita fikir benda baik je lah ye, kita anggap saja semua yang baik-baik. Maksimumkan fikir yang baik-baik walaupun susah kita nak fikir benda yang baik apabila sesuatu perkara seperti ini terjadi. Apapun yang berlaku biarlah menjadi pengajaran buat kita. Dan hanya Allah saja yang mengetahui cerita sebenar. Juga Nurfarina, salah seorang mangsa, dia mesti tahu apa yang berlaku (sekiranya dia tidak tidur ketika kejadian). Tapi sekiranya berlaku ketika saat dia sedar, pasti dia mengalami tekanan yang hebat.
#Mohon orang ramai tak cakap benda yang kita sendiri tak tahu, contohnya,
#Bila terlalu banyak spekulasi, mestilah seluruh keluarga mangsa akan terasa hati, malu, sedih, marah dan sebagainya. Dan cubalah kita letakkan diri di tempat keluarga mereka, sudahlah sedih kehilangan ahli keluarga, ditambah pulak dengan mulut-mulut 'puaka' kita pulak tambah perisa, sudah pasti ramai yang terluka. Jadi seeloknya husnuzon lah dalam setiap apa yang kita dengar, kita lihat dan kita baca asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
#Dan aku kira, satu-satunya mangsa yang terselamat, iaitu Nurfarina, pasti sedang melalui saat-saat yang sukar. Sangat sukar, kerana rakan-rakannya meninggal ketika mereka ada bersama, pasti sukar kerana hanya dia satu-satunya yang terselamat (ajal dia belum sampai), keluarga dan kawan-kawan pasti ingin tahu cerita sebenar, kenapa begini,kenapa begitu, berkemungkinan juga boleh menghadapi tekanan perasaan andai tak cukup kuat mengharungi dugaan begini. Aku doakan semoga Nurfarina akan tenang menghadapi hari-hari yang akan datang. Jadikan pengajaran setiap inci kejadian yang berlaku ni.
#Buat penuntut-penuntut di IPTA/IPTS, akakk mohonlah kat korang, kalau boleh tak payah nak overnight dengan kawan sesangatlah, ye akak memang tak moden, tapi benda ni boleh jadi pengajaran. Tahu naluri korang, tapi...erkkk, akak nak cakap banyak pun tak boleh, sebab kita dah besar dik oiii, ada akal fikiran, boleh beza mana baik mana buruk. Jadi kena tepuk dada, tanya hati. Ibu ayah dan keluarga semua pasti menaruh harapan yang tinggi saat korang semua nak sambung study. Jadi hargailah dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan kalau boleh jangan sesekali hancurkan harapan dan kepercayaan diorang. Bukanlah korang tak boleh nak bersuka-ria, tapi elakkan sehingga ke tengah malam yang bawak ke pagi. Dan kena sentiasa ingat, bila jauh dengan famili tu bukan tiket untuk kita buat sesuka hati kita. (erkkk adik aku pun nak kena torture ngan aku ni nanti bila dia dah habis final, dia suka jugak keluar malam dengan kengkawan. bila aku bising, kemain jawab, ye ,ye, ye...dia tak tahu aku ni risau gamaknya..!)
#Semoga berita sedih ini akan menjadi pengajaran selamanya untuk remaja-remaja kat luar sana. Nyawa kita ada satu je, jadi kena hargai betul-betul. Buat keluarga mangsa, tabah hadapi dugaan, ini ketentuan Allah. Untuk kesemua mangsa yang terkorban, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh kalian akan tenang di sana. Amin...
~ Terima kasih sudi baca entri ni, maaf kalau ada silap dan salah yang mungkin menyinggung perasaan korang yang membaca ini. Apapun, take care korang. May Allah bless us. Amin.
Sincerely,
Anything About You_Niyaz Arumi
17 June 2013 / 8 Sya'ban 1434h
10.23AM
pmbetulan ;allahyarham nurul maizura yang mnuntut di UPM
ReplyDeleteohh sorry2,tak perasan tersalah tulis,terima kasih eh bgtau,t sy betulkan... (",)
DeleteKita taktau pun apa yang terjadi sebenarnya. Thanks admin sbb bg nasihat. She's a good daughter and friend tho. Just pray for her, Adam and Ameer.
ReplyDeleteye, betul tu, Allah lebih tahu apa yang berlaku.
Deleteinsya Allah, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka di sana.
juga kita doakan pengakhiran yang terbaik utk diri kita sendiri.
Allahumma aamiin.