Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Ini cuti sekolah...aku pun dah lama 'cuti' dari kerja...meh bertatih cari semula...mula semula dari bawah...(depan mata orang kelihatanlah aku ni sangat happy go lucky...walhal hati bukan begitu pun sebenarnya...heee tapi apa nak buat...senyum sajalah walau hati tengah menangis...) --- eh sorry alamak,aku buat cerita sedih pulak...teheee...
Sebenarnya aku tak expect pulak hari ni aku nak taip entri baru...serius tak terfikir langsung...tapi memandangkan dah on lappy...meh la aku share sebuah cerita...
Korang pernah rasa tak satu perasaan yang 'down' sangat2 dalam hidup korang?
Masa tu, korang rasa koranglah yang paling malang, koranglah yang paling tak berguna, koranglah yang paling teruk sekali...
Eheee aku pernah rasa benda ni banyak kali sesangat...
Bukanlah niat aku tulis entri ni untuk membuka aib sendiri ataupun memburukkan sesiapa ke atau apa-apa yang mungkin boleh menimbulkan pemikiran negatif orang yang sedang baca entri ni...
Rasanya tak perlulah aku cerita kenapa atau apa punca sampai aku pernah rasa macam zaman kejatuhan aku sesangat...yang pastinya, bila difikir semula, semuanya salah aku...
Cuma pada aku kita ni hidup sebagai manusia, aku rasa untuk hidup bahagia semestinya kita wajib jaga hubungan kita dengan Allah...
Lepas tu, cuba sedaya upaya untuk bersangka baik dengan orang sekeliling kita, jangan terlalu mudah untuk melabelkan si polan atau si polan dengan sesuatu yang kita sekadar nampak luarannya, bukan dari segi batinnya...
Aku ini pastilah manusia yang tak lepas dari melakukan dosa... Makin kita cuba baiki dan jaga hubungan dengan Allah, makin kuat dugaan yang Allah beri untuk menguji tahap keimanan kita kepada-Nya...
Sesungguhnya setiap perkara dan tiap-tiap minit yang berlalu itu adalah satu pelajaran untuk kita...cumanya kita sedar dengan tidak sahaja...
Dan ataupun mungkin kita sedar, tapi kita masih belum mahu menggerakkan sesuatu untuk melakukan perubahan...sebabnya kita selalu bertangguh...
Sebagai contoh, aku sebenarnya sudah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis... tapi aku kerap bertangguh dan bertangguh... Dan apabila sesuatu kerja itu aku tangguhkan, sudah pastilah hasilnya takkan dapat.
Apa yang penting sebenarnya yang sepatutnyalah, aku mencuba, membuat yang terbaik, dan selebihnya bertawakal... Kalau takde rezeki yang sepertinya seiring dengan impian aku, itu namanya takdir dah tertulis... tapi ada juga takdir yang begini, takdir yang menuntut kita berusaha lebih kuat lebih jauh barulah kejayaan mampu kita gapai...
Seharusnya untuk menjadi seorang penulis itu, aku kira, kerjanya tidak kira waktu, asal idea datang, nahhh kena bersiap sedia untuk terus menulis atau menaip segala point penting dalam idea kita tu... kalau tak tulis, lari lintang pukang tak cukup tanah la idea tu...terbang jauh ke atas langit... dan aku pasti seluruh manusia yang bergelar penulis itu, pastinya mereka ada hati yang cekal dan tabah... kerana apa? Kerana bukan mudah untuk menulis sesuatu yang dapat menarik perhatian ramai orang supaya dapat membaca dari satu perenggan ke satu perenggan yang lain... salute for them!
Seperti yang sedia maklum, kebanyakan dari kita ini, amatlah tidak suka dibebani dengan tekanan... tak kiralah tekanan itu datang dari mana, sama ada dari tempat kerja, rakan-rakan ataupun dari kalangan kaum keluarga sendiri...
Dan untuk menghadapi tekanan itu juga bukan sesuatu yang mudah... sabar juga bukan sesuatu yang mudah... Sabar yang paling berkualiti adalah sabar ketika ujian betul-betul sedang menguji kita, contoh, kita menghadapi saat kematian orang yang tersayang, yang teramat-amat kita sayang, dan sabar yang paling berkualiti itu adalah permulaan semasa kita betul-betul sedang menghadapi saat sukar itu...dengan cara kita tidak menangis secara berlebih-lebihan, merempan atau meraung-raung... kualiti sabar itu bukan semua orang dapat melaluinya...
Kalau tanya aku tentang sabar, aku ni lagilah tengah berdarah panas, orang muda, sungguhlah tak mudah untuk aku bersabar... Ini fakta... Paling mudah aku melenting apabila hormon wanita dalam badan ni tengah berpusing-pusing...
Dan aku ni cepat stress, tapi aku akan cepat cool jugak... cumanya bergantung kepada keadaan sekeliling...
Apa-apa pun suka aku nak tegaskan, jangan mudah kita membiarkan syaitan meresapi hati kita...
Jalan paling luas untuk syaitan masuk ke dalam hati adalah bila kita dalam keadaan marah dan tertekan...
Kebiasaan aku, selalunya bila marah dah betul-betul kuasai diri, baru aku tersedar dan ambil wuduk... tapi kan time tu aku rasa macam, aduhai yani kenapa lah tunggu lama baru nak berwuduk... kuasa wuduk ni janganlah dipertikaikan, sebabnya memang wujud pun kesannya...mengalir ketenangan dalam diri bila kita sedang marah...dan air wuduk itu mampu membuatkan kita menjadi lebih tenang... dan dengan syaratnya, kena maksimakan hati mengingati Allah memohon Dia menyabarkan hati kita...
Kita manusia biasa, yang cepat melenting, cepat marah... Kita bukan nabi yang maksum... Kita ni tak lepas dari dosa...
Dan aku kira, mesti ada readers yang berpendapat, aku ni sengal ke apa?
Tajuk entri lain, isi dalam lain... Permulaan cerita kat atas pun lain, pendek kata entri aku kali ni agak huru hara dan kelam kabut...
Yang sebenarnya, aku bukanlah seorang penulis blog yang aktif, aku kira aku juga mungkin bukan seorang manusia yang hiperaktif.
Tapi mungkin segelintir orang akan cakap, ala standard la tu, tajuk lain isi dalam lain... Kadang-kadang dekat newspaper tu lagilah terpesong tajuknya. Dengan harapan adalah untuk melariskan jualan atau menarik minat untuk orang membaca cerita dan isi dalamnya.
Hakikatnya aku sekadar nak share something yang mungkin ada orang baca...mungkin jugak takde orang baca...
Tak kisahlah...yang paling penting, aku nak lepaskan gian menaip dalam blog... itu je...
Dan korang, aku doakan semoga hari-hari korang lebih baik dari hari yang sebelumnya...semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat...
Bila kita tengah down, jangan terlalu fikirkan tentang jatuh itu... tapi bangkitlah dengan semangat yang baru...
Selagi ada nyawa, selagi itu kita punya harapan dan peluang yang Allah beri...
Mohonlah supaya Allah cukupkan segala aspek rezeki yang kita perolehi dari Dia...
Dan sesungguhnya daripada Dia kita datang kepada-Nya kita kembali...
Syukran ya akhi ya ukhti sudi baca entri kali ni...
Segala karangan yang terdapat khilaf, mohon maaf, kalau ada menyinggung perasaan, juga sejuta maaf dihulur...paling penting, maaf sebab entri ni HURU HARA...
Take care korang, jaga iman...jaga solat...
Ikhlas,
Anything About You_ Niyaz Arumi
4 Jun 2013
3:59 PM
Saranghae
#Al Fatihah buat arwah seniman Shamsudin (Bujang Lapok) dan takziah buat keluarga arwah... terimalah takdir yang Allah dah tentukan ini dengan hati yang lapang dan tabah. Semoga roh arwah tenang di sana. Amin...
4 Jun 2013
3:59 PM
Saranghae
#Al Fatihah buat arwah seniman Shamsudin (Bujang Lapok) dan takziah buat keluarga arwah... terimalah takdir yang Allah dah tentukan ini dengan hati yang lapang dan tabah. Semoga roh arwah tenang di sana. Amin...
No comments:
Post a Comment