Friday, June 7, 2013

Tahniah Irine Nadia!

Assalamualaikum...

Entri ni ditaip khas dengan ucapan berbanyak-banyaklah tahniahnya buat Irine Nadia, blogger terkenal dalam Malaysia ni...

Seperti yang ramai dah maklum,Irine selamat melahirkan seorang baby girl di atas muka bumi Allah ini pada jam 2:46PM bertarikh 6 June 2013 bersamaan dengan 27 Rejab 1434H iaitulah semalam ya,pada hari Khamis...(mesti akan disayangi ramai ni,sebab orang tua2 ada cakap,sape yang lahir hari Khamis ni ada aura sikit,aura orang suka dan sayang...wallahu'alam)

Untung baby Irine dilahirkan pada tarikh hari peristiwa Isra' Mikraj...Subhanallah...mesti sejuk je perut Irine mengandungkan baby tu...

Buat masa ni aku takde info lagi berapa berat baby,sebab dalam instagram takde pulak Irine or husband dia tulis... dan nama pun belum diberi info lagi buat peminat2,pembaca blog Irine...

Apapun syukur kepada Allah kerana Irine selamat melahirkan baby girl yang sangat comel...aku percaya,ramai yang mendoakan yang terbaik untuk blogger comel ni...

Sebab ramai yang mengikuti perkembangan Irine sejak sebelum dia kahwin,dia dah kahwin,dan waktu dia pregnant sampailah sekarang dah selamat melahirkan...

Masing2 excited dengan berita gembira ni...nanti bolehlah jumpekan baby Irine dgn Saif anak Dena Bahrin...hehe mesti best...!
Oke2,lagi sekali akak ucapkan tahniah dan selamat buat Irine,suami Irine dan seluruh keluarga kalian semua atas anugerah yang baru diperoleh ini...

Semoga Irine dan Amirul akan berjaya menjadi ibu dan ayah yang super duper hebat sesangat buat baby ni (yg kami tak tau name lagi) dan zuriat2 u all akan datang,insya Allah...moga akan sentiasa menjadi contoh terbaik yang soleh dan solehah buat anak kalian... (;

Semoga kalian sekeluarga bahagia di dunia sampai akhirat...amin...
Tahniah!

*sedikit gambar yang dicilok dari IG Irine dan Amirul...

*Terima kasih baca entri ni,salah silap mohon maaf...
Ikhlas,
Anything About You_Niyaz Arumi
15:28PM
7 Jun 2013 / 28Rejab1434H
Saranghae














*teheee nampak sangat ciloknye,ngeheee...comey kan dorg*
*xsabar nak tunggu Irine update blog crite pengalaman bersalin dia...* ('',)

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...