Tuesday, May 27, 2014

Kain Cotton 'Baldu'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Nak kata excited sangat untuk sambut raya tahun ini, taklah sangat. Biasa-biasa je. (Eh puasa pun belum nak cerita raya? Tepuk dahi sat!)

Cumanya saya terlampau excited nak cari kain pasang ber'jenama' Cotton Baldu ini.
Agak payah jugaklah nak cari bila saya nak, bila saya tak nak, ada saja lalu depan mata.

Dan kalau ada pun, harganya, masya Allah. Terjojol bijik mata. (Oleh kerana saya bukanlah seorang yang sanggup berhabis-habisan untuk membeli pakaian, maka haruslah harga yang biasa-biasa itu, saya kata mahal. Hehehe.)

*** Eh awak-awak semua (yang selalu mengikuti blog ni, eh tapi ada ke??? oke terperasan kejap~), jangan pelik dengan kata ganti nama diri saya tau, dari "aku-aku" beralih ke "saya-saya". Bukan apa, saja je nak jadi lebih sopan. Ala, korang layan je lah, apa yang ada dalam kepala saya eh eh eh. ~

Orait sambung ceghita kain. Berapakah harga pasaran?
Entah, yang pernah saya nampak orang jual kat SUK ni, paling murah pun RM80/pasang.
Kan mahai? Saya tak moh. Saya nak jugak cari kat kedai kain biasa-biasa tu. Tak kira! Nak murah punya pasal.

Sehinggalah habis ke ceruk kedai kain Nagoya itu saya redah, ibarat meredah di lautan. Lautan kedai kain Kamdar juga saya renangi. Ecewah, hurm tak ada rezeki juga nak jumpa.

Sehinggalah hari jumaat lepas, dekat jualan jumaat (JJ) SUK, ada seorang mak cik ni jual, baju kurung moden guna kain Cotton Velvet tu. Subhanallah. Sudah jadi baju! SERIUS CANTIK! Sungguh ni. Tak tipu. Cantik sungguh cantik! Harga? RM120. Oke lah kot, tapi saya tak beli pun. Entah, Allah belum gerakkan hati nak beli. Sabar. Sabar.

Tapi walaubagaimanapun, keinginan menjadi lebih berkobar-kobar. Nak jugak cari kain itu sampai jumpa.

Jumaat malam, ajak kakak saya pergi tengok dekat Kamdar, Klang Parade. Tapi hampa sungguh walang hati ini. (Aiseh Yani, mengapakah ayat-ayat dalam entri ini sungguh "skema", sobssss)

Tapi cuba teka, akhirnya saya dapat ke tak?

Hahaha, eh tak payah teka lah. Kalau saya dah buat entry dalam blog, seharusnyalah saya jumpa.

Tapi tanyalah, saya jumpa kat mana.

Haaa, tak payah tanya, biar saya bagi jawapan terus. (Mudah kalau korang nak carik nanti. Hehehe)

Jawapannya, saya jumpa kat BANTING. Haaa, jauhkan, saya duduk Sg.Buloh. Cari kain ini sampai nun jauh di Banting sana. Sebenarnya kebetulan je jumpa kat Banting. Bulan Mac saya ada terlibat dengan kursus di Morib, dalam perjalanan memang dah ternampak kain ni tergantung-gantung cantik, baik punya!
Tapi tidaklah membeli. Sekadar tengok je.

Dan hari ahad lepas, saya dengan ibu ayah ada pergi ke walimah saudara sebelah atok di Sg.Raba. Jadi, sambil menyelam ye kita minum air.

Alhamdulillah. Rezeki. Tapi masa beli tu, memang baik punya survey satu pekan Banting. Ada 4 kedai kot saya tanya harga.


contoh (gambar ialah ehsan abang google)


Kedai yang pertama - Special Promotion (2 pasang RM85) *masa ni mata memang dah blink-blink*

Kedai kedua - Sepasang ialah RM66. *aiseymen, tak boleh jadi. Oke dik, akak tanya je. Hihi. Lari keluar*

Kedai ketiga (agak besau jugaklah) - Sepasang ialah RM55. *dalam hati dah banding dengan harga kedai                                                                                                   lain tadi.*

Kedai keempat (besar-besar) -Sepasang ialah RM45. *weh, lagi murah. Tapi kalau beli 2 dah RM90. Lagi murah kedai pertama. Dua pasang saya dapat RM85. Ya rabbi. Yani, kenapa 'kede' sangat RM5 ni? dalam hati berkata, RM5 juga duit.*

Kesimpulannya - Saya patah balik pergi kedai pertama (sorry tak ingat namanya, nanti balik rumah saya ambil gambar tunjuk kat awak-awak ye.) Oke kita balik kedai pertama, tapi agak pening jugak nak pilih warna sebab semuanya cantik-cantik. Sebenarnya nak pilih dengan hati yang tenang, tapi abangla tu dah berdiri kat tepi. Rimas. Tak suka bila nak beli barang, orang dok ikut kita!

Akhirnya, malas nak layan abangla tu, saya pun terus tunjuk warna biru tekois satu, dengan warna merah darah O. Hehehe. So, dapatlah 2 kain pasang yang sudah lama diidam-idamkan. "Alhamdulillah, terima kasih Allah, sudi tolong kita."

Dengan ini, saya sudah berkira-kira nak buat Jubah ye menggunakan kain ini. Itu sebenarnya tujuan beli kain cotton baldu ni.

ehsan google lagi~
Kalau baju kurung, begitulah jadinya. Cantik jugak. Tapi pilihan saya ialah untuk jadikan sebagai jubah. Begini ya.

copyright *RM*

*RUCCIMODISCH*
Cantik kan bila jadi jubah. Ye, sebab terlalu berkenan dengan Jubah Elegant Aisya ni lah. Nak beli, harga tak berapa nak mampu. Bukan tak mampu, tapi belum reti nak beli sampai mampu. Jadi, kita beli kain, tempah sendiri. Hehehe.


Tapi kan kalau korang nak beli jubah cantik-cantik. Boleh pergi website ni ~> RucciModisch serius, jubah dorang memang cantik-cantik. Plus, ada school holiday sale dekat website diorang dari 30 Mei 2014 sampai 3 Jun 2014. Memang price markdown!

Setakat ni saya pernah beli Sarah Jubah je. Yang lain semua saya hanya mampu tengok, cuci-cuci mata dekat IG Rucci Modisch ni. Hehe.

Hehe sempat lagi buat promosi kan.
Oke lah korang, terima kasih sudi baca entri versi pra-raya ni. Nanti bila dah raya baru saya upload gambar jubah ye...Itu pun kalau saya rajin.

Okelah okelah, dari tadi je asyik okelah je. Terima kasih sudi baca entri kain cotton baldu ni.
Salah silap perkataan mohon maaf ye.
Ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi di entry yang lain ye.

Kawan-kawanku sayang, jaga iman, jaga solat, solat awal waktu. Jaga akhlak, tingkatkan ibadah.
Mudah-mudahan kita semua di dalam redha Ilahi. Aamiin.

Oh lupa, hari ini juga ialah ulangtahun peristiwa Isra' Mi'raj (27 Rejab). Semoga kita akan sentiasa memperbaiki amal ibadah kita, solat kita. Buat yang terlupa apa itu peristiwa Isra' Mi'raj, saya belanja sedikit gambar untuk pencerahan awak sekalian tentang cerita Isra' Mi'raj ini.

sumber dari fb~


Semoga bermanfaat. Sekian, wassalam..


Love,
Norzayani Binti Norhamshah
5.29 PM
27 Mei 2014 / 27 Rejab 1435H

Wednesday, May 21, 2014

Mangkuk Tingkat Vs Bento

Assalamualaikum w.b.t

Hurm tajuk entri tak boleh belah kan. Mangkuk tingkak, eh tingkat vs Bento.
Ini semua gara-gara kawan aku si Ina ni lah, dia bengang dengan aku sebab bagi henpon free dalam whatsapp sekali tiga biji, terus dia menyeru nama mangkuk tingkat!

Haih, sudahlah aku pergi kerja hari ini hanya "berbentokan" ikan kembung asam pedas dua hekor, jadi memang tak bermangkuk tingkat lah aku hari ini. Tak cukup masa pagi tadi. (Hehh Yani, apesal kau tak mahu cakap kau malas?) Haha...

Hoke, sebut pasal mangkuk tingkat, apa yang korang bayangkan?
Haha haruslah korang bayangkan mangkuk bertingkek-tingkek, yang mengandungi nasi, lauk seperti sayur dan lauk berkuah, tak kisahlah ayam ke ikan. Itu minimum 3 tingkek la kan. Kalau korang nak bawak lebih je ye terpulang.

ini mangkuk tingkek moden ya anak-anak...


Tradisional dan antik kan kotak pemikiran aku, orang zaman sekarang nak pergi kerja, mana ada bawak bekal. Orang makan kat luar lah yani oi!

ni mangkuk tingkat antik kebabomm~


Tapi tahukah anda? Rakyat di negara Jepun nun, mereka sangat rajin untuk menyediakan set "Bento" buat anak-anak dan suami terchenta!
Kasih sayang boleh mengalir melalui masakan tau! Jadi jangan pandang rendah pada kuasa "bekal,bento,dan mangkuk tingkek".

Tapi kalau nak ceghita pasal bento ni, punyalah kreatif orang Jepun ni sewaktu menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak, suami mahupun untuk diri mereka sendiri. Tak percaya?

Nah, tengok sendiri, hasilnya...

lappy..kau hada?

banyak sungguh buah-buahan. sedap!

comel kan? nak makan pun sayang~

haha, ni saja nak tunjuk, inilah muka panda tertelan tapai basi. tragis kan. =D
Hehe, santek! Memang santek kan? Comel kiut miut tiut la.

Tapi walau aku kagum dengan 'penjenamaan' bento ini, mangkuk tingkek tetap di hatiku.
Tekak aku, tekak jawa, eh jawa ke aku? Eh ayah aku jawa, so aku memang jawa la kan. Tapi jangan cakap jawa dengan aku, aku tak tau dan tak faham. Maaf ye, haha.

Ini kerana mangkuk tingkek memang daebak sebab kau tengok lah lauk pauk yang ada di dalamnya.
Aduiii bisa-bisa aja aku boleh pengsan menangis meraung kerana sedap! (Yani, kau jangan nak ber'drama' princess pulak kat sini. Huh~)

Tak percaya? Nah, aku belanja gambar lauk dalam mangkuk tengkek,

haaa tengok lauk fevret aku, peria oh peria!

ini apa? nasi briyani eh? sedap nampaknya.

menyelerakan bukan?
Haaa, jadi kesedapan makanan yang terhidang di dalam bento dan mangkuk tengkek tidak dapat disangkal lagi oleh pemikiran moden kita.

Apa dia??????? Malu nak bawak bekal???
Tak molah begitu, banyak sangat kelebihannya kalau bawak bekal dari beli makanan luar ni.

1) Dijamin bersih, dan halal. Bonus kasih sayang isteri dan ibu mengalir di dalam makanan tersebut!

2) Anda boleh berjimat. Kumpul duit, simpan kat tabung Haji.

3) Andalah orang yang paling bertuah. Kenapa? Sebab isteri atau ibu anda sedang membuat pengorbanan yang bukan semua wanita sanggup nak buat.

4) Anda tak payah susah payah fikir nak makan lauk apa bila ke kedai makan. Biar isteri atau ibu anda yang pening memikirkan nak bagi anda makan apa. (Haha kejam nya aku...)

Oke dah, cukuplah tu empat keistimewaan, kelebihan. Kang mengarut pulak aku tulis.

So tema keseluruhannya dekat sini, marilah kita membawa bekal dari rumah.
Tak kisahlah hang nak 'berbento' ke, 'bermangkuk tingkek' ke. Best woo, jimat. Tapi kalau sekali sekali nak makan kat luar boleh je. Kot lah tetiba isteri demam ke, hang paksa jugak dia buat sediakan bento atau mangkuk tingkek, hang memang mintak senduk ke kepala lah kan. Haha...

Oke dah, sekian dulu untuk entri hari ini.
Salam Satu Mangkuk Tingkek dan Salam Satu Bento. Kikiki.

Terima kasih sudi baca entri kiut ini. Haha, kiut ke? Chehhh.

Take care korang. Jangan tinggal solat dengan sengaja tau, nanti Allah marah.

Kbai, Assalamualaikum.

Sincerely,


Norzayani Binti Norhamshah
21 Mei 2014 / 21 Rejab 1435H
1.21 PM

Tuesday, May 20, 2014

Biskut Batang Buruk

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Hurm sekejap je kan dah 20 Rejab. Haa, ada yang tinggal puasa tak tahun lepas? Dah ganti belum?
Mohon ganti awal ye, bukan apa, umur kita ni kita tak tahu sampai had mana, esok-esok kalau kita mati dulu sebelum qada' puasa, berhutang kita dengan Allah.

Lepas habis bulan Rejab ni, kita akan menempuh bulan Syaaban, lepas itu bulan Ramadhan (tak sabarnya) dan seterusnya bulan Syawal.

Kita dah bersiap sediakah untuk menempuhi bulan Ramadhan akan datang ini?
Apa persiapan kita menyambut bulan Ramadhan?
Adakah semeriah persiapan seperti kita hendak menyambut hari raya?

Hurm bila sebut pasal hari raya, ada satu kuih tradisional yang sangat menjadi fevret i tau.
Tahun lepas, dari hari raya pertama aku cari sampai hari raya keempat, raya keempat baru aku jumpa. Itupun nun jauh di rumah mak uda aku di banting sana. Isy..isyyy...
Itu pun i dapat tengok je masa tu. Sebab tak boleh makan. Sadis oke, sangat sadis.

Oleh kerana kebiasaannya hari raya kedua, kalau tak ada apa-apa masalah, memang aku akan berpuasa, makanya kalau hari raya ketiga, haruslah aku pergi jalan rumah ucu Lam, aku dengan muka seperti panda tengah sakit perut akan meminta secoet dua biskut raya dan kek victoria sandwich untuk buat bekalan buka puasa. Hihi. Haip, korang jangan ikut perangai aku yang satu ni, serius muka tak malu. Haha kat rumah ucu Lam je aku buat muka tak malu, kat rumah orang lain akulah yang paling ayu. Haha, sila jangan percaya!

Kat rumah mak uda aku segan-segan panda, kat rumah ucu Lam aku segan-segan buaya. Panda kalau dia nak, dia tak mampu nak cakap, kalau buaya dia nak, dia mampu dan dia ngap je. Huahhaha. Eh yani, control ayu sikit please!

Hiihi, oke-oke...

Dan tahun ini, aku sudah berazam, oleh kerana tahun lepas, susah sangat aku nak jumpa kuih raya tu, makanya aku telah meminta bantuan abang Google. Biasalah, cari resepi, buatlah eksperimen. Baru kita boleh buat hipotesis dan kesimpulannya.
Semakin rajin yani buat, semakin berjayalah nanti! Kan? Boleh gitu.
Kesimpulannya aku belum tahu sebab belum try.

Eh lupa nak habaq, ini dia kuih raya fevret i,

memperkenalkan, BISKUT batang buruk.
Haih, inilah kuih raya tersedap sekali.
Inilah kuih raya yang aku nak cuba buat nanti. Mudah-mudahan menjadi.
Kalau menjadi, raya nanti, tak payah buat muka tak malu mintak kat orang. Hehe.. tak, tak, serius, kat rumah ucu Lam je kita buat cenggitu. Rumah orang lain tak...

Oke lah, nanti bila aku dah berjaya buat, aku buat entri, kongsi resepi dengan korang k.
Kalau tak ada entri nya, hahaha maknanya tak jadilah tu. Maknanya aku kena beli.
Eh tapi aku ni cerewet doe kalau makan biskot batang buruk ni, ada juga yang kurang sedap, aku suka yang sedap. Heheeee. Eh ada ke orang suka yang tak sedap? Huhu.

Oke2, korang doakan aku berjaya buat bisekot ini dengan jayanya ya?
Tengkiu-tengkiu...

Take care korang. Jaga diri, jaga iman, jaga solat.
Terima kasih baca entri batang buruk ni.
Assalamualaikum...

Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
5.00 PM

Boikot Yang Bermusimkah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini maybe cara penulisan aku tak macam selalu...
(Yang gila-gila...ye waktu gila boleh gila, tapi jangan lebih-lebih, waktu serius, kita kena betul-betul serius. Sebab bukan semua benda boleh buat gila-gila. Setuju?)

Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog aku ni, mesti ingat dengan entri ini, sejarah hari nakbah .
Sudah faham apa itu hari nakbah?
Paling penting, selepas membacanya, ada atau tidak rasa terkesan di dalam hati, berfikir bagaimana nak bantu saudara-saudara kita di sana?

Ada sesetengah pendapat mengatakan, tak perlu nak ambil tahu pun. Bukan saudara kandung pun, saudara Islam saja. Lagi pun mereka jauh. Buat apa nak ambil tahu. Atau mungkin, lebih parah lagi, ada yang berfikir, tak payah nak masuk campur sangat, nanti Israel serang negara kita, baru padan muka kita.
Allah, Allah... Allah.. Malanglah kita kalau kita ada terdetik begitu di dalam hati.

Walau mereka (saudara Islam kita) itu nun jauh di sana, tak dekat pun dengan negara kita ini, namun, kalau dibaca balik pendapat yang dikeluarkan, tidakkah anda merasakan anda juga kejam seperti tentera Zionis.

Kita ni, terkadang, sudahlah tidak mahu untuk menghulurkan bantuan, nak menghulurkan doa juga kita masih kedekut. Apa masalah kita sebenarnya ini? Harus aku akui, kita ini bila Allah beri kesusahan, baru nak ingat pada Dia. Masa kita senang, mana kita? Apa yang aku tulis ini juga sekadar mengingatkan diri sendiri juga. Aku tak ada suka-suka nak hentam orang ke apa. Itu adalah kelemahan.
Dan untuk mengelakkan kelemahan yang sebegitu, adalah sangat wajar jika kita berkawan dengan teman-teman yang sentiasa boleh ingatkan kita supaya tidak lalai, dekat dengan agama.

Kerana terbiasa, kita ini, bila Israel ke US ke nak serang Palestin, masa itu baru kita sibuk-sibuk nak boikot barang keluaran mereka.
Habis musim menyerang, kita pun berhenti menjadi mujahid di laman sosial. Sepi, tiada siapa yang sudi ingatkan supaya kita boleh terus memboikot barangan keluaran Israel dan negara-negara yang bersangkut paut dengannya.

Sebab itu entri ini diwujudkan. Supaya kita semua mampu mengingatkan diri sendiri, janganlah hanya bermusim kalau nak memboikot barangan keluaran mereka.
Dalam pada kekecohan dalam usaha memboikot itu, terbit pula isu kita digesa untuk hentikan pem'boikot'an bagi mengelakkan tempias pada ekonomi negara. Aku tak faham sungguh kenapa isu ini boleh berbangkit.
Bagi terlalu mengikut telunjuk barat, telunjuk 'syaitan' yang menyuruh kita bersuka-ria di atas muka bumi ini selagi boleh, tak hairan bahawa satu hari nanti, bila Allah sudah murka, maka mungkin kita akan jadi lebih teruk nun di Palestin sana.



Ada setiap daripada kita, sedar. Tapi tak tahu atau dalam dilema, bimbang akan terjadi sesuatu pada negara jika kita bertindak untuk memboikot. Ya aku faham kerisauan itu, tapi kita ini, sebagai seorang Islam, janganlah kita hanya menjadi Islam hanya atas nama dan kad pengenalan. Buktikan kita benar-benar seorang Islam. Orang Islam yang sejati, dia tak mungkin gentar dengan ujian yang Allah beri. Kerana tempat pergantungan dia hanyalah kepada Allah. Walau apa pun jadi, dia yakin Allah akan lindungi, bantu dia.

Kita ini, kadang-kadang selalu begini, "Aku dah doa, tapi Allah tak tolong pun..." Allahurobbi, sayang, adik-adikku sekalian, jangan sampai begitu mempersoalkan kenapa Allah tak bantu. Kita ini siapa? Dia itu Maha Berkuasa. Bila pertolongan belum sampai, itu tandanya belum masa yang sesuai, atau mungkin awak kena berfikir begini, Allah masih belum mahu tolong kerana Dia nak uji keimanan, kesabaran kita. Atau awak boleh berfikir begini, mungkin Dia masih belum mahu menolong atas kerana kafarah dosa yang pernah kita lakukan. Tapi ingat satu ni saja, Allah itu Maha Penyayang. Bersangka baik lah dengan Pencipta awak ye adik-adik sayang.

Aku juga akui, bukan semua yang kita dapat nak boikot. Contohnya bila melibatkan teknologi, sedang aku taip ini juga menggunakan hardware dan software keluaran negara terbabit. Mungkin korang akan cakap, haih macik ni, cakap tak serupa bikin!!! Ok, aku hargai kalau korang nak marah ke apa, sekurang-kurangnya ia boleh mengingatkan aku supaya gunakan teknologi yang ada sebagai keperluan sahaja dan bukan kehendak. Sekurang-kurang awak dah berniat, awak tak suka tapi awak terpaksa. Selainnya, biar Allah yang menilainya.

Sebagai contoh menggunakan teknologi sebagai keperluan dan bukan kehendak, karanglah entri-entri yang dapat membantu menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik, yang diredhai Allah. Sekurang-kurangnya, bila kita dah mati satu hari nanti, kalau ada entri baik, ia boleh jadi rujukan dan panduan buat orang lain yang masih tinggal di dunia ini. Kalau ilmu yang kita kongsikan itu bermanfaat, bonus untuk kita tau. Ilmu yang bermanfaat, pahala itu berterusan sampai kita di alam barzakh ye adik-adik. Tahu kan? Faham kan?
Bagus, faham.
Akak ni pun dik, bukan suci dari dosa, in fact, tiap-tiap hari pun akak ni berdosa.
Tapi kita boleh usaha sama-sama nak tambahkan pahala pula kan?
Kalau ada yang terleka, terlalai, dialu-alukan untuk menegur perbuatan akak ye. (",)

Jadi, dah bersedia nak bermujahadah?



Tak apa, kita mula kecil-kecil dulu. Doakan kesejahteraan saudara kita di sana, usaha boikot bukan bermusim ya. Bukan bila dah tak ada isu Palestin di serang, kita hentikan boikot kita. Usaha ini mesti berterusan sebab Israel dah rampas tanah umat Islam di Palestin. Isu ini bukan kecik. Isu ini besar. Israel sedang membina negara di tanah yang bukan milik mereka. Israel sedang merampas nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Kekejaman mereka tidak dapat disangkal lagi. Jadi kenapa memilih untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi negara mereka wahai umat Islam?

Aku tahu sebenarnya kalau entri-entri yang begini, bukan boleh menimbulkan minat pun pada sesetengah orang, tapi tak apa lah, mudah-mudahan suatu hari nanti, akan ada yang tersedar.
Kita ni, bercita-cita besar, nak ke syurga Allah bersama yang tersayang. Tapi cuba semak betul-betul, adakah jalan yang kita pilih itu, benar-benar jalan menuju syurga? Mudah-mudahan jalan itu tidak tersasar ke landasan kereta api menuju ke neraka. Naudzubillah.



Sebenarnya boleh saja kita hidup tanpa perlu makan MC DONALD'S, tanpa perlu minum MILO jenama Nestle, tanpa perlu ber COCA COLA, tanpa perlu bershopping di TESCO. Boleh, boleh sangat kita teruskan hidup. Bumi Allah ini luas. Banyak lagi makanan sunnah Nabi yang kita boleh ikut dan amalkan.
Suci, halal dan tidak diragui tau.

Kalau awak baca Al-Quran, di dalam surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud , "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman." Dari ayat ini awak pasti boleh lihat, betapa makanan yang halal lagi baik itu pasti akan dapat keberkatan dari Allah. Benda ini semua nampak kecil je, tapi impaknya sangat besar pada hati, akal dan fikiran kita. 

Contoh begini lah, cuba korang tinggalkan makan MCD, korang mesti boleh faham apa hikmah yang korang akan dapat. Kita ni kadang-kadang je orang tengok kita seperti tak ada masalah, tapi bila kita seorang diri, sebenarnya kita ada perasaan sunyi yang korang je tau. Salah satu penyebab hati kita tak tenteram adalah kerana kita salah memilih makanan dan minuman. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Jadi pemakanan kita haruslah yang mempunyai berkah. Makanan kita biarlah sesuatu dari sumber yang halal dan berkat. Supaya kita boleh rasa cergas untuk melakukan ibadah.

Ok, lagi satu contoh ayat dari Surah Al-Maidah, iaitu ayat 113 yang bermaksud, "Mereka berkata : "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat),dan supaya tenang tenteram hati kami,dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri."

Surah Al-Maidah yang juga bermaksud hidangan, terdapat banyak perkara yang Allah sampaikan pada kita.Tentang haji, tentang makanan, tentang wasiat dan macam-macam lagi.
Teruja tak? Hebat kan Al-Quran, di dalam satu surah itu, macam-macam perkara yang Allah sampaikan.
Sebab itu, Al-Quran ini adalah Surat Cinta dari Allah.

Aku bukanlah pakar mengenai agama dan Al-quran, tapi bila baca Al-Quran itu, kita bukan sekadar baca kan? Kita kena fahamkan dan amalkan. Al-Quran ini Allah turunkan menggunakan bahasa yang indah, jadi kita memang kita rujuk kepada yang pakar mengenai tafsiran Al-Quran.

Jadi, nampak tak kat sini, apa saja yang kita makan atau minum itu sebenarnya memberi impak dalam diri kita, baik dari segi mental mahupun fizikal, baik dari segi jasmani mahupun rohani.

Temanya kat sini, entri ini dikarang sekali lagi diterangkan, bukan untuk aku bermegah-megah mengatakan diri ini terlalu bagus ke apa. Tak. Bukan. Aku cuma mahu mengingatkan jika ada di antara kita yang terlupa. Kalau nak boikot Israel ia bukan bermusim. Kalau ingin menderma, juga ia bukan bermusim. Kalau ingin mendoakan, kekalkan berdoa kerana doa juga bukan hanya di musimnya.

masih tiada kudrat? bermujahadahlah! moga Allah bantu...


Sekurang-kurangnya, bila kita tak mampu nak bermujahadah sampai ke sana, kita mampu melakukan sesuatu perkara yang tidak menyokong perbuatan orang yahudi.

Bila sudah ada nawaitu, pasti kita akan bercita-cita nak melaksanakan, bila nawaitu dan perbuatan itu seiring, pasti redha dan kasih sayang Allah ada untuk kita, di dunia dan di akhirat.

Dan sekian untuk entri kali ini,
semoga setiap apa yang aku kongsikan, dapat kita tunai dan laksanakan bersama-sama.
Kalau aku terlupa, kalian boleh ingatkan aku semula. Tolonglah ingatkan aku jika aku terlupa.

Moga Allah bantu kita, meredhai kita di dunia sampai akhirat.

Terima kasih jika ada yang sudi luangkan sedikit masa membaca entri ini.
Apa jua kekhilafan pada setiap patah perkataan, mohon dimaafkan.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam...


Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
1.31 PM

Monday, May 19, 2014

Hurm, sedapnya...

Bimillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum w.b.t...

Hehehe, sebenarnya hari ni agak tiada mood nak pergi kerja.
Hari ini aje lah, selalunya hari Isnin, aku rajin bersemangat tau! Kuikuikui. Sila jangan poyo sangat ye Yani.

Haih amenda lah aku ni, setiap kali entri, mesti nak melalut ke laut dulu.

Huhu, takde, saja je nak share 'kesengalan' dan kekreatifan aku, yang dah sehabis kreatif la ni.

Haha, sebenarnya bukanlah kreatif pun, ini namanya boring plus tak ada kerja.
Erm tapi kawan aku, Shamini, dia kata aku gila. Choiii, mana ada i gila oke. Cuma, saja-saja aje. Suka-suki.


cantik tak? haha~
ni pun gatal, conteng monteng~


kite bagi dia pakai lambut kale putih~

kite guna gam, pen sharpie, gunting, tisu, telur rebus!
Hensem kan?
Oke, aku tau hemsem sangat!
Telur pun boleh jadi entri ye yani?? Haih lah kau ni...huu...

Tadi borak sengal-sengal dengan Shamini, aku kata kat dia, besok-besok kalau aku nak kahwin, kita bagi gini je kat tetamu. Gelak berdekah-dekah dia..
Senget je.. Hello, kreatif apa, pengantin ada idea gini. Haha...
Lepas tu dia tanya aku, kalau dah banyak-banyak, mampu ke nak buat pengantin oi?

Erkk oke, tak mampu. Kbai.
Hahha. Kalau setakat suka-suka boleh lah.
Alah aku cakap tadi pun main-main je, bukan nak kahwin betul-betul pun.

Sesungguhnya tetapi, aku ini kalau dilayan perangai sengal, maka orang lain di tepi-tepi aku akan stress.

Tapi kan, aku rasa, kalau aku bagi anak-anak buah aku telur yang sebegini comel, mesti diorang teruja.
Diorang memang sayang sangat kat "ACIK NANI" diorang ni...haha sayanglah sangat!

Tapi sekarang ni susah bebenau nak jumpa telur rebus kat rumah orang kahwin.
Selalu dapat bahulu je kan.
Tapi aku rasa lagi best kalau dapat telur. Bila balik, lenyek sampai lumat, letak mayo sikit, lada sulah, majerin secoet, sedapnya selet kat roti. Oke, aku dah membayangkan kesedapannya.
Jadi aku akan menutuplah entri kali ini, kerana aku malas nak panjangkan cerita pasal telur ni.

Jaga diri baik-baik korang.
Maaf kalau ada silap salah dalam penulisan yang terkadang-kadang melebih-lebih ya..

Jaga iman, jaga solat.
Assamualaikum w.b.t.

Norzayani binti Norhamshah
19 Mei 2014 / 19 Rejab 1435 H

~hurm tak sabarnya hendak berpuasa di bulan RAMADHAN... :) :) :)

Thursday, May 15, 2014

Sejarah Hari Nakbah. Kita ambil peduli atau tidak?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur ke hadrat ilahi, dengan izin-Nya, kita masih dikurniakan anugerah nyawa untuk hari ni...
Hari ini bertarikh 15 Mei 2014...
Genap 66 Tahun Peristiwa Hari Nakbah.
Apa itu hari Nakbah?



Kalau tidak tahu, anda, wahai umat Islam di dunia ini, disarankan untuk membaca entri ini.
Kenalilah sejarah tentang Hari Nakbah ini.
Baca perlahan-lahan, anda akan turut merasa setiap derita yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin sana... Mereka saudara kita! Jika kita tak mampu memberi bantuan dari bentuk kewangan, janganlah pula kita kedekut untuk mendoakan mereka di sana.
Doakan supaya Allah sentiasa melindungi mereka.
Sampai bila kita nak hidup tanpa memikirkan nasib saudara seislam kita di sana?
Hidup ini hanya persinggahan, manusia yang bijak, dia sedar, satu hari nanti dia akan kembali ke 'negara' asal. 
Adakah dengan berdoa untuk mereka, kita akan kehilangan wang kita? Pangkat? Harta?

Allahurobbi... Kalau hilanglah segalanya itu, mengapa kita perlu takut dan bersedih, sedang kita tahu, semua itu milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil semula.
Bukan mudah mahu mengajak orang untuk berjihad demi Islam kerana Allah, jalan itu penuh liku dan duri. Tapi jalan yang berliku itu Allah akan balas dengan bahagia yang tidak berpenghujung di akhirat kelak.
Subhanallah.


Apakah itu Sejarah Hari Nakbah?

Nakbah bermaksud “malapetaka” dalam bahasa Arab. Palestin merujuk sejarah hari Nakbah “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun sejarah hari Nakbah yang ke 65. Sejarah Hari Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun sejarah hari Nakbah ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Lebih 500 perkampungan dan pekan Palestin dimusnah dan diduduki secara haram oleh orang Yahudi dan diberi nama baru. Lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Kumpulan pertama 726,000 pelarian Palestin disusuli pula lebih 200,000 lain yang terpaksa meninggalkan kediaman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 1967 selepas Israel menyerang Jordan dan Mesir dengan menakluk kawasan itu serta Baitul Maqdis Timur.

Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Akibatnya, lebih empat juta pelarian Palestin hidup merana dan merempat bertaburan di seluruh dunia – dari Mesir, Jordan, Syria, Eropah dan Amerika Syarikat.



Sepuluh Fakta tentang Hari Nakbah


1. Peristiwa Hari Nakbah adalah punca masalah Israel / Palestin.
Sejarah hari Nakbah berlaku pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin
Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat “pemindahan” sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel
Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.
‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata “Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee).”

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah
Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati
Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.
Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel
Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.
Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun “dipindahkan”, dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.
15 Mei 1948

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia
Pada taun 2012, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah
Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada “tanah asal mereka”.

10. Hari Nakbah mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika
Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa “persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat.” Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa “isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

***
Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!
“Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir.” [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBAH, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL !



sumber petikan ini : http://wanfauzi.com 

Lagi artikel mengenai sejarah Peristiwa Hari Nakbah yang menarik untuk dibaca : 


Terima kasih, kalau ada yang sudi baca.
Mudah-mudahan Allah akan sentiasa redhai hidup kalian, bukan hanya di dunia, malah di akhirat kelak.

Walau kita tak merasai secara fizikal tentang kesengsaraan yang dialami saudara kita di sana, tapi andai dibaca dengan hati yang ikhlas, anda akan merasai di dalam hati dengan apa yang saudara kita tanggung di sana.

Awak pasti akan mengalirkan air mata jika awak membayangkan diri awak di tempat mereka.
Demi membantu mereka, dan kalau bukan dengan wang ringgit, kita pasti boleh menolong dengan memboikot apa saja barangan dari Israel. 
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya nanti?
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya kenapa kita tidak membantu saudara kita itu?
Apa kita nak buat kalau ada di antara saudara kita di sana nanti menuntut sesuatu di sana nanti?

Ya, terdapat banyak kekangan. Terkadang memang kita tak mampu.
Tapi, sekurang-kurangnya kita berdoa untuk mereka.
Bantu apa yang terdaya. (doa, kewangan, pakaian atau apa sahaja)

Paling penting, jangan pandang rendah pada kuasa doa.
Doalah bersungguh-sungguh kepada Allah.
Dia pasti beri... Dia akan beri...
Dan sesungguhnya... 
Tiada apa yang dapat melindungi kita semua melainkan Allah.
Hanya Allah tempat kita bergantung.
Hanya Allah yang dapat lindungi kita.
Buatlah sesuatu yang boleh membuatkan Allah cinta pada kita...
Anggaplah sisa-sisa hidup yang ada sekarang ini umpama bonus yang Allah berikan untuk kita lebih mencintai-Nya.

Terima kasih sekali lagi buat yang sudi baca entri ini.
Sekarang awak dah tahu sejarah hari Nakbah, nanti awak boleh ceritakan juga kepada zuriat-zuriat anda, supaya mereka punya hati untuk berjihad ke jalan Allah. Biiznillah...
Buat saudara-saudaraku, walau anda diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat,

La Tahzan... yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih. Jangan bersedih.
Kerana Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.
Allah pasti akan bantu kita...yakinlah dengan pertolongannya.
Semoga kita semua akan berjumpa di syurga-Nya, satu hari nanti...
Moga Allah meredhai kita semua...
Aamiin...

Maaf ye, kalau ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan awak-awak semua...

Jaga diri, jaga solat...
Sekian, wassalam...

Norzayani Binti Norhamshah
4.37 PM
15 Mei 2014 / 15 Rejab 1435H

p/s : mohon kalian, jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara kita terutamanya yang berada di Palestin, Syria, Mesir. (juga untuk umat Islam di seluruh dunia.)

Friday, May 9, 2014

#Liebster Award Nomination ~ Kak NiezaHata

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Amende 
Liebster Award Nomination
niii? Tak reti la haihh... hehe tapi ada geng blog kak cik puan thisni3zahata mintak kite jawab soklan-soklan yang beliau utarakan.. (haicehh utara sangat ye Yani!)
Jadi, saya dengan baik hati, sopan santun, indah budi pekerti lagi jujur akan menjawab soklan-soklan yang mencabar itu... Mencabar kah? Haha, tengok sat g la ye...


ini dia, logo wajib untuk di 'kopi pes' oleh sesiapa yang buat benda alah ni...
Kak Cik Puan Ni3za, haruslah awak nanti saya tag kembali untuk menjawab soklan cikgu tadika ini. Muehehe... 

Oke, saya akan jawab dengan penuh kasih sayang... ngegege...

Oke, cabaran bermulaaa... (Yani, toksah nak poyo sangat boleh? Jawab je lah...Heshh..Oke3, ampun. Hehe, eh soklan BI, i jawab BM la aje. Sebab kalau jawab BI, kompem jawapan aku cover-cover plus tak e-class!!! Hahaha...)


1- What is the meaning of your name?

~> aiseh, kalau cari maksud, nama Zayani itu di dalam buku bermaksud, kecantikan. Nor ialah cahaya, jadi maksud panjang, cahaya kecantikan... alhamdulillah, cukup hensem tak jawapan?


2- Why do you like the brand on your phone now?

~> erm pasai brand SAMSUNG tu semua orang dok pakai la ni. sebab dia feymesss, sebab dia besttt, sebab mungkin product Korea kot... haha. Kejam!


3- What is your favorite color?Why?

~> seriously bhai, wa tak tahu. tak tetap pendirian tau saya ni. Kejap kang suka biru, kejap kang suka biru, lepas tu suka biru lagi. hahaaha.... kebahagiaan sungguh dengan biru ni. :D (wehhh tapi otak wa tak blue tau! kikiki... )


4- Which category in a blog that's you love to click?

~> alahhh, eh jap, nak bukak blog sendiri jap, nak carik jawapannye, hehehe... ouh ni kat 'followers'...sebab gigih akan follow semula sesiapa yang follow sayeerr. okay yani, jawapan tak boleh handle...!


5- A song that recalls your memories.

~> aiseymennn, memori tu gembira ke sedih ke marah ke camne? Ialah lagu bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah...pon pin pon pin pon ponnn... haha nyanyi bagai ni, kalau dengar lagu ni, mesti teringat zaman kanak-kanak yang best. ;)


6- Do you like to eat ice cream? Why?

~> gila kau aku tak suka aiskrim. Suka gilalas. Lebih-lebihnya Magnum Almond tu. Kalau makan tu, kompem wa tak heran kalau Fahrin Ahmad lalu depan mata. Haha.


7- What is photography means to you.

~> ala soalan ni susah la. tak tau nak jawab. Tapi satu la, tengok word 'photography' ni, kompem sayer ingat adik sayer, sebab dia sangat suka dengan bidang ni. (eh bila raya, budak ni wajib ambik gambar kakak dia! kalau tak, tak hadaa duit raya... kejamnya Yani ni! lalala...)


8- Which one you prefer..Compact or DSLR camera.

~> DSLR , Duper Super Luar Biasa gambar hang boleh snap! Sebab gemok dan boleh poyo-poyo macam photographer terhandal gitu kaedahnya... huaaha.. 


9- What is your phone wallpaper?

~> hehehehehehehehe, haruslah wallpaper gambar ibu ayah saya... (apakah? tidak percaya?) ala betui ni, wa tak tipu... :) sila berpercaya ye, takde kaedah nak tipu mipu ni. 


10- Do you love selfie?

~> hahahaha, sedangkan Najib dengan Obama suka selfie melfie ni, mana mungkin Norzayani ni tak suka... haha, kau dah takde kerja ye Yani? Jawapan semua panjang-panjang. 


11- What do you think of your boss?

~> bos kecik ke bos besar? ala ini soalan susah. Hahaha takmo la jawab. Satni, bos baca, abes I. Tapi bos saya, baik. Tu je nak cakap. Haha... Kaedah nak lepaskan diri ni.


Yesss, habis pun soalan mencabar minda ni...Hhehe, diharapkan berpuas hati la sahabat saya kak cik Nieza dengan jawapan sengal saya ye. Hurm kalau ada tersinggung mana-mana, sorry ye. Hehe... =D

Oke, oleh kerana beliau telah beri saya soalan untuk dijawab, makanya seharusnya lah saya jugak nak tag beliau dan sahabat-sahabat blogger yang lain (yang terpilih..ecewah, macam nak menang motor pulak ye...) untuk menjawab soalan terfeymes abad ini... Haha...

Siapa yang kena jawab ? Ni awak, yang comey-comey ni... (erk yang lain kalau terasa nak jawab, boleh je copy soalan, then jawab je... kata nak suka-suka hati...heheee...)

4) Ayuzan
5) Mie Za
6) Nhhas
9) Sha


Oke nah soalan-soalan cemerlang, gemilang, terbilang. (Tema Soalan- Puasa & Raya) 

1) Kat baazar ramadhan, apa makanan atau minuman wajib beli? 

2) Kenapa murtabak menjadi menu fevret orang di waktu bulan Puasa? (Jawablah dengan kreatif ye)

3) Antara bandung cincau dengan soya, siapa paling laku sekali kat baazar nun? Dan kenapa?

4) Shopping untuk raya, masa bulan puasa atau 3 bulan sebelum raya?

5) Last dapat duit raya, umur berapa? 

6) Kenangan berpuasa dan raya yang sangat antik untuk diingati?

7) Tahun ni, apa warna tema baju raya?

8) Lagu raya apa paling disukai? Kenapa?

9) Kuih raya apa paling menjadi kegemaran? Apa sebabnya suka? Jelaskan. (Aicewahhh...haha)

10) Kuih raya selalu buat ke beli? Kenapa buat? Dan kenapa beli? (Heheheee)

11) Dah habis ganti puasa ke belum? Dah habis, syabas! Kalau belum, kenapa, malas eh? (Ngeh3...)



Oke, dah siap, soalan buatan sendiri yang suka-suka hati.
Selamat menjawab sahabat-sahabat ku. Hehehe...
(Tapi kalau tak nak jawab pun takpe, korang mesti dah jawab dalam hati kan...ngeh3)

Kalau ada soalan yang tak puas hati tu, maaf ye, gurau senda sahaja.

Terima kasih sudi baca entri ni.
May Allah bless us. Biiznillah.

Sincerely,
Norzayani Binti Norhamshah
9 Mei 2014 / 9 Rejab 1435H