Cukup...cukup sudah...
Cukup sampai di sini saja...
Cecewah Yani, bernyanyi bagai...
(Haipp mana ada aku nyanyi, itu cedok lirik lagu je letak dalam entri baru ni)
Cukup derita itu. Ya cukup. Itu tajuk novel terbaru kak Siti Rosmizah kita ni.
Sedih tak terperi bhai. (Erm kalau awak bukan pembaca novel cintan-cintun, adalah tak digalakkan untuk anda membaca entri ini. Yelah kan, setiap orang ada minat masing-masing, asalkan tak lupa Allah, kenapa kita mesti nak pertikaikan 'dherr baca novel cintan-cintunn?' )
Aduhai, biasalah manusia ini macam-macam citarasa.
Bukankan baik kalau saling menghormati setiap minat yang berbeza-beza tu.
Bak kata ustazah Fatimah Syarha, 'Kita syukuri persamaan, kita raikan perbezaan...'
Mudahkan?
Orait, ni aku nak cerita sikit berkenaan novel terbaru kak Siti Rosmizah ni.
Novel ni memang best. Tapi tak sesentap masa aku baca cerita 7 Hari Mencintaiku dengan Andai Itu Takdirnya. Akak peguam kita ni, kalau tulis novel, aduhai, pecah berderai-derai hati aku. Asyik nak nangis, tapi tahan je lah. Tak tabahlah Yani oi kalau kau menangis kan.
Cukup Derita Itu. Novel yang berhalaman 1170 muka surat ini akhirnya aku dapat habiskan dengan jayanya.
Karya terbaru kak Siti Rosmizah ini anda boleh membelinya di kedai-kedai buku berhampiran anda dengan harga RM38.90.
Aku special sikit, beli dengan harga RM35.00.
:) |
Kenapa special?
Pasai aku peminat tegar kak Siti Rosmizah.
Hahaha... kan...
Apa tak nak percaya? Cisss. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga!
(Hoii Yani, kau dah kenapa? Wayar dalam otak dah putus ke lepas baca cerita ni? Dah gelong macam hero dalam novel ni?)
Hehe gurau je, aku dapat rege murah sebab aku beli kat Pesta Buku Antarabangsa KL hari jumaat minggu lepas. Kuang...kuang..kuang... =D
Haha..agak-agaklah..sikit je ikut gelongnya kerana membaca novel ni.
Aku memang suggest habis-habisan ni kat korang. Beli dan baca.
Selamilah kisah derita seorang gadis bernama Ellani ini.
Kesian Ellani, sangat kesian. Tapi dalam kesian tu, ada jugak sengalnya.
Aku cerita sikitlah pasal cerita ni oke?
Pada aku, awalan cerita ini dah memang nampak derita.
Meh aku kenalkan heroin bernama Ellani. Ellani ni ada kembar seiras, namanya Ellana.
Diorang ni ada seorang mak ngah yang sangat kejammmmmmm!!! Nama mak ngah tu Gayah.
Mengikut pembacaan aku, penulis menggambarkan Ellana ni cantik habis! Ellani pulak comot, ala-ala K.P.G dot com sangat. Gitu. Sebabnya mak ngah Gayah ni sayang pada Ellana. Ellana kan pandai membodek. Ellani dikatakan kuat melawat, degil, kasar dan sebagainyalah.
Aku sendiri kurang pasti, sama ada memang wujudkah dalam dunia ni, kembar yang ada PHD tahap tertinggi dalam hati dia. Tapi kalau dalam novel ni, memang wujud sangat.
Kenapa mak ngah Gayah benci gila dengan Ellani?
Ouh itu, sebab arwah suaminya sangat sayang dengan Ellani. Diorang tak ada anak. So, memang arwah pak ngah ni lebih sayang Ellani berbanding dengan Ellana. Sebab Ellana ni dari kecik sampailah ke besar, tak sedar diri. Perasan dan bla..bla..bla. Tapi mak ngah Gayah ni boleh pulak sayang? Heshhh.
Kalau korang dah baca atau nak baca novel ni, atau nak cari novel ni, ish ish ish, mulut mak ngah Gayah ni, adoiiii, aku pun tak tahulah. Bahasa kasarnya, mulut longkang, loji, parit semualah.
Dari Ellani kecik sampai besar dia dera, sampai ada satu bab tu, Ellani dah nak mati dikerjakan oleh mak lampir mak ngah gayah dengan hantu kak limah Ellana. (Ehh jap, hantu kak limah oke lagi kot. Haha)
Tapi Ellani ni pada aku, dia kategori beruntung jugaklah, sebab kawan baik arwah maknya, iaitu Datin Mahani sangat sayangkan dia. Ellani pun ada seorang kawan baik bernama Salwa. (Pssttt, Salwa ada abang peguam. Abang dia ENCEM! Hahaha. Itu gambaran ya. Sejauh mana encem? Entoh. Mungkin ala-ala Fahrin Ahmad barangkali...)
Dari tadi aku cerita Ellani, Ellana, Mak Ngah Gayah.
Siapa pulak hero cerita ni?
aku belanja sinopsisnya secoet~ |
Dalam banyak-banyak novel kak Siti Rosmizah, aku rasa hero kali ni paling hampeh! (Sorry kak Siti, sorry, saya memang bengang habis dengan si Zarul Zafran ni.)
Kenapa hampeh?
Sebab dia memang hampeh! Mula-mula cerita, dia jatuh cinta pandang pertama pada Ellana, kakak kembar si Ellani ni. Tak sampai sebulan kenal terus nak kahwin. Perghhh dasyat sungguh si Zarul ni. Cinta mati sungguh pada Ellana.
Masa si hero ni nak kahwin sangat, mamanya Datin Mahani tu kurang setuju. Yelah sebab, Ellana ni hipokrit. Dia belajar dari mak ngah Gayah tu lah. Poyo je perangai dia. Gedik tak boleh handle.
Tapi oleh kerana sayang anak, Datin Mahani pun terpaksa setuju walau dia tak rela.
Kenapa Datin Mahani sayang Ellani lebih? Sebab tu korang kena beli novel ni. Kalau aku nak cerita satu-satu bab, adoi berepisod-episod nanti entri Cukup Derita Itu. Haha.
Aku cerita mana yang aku ingatlah ya.
Ellani ni, pada mulanya dia suka pada adik si Zarul ni, Amirul namanya.
Tapi oleh kerana si Amirul ni pun suka pada Ellana, makanya Ellani makan hati. Derita lagi. Kecian Lani.
Dipendekkan cerita, ada satu insiden yang menyebabkan Datin Mahani ni mengamuk gila pada Ellana dan Mak Ngah Gayah, menyebabkan Zarul dengan Ellana tak jadi kahwin. Sebab si hero ni dah accident.
Sedar je dari accident, otak dah biul sikit. Ada mereng itu juga.
Zarul tak ingat cinta matinya dengan Ellana. Dalam hati meronta-ronta nak Ellani. Sampai nak ajak kahwin.
Dah pulak. Orang yang dah nak jadi abang ipar suka? Ellani? Memang taklah.
Bermati-matian menolak. Lagipun dia bukannya suka si Zarul tu.
Tapi tadi kan aku dah kata si Zarul punya karekter ni hampeh.
Dahlah sengal, paksa orang ikut apa dia nak, lepas tu paling aku benci, TAK TETAP PENDIRIAN!
Bila suka ambil, tak suka buang macam sampah.
Kalau ada aku jumpa lelaki gini, aku luku kepala dia guna penyedok sampah!
Oleh kerana terlalu sayangkan Datin Mahani, maka Ellani pun bersetuju menjadi isteri si Zarul ni.
Time ni Ellana dengan Amirul dah sambung Master kat London.
Sengalnya si Zarul, dah macam budak-budak kalau tak dapat gula-gula.
Disebabkan tak nak Datin Mahani stress melayan kerenah Zarul yang entah apa-apa lepas dah hilang ingatan, maka Ellani pun berkorban.
Mak Ngah Gaya toksah cerita la, dengki walaupun kakinya dah kena potong sebab kemalangan sebelum majlis nikah Zarul dengan Ellana tu. Time tu mak ngah Gayah memang tak seriklah. Tak fikir dosa pahala gamaknya.
Tapi part paling aku suka masa Zarul letak selotep kat mulut mak ngah Gayah.
Malam tu Ellani tekup muka dengan bantal, tak boleh tidur katanya sebab dengkuran mak ngah Gayah tu 'syahdu' sangat.
Si Zarul ni sayang bini terlebih-lebih, melimpah ruah, habis mak ngah Gayah punya mulut dia soletep. Choiii, kalau aku ada laki perangai selenge macam tu pun, dengan aku sekali boleh biul.
Ellani ni mulut je kata tak suka, tapi alah perempuan, kalau dah namanya husband dia, jatuh cinta lah lepas tu. Diorang pun hidup bahagia kemudiannya. Ellani pun mengandung. Anak kembar kau! Jeles aku kejap.
Dari pengamatan aku, cerita ni, tak sudah-sudah gaduh, perang mulut. Pergh, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Memang kenalah bidalan begitu, sebab akhirnya, setiap kata-kata yang terluah tanpa jaga perasaan, maka ia menjadi parut berkekalan dalam hati. Oleh itu, jagalah lidah kita semua ye. Ye anak-anak, adik-adik, kakak-kakak.
Sebab terlajak perahu boleh tarik kan, terlajak kata, hurm buruk padahnya.
Nak memujuk satu hal. Kita bila dah terguriskan hati orang, bukan senang-senang orang nak lupa.
Itulah yang berlaku dalam kisah cinta Zarul Zafran dengan Ellani ni.
Perencah ajinomoto penderitaan dalam cerita ini ialah Ellana. Gigih dia nak pikat Zarul ni balik.
Zarul si sengal ni, lepas ingatannya pulih, memang dia salahkan Ellani. Kena marah, maki semua dapat ke Ellani. Zarul pun jalinkan hubungan semula dengan Ellana. Haishhh Lana ni pun satu, dah tak ada laki lain dia nak. Tahulah cinta pertama, tapi cinta pertama tu tak semestinya jadi cinta terakhir atau cinta sejati. Laki adik dia gak dia nak. Aku suruh Ecah tembak pakai pistol air baru tahu! Geram!
Dengan Zarul Zafran ni lagilah geram tahap tapir.
Kejap nak kejap taknak. Kejap macam ni, kejam macam tu.
Sebab tu lah aku kata Zarul ni lah hero kak Siti Rosmizah yang paling hampeh.
Buat salah, senang je minta maaf, masa nak buat tak fikir. Eh bukankah lelaki sudah Allah kurniakan dengan 9 akal. Patutnya si Zarul ni lebih rasional. Ini perangai serupa budak-budak. Macam mana nak jadi nakhoda dalam sesebuah kapal kalau dia sendiri tak mampu nak jadi ketua yang baik untuk anak-anak kapalnya. (Haaa Yani, dah ke laut, kapal nakhoda bagai.)
Haihhh Zarul oi Zarul, nama kau dah serupa nama abang ipar aku. Nasib abang ipar yang tak berapa abang tu tak sengal macam kau Zarul Zafran. Hahaha.
Hurm nak cerita apa lagi ye pasal novel ni?
Ceritanya banyak dan panjang sangat. Aku ni pun bukan bijak sangat nak buat kesimpulan dalam sesuatu cerita. Eh tapi aku rasa, untuk jadi seorang lelaki yang tetap pendirian dan tak panas baran, Zarul ni kena belajar dari Kapten Ustaz Mukhriz, hero dalam novel Anugerah Terindah. (Oke, novel yang tu, esok aku buat review. Memang karekter Ustaz Mukhriz, karekter calon Suami Pilihan lah. Pilihan siapa? Pilihan aku lah. Layak ke Yani? Takpe, kita boleh usaha nak jadi layak. Kan?)
Hahaha suka hati aku je dok banding-bandingkan hero dalam novel yang berlainan. Dah kalau semua karekter hero dalam novel tu sama, apa yang bestnya?
Adatlah kan. Pandai sungguh kak Siti Rosmizah ni buat aku emo dengan novel beliau yang terbaru ni. Sebab masa aku baca, memang aku terasa nak hentak kepala hero dengan heroin ni kat dinding.
Dua-dua pun ego, dua-dua pun cepat marah. Patutlah jodohnya berdua. Lalala.
Erm tapi endingnya haruslah happy, kalau tak, memang aku tak beli novel yang akhirnya sedih. Haha. Kata novel, kalau kehidupan yang sebenar memang tak seindah dan secantik garapan semua penulis novel dalam dunia ni. Dah namanya ilusi, memanglah indah-indah je kan. =)
(Hurm tapi sebenarnya, hidup kita ni memang kurang berseri kalau tiada dugaan. Percayalah, dugaan itu membuatkan awak menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang, asalkan awak bergantung kepada Allah. Awak akan tenang je walau awak diuji...)
(Hurm tapi sebenarnya, hidup kita ni memang kurang berseri kalau tiada dugaan. Percayalah, dugaan itu membuatkan awak menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang, asalkan awak bergantung kepada Allah. Awak akan tenang je walau awak diuji...)
Ending Zarul ni dengan Ellani. Ellana jadi 'mental'. Mak ngah Gayah dah insaf. Abang Fariz ( Abang Salwa) ni kahwin. Amirul bertunang. Datin Mahani meninggal.
Kenapa? Bagaimana? Apakah? Bolehlah cari dan baca sendiri novel tu yeee. Menderita aku nak habiskan seribu lebih muka surat tau. I dah penat. Nak berehat.
Cukuplah derita itu. Silahlah korang pulak menderita. Ngeh3...
mengade nak edit gini...hehehe~ |
Banyak gak ni yang aku tak cerita dalam entri ni.
Eh mana boleh cerita semua. Tak bestlah. Korang pergi beli. Baca sendiri oke?
Serius, memang tak semua yang aku cerita.
Dan, bab yang sebanyak 143 bab ni, selamat aku habiskan. Sebenarya boleh lagi awal. Tapi, al maklumkan terdapat banyak kekangan-kekangan yang aku tak dapat elak. Hhehe poyo tak ayat aku.
Dan untuk novel ni aku bagi 6/5 bintang.
Jangan tanya aku kenapa. Suka-suki aku nak bagi. Dah kalau kata peminat setia. Memang gini lah kaedahnya... Hhaha.. =p
dah habis. finish... :) happy kan? |
Orait3, terima kasih ye sesiapa yang sudi baca entri ni.
Selamat membaca novel 'derita' ini.
Maaf kalau ada apa-apa tulisan aku yang mengguris hati korang.
Take care.
#Teringin nak baca kisah cinta yang kak Siti Rosmizah tulis tanpa ada 'kata-kata' yang menyakitkan. Sebab semua tu, bila aku baca, macam aku pulak yang kena. Sobs. Itu yang sentap. Haha, apa pun aku memang peminat tegar novel Kak Siti Rosmizah ni. (Haha tak habis-habis tegar nya...)
May Allah bless u kak. Semoga berjaya dunia akhirat.
Oh ye korang, selamat menyambut bulan Rejab. Selamat bersedia untuk bulan Ramadhan nanti ya. =)
Assalamualaikum w.b.t...
Assalamualaikum w.b.t...
Salam sayang,
Norzayani binti Norhamshah
6 Mei 2014 / 6 Rejab 1435 H
5.42 Petang.
Mcm best jer...kena cari ni
ReplyDeletebukan macam best je, tapi memang best. Cari la nanti ye..hehe... :)
Deleteoh my..kena cari nih. me pun peminat siti rosmizah. semua novel dia me ada...
ReplyDeleteeh nama kita sama. Yani.
DeleteSama lah kita, peminat Kak Siti Rosmizah dari sejak novel Andai Itu Takdirnya lagi.
Beli la novel ni,best. ^-^
susah la nak cari novel nie!....>,<
ReplyDeletesusah ke dik? last week akak ada pergi MPH, banyak gilalas novel ni...
Deletemaybe kat tempat awak novel ni macam pisang goreng panas kot..
takpe lah tu, ada rezeki nanti, mesti jumpa jugak. =)
mmg suka n teruja dgn karya SR ni..dah bace suku drp novel, mcm kurg skit n x logiknya bila zarul accdnt n hilg ingtan..trus suka dgn lani..n lani pulak terima saje ..akhirnya derita ..munkin sbb dah bace karya SR yg best2 sebelum ni..jd sy sntiasa mmbndingkn dgn novel terbaru.
ReplyDeletehehehe biasalah tu...
Deletepart zarul tu memang tak logik, tapi layan je la kan...
takpe, next year kite tengok camna hasil karya kak SR ni...
tapi dalam banyak-banyak novel kak SR ni, paling best ialah Andai itu takdirnya. Memang kebabom punye sedih... T.T
tengah baca.. tp penat la banyak sangat. tengah berusaha habiskan jugak. xsuka betul dekat si zarul. chait. hampehh bebenor. yg pling suka karya SR is andai itu takdirnya. nak dekat 5 kali ulang baca. xjemu2. love SR so much.
ReplyDeleteheheh tau takpe, buku ni penat sikit nak baca.
Deletezarul tu memang poyo.
heee ala sama, saya pun suka andai itu takdirnya. dengan cinta kau dan aku. hee memang bestlah. hehe..
SR ada blog x?sy nk follow...
ReplyDeletetak pasti lah awak... rasanya tak ada kot.
DeleteMmg best sgt.....dpt dskaun ag..jdi rm29
ReplyDeletewah rejeki tu dapat diskaun jadi rm29.. hehe...
Deletebest kan, cerita best, pastu dpt diskaun lagi...lagi berganda best..ngeh3..
dpt rm29 gk guna membercard popular :D
ReplyDeletehehehe, jgn lupa next pesta buku, kak SR kebiasaannya akan keluarkan novel baru. Simpan duit sesiap ye.. ^-^
Delete👍👍👍..
ReplyDeleteAda masa datang la singgah blog saya..
Itsmefour04.blogspot.com
baiklah... terima kasih.. :)
DeleteDah tengok ke drama ni? Abang salwa, betul betul lakonan Fahrin Ahmad. Wahahaha
ReplyDeletekannn.. cari sinopsis novel..bila baca nama fahrin ahmad, rs nk gelak plk.. x sangka drama 2021 keluar si fahrin yg awak sebut2 tu 😄
DeleteKan.. betul2 plak kluar Fahrin Ahmad.. ntah2 penerbit ni ada baca blogger awak hikhik
DeleteKerana Drama aku ke sini.... Hi awak saya dari masa Depan... Tepat tekaan Awak abang Fariz Mukhriz (Fahrin Ahmad)
Deletehebatlahhhh tekaan awak!! dekat 8 tahun lalu tu.. hihi review awak pun menarik
DeleteAlhamdulillah, terima kasih semuanya sudi baca entry ni. hugs!
DeleteUnknown : Entry lama ni, alahai. Tu la, last week baru perasan masa baca semula entry ni. Tak sangka abg fariz tu betul-betul Fahrin Ahmad. Suratan ke kebetulan. =D
Saralya : ni bukan awak je gelak masa baca, dengan saya sekali tergelak bila baca balik.
Ayu : tu la serius tak sangka, keluar betul-betul fahrin ahmad. Takkan la penerbit baca blog picisan saya ni awak. ^-^
Unknown : haha, kerana drama tu jugak saya cari review kat google, alih-alih terjumpa entry sendiri. Lepas tu terkebetulan pulak imaginasi tu Fahrin Ahmad pulak betul-betul jadi abang Fariz.
MissKatokiari : alhamdulillah, terima kasih, saya baca balik review saya ni, dah terasa macam gaya bahasa tonggang terbalik. hehehe.
Betul la yg jd abg salwa ni fahrin ahmad..fuhhh
ReplyDeletehehehe, khennn terasa gembira pulak sebab imaginasi sama dengan realiti. saya rasa maybe sebab aura Fahrin Ahmad tu sendiri kot yang menyebabkan dia paling sesuai bawa watak abg Fariz. ^-^
DeleteHebat la awak teka! saya cari sinopsis cerita ni terjumpa blog awak. tgh2 baca, terbeliak mata nampak nama fahrin! hahaha.
DeleteMungkin bukan tekaan kot awak, maybe apa yang saya tulis itu hanya bayangan saya masa baca novel tu beberapa tahun lepas. Sebab saya sendiri lupa yang saya pernah membayangkan Fahrin akan jadi watak abg Fariz. Hehehe, jangan kata awak, saya baca balik entry ni pun macam speechless, dah kenapa sama pulak imaginasi saya. =)
DeletePandai awak imagine..betul2 ABG Salwa tu Fahrin Ahmad
ReplyDeletebayangan waktu baca novel tu and tulis review pasal novel ni. Hehe. Maybe sebab saya membayangkan Fahrin tu sebagai seorang peguam yang handsome ketika itu. haha
DeleteNak tanya lagi satu, ape cite mak yek pulak,yg suka perhambakan suami dan tidak menghormati suami, adakah mak yek pun dpt balasan?
ReplyDeleteawak, minttaaa maaf, saya betul-betul lupa jalan cerita ni macam mana. Sebelum ni kalau saya tengok drama, saya akan cari balik novelnya, tapi yang sedihnya novel saya dah hilang. maybe orang pinjam tapi lupa nak pulang, so saya betul-betul lupa and tak dapat tengok semula jalan ceritanya. so sorry.....
DeleteOk, x pe, jawabnya kena tunggu ending jugalah😁, terima kasih kak, saya suka baca blog akak😊
Deleteeehhehe tu la, kita tunggu nanti endingnya macam mana ye dekat part 2 drama ni. =)
Deleteterima kasih awak. Tulis main-main je blog ni. Rindu nak tulis entri baru tapi tu la, selalu je malas. Adehh ^-^
ending part 2 drama ni tak sama ke dengan ending novel???
Deletealamakkk tak sure la sama ke tidak. Saya ingat ingat lupa je jalan cerita dalam novel. Nak baca balik, novelnya dah hilanggg. =(
Deleteya Allah saya baca sbb ad ceritanya haha jnis tk mint baca novel. tapi mmg tk disangkal karya penulis mmg best. 1 je novel yg saya pernah baca lafaz khalimah cintamu (tk ingt btl ke tk nama tjuk tu hehe)
ReplyDeletehehehhehe novel kak SR jarang la mengecewakan. semuanya best-best. lepastu kompem nangis2 ^-^, ahaaa betul la tu, lafazkan kalimah cintamu. =)
DeleteThank You and I have a dandy offer: How To Design House Renovation residential renovation contractors near me
ReplyDelete