Showing posts with label #Zulhijjah. Show all posts
Showing posts with label #Zulhijjah. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

'Percutian Berjerebu' 3 Hari 2 Malam [ Begin & End With Smile SukSelangor ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...


Aduhai, sesungguhnya sangat lama tak mengarang entri baru.
Entah kenapa, tahun ni rasanya memang malas gegilas nak update blog.
Ish...ishhh.. (Eehhhh, panjang pulak title entri nihh... mihmihmih...)

Tapi tak apa kot kan, memandangkan blog ini sekadar sesuka hati bukan sebab ada ramai yang nak tunggu entri baru ke apa kan dari saya... (heeee mood perasan telah di aktifkan, haha!)

Adui, tepu otak nak mulakan ayat pertama.

Memandangkan sekarang ini keadaan udara dan persekitaran agak membimbangkan, jadi, sudilah kiranya anda-anda, menjaga kesihatan masing-masing.
Kita mohon supaya Allah lindungi semua sekali. Apa-apa yang kita dapat ni, semua pun ada hikmah.
Jadilah seorang yang berfikiran positif, sangka baik dengan Allah.
Insya Allah, everything will be okay.


Walaupun jerebu melanda, kami tidak dikecualikan untuk mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Pihak Suk Selangor. Kursus Khidmat Pelanggan Berprestasi 
[ Begin & End With Smile ] 

Haaa, sesungguhnya kami semua dari wakil pejabat Suk Selangor, dan beberapa wakil dari Pejabat Daerah, dengan mesra dan sukacitanya menyertai kursus ini. Heeee... (Sukaaaaaa sangat, heeehhh, padahal rindu rumah gilelessssss....)

Program bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan sampailah Ahad. (Phewwww, bila dah hari ahad itulah, lega selega-leganya... kuikuikui...)

Bukanlah kursus tak best, tapi nak buat macam mana, hati semua pun tisu saja, rindu rumah dan keluarga, berjauhan lama-lama tu macam rasa nak nangis-nangis tepi bucu almari! Haha..


Okebai, dah nak gerak pergi Hotel Concorde Inn, Klia ~
Nampak tak eksited? Transport belum sampai, saya dah seret beg. Haha~


Otw nak masuk bilik. Sempat lagi snap pic, klik! kluk! klak! srettt!

Kami sampai ke destinasi pada jam 3.10 minit petang. Daftar, check in, urusetia bagitau, slot petang dibatalkan kerana ramai peserta belum hadir. Oke, gelak jaat dekat sini sebab dalam hati dah menjerit-jerit, 'wehhh orang-orang kampung, makcik boleh rehat dalam bilik sampaiiii malammm..ish ish ish....'


Oke, makcik dah sampai bilik, nombor bilik amende tah, 536 kot. Best, cantik, selesa. (Toksah nak cerewet sangat, asal ada tempat berteduh, semua pun boleh, best!)

Best kan, lepas tu, malam tu kami semua berkumpul di dewan (eh amende nama dewan? tak ingat dah, huhu. sorry, saya ada masalah peringatan). Kumpul pada jam 8.30 malam. Wahhh, teruja i, sebab ramai orang yang i tak kenal.

Tentatif program untuk hari pertama, kedua, dan ketiga.

Sesungguhnya, semua aktiviti yang dilakukan itu, terasa seperti, huaaaaaa... Ada certain yang menyentapkan ulu hati, ada yang bahagia gembira ceria meletop pom pom!

Stress? Oh ada juga sikit, tapi tak apa, kita positifkan saja semua perkara. Dan smile.

Ini antara aktiviti jumaat malam sabtu. 

Khusyuk nau, kami tengok Dr. Saiful ni buat lawak. Haha best lah beliau, ceria, penuh aksi dan tidak membosankan.

Dah namanya kursus Khidmat Pelanggan, mestilah berkait-kaitan dengan perkhidmatan kita kakitangan gomen ni.. Huuu, tau. ramai di antara orang awam yang selalunya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi. Tapi, ketahuilah bahawa orang-orang awam sekalian, bukanlah semua kakitangan gomen ini begitu, cuma kalau awak nak jumpa yang betul-betul komited, nisbahnya kurang sedikit.

Maaf seribu kali maaf, untuk di pihak saya, saya sendiri sedang cuba melakukan yang terbaik, it just because, dekat akhirat nanti, banyak yang kena saya jawab kalau saya tak laksanakan sebaik-baiknya. (Huuu, nak nangis pulak rasa, kalau kau bagi duit gaji kat mak ayah, tetiba duit gaji tak berkat, phewww... sakit lagi rasa itu dari putus cinta!)


Ok, kami semua ada 4 kumpulan. (eyhh standard je kan, bila pergi kursus, ada kumpulan bagai...)

Meh saya kenalkan dengan kumpulan-kumpulan tersebut.

Kumpulan pertama ialahhhhh....

*** (andai kata, rajuk di hatiii, jangan sampaiii merosak cinta.... lalalala) <~ ni background music namanya...masa kursus hari tu, semua benda pun ada background music, dengan saya sekali dah gelong menaip dalam entri ni, cisssskek sungguh...



Kumpulannnnn Gegak Gempitaaaa... Clap ur hands! klik! klik! klik!


Kumpulan yang keduaaaa, jeng jeng jenggggg...

*** beribu bintang di langit kini menghilanggg, lalala... (dahhh toksah panjang sangat lirik lagu tuu)


 Kumpulannnnn Naga Berapiiiiii... Phewww phewwwwww shewwwwwww!!!
(kehkehkeh, haruslah berapi)


Kumpulan yang ketigaaaaa, singggg shinggggg shingggggg....


***  Upinn dan ipinn inilahhh dia, kembar seiras itu biasaaaa... (heeee lagu takdak kena mengena ni, acane....)


Kumpulannnn Mencari Mimpiiii... (kumpulan coklat M & M, hehehe... cak! cak!)



Dan kumpulan yang keempat dan yang terakhirrrrr, ialahhhhh... sreetttttt shretttttt sreeettt...

*** Andainya engkau, ku miliki, terdahalu, sebelumnyaaaa... (ehhhh jiwang pulak? cis...cisss, tak dak idea dah nak boh lagu apa...)




Kumpulannnnn Cempedakkkk... (buah cempedak diluar pagar, ambil galah, tolong jolokkan, nama kumpulan mereka rare sikit kan...)



Oke, cukuplah tu. Kesimpulan untuk Kursus kali ini, ialah memang....

Begin & End With Smile...

+

Ohsemmm !!!


Berjuta-juta lemon terima kasih kepada pihak urusetia, Puan Ain, Encik Faridzul Adzli, cc Mahadi ( Bahagian Sumber Manusia, Suk Selangor ).

Berjuta bilion oren arigatou kepada pihak konsultan, penceramah, penambah riang hati kami di hari minggu, Encik Mohd Faisol, Dr. Saiful Amin, dan Encik Farid Ramli. ( Magic Team Resources, Richbucks Energy).

Berjuta ratus honeydew syukran kepada semua sesiapa sahaja yang terlibat dalam kursus yang deabak ni... Deabak lah sampai segan aku asyik nak masuk dewan je terasa ibarat diri ini Dato' Siti Nurhaliza, clap clap our hand plus plus smile smile kambing malu. Ohhh! Faymous sangat ghasaaa)

Oke dah, last but not least. Kursus ini tidaklah menjadikan kami semua stress walaupun di hujung minggu, kerana semua gambar ini membuktikan yang kitorang semua tak berapa nak sedih sambil menangis tepi bucu katil ataupun meraung di sudut almari kayu bersebelahan peti ais. 







**** Lai chi kang semangkok 2 kupang...
Lai chi kang semangkong 2 kupang...
Lai chi kang, semangkok 2 kupang... 
Makan satu tak kenyang...
Semangkok 2 kupang...

(Lagu ini ialah iklan ye kawan-kawan... melodinya? belasah je lah... heeee)











Oke, sekian untuk cerita di petang hari yang dingin sejuk sesejuk sejuknya ibarat duduk di dalam peti ais.
Terima kasih sudi baca, sudi layan kegelongan penulisan untuk kali ini.


Take care korang, jaga diri, jaga kesihatan.
Jaga iman, jaga solat.

Assalamualaikum...

Monday, October 13, 2014

Dermalah Darah




Siapa pernah derma darah, angkat kening !!!!

Hehehe, ni mesti ramai yang angkat-angkat kening ni, mesti semua pembaca-pembaca ni berhati mulia kan. Bagus-bagus.

Erm kalau nak ikut pengalaman saya, adalah baru 2 kali menderma. Itupun lepas dah kerja.
Dulu masa zaman muda remaja, hampeh ! Takut jarum oiii.
Lagi satu takut makin gemuk. Hehh ada ke patut itu saya nak jadikan alasan tak mahu menderma.
Kejam betul alasan saya tu kan.

Memandangkan kali terakhir saya menderma darah adalah tahun lepas, jadinya memandangkan hari rabu ni, ada program derma darah yang dianjurkan oleh pihak MAKSAK (SUK SELANGOR), jadinya saya merasakan sangat berdebar-debar. Rasa takut-takut pun ada jugak. Lama tau tak jumpa jarum besau... Jadinya rakyat SUK selangor, moh la kita semua pergi menderma... =)



Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, faedah menderma darah ni sangat bagus.



Berikut antara faedah derma darah:

* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan.

Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/06/derma-darah-dan-faedah-kebaikan.html#ixzz3G17RT9iR






Itulah di antara faedah-faedah comelnya kalau korang nak tahu.
So, tunggu apa lagi. Moh ler kita menderma darah.
Sekurang-kurangnya bila kita tak dapat nak derma duit, kita dapat lah menjadi pemurah menderma darah. Ni kalau duit pun kede, darah pun kede, tak tahu lah macam mana nak cakap.

Sementara sihat dan muda ni lah nak menderma, esok-esok dah tak sihat, mana dapat nak merasai pengalaman menderma darah. Takpe, jangan risau pasal jarum besau ke apa, set je dalam kepala, "takpe jarum tu kecik, jarum tu kecik, ala tak sakit pun, macam kena gigit semut je." (ala toksah risau sangat lah, doa je yang baik-baik, insya Allah, mesti Allah kurangkan rasa takut dan sakit kita tu. Percayalah kepada Allah dan kekuasaanNya.... =)

Dan lagi, tolonglah jangan percaya auta mengenai berat korang akan naik lepas menderma darah.
Sungguh tak ada kena mengena.

Semoga Allah meredhai setiap apa yang kita buat dalam dunia ni.
Semoga kita dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Semoga juga entry ini bermanfaat dan mampu menggerakkan hati awak untuk menjadi seorang perderma darah.

Sampai berjumpa lagi di entry yang lain-lain. Insya Allah.

Jaga iman, jaga solat, jaga diri.

Assalamualaikum...

~ Norzayani binti Norhamshah ~

Tuesday, October 7, 2014

Surat Untuk Calon Suami...

gambar hiasan~



Seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpannya di atas awan. Ini isi suratnya :


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini ? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini ?
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam ?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya ? Di sini akau dilatih menjadi dewasa, agak aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. 
Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kdang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.


Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doakan agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun, kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. "

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suami yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menajdi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada penikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatkan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini, Kelak bila kita bersama di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap wakti, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Petikan dari buku : Ya Allah, Diakah Jodohku karya Burhan Sodiq [ Kemilau Publika ]

Thursday, October 24, 2013

Lesen Canggih!!!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Oh hai, saja nak buat satu entry malam ni. (eh tak kisah la ada orang baca ke tidak, yang penting aku nak mengabadikan ceghita aku dalam belog sesawang ni. ngeng!)

Hari ni hari apa?
Al jawabb, hari khamis, cikgu Yani! (erk cikgu Yani? takdak rupa, kbai)

Oke, ye tahu, hari ini hari Khamis, 24 hari bulan Oktober tahun 2013 bersamaan dengan 20 Dzulhijjah 1434 H. So? Kenapa dengan hari ini?

Tihee hari ini aku cuti dan aku ditemani oleh ayah untuk me 'renew' kan lesen aku yang dah mati tu.

Lepas dah hantar ibu pegi kerja selepas bersarapan, maka ayah pun membawa aku ke JPJ SHAH ALAM.

Dah sampai ke tempat yang dituju, ohh tersengih-sengih kitorang. Tak ramai orang. Insya Allah, tak lama kot urusan dekat sini. Yakin dengan Allah, yang Dia akan permudahkan urusan, ye Yani?



"Kalau tak ada gambar takpe ke dik?" Adoiii. Nanti lah sat ayah, orang sakit perut ni. Uhhh.

"Takpe, tapi bawak IC kan? Guna gambar di IC tu je nanti." Acik guard penyambut tetamu tanya kat kami.


(Ni soalan macam mana ni? Berani pulak aku nak keluar jenjalan tak bawak IC? )



"Hehe, bawak." Sengih je la bhai.

Eh wa punya perut serius sakit~

"Oke-oke, sat lagi kami datang semula. Nak pergi toilet." Ayah cepat ayah, lari lari lari. Hehehe.

Padahal aku pun sakit perut.

"Eh mana pulak tandas ni?" Jauh di hujung dunia. Yes, dah sampai pun kitorang.

Masuk lah tandas, tengok tandas pertama, ehhh 'uweekkk', chehh aku nak muntah woi!
Oke takpe, tengok tandas kedua. Ahduii, mengapa begini?????
Tak sabar woi nak tengok tandas ke tiga. Ehhh?!!!! Amende ni amende?!

Oke, terbantut hajat aku. Oi perut, ko tak payah nak sakit sangatlah. Tak mampu.


Kenapakah TANDAS DI JPJ SHAH ALAM tersangat MENDUKACITAKAN??? Atau aku dengan ayahkah yang tersalah tandas? Apa ada tandas yang lebih cantik dan molek serta bersih untuk 'tetamu-tetamu' JPJ tu?

Ah takpe, tunggu ayah bawah pokok.

Eh mana ayah ni? Lambatnya. Tahulah dapat melabur bursa saham.

 Selepas beberapa minit....


"Eh ayah dah?"

"Tandas JPJ ni, ayah bagi A B C D E F G!" Hahaha, kalau G, tentu-tentulah tahap teruk dan GAGAL.

Aku ingat amenda lah ayah dok ber ABC bagai. Rupanya nak letak rate. Ahaha lawak.

Oke, aku harap sangat, orang lain tak ada kena macam aku dengan ayah. Serius, tandas kotor gila. Wekkk wekkk. Satu je aku terfikir, tak ada ke diorang ni upah orang untuk jaga dan bersihkan tandas tu setiap hari? Ah serabut!


Dah cukup sudah, kita sambung cerita lesen baru aku ni

Tips:

Boleh baca doa ini ya, mudah-mudahan Allah bantu.

"Allahumma yassir wala tuassir" (Berkali-kali baca doa ini, terima kasih Ya Allah, permudahkan segala urusan pagi tadi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.)






Aamiin...


Naik semula tempat untuk renew lesen tadi. 1125 itu nombor aku. Eh duduk lah, penat naik tangga.
Dok tengok sekarang ni dah nombor berapa. 1122. WOOOOWWW! Pantas ya kakitangan JPJ, I LOIKE!

Bagus.. bagus... :)


1125 Kaunter 4. Alaaaa aku baru duduk. Hehhh inilah manusia. Tadi mintak Allah bantu permudahkan urusan. Ni Allah dah bantu, tak reti nak bersyukur ke Yani???! Aamiin...aamiin...syukur. Hehe... :)


" Nombor giliran,
"Gambar ada? (Aku geleng)
"IC bawak? (Aku terus hulur IC lepas mengangguk)
"Nak renew berapa tahun?
" Setahun ..blaaa blaaa blaa.. dua tahun blaaa..blaaa blaaa...(RM75)

"Oke, dua tahun la.

Cik Puan itu bagi aku resit untuk letak di Kaunter 10.

1125 Kaunter 12.Wahhhh aku teruja. Dah siap. Aku duduk dengan ayah tak sampai 5 minit.
Aku rasa tunggu ayah keluar toilet tadi lagi lama dari renew lesen aku. Haha, kejam Yani kejam!


Haaa nak tau kenapa aku teruja dapat lesen baru?
Sebab lesen itu berwajah canggih. Macam IC lah jugak, cuma tak ada chipchip bagai. (Bukan coklat chip eh. Haaaa)

Serius korang, cantik, aku suka. Cuma gambar pada IC aku, DEMOKKK EBAMMM sangat! Hahaha, lantak ke dia. Yang penting aku dah renew lesen. So, tak apa, bukan aku menghadap hari-hari pun lesen aku. Ye tak? Kuikuikui.

Ahaaa lepas itu, kitorang pun balik.

Habis dah cerita aku.

Sebenarnya nak cerita pasal lesen memandu yang baru jeh. Haha. Canggih kan? Teruja tak?

*eh tapi kalau korang renew kat Pejabat Pos ke hapa, aku tak tau sama ada korang akan dapat LESEN canggih seperti aku atau tak. Hehehe.

Ehhh tak menahan aku bagi nama, canggih sangat! Hehe.

Oke sudah, cukup entry yang tak berapa pendek ni.

Terima kasih ya kalau ada yang sudi baca. (tapi aku rasa tak hado kot orang baca. haha.)

Apa pun, maaf kalau ada ayat-ayat atau kata-kata yang menyakitkan hati atau yang berlebih-lebihan.

Sekian, wassalam.


*** tiheheheemmm korang, aku nak share gambar hobi baru aku sekali. Hihihi. Penangan #DenaBahrin ni. Best jugak hobi Dena itu. Aku dah try, tapi tangan sakit. Tapi best berjuta lemon!

*** sorry gambar, berterabur... haaaa lesen paling canggih punya gambar, ada dekat bawahhhhhhh sekali. Kengkonon nak surprise ke orang lah, padahal malu nak tunjuk muka! Hehehe.

(ohhh hari ini keluar tanpa di temani oleh Mr Hp. Boleh gak hidup tanpa encik Hp tu. Aku nak cepat sampai terlupa 'dia' tertinggal. Dah balik rumah, baru aku capture pics ini segala.)


haaaa ni resit~

resit lagi~

hahaha ini hobi baru aku~ macam budak tadika kan?

May Allah bless us. :)

Made by me, with love. Haaa kau, dengan cinta lagi! Haha...

My Name IS YANI~

haahha lesen baru. haa tengok lah debam demok, gila, gambar IC 5 tahun lepas. Mendapat! :p



Niyaz Ayani
24 Oktober 2013
10.28 PM

Monday, October 21, 2013

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)


Marah?

Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.
But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.

Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.

Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-

i) Adakah seseorang itu akan bersabar? 

ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang

    dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].

iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]

iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita

     yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]


Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)



Fassobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)



Fassobrun jamil (Sabar itu indah, cantik)



Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)




Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')


Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?
Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.

Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?

Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.

Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.

"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?


Jadi bagaimana?

Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~

Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.


Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.
Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.

Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.

Aku pernah marah.
Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.
Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.

Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.
Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.

Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.

Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.

Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.

Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.
Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.
Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.

Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.

Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.

Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.

Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.
Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.


 "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


" Kalau lelaki, pasangannya wanita.

Kalau siang, pasangannya malam.

Kalau bulan, pasangannya bintang.

Kalau bunga, pasangannya kumbang.

Kalau cinta, pasangannya rindu.

Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran.  "


Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!
Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.

Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.

Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.



Niyaz Ayani,
21 Oktober 2013 / 16 Dzulhijjah 1434H
~NA~

Friday, October 11, 2013

10 Wasiat Rasulullah Buat Kaum Hawa

Bismillahi bismillah...

10 Wasiat Rasulullah kepada anaknya


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kabaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan taraf wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikannya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seseorang yang meminyaki rambut anak-anaknya, lalu menyisirnya dan menyuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah jiran yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum dari telaga Kauthar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan tadi adalah redha suami kepada isterinya. Andaikata suamimu tidak redha padamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, malaikat akan memohon ampun baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akanmendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala mengerjakan seribu haji dan umrah, dan seribu malaikat memohon ampun baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah isteri yang melayan suaminya sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan padanya pakaian di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan setiap rambut ditubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberi kepanya pahala seratus kali haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah dirimu wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Sumber dari www.melurhasanah.com

*** Semoga bermanfaat untuk kita. Bersyukurlah wahai wanita. Moga Allah sentiasa memandang kita dengan rahmat kasih sayang-Nya. Semoga kita sentiasa berusaha memenuhi wasiat yang Rasulullah tinggalkan buat seluruh kaum hawa. :)

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

 

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai Ali !

1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata :  Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.

4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.

5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta  ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya

7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.

9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :

1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :

1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan

11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :

1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri

12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :

1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

13) Wahai Ali !
Kebenaran  itu ada tiga tanda iaitu :

1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah

14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid  itu ada tiga tanda iaitu :

1) benci kepada nafsunya 
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah

15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :

1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya

16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :

1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah

17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin  itu ada tiga tanda iaitu :

1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya

18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah

19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :

1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya

20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :

1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah

21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :

1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.

22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.

23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :

1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran 
7) memuliakan anak yatim

Sumber : http://teladan98.tripod.com/teladan152.htm

*** Semoga bermanfaat buat kita semua. Amin.

Monday, October 7, 2013

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Amalan Bulan Zulhijjah


“Khusus tentang puasa Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasa di hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang.”

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Dua bulan untuk berhari raya tidak berkurang keduanya, Ramadhan dan Dzulhijjah.” (HR Muslim ).

Dalil-dalil tentang keutamaan bulan Dzulhijjah
Firman Allah subhanahu wata’ala:
“Demi fajar dan malam yang sepuluh” (QS. Al Fajr :1-2)

Diriwayatkan dari shahabat Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu sepuluh hari (dari bulan Dzulhijjah).”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, tidak pula jihad fi sabilillah?”

Beliau bersabda: “Dan tidak pula jihad fi sabilillah. Kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatupun.” (HR Jama’ah kecuali Muslim dan an-Nasa’i).

Dalam kitabnya Fathul Baari menyatakan : “Tampaknya sebab mengapa sepuluh hari Dzul Hijjah diistimewakan adalah karena pada hari tersebut merupakan waktu berkumpulnya semua ibadah-ibadah yang utama yaitu shalat, shaum, shadaqah dan haji dan tidak ada selainnya waktu seperti itu”.

Amal-amal yang Disyariatkan pada Hari-hari Tersebut :


1. Melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Kedua ibadah inilah yang paling utama dilaksanakan pada hari-hari tersebut, sebagaimana yang ditunjukkan dalam hadits, Rasulullah SAW bersabda : “Umrah yang satu ke umrah yang lainnya merupakan kaffarat (penghapus dosa-dosa) diantara keduanya, sedang haji mabrur, tidak ada balasan baginya kecuali surga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Shaum pada hari Arafah, ketika jamaah haji sedang wukuf (9 Dzulhijjah).
Tidak diragukan lagi bahwa ibadah puasa merupakan salah satu amalan yang paling afdhal dan salah satu amalan yang dilebihkan oleh Allah SWT dari amalan-amalan shalih lainnya. Sebagaimana firman-Nya dalam hadits qudsi:
Dalam hadits lain Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka (karena puasanya) sejauh 70 tahun perjalanan” (HR. Bukhari dan Muslim)
Khusus tentang puasa Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasa di hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang.”

3. Memperbanyak takbir dan dzikir pada hari-hari tersebut.
Sebagaimana Firman Allah subhanahu wata’ala:
“Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu” (QS. Al Hajj: 28)
Tafsiran dari “hari-hari yang tertentu” adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu para ulama kita menyunnahkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut. Dan penafsiran itu dikuatkan pula dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang lebih agung dan amal shalih yang lebih dicintai oleh Allah padanya, melebihi sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil , takbir dan tahmid.”

4. Bertaubat dan menjauhi kemaksiatan serta seluruh dosa agar mendapatkan maghfirah dan rahmat dari Allah SWT.
Hal ini penting dilakukan karena kemaksiatan merupakan penyebab ditolaknya dan jauhnya seseorang dari rahmat Allah SWT, sebaliknya ketaatan merupakan sebab kedekatan dan kecintaan Allah SWT kepada seseorang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh Allah itu cemburu dan kecemburuan Allah apabila seseorang melakukan apa yang Allah haramkan atasnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Memperbanyak ibadah-ibadah sunnat seperti shalat, membaca Al Qur’an, bersedekah, dan ibadah sunah lainnya.
Amalan tersebut akan dilipat gandakan pahalanya jika dilakukan pada hari-hari tersebut. Ibadah yang kecil pun jika dilakukan pada hari-hari tersebut akan lebih utama dan lebih dicintai oleh Allah subhanahu wata’ala daripada ibadah yang besar yang dilakukan pada waktu yang lain. Contohnya jihad, yang merupakan seutama-utama amal, namun akan dikalahkan oleh amal-amal shalih lain yang dilakukan pada sepuluh hari pertama bulah Dzulhijjah, kecuali orang yang mendapat syahid.

6. Disyariatkan pada hari-hari tersebut bertakbir di setiap waktu, baik itu siang maupun malam, terutama ketika selesai shalat berjama’ah di masjid.
Takbir ini dimulai sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzulhijjah) bagi yang tidak melaksanakan ibadah haji, sedang bagi jama’ah haji sejak Zhuhur hari penyembelihan (10 Dzulhijjah). Adapun akhir hari bertakbir adalah pada hari Tasyrik yang terakhir (13 Dzulhijjah).
Imam Bukhori berkata: “Adalah Ibnu Umar dan Abu Hurairah radiallahuanhuma keluar ke pasar pada hari sepuluh bulan Dzul Hijjah, mereka berdua bertakbir dan orang-orangpun ikut bertakbir karenanya.”

7. Memotong hewan qurban (udlhiyah) bagi yang mampu pada hari raya Qurban (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11,12,13 Dzulhijjah).
Hal ini merupakan sunnah bapak kita Ibrahim AS ketika Allah subhanahu wata’ala mengganti anak beliau dengan seekor sembelihan yang besar.
Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan, Nabi Muhammad SAW berqurban dengan dua ekor domba jantan yang keduanya berwarna putih bercampur hitam dan bertanduk. Beliau menyembelih keduanya dengan tangan beliau sendiri sambil membaca basmalah dan bertakbir.

8. Bagi orang yang berniat untuk berqurban hendaknya tidak memotong rambut dan kukunya sejak masuk tanggal 1 Dzulhijjah sampai dia berqurban.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jika kalian telah melihat awal bulan Dzulhijjah dan salah seorang diantara kalian berniat untuk menyembelih hewan qurban maka hendaknya dia menahan rambut dan kukunya.” Di riwayat lain disebutkan: “Maka janganlah dia (memotong) rambut dan kuku-kukunya sehingga dia berqurban.”
Kemungkinan hikmah larangan tersebut agar menyerupai orang yang menggiring (membawa) qurban sembelihan saat melakukan ibadah haji, sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala:
“� Dan janganlah kamu mencukur kepalamu sebelum qurban sampai di tempat penyembelihannya�” (QS. Al Baqarah :196).

9. Melaksanakan shalat ‘Ied berjama’ah.
Karenanya janganlah seseorang menjadikan hari ‘Ied untuk berbuat kejahatan dan kesombongan. Serta jangan pula menjadikannya sebagai kesempatan untuk bermaksiat kepada Allah SWT dengan mendengarkan nyanyian-nyanyian dan musik-musik yang melalaikan, minuman keras dan yang semacamnya. Perbuatantersebut menyebabkan terhapusnya amalan kita yang telah dikerjakan pada sepuluh hari pertama bulan tersebut.
Semoga Allah senantiasa memberi petunjuk kepada agar kita termasuk orang-orang yang memanfaatkan kesempatan emas seperti ini dengan baik. Amin.

**Semoga bermanfaat. Sumber perkongsian dari CahayaPurnama.Com :)

Sunday, October 6, 2013

Ibadah Korban~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...


Seperti biasa kan, untuk memulakan sesuatu entry haruslah memberi salam. (Sekurang-kurangnya dapat pahala free kat sini.) Korang jawab salam pun korang dapat pahala. Jadi, kita semua pun dapat pahala, Alhamdulillah. Yeayyy!


Amenda ni yani? Memalam buat entry, dengan esok nak kerja pulak. Sahih nanti ia akan menjadi satu entry yang tak berapa nak best. Bukan tak berapa nak best, takut isi dan cara penceritaan aku tak mencapai piawaian hati korang kan. (Alah, macam la entry aku sebelum ni best sangat kan. Tiheee)

Eh tapi entry kali ni, aku suka!

Pejam celik sudah pun masuk 6 hari dalam bulan Oktober. Dan sudah pun masuk 2 Zulhijjah (kebiasaan lepas maghrib, kita umat Islam memang sudah kira malam ini sebagai 2 Zulhijjah)


Apa yang korang rasakan dengan bulan ni? Maksud aku bulan Zulhijjah ni. Yang mana bulan terakhir dalam bulan-bulan Islam, bulan paling bongsu lah.

Adakah kita betul-betul menghayati bulan ini seperti kita menghayati bulan Ramadhan, iaitu bulan sebelum bulan Syawal (bulan raya aidilfitri) ?

Seperti yang sudah sedia maklum, seharusnya bulan ini, kita umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah korban, andaikata kita belum terpilih untuk menunaikan ibadah haji.
Mohon jangan terlalu sayang dengan duit anda untuk melakukan ibadah korban ini. Kalau boleh, masuk saja tahun baru (bulan Muharram), kumpul duit siap-siap. Sampai saja hujung tahun, bulan Zulhijjah, dah boleh buat ibadah korban. Terpulanglah nak buat untuk sebahagian lembu ke atau seekor kambing ke, terpulang pada rezeki yang ada.

Kita memang tak nampak apa yang kita keluarkan di dunia ini, untungnya apabila di akhirat nanti. Subhanallah. Tak nak ke pahala itu? Rugi kan kalau tak buat.


Semua ibadah yang kita lakukan ini biarlah ikhlas niat kerana Allah, untuk mencapai redha-Nya. Dan lagi boleh jadi saham akhirat tau. Seronok kan? Best kan?
Ya, semua apa yang kita buat kalau kerana Allah, memang akan jadi indah dan best-best. Trust me (serius tak tipu) and paling penting sekali, please put your trust in Allah.


Pada pemikiran dan pemahaman aku satu saja lah, kita ni manusia, sanggup berhabis nak pergi melancong sana sini, shopping itu ini (kadang-kadang baju kita lagi mahal dari kebiasaan), sanggup kumpul duit nak beli gajet baru (eh betul ke eje gadjet tu? haha biarkan~) , lagi sanggup ni kumpul duit nak belanja awek/pakwe bagai, tapi takkanlah untuk membuat ibadah korban kita tak mampu nak kumpul duit, spend a lil' bit of money untuk kita dapat keberkatan Allah? Saham akhirat kot, serius korang tak nak ni? Betul ni tak nak? Ala, aku tau, dalam hati kecil korang mesti nak jugak kan? :)

Mungkin akan ada yang cakap, hurm barang semua naik harga la ni, kitorang nak makan pun susah. Kadang-kadang kena ikat perut. Dengan harga minyak melambung. Dengan itu, dengan ini. Banyak dengan-dengannya kan. Sebab itu, aku anjurkan kumpul duit dari awal. (Erk yang ni aku nasihatkan untuk diri sendiri jugak.) Tahun ni aku tak sempat kumpul, tapi kita guna saja duit gaji yang ada untuk itu. Insya Allah, bila awak ada niat untuk menunaikan ibadah korban, Allah akan permudahkan segala urusan. Mohon letakkan kepercayaan awak pada Allah dengan tingkat yang paling tinggi. Please...

Yes, aku akui, kos sara hidup dekat Malaysia zaman sekarang ini, agak merisaukan orang muda belia. Tapi Allah sudah menetapkan garis panduan untuk kita, Allah sudah menyuruh kita supaya yakin dengan rezeki yang Dia akan kurniakan. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit.

Percayakan Allah, lebih dari segalanya. Andai kata sedikit rasa was-was itu datang, ya kita mesti akan rasa susah. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku yang dulu dan sekarang. Untuk itu aku sampaikan apa yang pernah aku rasa. Rasa kede nak keluarkan wang ringgit, ye kita di anjurkan supaya berjimat cermat, tapi bukan kedekut ya. Lain tau maknanya. Allah tak suka orang yang kede ni.

Eh alamak, aku bertazkirah pulak. Hurm balik pada topik asal. Aku suggest supaya kita semua, umat Islam, yang mana-mana belum rezeki nak tunaikan haji, ayuh kita buat ibadah korban ni. Ayuh! (Wahh semangat ni)

Mana-mana harga untuk sebahagian lembu atau beberapa bahagian lembu, atau harga seekor lembu mahupun kambing atau unta, korang boleh rujuk kepada sesiapa sahaja yang menguruskan tentang ibadah korban di surau atau masjid berdekatan rumah korang eh. Nak guna khidmat ez Qurban pun boleh. :)

Korang tau kan, kita digalakkan membuat ibadah semaksimum mungkin sejak masuk 1 Zulhijjah ni? Sama macam kita buat ibadah dalam bulan ramadhan juga.

Isnin 14 Oktober - Hari Arafah (9 Zulhijjah) -Jom puasa ramai-ramai.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a ujarnya,
Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud : "Ia menghapuskan dosa setahun lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda : "Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1- 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir dan tahmid pada hari itu." (HR.Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)  ** hadis ni, kalau korang perasan, setiap pagi di radio IKIM.FM, sebelum/selepas (aku kurang ingat, maaf, mungkin banyak termakan semut kot) zikir 'Doa Pagi' oleh Hijjaz tu, korang akan boleh dengar, info-info tentang bulan ini, tentang ibadah haji dan korban.

Melalui hadis ini jugak, boleh kita simpulkan tentang kepentingan untuk beramal di awal bulan Zulhijjah.

Okay, semoga segala apa yang aku sampaikan ini bermanfaat buat semua yang membaca atau terbaca. Selagi hidup, sila-silalah berpesan-pesan tentang perkara yang baik-baik dengan semua orang. Moga Allah berkati segala urusan kita, di dunia dan akhirat.

Mintak maaf kalau entry kali ini ada menyinggung hati korang secara langsung atau tak langsung.
Semoga Allah akan memandang kita dengan rahmat limpah kasih sayang-Nya dan bukan dengan kemurkaan. Yakinlah rezeki itu Allah yang beri, terkadang awalannya kita rasa tak mencukupi, tapi akan sampai satu masa, Allah akan kurniakan rezeki yang lain. Pentingnya bersangka baik dengan Allah, insya Allah, pasti Dia akan berikan yang baik. Biiznillah...

Terima kasih sudi baca entry ni.
Hidup baik-baik. Wassalam.

Anything about you,
Norzayani binti Norhamshah a.k.a Niyaz Arumi
6 Oktober 2013
23.29 PM/MALAM

*** katalah tahun ini memang korang tak berkesempatan langsung nak buat ibadah korban (maksudnya memang dah tak ada bajet langsung), mohon tahun depan 1435H, kita buat azam kumpul duit dari awal dengan niat nak buat korban. Kerana Allah. Boleh kan? Selamat berusaha!




CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...