Sunday, October 6, 2013

Ibadah Korban~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...


Seperti biasa kan, untuk memulakan sesuatu entry haruslah memberi salam. (Sekurang-kurangnya dapat pahala free kat sini.) Korang jawab salam pun korang dapat pahala. Jadi, kita semua pun dapat pahala, Alhamdulillah. Yeayyy!


Amenda ni yani? Memalam buat entry, dengan esok nak kerja pulak. Sahih nanti ia akan menjadi satu entry yang tak berapa nak best. Bukan tak berapa nak best, takut isi dan cara penceritaan aku tak mencapai piawaian hati korang kan. (Alah, macam la entry aku sebelum ni best sangat kan. Tiheee)

Eh tapi entry kali ni, aku suka!

Pejam celik sudah pun masuk 6 hari dalam bulan Oktober. Dan sudah pun masuk 2 Zulhijjah (kebiasaan lepas maghrib, kita umat Islam memang sudah kira malam ini sebagai 2 Zulhijjah)


Apa yang korang rasakan dengan bulan ni? Maksud aku bulan Zulhijjah ni. Yang mana bulan terakhir dalam bulan-bulan Islam, bulan paling bongsu lah.

Adakah kita betul-betul menghayati bulan ini seperti kita menghayati bulan Ramadhan, iaitu bulan sebelum bulan Syawal (bulan raya aidilfitri) ?

Seperti yang sudah sedia maklum, seharusnya bulan ini, kita umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah korban, andaikata kita belum terpilih untuk menunaikan ibadah haji.
Mohon jangan terlalu sayang dengan duit anda untuk melakukan ibadah korban ini. Kalau boleh, masuk saja tahun baru (bulan Muharram), kumpul duit siap-siap. Sampai saja hujung tahun, bulan Zulhijjah, dah boleh buat ibadah korban. Terpulanglah nak buat untuk sebahagian lembu ke atau seekor kambing ke, terpulang pada rezeki yang ada.

Kita memang tak nampak apa yang kita keluarkan di dunia ini, untungnya apabila di akhirat nanti. Subhanallah. Tak nak ke pahala itu? Rugi kan kalau tak buat.


Semua ibadah yang kita lakukan ini biarlah ikhlas niat kerana Allah, untuk mencapai redha-Nya. Dan lagi boleh jadi saham akhirat tau. Seronok kan? Best kan?
Ya, semua apa yang kita buat kalau kerana Allah, memang akan jadi indah dan best-best. Trust me (serius tak tipu) and paling penting sekali, please put your trust in Allah.


Pada pemikiran dan pemahaman aku satu saja lah, kita ni manusia, sanggup berhabis nak pergi melancong sana sini, shopping itu ini (kadang-kadang baju kita lagi mahal dari kebiasaan), sanggup kumpul duit nak beli gajet baru (eh betul ke eje gadjet tu? haha biarkan~) , lagi sanggup ni kumpul duit nak belanja awek/pakwe bagai, tapi takkanlah untuk membuat ibadah korban kita tak mampu nak kumpul duit, spend a lil' bit of money untuk kita dapat keberkatan Allah? Saham akhirat kot, serius korang tak nak ni? Betul ni tak nak? Ala, aku tau, dalam hati kecil korang mesti nak jugak kan? :)

Mungkin akan ada yang cakap, hurm barang semua naik harga la ni, kitorang nak makan pun susah. Kadang-kadang kena ikat perut. Dengan harga minyak melambung. Dengan itu, dengan ini. Banyak dengan-dengannya kan. Sebab itu, aku anjurkan kumpul duit dari awal. (Erk yang ni aku nasihatkan untuk diri sendiri jugak.) Tahun ni aku tak sempat kumpul, tapi kita guna saja duit gaji yang ada untuk itu. Insya Allah, bila awak ada niat untuk menunaikan ibadah korban, Allah akan permudahkan segala urusan. Mohon letakkan kepercayaan awak pada Allah dengan tingkat yang paling tinggi. Please...

Yes, aku akui, kos sara hidup dekat Malaysia zaman sekarang ini, agak merisaukan orang muda belia. Tapi Allah sudah menetapkan garis panduan untuk kita, Allah sudah menyuruh kita supaya yakin dengan rezeki yang Dia akan kurniakan. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit.

Percayakan Allah, lebih dari segalanya. Andai kata sedikit rasa was-was itu datang, ya kita mesti akan rasa susah. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku yang dulu dan sekarang. Untuk itu aku sampaikan apa yang pernah aku rasa. Rasa kede nak keluarkan wang ringgit, ye kita di anjurkan supaya berjimat cermat, tapi bukan kedekut ya. Lain tau maknanya. Allah tak suka orang yang kede ni.

Eh alamak, aku bertazkirah pulak. Hurm balik pada topik asal. Aku suggest supaya kita semua, umat Islam, yang mana-mana belum rezeki nak tunaikan haji, ayuh kita buat ibadah korban ni. Ayuh! (Wahh semangat ni)

Mana-mana harga untuk sebahagian lembu atau beberapa bahagian lembu, atau harga seekor lembu mahupun kambing atau unta, korang boleh rujuk kepada sesiapa sahaja yang menguruskan tentang ibadah korban di surau atau masjid berdekatan rumah korang eh. Nak guna khidmat ez Qurban pun boleh. :)

Korang tau kan, kita digalakkan membuat ibadah semaksimum mungkin sejak masuk 1 Zulhijjah ni? Sama macam kita buat ibadah dalam bulan ramadhan juga.

Isnin 14 Oktober - Hari Arafah (9 Zulhijjah) -Jom puasa ramai-ramai.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a ujarnya,
Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud : "Ia menghapuskan dosa setahun lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda : "Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1- 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir dan tahmid pada hari itu." (HR.Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)  ** hadis ni, kalau korang perasan, setiap pagi di radio IKIM.FM, sebelum/selepas (aku kurang ingat, maaf, mungkin banyak termakan semut kot) zikir 'Doa Pagi' oleh Hijjaz tu, korang akan boleh dengar, info-info tentang bulan ini, tentang ibadah haji dan korban.

Melalui hadis ini jugak, boleh kita simpulkan tentang kepentingan untuk beramal di awal bulan Zulhijjah.

Okay, semoga segala apa yang aku sampaikan ini bermanfaat buat semua yang membaca atau terbaca. Selagi hidup, sila-silalah berpesan-pesan tentang perkara yang baik-baik dengan semua orang. Moga Allah berkati segala urusan kita, di dunia dan akhirat.

Mintak maaf kalau entry kali ini ada menyinggung hati korang secara langsung atau tak langsung.
Semoga Allah akan memandang kita dengan rahmat limpah kasih sayang-Nya dan bukan dengan kemurkaan. Yakinlah rezeki itu Allah yang beri, terkadang awalannya kita rasa tak mencukupi, tapi akan sampai satu masa, Allah akan kurniakan rezeki yang lain. Pentingnya bersangka baik dengan Allah, insya Allah, pasti Dia akan berikan yang baik. Biiznillah...

Terima kasih sudi baca entry ni.
Hidup baik-baik. Wassalam.

Anything about you,
Norzayani binti Norhamshah a.k.a Niyaz Arumi
6 Oktober 2013
23.29 PM/MALAM

*** katalah tahun ini memang korang tak berkesempatan langsung nak buat ibadah korban (maksudnya memang dah tak ada bajet langsung), mohon tahun depan 1435H, kita buat azam kumpul duit dari awal dengan niat nak buat korban. Kerana Allah. Boleh kan? Selamat berusaha!




No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...