Thursday, November 19, 2015

Kecelaruan Fikiran Seorang Wanita ~


Tak tahulah bila tengok gambar ni, semua wanita mempunyai pemikiran yang sama macam saya atau pun tidak. 

Bersetuju ke tidak, kita je yang tahu...


Haha, tapi rasanya 90% wanita mesti bersetuju ? 
Atau 200% wanita yang bersetuju ?

Sebab tu ada orang cakap, usus wanita ni pun tak paham dengan si wanita ini.



Yang lebih berat lagi, bila dah terlajak makan, baru menyesal sebab terlebih kuantiti.
Dalam pada menyesal tu, tak nak pulak bersenam, bakar balik kalori.
Parah sungguh!


Aduii, sesungguhnya, saya sendiri pun kurang paham dengan diri sendiri.
Sebab tu saya tak boleh nak marah kalau orang tak paham saya.

Kitakah yang seperti gambar di atas ini ?
Haah itu saya.. !


Hehehe, okebai...


~ Terima kasih, sudi baca entri ni ~

Norzayani binti Norhamshah

Monday, November 16, 2015

Resepi Brownies

Assalamualaikum w.b.t...

Emm eh dah masuk bulan November, mana entah resepi brownies tak up lagi.
Erk sorry... kalau ada yang menanti tu, saya mintak maaf ye. 
Bukan senang nak cari mood nak taip entri baru tampal dekat blog.

Tak senang. Susah. Susah...

Tapi memandangkan hari ini, segala mood sudah berterbangan bebas di awan, makanya saya pilih untuk menaip, berkongsi. (Eh tapi kan, sebenarnya, resepi ni pun saya ambil dari kawan-kawan facebook.)

Khas untuk awak semua, saya siap snap picture, satu persatu tau. Gigih je. Haha...
Oke nah cuci mata dulu sebelum kita mulakan kelas masak memasak. Brownies ni saya buat masa birthday ayah 18 Oktober hari tu... Oke la, sedap untuk tekak saya, untuk orang lain, wallahua'lam...




Oke, meh kita mulakan.

Langkah pertama ialah :

Didihkan air (kuantiti agak-agak saja) *

Lepastu, di atas periuk berisi air tu, cairkan 200gram coklat masakan dengan 8 sudu butter. (Nak guna majerin pun takdak masalah)

* nanti teksturnya jadi begini ye.


dan sehingga begini...

maaflah ye, gambar ni comot sikit. haha.. masa snap tu tak fikir ke cantik ke comot...

*** dalam bekas lain, pukul 3 biji telur dengan 1 cawan gula kastor (resepi asal lebih dari 1 cawan, korang agak-agaklah nanti manisnya ya...)

pukul kedua-dua bahan ini sehinggalah gula hancur. (ala tak hancur sangat pun takpe...belasah je mana-mana)
* eh telur tu masuk satu persatu tau. (tapi saya derhaka, saya belasah masuk semua, haha)

lepastu, boleh curah dalam adunan coklat dan butter tadi. gaul rata. jangan lupa, masukkan sedikit esen vanila...

* selepas itu, bolehlah korang ayakkan 1 cawan tepung, 1/2 cawan serbuk koko, dan 1 sudu kecil baking powder... nak letak garam secubit rasa pun boleh... 

camni ye rupa mereka lepas dah diayak.

masukkan tepung sedikit demi sedikit. gaul rata. pakai senduk kayu je. (dalam gambar ni semua poyo je pakai whisk)

orait lepas tu masukkanlah kekacang dengan coklat cip (berapa banyak? ermm korang belasah je lah ikut suka hati, saya tak sukat pun... heee)
tapi yang ni, saya pakai kacang walnut tau, coklat cip sikit.
* jangan lupa bakar walnut dalam 10 minit, suhu 150', then cincangkan dia..

Gaul rata oke...

kertas minyak dioles dengan butter. 

oke, dah bubuh dalam loyang... cantik berkilat kan. kan.. kan..

Lepas tu, sila masukkan ke dalam oven.
Eh, sebelum bakar tu, korang panaskan dulu oven dalam 10 minit. Suhu 150'c...
Lepas tu, baru korang bakar selama 30 hingga 40 minit, suhu nak naikkan sikit pun boleh. Sampai ke 160 atau 170'c.
Make sure, jangan terlebih bakar, nanti tak chewy.. (ehheee saya cakap berdasarkan pengalaman je ni...)

Orait, inilah kejadian selepas dibakar. Hehehe... Terkedut pulak. Padahal gambar ni ialah cubaan yang ketiga.
Sebelum ni, buat tak berkedut pun.
Ala kedut ke tak, tak penting, asalkan rasa dia boleh pergi! (Sedap la kiranya...)

Nah, gambar yang dikombokan. Kaedah pembuatannya.

tadaaaa, dah boleh ngappp...

Oke, simple kan resepi brownies ni.
Sukat pakai cawan je, sebab saya malas nk timbang. 

Selamat mencuba. (Kalau ada yang nak cuba la...)


Ok, kita jumpa lagi di lain kali, di entri yang lain. Insya Allah...

Jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...