Posts

Showing posts from September, 2014

Resepi | Tuna Ibu

Image
Assalamualaikum.

Hai.
Memandangkan semenjak dua ini saya tak ada mood, jadi saya lebih banyak berdiam diri. Huuu...

Tiba-tiba, hari ni terindu pulak dengan blog biskot kejap ada dan tidak ni.
Dan nah, nak up sikit satu entry resepi suka hati warisan turun-temurun.

Haha, warisan turun temurun sangat.
Padahal takpun.

Dari dua minggu lepas lagi saya dah excited nak share resepi ni, tapi asyik lupa je.
Hari ni, baru ada waktu yang terluang. Awak, jangan rindu pulak dekat blog saya ni tau. (Hee bajet ada penunggu entry ke cik Yani? Pfttt !)

Ok, dah tak nak mengarut banyak sangat.

Memperkenalkan, resepi tuna (plain) dalam tin yang diolah-olah bahannya.


Resepi | Tuna Ibu 


RESEPI

1 tin kecik tuna (plain) *kejap lagi saya tunjuk gambarSedikit cili api (potong kecik-kecik)Mayonis secukupnyaPerahan jus limau kasturi / nak lemon pun boleh (sukatan ikut rasa tekak awak)Garam gula (secukup rasa)
CARA-CARA (Step by Step)















* Resepi ini sangat sesuai buat ibu ibu yang bekerjaya, nak buat sarapan berat-bera…

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! #Throwback

Image
Assalamualaikum...

Ye, anda tidak berada di 'frekuensi' yang salah. Dah namanya throwback kan.
Dah betullah tu tajuk entri. Saja je saya nak mengimbau kembali kenangan Syawal tahun ni. Hehe terindu pulak.
Ramadhan? Lagilah tujuh belas ribu juta bilion kali rindu. T.T
Bagaimana sambutan hari raya saya sekeluarga tahun ini?
Adalah tersangat biasa dari tahun-tahun sebelum ni. Kenapa biasa? Kerana tiada baju baju, tiada kasut baru, tiada tudung baru.
Sebenarnya untuk menyambut hari raya, bukanlah yang baru-baru itu syarat utama. Yang penting, apa yang kita faham tentang hari "kemenangan" itu serta bagaimana cara kita menyambutnya.
Adakah penuh kesederhanaan atau pun berlebih-lebihan?
Untuk mengimbau kembali kenangan raya tahun ini, saya kira kenangan raya kali ini ada keistimewaan yang tersendiri. Tapi yang pasti, Syawal kali ini, saya terasa sangat pantas masa berlalu.
Petang raya, sesungguhnya saya berusaha mempelajari cara menganyam ketupat dengan ayah saya. Adalah me…

Perodua Axia

Image
Bismillah,

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang diberi nama Perodua Axia.

Comel kereta tu, kecik sikit dari MYVI, besau sikit dari VIVA.
Kira kalau kita wanita-wanita yang guna memang akan jadi double comel lah! Hehe.

Saya dah tengok Axia ni, okelah. Cantiklah. Tapi hampeh kan, sebab nak tunggu Proton Iriz dilancarkan. Baru kita boleh decide apa-apa. (Hee kalau nak decide lah, bukan senang nak beli kereta, amat memerlukan kewangan yang kukuh. Sat ni p beli, kalau duit cukup-cukup untuk bayar bulan-bulan, bai bai lah kereta jadi bahan pameran sebab tak dak duit nak isi minyak. )

Hari Isnin lepas saya dengan ibu dan ayah, excited lah ni, pergi dekat PERODUA YBK SERVICES SDN BHD seksyen 11, Shah Alam untuk melihat sendiri keunggulan kereta comel ni.

Pandangan pertama saya dah jatuh cinta pada warnanya. Haha. Warna Merah Cili. Cantik ok. (Saya je lah jatuh cinta, orang lain tak tahu.)

Then, kami pun pe…

Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah. #BookReview

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan izinNya, saya dapat meng'hadir'kan satu lagi entry baru.
Apa khabar kawan-kawan? Harapnya sihat alhamdulillah ye.
Hee aduhai macam skema pulak saya hari ni.
Oke tak nak meleret sangat.
Kita terus kepada review mengenai buku yang berjudul "Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah" hasil garapan saudara Asadullah al- Faruq
Buku ini adalah terbitan Kemilau Publika.
Yang berharga RM 19.00.


Buku ini khas ditujukan secara tulus buat :
1) Muda mudi yang berazam untuk bernikah tapi masih berasa berat memulakannya dan semangat pun hanya sekadar angan-angan.
2) Juga buat muda mudi yang memilih cara Islam untuk mewujudkan pernikahan yang Islamik.
3) Buat muda mudi yang memilih untuk segera bernikah agar dirinya lebih terjaga daripada fitnah.
4) Untuk muda mudi yang baru membentuk sebuah keluarga baharu, semoga Allah redha dan mengurniakan keluarga yang tenteram dan dirahmati.
Secara jujurnya, buku ini adalah satu naskah …

Jom Korban !

Image
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Kehadapan rakan-rakan pembaca yang saya sayangi. Erk alamak macam nak tulis surat pulak. Hee..

Oke, straight to the point je lah kan.

Memandangkan hari ini sudah 16 Zulkaedah, ini bermakna kurang lebih 23 hari dari tarikh hari ini, kita akan menyambut hari raya Aidiladha.

Terasa macam cepat tahun ni berlalu kan?

Memandangkan hari raya korban dah tak lama je lagi, apa kata dapat gaji nanti, kita 'ketepikan' sedikit wang demi membuat korban. Ala, tak rugi pun, sebab ini semua demi mendapat keredhaan daripada Allah. Untuk kehidupan kita di sana jugak nanti kan? Untuk kesenangan kita juga kan?

So, jangan sayangkan sangat duit awak. (Bagi yang berkemampuan) Jangan berkira. Jangan kedekut.

Raya korban ni setahun sekali je. Bukan boleh nak qada' buat korban.
Sampai waktunya kita kena buat, takde siaran ulangan ye wahai sahabat-sahabat pembaca yang saya sayangi. Sayang kalau kita lepaskan peluang keemasanini.

Saya ingat lagi, la…