Showing posts with label #1435. Show all posts
Showing posts with label #1435. Show all posts

Sunday, March 9, 2014

Minum susu pun boleh kurus? Serius?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat hari jumaat. Minggu ni terasa sekejap sangat lah.
(Time flies so fast) Sekejap saja dah nak berjumpa hari sabtu semula.

Aku pun kurang pasti aku nak share pasal apa masa aku tengah menaip entri ni. Blur kejap. Aku tak ingat amenda aku nak cerita tadi. Jap eh. (Eh boleh main kejap-kejap pulak? Sah aku sedikit gelong hari ini.)

Oh ha ni, nak cerita pada korang, silalah minum susu untuk kesejahteraan bersama. Ecewah. Gitu konsepnya.

Pagi tadi aku borak-borak dengan Ain (kawan eh) pasal diet. Aku cerita pada dia, aku dah boleh minum susu (sebab dah masuk fasa 2 Diet Atkins). Rindu nak minum susu. Dan aku tiba-tiba tertanya kat dia, susu yang pernah dia minum dulu.

Sebelum aku berdiet atkins ni,aku kan sakit kaki,doktor kata kurang kalsium,aku makan oats,aku minum susu (sebab tekak tak boleh terima susu kosong yang begitu saja,jadi aku padankan dengan beberapa sudu oats) *sedap sangat!

Tiba-tiba kan,aku kata gini pada Ain:

Aku: Haa dik,akak rasa kan en entah awak kurus sebab minum susu tu kot.

Ain: Merepek je kak Yani. (Dia gelak2)

Aku: Betullah Ain, sebab tengok karbo susu tu tak setinggi susu lain.
*eh sorry lupa nak mention,nama susu tu ialah susu Sunlac (Sunlac Skim Milk Powder)

-mohon google walau sebentar lagi aku akan attach gambar untuk tatapan pembaca tersayang. (ada ke yang baca? ada ada ada. Perasan kbai) heee...oke iklan stop! Sambung cerita, Aku: Oke sebelum kerja sini ada minum susu tu? Ain geleng (tanda memang tak la kan. Hehe)

Aku: Akak jarang sangat nampak awak makan kat sini. (tempat kerja)

Aku: Ain minum susu tu,then Ain rasa kenyang,sebab tu Ain tak makan sangat kat sini. Awak balik rumah baru makan? Kan? (memandangkan harga makanan sekarang agak tinggi,memang kami banyak ikat perut. Serius! Aku bawak bekal hari-hari. Ain bawak susu. (Bancuh kat opis). Shamini pun,selalu berkira-kira nak beli makanan kat cafe Suk ni. Camne?

*lah lagipun kerajaan kan menyarankan sangat supaya kite berjimat cermat di samping kurangkan makan gula.* (oke tapi i buat sebab nak jaga kesihatan yang Allah amanahkan. Buat untuk orang lain buat apa. Kalau nawaitu lillahi taala. Confirm dapat pahala,betui dak?)

Ain: Haa minum susu bila kat sini,kalau kat umah,Ain makan je. (tapi memang jarang ambil nasi)
Benarkah nasi ni punca utama kegemukan?

Jawapan aku bukan nasi. (Ni jawapan aku,jawapan orang yang takde ilmu yang diiktiraf pun,korang jangan salahkan aku pulak kalau jawapan ni salah. Ini hanya pandangan aku k.)
Jawapan aku adalah gula.

Sebab gula boleh buat korang ketagih. Sesikit nak makan benda manis.

Nasi korang ambil ikut keperluan,bukan nafsu tengah lapar. Insya Allah, pasti boleh kenyang.
Dan sejurus selepas perbualan tamat,maka aku dengan muka tak malu telah meminta budak kecik itu sedikit susu Sunlac,lalu aku bancuh dengan air sejuk. Subhanallah,sedap weh. Wallahi tak tipu punya.
(Sebelum ni tak boleh minum begitu saja,entah kenapa hari ini boleh telan begitu saja sehingga (wahh sehingga sangattt) ,sehingga setengah cawan tu aku rasa tak cukup. Heheee.)

Susu ok,kena tengok sugar,karbo dan beberapa nutrisi lain yang penting sebelum minum tu. Cuma hampa janganlah ingat hang minum hari ni esok hang dah kurus. Ain dengan aku,dulu kami merimbun bersama-sama.

Aku dengan atkins,Ain lebih bersahaja. (Minum susu,boleh makan apa saja,tapi terkawal.)
Jadi kesimpulannya aku nak beritahu, SuSu SunLac itu memang sedap!

Aku dah boleh minum susu. Ye yeayy.
Sukanya aku sangat-sangat.

Oke sekian tips untuk korang yang nak turunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan jugak. Itu yang penting. Kalau tak mampu buat Atkins,banyak lagi cara diet yang korang boleh follow. Boleh google untuk keterangan lanjut ye.

Selamat berjaya. Selamat berusaha.

Terima kasih sudi baca entri ni.
Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.
Assalamualaikum.

Norzayani Norhamshah
12.23 PM




Monday, March 3, 2014

Ajal yang datang, tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.

...Kehidupan di sini bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar kejadian...
 
Al-Fatihah buat nekcu, yang telah kembali kepada Ilahi pada tengah malam tadi. (Tak pasti pukul berapa, tapi pak usu Din kata dalam pukul 12.30 malam tadi.)
 
Semalam kami (family) ada melawat nekcu. Minggu lepas pun kami ada melawat juga, sebab nekcu memang ada sakit kanser, plus kena strok tahun lepas. Kata anak-anak nekcu, "kalau nak melawat, lawatlah sekarang, sementara dia ada."
 
Last week jumpa, memang arwah dah tak larat sangat. Kesian nekcu. Tapi itu bahagian arwah, bahagian kita suatu hari nanti, wallahua'lam.
 
Semalam kami melawat sebab pak usu dengan mak usu dah habaq kata doctor dekat SMC suruh bawa balik. (Doktor yang tolong mana yang mampu, selebihnya kita doa minta Allah permudahkan urusan.)
 
Tapi kami pergi malam tadi dah agak lewat, dalam pukul 10.30 jugak baru sampai rumah pak usu. Bila dah tengok keadaan nekcu, terbaring di atas katil, lemah, betul-betul mengingatkan aku pada arwah acik Zila. (Adik ayah aku)
 
Perasaan sedih bila menjelma itu biasa kan bila melawat orang sakit? (Tapi kita sebagai seorang Islam, tak boleh bersedih yang melampau. Cukup sekadar minta Allah sabarkan hati kita, beri kekuatan dengan apa yang bakal berlaku.)
 
Kami ramai-ramai baca surah Yaasin, untuk nekcu. Mak usu dengan mak cik Rohaya ajar nekcu mengucap. (Allahurobbi, kematian benar-benar hampir, selalu dekat saja dengan kita.)
 
Aku tak tahu, tapi semalam aku dapat rasa, arwah memang akan pergi. (Ya, sebab mati itu pasti) Cuma aku tak pasti bila. Dalam hati aku doa banyak-banyak 'Rabbi yaasir wala tu'assir rabbi thamin bi khoir'. (Mintak Allah permudahkan segala urusan.) *dalam saat-saat begini, awak kalau melawat orang sakit, mohon doalah apa saja, insya Allah, pasti Allah tolong. Doalah apa saja untuk yang sedang sakit itu, moga Allah dengar doa kita, bantu segalanya menjadi mudah dan tenang.
(Mohon jangan salah ertikan apa yang aku cuba nak sampaikan, aku sekadar share apa yang patut kita buat bila melawat orang sakit. Dan tiadalah niat aku untuk riak atau ujub (kagum dengan diri sendiri, na'uzubillah.)
 
Lepas habis baca yaasin malam tadi, aku nampak pak njang baca Al-Quran, tapi tak pasti surah apa. So, aku tanya pada mak cik lila, pak njang baca surah apa? Mak cik kata, 'Suratul ra'du' (Surah Ar-Ra'd) Mak cik dengan nenek kata surah ini elok untuk dibaca pada orang yang sedang menghadapi saat-saat terakhirnya.) Kena yakin, semua pun atas kehendak dan izin Allah. Kita ikhtiar, Allah yang mengizinkan semua perkara yang dikehendaki-Nya.

Sejuk kaki nekcu masa aku sentuh kaki nekcu malam tadi. Urut perlahan dan berdoa minta Allah mudahkan urusan. (Ini habit bila aku melawat orang sakit, ayah pesan suruh doa banyak-banyak.) Mudah-mudahan bila satu hari kita pula yang terbaring begitu, akan ada orang tolong mendoakan urusan kita untuk kembali pada Allah, akan dipermudahkan.

Masa ibu ajak balik malam tadi sebenarnya aku tak nak balik lagi, tapi aku tengok jam dah nak pukul 12. Alahai kesian pula, takut nenek mengantuk. Aku fikir esoknya nak kerja pula. Takpelah, doa dari jauh je la.

Dan kami pun pulang, lepas 30 minit sampai rumah, telefon rumah bunyi. (Wallahu'alam, hati terus terdetik, Innalillah.) Mungkin..mungkin.

Lepas tu, baru aku dengar ayah cakap Innalillahiwainailaihiroji'un. (Nekcu dah meninggal, tak lama lepas kami balik.) Bukan rezeki aku nak tengok bagaimana saat ajal benar-benar di penghujung. Dulu masa arwah acik Zila pun aku tak sempat sebab masa tu dah zohor. (Untuk aku jadikan pedoman pada diri sendiri, supaya lebih mengingati mati.) *Hari ni cuti, sebab memang dah fikir nak 'hantar' sampai ke kubur. Plus aku ni, kalau melawat orang meninggal, balik memang kena terus mandi, kalau tidak, kebiasaannya mudah saja untuk aku kena badi mayat. Moga Allah akan terus melindungi dari sebarang perkara yang tak baik. Aamiin.

Malam tadi, memang tidur tak nyenyak. Tapi terlajak juga, dah azan baru terjaga. Terus siap-siap sebab nak pergi melawat. Takut tak sempat cium arwah untuk kali terakhir. (Memang tak dapat sebab Allah tak izinkan. Jadi, kali terakhir aku cium arwah, sebelum aku balik malam tadi.) T.T

Alhamdulillah, pagi tadi segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah, sudi perkenaankan doa kami. Sudi dengar doa hamba-Mu yang selalu lalai ini.

Segala urusan berjalan dengan mudah. Masa kami sampai, arwah sedang dimandikan.

Selingan sedikit. (Buat sesiapa yang membaca entri ni, andai awak melawat orang meninggal di masjid, mohonlah curi masa sedikit, sujud pada Allah. Solat Tahiyatul Masjid. Kalau pagi, boleh solat dhuha sekali. Oke ye? Kita buat ye? Kita ramai-ramai buat tau. Moga Allah redhai kita dunia akhirat.) Benda yang mudah, janganlah kita terlalu permudahkan ya. Bukankah kita sama-sama nak masuk ke dalam Syurga Allah. Nak berbahagia di sayangi Allah. Kan?

Ok, lepas dah siap mandi, kafan jenazah, solat jenazah. Mudah. Segalanya terlalu mudah, Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Syukur. (Segerakanlah urusan pengkebumian jika ada di antara kita yang meninggal.)

Sesudah itu kami ke Tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Urusan pengkebumian juga mudah. Cuaca juga tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak juga aku rasa bahang. Renung dada langit sesekali, mendengar talkin yang dibaca, air mata mengalir. Sedih, terfikir bagaimana jika aku yang berada di situasi itu. Cukupkah amalan? Bekalan aku ke sana benar-benar cukupkah untuk menampung kehidupan di akhirat? Allah...


gambar hiasan.

Sementara masih ada nyawa yang Allah kurniakan. Janganlah kita melakukan perkara yang lagha,yang dimurkai Allah, bimbang Allah akan murka dan tak akan menerima taubat kita. Kita makin tua, kita makin dimamah usia, kita makin dekat dengan kematian, kematian juga tak kira muda atau tua, lantas untuk apa terlalu mengejar dunia, kerana mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bertaubatlah sebelum terlambat, bukan ketika nyawa di hujungnya. Semoga kita semua bakal menghuni Syurga Allah. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin.

Al-Fatihah. Semoga arwah nekcu tenang berbahagia di sana. Aamiin.

Norzayani Binti Norhamshah
18.54 pm
3 Mac 2014

*terima kasih sudi baca entri ini, sebarang salah dan silap dalam perkataan mohon dimaafkan. :)


Saturday, March 1, 2014

Aku susah berdiet, Herbalife dapat nama? Huhu...

Ya, aku susah payah berdiet, Herbalife pulak dapat nama. Mana aci?!
Weeee Sabar Yani, S.A.B.A.R.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat morning.
Mana ada marah pun pagi-pagi ni sabetu ni.
Al kisahnya aku teringat perbualan di antara adik aku dengan aku masa kitorang beli Burger Kinggggh semalam tadi. (Semalam tadi? ehheee curi ayat Alisya lah. :p)
Gini aku ringkaskan ceghitanya dan aku buang mana tak perlu :
Aku: Sedapnya aiskrim tu! (Adik aku tengah makan aiskrim 80sen kat Burger King tu)
Syukri: Memanglah sedap, lagi sedap dari MCd.
Aku: Untunglah hang boleh makan aiskrim!
Syukri: Kenapa pulak? Bukannya haram.
(Gitu pulak jawapan dia. Senget sungguh! Aku tercabar lah oi sebab aku dalam fasa TAK BOLEH MAKAN AISKRIM! get it? hehee. )
Aku: Lah, memanglah halal, siapa kata harammm.
Syukri: Minum herbalife eh?
Aku yang tengah blur : Eh siapa?
Syukri: Awak minum Herbalife eh? You? (Huyooo ber you you pulak adik aku ni!)
Aku: Eh mana ada! Aku mana kaya nak minum Herbalife. Mahai tau dak?
Syukri: Yeke mahai? Bukan satu shake RM 5.00 ke?
Aku: Eh yeke? RM 5.00? Biar betul hang? (Serius aku tak tau.)
Syukri: Entah tak tahu.
(Sengallllllllll!!!!)
Sabar sajalah. Gitu lah perbualan kami. Lepas tu aku memang borak panjang, aku kata kat dia, aku diet Atkins. Aku tak berani nak ambil mana-mana product untuk turunkan berat aku ni. So pilihan aku, clean diet~
Aku rasa, korang tau kot aku amalkan diet Atkins. (Perahsan mat labun betol. Tiheee)
Eh korang hari ni dah 1 Mac kan? Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, 4 bulan 1 hari sudah aku berdietttt. Berapa banyak turun? Entah malas nak kira kilo. (Hahaha padahal stress sebab berat dah sangat susah nak turun.) Cuma, syhhh syhhh nak beritahu ni, dah masuk lah angka 5. Cuma berat ideal tu ada banyak lagi kena turunkan.
Nak dijadikan ceghita, permulaan aku diet, tersangatlah pemalas tahan ular sawa kekenyangan.
Kerana apa???
Kerana jarang-jarang sekali aku bersenam.
Alhamdulillah, turun jugak berat. Tapi memang aku jaga karbo, tak ambil lebih.
Part malas ni, please korang jangan sesekali mencontohi aku. Sebab aku takut nanti, berat akan mudah naik bila korang dah pilih untuk berhenti diet ni. (Sebenarnya pengambilan makanan sehari-hari kita, sampai bila-bila pun kita kena tengok kebaikan atau keburukan nya kan?)
Jangan pakai bedal je, sebab badan kita ni pinjaman dari Allah, then you kena pandai jaga amanah yang Allah berikan.
Bila berat aku dah capai saja angka 5, aku memang terasa ringan sikit dari sebelum ini.
Dan apabila badan tak terasa berat, jadinya memang tiap-tiap malam aku akan workout. (Since hang balik kerja sampai rumah dah pukul 7, memang taklah hang nak berjoging bagai kat taman dan sebagainya kan? kan? kan?)
Senaman aku mudah je, aku selalu ambil masa lepas solat isyak. (Utamakan Allah ye anak-anak walau awak nak buat apa. Ajal maut kita tak tahu datang bila, kotlah tengah bersenam tetiba malaikat Izrail datang nak cabut nyawa, tapi awak tak solat lagi. Malaikat mana ada nak tunggu kita. So, masuk waktu, anak-anak ye sila solat.)
Kebiasaannya aku akan ambil masa 20 minit sahaja untuk senaman, takpe walau kejap, asalkan korang buat hari-hari. Yang penting masa bersenam tu, lakukan betul-betul.
Pengalaman aku, sebelum ni, kalau berlari ke, buat jumping jack ke, squat ke, sit up ke, amenda sebagainya ke memang cepat pancit.
Tapi bila dah hari-hari buat, kita akan rasa eh cepatnya dah 20 minit, macam tak cukup je masa. (Benda ni tak kisah, kalau korang nak buat lebih dari 20 minit pun lagi digalakkan.)
Cuma aku lah hanya ambil 20minit, sebab aku selalu bersenam dalam rumah ni sekitar pukul 10 malam. (Huuuu, gila lewat kan? Yes yes, tanggungjawab lain pun ada juga yang kena kita dahulukan. Bila semua dah settle, baru boleh bersenam dengan hati yang gumbira)
So hari-hari, senaman aku adalah begini :
1) Berlari setempat, buat regangan tangan & kaki (Senaman panaskan badan dulu)
2) Lompat bintang (50 Kali) (Peluh time ni, malu-malu lagi nak keluar.Haha.Teruskan!)
jumping jacks~ senaman fevret ni weh~
3) Gerakkan kaki. Ikutlah macam mana cara yang selesa. (Aku jarang berhenti, sebab tak nak rasa penat sangat. Kalau kita terus berhenti, penat tu memang akan terasa sangat-sangat.)
4) Squat (20 kali). Penat serius wa tak tipu. Memang terasa urat otot semua sedang bekerja keras!
Begini ye Squat~
5) Melompat (40 kali) Macam aku cakap, aku tak berhenti. Direct 20 minit punya senaman ni.
6) Berlari setempat sampai aku terasa letih dengan keadaan kaki diangkat tinggi.
(Haaa mesti korang tak faham kan? Aku pun tak reti macam mana nak terangkan. Tapi gini, bila berlari setempat tu aku akan angkat kaki tinggi-tinggi. Elakkan berlari memijak tumit ya, sila berlari menggunakan hujung jari kaki. Kepenatan itu tak akan terasa sangat.)
7) Sumo squat (20 kali). Masa ni peluh korang memang dah akan tak malu nak keluar. Biarkan ye.
8) Lompat bintang lagi (50 Kali) atau bilang sampai berapa banyak yang korang larat.
9) Plank (Bertahan sampai korang rasa puas hati. Cuba tahan untuk seminit dulu.) Yang ini aku cakap lah, serius peluh korang akan keluar banyak gila. Sebab dalam banyak-banyak senaman, inilah yang paling mencabar minda dan otak aku dalam berfikir. Betul! (Sebab biasanya kalau aku fikir tak larat, memang lepas tu aku akan tak larat. Haha so mind set pada situasi ni sangat penting!
ini contoh kalau korang tak tahu~

10) Berlari setempat. Tapi tak payah nak aktif sangat ye. Sebab aku dah nak habis senaman ni. Lepas itu, breath inn breathhh outttt. (3 Kali)
Settle 20 minit aku!!!
Walau apa pun, ingin aku tegaskan di sini, ini hanyalah pengalaman/cara aku. Dan korang boleh buat senaman pelbagai gaya yang korang boleh google sendiri. (Ini berdasarkan apa yang aku buat.) Dan aku baru jugak buat senaman style gini, sebab sebelum ni malas, sekarang ni baru rajin. Semenjak berat susah nak turun.
Tak adalah kurus sangat pun aku ni, sebab aku belum habis diet. Masih menjaga pengambilan karbo setiap hari, di samping minum air masak banyak-banyak dan bersenam hanya 20 minit sehari.
Jadinya tak nampaklah sangat badan dah susut. Plus pipi aku pulak bukan jenis yang mudah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi biarkan sajalah eh.
Oh lupa, hari ni aku dah masuk fasa 2. Sungguh tak sabar aku nak makan kacang badam, gajus, buah strawberry dan juga buah tembikai susu. (Eh bukanlah aku nak makan sederap gitu, masih jaga karbo untuk seminggu ini sebanyak 25gram satu hari. Yeay!)
Badan aku ni dah boring dengan fasa satu, so up to phase two. Ades nak kena study pasal fasa 2 diet ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Aamiin.
Orait korang, apa saja pengalaman aku mengenai sepanjang perjalanan diet aku ni, mana-mana yang tak elok tu, jangan ikut, korang boleh buat lebih baik dari aku. Yang penting korang kena kuat!
Jaga juga pengambilan kalori dalam sehari untuk permudahkan berat korang turun ye.
Sekian dulu untuk entri berkenaan diet atkins ni.
Terima kasih sudi baca entri ini.
Kalau ada yang korang terasa ke apa-apa, minta maaf eh.
Take care, sekian. Wassalam.
Anything about you,
Norzayani Binti Norhamshah
10.49 am
1 Mac 2014.
Eh jap, nak belanja gambar sikit. Gambar before and after lah kengkonon, walau takdelah banyak mana pengurangan. ;)





2013-2014

Wednesday, January 22, 2014

Situasi sentap yang lara...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Erm entri pertama untuk bulan Januari tahun 2014. Subhanallah, 2014 sudah. Syukur Ya Rabb.

Orang lain semua dah update entri baru, entri 2014, aku pulak baru menggagau nak taip.
Eh busy, tak ada masa, ini pun as a quick update. (Sebab dah lewat untuk aku tidur dan bangun keesokan harinya...)


Kenapa pilih hari ini untuk update entri baru?
Tiheeee entah, sebab stress kerja pagi tadi kot. Tihehehe...

Stress sangat tu tidak la, cuma mengganggu emosi seketika. Mujur Allah ada, jaga saya. Aamiin. :)

Kenapa nak stress hari ni?

Hidup ini sangat mencabar, tak kiralah awak kerja apa sekalipun, sama ada awak seorang doctor waima tukang sapu sekalipun, setiap apa yang kita lakukan itu ada keperluannya yang tersendiri. Masing-masing punya peranan dalam kerja masing-masing, jadi aku rasa, kita janganlah mempertikaikan kerja orang lain.

Hurmm amenda aku merepek ni?

Oke, kerja aku ni, tak adalah se GAHHH mana pun, kerja biasa-biasa je. Operator, kerani aduan, hurm pegawai khidmat pelanggan ? (Sedap sikit bunyi aihh..) Ahhhh! Ada aku kisah sedap bunyi ke tidak. (Part ni ibu suka bising dekat aku, sebab study course lain, kerja ke laut, tak ada kena mengkena!) * ehhhh ibu tak mo marah kita k, tak apa pun kerja mana-mana (selagi halal di sisi Allah) itu yang Yani cari. Keberkatan. So mom, please, restuilah kita. :) oKe I Love u!

Oke, straight to the point, aku nak ringkaskan, sangat banyak dah membuang ayat ni.

Memandangkan hari ini aku ditugaskan seorang diri untuk menjaga talian aduan rakyat Selangor ini, maka dengan emosi yang ceria pagi tadi aku memulakan kerja. Ceria tak hagak bhaiii, esok gajiiii!

Tapi, hahaha pagi ni agak clumsy sikit kerja aku, aduan banyak aku tak kisah, tapi call tak henti-henti masuk. Mana dengan nak key in dalam sistem, nak buat laporan semalam, nak kena call PBT, nak apa lagi eh? Eh nak macam-macam lah. Ok, kawan aku pergi kursus, sebab itu aku jaga 3 telefon itu seorang diri. (Korang jangan kesian kat aku..hihi..)

Dan lagi, tolonglah wahai pengadu-pengadu ku SAYANG, aku ni manusia biasa, ada perasaan bukan robot, ada emosi, bukan sekadar benda semata.

Mohon jangan tuduh kalau tak nampak, mohon jangan maki, silalah jaga bahasa. Dah cukup baik saya cakap. Hurmmm... :'(

Kring...kringggg....kringggg...

^ Selamat pagi...blaaa..blaaa blaaa...

^ Saya nak buat aduan di blaaa blaaa blaaa...nama saya blaaaa blaaaa...

-Kurang dengar kurang pasti (encik cakap laju, saya nak dapatkan kepastian di kawasan mana) *eh normal kan bertanya kalau kita memang tak pasti?

 ^ Eh awak ni, lain kali saya cakap tu salin la, ini haaaa, haaaa...haaaa...bukan nak salin orang cakap apaa...blaaa...blaaaa...blaaa..

-Oke serius bhai,part ni aku sentap. (aku salin la apa maklumat dia semua) * Allahu robbi, sedihnya Allah saja yang tahu. Tuduh tanpa nampak depan mata. *takpe encik, kita mengadu pada Allah nanti. Suka hati encik je tuduh saya memacam, dah la aduan banyak, saya belum habis maklum pada PBT.

^ Saya salin encik, saya faham masalah encik....blaaa blaaaa blaaa...

* Then aku bagi nombor pegawai atasan aku. Hurm biarlah jelah dia jawab, bukan aku nak lepas tangan, tapi encik ni nak sangat cakap pada pegawai.

* Yelah, pegawai kan...saya ni siapalah kan, kerani cabuk je, tak buat kerja, dok je goyang kaki kat ofis tu. Tak buat apa pun...huhuhu. (Aihhh, tak kisahlah persepsi orang tentang orang kerja Kerajaan ni. Hang ingat semua yang hang fikirkan tu sama? Semua kakitangan kerajaan sama, malas? Mengulor? Tak lah oiiiii! Kitorang nak cuti pun payah tau. Sampai hati letakkan persepsi yang sama pada semua orang yang berbeza.)

Habis saja situasi tu, aku pun tarik napassss la pelan-pelan, hembussss, sebut Allah je banyak kali. Istighfarrrrrr... <~ Eh korang, ini tips, tolong buat bila korang tengah marah, aku try tadi. Tak jadi marah, cuma air mata je dah mengalir. Cengeng oi aku ni, kena marah je nak nangis.

Aku bukanlah nak aib kan sesiapa, sebenarnya tak adalah marah sangat pada encik tu, aku faham masalah dia, aku faham situasi dia, kalau aku ada kat tempat dia pun aku marah kot. Kot la. Aku ni penyabar sikit kot dari encik tu. Tapi aku nak buat macam mana? Aku bukanlah ultraman, doremon, supermen, boboiboi atau sesiapalah superhero yang korang kenal lagi.

Setiap di antara kita, ada tugas yang tersendiri, di pihak aku, aku dah jalankan tugas sebaiknya, bantu orang awam menyampaikan aduan pada pihak berkenaan. Selebihnya tanggungjawab orang lain. Lainlah kalau aku ni pegawai ke, MB ke, Dato' ke atau apa-apa je lah.
Kalau aku boleh bantu, aku dah bantu. Masalahnya tugas kita terbatas. Ada batasannya, kang melebihi batasan, macam mana pulak? Tolonglah mengertiiii. (Ewahhhh Yani, cara cakap macam lah ada orang nak baca, macamlah ada pengadu kat Selangor ni yang kesian, meluat lagi ada!)

Haihhh, ni bukan entri pendek ni, ni entri poyo.. Panjang lah pulak! HUhuuu...

Oke, kesimpulannya kat sini, sebenarnya satu je aku nak TEKAN kan. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dengan orang. Jangan mudah bersangka buruk. Kedua, kawal marah, atasi marah dengan istighfar, ingat pada Allah. Insya Allah, Dia bantu. Jangan risau. Dan yang ketiga, cubalah jadi seorang yang bertimbang rasa. Insya Allah, niat awak baik, awak mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan awak.

Meh aku petik satu kata-kata, "Masalah takkan besar, kerana Allah lah yang Maha Besar. Masalah bukanlah besar kerana kita ada Allah yang Maha Besar. Dan masalah bukanlah besar, selagi kita meletakkan Allah di tempat yang TERBESAR dalam hati kita. " ~

Akhir kata, majulah sukan untuk Negara. (oke tak kena mengena, aku dah menggelabah nak tidur ni.)

^ Terima kasih sudi baca entri ini, maaf kalau terdapat banyak kesilapan. Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dating kerana kekhilafan diri ini.

^ En. I, jangan marah eh, situasi ini saya hanya jadikan untuk pengajaran supaya kita sentiasa berhati-hati dengan percakapan kita agar tidak mengguris hati orang lain. Nak guris hati saya takpe, tapi hati orang lain? Kesiaannn tau. Moga Allah meredhai hidup encik dunia akhirat. Aamiin.

Salam ukhuwah,

Norzayani Binti Norhamshah
22 Januari 2014
23:50

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...