Showing posts with label #YaniHamshah. Show all posts
Showing posts with label #YaniHamshah. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

CANVA YEAH ^-^

 


Ehh best jugak edit pakai canva ni ya.

Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^

Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam kelakar je edit tu. Haha!

Ni untuk tak formal, nanti aiii nak terai buat yang formal punya. =)

Ermm sorry lah, i baru belajar edit pakai canva ni, sebab tu result nya macam haihhhh~

So, korang selalu kalau edit gambar ke, poster ke flyers ke or content untuk sosial media, pakai apa jer?

Best tak? Senang tak nak pakai?

Sunday, September 19, 2021

#LYRICS AJARKAN AKU - ARVIAN DWI


PictureQuotes

 

AJARKAN AKU - ARVIAN DWI 


Semua yang ku mau hanya sedikit waktumu, untukku..

Hanya satu pesan singkat..

Sedang apa dirimu?


Awal pertemuan kau sangat peka padaku..

Dan itu dulu..

Rasa yang terlanjur dalam..

Kau buatku semakin bodoh..


Oh mengapa harus ku lihat kau dengan dirinya..

Terluka tapi tak berdarah..


***

Ajarkan aku, cara tuk melupakanmu..

Bila membencimu tak pernah cukup..

Tuk hilangkan kamu..


Ajarkan aku, sebelum merusak ke dalam-dalamnya..

Sebelum aku trauma, mencintai sosok yang baru lagi..


**

Tak tahu bagaimanakah caranya..

Agar diriku bisa lupakanmu..



Saturday, January 30, 2021

#Lyrics Katakan Saja



***

Kau datang padaku

Dengan pesonamu...

Kau datang padaku

Mencuri hatiku...

Seringkali ku kau buat aku

Tuhan tolonglah 

Kuatkan aku...

Hati ini tak sanggup menahan rasa

Izinkanlah aku ada di hidupmu.....


**

Katakan saja bila kau inginkan aku

Aku juga ingin tau prasaanmu

Katakan saja bila memang tak bisa

Aku juga ingin tau jawabanmu......


Saat sendiri, terbayang wajahmu

Tuhan tolonglah kuatkan aku

Hati ini tak sanggup menahan rasa

Izinkanlah aku ada di hidupmu......


***

Andai kau tahu

Ku harap jawab darimu

Agar aku tak meragukan kamu

Tolong katakan jika rasa 'tak' untukku

Agar aku......


Katakan saja bila memang tak bisa

Aku juga ingin tau jawabanmu......

#Lyrics Dari Jauh Saja

Sumpah aku cinta kamu

Sampai mati sayang kamu

Sungguh aku rindu

Kepadamu saja

Apakah kau juga sama

Seperti yang aku rasa

Aku mohon sangat

Kamu cinta juga


       Seandainya kau tahu rasa cinta ini

       Walau tak terbalaskan

       Aku cinta

       Haruskah ku simpan rasa cinta ini

       Aku mengagumimu 

       Dari jauh saja


Jangan kau ragukan aku

Lihat kesungguhan ini

Bukalah hatimu

Hanya untuk aku

Friday, January 29, 2021

Selamat Tahun Baru, 2021

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada saat entry ini dikarang, kita sudahpun masuk ke tahun 2021. 


Dah terlambat ke untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru, 2021 pada semua? Asal boleh je la kan, selagi masih di bulan Januari, aku andaikan aku masih belum terlambat. Aku doakan semoga hasrat, impian, atau apa sahaja yang korang nak capai di tahun 2021 ini, akan dipermudahkan oleh Allah. Insya Allah, seiring dengan usaha dan doa, apa yang korang hajati pasti akan tercapai, sesuai dengan waktu dan keadaan yang tepat. Semoga tahun ini kita semua menjadi lebih baik, lebih positif dari tahun sebelumnya.

Harus aku akui, tahun 2020, aku kira sebagai tahun yang mencabar kepada kita semua, bukan sahaja di Malaysia, bahkan seantero dunia. Kerana pandemik Covid-19 masih lagi melanda setiap pelusuk negara. Agak tragis bilamana terdapat segilintir yang tidak tahan menanggung tekanan dari segi kewangan, sara hidup dan sebagainya, lalu mereka mencari jalan singkat iaitu membunuh diri, wal'iyya zubillah (semoga kita, keluarga kita, saudara mara, muslimin dan muslimat dijauhkan dari keinginan yang sebegitu).

Aku tahu ia bukan mudah untuk kita semua, menjalani kehidupan dengan tekanan yang mendasyat sehingga ke hari ini, cuma suka untuk aku nasihatkan buat pembaca sekalian, berpegang teguhlah pada tali Allah, yakni sentiasa bergantung harap kepada Allah, walaupun ketika itu, kita hampir musnah. Berjuanglah untuk meneruskan kehidupan, sabarlah menanti kemanisan sesudah melalui panjangnya kesulitan. Sentiasalah bersangka baik dengan takdir dan aturan Tuhan. Kerana setiap rencana yang telah Dia tentukan, pastilah ada hikmah di sebaliknya. 

Pernah aku share dalam entry aku sebelum ini, tentang bagaimana untuk berdamai dengan takdir, salah satu cara untuk kita berlapang dada, adalah dengan pasakkan dalam hati kita, setiap takdir yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang, adalah yang terbaik di sisi Allah, waima ketika itu diri kita sedang berdarah-darah menanggung luka dan sakit yang teramat sangat, sekalipun diri kita sedang dihentam dengan ujian bertubi-tubi.

Sekali lagi, aku akui dan aku tegaskan, ia susah dan sangat susah untuk kita berdamai dengan takdir yang kita rasa seakan sedang menyeksa diri kita. Barangkali itu adalah kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa ujian yang membelenggu, menyebabkan kita 'terlupa' untuk bercerita dan berkongsi tentang kehidupan kita dengan Pencipta kita. (Trust me, buatlah apa sekalipun dalam dunia ni, jangan sesekali tinggalkan Tuhan, jangan sesekali pandang enteng untuk bercerita dengan Tuhan. Dia tahu, Dia Maha Mengetahui, walaupun kita tak bercerita. Tapi, ada kemanisan yang sukar untuk hati kita gambarkan saat berkongsi cerita tentang seluruh kehidupan kita kepadaNya.)

Pembuka bicara entry aku kali ini sejujurnya, adalah lebih ditujukan untuk diri aku sendiri, tapi, seandainya tulisan aku ini dapat memberi manfaat kepada semua yang sedang membaca, alhamdulillah, semoga kita semua direzekikan takdir terbaik daripada Allah, semoga kita sentiasa husnuzon dengan pemberian Tuhan.

Untuk tahun 2021 ni, aku sendiri dah berazam untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelum ini, untuk lebih cool menghadapi keadaan sekeliling, untuk lebih positif, nak lebih banyak tersenyum, nak cari sebanyak ilmu akhirat, juga ilmu dunia (untuk dimanfaatkan menjadi saham akhirat), untuk lebih membahagiakan ibu ayah dan keluarga aku, dan macam-macam lagi. Banyak sebenarnya aku nak buat tahun 2021 ni. Jika diizinkan Allah, umur aku panjang, aku nak achieve semuanya. Kalaupun tak dapat nak capai kesemuanya, sekurang-kurangnya, biar aku merasakan semuanya, hampir dapat dicapai secara total, dan aku berpuas hati. Em walaupun manusia, sukar untuk berpuas hati dengan apa yang telah dia miliki, dan aku rasa, ini juga boleh jadi salah satu azam untuk perbaiki diri aku, supaya aku akan sentiasa bersyukur dengan semua yang Allah beri pada aku, juga kepada orang lain.


Let me ask you something.

Mana yang korang rasa lebih mudah?

Berdamai dengan takdir sendiri ataupun berdamai dengan takdir orang lain?

Kalau orang tanya aku, jawapan aku, berdamai dengan takdir sendiri lebih mudah dari berdamai dengan takdir orang lain.

Kenapa aku kata begitu?

Kerana kita lebih mudah untuk menerima takdir kita sendiri, dari menerima takdir orang lain.

Aku berikan satu metafora untuk kau, aku dan kita semua fikirkan.

Seandainya kita diberikan dengan sesuatu barang yang berharga, alhamdulillah, dan insya Allah, kita bersyukur. Tapi, dalam masa yang sama, Allah berikan sesuatu barang yang lebih berharga (yang juga pernah menjadi keinginan kita) terhadap orang lain, mungkin kawan kita yang lain. Tanyalah pada hati dengan rasa yang paling dalam, benarkah kita benar-benar gembira bahagia dengan sesuatu yang kita nak sangat, tapi kita tak dapat, bahkan orang lain yang dapat. Seringkali kita persoalkan, kenapa mereka yang dapat, bukan kita. Jika kita sedang mempersoalkan sedemikian, ketahuilah sesungguhnya, kita belum benar-benar berdamai dengan takdir orang lain. Kita cuma belajar untuk menerima takdir kita, bahkan kita selalu alpa untuk berdamai dengan takdir orang lain juga.

Bilamana kita persoalkan takdir, itu tandanya hati kita sedang sakit. 

Dan ubat kesakitan itu, adalah dengan zikir, dan istighfar. Lazimi itu, supaya kita tidak mudah terpedaya dengan bisik-bisik halus dari syaitan, dan nafsu kita sendiri.

Tak apa, yang lepas tu, biarkan ia berlalu, pentingnya waktu yang kita punya sekarang kita gunakan untuk bertaubat dan bersihkan semula hati kita. Ukirlah senyuman, jangan pernah berputus asa untuk mencari redha Tuhan, jangan penat untuk bertaubat walau diri kita terpalit dengan dosa yang membusuk. Harapan masih sentiasa ada. Jangan biarkan nyawa sudah sampai di kerongkong, baru kita teringat mahu bertaubat. Kerana ketika itu, taubat kita sudahpun tidak diterima.

Masa yang kita punya sekarang, hargailah sebaiknya. Kau, aku, kita semua kena terus berusaha untuk menjadi muslim sejati. Jangan tinggalkan solat, tutuplah aurat dengan sempurna (ketika hayat masih dikandung badan, pesanan ini untuk semua, lelaki dan wanita), laksanakan rukun islam, rukun iman sebaiknya. ^-^ 

Insya Allah, aku percaya dengan usaha dan doa, disertakan dengan amal dan ilmu, Allah pasti berikan takdir terbaik buat kita, bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat kelak.

Cukup sekadar itu dahulu entry aku kali ni.

Aku harap sangat agar entry aku kali ni, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dalam kehidupan korang, dapat memberi korang ilham untuk mengejar cinta Tuhan, dan sentiasa bersangka baik dengan takdir yang diberi olehNya. Tak mudah dan ia sukar. Tapi bukankah jalan menuju ke syurga itu penuh kepayahan, penuh kesakitan. Tetaplah bertahan demi Tuhan.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.



Salam Sayang,

Norzayani Norhamshah

6.55 PM/ 29 Januari 2021


Saturday, March 21, 2020

Covid-19

Assalamu'alaikum w.b.t

Just a quick entry. Actually aku tak ada idea sangat nak tulis apa ni. 

Cuma pesanan ringkas dari aku buat kalian yang membaca (eh ada ke yang baca Yani oi! Haha anggap je lah ada, mohon abaikan)

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang dilanda dengan wabak Covid19, bukan negara kita sahaja, bahkan seluruh dunia telah dijangkiti wabak ini. Justeru bagi mengelakkan penularan wabak ini menjadi semakin memburuk di Malaysia, PM telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020. Aku berpendapat bahawa kita, sekiranya kita tidak mampu untuk membantu dalam menangani wabak ini, sekurang-kurangnya, bukanlah kita punca wabak ini terus tersebar. Faham maksud aku kan?

Aku tahu, agak susah untuk kita duduk diam sahaja di rumah. Yelah, manusia ni setiap hari pun dia ada je benda yang disibukkan. Entah apa yang dia sibuk sangat pun aku tak tau. Tak reti duduk diam kan. Heshh! 

Dan lagi satu, korang perasan tak, kita ni manusia, selalu merungut cakap, 'ehh busy la, tak sempat nak rehat, eh letihnya, hurmm teringin nak cuti, tapi tu laaaa...' dan macam-macam lagi yang kita rungutkan. Haa ni Allah dah bagi kita 'rehat', 'cuti', 'muhasabah diri', gunakanlah waktu senggang ini sebaik-baiknya. Ya aku faham, banyak benda yang tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ni. Tapi fikirlah secara logik dengan akal yang Tuhan dah kurniakan buat kita semua, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Suka untuk aku ingatkan, tak perlulah kita menuding jari kepada sesiapa, kerana pada aku, bila dah terjadi sesuatu perkara itu, ia semuanya adalah dengan keizinan Allah, perkara-perkara yang kita nampak ia sebagai punca wabak ini merebak hanyalah asbab semata-mata. Perkara dah terjadi, kita bukan boleh undur masa, dan yakinlah dengan garis takdir yang Tuhan telah tetapkan. 

Tak semestinya yang baik itu baik, yang tak baik itu tak baik.

Beri kerjasama, usaha doa yang terbaik, minta ampun dan perlindungan dari Allah, kena pasakkan dalam diri bahawa Allah sentiasa akan membantu kita. 

Ketahuilah bahawa sesungguhnya setiap apa yang terjadi adalah dalam pengawasan Allah, sentiasa dalam pandangan Allah. Allah nak kita supaya menjadikan Dia sebagai keutamaan setiap kali berlaku perkara yang sukar. Sudah-sudahlah merasakan kita mampu melakukan semua di atas dunia ini. Apa yang aku maksudkan ini adalah general ya, jika korang  punya pendapat tersendiri, itu hak korang. Sentiasa syukuri persamaan, dan raikan perbezaan.

Aku percaya Allah hantarkan wabak ini bukan saja-saja, sebaliknya ada hikmah dan pelajaran yang perlu kita ambil daripadanya.

Pada saat ini, kita lebih berhati-hati, menyedari kepentingan menjaga kebersihan diri, menjaga kesihatan, kita sedar bahawa secanggih mana teknologi atau apa jua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini, tetap takkan dapat menandingi kekuasaan Allah. 

Aku kira, ini bukanlah quick entry yang aku janjikan tadi, ni dah jadi entry panjang jugak ni.
Oke, dah la tu, aku tau korang mesti rasa aku ni banyak bebel kan.

Stay at home oke?
Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah sama-sama membantu menjayakan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. 
Rehat la rehat kejap oke.
Luangkan masa dengan keluarga tersayang.

Doakan semua yang sedang berusaha keras membantu menangani wabak ini especially doktor dan jururawat sekalian, semoga Allah lindungi banru dan mudahkan semua urusan kalian. Terima kasih atas segala pertolongan yang kalian dah curahkan buat semua. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan budi kalian, semoga dikurnikan syurga tertinggi buat kalian atas usaha kalian ini.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, wasaalam.

Loads of  ❤️,
Yani Hamshah (Niyaz Arumi)
21 Mac 2020/ 26 Rejab 1441
3.43 PM





Monday, February 24, 2020

Saya sentiasa maafkan awak.

Bismillah,

Assalamu'alaikum.

Just a quick entry sebelum saya masuk tidur.

Nak taip yang panjang-panjang, mata dah memberat sangat ni.

Tapi nak juga share, nak juga up entry baru.

Perkongsian ini saya ambil dari Telegram Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir, semoga beliau mengizinkan dan menghalalkan setiap nasihat yang beliau kongsikan di laman channel telegram beliau, untuk saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.

Learn to forgive anyone who has caused you pain.
Forgiving is not forgetting, it is remembering without anger and grudge.
Always keep in mind that forgiving is not for them.
Actually, it is for you to heal your soul and mind.
Fogiveness will grow you beyond what you were. 

Pada hemat dan pemikiran saya, kata-kata yang dikongsikan, ianya sangat menyentuh ke lubuk hati yang paling dalam buat insan yang sentiasa berperang dengan perasaan sendiri. Harus saya akui, untuk memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyakiti diri kita, sama ada sengaja atau pun tidak, ianya sangat sakit, perit dan sukar. Terutamanya apabila ianya melibatkan soal hati dan perasaan kita yang mudah tercalar.

Namun, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ad-Dien, ianya ternyata jelas bahawa kita memaafkan seseorang bukan kerana mereka meminta maaf, tapi kita memaafkan demi menggapai sekeping hati yang lapang dan minda yang tenang.
Kerana percayalah, jika kita menyimpan dendam di dalam hati, berkeras tidak mahu memaafkan, ianya hanya menyakiti diri kita sendiri, bahkan rohani kita turut sakit dan pedih.

Saya menulis dan berkongsi terhadap apa yang saya pernah lalui dalam kehidupan.
Jangan simpan dendam dan sentiasa memaafkan adalah resepi utama untuk kita jalani kehidupan kita dengan aman dan tenang.

Kita memaafkan kerana Allah, kita memaafkan juga adalah kerana mahu mengikuti akhlak Rasulullah (Rasulullah kan idola kita semua, haruslah kita mencontohi segala akhlak baginda), dan terakhirnya, kita memaafkan kerana kita mahukan hati kita sentiasa tenang.

Ya, faham. Bila dah tersakiti, bukan mudah mahu memaafkan dan melupakan.
Tapi, cuba lah, cuba, berdoalah kepada Allah, supaya hati kita dilembutkan untuk sentiasa bersikap pemaaf. Saya tak paksa untuk melupakan, bahkan, mana boleh kita dapat melupakan. Setiap kenangan, dan memori yang kita pernah lalui, jadikan ia sebagai guru yang sentiasa dapat mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, nawaitu, lillahi taala. =)

Eh, sorry, tadi saya kata just a quick entry, lepas tu, saya dah cerita panjang-panjang.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan yang terdapat pada entry ini, juga entry-entry sebelum ini.

Semoga Allah pelihara kita semua dari sebarang anasir jahat, dan sentiasa memandang wajah kita dengan keredhaanNya. Insya Allah. Aamiin.

Sekian, wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
niyazabc123.blogspot.com
11.57 PM
23 Februari 2020


Tuesday, December 24, 2019

Cakap tak serupa bikin?

"Cakap tapi tak serupa bikin."

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Eh macam formal sangat pulak. Hesh! 😅

Oke, just a quick entry yang I nak share. Moga bermanfaat buat kalian yang sedang membaca entry ni.

Apa yang bermain di fikiran korang bila baca ayat pertama sekali kat atas nun? 🤔

Selalunya kita memang sakit hati, dan meloya lah dengan manusia yang hanya tahu cakap, tapi dia tak buat pun apa yang dia cakap. Contoh hang nasihat kat orang pasal jangan buang sampah merata-rata. Tapi dalam masa yang sama, hang sendiri dok buang plastik gula-gula selit-selit dekat sofa. Eh apasal aku rasa macam pelik je contoh yang aku bagi ni? Adui 🤦🏻‍♀️
Oke adik-adik, sis bagi contoh mudah dan ringkas lah ye. Macam ni, contoh, kita suruh orang solat, tapi kita sendiri tak solat. Uhu tak ke sedih macam tu. 🥺

Seharusnya setiap kali kita menasihati orang, of course la untuk sesuatu yang baik kan, kita sendiri, terlebih dahulu perlu melakukan itu, ataupun, bila dah nasihat, kenalah kita buat jugak. Bukan cakap tapi tak serupa bikin.

Oke, aku bukan cakap benda ni sesaja. Which is dalam Al-Quran sendiri, Allah ada berfirman tentang perkara ni. Dalam Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga, begitu jelas Allah mengatakan,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 2

"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 3

Oke, dah nampak kan kat sini, orang bukan saja-saja nak marah or nak membebel dengan frasa 'cakap tak serupa bikin' ni. In fact, Allah sendiri sudah tegaskan dalam Al-Quran berkenaan hal ini.

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha, supaya kita dijauhkan dari melakukan perkara yang sia-sia, dan semoga Allah sentiasa memimpin kita untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja menasihati, tetapi juga dapat kita aplikasikan kepada diri sendiri. Insya Allah. Aamiin 🤲🏻

Sekian, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan. Jaga diri, jaga iman, jaga solat. 😊😊😊

Sincerely,
Yani Hamshah
9.30 PM
24 Disember 2019

Sunday, December 15, 2019

Berdamailah Dengan Takdir

Setiap kisah cinta itu bukan semestinya akan berakhir dengan pengakhiran yang bahagia.

Kerana setiap kisah cinta yang dilalui oleh seseorang itu punya banyak cerita yang tersembunyi.

Seharusnya cinta itu membangkitkan semangat, bukan melemahkan jiwa.

Cinta dalam ikhlas kerana Allah itu, tidak meletakkan ekspektasi harus dia. Sebaliknya jika tidak ditakdirkan untuk bersama, mampu melepaskan juga mendoakan kebahagiaan buat dirinya, dengan harapan, bahagia juga akan menjadi milik kita.

Barangkali apabila kita tidak mampu untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati, menyebabkan kita sering mengalirkan air mata. 

Air mata bukanlah petanda kita lemah, sebaliknya pada setiap titisan air mata itu, Allah selalu memujuk hati dan perasaan kita, bahawa kita tidak patut untuk meletakkan setinggi harapan pada makhlukNya jua. Allah memujuk kita, dengan memberi kelegaan setiap kali selepas kita mampu untuk mengeluarkan tangisan.

Ada manusia yang mudah untuk melupakan, ada manusia yang sukar untuk membuang perasaan.
Ada manusia yang mudah melupakan itu, mungkin akan menghadapi situasi di mana dia akan sukar membuang perasaan cinta, kasih dan sayang.

Ada manusia, dia cuba untuk membuang semua perasaan dengan cara membenci.
Ada manusia, yang memilih untuk melupakan semua perasaan sakit ditinggalkan dengan cara terus menyayangi. Nampak seperti bodoh? Oh tidak, bukan. Itu adalah salah satu terapi untuk kita tidak terus menyakiti hati dan perasaan kita sendiri.

Carilah di mana kekuatan kita. Sama ada melupakan dengan cara membenci, atau melupakan setiap kesakitan perasaan dengan cara terus mendoakan yang terbaik buat dirinya, terus menyayangi dirinya, terus berbuat baik kepada dirinya. Kenali hati, diri dan perasaan kita. Teruskan berdoa dan meminta kepada Allah supaya dipinjamkan sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan, seterusnya berdamai dengan takdir yang bukan tercipta seperti keinginan hati kita.

Entry malam ni mungkin agak emosi, barangkali teringat kisah lama. Kurang pasti pada saat dan ketika ini, andai diingatkan semula, sama ada ia menjadi kenangan pahit ataupun manis.
To be honest, after months, i'm still love him. Masih belum berjaya melupakan. Masih mampu mengalirkan air mata setiap kali terkenang peristiwa yang lama. Ada orang mungkin merasakan 6 bulan bukan jangka masa yang lama untuk kita melupakan seseorang, dan ada orang, mungkin merasakan, mana mungkin sudah bulan ke enam, masih belum melupakan, masih boleh bersedih.

Bersedih itu normal. Berada dalam kesedihan yang berterusan itu yang tak bagus.
Menangis juga normal. Tapi meratapi takdir yang sudah tertulis itu juga tidak bagus.

Mengukir senyuman di wajah setiap kali hati bersedih itu memang payah. Tapi dengan bantuan Allah, kita akan mampu hadiahkan senyuman buat manusia lain di saat hati dan perasaan kita diuji teruk.

Perasaan adalah anugerah dari Tuhan untuk kita sebagai makhlukNya.
Jagalah amanah itu dengan sebaiknya, supaya kita menyayangi dan melakukan sesuatu adalah kerana Allah, kerana ingin mendapat keredhaan dariNya.

Mudah-mudahan satu hari nanti kita juga akan dikurniakan bahagia seperti orang lain juga.
Andai bukan di dunia, barangkali Allah sudah sediakan yang terbaik buat kita di akhirat kelak.

Jangan pernah putus asa dan jangan pernah berhenti berdoa.

P/s : Untuk si dia yang mungkin tidak selesa kerana perasaan saya yang masih belum berubah, beri saya masa untuk melupakan semuanya. Ia tak semudah yang pernah saya tuturkan satu masa dulu. Seperti mana saya pernah beritahu dahulu, 'ajarkan saya bagaimana untuk mencintai kerana Allah, supaya apabila ditinggalkan nanti, saya masih mampu dan ikhlas untuk mendoakan yang terbaik.'
Dan sekarang saya tengah mengajar hati saya 'untuk melepaskan semua kerana Allah, kerana saya percaya Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita berdua di masa depan.'
Bila hati saya dah tak bergetar setiap kali kita berdepan, pada saat itu, saya percaya yang saya sudah melupakan perasaan saya. Tak mudah untuk saya kali ini, kerana di waktu kita berkawan pun saya boleh jatuh cinta hari-hari. Kerana di saat kita mengenali, acap kali saya menyayangi dan melupakan.  Menyayangi kemudian move on. Selepas itu, terjatuh cinta sekali lagi, kemudian berusaha keras untuk melupakan. Alhamdulillah, saya hampir berjaya. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya, kemudian Dia takdirkan semula untuk saya jatuh cinta untuk kali yang ke berapa entah! Lalu saya belajar untuk takdir yang tercipta itu, saya tak boleh paksa diri untuk melupakan, sebaliknya, hargai sahaja apa yang Allah berikan untuk saya. Kalau Dia sedang rencanakan untuk saya menyayangi, saya tak mahu paksa diri untuk terus melupakan, sebaliknya, saya serahkan semua urusan kepada Dia. Saya percaya apa yang Dia beri untuk saya, ada hikmah dan ibrah yang Dia mahu saya belajar di sebalik takdir itu. 


Saturday, November 9, 2019

MISSING


I miss my blog, SO MUCH!!!

I  miss to write a new entry...... but i don't have a couple of time for this moment, to write something here..... so sad....... ='(

love,
~ Yani Hamshah ~
9 November 2019
8.34 PM 

Thursday, February 7, 2019

Umrah Bersama PDC Travels - (Part 2 - Umrah Journey - Madinah Al-Munawwarah) (GM 22 23 Jan - 2 Feb 2019)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk tulis entry baru, part 2 (Umrah Journey)
Sedang menaip dalam gelap, cuaca bahang sikit hari ni. Tapi sebab semangat nak mengarang tu kuat lagi, aku teruskan saja. Bukan apa, bimbang, kalau dah masuk kerja nanti, aku dah tak sempat nak buat entry baru. Lepas tu, segala kenangan semasa di Haramain, tak fresh macam sekarang ni.

Ok, shoot. Untuk entry kali ini, secara randomnya, aku akan cerita suasana sebelum berlepas, tiba di airport Jeddah, dan pengembaraan di Madinah Al-Munawarrah. Kita gabungkan semua jadi satu entry. Tapi tengok jugak, kalau aku rasa entry ni panjang sangat, aku terpaksalah tulis entry lain.



 
Untuk bahan rujukan, aku banyak berpandukan group whatsapp GM 22, gambar-gambar yang aku ambil, seterusnya, diary kecik aku yang aku bawak ke hulu hilir sejak hari nak terbang tu. Poyo sangat kan. Haha.

Untuk pengetahuan semua, tarikh penerbangan aku ialah pada 23 Januari 2019 iaitu pada jam 7.30 malam, Rabu.
Ahli group kami (GM 22) adalah seramai 39 orang termasuk group leader kami.

Aku cerita pasal aku dululah eh, yelah blog aku, of course aku nak share pengalaman peribadi aku. Tak adalah details sangat. Tapi ini apa yang aku buat sebelum aku melangkah keluar dari rumah kalau nak pergi tempat jauh.

Pagi 23 Januari tu, aku bangun macam biasa, lakukan semua seperti kebiasaan, cuma yang tak biasa, aku tak sarapan pun. Serius tak ada selera nak makan apa pun. Perasaan aku tak tahulah macam mana, macam kosong tau. Aku tak rasa macam terlalu happy, aku tak rasa terlalu sedih, aku tak rasa terlalu teruja. Aku syak sebenarnya aku nervous, lepas tu, aku sorokkan perasaan aku tu dari semua orang. Bukan apa, takut kalau-kalau terlebih dalam berperasaan ni, nanti Allah tak sampaikan hajat dalam hati ni, pasti aku akan jadi sangat sedih. Jadi aku betul-betul serahkan semua pada Allah.

Sebelum gerak pergi, kita solat sunat musafir dulu, jangan lupa niat musafir sebelum keluar dari rumah ya. Benda ni benda basic sebelum kita nak mulakan sesuatu perjalanan yang jauh.
Aku gerak dari rumah (Saujana Utama, Sg. Buloh), sekitar jam 9.30 pagi, sebab on that day, kak Yati pesan nak jumpa dulu dengan aku sebelum gerak pergi. Then aku sampai Suk dalam jam 10, jumpa sekejap, terus pergi rumah mak lang dekat Seksyen 4, sebab ada bacaan doa selamat sedikit sebelum keberangkatan kami ke Tanah Suci.

Doa kesyukuran sebelum gerak ke Tanah Suci
 
Selepas zohor, lebih kurang jam 2.15 petang, kami semua dah on the way ke KLIA sebab ustaz dah pesan, mesti berkumpul 4 jam sebelum penerbangan iaitu selewat-lewatnya jam 3 petang di hadapan Kaunter K, aras 5.
 
Sejam kemudian, 3.15 petang, aku selamat tiba di KLIA.

Ambil gambar kenangan dulu sebelum gerak.

Sebelum ustaz sampai tu, kami berkumpul dulu di tempat yang dimaklumkan ustaz, juga menunggu untuk urusan check bagasi, check in luggage. Dan setiap jemaah akan diserahkan kit jemaah umrah yang mengandungi :

Dalam ni, ada salinan passport, visa, itenerari, kad medical, profil Jemaah
 
1) Salinan Passport
2) Salinan Visa
(dua ketul atas ni wajib bawak ke mana saja ye semasa di sana nanti)
3) Itinerari
(sebagai rujukan aktiviti yang dijalankan oleh PDC Travels)
4) Lanyard
5) Tag ID
6) Tag Bagasi
(Dilekatkan pada bagasi besar)
7) Kad Medical
(Digunakan untuk tujuan rawatan dan perubatan)
8) Profil Jemaah

Pada jam 5 petang, kami diberi sedikit taklimat oleh Tuan Hanzalah Tajudin sebelum penerbangan, doa sebelum memulakan perjalanan dan juga terdapat sesi bergambar beramai-ramai. Fuh, makin tak menentu dah perasaan waktu ni. Macam percaya dengan tidak, yang dah nak pergi Tanah Suci. T.T











Jam 6.30 petang, Alhamdulillah, lepas imigresen semua. 7.08 petang, semua dah nak naik kapal. =)






Pesawat akan berlepas lebih kurang jam 7.30 petang.


 
Perjalanan dari Malaysia ke Jeddah, mengambil masa sekitar 8 jam.
Semasa penerbangan, kami disajikan dengan dua kali makanan yang agak berat. Untuk first meal, aku tak lalu makan, tekak kembang, plus pening kepala adui. Nasi menunya, aku jarang sangat tak habiskan makanan, tapi waktu tu, aku mampu telan 3 4 suap je, kalau aku paksa jugak, memang aku boleh muntoh ler. Tapi kau lapar, tapi kau tak dapat nak makan, Sedih nya!

Tak tahu kenapa masa tu aku rasa kembang tekak nak makan, tapi ni aku tengok, aku macam lapar pulak, haha =p

Lepas dah tidur beberapa jam, barulah kami dapat meal kedua, dalam 2 jam sebelum landing, baru aku dapat makan. Menunya pasta tak silap aku, fuh memang licin makanan aku.

Yang ni memang habis lah, sebab aku dah lapar teruk. Nak pula itu memang fevret aku.

Hahaha lapaq benau kihkihkih. Alhamdulillah, kepala pun dah tak goyang sangat. Bukan apa, aku risau nanti kalau dah sampai sana kot la tiba-tiba kepala aku pening lagi, mungkin masa tu mood aku akan punah. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je. Hehe.Aku dah tak sambung tidur, sebab teruja weh dah nak sampai, weheeee. ^-^

Alhamdulillah, kami selamat tiba di airport Jeddah sekitar jam 4.40 pagi waktu Malaysia, dan 11.45 malam waktu Saudi. Guess what, hari tu je kami jumpa waktu gelap lebih kurang 15jam. Dari dalam flight, naik bas ke Madinah, kerja kami tidur aje, kalau tak tidur, makan. Haha. Biul jap kepala sebab asyik kena makan dan tidur.

Perjalanan kami mungkin agak penat sedikit, sebab kami turun di airport Jeddah. Dari Jeddah, kami naik bas untuk ke Madinah (yang tu tak silap ambil masa 5 ke 6 jam perjalanan) agak lambat sedikit, sebab kami ada singgah di RNR untuk makan, dan singgah di Masjid untuk solat subuh.
So, kalau ada yang terbang dari KLIA terus ke Madinah, perjalanan anda adalah lebih singkat, dan kurang sedikit penatnya berbanding kami.

Suka untuk saya maklumkan, disebabkan kami semua akan ke Madinah dahulu, jadi kami tidak berniat ihram di Miqat (Qarnul Manazil) sewaktu di atas flight. Dan lagi suka juga untuk saya maklumkan, system di airport Jeddah selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk settle. Jadi, buat sesiapa yang turun di Jeddah, kita nasihatkan, lebihkan sikit kesabaran dalam diri walaupun penat.

Airport Jeddah


Faham, dah turun flight tu, kita kena naik bas kecik cenonet untuk ke imigresen pulak, dah sampai imigresen, lagi kena sabar banyak-banyak. =) (andaikan saja sistemnya sedikit lambat sebagaimana anda sedang berurusan dengan pejabat kerajaan di negara sendiri. Faham kan maksud saya? heee)
So, sabar tu, memang kena banyak sangat. Insya Allah, kat sana, kita minta untuk sabar, kita dapat sabar. =)

muka bahagia dapat bunga pagi-pagi morning. =p




ni la budak yang bagi aku bunga, siap renjis-renjis nya aku.

ambiil gambar dulu sebelum naik bas nak ke Madinah.

Gigih team saudia Pdc ni. Haha, kami terharu tau~
 

***  Hey hey, lupa nak cerita, PDC Travels team Saudi ni, masa kami lepas dari imigresen je, depa dok buat surprise kat semua jemaah umrah GM22. Masa keluar je tu, dok nampak, eh amende lah budak arab ni dok buat depan nun, sekali dia bagi kita bunga Ros lah awaaakk. Siap renjis-renjis dipilis lagi. Cis, tahulah sis belum kahwin, tak payah buat sis teruja sangat kena renjis boleh dak? Haha. Dah la tak pernah dapat bunga seumur hidup ni, pastu buat sis terharu awal-awal pagi macam tu. Terima kasih banyak-banyak lah PDC team Saudi sebab menceriakan suasana kami pagi tu di airport Jeddah. Sejujurnya, walaupun penat, tak ada rasa nak marah pun. Masing-masing faham dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, team GM22 ni sejenis yang semua sangat sporting. Kami dah macam satu family besau. Alhamdulillah, tak ada orang yang selfish dan buat kepala sendiri dalam group ni. (Tak percaya? Tak caya, tanya GL kami. Haha~)
 
Oke lah, sambung balik cerita perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Kami settle solat semua di airport tadi, then kami naik bas sekitar 2.18pagi waktu Saudi. Pukul 4.30pagi waktu Saudi, kami singgah makan nasi arab weh sedapnya rindu aku nak makan tu wehhh.

haaa Nampak, gigih tak gigih kau kena telan mende alah ni pagi-pagi. haha.


ustaz ni suka ambik gambar family kitorang yang tak cukup korum. hurm. haha.

Ni kan ala-ala berhenti untuk singgah sahur camtu. Tapi sesalnya di dalam hati, apa pasal aku tak niat puasa, kalau tak, dapat rasa pengalaman berpuasa dekat Madinah. =(
 
Subuh kami agak lambat, sebab sepanjang perjalanan tu, susah nak jumpa masjid. Huhu. sekitar jam 7.30 pagi, kami sambung perjalanan ke Madinah. Bestnya yeheiii dah tak sabar ni. =D

haa inilah dia masjid yang kami singgah untuk solat subuh.
 
Sekitar jam 8.38 pagi, kami selamat tiba di Hotel ODST, Madinah. Dekat dah dengan Masjid Nabawi. Weeee terujanya rasa, depan hotel, tak jauh dah boleh nampak masjid Nabawi.

dah sampai hotel, yeaaay..

 
Perasaan masa tu, of course lah gembira tak terkata, tidak terhingga. Betullah bila orang cakap, bila kita dah sampai dekat sana, kita memang lupa dekat sini (Malaysia), itu apa yang aku rasa. Sebab sebelum berangkat dulu, aku agak serabut, macam-macam ujian yang jadi, sampaikan aku rasa dah sangat lembik, sebelum aku nak pergi umrah.
 
Subhanallah, bila sampai sana, aku rasa tenang sangat-sangat, aku jadi lupa pada perkara yang sedikit sebanyak buat hati terluka. Yang aku tahu, aku sedang menikmati indahnya perasaan bila kita letakkan Allah, ibadah kita di tangga yang teratas, tanpa gangguan bebanan kerja atau masalah lain-lain.
Aku tak tahu macam mana nak describe, korang kena pergi, usaha pergi, untuk rasai sendiri pengalaman yang berharga tu.
 
Dah sampai hotel, beg semua dikumpulkan di tingkat 1, sementara itu, kami makan di level M. Makan apa lagi? Oh sarapan pagi lah, kan kami sampai 8.38 pagi. Dalam pada tu, ustaz bagitahu nombor bilik dan kunci sekali. Korangggg, sekali lagi aku rasa terharu, nak nangis. Allah baik sangat. Bagi aku rezeki yang aku tak pernah terlintas pun.
Biasanya, umrah ni, dah sedia maklum kan, kita akan berkongsi bilik, paling koman pun berempat dalam satu bilik. Tapi rezeki aku dengan sepupu aku, dari bilik quad, kami bertukar dapat bilik double. Allahu.
 
Masa tu, tanya jugak dengan ustaz, akan ada jemaah lain diletakkan satu bilik dengan kitorang ke? Katanya tak ada, and dia tanya kenapa. Kami jawablah, kitorang berdua, dalam satu bilik, bilik besar lah jugak, katil ada 5 pulak tu. ( Yang ni nanti aku update gambar kemudian)
 
Nampak lah muka ustaz macam speechless. Hekkk, dia tak percaya? Kami lagi tak percaya. Patutnya asalnya bilik kami quad berempat (which is ada aku, Iza, mak lang and mak uda), tapi last minute, terdapat perubahan, so kami diletakkan di bilik double.
Lepas tu, saja dok tanya ustaz lagi, kat Mekah nanti macam mana, agak-agak kami satu bilik lagi ke. Ustaz tolong check kan, dia kata ya, satu bilik. Bersinar-sinar gak lah muka aku dengan Iza dapat khabar gembira camni. Bayaq murah, tapi rezeki yang Allah bagi kat kami tu, macam kami bayaq lebih tau. T.T (Ustaz pun ada cakap, tak pernah terjadi pulak kes yang camni. Allahuakbar, baiknya Allah, baiknya Allah, bagi kami nikmat yang tak terduga macam ni)
 
Benda-benda yang macam ni, kita tak boleh nak expect, dan kita juga tak dapat menolak, sebab semua rezeki ni, Allah dah tentukan, kita terima dan bersyukur sahaja. Alhamdulillah.
 
Boring ke dengar cerita aku? Haha maaflah kalau boring, sebab ini apa yang aku lalui, kalau orang lain, kena minta dorang cerita pengalaman dorang lah pulak. :)
 
Ok, untuk entry part 1 tadi, aku ada cakap nak cerita pasal simkad, pasal application imo kan?
 
***
Pembelian simkad Saudi (MOBILY)

booth ni ada dekat depan/bawah hotel je. Tak payah risau apa-apa sebab nanti dorang yang tolong setting kan.


 
Orait meh aku cerita, lepas dah check in, letak beg, kami pun dok kejaq ustaz, tanya macam mana simkad ni. Data internet la semua.
Untuk pengetahuan, dekat bawah hotel kitorang tu (ODST Hotel Al Madina) ada booth yang sediakan perkhidmatan jual simkad, nanti dia akan setting kan sekali untuk data internet. Kita bagi je SR45, beli nombor Saudi (em yang ni kami ambil line MOBILY tau, ada jugak line Zain and so on, tapi ustaz kata line mobily ni paling oke, so kami pun ikut.) Aha lupa nak cakap, masa nak beli no Saudi tu nanti jangan lupa bawak salinan visa tau, korang kena pergi sendiri, tak boleh suruh orang lain, sebab nanti nak kena thumbprint untuk sahkan korang punya visa kot.
 
Kalau tak silap aku, pakej yang ditawarkan untuk SR45 2GB penggunaan internet. Haha. Berhuhu lah kau, dekat Malaysia, RM30 (Digi) kau dapat 5GB. Disebabkan aku deactivate fb and ig buat sementara waktu, jadi 2GB tu memang cukup sangatlah untuk aku. Cuma aku tak ingat kredit dalam tu ada berapa, sebab dapat jugaklah aku call rumah dekat Malaysia, sebab vc whatsapp kan kena reject je, jadi terus aku telefon rumah.
 
Oke, dah jelas berkenaan pembelian simkad?
 
 
***
Next, kita cerita pasal kenapa anda perlu download apps imo?

apps imo

 
Seperti yang anda sedia maklum, kebanyakan apps khusus untuk video call telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi. Ini dilaksanakan atas dasar keselamatan dan kemaslahatan Negara dan ummah.
Apapun, anda masih boleh menggunakan apps IMO ini untuk tujuan video call dan voice call menggunakan data internet sama ada dari kad sim Malaysia ataupun Saudi sendiri, bahkan ia mampu menghubungkan anda hanya dengan jaringan 2GB.
Para jemaah Umrah Malaysia digalakkan untuk install aplikasi ini bagi memudahkan perhubungan dengan keluarga juga para mutawwif di Saudi.
(haha nampak sangat ayat copy paste dari group whatsapp)
 
Oke, dia camni, sebenarnya pilihan sama ada nak install ataupun tidak, kalau rasa nak buat video call dengan keluarga di Malaysia, memang kena install. Aku dah try weh, saja lah try, call, and video call pakai whatsapp, serius, memang kena reject. Ringing je lebih, tapi tak connect pun. Bila guna imo ni, baru lah aku dapat ber video call dengan orang yang di sana,
 
Kalau korang setakat boleh just nak whatsapp without call ni, tak payah download pun tak apa. Apa pun semuanya terpulang kat korang tau. Aku cuma beritahu information ni aje. =)

***
 
Okeh, hal-hal duniawi ni kita ketepikan kejap. Sambung balik cerita.
Lepas kami semua dah buat simkad tu, kita get ready la untuk solat zohor dekat Masjid Nabawi. Debaq plus teruja wei, selama ni tengok dalam tv je, ni depan mata, confirm la perasaan tu terbuai-buai seperti tengah bercinta. Haha.
Dan, buat rasa sangat dekat dengan Rasulullah. Macam mana eh nak cerita, selama ni, kita baca sirah nabi, kita baca terjemahan quran, kita tahu serba sedikit tentang Masjid Nabawi ni, jadi bila dah ada depan mata, kaki kita tengah berpijak di atas bumi yang kita merasa tenang sentiasa, kita akan rasa macam mimpi. Kita sedang melalui mimpi yang sangat indah.



*gambar lain masjid nabawi, aku akan update lagi.



Untuk pengetahuan semua, waktu solat dekat Madinah masa tu :

Subuh - 5.45 AM
Zohor - 12.33 PM
Asar - 3.39 PM
Maghrib - 6.04 PM
Isyak - 7.34 PM
Syuruk - 7.02 AM

Nampak tak jarak masuk waktu tu tak jauh, jadi dekat sana kita semua memang akan busy untuk kejar solat jemaah dekat masjid. Rugilah sesiapa yang tak nak solat kat Masjid Nabawi.

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Maksudnya dekat sini, kalau sekali kita solat dekat Masjid Nabawi, kita akan dapat ganjaran 1000 kali pahala, kalau dekat Masjidil Haram 100 000 pahala. Fuhh banyakkan! Jadi, memang sangat rugi lah, kalau kita dah sampai sana, tapi kita tak gunakan peluang yang Allah beri dengan sebaiknya.
Try buat yang terbaik. doa yang baik-baik, insya Allah, nanti Allah mesti mudahkan semua urusan kita, dan pastilah Dia akan beri yang baik-baik. Dekat bumi Haramain, doa kita sangat makbul tau.
Dekat sana, jangan putus selawat, dan kalau boleh, doa sekali, supaya kita akan kekal istiqamah dengan amal ibadah kita walau kita dah balik semula ke Malaysia. Biarlah kita istiqamah sampai akhir hayat kita.

Orait lepas Zohor je, kami pergi makan tengah hari. By the way, lauk dekat hotel Madinah sangat-sangat kreatif. Kenapa dia kreatif? Haha, nanti la aku selit-selit cerita. Haha. Nice la sebenarnya, cuma mungkin aku tak lalu makan sangat kot. Sebab aku takut kalau makan banyak sangat nanti aku malas nak pergi masjid. ^-^ (gambar nanti aku update*)

Untuk aktiviti petang lepas Asar hari pertama dekat Madinah, kami semua (group GM 22) dikehendaki untuk berkumpul di Masjid Pintu 15 (sebabnya hotel kami, kalau keluar je dari pintu 15 tu, jalan straight je dah boleh nampak hotel kami. Dekat kan? Tak jauh pun jarak hotel dengan Masjid), so mudahlah untuk semua jemaah berkumpul di situ.


 
pintu gate 15
 
Tapi sebelum kami pergi ziarah menziarahi tu, kan ustaz suruh kami berkumpul dulu. Sebelum kami sampai Madinah tadi, Ustaz Aizuddin dah cerita serba sedikit tentang tujuan kita semua ke Madinah ni.

Ada dua tujuan utama kita ke Madinah ni :

Pertama ialah kita ingin menziarahi Rasulullah s.a.w (seperti yang kita sedia maklum, makam Rasulullah terdapat di kawasan raudhah (masjid Nabawi)

Kedua ialah kita ingin bersolat di masjid Nabawi (kerana ingin merebut ganjaran pahala seperti yang diberitahu Nabi s.a.w

Dalam pada tu, ustaz ada pesan supaya kita jaga pantang larang sewaktu berada di Tanah haram, seperti tidak boleh bunuh binatang dan rosakkan tumbuh-tumbuhan.

Itu diantara informasi yang Ustaz Aizuddin kongsikan.


***
Manakala sejarah ringkas tentang masjid Nabawi, diceritakan pulak oleh Ustaz Farid lepas solat asar. Nice juga dengar cerita-cerita macam ni, at least bila kau balik Malaysia, kau banyak input yang boleh kau share dengan kawan-kawan. =) best-best.

Kata Nabi s.a.w , " Madinah adalah Tanah haram di antara batu hitam di kanan dan kirinya, dan Madinah ditutup/diapit Tanah haramnya oleh Jabal 'Air dan Jabal Tsur. Jabal 'Air terletak di Bir Ali dan Jabal Tsur terletak di belakang bukit Uhud.

Ustaz sambung cerita lagi,

"Masjid Nabawi dibina dengan adanya payung-payung yang berkonsepkan ladang/pokok tamar, dan ini adalah berkonsepkan berkampungnya Madinah yang dulu, bila bercerita tentang Madinah, ia merujuk kepada Masjid Nabawi keseluruhannya."

Raudhah,

"Apa yang ada diantara rumahku dengan mimbarku, itu adalah taman diantara taman-taman syurga."
(ustaz kata, tiada kelebihan yang khusus jika kita solat disini, sebab ianya sama sahaja seperti kita solat di seluruh Masjid Nabawi. Cuma ia terdapat kelebihan dari sudut tempat, dan ketenangan jiwa)

Betullah apa yang ustaz cakap tu, bila kita dapat masuk Raudhah tu, kita akan dapat satu feel yang sangat berharga, tak ada perkataan yang aku boleh gambarkan. Hanya yang melalui dapat merasai perasaan tu. Tenang dan kau akan rasa, Allahu, dekat sangat dengan Rasulullah.. T.T rindunya.

Lagi, ustaz Farid ada pesan lagi, supaya kita jangan sesekali rasa lemas dengan orang yang ramai, kerana sepatutnya kita contohi nabi, kerana baginda sangat berbangga dengan ramainya manusia. Kerana ramainya manusia, itulah yang menjadi kebanggaan dan kesukaan Rasulullah, kerana dahulunya, Rasulullah berseorangan memperkenalkan islam, dan tarik manusia masuk Islam bukan sesuatu yang mudah, jadi apabila sudah ramai yang memeluk Islam, pastinya ia sesuatu perkara yang menggembirakan hati Rasulullah, jadi tidak sepatutnya kita rasa tak tahan dengan kehadiran ramai manusia. Oke? Jangan terlintas lansung tau, kalau ada juga, cepat-cepat istighfar. Kita doa yang baik-baik untuk hati kita semasa di haramain sana.

Lagi satu, nak masuk Masjid Nabawi ni, ada adabnya, iaitu kita tidak boleh tinggikan suara. :)
Ustaz pesan lagi, kalau boleh, nak 'shopping' ni, kat Madinah sahaja, supaya bila sampai di Mekah nanti, kita boleh focus untuk beribadah. (ustaz pesan ni awal-awal sebab dia tahu, orang perempuan kan tak boleh dengar perkataan shopping, boleh histeria dibuatnya.. adoi!)
Masa ustaz pesan dekat Madinah tu aku macam blur sikit, tapi betullah, kalau kat Mekah, tak payahlah shopping-shopping ni, kita focus je dengan amal ibadah kita. (Beb, serius aku tak sabar nak buat entry masa ada dekat Mekah pulak, serius best sangat!)

Dekat sana, niat je apa yang kita nak dalam hati, nanti Allah terus bagi. Masa tu, kau pasti akan sentiasa jaga nawaitu kau.
Contoh kau mintak tak nak shopping dekat Mekah, nanti Allah tunaikan terus doa kau. Erk tapi kalau kau minta jodoh terus dapat depan mata tu, memang aku sekeh kepala kau, kau kena ingat, semua perkara kita boleh minta, tapi hanya Allah tahu bila masa yang sesuai nak bagi dekat kita. Jangan suka-suka hati paksa Allah makbulkan doa kita, tak ada adab namanya tu. Ingat tu~

*(korang sorry tau kalau entry ni panjang sangat, sebab banyak sangat benda nak share, masa aku draf entry ni, aku belum letak lagi gambar-gambar lahai..)

Oke-oke, selepas habis je Ustaz Farid bagi penerangan sedikit tentang masjid Nabawi, dia bawak orang lelaki ziarah sekitar masjid Nabawi dan terus ke perkuburan Baqi'.





Kami yang perempuan ni, Ustaz Aizuddin bawak ziarah tempat shopping (haha hat ni, aku tak join sebab, aku tak minat sangat shopping, aku cakap aku nak balik bilik, lagipun kepala aku pening.)

So selebihnya aku tak tahu sangat tempat shopping dekat Madinah. Sorry lah korang, sebab mungkin pengetahuan aku pasal shopping ni agak hambar. Hahaha. =p

Malam tu, sebenarnya ada juga pihak PDC Travels dah siap-siap aturkan untuk ziarah Raudhah bagi wanita. Hat ni, Ustaz Bukhari (selaku GL kami) dah siap up dalam group, kalau ada yang nak join, beri nama. Masanya ialah selepas makan malam jam 9.00. Ziarah Raudhah wanita hari pertama ni dibimbing oleh Ustazah (erk ustaz tak maklum lagi nama ustazah). Ustazah tu dari Indonesia yang telah menetap lama di Madinah.

Untuk hari yang pertama, sepatutnya ada lebih kurang 14 orang. Tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, tinggal 9 orang je yang join.

ambil gambaq dulu sebelum pergi Raudhah


Selepas selesai makan malam, naik bilik siap-siap untuk ambil wuduk (kena ambil wuduk siap-siap, sebab nanti nak solat dekat masjid, dalam Raudhah pulak tu kan). Lebih kurang jam 9.20 malam, ustazah dah siap-siap tunggu di lobi. Dan kami yang seramai 9 orang ni meneruskan perjalanan untuk ziarah Raudhah malam tu. Nebes tau. Sebab nak ziarah Raudhah, dekat pula dengan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Excited pun ya.
Kami dari hotel, masuk ke gate 15, jalan menuju ke pintu 25 kalau tak silap aku untuk masuk ke Raudhah (tempat wanita).

Oke dekat sini, aku nak maklumkan, untuk ziarah Raudhah wanita, kita ada 3 sesi, iaitu waktu Dhuha, waktu antara zohor dengan asar, dan isyak ke tengah malam. Untuk kaum lelaki, dorang tak ada had waktu, dorang dapat masuk sana 24jam.



Pengalaman sewaktu malam pertama ke Raudhah berbeza dengan malam kedua. Pengalaman tak sama mengikut saranan dari Ustazah. Sebelum dapat masuk ke Raudhah tu, kita semua akan berkumpul dahulu di ruang solat, solat sunat, mengaji, selawat atas junjungan besar Rasulullah atau lakukanlah apa sahaja amal ibadah yang kita nak buat. Ustazah ajar juga untuk 'sampaikan salam' kepada Rasulullah dan sahabat baginda.

Perjalanan untuk masuk ke Raudhah tak semudah yang kita sangkakan, kerana kita akan diapit dengan ramainya manusia yang juga mempunyai tujuan yang sama seperti kita. Jadi banyakkan bersabar, jangan tolak menolak. Huhu.

Untuk masuk ke kawasan Raudhah, kita akan melalui laluan berhalangan (yang akan dijaga oleh penguatkuasa wanita arab di situ). Makna kata, mula-mula kau masuk pintu masjid, lepas tu kau duduk di ruang solat tunggu giliran, lepas tu, akan ada satu gate kecik dalam tu, kau kena pandai-pandai seludup masuk. (hehe), lepas tu kau jangan ingat kau dah selesai, ada lagi satu pintu masjid kau kena masuk, tapi yang ni kau dah sangat dekat dengan Raudhah. Gambaran seperti apa ye aku nak cakap bila kita dah dekat dengan Raudhah, dekat sangat dengan binaan asal masjid Nabawi yang dibina sendiri oleh Rasulullah, aura ketenangan tu, aura dekatnya dengan Rasulullah tu sangat mencengkam jiwa lah.

Untuk masuk ke Raudhah, ye, sangat susah. Huhu, sebab terlalu ramai manusia, tipulah kalau aku cakap kami tak kena tolak. Tapi masa tu, cakap dalam hati, tak apalah orang tolak aku, tapi aku tak nak tolak orang, kalau memang ada rezeki untuk aku solat dalam Raudhah, susah macam mana pun, mesti Allah beri ruang dan peluang.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 10.30 dan ke atas kami dapat masuk ke Raudhah, tapi.. kawasan Raudhah yang dikatakan taman diantara taman-taman syurga itu adalah ketika kaki anda jejak sahaja pada karpet berwarna HIJAU. Kalau dah dapat je jejak situ, doalah banyak-banyak, ada ruang untuk solat, solatlah, solat taubat, solat hajat. Habis je solat, beri peluang pulak kat orang lain tau. Kesian, orang lain pun macam kita juga, tunggu nak masuk Raudhah tu, jangan selfish dengan orang. Tak rugi pun kalau kita niat nak mudahkan urusan orang, sukakan hati orang.



Dan untuk Ziarah Raudhah kali pertama, tamat lebih kurang jam 11.40 malam.

Untuk malam kedua, kami dengan Ustazah Maimunah, ada lebih kurang 5 orang sahaja yang join, iaitu aku, Iza, mak lang, mak uda dan makcik Muriza. Malam kedua ni lain pulak cabarannya. Ustazah Maimunah ni lebih sempoi dan bersahaja, banyak kali dia pesan, jangan tolak-tolak, dan kalau dah sampai waktunya, dapat juga kita masuk Raudhah.

dah dekat sangat nak masuk Raudhah



ambil gambar kenangan dengan ustazah Maimunah selepas ziarah Raudhah

Serius untuk malam kedua ni, kami rasa agak letih dan penat. Lebih banyak perhentiannya berbanding semalam. Dan lagi, dorang bagi keistimewaan lebih dekat orang arab, turki and so on. Banyak kali jugak turn kami kena langkau. Tapi nak buat macam mana, sabar je la. Lepas tu dah masuk dalam Raudhah, kena tahan dari ditolak pulak, adeh, sakit tangan kakak terpaksa tahan dekat dinding, sambil tangan pegang makcik Muriza supaya tak terlepas. Mak cik arab kat tepi aku dah nak marah-marah aku. Sorry la mak cik, saya pun kena tolak dengan orang. Cian saya.

Tapi walau macam mana susah pun, kan dah kata tadi, kalau memang rezeki Allah nak bagi solat dalam Raudhah tu, susah macam mana pun, dapat jugak solat. Hehe, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Terima kasih juga buat ustazah, Iza, dan semua yang tolong kepung saya untuk solat dan sujud.

Dan untuk Ziarah Raudhah malam kedua, tamat lebih kurang jam 2.15 pagi. Penat, tapi penat yang sangat berbaloi.

Untuk pengetahuan korang jugak, hari kedua di Madinah adalah aktiviti bebas. Tengok tu, aku cerita aktiviti malam dulu, baru aku nak bukak aktiviti siang aku.

Tapi ini adalah aktiviti betul-betul siang lepas balik masjid.





SR4 weh. sedap jujur aku tak tipu. haha

kau ada rasa nak hempuk tak kepala aku, lepas balik masjid pagi-pagi pergi bedal aiskrim.



Siang tu, lepas habis solat, sarapan semua, kami pergi jalan-jalan melontar di sekitar Madinah.

Hari jumaat tak ada sesi ziarah Madinah ye kawan-kawan. Jadi kita ziarah je lah, kedai di sekitar Madinah.

kawasan sekitar tempat nak sopin-sopin


Berdekatan kawasan hotel kami tu memang dah kelilingnya ialah kedai-kedai. Macam-macam kedai ada, awak nak kedai jual jubah, cenderamata, mini market, dominos, kedai aiskrim, kedai makanan, kedai 2 riyal, kedai kacang semuanya ada dekat situ. Kena rajin jalan. Kedai di kawasan sekitar Madinah, selesa dan tersusun untuk kau shopping. Tapi kat  Mekah, lain pulak ceritanya. (Tu tunggu entry ke 3 eh)

Mengikut pengalaman bershopping aku di Madinah, harganya jauh lebih murah dari Mekah, peniaganya lebih ramah dan sopan banding di Mekah. So, nak shopping, sila lah di Madinah.

Haaa untuk wanita, jubah, banyak sangat yang cantik-cantik dan murah dekat Madinah ni.
Sempat jugaklah aku grab jubah putih untuk dipakai waktu balik Malaysia nanti. Hihi.

Kalau kau datang Madinah, tapi tak grab satu jubah, mesti nanti kau sesal tak sudah, dah lah murah, cantik pulak tu. Aku tak suruh kau beli banyak, beli satu untuk kenangan tanda kau dah pernah ke Madinah saja dah cukup. =)

Aha, lagi kaum wanita, nak pesan ni, kalau nak pergi sana, tak payah bawak baju banyak-banyak, buat penuh beg je. Bawak baju/jubah dalam 4 helai cukup, pastu bawak lah mini telekung, then settle, kat sana orang tak heran kau kehulu hilir dengan telekung, jugak tak heran, waima baju kau tak bergosok. =p (cam aku, aku kisah gak la tak dapat gosok baju, tu yang menggagau cari sterika dekat Mekah sana.)


* Untuk pengetahuan lagi ye, dekat hotel Madinah ke Mekah ke, depa tak ada sediakan iron tau. Jadi toksahlah bawak baju yang nak kena gosok la apa. Jelas ye?

Oke, settle dua hari dekat Madinah. Esok kita ada Ziarah di luar Madinah ye.

Sabtu (Hari ke 3 di Madinah)

1) Masjid Quba'
2) Kebun Kurma (tempat melontar) =D
3) Masjid Qiblatain (Kita lalu luar je, tak singgah pun)
4) Jabal Uhud (Ziarah makam para shuhada yang gugur syahid semasa perang Uhud)

***
Bagi sesi ziarah Luar Madinah, kita akan ziarah Masjid Quba'. Jadi jemaah dinasihatkan untuk berwuduk siap-siap di hotel untuk solat sunat  2 rakaat di Masjid Quba' yang ganjarannya merupakan 1 pahala umrah. =)




Kami tiba di Masjid Quba' sekitar jam 8.28 pagi. Masjid yang dibina atas dasar taqwa ini mempunyai nilaian yang istimewa kerana, ia dibangunkan pertama kali oleh Rasulullah bersama sahabat iaitu pada 8 Rabi'ul Awal (tahun pertama Hijrah), ia mempunyai keluasan sebesar 5.035 meter persegi serta mempunyai 3 pintu utama. Dalam sejarah Islam, ia adalah masjid pertama yang dibangunkan.

Jemaah kami, berhenti solat sunat dhuha di masjid tersebut. Masa group kami sampai, orang belum ramai lagi, tapi lepas habis solat je, serius memang ramai, nak keluar dari tempat solat wanita pun dah susah yang teramat (dan kami ada dengar cerita juga masa, katanya ada baby meninggal sebab terjatuh, wallahu'alam)
Yelah, kawasan padat kan, ramai sangat orang, so, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Disebabkan terlalu ramai, jadi kita ikut sajalah arus yang orang tolak kita. Tak payah susah-susah tolak, kita ikut arus je, nanti sampailah tempat yang dah tak ramai orang. =)

Settle masjid Quba' dan destinasi yang seterusnya ialah ke Kebun Kurma. Tapi tak ada yang berbuah pun sebab musim sejuk kan, kalau musim panas, ye banyak buah kurma yang berbuah. Jadi kita hanya melawati tempat, dan kedai di kebun kurma tu. Kat situ, aku tak suggest untuk korang melontar (membeli) sebab harganya mahal. Mungkin sebab tumpuan pelancong, so harga memang tinggi lah. Kalau nak shopping gak, kita pergi kat Jabal Uhud. Ni sat nak bawak dah korang pergi Bukit Uhud. =D









Kejap je kitorang dekat Kebun Kurma tu, adalah sekitar 15 minit. Cuma jalan-jalan, ambil gambar, ambil air mineral free.



air mineral free. haha


Haha. Lepas tu kita ke destinasi seterusnya. (Serius beb, banyak gambar yang aku tak puas hati lagi ni, adui, kena edit balik la nampaknya entry ni nanti, random je aku letak malam ni)**

Heading to Jabal Uhud, ustaz Aizuddin siap buat kuiz dalam bas kot. Siapa dapat jawab dengan betul ustaz hadiahkan minyak wangi raudhah. (sedap weh bau dia, ni aku tengah usha nak beli lagi.)
Haa, nampak kat situ, kemain pandai taktik ustaz nak suruh kita focus dengan cerita dia, buat kuiz supaya kami ni ada la jugak simpan ilmu pengetahuan dalam otak kami kan.

Adalah dalam 5 kuiz yang ustaz bagi, semuanya aku tak dapat jawab. (haha, bukanlah, bukan tak dapat jawab, aku jawab, tapi tak betul, lepas tu, jawabnya dalam hati je. Sekian, wassalam je la kan.

Oke-oke, memandangkan masa ustaz bagi kuiz tu aku sibuk dok tulis soalan kuiz dia, jadi aku share lah soalan kuiz tu berserta jawapannya dengan korang eh. Sekurang-kurangnya korang dapat ilmu baru. Hehe.

***

Soalan pertama : Sebutkan berapa fadhilat solat di masjid Nabawi, masjidil haram dan masjidil aqsa?

Jawapan : Masjid Nabawi (1000 kali ganda pahala), Masjidil Haram (100 ribu kali ganda pahala), Masjidil Aqsa (500 kali ganda pahala)

Soalan kedua : Berapakah keluasan Tanah Haram Madinah

Jawapan : 16km x 16km

Soalan ketiga : Berapakah kubah yang terdapat di Masjid Nabawi

Jawapan : 10 menara masjid

Soalan keempat : Sebutkan 3 buah replika masjid yang terdapat di pintu 6 masjid Nabawi?

Jawapan : 1) Masjid Ghamamah, 2) Masjid Abu Bakar As Siddiq, 3) Masjid Ali, 4) Masjid Nabawi

Soalan kelima : Apakah doa nabi untuk Kota Madinah?

Jawapan : Jangan berlaku banjir besar (dimakbulkan Allah), kemarau yang panjang (dimakbulkan Allah, perbalahan antara manusia (tidak dimakbulkan Allah)


***

Demikianlah soalan kuiz yang diberi oleh ustaz. Lepas tu, kami pun sampai di Jabal Uhud lebih kurang jam 10.47pagi.
Sampai saja di Bukit Uhud, kami menziarahi makam dan memberi salam kepada para syuhada yang telah gugur syahid dalam medan peperangan.







Dan selepas itu, serba sedikit cerita tentang Perang Uhud yang diceritakan oleh Ustaz Aizuddin :

Ok, sebelum Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi 3 perkara iaitu lembu besar yang disembelih (yang mempunyai maksud ramainya orang islam yang gugur syahid di medan peperangan), mimpi kedua ialah pedang nabi sumbing (yang membawa maksud akan ada keluarga nabi yang terdekat akan gugur syahid dalam peperangan, iaitu bapa saudara nabi, saidina Hamzah bin Abdul Muttalib), dan mimpi yang ketiga, tangan nabi selamat dalam baju besi (yang membawa maksud Madinah selamat dari ditawan oleh orang kafir Quraisy mekah.

Aku ringkaskan sedikit kisah perang Uhud yang diceritakan oleh ustaz masa kami dekat bukit Uhud.
Sebagaimana yang kita ketahui, perang Uhud adalah perang kekalahan. Tidak mudah untuk Nabi memperjuangkan agama tauhid ini.
Berlakunya perang ini adalah diantara Bukit Memanah dengan Bukit Uhud.

Wasiat Nabi sebelum perang, semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda, sama ada kalah atau menang. Namun pasukan pemanah muslim turun bukit untuk mengambil harta rampasan perang setelah melihat tentera musyrik meninggalkan medan peperangan. (Seramai 22 orang tentera quraisy telah mati.)
Pasukan tentera pemanah ini menjadi terlupa dengan arahan rasulullah supaya tidak turun bukit Uhud.
Apabila tentera Islam turun, ketua tentera berkuda, Khalid al Walid telah melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera islam terkepung dan menjadi lemah. Juga telah tersebar berita Rasulullah telah terbunuh. Ini menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir.
Walaubagaimanapun, Rasulullah masih selamat kerana dilindungi oleh beberapa orang sahabat. Namun begitu, mereka semua telah terbunuh kerana bertindak ingin melindungi nabi.
Dan ketika itu juga, baginda sendiri telah mengalami kecederaan pada muka, bibir, pipi dan patah giginya.
Setelah pertempuran hebat, tentera Muslim Berjaya berundur ke Uhud, tapi tentera Quraisy gagal mendaki bukit Uhud.
Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan mebuat keputusan tidak mengejar tentera muslim dan mengisytiharkan kemenangan.

Kalau kita hayati betul-betul sejarah perang Uhud ni, mesti boleh mengalirkan air mata, sebab perang ini adalah diantara perang yang paling tragis sekali. Aku cerita dalam ni tak details sangat, nanti pandai-pandailah korang bukak kitab Ar Raheeq Al Makhtum ke eh. Takpun, cari orang yang boleh sampaikan cerita tu dekat korang.

Orait, ibrah dari peristiwa ini, ia memberi peringatan kepada para sahabat dan seluruh umat Islam tentang kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain dari ketua yang dilantik.

Info tambahan : tahukah kalian, jika kita solat jenazah, pahalanya adalah sebesar bukit Uhud iaitu sepanjang 6km, jika kita hantar sehingga ke liang lahad, akan dapat lagi pahala sebesar 1 bukit Uhud. Dekat Madinah dan Mekah, lepas solat fardhu je, mesti akan ada solat jenazah, please jangan tinggalkan solat jenazah, sebab Allah nak bagi kita pahala banyak, jadi kita kena rebut betul-betul peluang yang Allah nak beri tu.

Oke, lepas habis kisah perang Uhud oleh ustaz Aizuddin, kami diberi masa untuk melontar di kawasan bukit Uhud tu. Banyaklah jualan yang murah-murah harganya. Aku grab macam kekacang lepas tu beli beg untuk ayah. Takat tu aje kot lontaran aku. Kan aku dah cakap, aku tak minat shopping. Beli pun macam cukup-cukup je untuk orang buat rasa dekat Malaysia nanti. Hee. Bukan kedekut, tapi itulah, nanti beg berat, tak muat.

Jam 11.54 kami dah gerak balik ke Madinah, tapi dalam perjalanan, kami melalui Masjid Qiblatain (Masjid dua kiblat). Kami tak turun, cuma tengok di tepi jalan, dan ustaz ceritakan kisah yang terjadi di Masjid Qiblatain ni. Iaitu peristiwa terjadinya pertukaran arah kiblat, dari arah utara (masjidil aqsa) dan bertukar ke arah selatan (masjidil haram). Peristiwa ni berlaku ketika nabi sedang solat zohor dekat masjid ni, semasa rakaat pertama, nabi telah menerima wahyu dari malaikat Jibrail, dan diperintahkan oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 144. Disebabkan nabi sangat suka menghadapkan wajahnya ke arah kaabah (masjidil haram). Ini kerana dahulunya, orang yahudi suka mengejek nabi, dan mengatakan nabi mengikut mereka yang berkiblatkan masjidil aqsa. Inilah diantara kisah yang terjadinya di masjid Qiblatain.

Orait, selesai untuk sesi Ziarah luar Madinah hari ke tiga di Madinah, seterusnya kami pulang ke hotel dan meneruskan rutin hidup di Madinah sebelum perjalanan esok untuk ke Makkah menunaikan ibadah umrah.

Hat ni, aku kena cerita dalam entry seterusnya, sebab entry ni dah jadi sangat panjang, sebab aku gabungkan pengalaman perjalanan dari Malaysia bawak ke Jeddah dan Madinah.

Jadi, aku tutup entry kedua perjalanan umrah aku di Madinah dengan kata, terima kasih atas perhatian, mohon maaf segala kekurangan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan aku sendiri.


Sekian, wassalam.


Tulus,

Norzayani Binti Norhamshah
12.21 pagi
7 Februari 2019

*nota kaki : aku mengambil masa yang sangat panjang untuk mengarang entry ni. Aku hargai sangat kalau korang baca dan hadam betul-betul. Sebab bukan kisah aku yang paling aku nak tonjolkan, tapi kesemua cerita sirah yang aku nak sampaikan yang memang aku salin, aku rakam masa ustaz sampaikan dekat Madinah dulu. Semuanya sebab aku nak share cerita dengan orang yang mungkin masih belum dijemput Allah untuk ke sana. Semoga dengan serba sedikit pengalaman dan cerita aku ni, akan buat kita semua lebih berusaha gigih untuk dipilih menjadi tetamu Allah di sana nanti. Insya Allah, aamiin.

Thanks to all team PDC Travels sebab buat saya rasa 'percutian' ibadah ini memang banyak bagi ilmu pada saya. Sangat sesuai dengan tagline PDC Travels ni "KEMBARA PENUH IBRAH, IBADAH SELARI SUNNAH" well hey, tahniah semua team PDC atas usaha padu  yang dilakukan sebab kami dapat mengembara mencari ilmu dan dapat beribadah dengan hati yang gembira di bumi bercahaya Kota Madinah Al Munawwarah ini. =)

 


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...