Monday, February 24, 2020

Saya sentiasa maafkan awak.

Bismillah,

Assalamu'alaikum.

Just a quick entry sebelum saya masuk tidur.

Nak taip yang panjang-panjang, mata dah memberat sangat ni.

Tapi nak juga share, nak juga up entry baru.

Perkongsian ini saya ambil dari Telegram Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir, semoga beliau mengizinkan dan menghalalkan setiap nasihat yang beliau kongsikan di laman channel telegram beliau, untuk saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.

Learn to forgive anyone who has caused you pain.
Forgiving is not forgetting, it is remembering without anger and grudge.
Always keep in mind that forgiving is not for them.
Actually, it is for you to heal your soul and mind.
Fogiveness will grow you beyond what you were. 

Pada hemat dan pemikiran saya, kata-kata yang dikongsikan, ianya sangat menyentuh ke lubuk hati yang paling dalam buat insan yang sentiasa berperang dengan perasaan sendiri. Harus saya akui, untuk memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyakiti diri kita, sama ada sengaja atau pun tidak, ianya sangat sakit, perit dan sukar. Terutamanya apabila ianya melibatkan soal hati dan perasaan kita yang mudah tercalar.

Namun, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Ad-Dien, ianya ternyata jelas bahawa kita memaafkan seseorang bukan kerana mereka meminta maaf, tapi kita memaafkan demi menggapai sekeping hati yang lapang dan minda yang tenang.
Kerana percayalah, jika kita menyimpan dendam di dalam hati, berkeras tidak mahu memaafkan, ianya hanya menyakiti diri kita sendiri, bahkan rohani kita turut sakit dan pedih.

Saya menulis dan berkongsi terhadap apa yang saya pernah lalui dalam kehidupan.
Jangan simpan dendam dan sentiasa memaafkan adalah resepi utama untuk kita jalani kehidupan kita dengan aman dan tenang.

Kita memaafkan kerana Allah, kita memaafkan juga adalah kerana mahu mengikuti akhlak Rasulullah (Rasulullah kan idola kita semua, haruslah kita mencontohi segala akhlak baginda), dan terakhirnya, kita memaafkan kerana kita mahukan hati kita sentiasa tenang.

Ya, faham. Bila dah tersakiti, bukan mudah mahu memaafkan dan melupakan.
Tapi, cuba lah, cuba, berdoalah kepada Allah, supaya hati kita dilembutkan untuk sentiasa bersikap pemaaf. Saya tak paksa untuk melupakan, bahkan, mana boleh kita dapat melupakan. Setiap kenangan, dan memori yang kita pernah lalui, jadikan ia sebagai guru yang sentiasa dapat mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, nawaitu, lillahi taala. =)

Eh, sorry, tadi saya kata just a quick entry, lepas tu, saya dah cerita panjang-panjang.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan yang terdapat pada entry ini, juga entry-entry sebelum ini.

Semoga Allah pelihara kita semua dari sebarang anasir jahat, dan sentiasa memandang wajah kita dengan keredhaanNya. Insya Allah. Aamiin.

Sekian, wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
niyazabc123.blogspot.com
11.57 PM
23 Februari 2020


4 comments:

  1. Amin yra! Betul tu, maafkan orang buatkan kita setiap hari rasa gumbira! Jemput singgah: Tempat menarik di Sarawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memaafkan itu tak mudah, tapi memberi kemaafan, kita akan lebih rasa tenang dan lapang dada. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Sis Yani , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, insya Allah. Terima kasih atas jemputan untuk sertai give away ni.

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...