Showing posts with label #Birthday. Show all posts
Showing posts with label #Birthday. Show all posts

Monday, July 22, 2019

Happy Birthday 😊

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Eh lama tak up entry baru. Last bulan Mei kalau tak silap aku. Ada yang merindui ke tu? Haha berangan je khen.

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, hari ini bertarikh 22 Julai 2019 bersamaan dengan berapa Zulkaedah ye? 🤔 tak ingat. Esok aku update semula.
Syukur dengan limpah kurniaNya, masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Di kesempatan ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang memberi ucapan selamat dan mendoakan. Semoga setiap apa yang kalian doakan itu, Allah kurniakan buat kalian jua.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah. Aamiin ya rabb.

Just a quick entry, sebab aku nak kan entry ni di published pada tarikh 22 Julai. Ikutkan banyak lagi aku nak tulis ni. Tapi terpaksa cut buat sementara. Birthday dah nak expired haha.

Nak tampal-tampal gambar pun ni secara random je. Eheee. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk, cuma begini aku ekspresi kan ucapan terima kasih aku buat kalian yang mendoakan.



Friday, June 6, 2014

Eagle Ranch. Tunggu, Saya Datang!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Sesungguhnya hari ini saya berasa sangat 'lemau', tak pasti kenapa.
Banyak fikir sangat kot.

Oke, takpe, bukan nak ceghita kenapa saya 'lemau'. Hee...

Siapa pernah pergi Eagle Ranch Resort di PD sana, tutup mata! (Sambil bayangkan balik percutian korang di sana ye.)

Hehe, suka hati je kan.

Erm saja saya tanya, (eceh macam ada yang menjawab pulak kan...huu) sebab nak ke sana.
Ikut "Hari Keluarga" hopis kakak ipaq saya. (Wahh hari keluarga sangat, oke family day)

Best ke kat sana?
Menurut jangkauan, imbasan, dapatan, carian di google, ia sebuah tempat yang saya memang terasanak pergi. Adakah kerana binaan-binaan atau nama-nama tempat penginapan itu yang buat saya teruja hagaknya. (Alahai amenda ayat sayer ni...dah macam haihhh...)

Jap, saya belanja gambar yang saya ambil dari google ye.
Korang tengoklah dengan rasa teruja, walau korang tak teruja.
Sebab saya memang teruja. Tapi belum sampai tahap gila la. Hehe...


Ye, saya tahu kecik. Takmo la marah, klik eh untuk besarkan gambar. Nah lagi.

log cabin. (kite dok kat sini nanti)
lagi...

tepee...(bukan tempe ye adik-adik!)
tak nampak sangat ye gambar? Nah lagi satu. Tepee.

alala...menarik, kreatif tau~
tapi kan, sebenarnya, masa tau kewujudan Eagle Ranch Resort ni, paling saya tertarik adalah dengan ini....
tadaaaa...

inilah dia, band wagon~

suka kan?
takpe, tak suka pun, cakap je suka. Hehe.

Lagi sesiapa yang rasa nak duduk kampung tu, bolehlah duduk kat Kampung House.
Aiseh alamak, cara saya cerita macamlah dah pernah pergi. Padahal sampai pun tak lagi. Hehe...
Nah belanja awak semua lagi satu gambar.

sumber ihsan abang google lagi~
Banyak aktiviti outdoor yang awak semua boleh buat kat situ.
Nah. Pakej rates. Tapi tak tahu tahun bila punya harga. Hehe. Tapi rasa baru punya kot, ampun ampun kalau tersalah ye. Gambar ini diberi kerana saya nak tunjuk apa aje aktiviti yang ada. Hehe..


Oke lah, cukup setakat itu entry ini. Sebab saya belum sampai lagi tempatnya. Esok dah sampai, saya ambil gambar banyak-banyak ye.

Eh rasa-rasanya tahun ni, ini kali pertama kot pergi holiday. Tapi ini pun bukanlah holiday, lebih kepada menyibukkan diri.

Saya pun bukan selalu pergi holiday pun. Kalau pergi pun setakat dalam negara. Sabah Sarawak pun tak pernah sampai lagi. Heheee. Jadi peluang untuk bercuti di luar negara, tak pernah terfikir lagi.
Kadang-kadang bila baca blog orang lain, baca cerita pengalaman orang lain, rasa teringin juga nak pergi. Tapi keinginan itu tak adalah membuak-buak sangat.

Nak cari keindahan ciptaan Allah, menghayatinya, dalam negara kita pun ada. Dekat sini pun boleh mengkagumi ciptaan Allah yang Maha Cantik. Tapi kalau awak memang berkemampuan, awak ada lebih masa, lebih duit, pergilah melancong ke luar negara. Kalau dah itu hobi awak, kesukaan awak. Kita raikan.

Cari ciptaan Allah yang cantik-cantik itu, kongsi pengalaman, awak cerita pengalaman itu pun dah boleh buat orang lain yang membaca itu rasa kagum dengan ciptaan dan kebesaran Allah. Dapat pahala jugak kat situ bila buat orang lain kagum dengan ciptaan yang Allah berikan. Suka tak? Suka kan.

Tapi kalau awak kurang mampu, baik awak kumpul duit, pergi buat umrah dan haji. (Biiznilah, semua pun kena mintak Allah rezekikan. Kalau Dia tak izinkan, awak banyak duit, banyak masa macam mana pun, tetap tak dapat. Niat itu penting.) 

Sekurang-kurangnya awak ada niat nak pergi. Nanti kalau Allah tanya, awak ada jawapan. Awak dah cuba, tapi tak mampu. Kalau awak tak mampu, tapi awak sanggup nak kumpul duit untuk pergi melancong, nanti kalau Allah tanya kenapa sanggup kumpul duit nak pergi melancong kalau tak mampu, tapi tak sanggup nak kumpul duit nak buat haji atau umrah. Macam mana nak jawab tu? (Kat dunia ni yelah kita ada jawapan, kat sana nanti, memang tak mampu... T.T)

Dan oklah, panjang pulak entry ni, cadang nak buat pendek je. Terima kasih sudi baca entry ni. Doakan saya selamat sampai ke destinasi nanti.
Panjang umur jumpa lagi. Salah silap, mintak maaf tau kawan-kawan...

Jaga diri, hidup baik-baik.

Sekian, assalamualaikum w.b.t.

Love,
Norzayani Binti Norhamshah
8 Syaaban 1435H
6 Jun 2014

btw hari ni birhtday abang saya, Happy Birthday Angah! May Allah bless u.

Sunday, April 13, 2014

Surprise Yang Tak Jadi... Malu Jerr... Haha~

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Short, quick, entry saja untuk malam ini.
Lagipun esok nak kerja, dan mata pun sedang sudah berat ni. (Mengantuk sangat.)
 
 
Jadi kita shoot je la ke cerita yang sebenarnya.
 
Nak dijadikan cerita, mak aih, (erkkk lapar pulak aku, perut berbunyi pulak tetiba, huhh...)
 
 
*Weh, tengah lagu fevret aku dalam IKIM.fm ni. *Destinasi Cinta oleh Mestica. (Layan jap ni...)
 
~Amenda banyak benor iklan ni Yani oit, cepat cepat cepat...
 
 
Oke, nak cerita, hari ni aku rajin sikit sebab buat benda alah ni untuk kakak-kakak aku.
 
 
(Hadooooiiiii, stresssnya aku, Encik H sayang, tolonglah, aku nak upload gambar ni, janganlah macam ini pun nya adoiii!)
 
 
Oke dah boleh, tengkiu ye sayang ye. (Ye dengan henpon ni kena cakap gitu, baru boleh. Wee~)
 
 
Tadaaaaaaa....
 
 
Inilah yang aku buat tadi...
 
 
Apa ni?
Oh ya, ini namanya hadiah untuk dua orang wanita kegemaran aku di dalam dunia ini.
Kerana mereka berdua lahir di dalam bulan April. Yaya lahir 7 April 1987 dan kakak lahir 18 April 1983.
 
Al kisah memula aku nak surprise la kengkonon, (padahal tak surprise mana pun, mana tak nya, aku bukan balut pun hadiah tu, haha!) Iya, surprise sebab kengkonon nak buat kad bagai, tapi itu je yang jadi sebab 'kawan' aku yang paling rajin telah datang rumah. Maka, ini sajalah yang terhasil.
 
Nampak tak 'noty' si dia!
 
Aku pun tak tau nak bagi apa untuk birthday diorang ni, so, hanya inilah idea yang tercetus.
 
 
belum print gambar lagi time ni~ oke next!
 
Apa benda tu ye?
Oh itu tudung bawal printed, senang doe, tak payah gosok! Renyuk-renyuk pun boleh terus pakai. Hehehe... Lepas tu, aku lipat-lipat, aku gulung jadi gitu, then aku ikat reben.
Lepas tu aku terfikir, eh takkan gini saja hadiahnya?
 
Itu yang tercetus lagi idea ingin kad. Tapi bukan jadi kad, jadi LiKad! Lidi Kad, non hado je lah bahan-bahannya, semuanya barang recycle! Bagus Yani, awak telah berjimat cermat! Reben-reben semua tu ialah lebihan masa majlis kahwin Yaya dua tahun lepas. Hihi. :)
 
 
Walau harga tudung ini ialah harga KASIH SAYANG dan MAMPU MILIK, namun begitu, yang selebihnya kita buat dengan KASIH SAYANG dan MAMPU MILIK jugak ye.
 
Dan lagipun sebenarnya gambar yang aku nak print tu, aku nak print gambar diorang sensorang, tapi yang aku jumpa, semuanya gambar dengan aku. (Yelah, buat tadi pun tergesa-gesa, nak cepat siap, sebab Yaya nak balik. Tu yang begitu saja. ;) So kita print mana yang ada, dan lekat, dahhh siappp!
 
 
hehe saya tidak Kreatif pun. :p
 
 
Dalam masa tengah buat ni pun, Aisyah sedang 'membantu' aku dengan jayanya!
Habis berselerak semua barang-barang. Haha, takpe, nasib acik sayang awak!
 
 
Ini budak manja! Dia tengah mengada dengan saya~


~punyalah banyak pen, satu warna jugak yang aku guna, hehe~



yeay dah siap!


Dan akhirnya sudah siapppp, lega aku.
Dan entri ni pun dah sampai penghujungnya.
Dan buat kakak-kakak aku,
 
 
"Aku doakan korang berdua akan sentiasa diberkati usia, dimurahkan rezeki selalu, diredhai dunia akhirat, berjaya dan bahagia, maaf untuk segala apa kekurangan ketika menjadi adik korang ya! Biasalah adik korang ni mengada tak kena tempat! Sebab tu dia TAK BOLEH kahwin lagi, sebab dia belum matang, korang dah matang, sebab tu korang dah kahwin. Haha, yekk takda kena mengena! Well, apa pun, walau terkadang perbuatan tidak menzahirkan aku sayang kat korang, cukuplah sekadar Allah yang tahu, macam mana aku sayang kat korang. Semoga nanti kita bakal bertemu di syurga-Nya, supaya kita boleh borak-borak macam selalu. Semoga setiap amal ibadah kita semua diterima Allah. Selamat menjadi isteri dan mama ibu yang solehah ya! Aku sayang korang padat-padat weh! Hehe."
 
 
Akhir kata, buat korang jugak, yang sudi baca entri mengarut aku ni, aku doakan semoga kalian semua Berjaya, dunia akhirat.
Mari kita menjadi hamba Allah yang soleh, solehah. Semoga Allah sudi memandang wajah kita dengan rahmat kasih sayang-Nya.
 
Apa jua sikap aku, tulisan aku (dalam blog ni) mungkin ada yang buat korang tak suka, aku dengan rasa rendah hati memohon maaf. Segala apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa jua kekurangan yang terzahir adalah dari kelemahan diri aku.
 
Take care korang. Jaga Iman, Jaga SOLAT tau~
Baca Al-Quran selalu. Ingat Allah walau di mana saja kita berada. ;)
 
Sekian, wassalam.
 
~ Norzayani Binti Norhamshah~
13 April 2014 / 13 JamadilAkhir 1435H
11.45 PM



Thursday, October 24, 2013

Lesen Canggih!!!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Oh hai, saja nak buat satu entry malam ni. (eh tak kisah la ada orang baca ke tidak, yang penting aku nak mengabadikan ceghita aku dalam belog sesawang ni. ngeng!)

Hari ni hari apa?
Al jawabb, hari khamis, cikgu Yani! (erk cikgu Yani? takdak rupa, kbai)

Oke, ye tahu, hari ini hari Khamis, 24 hari bulan Oktober tahun 2013 bersamaan dengan 20 Dzulhijjah 1434 H. So? Kenapa dengan hari ini?

Tihee hari ini aku cuti dan aku ditemani oleh ayah untuk me 'renew' kan lesen aku yang dah mati tu.

Lepas dah hantar ibu pegi kerja selepas bersarapan, maka ayah pun membawa aku ke JPJ SHAH ALAM.

Dah sampai ke tempat yang dituju, ohh tersengih-sengih kitorang. Tak ramai orang. Insya Allah, tak lama kot urusan dekat sini. Yakin dengan Allah, yang Dia akan permudahkan urusan, ye Yani?



"Kalau tak ada gambar takpe ke dik?" Adoiii. Nanti lah sat ayah, orang sakit perut ni. Uhhh.

"Takpe, tapi bawak IC kan? Guna gambar di IC tu je nanti." Acik guard penyambut tetamu tanya kat kami.


(Ni soalan macam mana ni? Berani pulak aku nak keluar jenjalan tak bawak IC? )



"Hehe, bawak." Sengih je la bhai.

Eh wa punya perut serius sakit~

"Oke-oke, sat lagi kami datang semula. Nak pergi toilet." Ayah cepat ayah, lari lari lari. Hehehe.

Padahal aku pun sakit perut.

"Eh mana pulak tandas ni?" Jauh di hujung dunia. Yes, dah sampai pun kitorang.

Masuk lah tandas, tengok tandas pertama, ehhh 'uweekkk', chehh aku nak muntah woi!
Oke takpe, tengok tandas kedua. Ahduii, mengapa begini?????
Tak sabar woi nak tengok tandas ke tiga. Ehhh?!!!! Amende ni amende?!

Oke, terbantut hajat aku. Oi perut, ko tak payah nak sakit sangatlah. Tak mampu.


Kenapakah TANDAS DI JPJ SHAH ALAM tersangat MENDUKACITAKAN??? Atau aku dengan ayahkah yang tersalah tandas? Apa ada tandas yang lebih cantik dan molek serta bersih untuk 'tetamu-tetamu' JPJ tu?

Ah takpe, tunggu ayah bawah pokok.

Eh mana ayah ni? Lambatnya. Tahulah dapat melabur bursa saham.

 Selepas beberapa minit....


"Eh ayah dah?"

"Tandas JPJ ni, ayah bagi A B C D E F G!" Hahaha, kalau G, tentu-tentulah tahap teruk dan GAGAL.

Aku ingat amenda lah ayah dok ber ABC bagai. Rupanya nak letak rate. Ahaha lawak.

Oke, aku harap sangat, orang lain tak ada kena macam aku dengan ayah. Serius, tandas kotor gila. Wekkk wekkk. Satu je aku terfikir, tak ada ke diorang ni upah orang untuk jaga dan bersihkan tandas tu setiap hari? Ah serabut!


Dah cukup sudah, kita sambung cerita lesen baru aku ni

Tips:

Boleh baca doa ini ya, mudah-mudahan Allah bantu.

"Allahumma yassir wala tuassir" (Berkali-kali baca doa ini, terima kasih Ya Allah, permudahkan segala urusan pagi tadi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.)






Aamiin...


Naik semula tempat untuk renew lesen tadi. 1125 itu nombor aku. Eh duduk lah, penat naik tangga.
Dok tengok sekarang ni dah nombor berapa. 1122. WOOOOWWW! Pantas ya kakitangan JPJ, I LOIKE!

Bagus.. bagus... :)


1125 Kaunter 4. Alaaaa aku baru duduk. Hehhh inilah manusia. Tadi mintak Allah bantu permudahkan urusan. Ni Allah dah bantu, tak reti nak bersyukur ke Yani???! Aamiin...aamiin...syukur. Hehe... :)


" Nombor giliran,
"Gambar ada? (Aku geleng)
"IC bawak? (Aku terus hulur IC lepas mengangguk)
"Nak renew berapa tahun?
" Setahun ..blaaa blaaa blaa.. dua tahun blaaa..blaaa blaaa...(RM75)

"Oke, dua tahun la.

Cik Puan itu bagi aku resit untuk letak di Kaunter 10.

1125 Kaunter 12.Wahhhh aku teruja. Dah siap. Aku duduk dengan ayah tak sampai 5 minit.
Aku rasa tunggu ayah keluar toilet tadi lagi lama dari renew lesen aku. Haha, kejam Yani kejam!


Haaa nak tau kenapa aku teruja dapat lesen baru?
Sebab lesen itu berwajah canggih. Macam IC lah jugak, cuma tak ada chipchip bagai. (Bukan coklat chip eh. Haaaa)

Serius korang, cantik, aku suka. Cuma gambar pada IC aku, DEMOKKK EBAMMM sangat! Hahaha, lantak ke dia. Yang penting aku dah renew lesen. So, tak apa, bukan aku menghadap hari-hari pun lesen aku. Ye tak? Kuikuikui.

Ahaaa lepas itu, kitorang pun balik.

Habis dah cerita aku.

Sebenarnya nak cerita pasal lesen memandu yang baru jeh. Haha. Canggih kan? Teruja tak?

*eh tapi kalau korang renew kat Pejabat Pos ke hapa, aku tak tau sama ada korang akan dapat LESEN canggih seperti aku atau tak. Hehehe.

Ehhh tak menahan aku bagi nama, canggih sangat! Hehe.

Oke sudah, cukup entry yang tak berapa pendek ni.

Terima kasih ya kalau ada yang sudi baca. (tapi aku rasa tak hado kot orang baca. haha.)

Apa pun, maaf kalau ada ayat-ayat atau kata-kata yang menyakitkan hati atau yang berlebih-lebihan.

Sekian, wassalam.


*** tiheheheemmm korang, aku nak share gambar hobi baru aku sekali. Hihihi. Penangan #DenaBahrin ni. Best jugak hobi Dena itu. Aku dah try, tapi tangan sakit. Tapi best berjuta lemon!

*** sorry gambar, berterabur... haaaa lesen paling canggih punya gambar, ada dekat bawahhhhhhh sekali. Kengkonon nak surprise ke orang lah, padahal malu nak tunjuk muka! Hehehe.

(ohhh hari ini keluar tanpa di temani oleh Mr Hp. Boleh gak hidup tanpa encik Hp tu. Aku nak cepat sampai terlupa 'dia' tertinggal. Dah balik rumah, baru aku capture pics ini segala.)


haaaa ni resit~

resit lagi~

hahaha ini hobi baru aku~ macam budak tadika kan?

May Allah bless us. :)

Made by me, with love. Haaa kau, dengan cinta lagi! Haha...

My Name IS YANI~

haahha lesen baru. haa tengok lah debam demok, gila, gambar IC 5 tahun lepas. Mendapat! :p



Niyaz Ayani
24 Oktober 2013
10.28 PM

Thursday, August 1, 2013

Happy Birthday dan Ramadhan...

Happy birthday to you...
Happy birthday to me...
Happy birthday to us...
Happy happy birthday...

Eceycey,salam takde ape takde terus nyanyi2...chieeettt!

Ahem ok, assalamualaikum readers semua... (ehhh ada ke yang membaca? *anggap je la ada ye,sedapkan hati sendiri..haha*bajet ada bajet ada,padahal takde,kbai)



Kenapa nyanyi lagu happy birthday???


Ohoo,it's my birthday today! Subhanallah...syukur Alhamdulillah...masih diberi nikmat menikmati hari lahir sekali lagi...semoga umur aku sentiasa akan diberkati,dimurahkan rezeki,dapat jadi hamba yang solehah,anak yang taat,bakal isteri dan ibu yang cemerlang satu hari nanti...insya Allah...(doakan ehhh korang... :') dan mudah-mudahan semoga kita semua umat Islam Berjaya di dunia juga akhirat...semoga Berjaya mencapai impian dan cita-cita hendaknya...


*eh jap,tapi ada ke orang tu punya birthday dia buat entri sendiri nyanyi kat diri sendiri?wish kat diri sendiri? hahaha...ohhh sungguhlah aku tidak malu kalau gitu...wiwiwiwi..ahh tak kisah,janji wa happy*


Eh rasa hari ini macam best saja...(erk kalau ada benda tak best pun akan aku anggap best3 sahaja,sekian...bhaha..) :') eh positive itu perlu kan? bukan tiap2 masa hari lahir je kannn...


Dan oh oh,aku rasa bukan aku sorang je yang sambut birthday hari ini, jadinya kepada kawan2 yang sama tarikh lahir dengan aku ni,aku ucapkan Selamat Hari Lahir...

22 Julai tahun ini memang superb lah! Sangat best. Sebab birthday aku jatuh pada 13 Ramadhan 1434H. Yeayyy! Bulan ramadhan,bulan penuh keberkatan,syukur syukur. Tersangat bersyukur. *wink* *-^

Eh bulan ni baru 1 entri aku tulis? ish2 sungguhlah malaih...erkkk malas...campur busy,campur buat-buat busy...niheeee...eh tapi memang busy pun...


*ala dah hilang idea nak tulis apa...haha sat g pasti banyak benda kerepek aku tulis...*



Dan ye,ahem terima kasih buat semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang ada wish besday saya! May Allah bless uolls... naye sarang high high! ^-^


Memandangkan hari ini sudah hari ke 13 Ramadhan, rasanya belum terlambat lagi aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua...semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.


Tapi pada aku,setiap ramadhan yang aku lalui,punya kenangan yang tersendiri,cumanya tahun ini aku rasakan lebih istimewa. Kenapa? Sebabnya,entahlah,mungkin sebab umur aku dah makin meningkat,kira dah boleh jadi nenek2 gitu,haha...nenek sangat...! Yelah,sebab umur dah makin banyak,orang kata,dah makin banyak ingat mati dan hidup ni bukan untuk aku habiskan masa berENJOI saja,jadinya aku dah lebih bersedia menyambut ramadhan kali ini.


Ditambah keseronokan pulak sebab besday jatuh bulan ramadhan,lagi melompat kegirangan aku...istimewa tau! siryes tak tipu...ada lah sentimental value... (eh shamini ni kacau kita buat entri pulak...hihi...)

shamini: eh ni apa?wish untuk diri sendiri...?

aku: hahaha,haahlah shamini... :p


*sambil gelak kah kah kah...padahal muka dah tebal,maluuuuuu! nak sorok muka dalam peti ais jap*



ahaaa oke sambung balik,iklan dah habis...


erm kan,best puasa,besday...besday...puasa...


"eh apa yang best?bukan boleh celebrate pun..."

"shhhh shhh,eh siapa kata?boleh jugak lah..."


caranya: ketenangan adalah tahap maksima sebab kita sedang berpuasa,maka kita lebih rasional dan sabar, lagi, kita boleh kumpul pahala banyak2 masa ulangtahun harijadi kita,yeayyy...kalau bukan bulan puasa ye korang boleh berpuasa sunat...digalakkan sebagai tanda syukur kita kepada Allah sebab masih beri kita nikmat kehidupan sehingga ke hari ini.


sebenarnya celebrate birthday tu bukanlah sekadar kita potong2 kek,tiup2 lilin,makan2 besar,nyanyi2 lagu...celebrate ni banyak cara,boleh dengan solat sunat,puasa,zikir,mengaji,beri sedekah,belanja kawan-kawan makan dan banyak lagiiiii...bila tiba hari lahir,aku rasa memang wajar kita buat benda2 yang baik dan berfaedah,supaya lebih mendapat keberkatan daripada Allah...biiznillah. :')


~dan tapi kalau nak sambut dengan kek dan makan-makan itu juga tidak salah,untuk menggembirakan hati sendiri..contohnya macam aku ni,sengaja nak menggembirakan hati dengan menyanyi sendiri lagu di blog ni...haha...sesambil buat entri wish diri sendiri...hihi...




^ahem memandangkan ianya adalah waktu bekerja,jejadinya entri ni pendek je,kalau panjang pun buat hapa,aku banyak merepek...*sebenarnya stress sebab tak dapat upload gambar*


^oke korang,selamat berpuasa,selamat berbuka,selamat hari jadi,selamat hari bahagia dan semoga selamatlah apa-apa jua yang baik ye...

^mudah2an setiap apa yang kita lakukan setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap hari akan diredhai dan dirahmati oleh Allah.


terima kasih sudi baca entri ini... :')
 
salah silap yang ada,mintak maaf ye...
 
okebai,Assalamualaikum...
 
 
Anything about you_Niyaz Arumi
22 Julai 2013/13 Ramadhan 1434H
3:45 PM
Saranghae








CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...