Showing posts with label #Kenangan. Show all posts
Showing posts with label #Kenangan. Show all posts

Tuesday, February 5, 2019

Umrah Bersama PDC Travels - (Part 1 - Before Umrah) (GM 22 23 Jan - 2 Feb 2019)

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan izin-Nya, masih diberi peluang untuk bernafas, diberikan kesihatan yang baik untuk memulakan entry baru.

Seperti biasa,, masih seperti dahulu, aku sangat tidak pandai untuk memulakan sebuah mukadimah ketika mengarang sebuah entry. Tak tahu nak mula cerita dari mana sebenarnya.

Jadi, pada awal cerita aku, mungkin ayat aku akan jadi sangat skema, tapi selepas beberapa ketika, baru penulisan aku akan menjadi sempoi dan selesa. Ia sangat mengambil masa.

Oke, kita dah boleh start kot. (Adui, tepuk dahi aku! Serius rasa entah apa-apa permulaan ayat)

Mungkin ada di kalangan sanak saudara, sahabat handai yang tahu akan perancangan dan niat aku untuk menunaikan ibadah umrah, tapi ada juga yang tak tahu. (Which is benda-benda macam ni aku tak berani nak cerita lebih-lebih sebelum betul-betul yakin yang Visa aku dah lulus.) Dan lagi, kita tak tahu apa tanggapan orang bila kita cerita yang kita nak buat umrah, boleh jadi orang suka, dan boleh jadi orang akan anggap kita mahu membangga diri sebab dapat menunaikan umrah.

Tapi, kita fikir yang baik-baik je la. Sampai bila-bila pun kita tak mungkin mampu memuaskan hati manusia. Asalkan kita lalui kehidupan tu dengan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dengan kita dan Dia redha akan segala yang kita lakukan, itu sudah cukup memadai.

Kalau ikutkan permulaan perjalanan aku untuk membuat umrah ni, aku akui, pada permulaannya aku rasa tak bersedia. Serius!

Before this, aku pernah buat rayuan haji sebab nak temankan ibu ayah buat haji (tahun lepas), tapi rayuan aku ditolak. Masa tu, aku kecewa sangat-sangat. Tapi ayah cakap,

"eh jangan risau lah yani, selama ni pun, Allah yang jaga kita semua, kenapa nak risau ibu ayah dekat sana? Sebab Allah mesti akan mudahkan urusan kami."


Lepas tu, aku pun (hurmm oke..) aku risau sebab ibu tak sihat sangat, jadi aku takut kalau-kalau ibu susah nak bergerak dekat sana. Tapi bila ayah dah cakap macam tu, baru aku tersentap. Allahu, maafkan aku ya Allah, sebab meragui apa yang telah ditentukan. =(
Khilaf aku sebab fikir yang tak ada sesiapa akan jaga kalau aku tak ikut sekali.

Liciknya syaitan bawa aku fikir sampai ke situ. Memberontak kot, sebab dah buat itu ini, tapi masih belum terpilih. Astaghfirullahal'azim.

Dipendekkan cerita, bulan September, lepas balik kerja, ibu tanya,

" Yani, mak lang nak buat umrah nanti, pergilah ikut, ajak Syukri sekali". (adik aku, untuk dijadikan mahram semasa buat umrah nanti)

Zuppp, masa ni aku cakap dalam hati, "em tak naklah..." huhuhu T.T (Sekarang ni bila aku fikir balik jawapan pertama dalam hati aku tu, aku rasa nak hentak kepala dekat dinding. Kau apahal yani?! Hari tu doa minta Allah jemput pergi sana, bila dah dapat peluang macam ni, kau cakap macam tu?!)

Tapi masa ibu cakap tu, aku diam je. Sejenis aku, kadang-kadang kalau aku tak nak sesuatu, aku suka diam. Tapi aku tak terus cakap. Sebab aku takut, aku salah buat keputusan. So better kita diam. Diam dan berfikir. Diam je aku, lepas tu terus ready untuk solat maghrib, sebab baru lepas balik kerja kan.


***

Nak tahu sesuatu, lepas habis solat je, zappp, sekali lagi ada satu lintasan hati yang Allah gerakkan dalam hati. Masa nak doa tu, aku betul-betul teringat, masa bulan ramadhan tahun lepas, selepas solat terawih dekat Masjid Bukit Jelutong, aku sangat-sangat merayu dekat Allah, aku cakap aku nak pergi sana. Aku nakkkkk sangat pergi sana. Menangis macam apa je, sampaikan kakak sebelah tu pegang bahu aku, cakap dekat aku, "moga dipermudahkan semua urusan awak, dik."
Aku toleh, pandang kakak tu, try hard untuk senyum dan anggukkan kepala, "terima kasih..."

Disebabkan terkenang itulah, aku terus tersedar, aku nak pergi, aku kira itu sebenarnya satu 'jemputan' dari Allah untuk aku. Takkan aku nak lepaskan peluang.

Selepas habis solat isyak, aku borak semula dengan ibu, tanya pasal umrah tu. Lepas tu, ibu cakap, telefon lah mak lang, sebab mak lang yang tahu. Then aku call mak lang, tanya nak pergi bila, siapa je yang pergi. Kalau ikut perancangan awal, kitorang nak ambil tarikh bulan Disember, tapi tak ingat sebab apa, kami postpone pilih bulan Januari.

Mak Lang kan, masa tanya tu, dia selalu cakap, yani nak ikut kami ni kena banyak-banyak sabar. Kerut dahi aku, em dah kenapa pulak kan. Lepas tu, dia cakap, sebab yani kan ikut orang-orang tua. Lepas tu, dia gelak-gelak. Haih.

Yang memang sure pergi masa ni, Mak lang, Pak Lang, Pak Uda, Mak Uda. (Masa ini tak sure Iza dapat join ke tak, sebab dia busy sambung Phd dia, so kemungkinan besar aku maybe takde kawan yang muda bila ke sana nanti)

Aku cakap dekat mak lang,
" eh ada pulak cakap macam tu, tak apa lah, yani tak kisah pun. Mak Lang dah ajak ni pun yani dah rasa berbesar hati sangat-sangat.."


Masa ni, aku fikir, tak apa lah, susah macam mana pun nanti aku nak usaha betul-betul, kalau isu pasal mahram akan jadi satu ujian untuk aku, aku redha. Yelah sebab belum kahwin, yang betul-betul boleh jadi mahram aku ialah Pak Uda je la (sebab abang ibu), adik aku kata dia nak pergi waktu bulan Ramadhan akan datang. So, dia tak ada lah nak join kakak dia berserta makcik pakcik dia.


Em nak dijadikan cerita, lepas tu, lagi sekali syaitan memutar belitkan keinginan aku nak pergi sana, bila aku tanya kita ikut travel agent mana, berapa harga and bla bla bla. Mak Lang cerita, kita join PDC Travels, harga promosi Matta Fair masa tu, untuk pakej ekonomi, kami dapat harga RM4,990.
(To be honest, aku tak pernah dengar PDC Travels ni ha, huhu T.T, dengan harga murah untuk ke umrah macam tu, lagilah seronok syaitonirrojim tu nak bolak balikkan keinginan aku. Was-was kan rasa. Huhu.

Well hey, tapi buat apa nak risau, kita kan ada Allah. Kita sentiasa ada Allah. Doa, mintak Allah tunjukkan jalan, tunjukkan jawapan. Tak lama lepas tu, ting ting tang ting, menari-nari di depan mata iklan dari PDC Travels dekat TV AL HIJRAH!



Muka aku masa tu terus berseri-seri macam baru lepas terima pinangan dari lelaki yang dicintai lah (ahhahaha macam lah pernah kena pinang dengan lelaki yang dicintai.. wekkk =p)

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, terus sangat yakin dan masa tu, memang rasa bersyukur sangat-sangat, sebab dalam iklan tu, harga pakej ekonomi bermula dari RM 5650/seorang tapi kami dapat harga promosi matta fair yang lebih menjimatkan. (tak tahulah harga yang kami dapat tu, team PDC Travels ni dapat untung ke tak, sebab aku rasa, apa yang aku dapat tu, sepatutnya aku kena bayar lebih.)

Allahuakbar, maaf seribu kali maaf kepada seluruh team PDC Travels kerana mempunyai syak wasangka yang 'begitu' sebelum ini.

*** dan kerana itu, lahirnya entri ini untuk mempromosikan lagi PDC Travels di mata rakyat Malaysia. Saya mampu tolong begini sahaja sebagai tanda minta maaf sebab pernah ragu-ragu dengan PDC Travels ni.

Mukadimah aku sangat panjang ni. Tapi macam itulah cerita sebenar macam mana aku mula mengenali PDC Travels ni. Panjang cliché ke panjang tak cliché? Hehe.

Umrah bersama PDC Travels ni sangat 'highly recommended'!

Kejap lagi kita cerita banyak lagi pengalaman yang membuatkan saya tak menyesal pilih PDC Travels untuk membantu saya mengerjakan ibadah umrah. ^-^

Seperti  biasa, sebelum kita nak settle kan urusan untuk ke umrah, banyak perkara yang perlu kita selesaikan, contohnya, of course lah kena bagi deposit dulu kan, lepas tu, serah salinan kad pengenalan, passport, buku rekod kesihatan (vaksin) and so on.

Untuk deposit masa bulan oktober, aku dah terus bagi RM2000.00. Masa ni aku sekalikan dengan salinan kad pengenalan aku, ibu, ayah, salinan passport.
Disebabkan aku belum berkahwin, jadi aku tumpang mahram pak cik aku (pak uda) untuk ke sana, supaya tak ada masalah lain yang timbul.
 
30 Oktober 2018, aku dah dapat surat pengesahan menunaikan umrah untuk bagi ofis (untuk dapat kelulusan keluar jabatan). Dalam surat tu pun dah disertakan tarikh dan masa penerbangan umrah. Kira memang pantas jugalah team PDC buat kerja. Thumbs up!


Macam ni ye, contoh suratnya. Diorang bagi dalam bentuk PDF, so nanti pandai-pandai print and bagi sendiri dekat admin office masing-masing.



Last payment kena bagi sebelum 23 November 2018. Tapi rasanya kami sekeluarga settlekan semua sekali dalam 12 November 2018. Kita buat cepat sebab nak mudahkan urusan orang, jadi kita harap semua urusan kita dipermudahkan.

Ahaaa lupa nak cerita, kan tadi aku cerita, kalau yang belum berkahwin, kita kena buat satu surat pengesahan untuk mahram kita ke sana kan. Nama surat tu ialah "Letter of Consent".



Ini juga contoh LOC yang PDC beri, diorang dah siapkan, kita tinggal minta sign je pada Pesuruhjaya Sumpah, then bagi balik pada mereka. Jangan tangguh-tangguh tau, sebab lagi cepat kita bagi, lagi mudah diorang nak uruskan semuanya. Lagipun bila kita mudahkan urusan orang lain, insya Allah, kelak Allah akan mudahkan semua urusan kita.


Surat ni, ayah aku kena dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah. Surat ni PDC bagi lepas pak lang aku dah settle kan semua, dalam hati teruja betul, sebab eh, terus dapat hari yang sama kita settle semua. Berbintang-bintang lagi aku bagi atas usaha mereka yang pantas tu. =D

Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Walhal dalam pada tu, ada juga yang bercakap tentang susah nak dapat kelulusan pasal mahram semua kan, sebab Saudi ni sangat strict pasal benda macam ni. Aku cuma cakap, takpe, apa-apa nanti orang PDC akan maklumkan, sebab aku memang dah letak kepercayaan penuh pada pihak PDC untuk uruskan semuanya. Tapi kalau ada masalah lain, bukan salah diorang, tapi mungkin tak ada rezeki. Fikir baik-baik.

Oh ya, lagi, sebelum kita buat umrah, kita kena buat injection wajib umrah iaitu suntikan vaksin Meningococcal. (make sure dua/satu bulan sebelum penerbangan kita dah buat injection). Harga suntikan yang aku kena masa ni dalam RM 155.00 (berserta buku oren tu and valid for 5 years)

Contoh dalam buku yang Doktor tulis lepas dah disuntik.

Contoh muka depan buku.



***Bukan apa, takut lambat, kadang-kadang kesan ubat pada setiap individu tak sama. Macam aku, sebulan lepas kena injection tu, aku ada demam teruk, seminggu tak sihat. Lagipun pihak agensi umrah kita akan minta awal buku tu. So, memang kena settle awal.

Tapi, masa 31 Disember 2018 hari tu, aku pergi ambil suntikan tambahan iaitu, suntikan Vaksin Influenza. Yang ni harga suntikan dalam RM65.00 (Without buku)

Nampak tak untuk yang tambahan, vaksin influenza. Ini tambahan, aku suggest ambil je lah, untuk elak sebarang kejadian yang tak diingini.

*** suka untuk aku jelaskan dekat sini, harga setiap suntikan itu adalah berbeza mengikut tempat. Jadi sebelum pergi buat injection, better tanya dulu klinik tu. Oke ye? Jelas tak?

After that, dah tak jauh dengan tarikh penerbangan ni. Pihak PDC Travels ada menyediakan Kursus Umrah Khas

Untuk kumpulan 23 Januari  - 02 Februari 2019
Tarikh 5 Januari 2019 (Sabtu), (tapi kami postpone ke next Saturday, tarikh 12 Januari 2019 )
Bertempat di Bilik Seminar PDC Travels, Bandar Baru Bangi
Masa adalah dari 9.30 pagi ke 1.00 petang.

Masa ni, perasaan memang dah macam-macam rasa, takut, gembira, bahagia, teruja eh macam-macam dah rasa.
Bila dah dengar penerangan serba sedikit berkenaan umrah dalam kursus khas tu, lagi lah buat hati tak sabar nak pergi. Sebab, kita dengar lain, kita rasai lain. Perasaaan tu, totally lain. Aku tak tahu macam mana nak describe, cuma apa boleh aku kata, hanya yang dah pernah pergi, tahu apa yang dirasai. Apa perasaaan yang Allah beri. Itu sahaja.

***  Masa ni jugak, Tuan Ceo, Tuan Rosli bin Talib dah pesan awal-awal dekat kami, semua para jemaah, supaya banyakkan bersabar, terutamanya masa hari nak berangkat ke Tanah Suci. Sebab masa tu, kami semua akan menjadi sangat penat, perjalanan akan mengambil masa yang sangat panjang. Beliau pesan lagi suruh kami jaga kesihatan elok-elok, pastikan tidur mencukupi, sebelum pergi tu, makan dulu jangan biarkan perut kosong. Yelah, bukan apa, takut-takut nanti bila kita penat, lapar, mengantuk,  maka akan mudah untuk mood kita berubah. Jadi, apa sahaja pesanan dari semua team PDC, kita ambil maklum dan follow the rules je la. =)


*  Ok, lagi, biasa lah, sebelum terbang, kau mesti akan dimasukkan dalam group whatsapp untuk sebarang perkembangan persiapan sebelum depature dan informasi apabila berada di sana nanti kan.

Our GROUP LEADER (GM 22)


**  12 Januari 2019, Ustaz Muhammad Bukhari bin Mohd Fauzi, selaku group leader kami dah masukkan dalam group whatsapp, dan dah bagi serba sedikit penerangan/informasi sebelum kita terbang. Berkenaan penggunaan kad atm, penggunaan wheelchair, stroller, berkenaan persiapan dan lain-lain.
 
Basic checklist before fly~
 
 
Mudahlah, semuanya mudah. Aha, lagi satu, berkenaan application IMO, dekat sana, video call kalau pakai whatsapp kena reject, so kena pakai IMO. Sim kad beli lain (semua ni nanti saya terangkan dalam entri part 2)
 
Ini application yang aku cakap tadi. Nanti untuk next entry aku bagitahu kenapa kena download apps ni. (imo)
 

*** Alhamdulillah, 18 Januari 2019, ustaz beritahu semua visa dah dikeluarkan.

Masa tu, aku dah boleh tarik nafas lega juga, sebab memang dah tak jauh dari tarikh terbang, and tiada apa-apa masalah berkenaan dengan isu mahram, dan visa aku. Serius aku sangat cuak kot kalau tiba-tiba berlaku apa-apa di saat-saat akhir. Sebab dah excited sangat-sangat. Dan Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Lagi satu kan, sebelum pergi tu, ustaz dah pesan, bawak je dua beg besar sekali gus. Tapi tu la, jemaah degil macam aku, bawak satu beg besar yang PDC bagi, satu lagi bawak beg kecik sikit, haih rugi dah kat situ oi. Sebab kelebihan Saudi Airlines (setiap satu beg ialah 23kg, dan maksimum adalah 2 beg. Jadi total untuk seorang penumpang ialah 46kg untuk dua beg)
 
 
Ini adalah untuk penerbangan Saudi Airlines ye, kalau kapal lain-lain kena tanya dekat GL korang sendiri tau.
 
Berhuhu je lah aku bila terpaksa cut beli itu dan ini sebab beg dah penuh. Degil lagi tak mau dengar cakap ustaz. Nak beli beg baru, memang tak lah, membazir je, baik aku beli laban banyak-banyak. Haha, tapi nak beli Laban banyak pun tak guna kalau tak ada ruang dalam beg. Huuuuu. =D

Oke, untuk entry yang pertama ni, cukup sekadar aku cerita, macam mana sebelum ke umrah, macam mana kenal PDC, dan serba sedikit perkara yang perlu dibuat (checklist) sebelum pergi umrah. Dan lagi, nak pesan ni, jangan ikut perangai macam aku, hari rabu flight, hari isnin baru nak kemas beg. Huhu.. tak ada lah kucar kacir, tapi agak huru hara sikit la. Haha. So, korang kena prepare beg awal-awal ok? And make sure apa yang GL ke mutawwif kau sarankan sebelum gerak pergi, ikut je cakap dia, supaya kau tak menyesal di kemudian hari. Lagi-lagi first timer macam aku. Haha. Isu pasal beg tu tolong jangan ambil mudah, sebab kau memang sangat-sangat memerlukan beg besar apabila sudah sampai di sana nanti. =) Tapi kalau takde, baguslah, and aku respect. ^-^

Dan nanti, aku akan sambung cerita lagi untuk next entry, insya Allah, part 2 (Umrah Journey)


Ok, sebelum aku akhirkan entry aku yang ini, aku nak share serba sedikit info tentang PDC Travels.



Ni ha bukti yang PDC Travels ni syarikat umrah berdaftar. Kot la kalau ada yang meragui macam aku dulu tu. ^-^

Aku SUKA visi dorang ni~ mampu milik, selesa. Double thumbs up!

Ini alamat, dan no telefon untuk dihubungi. =)

Basic information. Cukup kan? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor yang tertera atau emel.

Ini pun basic info jugak, pakej yang aku ambil :

PAKEJ UMRAH PDC TRAVELS (PAKEJ EKONOMI - MYUMRAH)

PENGINAPAN MAKKAH : AREEJ AL-FALAH HOTEL
JARAK : 250 METER KE MASJIDIL HARAM
TARAF : 3 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 6

PENGINAPAN MADINAH : ODST HOTEL AL-MADINA
JARAK : 180 METER KE GATE 15
TARAF : 4 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 4

HARGA BERMULA : RM 5650.00/SEORANG

PAKEJ TERMASUK :
VISA UMRAH (TAK TERMASUK CAJ TAMBAHAN JIKA BERKENAAN).
PENGINAPAN HOTEL SEPERTI YANG DINYATAKAN.
PENERBANGAN SAUDI AIRLINES KELAS EKONOMI.
PENGANGKUTAN : BAS VIP 49 SEATER.
SET BAGASI KHAS TAJAAN PDC TRAVELS (TOTAL 4 BEG).
PERLINDUNGAN TAKAFUL.
MEDIC PILGRIM CARD.
KURSUS UMRAH PERCUMA DI MALAYSIA DAN TANAH SUCI.
MUTAWWIF / KETUA ROMBONGAN SEPENUH MASA.
UMRAH DENGAN PEMBIMBING.
ZIARA MAKKAH DAN MADINAH DENGAN PENGISIAN OLEH MUTAWWIF YANG PAKAR DAN BERPENGALAMAN.
BIMBINGAN RAUDHAH BAGI WANITA SETIAP HARI.
AIR ZAM ZAM 5 LITER SETIAP ORANG.

* PROMOSI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT


Orait, cukup untuk setakat ini dahulu, selebihnya, aku akan share dekat next entry. (umrah journey part 2)

Terima kasih, atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Sekian, wassalam.



Tulus,

Norzayani Binti Norhamshah
7.32 PM
Selasa

Tuesday, January 1, 2019

Selamat Tahun 2019 !!!

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih sudi baca entri baru ni, walaupun seperti biasa aku ni selalu mengalami masalah untuk memulakan sesuatu ayat dalam sesebuah entri yang aku wujudkan. alamak apesal aku rasa bahasa aku malam ni agak skema.

Ahuuu, sebenarnya malam ni aku tak ada mood sangat nak tulis entri baru. Tapi aku masalahnya aku rindu sangat nak tulis sesuatu. Entah apa-apa kan.

Kalau dalam entri lain aku kadang-kadang letak harapan supaya orang baca entri baru aku, tapi entri ni, tak payah lah.. haha sebab aku syak cerita aku ni agak membosankan..

Apasal pulak perenggan atas tu aku ucap thank u walhal aku tak harap pun ada orang baca entri ni..=D

Hurm sedar tak sedar, dah selamat masuk pun tahun 2019.
Sekejapnya masa berlalu. Orang kata bila tahun baru umur kita bertambah, tapi hakikat yang sebenar, bila masuk tahun baru ini, ternyata umur kita semakin pendek.
Bila kita sedar umur semakin pendek, sepatutnya kita dah tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk kita buat.

Aku andaikan, tahun 2018 ini berlalu dengan banyak perkara yang buat hati aku terluka.
Dan penutupnya, juga sesuatu yang melukakan hati aku. Ada juga perkara lain yang buat aku gembira, tapi lebih banyak perkara yang membuatkan aku bersedih.
Apa dan kenapa, cukup sekadar Allah dan aku sahaja yang tahu.

Dan aku, sangat mengharapkan selepas guruh,ribut petir, tsunami, kilat sabung menyabung yang melanda aku untuk tahun 2018 ni, akan digantikan dengan pelangi, awan putih, langit terang, angin lembut yang menyapa aku untuk tahun 2019 ni.

Tapi kalau masih belum rezeki aku untuk tersenyum manis tahun ni, siapalah aku untuk melawan takdir yang Allah dah aturkan buat aku.
Sungguh Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
Setiap perkara yang aku suka tu, bukan semestinya yang terbaik untuk aku.

Jadi, untuk tahun 2019 ini, aku harap aku terus kuat dan bertahan andai ada dugaan berat. Aku harap aku tak lalai andaikata Allah beri kemanisan dan kegembiraan untuk tahun ini.

Dan aku juga doakan yang baik-baik juga buat semua. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

" Buat yang baik-baik, doa yang baik-baik, insya Allah, nanti dapat yang baik-baik juga. "


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, wassalam.


Loads of love,

Yani Hamshah

Saturday, August 4, 2018

Pulau Perhentian #ShortVacay

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat pembaca.. ^-^

Eh macam la ada yang baca.. haha, well setiap kali tulis entry baru, kita kena selalu berangan macam ada orang sedang membaca tulisan kita. Haaaa gitu, barulah terasa bersemangat sikit nak share cerita..

Pulau Perhentian...

Hurm sebenarnya ia adalah sebuah percutian yang tak dirancang pun (for myself la), aku pergi pun sebab ganti manusia lain yang tak dapat join percutian ni, bila kak Nor kata je ada tempat kosong, terus bagi nama and on the spot terus transfer duit.. haha.. nampak nau tak menyabar dekat situ.

Disebabkan sebelum ini, aku hanya selalu mendengar seluruh kecantikan yang ada dekat Pulau Perhentian ni, jadi bila dah dapat peluang yang tak selalu ada macam ni, aku terus grab je la.. Alhamdulillah, rezeki.. =)

In fact sebenarnya aku pergi sebab aku nak tenangkan hati dan fikiran selepas melalui fasa-fasa kehidupan yang sangat memenatkan sejak beberapa bulan yang lepas. 
Kalau tengok dari segi fizikal memang nampak sihat wal'afiat, sakinah mawwadah wa rahmah semua ada.. hehehe, tapi dalam hati, dekat emosi, semua dah hancur teruk. =D 

Jadinya, kita menumpang percutian kawad Maulidur Rasul (Suk Selangor) tahun lepas. Kami yang team kawad Kemerdekaan ni dah selamat buat 'lawatan sambil belajar' dekat Langkawi awal tahun lepas. Haha. 

Oke, tentatif program adalah seperti biasa :


26 Julai 2018 (Khamis)

10.00 malam - Berkumpul di Suk (Shah Alam)

10.30 malam - Bergerak ke Jeti, Kuala Besut, Terengganu

(Disebabkan kami banyak persinggahan, kami tiba di Terengganu sekitar jam 5.50 pagi)


27 Julai 2018 (Jumaat)

6.00 pagi - Singgah masjid untuk bersolat Subuh. (masjid tu aku tak sure dekat daerah mana)

8.30 pagi - Bersarapan di gerai berdekatan Jeti Kuala Besut. (masa ni kak Nor dah pesan awal-awal, suruh beli air ke ataupun apa-apa makanan tambahan, sebab kalau nak makan dekat pulau, biasalah, mahal sikit harganya.) * itu biasa, takpe kita faham sebab dekat pulau kan.

9.30 pagi - Naik bot menuju ke Pulau Perhentian Besar. (perjalanan ambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit, kalau tak silap la, tak tengok jam sangat sebenarnya.)

10.10 pagi - Tunggu untuk check in masuk Flora Bay Resort (hahaha nama resort maaflah sekali lagi aku kurang pasti, tapi rasanya betul. hehe)

~ Selepas diberi sedikit briefing oleh kak Nor berkenaan aktiviti dekat sana, tentang makan minum, tentang bilik semua, so kami semua yang memang penat dan belum mandi lagi, memang seharusnya pandang di mana-mana dah nampak bantal dengan tilam je. Penat seyh. 

~ Ahaaa masa kami datang tu kan, line handphone yang ada ialah celcom dan digi je kalau tak silap. Umobile hancur habis. Celcom je boleh guna inernet, digi setakat boleh call and sms sahaja. Gembira percutian kali ini. Haha!

~ Oke, untuk pengetahuan korang, dekat dalam bilik, TAK ADA TELEVISION ye kawan-kawan~

5.30 petang - Aktiviti petang adalah aktiviti bebas, Hang nak p mandi pantai boleh, nak p jalan-jalan boleh, nak tidur boleh, nak berkayak boleh, nak cuci mata pun boleh. Haha. Kami yang power puff girl ni setakat jalan-jalan je dekat tepi pantai sambil menikmati keindahan alam dan panorama (haha), makan ayam gunting dan bermain bola tampar. (Dorang la dorang, aku tak main, aku ambik gambar je) =p

8.00 malam - Dinnah dekat kafe resort, lepas tu jalan-jalan dekat tepi pantai dan tengok pertunjukan api. Haha sadis betul aktiviti hari pertama. ^-^ 

10.00 malam - Balik, tidur. Esok nak snorkeling weh! Kakak tak tahu nak eksaited ke atau takut. Sebab aku penakut dengan air sebenarnya. Malam tu, dah berkira-kira, esok tak nak lah terjun laut. Takut. Wek! haha poyo~


28 Julai 2018 (Sabtu)

8.00 Pagi - Sarapan dan bersiap sedia untuk pergi Snorkeling.

~ lepas sarapan, sambil menunggu kedatangan bot yang lambat lebih kurang 1 jam, kami pun ambil gambar beramai-ramai dekat tepi pantai. 

10.45 Pagi - Proceed for Snorkeling Trip, yeayy! (6 popular points) 

~ (enjoy at Turtle Watching, Turtle Beach, Fisherman Village, Coral Garden, Shark Point, & Lata Air Berani)

~ Lebih kurang jam 3.30 petang jugak baru kami habis ber snorkeling. (tapi weh serius, aku rasa tak puas hati sebab rasa macam kejap sangat snorkelingnya. huaahaha.. nak kena repeat lagi ni ^-^) ~ haha tengok orang penakot berkata-kata, mula-mula takut nak snorkeling, lama-lama jadi suka.. adoi~


5.30 Petang - Aku dengan kak Su pergi berkayak di persisiran pantai then ambil gambar. Kawan-kawan yang lain tak ikut, dorang memasing penat snorkeling, kami je dok jalan-jalan lagi. 

8.00 Malam - Dinnah (BBQ katanya) malam tu kan, hujan lebat, angin pun kuat. Tak jadi aku nak keluar berjimba malam tu. Haha. So balik awal lepas dari makan, masuk bilik kemas barang, sebab esok dah nak balik. =)


29 Julai 2018 (Ahad)

8.00 pagi - Sarapan dan tunggu bot pick up kami berangkat pulang ke jalan yang benar dan lurus. Heee..

8.30 pagi - Bot sampai, and kami menghala pulang.

9.00 pagi - Tiba di jeti Kuala Besut, beli sikit cenderahati, dan meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. ( tak ada lah terus balik, pasai kami singgah Masjid Kristal, Kg.Losong (beli keropok lekor), and Pasar Payang (shopping katanya) hahaha tak ada lah shopping pun, jalan-jalan, solat and makan je.

5.00 petang - Menghala balik selangor. Singgah solat makan semua dalam pukul 7.45 malam dekat RNR Gambang. Lepas tu terus aku tak boleh tidoq sampai balik Suk. Oh so sad~

1.00 pagi - Alhamdulillah, selamat sampai di Suk. (dah p balik sana, esok kerja!) hihi.. betui weh, besoknya aku kerja. Penat tak tipu. 

* Secara teknikalnya, tentatif di atas adalah aktiviti yang aku buat, orang lain aku tak tau, mungkin ada persamaan, tapi berbeza sikit lah kan. haha tapi randomnya macam tu lah aktiviti yang kitorang buat.

~ Oke, kawan-kawan, cerita aku dah panjang. La ni kami nak belanja gambaq ja. Soyyie la banyak bebel-bebel. Heeee..


Yahooo, amek gambaq kenang-kenangan dulu sebelum p Pulau~


Yeeayyheiii dah naik bot. Steady kan pak cik ni bawak bot kami~ haha









































Done upload gambar.
Sorry geng, gambar semua random pick je. Dah la tak susun betul, bersepah-sepah pulak susunannya, ala kira halal je la eh, ada jugak gambar kan, dari tak ada langsung. =)

Ni video pulak.. kredit video and gambar-gambar pada kawan-kawan yang ada share dalam group~ sorry save and upload dekat sini pulak.. ^-^ sorry and thank u oke =)
























Oke, dah cukup lah tu, maaf kualiti video tak seberapa. Itu je yang ada.
And sekali lagi upload secara random.. ^-^


Nak cepat, tak banyak masa nak susun betul-betul sebab kejap lagi nak keluar pergi cari kek untuk Adnin Muadz. Hari ni besday dia.. Selamat besday Adnin, Aciani loves u so much (eh iklannnn)


So, secara kesimpulannya, pulau perhentian ni memang best, tapi tu la, bukan semua tempat kami dapat pergi, agak kalau lama sikit stay sana, lagi banyak tempat boleh pergi. Ehehehe maybe rezeki lain kali kot. :)

Untuk yang kesekian kalinya, terima kasih buat urusetia, Kak Nor and Abg Ja'a, banyak melayan kerenah kitorang dari mula sampai akhir. Terima kasih Wak Kamal and Zul sudi bawak bas bawak kami sampai ke Terengganu. Terima kasih team kawad Maulidur Rasul Suk, bagi kami menyelit ikut percutian korang ni. Terima kasih kawan-kawan semua, kalau nak sebut nama satu-satu banyak sangat. Dan terima kasih buat rakan sebilik, Kak Odah, Kak Su, Kak Ikin and Qila. 
Thank u and i love u all. Korang semua best sangat and sporting!!!

Dan thank u korang yang sudi baca entry picisan yang begini. haha~

Jumpa lagi pada next entry.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Loads of love,
Norzayani Norhamshah

4 Ogos 2018
3.35 PM
Sabtu

Sunday, May 13, 2018

PRU 14 - SJK(C) KENG CHEE, PULAU KETAM, KLANG

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hai, berjumpa kembali setelah beberapa bulan tidak bersua.
(eh amenda ini seperti terlalu skema gaya bahasa?)

Last entry bulan Januari, itupun review pasal skincare.
Aku tak tau la relevan lagi ke tidak blog aku ni, sebab macam hidup segan mati tak mahu.. hihi..
Tapi, ber blog ini best sebenarnya khennn.. =)

Oke, shoot. Banyak sangat merapu pun tak bagus kan.

Sepertinya yang semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, tarikh 9 Mei 2018, menjadi saksi kepada bermula era baharu dalam negara. #MalaysiaMemilih.
Di mana, rakyat Malaysia, tak kira tua mahupun yang muda, sanggup berpenat lelah, menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan memilih kerajaan yang kita semua rasakan mampu untuk mentadbir negara.

9 Mei 2018, ialah tarikh pilihanraya. Aku rasa tarikh ni, pasti semua rakyat Malaysia akan mengingatinya.

So, dipendekkan cerita, aku dengan beberapa orang rakan yang lain telah diberi amanah untuk menjadi petugas semasa Pilihanraya Umum ke 14.

Aku syak, penulisan aku ni macam dah skema sangat je. Hikhik. Oke, oke.. kita santai semula ok.

Memandangkan kami semua bertugas di SJK (C) KENG CHEE, PULAU KETAM, KLANG. Maka pada hari selasa (8 Mei 2018), kami semua dah kena bersiap sedia. Sebenarnya ini kali pertama untuk aku, tak pernah ada pengalaman pun sebelum ni. Aku rasa teruja dan takut jugaklah.

Yelah, gila tak takut, kang jadi apa-apa kang. Haha.

So, pagi Selasa tu, kitorang semua dah kena berkumpul dekat dewan serbaguna Pejabat Daerah Tanah Klang, sebab ada beberapa taklimat dan mandat terakhir kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) sebelum team tersebut memulakan tugasan.

Sedap weh makanan sebelum kitorang gerak pergi Pulau Ketam hari tu. Eh.. ^-^

Haha.

Okay, kitorang semua gerak pergi jeti jabatan laut pelabuhan klang lebih kurang pukul 2.30 petang. Fuhh panas litt littt bakk anggg.. Tapi demi negara yang tercinta, kami redah jugaklah. Haha.


8 Mei 2018 - Selasa


Nampak tu, panas pun kau boleh bergambar lagi. Haha.

Ok, gambar dekat atas ni sebelum kitorang gerak pergi jeti.
Sebenarnya masa tu bas dah penuh, so kitorang berhimpit macam sardin naik mpv.
Haha, awal-awal lagi dah terasa 'hurmmm lain maciam nak bertugas ni'. Tapi takpe, kita fikir baik-baik.

Dah sampai dekat jeti jabatan laut.
Masa sampai tu kan, abang driver tu, boleh pulak bergurau cakap bot bocor. Aduh, terasa sesak nafas pulak. Aku dah la tak berapa berani dengan laut-laut ni. Dengan tak pandai berenangnya, serius weh, aku bukan seorang yang pemberani. Haha.

Dah naik bot situ. Huhaiii sana.
Sebelum naik bot ni, dah siap-siap baca doa. Takut beb. Itu polis marin escort kami orang. Haha. Apa tu kami orang? Escort kitorang la. =)
Kitorang naik bot ke kapal ke amende tah namanya tu, dalam pukul 3 kot. Eh iye ke? Aduh, tak ingat la banyak makan semut huiiihuii.

Heading to pondok polis Pulau Ketam.

Ok, setelah 1 jam perjalanan, kami selamat tiba di Pulau Ketam sambil diiringi pasukan polis, sebab dah siap-siap bawa peti undi. So, bab keselamatan dekat situ, memang sangat-sangat ketat. Sampai je pulau, terus pergi pondok polis, hantar peti undi, dan ambil balik esok lebih kurang jam 6 pagi. Actually yang aku tau, team pergi pulau ketam tu ada dalam 3 buah sekolah, tapi sekolah yang aku bertugas ni macam jauh sikit, so kitorang kena naik lagi satu bot kecik. Kau hado?

Sebenarnya tak payah naik bot pun boleh, tapi jauh weh, sana mana ada kereta, takkan la kami orang nak p sewa basikal ramai-ramai kan? Mesti huru hara jalan situ. Hahaha. So, memang kita putuskan naik bot sahaja.

Fuhh, mahai pengalaman weh pergi sana.

 So, memandangkan sekolah kitorang yang team SJKC Keng Chee ni jauh, kami pun pergi check in dulu dekat Hotel Sea Lion. Penginapan semua ok ok sahaja, tapi, aku ada nak cerita satu kenangan kelakar. Haha, sat lagi k, sat lagi. Serius, kami semua takkan lupa lah kenangan yang satu tu..

Ok, lepas dah check in. Pukul 5.30, masing-masing berkumpul balik untuk rombongan team SJKC Keng Chee, kita nak melawat sekolah, dan nak prepare barang dan tempat untuk hari kejadian mengundi esok.

Perjalanan menuju ke SJK(C) Keng Chee.
Em gambar naik bot lagi satu tu, aku tak ada lah. Aduh. So, aku up gambar yang kitorang dah sampai terus lah eh. Video je aku ada, nanti lah, kalau aku rajin aku up video. Kalau k, kalau. Haha. Ok, next.



SJK (C) KENG CHEE
 Bukan nak cakap apa lah, kau tengok je sekolah ni macam ni. Macam lama-lama kan, tapi kau jangan tak tau, dalam kelas ada air-cond. Kalau tentang kebersihan tu, aku memang salute gila! Bersih kot semua kawasan sekolah. Even, tandas dia! Kagum kejap aku tengok sekolah ni, walaupun jalan-jalan atas papan, tapi best, rasa macam balik kampung. Seronok situ. =)

Abam Kamarul briefing sebelum masing-masing memulakan preparation tugas masing-masing.

Aduh, sekali lagi aku ralat. Gambar masa team aku, Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) buat kerja, settle buat kerja, aku tak snap picture pun weh. Sebab tak teringat langsung nak jadikan entry dekat blog. Aduh aduh aduh. Sayangnya lah hai.

Ada gambar ni je.

Pas kerja yang wajib dipakai semasa hari kejadian esok.

Ok, kitorang habis prepare semua dalam pukul 8 kot. Then balik ke hotel, untuk beristirehat, solat. Dan makan. Lapar. Haha.

Ahaaa, ini dia cerita dan kenangan yang kami semua takkan lupakan sampai bila-bila.
Kitorang ni, masing-masing dah penat. Lapar.
Tak sabar ni masing-masing dalam bot nak cepat sampai, nak makan Nasi Tomato (sebab dah diberitahu menu untuk makan malam).
So, kitorang excited tau. Haha.

Tapi rasa excited tu berubah menjadi 'eh eh eh apaaaa diaaaaa?'
Tepuk dahi weh.
Hanya ada Nasi Tomato dan seketul kismis.
Lauk mana lauk?
Kitorang saja sedapkan hati, mungkin lauk tertinggal kot. Berhuhu la sana.

Tapi bila diberitahu, rupanya terdapat kesilapan teknikal masa org SPR order makanan untuk malam tu. Order hanya Nasi Tomato, tidak diberitahu tentang lauk. Ok, takpe, mungkin malam tu rezeki kitorang macam tu je kot. Sabar. Ambil je nasi dengan muka redha bawak masuk bilik. Tumpang bilik Kak Nanie, sebab bilik aku dengan bilik Ina, panas, air cond tak sejuk dekat bilik kitorang. Thank u kak Nanie, bagi tumpang bilik kejap. =)

Nasi Tomato berlauk seketul kismis dan berkuahkan air Heaven&Earth. Wiwiwi.

Aku dengan Ina, bedal je makan nasi ni sampai habis. Haha, kitorang tak koser nak keluar lagi pergi cari makanan. Ada je geng lain yang pergi makan sate la, nasi lemak la, ada yang beli maggi cup lah. Nasib baik jugak ada gerai orang Islam, kalau tidak haru jugak malam tu masing-masing makan nasi je. Haha, cerita ni tak habis bahan kot dalam group whatsapp kitorang even dah habis PRU. Kenangan weh, kenangan yang paling tak boleh dilupakan.

Tipu sangat lah kan kalau kitorang cakap kitorang tak merungut, dah lah lapar, tapi jadi macam tu kan. Tapi pujuk balik hati, alhamdulillah dapat jugak makan, orang lain dekat luar sana tu, entah-entah ada dah lama tak makan. Apa jua rezeki yang Allah beri, kita patut bersyukur kan.

Pada aku, melihat kehidupan orang di sana menjadikan aku lebih bersyukur dekat kehidupan aku yang sekarang ni. Lebih bersyukur.
Diorang ni kategori orang susah jugaklah, yela, dorang hanya ada basikal ataupun motor dekat sana. Selebihnya jalan kaki. Jadi bila aku fikir balik kehidupan aku dekat sini, rasa bersyukur sangat walaupun gaji paras-paras dahi, kereta tak mewah, ada rumah tempat berteduh, jadi nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan.

Sebab itu, ada orang pernah cakap, kalau kita nak bersyukur, kita jangan lihat kelebihan yang ada pada manusia lain. Tapi lihatlah pada kekurangan manusia yang lain, kelak kita akan terlalu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita.

Eh tetiba bertazkirah pulak. Hehe. Semoga bermanfaat tulisannya.
So, malam tu, kami semua tidur dengan lena kerana esok pukul 6 pagi, masing-masing dah kena bersiap sedia nak ke SJK(C) Keng Chee.

Excited weh, hari mengundi weh!


9 Mei 2018 - Selasa (Election Day)



Morning, its me. Dah ready weh nak bertugas sana. =)
Huuuuhaiiii memandangkan baju yang diberi tiadalah pemilihan saiz, jadi kakak is sentiasa bersyukur walaupun diberi baju bersaiz XXXL situ. Ni semua budak bawah ni punya pasal. Sebenarnya aku dapat saiz XXL je. Korang tau dia cakap apa, "korang orang perempuan ni kenalah pakai baju besar-besar...." Cubaan dia nak merampas baju XXL aku, yeah dan dia berjaya lah, aku pun hambik lah baju bersaiz jubah situ. Haha. Senget lah kau Apis. (Tiba-tiba pulak aku jadi emo dengan kau masa tulis entry ni...)

Jadinya, mende la aku cerita pasal baju nih. Oke sambung cerita hari mengundi.

Gigih pagi-pagi sebelum menyambut ketibaan pengundi sekalian.
ni je gambaq paan yang ada. team Penunjuk Arah, sama dengan Phua dekat bawah ni. (thank u paan for this picture, complete dah entry akak)

Ni namanya Phua. Eh dia nampak la kita ambik gambar dia. Hhehe.


 Hurm aku rasa kan, aku dah tak nampak susunan jalan cerita aku ni. Macam kena patah balik je. Haha.

Ok. Gini, kitorang berkumpul naik bot dari hotel lebih kurang 6 pagi, dan sampai di sekolah, lebih kurang 6.40 pagi. So dalam pada tu, masing-masing prepare kerja untuk kali yang terakhir sebelum pintu pagar dibuka untuk pengundi masuk.

Dan lebih kurang pukul 7.30 kitorang dah bagi pengundi masuk, untuk mengundi. Sebab nampak dorang excited tu nak mengundi. So sebelum tu, kita selfie dulu sesama KPDP.

Kakak, i miss you kakak. Tak ingat siapa nama kakak. ^-^
Geng KPDP, aku, kakak, khafiz dan ina.
Oh sehelai orang yang nampak busy belakang tu abam Kamarul nama dia. haha.

So, lepas dah selfie, kita mulakan kerja. Kerja KPDP tak susah mana pun.
Orang datang, kita check nama melalui ic, beritahu saluran mana, dekat mana, then settle. Mudahkan? Yang susah tu mungkin kerja KP dan KTM.

Jadi semuanya sebelum memulakan tugas, ambil gambar, hahaha bukti kau kerja sana, bukan main-main situ. Dan selepas itu, masing-masing memulakan tugas dengan amanah dan bergaya. Hehe.

Senarai pengundi berdaftar yang mengundi dekat sekolah ni tak ramai, so ada 3 saluran je dekat sini. Nah, kakak payung gambar setiap saluran dengan KTM masing-masing.


team Saluran 1 

team Saluran 2
gambar dalam group, selit sinun. Haha.

Team Saluran 3

So, inilah team SJK(C) KENG CHEE, PULAU KETAM. ^-^


Oke, sudah-sudah.
Untuk pengalaman aku yang pertama ni, ok. Best. Mencabar. Haha.
Mencabar kenapa? Sebab perjalanan ke sini panjang, nak kena naik satu bot besar, satu bot kecil, kena jalan kaki nak pergi sekolah, hehe.
Tapi sepanjang hari mengundi, alhamdulillah, semuanya okay dan baik-baik je.

That kind of feeling tak dapat digambar. Tapi yang pasti pengalaman ni memang mahal dan terindah.
Best, dapat team best, lepas tu, pengundi semua pun tak ada yang marah-marah, cuma cuaca panas sikit. Itu je kot, makanan pun best gila. Sedap, aku tak jadi diet dua hari tu. Haha.

Ni lah kawasan sekolah. Nampak tak situ. Ada motor dengan basikal je. Kereta takde. Itu rare. 
 Pengalaman aku sebagai KPDP bermula dari jam 7.30 pagi, sampai 5.00 petang itu, best. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pengalaman orang lain di tempat lain mungkin berbeza, tapi untuk pengalaman yang aku nak kongsi, ianya yang baik-baik dan manis-manis sahaja. Cukup sekadar itu. =)

Tik! Tok!

Tepat jam 5.00 petang. Kami team KPDP, siap-siap kemas apa yang patut.
Tapi 3 saluran tadi masih bertungkus lumus dengan kerja masing-masing.
Yelah, dorang nak kena kira undi lagi kan.

So, situasi dalam bilik setiap saluran tu aku tak tau. Itu kena tanya dengan orang yang ada pengalaman itulah. Kalau next time aku ada bertugas lagi, aku share lah lagi ye pengalamannya. Tapi aku rasa, tak kot. Next time, aku nak pergi mengundi. Sebab aku sakit hati ni, even ni dah 13 Mei 2018, aku masih tak dapat kertas undi aku, apa citer situ? Huhhh!

Sementara menunggu depa semua dok kira undi sana, jadi aku pun bersiar-siar di sekitar sekolah. Haha. Tapi gambar tak ambil banyak pun. Habis entry ni nanti jadi lagi panjang. =p

berdekatan pusat sumber. Rare kan sekolah ni.

hihi, titi situ. best jalan atas ni. haha.

yeayyy dah habis. aku n ina.

tengok muka bahagia orang dah habis kerja. Kak Ani~

heading to jeti pelabuhan klang.. nampak benda alah ni, fuuuu cantik la haii kalau tengok malam-malam.

bas, kakak naik kereta, di escort polis sehingga ke PDT KLANG.
iols terasa sangat VVIP malam tu. balik abam polis escort lagi. tapi kali ni, memang shoot terus.

sampai rumah dah. penat weh.

Sesampainya di rumah bukan terus tidur pun.
Sibuk dok menghadap televisyen sana, nak tau apa keputusan PRU14 ni.

At last mata berat sangat, pukul 4 pagi baru syahid sana.

Alhamdulillah.

Masing-masing pun dah tahu keputusan PRU14, ternyata ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pada hemat pemikiran aku. Sebenarnya dah bersedia untuk sebarang kemungkinan, bukan apa, aku takut menangis lagi macam masa PRU13 dulu, so kali ni, kita terima semua dengan lapang dada.

Alhamdulillah, kali ni, Allah bantu kita semua.

Tahniah!
Harapan aku, pada tampuk pimpinan yang baru ni, semoga kalian tidak khianati kepercayaan kami dengan memberi amanah kepada kalian untuk mentadbir negara. Lakukan dengan sebaiknya, sehabis baik dan seterusnya, leave it to Allah.
Dan sesungguhnya, jika bukan dengan izinNya, kita tak mampu menikmati apa yang sedang kita lalui sekarang ini.

#MalaysiaMemilih #AllahMengizinkan

Kepada pucuk pimpinan yang terdahulu, ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kini, semua yang berlaku punya hikmah di sebaliknya.

Dan kawan-kawan sekalian ingatlah, walau kita berbeza parti, kita tetap hamba Allah, punya ukhuwah yang tidak boleh diputuskan. Berbaik sangka lah dengan setiap takdir Allah. Jangan bergaduh hanya kerana politik. Jangan bermusuh hanya kerana kita berlainan idealogi.

Oh sebelum terlupa, SELAMAT HARI IBU buat semua yang sudah bergelar IBU. 


So, aku akhiri entry aku dengan lafaz terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan atas entry ini.

Sekian, wasalam.

Norzayani Norhamshah
13 Mei 2018
5.48 PM

p/s : watermark semua salah doe, mine is niyazabc123.blogspot.my is not niyazabc123.blogspot.com

ahhhh lantak situ, letih aku lah.. haha..

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...