Tuesday, January 1, 2019

Selamat Tahun 2019 !!!

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih sudi baca entri baru ni, walaupun seperti biasa aku ni selalu mengalami masalah untuk memulakan sesuatu ayat dalam sesebuah entri yang aku wujudkan. alamak apesal aku rasa bahasa aku malam ni agak skema.

Ahuuu, sebenarnya malam ni aku tak ada mood sangat nak tulis entri baru. Tapi aku masalahnya aku rindu sangat nak tulis sesuatu. Entah apa-apa kan.

Kalau dalam entri lain aku kadang-kadang letak harapan supaya orang baca entri baru aku, tapi entri ni, tak payah lah.. haha sebab aku syak cerita aku ni agak membosankan..

Apasal pulak perenggan atas tu aku ucap thank u walhal aku tak harap pun ada orang baca entri ni..=D

Hurm sedar tak sedar, dah selamat masuk pun tahun 2019.
Sekejapnya masa berlalu. Orang kata bila tahun baru umur kita bertambah, tapi hakikat yang sebenar, bila masuk tahun baru ini, ternyata umur kita semakin pendek.
Bila kita sedar umur semakin pendek, sepatutnya kita dah tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk kita buat.

Aku andaikan, tahun 2018 ini berlalu dengan banyak perkara yang buat hati aku terluka.
Dan penutupnya, juga sesuatu yang melukakan hati aku. Ada juga perkara lain yang buat aku gembira, tapi lebih banyak perkara yang membuatkan aku bersedih.
Apa dan kenapa, cukup sekadar Allah dan aku sahaja yang tahu.

Dan aku, sangat mengharapkan selepas guruh,ribut petir, tsunami, kilat sabung menyabung yang melanda aku untuk tahun 2018 ni, akan digantikan dengan pelangi, awan putih, langit terang, angin lembut yang menyapa aku untuk tahun 2019 ni.

Tapi kalau masih belum rezeki aku untuk tersenyum manis tahun ni, siapalah aku untuk melawan takdir yang Allah dah aturkan buat aku.
Sungguh Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
Setiap perkara yang aku suka tu, bukan semestinya yang terbaik untuk aku.

Jadi, untuk tahun 2019 ini, aku harap aku terus kuat dan bertahan andai ada dugaan berat. Aku harap aku tak lalai andaikata Allah beri kemanisan dan kegembiraan untuk tahun ini.

Dan aku juga doakan yang baik-baik juga buat semua. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

" Buat yang baik-baik, doa yang baik-baik, insya Allah, nanti dapat yang baik-baik juga. "


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, wassalam.


Loads of love,

Yani Hamshah

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...