Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah dengan izin-Nya, masih diberi peluang untuk bernafas, diberikan kesihatan yang baik untuk memulakan entry baru.
Seperti biasa,, masih seperti dahulu, aku sangat tidak pandai untuk memulakan sebuah mukadimah ketika mengarang sebuah entry. Tak tahu nak mula cerita dari mana sebenarnya.
Jadi, pada awal cerita aku, mungkin ayat aku akan jadi sangat skema, tapi selepas beberapa ketika, baru penulisan aku akan menjadi sempoi dan selesa. Ia sangat mengambil masa.
Oke, kita dah boleh start kot. (Adui, tepuk dahi aku! Serius rasa entah apa-apa permulaan ayat)
Mungkin ada di kalangan sanak saudara, sahabat handai yang tahu akan perancangan dan niat aku untuk menunaikan ibadah umrah, tapi ada juga yang tak tahu. (Which is benda-benda macam ni aku tak berani nak cerita lebih-lebih sebelum betul-betul yakin yang Visa aku dah lulus.) Dan lagi, kita tak tahu apa tanggapan orang bila kita cerita yang kita nak buat umrah, boleh jadi orang suka, dan boleh jadi orang akan anggap kita mahu membangga diri sebab dapat menunaikan umrah.
Tapi, kita fikir yang baik-baik je la. Sampai bila-bila pun kita tak mungkin mampu memuaskan hati manusia. Asalkan kita lalui kehidupan tu dengan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dengan kita dan Dia redha akan segala yang kita lakukan, itu sudah cukup memadai.
Kalau ikutkan permulaan perjalanan aku untuk membuat umrah ni, aku akui, pada permulaannya aku rasa tak bersedia. Serius!
Before this, aku pernah buat rayuan haji sebab nak temankan ibu ayah buat haji (tahun lepas), tapi rayuan aku ditolak. Masa tu, aku kecewa sangat-sangat. Tapi ayah cakap,
"eh jangan risau lah yani, selama ni pun, Allah yang jaga kita semua, kenapa nak risau ibu ayah dekat sana? Sebab Allah mesti akan mudahkan urusan kami."
Lepas tu, aku pun (hurmm oke..) aku risau sebab ibu tak sihat sangat, jadi aku takut kalau-kalau ibu susah nak bergerak dekat sana. Tapi bila ayah dah cakap macam tu, baru aku tersentap. Allahu, maafkan aku ya Allah, sebab meragui apa yang telah ditentukan. =(
Khilaf aku sebab fikir yang tak ada sesiapa akan jaga kalau aku tak ikut sekali.
Liciknya syaitan bawa aku fikir sampai ke situ. Memberontak kot, sebab dah buat itu ini, tapi masih belum terpilih. Astaghfirullahal'azim.
Dipendekkan cerita, bulan September, lepas balik kerja, ibu tanya,
" Yani, mak lang nak buat umrah nanti, pergilah ikut, ajak Syukri sekali". (adik aku, untuk dijadikan mahram semasa buat umrah nanti)
Zuppp, masa ni aku cakap dalam hati, "em tak naklah..." huhuhu T.T (Sekarang ni bila aku fikir balik jawapan pertama dalam hati aku tu, aku rasa nak hentak kepala dekat dinding. Kau apahal yani?! Hari tu doa minta Allah jemput pergi sana, bila dah dapat peluang macam ni, kau cakap macam tu?!)
Tapi masa ibu cakap tu, aku diam je. Sejenis aku, kadang-kadang kalau aku tak nak sesuatu, aku suka diam. Tapi aku tak terus cakap. Sebab aku takut, aku salah buat keputusan. So better kita diam. Diam dan berfikir. Diam je aku, lepas tu terus ready untuk solat maghrib, sebab baru lepas balik kerja kan.
***
Nak tahu sesuatu, lepas habis solat je, zappp, sekali lagi ada satu lintasan hati yang Allah gerakkan dalam hati. Masa nak doa tu, aku betul-betul teringat, masa bulan ramadhan tahun lepas, selepas solat terawih dekat Masjid Bukit Jelutong, aku sangat-sangat merayu dekat Allah, aku cakap aku nak pergi sana. Aku nakkkkk sangat pergi sana. Menangis macam apa je, sampaikan kakak sebelah tu pegang bahu aku, cakap dekat aku, "moga dipermudahkan semua urusan awak, dik."
Aku toleh, pandang kakak tu, try hard untuk senyum dan anggukkan kepala, "terima kasih..."
Disebabkan terkenang itulah, aku terus tersedar, aku nak pergi, aku kira itu sebenarnya satu 'jemputan' dari Allah untuk aku. Takkan aku nak lepaskan peluang.
Selepas habis solat isyak, aku borak semula dengan ibu, tanya pasal umrah tu. Lepas tu, ibu cakap, telefon lah mak lang, sebab mak lang yang tahu. Then aku call mak lang, tanya nak pergi bila, siapa je yang pergi. Kalau ikut perancangan awal, kitorang nak ambil tarikh bulan Disember, tapi tak ingat sebab apa, kami postpone pilih bulan Januari.
Mak Lang kan, masa tanya tu, dia selalu cakap, yani nak ikut kami ni kena banyak-banyak sabar. Kerut dahi aku, em dah kenapa pulak kan. Lepas tu, dia cakap, sebab yani kan ikut orang-orang tua. Lepas tu, dia gelak-gelak. Haih.
Yang memang sure pergi masa ni, Mak lang, Pak Lang, Pak Uda, Mak Uda. (Masa ini tak sure Iza dapat join ke tak, sebab dia busy sambung Phd dia, so kemungkinan besar aku maybe takde kawan yang muda bila ke sana nanti)
Aku cakap dekat mak lang,
" eh ada pulak cakap macam tu, tak apa lah, yani tak kisah pun. Mak Lang dah ajak ni pun yani dah rasa berbesar hati sangat-sangat.."
Masa ni, aku fikir, tak apa lah, susah macam mana pun nanti aku nak usaha betul-betul, kalau isu pasal mahram akan jadi satu ujian untuk aku, aku redha. Yelah sebab belum kahwin, yang betul-betul boleh jadi mahram aku ialah Pak Uda je la (sebab abang ibu), adik aku kata dia nak pergi waktu bulan Ramadhan akan datang. So, dia tak ada lah nak join kakak dia berserta makcik pakcik dia.
Em nak dijadikan cerita, lepas tu, lagi sekali syaitan memutar belitkan keinginan aku nak pergi sana, bila aku tanya kita ikut travel agent mana, berapa harga and bla bla bla. Mak Lang cerita, kita join PDC Travels, harga promosi Matta Fair masa tu, untuk pakej ekonomi, kami dapat harga RM4,990.
(To be honest, aku tak pernah dengar PDC Travels ni ha, huhu T.T, dengan harga murah untuk ke umrah macam tu, lagilah seronok syaitonirrojim tu nak bolak balikkan keinginan aku. Was-was kan rasa. Huhu.
Well hey, tapi buat apa nak risau, kita kan ada Allah. Kita sentiasa ada Allah. Doa, mintak Allah tunjukkan jalan, tunjukkan jawapan. Tak lama lepas tu, ting ting tang ting, menari-nari di depan mata iklan dari PDC Travels dekat TV AL HIJRAH!
Muka aku masa tu terus berseri-seri macam baru lepas terima pinangan dari lelaki yang dicintai lah (ahhahaha macam lah pernah kena pinang dengan lelaki yang dicintai.. wekkk =p)
Alhamdulillah tsummalhamdulillah, terus sangat yakin dan masa tu, memang rasa bersyukur sangat-sangat, sebab dalam iklan tu, harga pakej ekonomi bermula dari RM 5650/seorang tapi kami dapat harga promosi matta fair yang lebih menjimatkan. (tak tahulah harga yang kami dapat tu, team PDC Travels ni dapat untung ke tak, sebab aku rasa, apa yang aku dapat tu, sepatutnya aku kena bayar lebih.)
Allahuakbar, maaf seribu kali maaf kepada seluruh team PDC Travels kerana mempunyai syak wasangka yang 'begitu' sebelum ini.
*** dan kerana itu, lahirnya entri ini untuk mempromosikan lagi PDC Travels di mata rakyat Malaysia. Saya mampu tolong begini sahaja sebagai tanda minta maaf sebab pernah ragu-ragu dengan PDC Travels ni.
Mukadimah aku sangat panjang ni. Tapi macam itulah cerita sebenar macam mana aku mula mengenali PDC Travels ni. Panjang cliché ke panjang tak cliché? Hehe.
Umrah bersama PDC Travels ni sangat 'highly recommended'!
Kejap lagi kita cerita banyak lagi pengalaman yang membuatkan saya tak menyesal pilih PDC Travels untuk membantu saya mengerjakan ibadah umrah. ^-^
Seperti biasa, sebelum kita nak settle kan urusan untuk ke umrah, banyak perkara yang perlu kita selesaikan, contohnya, of course lah kena bagi deposit dulu kan, lepas tu, serah salinan kad pengenalan, passport, buku rekod kesihatan (vaksin) and so on.
Untuk deposit masa bulan oktober, aku dah terus bagi RM2000.00. Masa ni aku sekalikan dengan salinan kad pengenalan aku, ibu, ayah, salinan passport.
Disebabkan aku belum berkahwin, jadi aku tumpang mahram pak cik aku (pak uda) untuk ke sana, supaya tak ada masalah lain yang timbul.
30 Oktober 2018, aku dah dapat surat pengesahan menunaikan umrah untuk bagi ofis (untuk dapat kelulusan keluar jabatan). Dalam surat tu pun dah disertakan tarikh dan masa penerbangan umrah. Kira memang pantas jugalah team PDC buat kerja. Thumbs up!
Macam ni ye, contoh suratnya. Diorang bagi dalam bentuk PDF, so nanti pandai-pandai print and bagi sendiri dekat admin office masing-masing. |
Last payment kena bagi sebelum 23 November 2018. Tapi rasanya kami sekeluarga settlekan semua sekali dalam 12 November 2018. Kita buat cepat sebab nak mudahkan urusan orang, jadi kita harap semua urusan kita dipermudahkan.
Ahaaa lupa nak cerita, kan tadi aku cerita, kalau yang belum berkahwin, kita kena buat satu surat pengesahan untuk mahram kita ke sana kan. Nama surat tu ialah "Letter of Consent".
Surat ni, ayah aku kena dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah. Surat ni PDC bagi lepas pak lang aku dah settle kan semua, dalam hati teruja betul, sebab eh, terus dapat hari yang sama kita settle semua. Berbintang-bintang lagi aku bagi atas usaha mereka yang pantas tu. =D
Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Walhal dalam pada tu, ada juga yang bercakap tentang susah nak dapat kelulusan pasal mahram semua kan, sebab Saudi ni sangat strict pasal benda macam ni. Aku cuma cakap, takpe, apa-apa nanti orang PDC akan maklumkan, sebab aku memang dah letak kepercayaan penuh pada pihak PDC untuk uruskan semuanya. Tapi kalau ada masalah lain, bukan salah diorang, tapi mungkin tak ada rezeki. Fikir baik-baik.
Oh ya, lagi, sebelum kita buat umrah, kita kena buat injection wajib umrah iaitu suntikan vaksin Meningococcal. (make sure dua/satu bulan sebelum penerbangan kita dah buat injection). Harga suntikan yang aku kena masa ni dalam RM 155.00 (berserta buku oren tu and valid for 5 years)
Contoh dalam buku yang Doktor tulis lepas dah disuntik. |
Contoh muka depan buku. |
***Bukan apa, takut lambat, kadang-kadang kesan ubat pada setiap individu tak sama. Macam aku, sebulan lepas kena injection tu, aku ada demam teruk, seminggu tak sihat. Lagipun pihak agensi umrah kita akan minta awal buku tu. So, memang kena settle awal.
Tapi, masa 31 Disember 2018 hari tu, aku pergi ambil suntikan tambahan iaitu, suntikan Vaksin Influenza. Yang ni harga suntikan dalam RM65.00 (Without buku)
Nampak tak untuk yang tambahan, vaksin influenza. Ini tambahan, aku suggest ambil je lah, untuk elak sebarang kejadian yang tak diingini. |
*** suka untuk aku jelaskan dekat sini, harga setiap suntikan itu adalah berbeza mengikut tempat. Jadi sebelum pergi buat injection, better tanya dulu klinik tu. Oke ye? Jelas tak?
After that, dah tak jauh dengan tarikh penerbangan ni. Pihak PDC Travels ada menyediakan Kursus Umrah Khas
Untuk kumpulan 23 Januari - 02 Februari 2019
Tarikh 5 Januari 2019 (Sabtu), (tapi kami postpone ke next Saturday, tarikh 12 Januari 2019 )Bertempat di Bilik Seminar PDC Travels, Bandar Baru Bangi
Masa adalah dari 9.30 pagi ke 1.00 petang.
Masa ni, perasaan memang dah macam-macam rasa, takut, gembira, bahagia, teruja eh macam-macam dah rasa.
Bila dah dengar penerangan serba sedikit berkenaan umrah dalam kursus khas tu, lagi lah buat hati tak sabar nak pergi. Sebab, kita dengar lain, kita rasai lain. Perasaaan tu, totally lain. Aku tak tahu macam mana nak describe, cuma apa boleh aku kata, hanya yang dah pernah pergi, tahu apa yang dirasai. Apa perasaaan yang Allah beri. Itu sahaja.
*** Masa ni jugak, Tuan Ceo, Tuan Rosli bin Talib dah pesan awal-awal dekat kami, semua para jemaah, supaya banyakkan bersabar, terutamanya masa hari nak berangkat ke Tanah Suci. Sebab masa tu, kami semua akan menjadi sangat penat, perjalanan akan mengambil masa yang sangat panjang. Beliau pesan lagi suruh kami jaga kesihatan elok-elok, pastikan tidur mencukupi, sebelum pergi tu, makan dulu jangan biarkan perut kosong. Yelah, bukan apa, takut-takut nanti bila kita penat, lapar, mengantuk, maka akan mudah untuk mood kita berubah. Jadi, apa sahaja pesanan dari semua team PDC, kita ambil maklum dan follow the rules je la. =)
*** Masa ni jugak, Tuan Ceo, Tuan Rosli bin Talib dah pesan awal-awal dekat kami, semua para jemaah, supaya banyakkan bersabar, terutamanya masa hari nak berangkat ke Tanah Suci. Sebab masa tu, kami semua akan menjadi sangat penat, perjalanan akan mengambil masa yang sangat panjang. Beliau pesan lagi suruh kami jaga kesihatan elok-elok, pastikan tidur mencukupi, sebelum pergi tu, makan dulu jangan biarkan perut kosong. Yelah, bukan apa, takut-takut nanti bila kita penat, lapar, mengantuk, maka akan mudah untuk mood kita berubah. Jadi, apa sahaja pesanan dari semua team PDC, kita ambil maklum dan follow the rules je la. =)
* Ok, lagi, biasa lah, sebelum terbang, kau mesti akan dimasukkan dalam group whatsapp untuk sebarang perkembangan persiapan sebelum depature dan informasi apabila berada di sana nanti kan.
Our GROUP LEADER (GM 22) |
** 12 Januari 2019, Ustaz Muhammad Bukhari bin Mohd Fauzi, selaku group leader kami dah masukkan dalam group whatsapp, dan dah bagi serba sedikit penerangan/informasi sebelum kita terbang. Berkenaan penggunaan kad atm, penggunaan wheelchair, stroller, berkenaan persiapan dan lain-lain.
Basic checklist before fly~ |
Mudahlah, semuanya mudah. Aha, lagi satu, berkenaan application IMO, dekat sana, video call kalau pakai whatsapp kena reject, so kena pakai IMO. Sim kad beli lain (semua ni nanti saya terangkan dalam entri part 2)
Ini application yang aku cakap tadi. Nanti untuk next entry aku bagitahu kenapa kena download apps ni. (imo) |
*** Alhamdulillah, 18 Januari 2019, ustaz beritahu semua visa dah dikeluarkan.
Masa tu, aku dah boleh tarik nafas lega juga, sebab memang dah tak jauh dari tarikh terbang, and tiada apa-apa masalah berkenaan dengan isu mahram, dan visa aku. Serius aku sangat cuak kot kalau tiba-tiba berlaku apa-apa di saat-saat akhir. Sebab dah excited sangat-sangat. Dan Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.
Lagi satu kan, sebelum pergi tu, ustaz dah pesan, bawak je dua beg besar sekali gus. Tapi tu la, jemaah degil macam aku, bawak satu beg besar yang PDC bagi, satu lagi bawak beg kecik sikit, haih rugi dah kat situ oi. Sebab kelebihan Saudi Airlines (setiap satu beg ialah 23kg, dan maksimum adalah 2 beg. Jadi total untuk seorang penumpang ialah 46kg untuk dua beg)
Ini adalah untuk penerbangan Saudi Airlines ye, kalau kapal lain-lain kena tanya dekat GL korang sendiri tau. |
Oke, untuk entry yang pertama ni, cukup sekadar aku cerita, macam mana sebelum ke umrah, macam mana kenal PDC, dan serba sedikit perkara yang perlu dibuat (checklist) sebelum pergi umrah. Dan lagi, nak pesan ni, jangan ikut perangai macam aku, hari rabu flight, hari isnin baru nak kemas beg. Huhu.. tak ada lah kucar kacir, tapi agak huru hara sikit la. Haha. So, korang kena prepare beg awal-awal ok? And make sure apa yang GL ke mutawwif kau sarankan sebelum gerak pergi, ikut je cakap dia, supaya kau tak menyesal di kemudian hari. Lagi-lagi first timer macam aku. Haha. Isu pasal beg tu tolong jangan ambil mudah, sebab kau memang sangat-sangat memerlukan beg besar apabila sudah sampai di sana nanti. =) Tapi kalau takde, baguslah, and aku respect. ^-^
Dan nanti, aku akan sambung cerita lagi untuk next entry, insya Allah, part 2 (Umrah Journey)
Ok, sebelum aku akhirkan entry aku yang ini, aku nak share serba sedikit info tentang PDC Travels.
Ni ha bukti yang PDC Travels ni syarikat umrah berdaftar. Kot la kalau ada yang meragui macam aku dulu tu. ^-^ |
Aku SUKA visi dorang ni~ mampu milik, selesa. Double thumbs up! |
Ini alamat, dan no telefon untuk dihubungi. =) |
Basic information. Cukup kan? Untuk keterangan lanjut boleh hubungi nombor yang tertera atau emel.
Ini pun basic info jugak, pakej yang aku ambil :
PAKEJ UMRAH PDC TRAVELS (PAKEJ EKONOMI - MYUMRAH)
PENGINAPAN MAKKAH : AREEJ AL-FALAH HOTEL
JARAK : 250 METER KE MASJIDIL HARAM
TARAF : 3 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 6
PENGINAPAN MADINAH : ODST HOTEL AL-MADINA
JARAK : 180 METER KE GATE 15
TARAF : 4 BINTANG
MAKANAN : 3 KALI SEHARI
JUMLAH BERMALAM : 4
HARGA BERMULA : RM 5650.00/SEORANG
PAKEJ TERMASUK :
VISA UMRAH (TAK TERMASUK CAJ TAMBAHAN JIKA BERKENAAN).
PENGINAPAN HOTEL SEPERTI YANG DINYATAKAN.
PENERBANGAN SAUDI AIRLINES KELAS EKONOMI.
PENGANGKUTAN : BAS VIP 49 SEATER.
SET BAGASI KHAS TAJAAN PDC TRAVELS (TOTAL 4 BEG).
PERLINDUNGAN TAKAFUL.
MEDIC PILGRIM CARD.
KURSUS UMRAH PERCUMA DI MALAYSIA DAN TANAH SUCI.
MUTAWWIF / KETUA ROMBONGAN SEPENUH MASA.
UMRAH DENGAN PEMBIMBING.
ZIARA MAKKAH DAN MADINAH DENGAN PENGISIAN OLEH MUTAWWIF YANG PAKAR DAN BERPENGALAMAN.
BIMBINGAN RAUDHAH BAGI WANITA SETIAP HARI.
AIR ZAM ZAM 5 LITER SETIAP ORANG.
* PROMOSI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT
Orait, cukup untuk setakat ini dahulu, selebihnya, aku akan share dekat next entry. (umrah journey part 2)
Terima kasih, atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.
Sekian, wassalam.
Tulus,
Norzayani Binti Norhamshah
7.32 PM
Selasa
No comments:
Post a Comment