Showing posts with label #LaTahzan. Show all posts
Showing posts with label #LaTahzan. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Selfnote...



Jodoh itu apa?

Jodoh itu walau kau mengelak sampai ke hujung dunia sekalipun, kau tetap akan saling berjumpa.

Jodoh itu apabila kau suka dekat seseorang, tapi kalau seseorang itu tak minat, kau baik macam mana pun dia tak pandang. Please, move on.

Jodoh itu bilamana kau sedang berusaha mencari, tapi masih tidak berjumpa. Masih belum dipertemukan.

Simple je.

Tak payah fikir banyak-banyak.

Yang penting kau dah usaha, kau tahu usaha yang bagaimana.

Tapi bukan usaha yang boleh mengundang murka Allah, ok? 

 Insya Allah, kalau tak jumpa kat dunia, kat akhirat nanti jumpa lah.
Sabar. Itu kuncinya.

Kau fikir apa ni? Target kau apa dalam hidup kau?

Berjaya? Kaya? Bahagia?

Apa jua yang kau targetkan, nak berjaya, kaya, bahagia, biarlah kerana Allah.
Bukan kerana kepuasan diri kau sendiri.
Kalau tak, ruginya. Rugi sangat...

Dan…

Semak balik please, kau hidup untuk apa? Kerana apa?

Apa pun jawapan kau, dalam skema jawapan, jawapannya hanya satu dan takkan berubah.

Nak tahu apa?

Kau hidup kerana Allah, kau dapat hidup sekarang ni pun kerana Allah.

Faham kan?

+ Oh mudah saja nak hidup bahagia +

+ Jaga hubungan dengan Allah +

+ Jaga hubungan sesama manusia +

Insya Allah, bahagia milik anda juga akhirnya...

* Bahagia itu subjektif, ada yang sedang sakit, tapi masih bahagia, ada yang sedang bersedih, tapi masih boleh rasa bahagia, ada yang sedang dukacita, tapi tetap merasai bahagia... itulah keajaiban Allah... 


Sincerely,
Me. [SelfNote]




Wednesday, November 19, 2014

Mencari Kecantikan Isteri ...




”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”


+ Sebuah perkongsian entry yang bermanfaat untuk disebar-sebarkan.

+ Dipetik dari ruangan alam maya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

+ Klik link di bawah untuk baca entry penuh.

+ Semoga ia bermanfaat untuk suami, isteri, bakal suami, bakal isteri, seorang lelaki & seorang wanita.

Mencari Kecantikan Isteri, Bukan Isteri Yang Masih Cantik...


Friday, July 11, 2014

13 Ramadhan 1435H [ Puasa Dan Derma ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, masih dikurniakan nyawa sehingga ke saat ni.
Alhamdulillah, dah hari yang ke 13 umat Islam di Malaysia ini berpuasa.

Bagaimana 13 hari puasa yang awak semua lalui?
Mesti hebat-hebat kan.
Saya? Erm biasa lah, manusia mana yang Allah tak beri ujian. Ujian tanda Dia sayang.
Kita follow je apa yang Dia nak beri.

Alhamdulillah, setakat ini, walau ada compang-camping dan huru hara sikit ketika cuba memenuhi 'checklist ramadhan' saya, masih lagi Allah berikan yang terbaik.
Mana perfect, tapi saya sedang mencuba dan akan terus mencuba. Paling penting nak istiqamah, sampai akhir nyawa nanti. Istiqamah ini bukan mudah, tapi kita kena berusaha, dan berdoa, supaya Allah memilih kita untuk Istiqamah.

Sepanjang 13 hari berpuasa, dah banyak pula kenangan suka dan duka tahun ni.
Adalah juga bersedih hati dengan sesetengah perkara, tapi kan Allah itu ada. La tahzan, innallaha ma'ana.
Lagi-lagi dalam bulan mulia ini, saya dah ajar diri supaya jangan nak 'cengeng' sangat. Mesti kuat!
Orang Islam kena kuat dan bersemangat! Lebih-lebih lagi apabila diuji.

Ustaz kata puasa itu perisai bagi umat Islam.
Musuhnya tentulah nafsu. Bilamana nafsu menyerang, puasa itu mampu jadi perisai.

Ustaz tanya apa makna puasa tu?
Kita dalam masjid cakap 'menahan diri dari lapar dan dahaga.' (Kompidensel jawapan tu!)

Ustaz kata, kalau budak budak ye. Menahan diri dari lapar dan dahaga.
Tapi awak-awak yang dah besar macam ni. Itukah makna puasa pada awak.
???
Tujuan kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini adalah untuk melahirkan taqwa.
Kalau sekadar awak tahan lapar dan dahaga, mana nak cari taqwa itu?
Ok, mulai sekarang, kena target (sementara masih ada waktu ni) membina taqwa dan istiqamah.

Paling penting, jangan pernah merasa cukup dengan amal ibadah yang kita dah pernah lakukan.
Tersangat sedikit jumlahnya di sisi Allah. Jadi, teruskan beribadat. Semata-mata kerana inginkan keredhaanNya.

Kawan-kawan, jangan pernah lupa untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Kerana nikmat Allah datang tanpa jemu.

Di bulan yang mulia ini, Allah memberi kita rahmatNya. Jadi janganlah kita mengundang azabnya. (Hindari perkara yang mungkar)

Dalam pada umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa ni, saudara-saudara kita di Gaza,Palestin. Sedang diuji. Israel membuat serangan tanpa belas kasihan!
Jika kita sahur dengan makanan yang mungkin kita tiada selera untuk telan di awal pagi, tapi saudara kita kat sana? Dapatkah mereka bersahur? Adakah bekalan makanan untuk mereka?
Sewaktu berbuka pula, meja kita penuh dengan bermacam hidangan. Tapi saudara kita di sana? Berbukakah mereka? Ataukah mereka tidak sempat berbuka? Ataukah mereka berbuka dengan gelaran 'yatim piatu'?

Semua ini, kadang-kadang, nafsu jahat kita dengan riak menjerit. "Heyyyy, tak ada kena mengena dengan kitalah. Berani sangat ke? Mereka jauh. Kita kat sini, aman lagi. Jangan nak masuk campur."

Astargfirullah. Semoga kita tak ikut nafsu yang jahat ini.
Jangan sampai Allah murka kerana kita tidak menghiraukan saudara saudara kita di sana.
Siapa kata kita tak ada kena mengena?
Kita ini umat islam. Umat Islam itu semuanya bersaudara. Jangan pernah riak dan angkuh apabila berkata-kata di dalam hati.
Orang lain mungkin tak tahu. Tapi Allah tahu. Sedikit pun tidak terlepas dari pengetahuanNya.

Okay, saya bukan nak membebel.
Ter emo sikit di hari jumaat ini. T.T

Jadi, di kesempatan ini, saya berharap sangat, agar kita semua dapat mengumpul sebanyak mana pahala di dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita bakal menjadi penghuni syurga.
Kerana tahun depan belum tentu kita jumpa lagi Ramadhan. Dan kita tahukah sama ada kita dapat menghabiskan ramadhan tahun ini? Kalau Allah tak izinkan, bagaimana? Rugi bukan.

Dan juga, saya harap kita semua sudi untuk menyalurkan sumbangan buat saudara-saudara kita di Palestin.
Tak banyak takpe, beri yang mampu. Semoga Allah sudi pandang kita, walau sumbangan itu sedikit. Ikhlas itu hanya Allah yang mengetahui. Jangan risau tau. Dia Maha Adil, Maha Mengetahui.




~ Kalau untuk menyumbang bersama Aman Palestin, anda boleh rujuk gambar di atas. Ataupun, awak boleh klik link ini .

Selain dari Aman Palestin, awak boleh menyumbang melalui aqsasyarif . Lagi melalui islamic-relief pun boleh.
Terpulang pada awak.

Kalau kita mampu nak kumpul duit nak beli gajet atau nak bercuti-cuti. Takkan nak hulur RM50 untuk sumbangan begini pun nak berkira. Jangan, sebab ganjaran baik untuk kita di sana nanti. Allah dah janjikan itu. Lebih-lebih lagi menderma di bulan mulia ini. Masya Allah, mesti besar ganjaran kan?

Oke, jom kita semua jadi umat yang terbaik.
Yang sentiasa berusaha melakukan kebaikan.
Yang sentiasa berusaha supaya disayangi dan dicintai Allah.

Semoga Allah meredhai hidup kita, dunia akhirat.
Aamiin.

Terima kasih sudi baca entry ini.
Salah silap, mohon dimaafkan.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Assalamualaikum.

Norzayani binti Norhamshah
12.39 PM
13 Ramadhan 1435 H / 11 Julai 2014

Wednesday, June 4, 2014

Bila Tiba - Ungu



Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara
Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan
Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jantung Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...

( Korus )
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan nafas sekali lagi hari ini.

Tersentak hati dengar lagu ni hari ni.
Ini ialah Ost dari Filem Sang Kiai (Indonesia).
Bertubi-tubi soalan menembak akal fikiran.

" Jujurkah aku mengingat mati? "
" Benarkah aku dah bersedia? "
" Lalu bagaimana persiapan untuk menghadapi? "

Awak, saya, kita semua pun akan mati.
Tapi betulkah kita dah bersedia?
Atau mungkin, mati sekadar mati saja lah.
Tanpa bawa apa-apa untuk 'hidup' di alam sana nanti.

 " Mati tak bisa untuk kau hindari, tak mungkin bisa engkau lari. "

Kalau diberi pilihan kematian itu, pastilah semua orang pun inginkan kematian yang baik (husnul khotimah),
tapi mungkin adakah amal ibadah kita cukup untuk kita mendapat kematian yang baik itu?

Amal ibadah mesti dimaksimakan.
Solat fardhu belum cukup untuk bekalan di sana nanti sayang.
Tambah dengan lain-lain amalan. Solat sunat. Bersedekah. Jadi kawan baik Al-Quran. Dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh/solehah. Berjuanglah melawan nafsu dalam diri.
Biarkan mata hati awak sentiasa mengingat Allah, mencintai Allah. Walau apa pun yang awak buat.

Bagaimana nak mencintai Allah?
Berdoalah saudaraku sayang. Berdoa supaya Allah pilih kita, rezekikan kita untuk terus mengingati Dia.
Kita kena mohon. 

Setiap hari awak solat fardu 5 kali. Bererti awak sudah pun membuat "Aku Janji" di depan Allah.

" اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ "
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam]

Itu kalau awak solat 5 kali sehari yang fardhu. Belum campur solat sunat sebelum dan selepas solat.
Namun benarkah "Aku Janji" itu, kita menghayati. Atau sekadar baca. Baca. Dan baca tanpa rasa apa-apa?

Kalau diberi pilihan untuk mati di mana dan bila, saya nak pilih untuk mati selepas buat haji di Mekah. (Kalau rezekinya tertulis begitu. Kalau tiada, itu semua takdir Allah.)
Walaubagaimanapun, sudah tentu juga saya mengimpikan mati dalam keadaan husnul khotimah.

Benar sudah bersedia?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Hari ni sudah 6 Sya'ban, tak sangka bukan? Secepat ini kita sudah lalui untuk tahun ini.
Kurang lebih 24 hari saja lagi untuk kita masuk bulan ramadhan.

Mohon kawan-kawan sekalian luangkan lebih masa upgrade iman.
Dan seterusnya istiqamah sampai akhir hayat kita.
Mulalah sayang, kalau awak tak mula. Bagaimana Allah nak beri?

Mencintai Allah itu lebih indah dari mencintai sesama manusia.
Saya tak nafikan. Cinta sesama manusia itu fitrah.
Namun fitrah itu jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan fitnah.

Kejarlah cinta Allah, berlarilah kepada cinta Rasulullah.
Selangkah awak medekati Allah, seribu langkah Allah akan mendekati awak.
Dekatkanlah diri dengan sunnah nabi, semoga kita akan mendapat syafaat di akhirat kelak.

 Lihatlah dengan mata hati awak kasih sayang dan rahmat Allah itu sungguh luas.
Berfikirlah sejenak apa sebenar tujuan awak hidup di atas dunia ini. Kita ni menumpang saja di bumi Allah ini. Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur. Menangislah di depan Penciptamu.
Tiada siapa yang dapat memahami hatimu dengan lebih baik selain Allah.
Dialah Pendengar terbaik.
Dengarlah suara hati awak. 'Mereka' inginkan sesuatu yang berharga. Kunci khazanah itu hanya ada pada Allah. Baliklah sayang, baliklah semula kepada Pencipta awak. Sudah cukuplah, janganlah kita dengar bisikan syaitan lagi. Sampai bila nak hanyut?
Sedarlah, sebelum terlewat.
Bertindaklah sebelum ajal menjemput.

Saya doakan awak semua bahagia, berjaya dunia akhirat.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan yang beramal soleh.

Usaha sama-sama ya, supaya kita semua boleh berjumpa semula di syurga Allah nanti.

Syukran jiddan, sudi baca entri ini.
Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf.
Insya Allah, panjang umur, ada rezeki, kita jumpa lagi di lain waktu.
Hidup baik-baik.
Assalamualaikum...

Love,
Norzayani Binti Norhamshah

6 Syaaban / 4 Jun


" ALLAH  mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya... subhanallah..." 


Tuesday, May 20, 2014

Boikot Yang Bermusimkah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini maybe cara penulisan aku tak macam selalu...
(Yang gila-gila...ye waktu gila boleh gila, tapi jangan lebih-lebih, waktu serius, kita kena betul-betul serius. Sebab bukan semua benda boleh buat gila-gila. Setuju?)

Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog aku ni, mesti ingat dengan entri ini, sejarah hari nakbah .
Sudah faham apa itu hari nakbah?
Paling penting, selepas membacanya, ada atau tidak rasa terkesan di dalam hati, berfikir bagaimana nak bantu saudara-saudara kita di sana?

Ada sesetengah pendapat mengatakan, tak perlu nak ambil tahu pun. Bukan saudara kandung pun, saudara Islam saja. Lagi pun mereka jauh. Buat apa nak ambil tahu. Atau mungkin, lebih parah lagi, ada yang berfikir, tak payah nak masuk campur sangat, nanti Israel serang negara kita, baru padan muka kita.
Allah, Allah... Allah.. Malanglah kita kalau kita ada terdetik begitu di dalam hati.

Walau mereka (saudara Islam kita) itu nun jauh di sana, tak dekat pun dengan negara kita ini, namun, kalau dibaca balik pendapat yang dikeluarkan, tidakkah anda merasakan anda juga kejam seperti tentera Zionis.

Kita ni, terkadang, sudahlah tidak mahu untuk menghulurkan bantuan, nak menghulurkan doa juga kita masih kedekut. Apa masalah kita sebenarnya ini? Harus aku akui, kita ini bila Allah beri kesusahan, baru nak ingat pada Dia. Masa kita senang, mana kita? Apa yang aku tulis ini juga sekadar mengingatkan diri sendiri juga. Aku tak ada suka-suka nak hentam orang ke apa. Itu adalah kelemahan.
Dan untuk mengelakkan kelemahan yang sebegitu, adalah sangat wajar jika kita berkawan dengan teman-teman yang sentiasa boleh ingatkan kita supaya tidak lalai, dekat dengan agama.

Kerana terbiasa, kita ini, bila Israel ke US ke nak serang Palestin, masa itu baru kita sibuk-sibuk nak boikot barang keluaran mereka.
Habis musim menyerang, kita pun berhenti menjadi mujahid di laman sosial. Sepi, tiada siapa yang sudi ingatkan supaya kita boleh terus memboikot barangan keluaran Israel dan negara-negara yang bersangkut paut dengannya.

Sebab itu entri ini diwujudkan. Supaya kita semua mampu mengingatkan diri sendiri, janganlah hanya bermusim kalau nak memboikot barangan keluaran mereka.
Dalam pada kekecohan dalam usaha memboikot itu, terbit pula isu kita digesa untuk hentikan pem'boikot'an bagi mengelakkan tempias pada ekonomi negara. Aku tak faham sungguh kenapa isu ini boleh berbangkit.
Bagi terlalu mengikut telunjuk barat, telunjuk 'syaitan' yang menyuruh kita bersuka-ria di atas muka bumi ini selagi boleh, tak hairan bahawa satu hari nanti, bila Allah sudah murka, maka mungkin kita akan jadi lebih teruk nun di Palestin sana.



Ada setiap daripada kita, sedar. Tapi tak tahu atau dalam dilema, bimbang akan terjadi sesuatu pada negara jika kita bertindak untuk memboikot. Ya aku faham kerisauan itu, tapi kita ini, sebagai seorang Islam, janganlah kita hanya menjadi Islam hanya atas nama dan kad pengenalan. Buktikan kita benar-benar seorang Islam. Orang Islam yang sejati, dia tak mungkin gentar dengan ujian yang Allah beri. Kerana tempat pergantungan dia hanyalah kepada Allah. Walau apa pun jadi, dia yakin Allah akan lindungi, bantu dia.

Kita ini, kadang-kadang selalu begini, "Aku dah doa, tapi Allah tak tolong pun..." Allahurobbi, sayang, adik-adikku sekalian, jangan sampai begitu mempersoalkan kenapa Allah tak bantu. Kita ini siapa? Dia itu Maha Berkuasa. Bila pertolongan belum sampai, itu tandanya belum masa yang sesuai, atau mungkin awak kena berfikir begini, Allah masih belum mahu tolong kerana Dia nak uji keimanan, kesabaran kita. Atau awak boleh berfikir begini, mungkin Dia masih belum mahu menolong atas kerana kafarah dosa yang pernah kita lakukan. Tapi ingat satu ni saja, Allah itu Maha Penyayang. Bersangka baik lah dengan Pencipta awak ye adik-adik sayang.

Aku juga akui, bukan semua yang kita dapat nak boikot. Contohnya bila melibatkan teknologi, sedang aku taip ini juga menggunakan hardware dan software keluaran negara terbabit. Mungkin korang akan cakap, haih macik ni, cakap tak serupa bikin!!! Ok, aku hargai kalau korang nak marah ke apa, sekurang-kurangnya ia boleh mengingatkan aku supaya gunakan teknologi yang ada sebagai keperluan sahaja dan bukan kehendak. Sekurang-kurang awak dah berniat, awak tak suka tapi awak terpaksa. Selainnya, biar Allah yang menilainya.

Sebagai contoh menggunakan teknologi sebagai keperluan dan bukan kehendak, karanglah entri-entri yang dapat membantu menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik, yang diredhai Allah. Sekurang-kurangnya, bila kita dah mati satu hari nanti, kalau ada entri baik, ia boleh jadi rujukan dan panduan buat orang lain yang masih tinggal di dunia ini. Kalau ilmu yang kita kongsikan itu bermanfaat, bonus untuk kita tau. Ilmu yang bermanfaat, pahala itu berterusan sampai kita di alam barzakh ye adik-adik. Tahu kan? Faham kan?
Bagus, faham.
Akak ni pun dik, bukan suci dari dosa, in fact, tiap-tiap hari pun akak ni berdosa.
Tapi kita boleh usaha sama-sama nak tambahkan pahala pula kan?
Kalau ada yang terleka, terlalai, dialu-alukan untuk menegur perbuatan akak ye. (",)

Jadi, dah bersedia nak bermujahadah?



Tak apa, kita mula kecil-kecil dulu. Doakan kesejahteraan saudara kita di sana, usaha boikot bukan bermusim ya. Bukan bila dah tak ada isu Palestin di serang, kita hentikan boikot kita. Usaha ini mesti berterusan sebab Israel dah rampas tanah umat Islam di Palestin. Isu ini bukan kecik. Isu ini besar. Israel sedang membina negara di tanah yang bukan milik mereka. Israel sedang merampas nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Kekejaman mereka tidak dapat disangkal lagi. Jadi kenapa memilih untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi negara mereka wahai umat Islam?

Aku tahu sebenarnya kalau entri-entri yang begini, bukan boleh menimbulkan minat pun pada sesetengah orang, tapi tak apa lah, mudah-mudahan suatu hari nanti, akan ada yang tersedar.
Kita ni, bercita-cita besar, nak ke syurga Allah bersama yang tersayang. Tapi cuba semak betul-betul, adakah jalan yang kita pilih itu, benar-benar jalan menuju syurga? Mudah-mudahan jalan itu tidak tersasar ke landasan kereta api menuju ke neraka. Naudzubillah.



Sebenarnya boleh saja kita hidup tanpa perlu makan MC DONALD'S, tanpa perlu minum MILO jenama Nestle, tanpa perlu ber COCA COLA, tanpa perlu bershopping di TESCO. Boleh, boleh sangat kita teruskan hidup. Bumi Allah ini luas. Banyak lagi makanan sunnah Nabi yang kita boleh ikut dan amalkan.
Suci, halal dan tidak diragui tau.

Kalau awak baca Al-Quran, di dalam surah Al-Maidah ayat 88 yang bermaksud , "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman." Dari ayat ini awak pasti boleh lihat, betapa makanan yang halal lagi baik itu pasti akan dapat keberkatan dari Allah. Benda ini semua nampak kecil je, tapi impaknya sangat besar pada hati, akal dan fikiran kita. 

Contoh begini lah, cuba korang tinggalkan makan MCD, korang mesti boleh faham apa hikmah yang korang akan dapat. Kita ni kadang-kadang je orang tengok kita seperti tak ada masalah, tapi bila kita seorang diri, sebenarnya kita ada perasaan sunyi yang korang je tau. Salah satu penyebab hati kita tak tenteram adalah kerana kita salah memilih makanan dan minuman. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Jadi pemakanan kita haruslah yang mempunyai berkah. Makanan kita biarlah sesuatu dari sumber yang halal dan berkat. Supaya kita boleh rasa cergas untuk melakukan ibadah.

Ok, lagi satu contoh ayat dari Surah Al-Maidah, iaitu ayat 113 yang bermaksud, "Mereka berkata : "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat),dan supaya tenang tenteram hati kami,dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri."

Surah Al-Maidah yang juga bermaksud hidangan, terdapat banyak perkara yang Allah sampaikan pada kita.Tentang haji, tentang makanan, tentang wasiat dan macam-macam lagi.
Teruja tak? Hebat kan Al-Quran, di dalam satu surah itu, macam-macam perkara yang Allah sampaikan.
Sebab itu, Al-Quran ini adalah Surat Cinta dari Allah.

Aku bukanlah pakar mengenai agama dan Al-quran, tapi bila baca Al-Quran itu, kita bukan sekadar baca kan? Kita kena fahamkan dan amalkan. Al-Quran ini Allah turunkan menggunakan bahasa yang indah, jadi kita memang kita rujuk kepada yang pakar mengenai tafsiran Al-Quran.

Jadi, nampak tak kat sini, apa saja yang kita makan atau minum itu sebenarnya memberi impak dalam diri kita, baik dari segi mental mahupun fizikal, baik dari segi jasmani mahupun rohani.

Temanya kat sini, entri ini dikarang sekali lagi diterangkan, bukan untuk aku bermegah-megah mengatakan diri ini terlalu bagus ke apa. Tak. Bukan. Aku cuma mahu mengingatkan jika ada di antara kita yang terlupa. Kalau nak boikot Israel ia bukan bermusim. Kalau ingin menderma, juga ia bukan bermusim. Kalau ingin mendoakan, kekalkan berdoa kerana doa juga bukan hanya di musimnya.

masih tiada kudrat? bermujahadahlah! moga Allah bantu...


Sekurang-kurangnya, bila kita tak mampu nak bermujahadah sampai ke sana, kita mampu melakukan sesuatu perkara yang tidak menyokong perbuatan orang yahudi.

Bila sudah ada nawaitu, pasti kita akan bercita-cita nak melaksanakan, bila nawaitu dan perbuatan itu seiring, pasti redha dan kasih sayang Allah ada untuk kita, di dunia dan di akhirat.

Dan sekian untuk entri kali ini,
semoga setiap apa yang aku kongsikan, dapat kita tunai dan laksanakan bersama-sama.
Kalau aku terlupa, kalian boleh ingatkan aku semula. Tolonglah ingatkan aku jika aku terlupa.

Moga Allah bantu kita, meredhai kita di dunia sampai akhirat.

Terima kasih jika ada yang sudi luangkan sedikit masa membaca entri ini.
Apa jua kekhilafan pada setiap patah perkataan, mohon dimaafkan.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam...


Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
1.31 PM

Thursday, April 3, 2014

Bagaimana akhirnya, stokin menjadi sahabat...

Bismillah,

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang April.(Sekejap saja dah masuk bulan April, bulan Mac tahun ini agak mencabar sedikit.)
Dugaan, ujian, cabaran, berbagai-bagai perasaan ada di dalam bulan Mac tahun ini.
Bulan ini dirasakan cepat, tapi dalam masa yang sama, bulan ini juga terasa panjang. (Macam mana tu? Wallahu'alam, aku tak tau macam mana nak beritahu perasaan tu. Allah sajalah yang Maha Mengetahui setiap apa yang kita rasakan. Kembali kepada Allah, adalah sebaik-baik tempat kembali.)


Apa yang ingin aku kongsikan di entri ini bukanlah untuk membanggakan diri, memberitahu apa yang aku buat atau amalkan dengan tujuan untuk riak, nauzubillah. Mohon dijauhkan. Walaubagaimanapun, anda ada hak untuk berfikir, mengandaikan apapun. (Takkan aku nak halang kotak akal pemikiran korang kan?)

Ya, sekadar ingin berkongsi apa yang aku nak kongsi. (Ye, aku faham, ada sesetengah orang berpendapat bahawa takkan semua cerita tentang diri nak di uar-uarkan dalam laman sosial.)
Pada pemikiran aku, aku rai kan perbezaan orang yang begini. Kadang-kadang, tak semestinya apa yang kita share pada umum itu, kita bertujuan untuk riak (jadi konsep Husnudzon kat sini memang penting.)
Mungkin sesetengah orang itu, apabila dia berkongsi tentang sesuatu yang mungkin dirasakan bermanfaat dan mahu orang lain turut sama diberi manfaat, jadi terhasillah perkongsian yang baik-baik.

Al kisah kenapa mukadimah aku panjang sangat ni?

Oke aku terus kepada point la ye.

Bagaimana akhirnya, stokin menjadi sahabat.

cantik kan stokin ni. hehe~ gambar hiasan ye~


Wahh, tajuk entri, mengapa begitu?

Umur aku bulan Julai ni genap 26 tahun. Insya Allah, kalau Allah benarkan aku untuk terus bernafas sehingga waktu yang sekian dan sekian.

Terlintas dalam hati, "Yani, kau buat apa je selama kau dah hidup 26 tahun? Kau buat apa je sepanjang kau sudah tahu berfikir/baligh? Kau buat apa je seumur hidup yang Allah beri sehingga ke hari ini?" Dan ada lah soalan-soalan lain yang berlegar-legar di minda.

Satu yang paling terlintas, sepanjang sudah akil baligh, bagaimana penjagaan aurat mu cik Norzayani binti Norhamshah. Cukupkan sekadar awak pakai tudung sahaja, pakaian semua sudah menepati syarat menutup aurat yang Allah suruhkah? 

Penjagaan aurat.

Yes, itu yang aku nak share.
Aku macam gadis / wanita-wanita lain juga, sangat sukakan 'bercantik-cantikkan diri' , hehe, normalkan wanita suka yang begitu? Suka shopping and so on.

Aku akui, dulu walau tahu, tapi belum tergerak hati. (Hurm sebenarnya nak tunggu tergerak hati, syaitan memang akan berusaha gigih memesongkan hati supaya tak tergerak untuk memulakan benda-benda baik.)
Jadinya, sewaktu permulaan, paksa rela diri jugaklah.
Facebook bukan sekadar facebook, banyak di antaranya yang menge'pos' sesuatu yang membuat aku tersedar dari tidur. "Yani, please, jaga aurat." (Walau apa pun yang jadi, cukuplah cerita dulu dijadikan pedoman untuk aku jadikan diri aku lebih mengikut apa yang Allah suruh.)

Walau apapun, aku anggap ia sebagai cinta dan kasih sayang, kerana Allah sudi rezekikan kepada aku untuk tersedar dari tidur. Sekurang-kurangnya, ringan sikit bahu ayah nak tanggung dosa anak gadisnya ini kan? Yelah, sebab aku belum kahwin. Kalau aku dah kahwin, yessss, semoga aku istiqamah untuk tidak biarkan suami aku tanggung dosa yang aku buat. Tak nak. Tak nak. Nak masuk syurga sama-sama dengan semua orang yang aku sayang dalam dunia ni.

Kalau tanya tarikh bila aku mula pakai stokin ke, pakai handsock ke, labuh-labuhkan sikit tudung ni, memang aku tak ingat. Sobs. Semuanya yang paling aku ingat ia bermula masa bulan ramadhan 2012. Tiba-tiba je. Sikit-sikit perubahan itu. Teruknya aku ni, kejap pakai, kejap tidak. Maksud aku bila abang-abang ipar datang rumah ibu ayah la. Tapi kalau nak keluar rumah, insya Allah, stokin itu semua sahabat karib.
Kalau 'dorang' takde, mau aku rasa macam tak lengkap. Oh, no, no, nooo.

Permulaan ya agak susah. (Tapi selalunyalah, benda yang kita tak suka tu, memang baik untuk kita di masa akan datang.)

Contohnya, sanak saudara kaum keluarga ataupun sahabat handai ada mengusik-usik,

"Kenapa pakai stokin?" (Allahurobbi, aku senyum je.)

"Hurm tudung dan macam lapik meja makan..." (Sobss, tudung besar kan? Takpe Yani sabar, jalan bermujahadah itu bukan mudah. Pujuk semula diri sendiri.)



"Em Yani, bila habis pantang?" (Haha, ah sudah, aku kahwin pun belum. Takpe, yang ni aku senyum je, sebab yang mengusik pun pak cik aku, haha, tak terkesan pun dalam hati sebab beliau memang suka bergurau oke.)

Itu ujian masa awal-awal dulu la, bukan mudah nak hadapi, tapi take it easy la. Kita fikir positif, soalan-soalan sentap ke apa tu, kita biarkan je ibarat angin lalu pada muka. Hehe.

 Apabila kita lindungi diri kita, Allah mesti akan lindung diri kita. Yakin tau! Hehe. 
Allah sayang kita semua ni. :')

Dan lebih membuatkan aku nekad, apabila aku diserang penyakit yang misteriiiii... (Heheh takdelah misteri sangat, cuma sakit kaki yang aku tak tahu apa puncanya. Azab ketika itu tak dapat diluah dengan kata-kata, hanya Allah yang tahu. Lepas tu kena sengat tebuan lah. Menangis-nangis tau tahan sakit. Hoho. Tapi dalam hati sebenarnya dah terdetik, itu hint supaya sudah tiba masanya untuk berubah. Suka-suka dok tayang jari-jari kaki kat orang ye Yani? So tanam azam. Nekadkan hati! Lakukan! Persepsi orang? Biarkan. Tak perlu kata apa-apa. Sabar kuncinya.

Dan begitulah sehingga kini, sekurang-kurangnya aku rasa dihormati oleh orang lain bila aku belajar untuk menghormati diri sendiri dengan cara lindungi diri sendiri. Sekurang-kurangnya apabila berpenampilan gini, aku akan lebih berhati-hati untuk membuat sesuatu perkara, kerana penampilan itu membataskan tindakan.

Namun, kalau ada yang menganggap aku menunjuk ke apa,berlagak baik ke, aku susun sepuluh jari, mohon maaf ye. Sungguh takda niat.

Namun kalau ada tindakan perwatakan aku yang mungkin seakan tidak seiring dengan penampilan yang sepatutnya ada sebagai seorang wanita muslimah, minta maaf juga ye. (Boleh tegur berhemah ye, insya Allah, aku oke je.)

Dan sebagai kesimpulan, kalau ada yang ingin melakukan perubahan yang begini, untuk menutup aurat dengan sempurna, lakukan perlahan-lahan. Kalau nak paksa diri pun boleh/ lebih digalakkan, sebab ini tuntutan yang Allah dah tentukan, kita suka ke, tak suka ke, sebenarnya kita wajib buat. Persepsi tanggapan orang tentang diri penghijrahan kita, let it be. Sampai bila nak hidup demi puaskan hati orang.
Kita, nawaitu hidup ni, lillahi taala. Selagi apa yang kita buat belum bertentangan dengan agama Islam, kenapa kita nak rasa stress? Kenapa nak bersedih hati? Insya Allah, sedih di sini, gembira di sana. (Akhirat kelak)

Doa dan harapan aku, semoga jika ada sesiapa yang membaca entri ini (tak kira kaum Adam atau kaum Hawa), semoga tergerak hati kalian untuk menutup aurat dengan sempurna (bagi wanita), semoga tergerak hati kalian untuk menegur wanita-wanita kesayangan kalian untuk menutup aurat dengan sempurna. Semoga kita sama-sama menjadi pilihan Allah untuk menjadi ahli syurga.

*Tak mengapa kalau kita belum sempurna berubah sebab manusia sifatnya tak sempurna, asalkan kita berusaha untuk menjadi seseorang yang dikasihi Allah. Aamiin. Mudah-mudahan.

Terima kasih sudi baca entri ini. Semoga entri ni bermanfaat untuk kalian.
Sebarang kata-kata yang ada menyinggung perasaan, aku minta maaf.
Semoga kalian semua akan sentiasa diredhai Allah, dunia akhirat.

~ Norzayani Binti Norhamshah ~
3 April 2014 / 3 JamadilAkhir 1435H
5.30 PM 
Khamis 


Thursday, March 6, 2014

Atas Nama Cinta


 
Assalamualaikum.

Selamat pagi hari khamis.
Curi sat masa kerja ni update lirik lagu ini, memandangkan ia hanya copy dan paste, so memang tak ambil masa yang lama.


Minggu lepas, pergi mana entah tak ingat, dalam kereta, terdengar satu lagu dekat radio IKIM, eh macam best je, macam sedap je. Liriknya sangat terkesan dekat jiwa aku la. (Jiwa orang lain aku tak tahu.)

Dan hari ini baru aku teringat, download, sambil buat kerja, sambil dengar lagu ni. Ehem ehem. Best.

Lagu ni dah lama kot, tapi aku je baru sedar kewujudan lagu ni.
Sebab dalam lagu ni, suara Fitri Unic ada lagi, sekarang kan Fitri dah nyanyi solo.
Tapi apa pun, dari aku sekolah, sampai sekarang, Unic adalah salah satu kumpulan nasyid fevret aku.
Selain Hijjaz, Raihan, In-Team, Mestica dan sebagainya lah. =)


So, selamat mendengar (Eh sila download atau cari di YouTube, haha kejam Yani!).

Oke, apapun ia tersangat sesuai buat kaum adam dan hawa yang sentiasa ingin menjaga hati supaya tak terus terleka dengan cinta sebelum bernikah. (Kebiasaannya memang selalu alpa, sebab itu dianjurkan bercinta selepas nikah.)
Sesuai untuk didengar oleh remaja (adik-adikku) masa kini, supaya fokus pada pelajaran, mak ayah awak lebih penting. Awak tak akan kisah kalau orang tak sayang awak, asalkan awak tahu Allah sentiasa dekat dengan awak, dalam hati awak. Awak kesunyian sampai hujung nyawa pun awak akan redha, sebab awak tahu Allah akan beri bahagia untuk awak di akhirat nanti. Put your trust in Allah.

Tapi jangan lah pulak cop orang yang macam ni berlagak bagus pulak. (Husnuzon ye adik-adikku sayang) Bila awak dapat rasa sesuatu yang indah selain dari cinta manusia, awak akan tahu apa yang akak cuba nak sampaikan. Dan awak akan setuju dengan setiap bait lirik yang ada dalam lagu ini. Oke? Oke? Oke?

Nah, silakan menghayati lirik yang sangat bermakna ini :
 
(Atas Nama Cinta)
 

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

 

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
Sumber : http://liriknasyid.com

*Terima kasih, jaga diri. Ana uhhibukum fillah Abadan abada.~

Monday, March 3, 2014

Ajal yang datang, tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.

...Kehidupan di sini bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar kejadian...
 
Al-Fatihah buat nekcu, yang telah kembali kepada Ilahi pada tengah malam tadi. (Tak pasti pukul berapa, tapi pak usu Din kata dalam pukul 12.30 malam tadi.)
 
Semalam kami (family) ada melawat nekcu. Minggu lepas pun kami ada melawat juga, sebab nekcu memang ada sakit kanser, plus kena strok tahun lepas. Kata anak-anak nekcu, "kalau nak melawat, lawatlah sekarang, sementara dia ada."
 
Last week jumpa, memang arwah dah tak larat sangat. Kesian nekcu. Tapi itu bahagian arwah, bahagian kita suatu hari nanti, wallahua'lam.
 
Semalam kami melawat sebab pak usu dengan mak usu dah habaq kata doctor dekat SMC suruh bawa balik. (Doktor yang tolong mana yang mampu, selebihnya kita doa minta Allah permudahkan urusan.)
 
Tapi kami pergi malam tadi dah agak lewat, dalam pukul 10.30 jugak baru sampai rumah pak usu. Bila dah tengok keadaan nekcu, terbaring di atas katil, lemah, betul-betul mengingatkan aku pada arwah acik Zila. (Adik ayah aku)
 
Perasaan sedih bila menjelma itu biasa kan bila melawat orang sakit? (Tapi kita sebagai seorang Islam, tak boleh bersedih yang melampau. Cukup sekadar minta Allah sabarkan hati kita, beri kekuatan dengan apa yang bakal berlaku.)
 
Kami ramai-ramai baca surah Yaasin, untuk nekcu. Mak usu dengan mak cik Rohaya ajar nekcu mengucap. (Allahurobbi, kematian benar-benar hampir, selalu dekat saja dengan kita.)
 
Aku tak tahu, tapi semalam aku dapat rasa, arwah memang akan pergi. (Ya, sebab mati itu pasti) Cuma aku tak pasti bila. Dalam hati aku doa banyak-banyak 'Rabbi yaasir wala tu'assir rabbi thamin bi khoir'. (Mintak Allah permudahkan segala urusan.) *dalam saat-saat begini, awak kalau melawat orang sakit, mohon doalah apa saja, insya Allah, pasti Allah tolong. Doalah apa saja untuk yang sedang sakit itu, moga Allah dengar doa kita, bantu segalanya menjadi mudah dan tenang.
(Mohon jangan salah ertikan apa yang aku cuba nak sampaikan, aku sekadar share apa yang patut kita buat bila melawat orang sakit. Dan tiadalah niat aku untuk riak atau ujub (kagum dengan diri sendiri, na'uzubillah.)
 
Lepas habis baca yaasin malam tadi, aku nampak pak njang baca Al-Quran, tapi tak pasti surah apa. So, aku tanya pada mak cik lila, pak njang baca surah apa? Mak cik kata, 'Suratul ra'du' (Surah Ar-Ra'd) Mak cik dengan nenek kata surah ini elok untuk dibaca pada orang yang sedang menghadapi saat-saat terakhirnya.) Kena yakin, semua pun atas kehendak dan izin Allah. Kita ikhtiar, Allah yang mengizinkan semua perkara yang dikehendaki-Nya.

Sejuk kaki nekcu masa aku sentuh kaki nekcu malam tadi. Urut perlahan dan berdoa minta Allah mudahkan urusan. (Ini habit bila aku melawat orang sakit, ayah pesan suruh doa banyak-banyak.) Mudah-mudahan bila satu hari kita pula yang terbaring begitu, akan ada orang tolong mendoakan urusan kita untuk kembali pada Allah, akan dipermudahkan.

Masa ibu ajak balik malam tadi sebenarnya aku tak nak balik lagi, tapi aku tengok jam dah nak pukul 12. Alahai kesian pula, takut nenek mengantuk. Aku fikir esoknya nak kerja pula. Takpelah, doa dari jauh je la.

Dan kami pun pulang, lepas 30 minit sampai rumah, telefon rumah bunyi. (Wallahu'alam, hati terus terdetik, Innalillah.) Mungkin..mungkin.

Lepas tu, baru aku dengar ayah cakap Innalillahiwainailaihiroji'un. (Nekcu dah meninggal, tak lama lepas kami balik.) Bukan rezeki aku nak tengok bagaimana saat ajal benar-benar di penghujung. Dulu masa arwah acik Zila pun aku tak sempat sebab masa tu dah zohor. (Untuk aku jadikan pedoman pada diri sendiri, supaya lebih mengingati mati.) *Hari ni cuti, sebab memang dah fikir nak 'hantar' sampai ke kubur. Plus aku ni, kalau melawat orang meninggal, balik memang kena terus mandi, kalau tidak, kebiasaannya mudah saja untuk aku kena badi mayat. Moga Allah akan terus melindungi dari sebarang perkara yang tak baik. Aamiin.

Malam tadi, memang tidur tak nyenyak. Tapi terlajak juga, dah azan baru terjaga. Terus siap-siap sebab nak pergi melawat. Takut tak sempat cium arwah untuk kali terakhir. (Memang tak dapat sebab Allah tak izinkan. Jadi, kali terakhir aku cium arwah, sebelum aku balik malam tadi.) T.T

Alhamdulillah, pagi tadi segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah, sudi perkenaankan doa kami. Sudi dengar doa hamba-Mu yang selalu lalai ini.

Segala urusan berjalan dengan mudah. Masa kami sampai, arwah sedang dimandikan.

Selingan sedikit. (Buat sesiapa yang membaca entri ni, andai awak melawat orang meninggal di masjid, mohonlah curi masa sedikit, sujud pada Allah. Solat Tahiyatul Masjid. Kalau pagi, boleh solat dhuha sekali. Oke ye? Kita buat ye? Kita ramai-ramai buat tau. Moga Allah redhai kita dunia akhirat.) Benda yang mudah, janganlah kita terlalu permudahkan ya. Bukankah kita sama-sama nak masuk ke dalam Syurga Allah. Nak berbahagia di sayangi Allah. Kan?

Ok, lepas dah siap mandi, kafan jenazah, solat jenazah. Mudah. Segalanya terlalu mudah, Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Syukur. (Segerakanlah urusan pengkebumian jika ada di antara kita yang meninggal.)

Sesudah itu kami ke Tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Urusan pengkebumian juga mudah. Cuaca juga tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak juga aku rasa bahang. Renung dada langit sesekali, mendengar talkin yang dibaca, air mata mengalir. Sedih, terfikir bagaimana jika aku yang berada di situasi itu. Cukupkah amalan? Bekalan aku ke sana benar-benar cukupkah untuk menampung kehidupan di akhirat? Allah...


gambar hiasan.

Sementara masih ada nyawa yang Allah kurniakan. Janganlah kita melakukan perkara yang lagha,yang dimurkai Allah, bimbang Allah akan murka dan tak akan menerima taubat kita. Kita makin tua, kita makin dimamah usia, kita makin dekat dengan kematian, kematian juga tak kira muda atau tua, lantas untuk apa terlalu mengejar dunia, kerana mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bertaubatlah sebelum terlambat, bukan ketika nyawa di hujungnya. Semoga kita semua bakal menghuni Syurga Allah. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin.

Al-Fatihah. Semoga arwah nekcu tenang berbahagia di sana. Aamiin.

Norzayani Binti Norhamshah
18.54 pm
3 Mac 2014

*terima kasih sudi baca entri ini, sebarang salah dan silap dalam perkataan mohon dimaafkan. :)


Wednesday, January 22, 2014

Situasi sentap yang lara...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Erm entri pertama untuk bulan Januari tahun 2014. Subhanallah, 2014 sudah. Syukur Ya Rabb.

Orang lain semua dah update entri baru, entri 2014, aku pulak baru menggagau nak taip.
Eh busy, tak ada masa, ini pun as a quick update. (Sebab dah lewat untuk aku tidur dan bangun keesokan harinya...)


Kenapa pilih hari ini untuk update entri baru?
Tiheeee entah, sebab stress kerja pagi tadi kot. Tihehehe...

Stress sangat tu tidak la, cuma mengganggu emosi seketika. Mujur Allah ada, jaga saya. Aamiin. :)

Kenapa nak stress hari ni?

Hidup ini sangat mencabar, tak kiralah awak kerja apa sekalipun, sama ada awak seorang doctor waima tukang sapu sekalipun, setiap apa yang kita lakukan itu ada keperluannya yang tersendiri. Masing-masing punya peranan dalam kerja masing-masing, jadi aku rasa, kita janganlah mempertikaikan kerja orang lain.

Hurmm amenda aku merepek ni?

Oke, kerja aku ni, tak adalah se GAHHH mana pun, kerja biasa-biasa je. Operator, kerani aduan, hurm pegawai khidmat pelanggan ? (Sedap sikit bunyi aihh..) Ahhhh! Ada aku kisah sedap bunyi ke tidak. (Part ni ibu suka bising dekat aku, sebab study course lain, kerja ke laut, tak ada kena mengkena!) * ehhhh ibu tak mo marah kita k, tak apa pun kerja mana-mana (selagi halal di sisi Allah) itu yang Yani cari. Keberkatan. So mom, please, restuilah kita. :) oKe I Love u!

Oke, straight to the point, aku nak ringkaskan, sangat banyak dah membuang ayat ni.

Memandangkan hari ini aku ditugaskan seorang diri untuk menjaga talian aduan rakyat Selangor ini, maka dengan emosi yang ceria pagi tadi aku memulakan kerja. Ceria tak hagak bhaiii, esok gajiiii!

Tapi, hahaha pagi ni agak clumsy sikit kerja aku, aduan banyak aku tak kisah, tapi call tak henti-henti masuk. Mana dengan nak key in dalam sistem, nak buat laporan semalam, nak kena call PBT, nak apa lagi eh? Eh nak macam-macam lah. Ok, kawan aku pergi kursus, sebab itu aku jaga 3 telefon itu seorang diri. (Korang jangan kesian kat aku..hihi..)

Dan lagi, tolonglah wahai pengadu-pengadu ku SAYANG, aku ni manusia biasa, ada perasaan bukan robot, ada emosi, bukan sekadar benda semata.

Mohon jangan tuduh kalau tak nampak, mohon jangan maki, silalah jaga bahasa. Dah cukup baik saya cakap. Hurmmm... :'(

Kring...kringggg....kringggg...

^ Selamat pagi...blaaa..blaaa blaaa...

^ Saya nak buat aduan di blaaa blaaa blaaa...nama saya blaaaa blaaaa...

-Kurang dengar kurang pasti (encik cakap laju, saya nak dapatkan kepastian di kawasan mana) *eh normal kan bertanya kalau kita memang tak pasti?

 ^ Eh awak ni, lain kali saya cakap tu salin la, ini haaaa, haaaa...haaaa...bukan nak salin orang cakap apaa...blaaa...blaaaa...blaaa..

-Oke serius bhai,part ni aku sentap. (aku salin la apa maklumat dia semua) * Allahu robbi, sedihnya Allah saja yang tahu. Tuduh tanpa nampak depan mata. *takpe encik, kita mengadu pada Allah nanti. Suka hati encik je tuduh saya memacam, dah la aduan banyak, saya belum habis maklum pada PBT.

^ Saya salin encik, saya faham masalah encik....blaaa blaaaa blaaa...

* Then aku bagi nombor pegawai atasan aku. Hurm biarlah jelah dia jawab, bukan aku nak lepas tangan, tapi encik ni nak sangat cakap pada pegawai.

* Yelah, pegawai kan...saya ni siapalah kan, kerani cabuk je, tak buat kerja, dok je goyang kaki kat ofis tu. Tak buat apa pun...huhuhu. (Aihhh, tak kisahlah persepsi orang tentang orang kerja Kerajaan ni. Hang ingat semua yang hang fikirkan tu sama? Semua kakitangan kerajaan sama, malas? Mengulor? Tak lah oiiiii! Kitorang nak cuti pun payah tau. Sampai hati letakkan persepsi yang sama pada semua orang yang berbeza.)

Habis saja situasi tu, aku pun tarik napassss la pelan-pelan, hembussss, sebut Allah je banyak kali. Istighfarrrrrr... <~ Eh korang, ini tips, tolong buat bila korang tengah marah, aku try tadi. Tak jadi marah, cuma air mata je dah mengalir. Cengeng oi aku ni, kena marah je nak nangis.

Aku bukanlah nak aib kan sesiapa, sebenarnya tak adalah marah sangat pada encik tu, aku faham masalah dia, aku faham situasi dia, kalau aku ada kat tempat dia pun aku marah kot. Kot la. Aku ni penyabar sikit kot dari encik tu. Tapi aku nak buat macam mana? Aku bukanlah ultraman, doremon, supermen, boboiboi atau sesiapalah superhero yang korang kenal lagi.

Setiap di antara kita, ada tugas yang tersendiri, di pihak aku, aku dah jalankan tugas sebaiknya, bantu orang awam menyampaikan aduan pada pihak berkenaan. Selebihnya tanggungjawab orang lain. Lainlah kalau aku ni pegawai ke, MB ke, Dato' ke atau apa-apa je lah.
Kalau aku boleh bantu, aku dah bantu. Masalahnya tugas kita terbatas. Ada batasannya, kang melebihi batasan, macam mana pulak? Tolonglah mengertiiii. (Ewahhhh Yani, cara cakap macam lah ada orang nak baca, macamlah ada pengadu kat Selangor ni yang kesian, meluat lagi ada!)

Haihhh, ni bukan entri pendek ni, ni entri poyo.. Panjang lah pulak! HUhuuu...

Oke, kesimpulannya kat sini, sebenarnya satu je aku nak TEKAN kan. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dengan orang. Jangan mudah bersangka buruk. Kedua, kawal marah, atasi marah dengan istighfar, ingat pada Allah. Insya Allah, Dia bantu. Jangan risau. Dan yang ketiga, cubalah jadi seorang yang bertimbang rasa. Insya Allah, niat awak baik, awak mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan awak.

Meh aku petik satu kata-kata, "Masalah takkan besar, kerana Allah lah yang Maha Besar. Masalah bukanlah besar kerana kita ada Allah yang Maha Besar. Dan masalah bukanlah besar, selagi kita meletakkan Allah di tempat yang TERBESAR dalam hati kita. " ~

Akhir kata, majulah sukan untuk Negara. (oke tak kena mengena, aku dah menggelabah nak tidur ni.)

^ Terima kasih sudi baca entri ini, maaf kalau terdapat banyak kesilapan. Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dating kerana kekhilafan diri ini.

^ En. I, jangan marah eh, situasi ini saya hanya jadikan untuk pengajaran supaya kita sentiasa berhati-hati dengan percakapan kita agar tidak mengguris hati orang lain. Nak guris hati saya takpe, tapi hati orang lain? Kesiaannn tau. Moga Allah meredhai hidup encik dunia akhirat. Aamiin.

Salam ukhuwah,

Norzayani Binti Norhamshah
22 Januari 2014
23:50

Monday, October 21, 2013

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)


Marah?

Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.
But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.

Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.

Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-

i) Adakah seseorang itu akan bersabar? 

ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang

    dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].

iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]

iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita

     yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]


Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)



Fassobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)



Fassobrun jamil (Sabar itu indah, cantik)



Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)




Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')


Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?
Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.

Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?

Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.

Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.

"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?


Jadi bagaimana?

Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~

Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.


Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.
Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.

Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.

Aku pernah marah.
Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.
Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.

Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.
Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.

Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.

Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.

Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.

Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.
Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.
Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.

Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.

Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.

Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.

Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.
Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.


 "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


" Kalau lelaki, pasangannya wanita.

Kalau siang, pasangannya malam.

Kalau bulan, pasangannya bintang.

Kalau bunga, pasangannya kumbang.

Kalau cinta, pasangannya rindu.

Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran.  "


Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!
Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.

Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.

Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.



Niyaz Ayani,
21 Oktober 2013 / 16 Dzulhijjah 1434H
~NA~

Wednesday, October 16, 2013

La Tahzan, Allah Bersama Kita.

gambar sekadar hiasan~



Jangan Bersedih,
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
 

Jangan Bersedih,
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
 

Jangan Bersedih,
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
 

Jangan Bersedih,
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
 

Jangan Bersedih,
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
 

Jangan Bersedih,
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi
 

Jangan Bersedih,
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
 

Jangan Bersedih,
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
 

Jangan Bersedih,
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
 

Jangan Bersedih,
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi





 

 
sumber ihsan encik Google~




Sahabat2 kesayangan,
 


"Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah..."


 Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
 Al-Quran menjawab :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
 




✿ Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
♥ Al-Quran menjawab : 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216
 




✿ Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
♥ Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqara ayat 286

 Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?
 Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139
 




✿ Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

 Al-Quran menjawab :


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200
 
 

✿ Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?
♥ Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45
 




✿ Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
♥ Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129
 




✿ Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?
 Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

✿ Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?
 Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111
 
 
*** sumber perkongsian dari NurhudaAraby, syukran jiddan.
 
 
~La Tahzan Innallaha Ma’ana ” Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita”
 
 



ihsan, Google~


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...