Jodoh itu apa?
Jodoh itu walau kau mengelak sampai ke hujung dunia
sekalipun, kau tetap akan saling berjumpa.
Jodoh itu apabila kau suka dekat seseorang, tapi kalau
seseorang itu tak minat, kau baik macam mana pun dia tak pandang. Please, move
on.
Jodoh itu bilamana kau sedang berusaha mencari, tapi masih
tidak berjumpa. Masih belum dipertemukan.
Simple je.
Tak payah fikir banyak-banyak.
Yang penting kau dah usaha, kau tahu usaha yang bagaimana.
Tapi bukan usaha yang boleh mengundang murka Allah, ok?
Insya Allah, kalau
tak jumpa kat dunia, kat akhirat nanti jumpa lah.
Sabar. Itu kuncinya.
Kau fikir apa ni? Target kau apa dalam hidup kau?
Berjaya? Kaya? Bahagia?
Apa jua yang kau targetkan, nak berjaya, kaya, bahagia,
biarlah kerana Allah.
Bukan kerana kepuasan diri kau sendiri.
Kalau tak, ruginya. Rugi sangat...
Dan…
Semak balik please, kau hidup untuk apa? Kerana apa?
Apa pun jawapan kau, dalam skema jawapan, jawapannya hanya
satu dan takkan berubah.
Nak tahu apa?
Kau hidup kerana Allah, kau dapat hidup sekarang ni pun
kerana Allah.
Faham kan?
+ Oh mudah saja nak hidup bahagia +
+ Jaga hubungan dengan Allah +
+ Jaga hubungan sesama manusia +
Insya Allah, bahagia milik anda juga akhirnya...
* Bahagia itu subjektif, ada yang sedang sakit, tapi masih bahagia, ada yang sedang bersedih, tapi masih boleh rasa bahagia, ada yang sedang dukacita, tapi tetap merasai bahagia... itulah keajaiban Allah...
Sincerely,
Me. [SelfNote]
No comments:
Post a Comment